LAWATAN KEDUA PEMIMPIN UTAMA WORLD ISLAMIC MINT (WIM) KE JOLO, SULU

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, January 2, 2014 6 ulasan



Alhamdulillah, pertemuan kali kedua pemimpin utama WIM iaitu Shaikh Umar Ibrahim Vadillo bersama rombongan dari Negara Jepun, Spanyol, dan Perancis mengadap PBMM Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II pada awal tahun 2012 yang lalu.

Kehadiran Pengerusi WIM ke Jolo adalah susulan dari MOU yang ditandatangani antara PBMM Sultan Bantilan II dengan WIM pada pertemuan yang lepas. Setelah WIM mendapat persetujuan SULTAN SULU ini untuk menempa Matawang Syariah DINAR dan DIRHAM maka pada pertengahan tahun 2013 WIM berjaya menyelesaikan tempaan Dinar dan Dirham Sulu ini dalam kuantiti yang terhad.

Sekarang WIM berterusan menempa disebabkan permintaan kepada penggunaan DINAR dan DIRHAM Sulu dan Kesultanan Nusantara lainnya semakin menggalakkan. Kini Dinar Dirham SSDI telah pun sampai ke Jolo, Sulu Darul Islam.

DINAR DIRHAM SSDI TELAH SAMPAI KE ISTANA SULTAN BANTILAN II

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

SUBHANALLAH, DINAR DAN DIRHAM SSDI TELAH SAMPAI KE PANGKUAN PBMM SULTAN BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II di Jolo, Sulu Darul Islam.


Penulis buku BLACK BOOK: MAAS NUR MISUARI, saudara Neldy Jolo berbaju hitam sedang memegang Dinar Emas Sulu disamping Menteri Luar SSDI merangkap Penasihat Eksekutif PBMM Sultan Bantilan II iaitu Datu Habib Zakaria Abdullah yang sedang memegang Dirham Perak Sulu.


ISTANA sejak seminggu lalu diserbu oleh Tausug yang mahu melihat sendiri matawang Perak dan Emas SULU itu buat pertama kalinya. Sejak Dinar Dirham Sulu sampai ke Istana SSDI bulan lalu, pendaftaran Surat Kelahiran SSDI dan KAD PENGENALAN SSDI sangat menggalakkan. Tidak kurang 100 ke 300 orang yang mendaftar setiap hari. 

Tahniah SSDI, tahniah Tausug yang telah sedar... tahniah Shaykh Umar Ibrahim Vadillo dan team World Islamic Mint yang usahakan menempa Dinar Dirham Sulu ini. Tahniah Datu Habib Rizieq Shihab Mufti Besar SSDI yang mendokong penuh Dinar Dirham Sulu ini. Tahniah kepada Alfadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abas Al-Marbooqi yang tidak putus-putus bagi saranan dan nasihat kerohanian kepada Sultan dan SSDI.

Para Dato-Dato dan Datin yang dihormati para pemimpin pertubuhan dan persatuan, Yayasan, terutama GPM, ABIM, FGN, dan yang YAYASAN SOFA dipimpin oleh guru kami Shaikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki.

Terima kasih kepada Tuanku Muhammad waris Kesultanan Aceh yang banyak mendokong, terima kasih Dato Mohd Ramalan Yunus pemimpin WICC serta sahabat beliau yang tak putus-putus mendoakan kejayaan SSDI (Semoga Kerajaan MERONG MAHAWANGSA cepat muncul), terima kasih Datu' Tgk Mhmd Shahir dan saudara Anisurahman yang bagi banyak bantuan nasihat dorongan dan kontak, terima kasih kepada sahabat SSDI yang paling akrab Pak Habib Hussein Al-Attas yang dengan kemudahan Wadi Husseinnya di JANDA BAIK menyebabkan talian silaturrahim dikalangan pejuang Kesultanan Nusantara dapat berhubung.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA yang terlibat dan yang mendoakan...

Asree Sug II
Tukang Kebun Istana SSDI




DIKEBUMI BERSAMA IDENTITI MUSLIMIN

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan




DIKEBUMI BERSAMA IDENTITI MUSLIMIN

MORO? Kamu gelar aku Moro?
Moro bermaksud Muslim,
Oh.. tolong panggil aku Muslim bukan Moro,

Kami BangsaMoro?
Maksud anda kami ialah bangsa Muslim?
Oh.. tolong panggil kami Bangsa Bangsa Muslim,
Kami Muslim Sulu dan Muslim Mindanao,
Itulah bangsa kami...

Kami suka dipanggil Muslim atau Muslimin,
kami cinta dan redha dengan panggilan ini,
Jangan panggil kami dengan panggilan lain,
Kerana Islam adalah pegangan kami,
Hidup dan mati kami dengan Islam,
Sedangkan Moro bukan pegangan mahu pun bangsa,
Tahukah anda dari mana Moro berasal?

Bangsa sekitar laut Mediterranean menyebut Moro,
Moro bermaksud BERKULIT PERANG,
Hanya kerana bangsa muslimin MAURICE di Andalusia,
Menakluk penganut HELENISTIK Spanyol selama 800 tahun itu...
mereka berkulit perang...
Mereka, muslimin Arab Maghribi dan muslimin Berber Maghribi,
Arab menutur Arabik, Barber menutur Berberik,

Muslimin Maghribi telah tertewas,
Dihancurkan oleh Triniti HELENISTIK,
Mereka kembali ke Mahgribi dari Spanyol,
Negara mereka dijoloki MOROCCO.

Di Malaysia ada istilah ini...
Disebut MURUKU,
Kerepek tepung berwarna PERANG,
Berasal dari bawah gunung HIMALAYA,
Dari bahasa bangsa Malayalam,
Dari anak cucu KATURAH isteri ke-3 Ibrahim as,

Apa pun...
Bukanlah problema menyebut Moro,
Kerana ia istilah dari bahasa,
Yang problema ialah,
Memaksakan nama itu dijadikan bangsa,

Muslimin Sulu, Muslimin Mindanao,
Muslimin Melayu, Muslimin Jawa,
Muslimin China, Muslimin India,
Kita semua lain bangsa kerana bahasa dan budaya,
Tapi kita SATU iaitu MUSLIMIN yang bersaudara...

Kita Muslimin bukan MORO....

ASREE-MURUKU
Khamis, 02.01.2014,
Putrajaya.

PANGHIMATI' PAMANGA TAUSUG : MEMBANGUNKAN JIWA TAUSUG AGAR BERDIRI DI ATAS LANDASAN KEBENARAN

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, May 15, 2013 4 ulasan

Video program SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam) di Jolo saat ini untuk mendidik rakyat berdikari dengan program TANAMAN UNTUK KEMERDEKAAN.

Sementara keluarga Jamalul III KIRAM (pengaku Sultan Sulu tanpa rakyat dan kewarganegaraan Sulu) sibuk mengumpul tenaga untuk memerangi Sabah Malaysia, manakala PBMM Sultan Bantilan II pula sibukkan rakyatnya untuk mengelak peperangan dengan bertani sara diri agar pergantungan mereka kepada perang, politik filipino yang memusnahkan itu dapat dihalang, dalam masa yang sama dapat memperluaskan program SSDI memerintah Sulu. Insyaa Allah.




Pendirian PBMM Sultan Bantilan II terhadap pencerobohan Lahad Datu yang jelas lagi nyata bahawa Baginda Sultan Bantilan II adalah anti peperangan, anti keganasan dan anti pencerobohan. Dalam masa yang sama Sultan Bantilan II memberikan saranan membina buat Tausug di Sabah dan di kepulauan Sulu amnya  serta saranan kepada kerajaan Malaysia demi maslahat umat Islam Sulu yang teraniaya sejak sekian lama.




Balita' kahinapusan yari ha link sin TGM (Tausug Global Media) hi Syarif Yazir Rajim ha:
http://www.alltausug.com/2013/05/panghimati-pa-katan-bangsa-tausug-ha.html

SEMINAR ISU PENCEROBOHAN KIRAM DI LAHAD DATU & SEJARAH PAJAKAN NORTH BORNEO 1878

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, April 17, 2013 0 ulasan



Bagi mereka yang belum pernah menghadiri seminar Asree Sug berkenaan isu pencerobohan Kiram di Lahad Datu dan penjelasan Sejarah kedudukan keluarga Kiram dalam Kesultanan Sulu bolehlah ikutinya pada 27hb April ini sempena Pesta Buku Antarabangsa di PWTC.

Kali ini penjelasan lebih tertumpu kepada implikasi pencerobohan dalam jangkamasa panjang, keburukan dan kebaikannya, dan peranan penting Malaysia bersama Filipina dalam membentuk masa depan masyarakat Sulu. Samada Filipina bekerjasama membuka kemasukan NGO-NGO Malaysia ke kepulauan Sulu untuk bantuan kemanusiaan di masa-masa akan datang atau Filipina akan berterusan menghasut (lewat media massanya) memanaskan masyarakat Sulu untuk terus membenci Malaysia. 

Turut akan disentuh ialah beberapa kenyataan akhbar tempatan Malaysia yang berusaha menunjukkan bukti bahawa Kesultanan Brunei lebih berhak terhadap North Borneo berbanding Kesultanan Sulu. Hal ini akan diperjelaskan secara terperinci dan ilmiyah dimana kekuatan dakwaan Brunei serta fakta-fakta semasa yang menunjukkan alibi kekuasaannya terhadap North Borneo mengatasi Kesultanan Sulu.

Sessi soal jawab akan diadakan kemudiannya. Sahabat handai saudara dan saudari, Datuk/datin dijemput hadir ke seminar ini yang mungkin akan menjadi SEMINAR yang terakhir secara terbuka. 

SUARA ISLAM.COM (JAKARTA): Filipina di Balik Konflik Sulu-Sabah

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, April 7, 2013 0 ulasan





Wawancara khusus dengan Mufti Besar Kesultanan Sulu Darul Islam al-Habib Muhammad Rizieq bin Husein Syihab, MA, DPMSS.


Pembaca yang budiman, beberapa waktu lalu muncul konflik antara rakyat Sulu, yang mengatasnamakan tentara Kesultanan Sulu dengan tentara Malaysia di Lahat Datu, Sabah, Malaysia. Kuat dugaan, Filipina berada di balik peristiwa itu. Sultan Kiram dijadikan bonekanya, sementara rakyat Sulu yang dikirim sebagai "Tentara Kesultanan Sulu" hanya dikorbankan untuk nafsu serakah Filipina. Saat gagal, Filipina dengan mudah bisa cuci tangan, dan mengkambing-hitamkan Sultan Kiram.

Nama Kesultanan Sulu yang semula tersembunyi dan hampir tidak ada yang tahu, tiba-tiba sontak menggemparkan dunia, akibat sekumpulan orang bersenjata mendatangi dan menyerang Lahad Datu - Sabah, Malaysia, atas nama "Tentara Kesultanan Sulu" untuk menuntut pengembalian Sabah ke pangkuan Kesultanan Sulu. Perang antara mereka dengan Tentara Diraja Malaysia pun tak dapat dielakkan lagi. 

Dan yang lebih mengejutkan lagi, ternyata The Grand Mufti of Sulu adalah orang Indonesia yang sudah tidak asing lagi kiprahnya dalam dunia pergerakan Islam, dialah Al-Habib Muhammad Rizieq bin Husein Syihab. Dengan menyandang gelar Datu Paduka Maulana Syar'i Sulu disingkat DPMSS dia dinobatkan oleh Sultan Sulu sebagai Mufti Besar bagi Sultanate of Sulu Darul Islam (SSDI) sejak tanggal 23 Rabi'ul Awwal 1430 H / 19 Maret 2009 M, tatkala beliau masih mendekam di sel penjara Polda Metro Jaya terkait Insiden Monas 1 Juni 2008.

Pada Senin, 4 Maret 2013, Habib Rizieq selaku Mufti Besar Negeri Sulu dengan didampingi Menteri Luar Negeri Sulu Datu H. Zakariya dan menteri Pemuda Sulu Datu Asree Moro, sibuk dari pagi hingga malam melakukan pembicaraan dengan berbagai pihak dari para petinggi Malaysia. Puncaknya menjelang tengah malam, rombongan Kesultanan Sulu yang dipimpin Sang Mufti diterima Menteri Pertahanan Malaysia Datu Sri Zahid Hamidi di sebuah Hotel Berbintang di Kuala Lumpur. Apa yang dirundingkan ? 

Berikut wawancara khusus SUARA ISLAM dengan Mufti Besar Sultanate of Sulu Darul Islam (SSDI) al-Habib Muhammad Rizieq bin Husein Syihab tentang apa dan bagaimana yang terjadi dengan Negeri Sulu sebenarnya.

SI : Habib, ada sejumlah penulis dan pengamat di Indonesia melalui berbagai media massa, yang menyebut persoalan Sulu hanyalah "pepesan kosong", menurut Habib ?

HABIB : Ungkapan tersebut hanya keluar dari sekumpulan orang yang "tidak tahu" apa-apa tentang Sulu, tapi "sok tahu".

SI : Habib bisa ceritakan sedikit tentang letak Kesultanan Sulu dan asal usulnya ?

Sambungan.... http://www.suara-islam.com/read/index/6961/-Filipina-di-Balik-Konflik-Sulu-Sabah

Filipina mungkin kemuka tuntutan ke atas Sabah?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, March 25, 2013 7 ulasan

Justice Secretary Leila de Lima. INQUIRER FILE PHOTO



Filipina mungkin kemuka tuntutan ke atas Sabah

MANILA 25 Mac - Kerajaan Filipina mungkin mengemukakan tuntutannya ke atas Sabah selepas Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima hari ini membayangkan akan berbuat demikian.

Akhbar Filipina melaporkan, perkara itu mungkin berlaku selepas De Lima mengesahkan bahawa Jabatan Kehakiman telah mengemukakan satu cadangan daripada sudut undang-undang kepada Presiden Benigno Aquino III berhubung tuntutan tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan dokumen berkenaan.

De Lima berkata, Filipina mungkin mengemukakan isu tersebut kepada 'tribunal berkaitan'.

"Persoalan yang timbul sekarang, adakah kami mempunyai alasan kukuh dan sah jika membawa perkara ini kepada tribunal berkaitan," katanya kepada wartawan di Persidangan Kumpulan Pakar Persaingan ASEAN di sini hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Kehakiman telah melakukan kajian daripada aspek undang-undang berhubung tuntutan ke atas Sabah dan mengemukakan cadangan itu kepada Aquino untuk diluluskan.

"Terpulang kepada Presiden sama ada beliau mahu menimbang kajian itu atau tidak," katanya.

Aquino sebelum ini dilapor menugaskan Jabatan Kehakiman dan Jabatan Luar supaya meneliti kesahihan tuntutan Kiram ke atas Sabah.

Menurut beliau, isu pemilikan Sabah oleh pengikut Jamalul Kiram III adalah satu pengulangan sejarah, ketika bekas Presiden, Ferdinand Marcos melancarkan rancangan untuk menceroboh Sabah pada 1968, yang dikenali sebagai pembunuhan Jabidah. - Agensi

Sumber: FB Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia
-----------------------------------------------

ULASAN:

Tembelang Filipina semakin jelas, semakin memperlihatkan keterkaitan pencerobohan jahat KIRAM di Lahad Datu itu dengan agenda Filipina sebagaimana yg kita boleh lihat dalam kenyataan di atas.

Menuntut Sabah bukanlah jalan penyelesaian kerana semua maklum kekuatan hujjah dalam mana-mana pengadilan pun akan tetap dimenangi oleh Malaysia. Apatah lagi De Lima sendiri mengaitkan pencerobohan Kiram di Lahad Datu itu adalah kesinambungan dari Komando Jabidah yang diasaskan oleh Marcos tahun 1968 itu menguatkan lagi bukti Filipina tak akan mampu menuntut Sabah.

Filipina nampaknya memerah otak selama berdekad untuk bagaimana dapat menuntut SABAH dari Malaysia. Satu kerja yang sia-sia dan membuang masa buat Filipina yang semakin miskin dan papa yang sekarang hanya bergantung harap kepada sumbangan kewangan anggota OIC terhadap ARMM (Autonomy  Region Muslim Mindanao) untuk terus hidup mentadbir Filipina. Bayangkan tanpa ARMM negara Filipina mungkin takkan dapat memberikan makanan kepada pekerja kerajaannya di semua sektor.

Jalan terakhirnya ialah bagaimana mendapatkan monopoli minyak Sulu dan Spratley untuk diusahakan agar negaranya dapat pendapatan baru untuk memacu kerajaannya menjadi negara kaya mengatasi negara-negara ASEAN lain. 

Untuk merealisasikannya  Filipina mendapati hanya dengan menggunakan nama SULTANATE OF SULU & North Borneo sahaja sebagai ALAT untuk mendapatkan Sabah itu semula dan sekaligus Basin Minyak Sulu dan Spratley akan lengkap jatuh ke dalam tangannya. Umum mengetahui USA sendiri berada di kepulauan Sulu saat ini atas nama BALIKATAN (latihan bersama tentera Marin Filipina dan Marin USA). Umum mengetahui juga bahawa USA yang tidak pernah puas dengan telaga minyak yang dia rampas dari Timur Tengah itu juga sekarang sedang mencari-cari telaga minyak di tempat lain demi kelangsungan ekonomi dan kuasa ketenteraannya terus bertahan dan kekal sebagai Polis Dunia.

Tun Datu Mustapha menurut Tarsilah Brunei Almarhum masih dari jalur keluarga BANTILAN.


KESULTANAN SULU HARUS MENYATAKAN PENDIRIANNYA

Sangat malang bagi Filipina, mereka tak tahu bahawa kesultanan Sulu yang mereka dakwa sebagai benar dari keluarga KIRAM seperti Jamalul III itu dapat membantunya menuntut Sabah walhal sebaliknya akan bakal memalukan dirinya sendiri. Sejak tahun 60-an sehingga saat ini, Filipina sering dimalukan oleh Malaysia  kerana ketidak tahuan Filipina terhadap apa yang mereka dakwa SABAH sebagai WILAYAH FILIPINA itu.

Filipina ingat mereka boleh tuntut Sabah dari Malaysia begitu mudah. Filipina harus faham masyarakat Suluk di Sabah itu tidak mungkin menyokong Filipina sebagai mana Tun Datu Mustapha menempelak keluarga Kiram yang redha sertai Filipina tahun 1962, yang kemudian Tun Datu Mustapha bertindak drastik membawa Sabah masuk ke persekutuan Malaysia. Sebab itu sehingga kini keluarga Tun Datu Mustapha masih berseteru dengan keluarga Kiram disebabkan Isu Sabah sertai Persekutuan Malaysia 16 Sept. 1963.

Bagi Tun Datu Mustapha, sekiranya KIRAM berusaha mentadbir sendiri Sulu tanpa Filipina, yakni memunculkan semula institusi Kesultanan Sulu berdaulat dengan menghalau Filipina keluar dari wilayah Sulu maka tiada masalah bagi Tun Mustapha untuk bersahabat atau sertai Sulu. Walau pun begitu bagi Tun Mustapha, beliau lebih layak menjadi Sultan Sulu berbanding keluarga KIRAM yang sudah lama ditolak oleh Tausug para Datu dan Syarif. Perlulah digaris bawahi bahawa Tun Datu Mustapha telah disenaraikan oleh Pusat Sejarah Brunei Darussalam dalam salasilah Kesultanan Sulu sebagai dari keluarga SULTAN BANTILAN I. Maka Tun Datu Mustapha masih dari jalur Bantilan yang secara protokol lebih layak diangkat oleh para Datu dan Syarif memegang tampuk Kesultanan Sulu.

Filipina tidak boleh menafikan Tun Datu Mustapha kerana Tun lebih layak berbanding keluarga KIRAM. Malah sekiranya Tun Datu Mustapha berkempen kepada keluarga Datu dan Syarif Sulu untuk sertai memasukkan wilayah SULU ke Persekutuan Malaysia, nescaya boleh sahaja berlaku atas beberapa kondisi.

Keluarga Tun Datu Mustapha dah diakui sebagai Keluarga Sultan Bantilan I yang lebih afdhal berbanding KIRAM dalam protokol kesultanan Sulu. Pusat Sejarah Brunei telah mengakuinya sebagaimana yg tertera dalam TARSILAH BRUNEI I & II susunan Pehin Dato' Muhammad Jamil Assufri.

Dalam beberapa kondisi, Keluarga Tun Datu Mustapha harus bekerjasama dengan SSDI (Sultanate of Sulu Darul Islam) di Jolo, Sulu agar Sabah Kekal BERADA DALAM TANGAN MALAYSIA. Hal ini harus ada dokongan dari SABAHAN (Suluk, Bajau, Iranun, Kadazan-Dusun-Murut, Sungai, Idaan, Bugis dll) membuat satu referendum untuk SABAH kekal dalam Malaysia atas persetujuan SSDI sendiri, yakni dalam masa yang sama segala selera Filipina menuntut Sabah akan ternafi.

SSDI yang dipimpin Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II dengan beberapa kondisi yang dipersetujui bersama keluarga Tun Datu Mustapha bersama SABAHAN, tidak mengiktiraf FILIPINA sebagai PEMILIK KEPULAUAN SULU agar ternafi tuntutannya terhadap SABAH. Satu kerja gila kepada satu negara kristian seperti Filipina mengakui Sulu yang majoriti Muslim sebagai wilayahnya, walhal jelas Muslimin Sulu masih tidak dapat dia tundukkan sehingga saat ini.

WASSALAM

PENJELASAN ASREE SUG TERKINI DI MOBTV.MY

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, March 23, 2013 4 ulasan

JADUAL ROADSHOW PENCERAHAN PENCEROBOHAN LAHAD DATU OLEH ASREE SUG

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, March 21, 2013 0 ulasan






Jadual siri Jelajah Kesedaran Isu Sabah (JKIS) bersama Sdr. Asree Sug sehingga akhir bulan ini:


  • 22hb Mac 2013 = TV Alhijrah dalam rancangan Assalamualaikum 8:10 am



  • 22 Mac 2013: Pejabat Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Sembilan, Ampangan, Negeri Sembilan (selepas Maghrib)



  • 31 Mac 2013: Surau Nurul Hidayah, Batu 3, Shah Alam (selepas Maghrib)

  • 3 April 2013: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (tempat dan waktu akan dimaklumkan)


Setakat ini tarikh-tarikh lain masih kosong. Sebarang jemputan untuk siri JKIS seterusnya boleh dibuat dengan menghubungi NGO, http://leluhurinsani.blogspot.com, atau terus ke FB saudara Shakir untuk jadual jemputan https://www.facebook.com/shakir.fahmi.3?ref=ts&fref=ts


JADUAL SETERUSNYA:


  • 5-13hb April= JAKARTA, memberikan pencerahan kepada NGO dan para wartawan Indonesia berkenaan isu PENCEROBOHAN KIRAM ke SABAH, atas jemputan Mufti Besar SSDI iaitu Datu Maulana Habib Rizieq Shihab merangkap Pemimpin Utama Front Pembela Islam (FPI).



  • 13-20 April= Kota Kinabalu, Simposium pencerahan pencerobohan Lahad Datu.