Tausug Bugaan?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, May 29, 2009 0 ulasan

Apabila Fitnah & Adu Domba Berleluasa Dalam Perjuangan

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, May 11, 2009 0 ulasan


Foto kenangan di Zamboanga Mac 2009

Semalam sahabat saya dari Sandakan mengubungi saya dengan melaporkan beberapa fitnah terhadap saya yang antaranya "Asreemoro adalah talibarut kerajaan Malaysia" dan "Asreemoro adalah agen pemusnah Tausug (UTC)".

Saya katakan pada sahabat saya iaitu mereka yang menuduh mesti mendatangkan 4 orang saksi terhadap tuduhan mereka. Atau sekurang-kurangnya si penuduh bersua muka dengan saya, kalau tidak saya katakan mereka adalah pendusta dan sesungguhnya "tuduhan telah berpatah balik ke muka mereka sendiri".

Mereka sangat jahil dengan keadaan mereka sendiri tanpa menyedari sesiapa sahaja boleh digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk dijadikan "talibarut, informer dan sebagainya". Samada sedar atau tidak dikalangan kaum Tausug dalam perkampungan mereka berlambak informer. Beratus-ratus pemberi maklumat berserakan di mana-mana yang mana tujuan mereka adalah untuk menjaga ke amanan negara.

Informer Filipina berlambak di negeri Sabah begitu juga Indonesia, siapa tahu? Who cares? Persoalannya dimana kita letak diri kita, sekiranya kita memang senantiasa menjaga ke amanan apa yang perlu dirisaukan? Kalau dah memang penjenayah atau memang berasa diri telah buat kesalahan sudah tentulah takutkan informer atau SB.

Pecah belah kepada perjuangan Tausug sejak dahulu lagi hingga hari ini akan berterusan sampai bila-bila. Dalam MNLF sendiri sejak dari awal telah dirosakkan oleh fitnah dan adu domba hingga kesatuan Muslimin Tausug "Mustahil" untuk dapat disatukan kembali. Terbukti, hingga hari ini perjuangan Muslimin Tausug dan Maguindanao semakin hancur dengan kumpulan masing-masing semakin hari semakin berpecah. Ibarat cermin yang sudah retak seribu, sekali pun tidak dihempas ia akan terburai dan berserakan.

Tausug yang masih meneruskan budaya menjaga maruah hingga kini. Foto diambil sekitar 1900-an.

Kelemahan Tausug kerana pegangan agama yang cetek dan kejahilan yang berleluasa. Kelemahan Maguindanao, Maranao pula ialah tiada jati diri sekali pun terkenal dengan pengetahuan agama yang tinggi. Tausug menuduh Maguindanao dan Maranao sebagai "sanggup menjual isteri sendiri", Maguindanao-Maranao pula menuduh Tausug sebagai "Berani yang tiada makna, kerana terpaksa berperang disebabkan terkepung di Pulau-pulau".

Sultan dan Datu Maguindanao. Foto antara tahun 1900 dan 1930.

Demikian Tausug sebilangannya senantiasa merendah-rendahkan kaum Bajau terutama Bajau Pala'o dan Luwa'an. Manakala kaum Bajau pula menggelar Tausug sebagai jahat dan memperlakukan mereka sebagai "hamba-abdi" mereka. Sehingga muncul satu cerita, bagaimana seorang pendakwah datang bertdakwah dikalangan kaum Bajau Laut di Sulu. Ketika ustaz menjelaskan bahawa sesiapa yang melafazkan kalimah syahadat maka Allah swt akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang penuh nikmat dan kesenangan, salah seorang pendengar Bajau Laut yang hadir bertanya:

"Dalam syurga ada Tausug tak ustaz?" Maka ustaz menjawab "Ya sekiranya Tausug beriman dan bertaqwa pasti mereka juga akan masuk syurga" Bajau Laut berkata "Ahhh!! Tausug juga ada di syurga??!! Saya tidak mahu masuk syurga!!".

Lihat, bagaimana ini berlaku dikalangan kaum Sulu? Ia adalah adu-domba, fitnah yang secara semula jadi datang dari kaum Sulu sendiri atau datang dari "pecah & perintah" musuh-musuh Islam. Mari kita nilai dan lihat semula diri kita tanpa menyalahkan orang lain. Bersatu semula dibawah payung dua kalimah syahadat. Dengan demikian segala perbezaan pendapat dapat dikesampingkan, dan tujuan utama yang dipersetujui bersama haruslah dikedepankan bersama-sama. InsyaAllah kejayaan pasti di tangan KITA!

Ulasan:
Saya berpandangan, sesiapa sahaja yang duduk di Malaysia dan menjadi warganegara Malaysia secara tak langsung mereka juga adalah "Talibarut" kepada kerajaan. Kerana sebagai warganegara sesuatu negara sudah pasti mempunyai hak dalam perlembagaan (hak pendidikan, perubatan dan sebagainya) maka sudah pasti kerajaan juga ada hak terhadap rakyatnya iaitu perlunya mematuhi undang-undang negara. Maka jangan langgar peraturan negara kiranya tidak mahu ditangkap atau dizalimi. Punca kezaliman adalah kerana anda menzalimi diri sendiri.

Kiranya tidak sanggup menjadi "talibarut" atau tidak mahu ditangkap sekiranya anda berbuat jenayah sekali pun, carilah negara lain yang bebas "melakukan jenayah" dan bebas dari tuntutan menjadi "talibarut" mana-mana kerajaan.

Kita Tausug di Malaysia menghadapi situasi yang sukar terutama yang telah menjadi warganegara, iaitu antara kepentingan negara dan kepentingan bangsa anda (Tausug). Apa yang perlu dilakukan ialah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dalam menghakimi keadaan ini. Kerana tiada keadilan tanpa kembali kepada Allah dan Rasul-Nya. Saya percaya umat Islam Malaysia akan bersikap adil kepada Bangsa Muslim Tausug selagi Tausug berpegang dengan keadilan Islam.

Cendera Mata Peninggalan Perang Jepun di Jolo, Sulu.

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan



Dear Brother Asree,

I am writing this letter to seek for assistance to contact the rightful person in connection with the HISTORICAL MEMORABILIA of the Diet House of Japan (Please see attachement). I have also heard about Sheiji Shemomura who came to Philippine looking for the said artifact, I searched his address in the internet and prepared a letter for him but until now no response has been received by the undersigned or whether or not it reaches Mr. Sheiji (Please see attached letter). 

We firmly believe that the said item is indeed owned by somebody connected with any of the family of the Royal Highness in Japan considering the fact that the seal of the emperor is found on the surface of the artifact and other important markings such as Mount Fuji, the Diet House of Japan among others. I do understand this is very historical in nature.
 
In view threof, I would like to personally turn over this item to the rightful owner in lieu of something beneficial to my family and my home town or a finder's reward shall be accorded to us. I have made some research about this coin for your ready reference. (Please see attached). I would like also to officially transact this thru proper channel, the Japanese Embassy or any of your Japanese Friend if you have.

Looking forward to hearing from you. Thank you


Sincerely,

RUHIR A. SHAMMAH
Municipal Planning & Development Coordinator
Department Head I
Concurrent In-Charge of  Jolo Area Coordinating Center
Office of the Mayor
7400-Jolo, Sulu (Philippines)






Ulasan:
Saudara Ruhir berasal dri Jolo Sulu telah menghubungi saya dari Jolo setelah terbaca blog Tausug-Global. Walau pun beliau tidak memahami bahasa dalam blog beliau berusaha mencari kawan yang boleh berbahasa Melayu di Jolo untuk alih bahasakan kandungan blog untuk mudah beliau fahami.

Beberapa hari beliau menghubungi saya melalui telepon mudah alih beliau dari Jolo agar syiling besar (lebih besar dari telapak tangan) yang beliau beli dari pada penyelam kaum Bajau Laut di Jolo beberapa tahun yang lalu. Beliau percaya syiling besar berupa seperti tembaga itu adalah kepunyaan kerajaan Jepun era Perang Dunia ke-2. Ini kerana beberapa individu yang ada kaitan dengan Maharaja Jepun pernah datang ke Cebu yang beliau percaya sedang mencari sesuatu.

Sesungguhnya beliau sangat berharap untuk mengembalikan barang berharga tersebut kepada kerajaan Jepun atau pemilik kepada cenderamata itu. Sesiapa yang berminat atau yang punya perhubungan dengan individu pencari barang antik Jepun bolehlah menghubungi saya.

Rahsia Pembunuhan Jabidah 1968 Terbongkar?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, May 3, 2009 1 ulasan

Pembunuhan beramai-ramai Tausug dan Bajau Jabidah oleh Marcos pada tahun 1968 telah menyebabkan peperangan besar yang meletus pada 1972. Perang tersebut adalah perang "MNLF melawan Marcos" menyebabkan malapetaka yang telah menghancurkan kesatuan Tausug dan Kesultanan Sulu ketika dulu. Sehingga kini walaupun perang tidak sehebat dulu kesan dari kehancurannya masih tidak mampu dipulihkan samada MNLF atau Filipina sendiri. 

Persoalannya, benarkah pembunuhan Jabidah tersebut wujud seperti yang didakwa? Umum mengetahui pembunuhan Jabidah adalah punca kepada peperangan MNLF melawan Marcos (Filipina) pada 1972.

Kebenaran pembunuhan Jabidah 1968 hingga hari ini menjadi satu tandatanya kepada generasi muda kaum Sulu terutama anak-anak bekas pejuang MNLF. Untuk mengetahui pembunuhan Jabidah sila ke ruangan buku "Tausug & Kesultanan Sulu" dalam bab TAUSUG BANGSA PEMBELA, dinyatakan:

  • Pembelaan orang Tausug bersama Bajao terhadap Sabah ketika peristiwa PEMBUNUHAN JABIDAH 1968. Pembunuhan Jabidah Special Forces di Pulau Corregidor di Luzon ini sangat menarik perhatian yang menyebabkan malapetaka yang berterusan sehingga kini. Sebab itu kami menamakan peristiwa Pembunuhan Jabidah ini sebagai “Bermulanya satu perkara yang menghasilkan satu perkara dan hakikatnya cuma satu perkara”.
  • Bermulanya satu perkara: “When Malaysia regained her independence from British colonial rule, it had colonized Sabah……”.[4] Kemasukan Sabah ke Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 menaikkan kemarahan Presiden Filipina iaitu Ferdinand E.Marcos dengan menegaskan bahawa Sabah adalah milik Filipina dari Kesultanan Sulu. Maka Marcos merancang menubuhkan satu kumpulan tentera komando khas dengan tujuan menggang gu-gugat genggaman Malaysia terhadap Sabah. Keluarnya Singapura dari Malaysia selepas dua tahun Malaysia merdeka serta konfrontasi Malaysia-Indonesia menambahkan lagi keyakinan Marcos bahawa Sabah akan dapat dirampas semula sekurang-kurangnya berjaya mewujudkan kacau bilau di Malaysia.
  • Operasi khas ini dinamakan “Operasi Merdeka”. Fasa pertama Marcos melatih hampir 200 orang Tausug dan Bajao Muslim yang berusia kira-kira 18 tahun hinga 30 tahun yang dihimpun dari Sulu dan Tawi-tawi. Dalam pe-ringkat ini mereka dilatih di Bandar Pulau Simunul di Tawi-tawi. Mereka dilatih dengan dijanjikan elaun bulanan 50 Peso malah dijanjikan akan diserap ke dalam Tentera Elit Filipina yang sememangnya menjadi impian setiap orang. Dari bulan Ogos hingga bulan Disember 1967 mereka berlatih bersungguh-sungguh dalam Unit Komando : Jabidah, tanpa mengetahui tujuan sebenar mereka dilatih.
  • Pada 30hb Disember 1967 latihan fasa kedua bermula. Mereka (Tausug dan Bajao) diarah menaiki kapal tentera laut Filipina menuju ke Luzon iaitu di satu pulau dinamakan Pulau Corregidor kononnya untuk latihan yang lebih khusus dan istimewa. Malangnya ketika mereka berlatih di pulau ini telah bocor rahsia akan tujuan mereka dilatih iaitu untuk Operasi Merdeka “Menyerang Sabah”. “It struck the recruits that the plan would mean not only fighting their brother muslim in Sabah (tentera Malaysia), but also possibly killing their own Tausug and Sama (Bajao) relatives living there. Additionally, the recruits had already begun to feel disgruntled over the non-payment of the promise Peso 50 monthly allowance. The recruits then demanded to be returned home”.[5]
  • Akhirnya pada malam yang gelap-gelita 18hb Mac 1968 mereka dibunuh beramai-ramai cuma seorang yang bernasib baik sempat menyelamatkan diri. “Jibin Arula, the survivor, said that he heard a series of shots and saw his colleagues fall. He ran towards a mountain and rolled off the edge on the sea. He recalled clinging to a plank of wood and stayed afloat. By morning, fishers from nearby Cavite rescued him”.[6]
  • Menghasilkan satu perkara: Disebabkan pembunuhan Jabidah itu tunjuk perasaan dari kalangan pelajar Moro telah berlaku berminggu-minggu lamanya di luar istana presiden di Manila. Ini termasuklah Prof. Nur Misuari sendiri yang mengetuai bantahan dan tunjuk perasaan yang mana ketika itu beliau adalah pensyarah Sains Politik. Secara diam-diam maka tertubuhlah MNLF (Barisan Pembebasan Moro Kebangsaan) yang diketuai oleh Nur Misuari sendiri. MNLF mula bersorak dengan slogan “Kemerdekaan” wilayah Moroland (Mindanao dan Sulu) dari kerajaan Filipina dan rela bertumpah darah sekiranya perlu yakni perang jihad fisabilillah. Sejak itu bantuan dari negara-negara Islam yang simpati mula menghujani kem-kem MNLF manakala pihak Amerika Syarikat pula menyerahkan sepenuhnya masaalah itu kepada Ferdinand Marcos untuk menyelesaikannya sendiri (benarkah?). Bekas-bekas tentera MNLF pada hari ini turut menyatakan Amerika Syarikat dan pihak Vatican juga turut terlibat dalam membantu Marcos memerangi MNLF itu. Bagi Vatican setelah kacau bilau dan kelaparan melanda umat Islam Moro (pelarian perang) maka “bantuan kemanusiaan” bolehlah di hantar kesana (inilah program pemurtadan yang licik?). Bagi Amerika Syarikat pula, peperangan adalah durian runtuh baginya sebab Filipina akan membeli senjata sebanyak mungkin untuk menampung peperangan sekalipun secara hutang.
  • Maka dengan tertubuhnya MNLF serta mencurahnya bantuan antarabangsa (Negara Islam) kepadanya ditambah pula oleh tindakan agresif MNLF (mula menunjukkan penentangan kerana tentera militia Ilaga telah memulakan pembunuhan terhadap orang-orang Islam) yang dilihat sebagai bermulanya “Holy War” itu. Ferdinand Marcos pun mendapat lampu hijau untuk mengistiharkan undang-undang tentera (Martial Law) pada 1972 di Selatan Filipina. Dengan bala tentera yang lengkap tentera Marcos mula melanyak Selatan Filipina bersama armada lautnya serta jet-jet tentera udaranya yang canggih mula mengebom pulau-pulau yang dilaporkan punya aktivis MNLF (walhal tanpa mengira MNLF atau rakyat awam sama sahaja). Hasilnya, umat Islam Sulu menjadi kacau bilau hingga menjadi pelarian ke Sabah yang mungkin selama-lamanya akan menjadi pelarian.
  • Hakikatnya cuma satu perkara: Persoalannya, adakah Ferdinand Marcos benar-benar mahu melatih Tentera Jabidah itu untuk menyerang Sabah? Adalah di luar pertimbangan akal yang sihat apabila menugaskan orang Islam iaitu orang Tausug dan Bajao memerangi keluarga mereka sendiri di Sabah? Sememangnya Marcos memang sedia maklum orang yang dilatihnya pasti enggan menyerang Sabah. Apakah ada udang di sebalik batu? Inilah hakikat yang kami mahu para pembaca memikirkannya dan berkongsi dengan kami untuk mendapat jawapan dalam bab-bab seterusnya. (Sila lihat di mukasurat yang lebih khusus dalam buku ini tentang Marcos dan bagaimana Marcos memanipulasi harta Kesultanan Sulu hingga munculnya idea “Perang-perang” itu).[7] Berakhir petikan dari buku Tausug & Kesultanan Sulu.

Menurut *Neldy Jolo salah seorang pengkaji sejarah "Moro" beliau telah pergi sendiri ke Pulau Caregidor Island (tidak jauh dari pantai Manila) melihat lokasi pembunuhan Jabidah serta mengadakan kaji-selidik terhadap generasi tua yang menghuni awal pulau tersebut, ternyata penduduk tua pulau itu tidak pernah mendengar malah menafikan tentang pembunuhan Jabidah atau mana-mana lokasi latihan tentera di pulau tersebut. 

Menurut Neldy Jolo lagi versi terlalu banyak tentang peristiwa pembunuhan Jabidah menyebabkan pembunuhan Jabidah boleh dikategorikan sebagai "Modal propaganda yang tidak benar dan tiada asas" yang penuh dengan unsur "wayang" kedustaan. Keraguan telah menyelubungi kes pembunuhan Jabidah sejak dari awal sebelum munculnya MNLF lagi.

Khabar Yang Merisaukan
Ketika penulis mengadakan kaji-selidik ketika menyiapkan buku Tausug & Kesultanan Sulu ketika dulu, telah mendapati beberapa pandangan dari bekas anggota MNLF dan penduduk umum Sulu di Sabah tentang keterlibatan beberapa pihak yang menjadi pencetus kepada peperangan MNLF Vs Marcos. Tanpa menuduh secara langsung siapa yang terlibat penulis hanya ingin berkongsi maklumat dengan para pengunjung blog ini tentang beberapa fakta:

  • Pertama: Pada 1968 Marcos melatih Tausug dan Bajau di Pulau Simunul untuk dijadikan Komando Jabidah seramai hampir 200 orang dengan tujuan menyerang Sabah. Tujuan latihan (menyerang Sabah) tidak didedahkan oleh Marcos kepada Komando Jabidah ini. Setelah latihan beberapa bulan di Pulau Simunul tamat mereka pun dibawa ke Caregidor Island yang tidak jauh dari Manila. Kemudian mereka dibunuh beramai-ramai setelah kononnya Komando Jabidah (Tausug dan Bajau) mengetahui bahawa tujuan mereka dilatih adalah untuk menyerang Sabah. Menurut sumber, mereka dibunuh sebab mereka enggan menerus latihan setelah mengetahui mereka akan diarahkan menyerang Sabah.
  • Kedua: Ketika pembunuhan tersebut, salah seorang komando Jabidah berjaya meloloskan diri lalu berenang ke laut dan diselamatkan oleh nelayan dari Cavite. "Bintang" yang berjaya meloloskan diri tersebut bernama Jibin Arula yang menurut Neldy Jolo beliau masih hidup hingga hari ini. Persoalannya, mengapa Jibin Arula menghilang dan kebenaran ceritanya tidak pernah didedahkan sehingga terjadinya cerita yang pelbagai versi? Hebat sungguh Jibin Arula hingga terselamat dari pembunuhan tersebut seperti "Rambo" dalam panggung wayang? Beliau berjaya "membalas dendam" dengan tertubuhnya "MNLF" yang kemudian berperang dengan Marcos. Kemudian MNLF kalah perang serta Tausug dan Kesultanan Sulu turut lari ke Sabah beramai-ramai menyelamatkan diri bersama "Komander" MNLF? Dayus!!??
  • Ketiga: Reaksi Malaysia ketika itu positif terutama Tun Datu Mustapha menyediakan bantuan kemanusiaan kepada MNLF dan Tausug dengan menyediakan kawasan Jampiras serta membenarkan kemasukan "Pelarian Perang" masuk ke Sabah. Satu persoalan, mengapa kerajaan Malaysia menyumbat ke dalam ISA beberapa individu Tausug (antara tahun 1968-70) dengan tuduhan "Terlibat dengan latihan Komando Jabidah"? Mereka disumbat selama 6 bulan dalam tahanan tanpa bicara ketika itu. Seorang sahabat penulis dari Sandakan mengesahkan hal ini dengan mendedahkan beberapa nama antaranya kerabat dari Kesultanan Sulu sendiri. Yang menghairankan mengapa mesti kerabat Kesultanan Sulu? Mungkin disebabkan mereka yang selama ini mengklaim Sabah? Atau ianya tindakan bersendirian beberapa pemimpin Sabah ketika itu atas dasar Peribadi? Pemimpin MNLF hingga hari ini mengetahui bahawa Tun Mustapha sejak dari awal bercita-cita menjadi Sultan di Sabah. Beberapa orang lama Sabahan di Sandakan mengesahkan hal ini kepada penulis.
  • Keempat: Pada tahun 1970 kononnya 10 orang Tausug berjaya melarikan "Dokumen" penting yang melibatkan tuntutan Sabah dari Istana Malacanang. Dokumen tersebut telah diserahkan kepada Malaysia menyebabkan Marcos naik angin lalu menubuhkan kumpulan pengganas Illaga Kristian di Zamboanga. Illaga membunuh ramai orang Islam termasuk anak-anak kecil yang tidak berdosa. Kumpulan Illaga ini terdiri dari kaum Visaya kafir yang menjadikan memotong telinga muslimin sebagai identiti mereka. Umat Islam Sulu membalas dengan menubuhkan kumpulan Mujahidin Ansarul Islam. Setelah kemunculan MNLF, Ansarul Islam menyertai MNLF dengan harapan membalas dendam terhadap pembunuhan terhadap saudara mereka sebelum ini oleh Illaga.
  • Kelima: Kedatangan penulis ke Sulu baru-baru ini terdengar beberapa khabar yang merisaukan penulis ialah dakwaan beberapa anggota bekas MNLF bahawa negara Malaysia telah membantu perjuangan MNLF melawan Marcos tetapi sebenarnya "membantu" menghancurkan lagi umat Tausug dan Sulu. Menurut mereka kiranya Malaysia membantu, sudah tentu MNLF dibekalkan dengan senjata berat yang mampu menyaingi kekuatan tentera Filipina ketika itu. Kini, MNLF dan Sultan Fuad Abdulla Kiram bersatu dengan bantuan Filipina secara tidak langsung untuk merialisasikan "Tuntutan Terhadap Sabah" akan berjaya setelah Negara Sulu akan muncul tidak lama lagi dibawah seliaan dan pentadbiran mereka.
Bersambung......

Tausug Masih Dengan Tradisi Senjata Atau Sengaja Dibiarkan??

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, April 27, 2009 0 ulasan

Video di atas menunjukkan kepada kita beberapa kenyataan:

  • 1-Tausug masih meneruskan tradisi memegang senjata di setiap pulau dan perkampungan atau daerah dengan alasan"senjata untuk perlindungan  diri".
  • 2-Merujuk kepada video di atas, sebelum Polis Marin Filipina (yang majoritinya Kristian) datang menyelesaikan konflik keluarga, Polis Sulu yang majoritinya Tausug datang terlebih dahulu untuk mengadili mereka. Polis Marin Filipina hanya bertindak sekiranya Polis Tausug gagal menyelesaikan konflik.
  • 3-Terbukti Tausug berterusan dibiarkan memegang senjata sewenang-wenang oleh Filipina adalah bertujuan membiarkan bangsa ini berbunuhan sesama sendiri selama-lamanya?? 
  • 4-Hal ini menimbulkan persoalan samada Filipina sengaja membiarkan Tausug memegang senjata (untuk berbunuhan sesama sendiri) atau Filipina sendiri tidak mampu melucutkan senjata dari tangan Tausug? Sekiranya tidak mampu sudah tentu dapat diberi tanggapan bahawa Tausug masih terlalu kuat tetapi kekuatannya tidak dapat disatukan disebabkan perpecahan sesama mereka?
  • 5-Yang menakutkan kerajaan Filipina sekarang ini ialah sekiranya ada pemimpin yang berjaya menyatukan kekuatan Tausug maka sudah tentu Tausug bukan sahaja mampu mengalahkan Filipina malah akan menjadi tentera pemusnah dimana-mana sahaja.
  • 6-Menurut beberapa kenyataan dari bekas pemimpin MNLF, bahawa di seluruh kepulauan Filipina, hanya Sulu sahaja yang dibiarkan memegang senjata serta dibiarkan undang-undang rimba (siapa yang kuat dan ramai pengikut dialah yang berkuasa) bermaharajalela di semua kepulauan Sulu.
  • 7-Sebenarnya, Sulu dibiarkan menjadi seperti ini agar tidak bersatu dan berterusan berebut kuasa di kawasan masing-masing. Dengan keadaan ini juga menyebabkan para pelawat asing atau wartawan dan pendakwah sukar masuk. Hingga hari ini, rakyat Sulu sangat tertinggal dari segi pendidikan dan kemajuan. Yang tidak berdaya akan lari ke Sabah.

Sebenarnya kerajaan Malaysia samada sedar atau tidak, kebanyakan penduduk Sulu pernah menetap di Sabah (Sandakan, Kudat, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Semporna, P. Labuan dll). Hingga kini Kaum Sulu telah pun menjadi majoriti di Sabah. Mereka sering berulang alik ke Sulu demikian yang di Sulu juga sering berulang alik ke Sabah, ini berlaku sejak dahulu kala.

Setiap tahun Kerajaan Malaysia berjaya menangkap puluhan ribu rakyat Sulu yang sebilangannya disebat (dirotan) tanpa belas kasihan kerana dianggap memasuki Sabah tanpa pass perjalanan sah kemudian dihantar pulang ke Sulu melalui Filipina. Keadaan ini sangat mengkhuatirkan kita, kerana sekiranya ada pemimpin Sulu yang menghimpunkan puluhan ribu kaum Sulu yang pernah ditangkap (dirotan dan sebilangan mati dalam tahanan rumah merah di seluruh Sabah) untuk dijadikan "tentera pembalas dendam" sudah tentu malapetaka tidak dapat dielakkan dengan tentera Melayu Malaysia suatu masa nanti.

Cadangan Kepada Malaysia dan OIC
Malaysia sekiranya jujur untuk menyelamatkan saudara mereka Tausug dari berterusan diperalat dan diperlakukan oleh Filipina, haruslah bertindak segera:

  • 1- Membantu meletakkan semula kuasa Sultan sebagai simbol keamanan di Sulu dengan mencari waris sebenar yang diperakui sejarah. Kerana hanya Sultan yang DIPERAKUI semua yang dapat menyatukan Tausug seperti dimasa kegemilangannya yang lalu.
  • 2- Sekiranya sukar mencari atau menentukan waris sebenar, Majlis Diraja Sulu mestilah diwujudkan dengan kerjasama Filipina dan Malaysia, iaitu memanggil semua waris Kesultanan Sulu yang selama ini mengaku sebagai Sultan yang sah (Kiram, Shakirullah, Aranan, Harun Ar-Rasyid).
  • 3- Memanggil Queen Elizabeth II of England dan Sultan Brunei Darussalam sebagai Saksi atau Pemerhati dalam Majlis Diraja Sulu nanti.
  • 4- Setelah Waris Sultan Sulu yang sebenar dikenal pasti maka Sultan Sulu akan diangkat dari kalangan Sultan-sultan Sulu sebelum ini. Sekiranya sukar (sebab ramai yang salasilahnya benar), maka Sultan Agung perlu dipilih dari kalangan mereka dan setiap Pulau dan Wilayah Jajahan Sulu diletakkan Sultan (seperti sistem Kesultanan di Malaysia).
  • 5- Dalam hal ini, para Datu Mindanao akan menyertai Majlis Diraja Sulu kerana wilayah mereka juga memerlukan Sultan sebagai simbol mereka kerana sebelum ini para Datu Maguindanao dan Maranao menyuarakan kebimbangan sekiranya Sultan Sulu membiarkan mereka. Mereka juga boleh dimasukkan kedalam sistem penggiliran Sultan Agung dalam Majlis Diraja Sulu.
  • 6- MNLF, MILF serta Abu Sayyaf akan diserap masuk kedalam Tentera Diraja Sulu untuk menamatkan konflik bersenjata. Sekiranya mereka enggan, OIC dan Badan Dunia perlu memulaukan mereka. Sekiranya mereka menentang Kesatuan Negara Sulu para mufti di negara-negara Islam boleh mengeluarkan fatwa terhadap mereka dengan hukuman BUGHAT (menentang pemerintah Islam).
Negara Malaysia kena memulakan hal ini kerana kelayakannya sebagai negara jiran dan penerima tunggal Pelarian Perang 1972, MNLF vs Marcos. Malaysia juga perlu mengambil jalan peneraju kepada dialog "Sulu-Filipina-Malaysia" kerana kes tuntutan Sabah hingga hari ini masih diwar-warkan oleh Filipina dengan Sultan Sulu yang diselianya. Tanpa tindakan proaktif Malaysia, dibimbangi keadaan tuntutan terhadap Sabah oleh Filipina akan BEREVOLUSI kepada tuntutan yang lebih BIJAK dan TERATUR dimasa-masa akan datang.

Mengapa saya katakan demikian? Kerana buku kami "Tausug and The Sulu Sultanate" sekarang tengah dikaji di Universiti Zamboanga dan MSU Bongao kerana kandungannya yang boleh digunakan sebagai "Senjata Baru" terhadap Tuntutan Sabah. Malah kandungan blog ini juga mereka kaji dari masa kesemasa kerana mencerminkan kehendak rakyat Sulu secara keseluruhan.

Dialog ini sebenarnya akan mengundang minat Negara China kerana berdasarkan kes Pulau Taiwan dan Kepulauan Spratley. Menurut dari sumber China, Kesultanan Sulu dan Kerajaan Kayangan China mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat sejak bermulanya perniagaan Mutiara berabad-abad lalu. Menurut dari sumber China, tentera Sulu (Iranun dan Bajau Balangingi) adalah pemilik sebenar Pulau Taiwan dan Kepulauan Spratley. Sebab itu hingga hari ini China masih gagal menguasai Taiwan dan Spratley adalah kerana pemilik asalnya telah hilang (iaitu kesultanan Sulu). Sebab itu, setiap individu yang ditabal sebagai Sultan Sulu (walau pun palsu) Negara China akan memanggilnya ke Beijing malah ada yang menaiki pesawat rasmi kerajaan China sendiri. Kemungkinan Negara China masih tercari-cari pewaris sebenar yang belum ditemui hingga kini.

Peta Taiwan yang ketika dulu pernah dikuasai oleh tentera laut Sulu (Iranun dan Bajau Balangingi). Antara tugas Tentera Laut Sulu ketika itu ialah mengawal dan menjaga pedagang mutiara Sulu ke China. Iranun dan Bajau Balangngi berpangkalan di Sulu dan Pantai Barat Sabah (hingga hari ini Bajau Balangingi dikenali sebagai Bajau Kota Belud di Sabah)

Dalam hal ini, Amerika Syarikat juga sangat maklum sebab itu bermula dari Taiwan hingga ke Sulu masih dalam jagaan dan perhatiannya. 
Kapal-kapal pengangkut US Fleet berada di mana-mana termasuk di Laut Sulu dan di perairan Taiwan.

Jemputan Ke SUMMIT Dialog Tausug Antarabangsa Pertama

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, April 17, 2009 0 ulasan


Benarkah Bendera Sulu UTC Tidak Berdasarkan Sejarah?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, April 8, 2009 0 ulasan

Peace  be with you dear Asree, 

I'm the owner and researcher of the web site on Royal Sultanates flags and symbols (Sulu, Ranao Area and Maguindanao ) www.webalice.it/paopadd.

I write you just to say that on some  web sites and blog spots related to the Sultanate of Sulu The Sultanate flag  have a non correct datation...

The Sulu Sultanate flag , red with  WHITE stars and kalis /budjak was created around  1899, before all the flags were quite differents, this flag remaind us the American flag , I suspect this flag was adopted by HRH Sultan Haji Mohammed Jamalul Kiram II under suggestion of the U.S.A Govt. ...!!!. Anyway, this flag wasn't born in 1700 A.D.  I'm studying The flags of Minda and Sulu since 1990 and I  can affirm that..
 
Also the interpretation of the kalis and budjak as symbols of some Sultans  is not correct, before to say that we must show clear evidences, I think this theory came from a friend of  mine: Datu Ali  of the Adinda Family...., this theory is just a supposition..
 
If the New Organizations, Groups and Movements for the Independence of Lupa Sug want to adopt this flag  with some variations ( yellow stars, Shahada  etc...) They can do it without any kind of problem because the people is the true sovereign I think..
 
Thanks for your attention, may God bless you  and your great people.
 
 
Paolo P.  (paopadd)
paopadd@alice.it
 
Datu as  Buayan na Italy

------------------------

Ulasan:
Saya ucapkan terima kasih pada Paolo P. atas respon beliau terhadap webblog kami http://taymanghud.blogspot.com. Beliau hanya menimbulkan yang dikatakan fakta bendera Sulu yang sebelum ini bintangya berwarna putih kemudian UTC mengubahnya kepada warna kuning dan sebagainya (termasuk memasukkan kalimah syahadah dalam bendera).

Beliau tidak bersetuju tentang usia bendera tersebut berasal dari abad ke-17 dan menganggap interpretasi tentang bendera tersebut adalah datang dari teori Datu Ali bin Datu Aliuddin Haddis Pabila- Aranan. Sebenarnya orang yang mengatakan bahawa bendera tersebut telah wujud semenjak abad ke-17 ialah Prof. D. Emmanuel D. Mangubat (bekas pensyarah sejarah kesultanan Sulu di MSU Bongao?) dan wartawan akhbar Mindanao, Mr. Hader Glang. Sebenarnya saya sendiri memihak kepada Datu Ali Aman tentang teorinya bahawa Keris ialah Kiram dan Tombak ialah Aranan. Ini kerana saya telah kaji sendiri berkenaan kebenaran teori Datu Ali Aman adalah benar berdasarkan kronologi kenaikan takhta Sultan Azimuddin dan Sultan Bantilan Muizzuddin I.

Berkenaan usia bendera tersebut yang bermula pada abad 17, pada awalnya saya juga tidak bersetuju. Tetapi setelah diteliti memang ada kebenarannya walaupun ianya hanya sekadar teori. Rupa bentuk bendera tersebut adalah simbol penggiliran yang dilakukan oleh anak-anak Sultan Salahuddin Karamat Bakhtiar. Umum mengetahui Sultan ini memerintah pada akhir abad ke-17. Sultan Salahuddin telah memulakan sistem Tartib dengan menggilirkan anak-anaknya ditabal Sultan (bermula anaknya dari isteri pertama hingga anaknya dari isteri ketiga).

Kemudian pada zaman Sultan Badaruddin I bin Sultan Salahuddin Karamat, baginda menyerahkan takhta kepada anakandanya dari isteri pertama asal dari Soppeng (wanita Bugis) bernama Sultan Azimuddin @ Fernando-I. Kemudian Sultan Azimuddin membawa diri ke Zamboanga kemudian ke Manila setelah bertengkar dengan adindanya (lain ibu) iaitu Datu Bantilan (pengawal Datu Bantilan melontar tombak ke arah Sultan Azimuddin lalu mengenai kakinya sehingga cedera). Kemudian Datu Bantilan di lantik oleh Rumah Bichara menjadi Sultan menggantikan abangnya yang membawa diri ke Manila.

Penggiliran takhta ini berlaku walaupun penuh dengan muslihat dan tipu daya sehingga ke zaman Sultan Jamalul Alam @ Azam bin Sultan Muhammad Fadl Pulalun. Sultan Jamalul Alam mendapat takhtanya serta sokongan kuat dari datuk saudaranya Sultan Muhammad Aranan Puyo.  Ketika ini keluarga Kiram dan Aranan sangat berkasih sayang serta bersatu padu menghalang kenaikan takhta dari keluarga Shakiraullah dan Harun Arrasyid sehingga ke zaman pemerintahan Sultan Jamalul Kiram II bin Sultan Jamalul Alam @ Azam. Oleh kerana rapatnya keluarga Kiram dan Aranan ketika itu, Sultan Jamalul Kiram II menggubah satu bendera sebagai mengenangkan kasih sayang dan kekeluargaan antara keluarga Kiram dan Aranan. Dalam www.webalice.it/paopadd kita akan jumpa satu gambar klasik tahun 1933 di Sulu sedang ditegakkan oleh beberapa orang Tausug di tepi pantai. Sultan Jamalul Kiram II memerintah bermula dari tahun 1884-1936 dan wafat tanpa zuriat.

Sultan Jamalul Kiram II telah melantik Rajamudanya ketika itu yang kemungkinannya adalah dari keluarga Aranan malangnya telah dibunuh. Ada yang mengatakan bahawa Rajamuda tersebut ialah Datu Rajamuda @ Ladjamura Mawallil Wasit bin Sultan Jamalul Azam yang mati dibunuh (diracun) sebelum berjaya ditabal sultan.

Menurut beberapa sumber, ketika berkecamuknya peperangan 1900-1915 antara para Datu Tausug dan tentera Amerika Syarikat di Bud Daho (600 orang dibunuh beramai-ramai termasuk anak siteri) dan Bud Bagsak (1000 orang dibunuh beramai-ramai termasuk anak isteri), menyebabkan ramai keluarga Kiram melarikan diri. Keluarga Aranan yang ketika itu memang tinggal menetap di Pulau Siasi telah menjadi tempat persinggahan keluarga Kiram sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Sandakan (Borneo Utara).

Maka saya tidak bersetuju dengan Paolo P. yang mengatakan penciptaan bendera serta maksud lambang dalam bendera tersebut adalah cadangan Sultan Jamalul Kiram II dengan cadangan atau persetujuan Amerika Syarikat sendiri. AS tiada kaitan dengan hal ini, mereka hanya datang dengan "niat" membantu Sultan Sulu. Ia sebenarnya adalah berdasarkan sejarah kekeluargaan dalam masa yang sama menjadi bukti kepada Tertib kenaikan takhta kerana terlalu banyak bukti (yang Paolo P. mungkin tidak bertemu dengan bukti berupa catatan khutbah-khutbah seperti yang dicatat oleh Najeeb Saleeby dan Cesar Adib Majul) yang boleh dijadikan sandaran.

Tembakan di Lahad Datu (hari membakar bendera Sabah?)

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

Huh!! Baru-baru ini berlaku pula tembak menembak di Lahad Datu. Hairan, keadaannya seperti video saya di atas (perarakan UTC dengan provokasi tembakan dari Polis MUNICIPAL Jolo). Bezanya yang ini dilakukan di Pasar Lahad Datu, kemudian Polisnya pula tembak tak tentu pasal tanpa tujuan (mungkin bertujuan menyuruh orang ramai bersurai).

Kita berterima kasih kepada pihak Polis yang cepat bertindak. Kita sangat mengharap video ini bukannya lakonana semata-mata. Kiranya lakonan ia kemungkinan hanya sebagai latihan Polis sebagaimana kita selalu melihat latihan Polis membenteras jenayah di KL dengan melakukan aksi tembak-menembak dengan perompak secara olok-olok. 

Kalau kita perhatikan video ini tampak seperti lakonan semata-mata meniru UTC Vs Polis MUNICIPAL Jolo di atas. Saya tidak pernah mendengar atau melihat mana-mana kejadian melerai tunjuk perasaan di Sabah PDRM melepaskan tembakan seperti ini, kalau ada pun ianya tembakan peluru pemedih mata bukannya peluru hidup. Pengalaman saya di Sandakan, pada awal tahun 80-an, pernah berlaku letupan bom di Sandakan ketika era MNLF dulu, tetapi Polis tidak pernah muncul di khalayak melepas tembakan memprovokasi semacam ini.

Sila lihat video Lahad Datu ini, mungkin diambil ketika tunjuk perasaan (bodoh?) 12 orang membakar bendera yang mengaku Kerabat Sultan Sulu baru-baru ini.

Perhatian:
UTC telah mengeluarkan kenyataan keras. Sesiapa yang terlibat atau bersubahat dalam mana-mana perhimpunan haram di Sabah, Malaysia dengan bertujuan ingin mengganggu ketenteraman dan sabotaj mengancam keselamatan negara (seperti membakar bendera Sabah dll) maka UTC berlepas tangan, kerana hal demikian bukan dasar atau perjuangan UTC. Diharapkan PDRM menangkap semua yang terlibat tanpa mengira latar belakang mereka.

Santai bersama kartun Asreemoro

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, April 3, 2009 0 ulasan


Ada yang tanya "Asree kamu kerja apa?" saya jawab "Saya pun tak tahu kerja apa, buat macam-macam". Tapi sebenarnya saya bekerja sebagai kartunis di semenanjung Malaysia sejak 1997. Mejadi kartunis sambilan dibeberapa majalah kartun sebelum menceburi animasi.

Hari ini saya banyak masa menumpukan kerja dengan mengkaji sejarah Tausug dan Kesultanan Sulu.