Paderi TAUSUG Berdebat Dengan Pope John Paul II

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, June 22, 2009 8 ulasan


Diceritakan oleh Ustaz Tajuddin Othman Abdullah (Reverend Thomas Laiden). Beliau adalah bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah.

Antara sedutan ceritanya:

"SEMASA KRISTIAN saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok (maksudnya Suluk @ Tausug). Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vatican Itali, iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan di dunia dengan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vatican. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negeri asal saya, iaitu Sabah.

Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary dan Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu".

Perdebatan Bermula:
"Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vatican untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi.

Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita anuti ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku buat dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya."

Beliau berkata, "Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa.

Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."

Di situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian? Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".

Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan." "Saya bertanya kembali, "Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)." Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.

Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?" Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama." Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia".

Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian." Saya katakan padanya,"Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?" Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik, apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa.

Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya. Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa".

Mendiang Pope John Paul II meneropong dari luar Gereja Vatican kalau-kalau ada lagi Tausug yang menjadi Paderi. Beliau sudah tidak yakin dengan Tausug walau paderi sekali pun. Bahaya!!

RAHSIA Paderi Vatican Bersumpah Guna Al-Quran
"Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ.

Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.

Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar.

Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan lihat isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya.

Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang.

Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St Mary, Sabah".


Ulasan Asree:
Saya percaya kitab yang diambil dari dalam laci oleh Thomas itu ialah salinan Injil Barnaba kerana Injil Barnaba persis sama kandungannya selari dengan Al-Quran dan Sunnah. Atau pun ianya kitab Injil yang asal dari penganut Yahudi terawal menjadi pengikut Nabi Isa a.s. Saya pernah terbaca satu kitab Injil Barnaba dalam Bahasa Melayu. Dalam muka surat awalnya tertulis bahawa kitab Injil Barnaba tersebut telah ditahqiq (disemak) oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebelum dicetak.

Pengajaran di atas ialah TAUSUG memang benar-benar "PENGKHIANAT" sekiranya mereka benar-benar telah "dikhianati" dengan tertipu atau terpedaya. Maka benarlah tekaan para ahli sejarah terhadap TAUSUG:

Primo Esleyer penulis Lessons from Kidnapping dalam www.iloiloviews.com, Visayan Daily Star pada June 20, 2008:

“Tausug adalah pelayar terbaik, kapal perang Spanyol tidak boleh mengalahkan kapal mereka. Mereka adalah pahlawan-pahlawan tetapi adalah yang paling khianat berbanding kaum Muslimin yang lain… ramai para Jeneral (tentera Filipina) yang terperangkap dan terbunuh.

Video Lucu ICE AGE Dalam Bahasa Tausug

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, June 21, 2009 6 ulasan


Sedutan dalam kartun Ice Age terbitan FOX. Alih bahasa Sug diolah oleh Asree dan disunting oleh Najeer.

Video di atas dialih bahasa ke bahasa Sug dipetik dari filem animasi FOX tanpa kebenaran. Walaubagaimana pun ia dibuat bukannya atas berdasarkan keuntungan, hanya sekadar latihan editing untuk bro Najeer. Sila bagi komen yang membina kerana beberapa orang sahabat kami tengah berlatih/praktikal Audio Visual untuk projek-projek Tausug (Filem, Dokumentari, Rencana, Komedi dll). Selamat menonton!!

Maksud tersirat Video di atas (dalam bahasa Sulug):
"In video hataas namayta', bahawa bang in Tausug mahaluk in pagtug (di' magpikilan atawa maghinang sin hikarayaw sin bangsa iban agama - minsan bati' di' maghali in pag kutkut mangdupang ha bangsa) in kasungan niya "hikabin sila" sin kaibanan bangsa (manga satruh).

Ayaw naman "magsentimental" sin kiyalabayan mag tangis magkaginisan tumaka makagiikna tai'. Bang in Tausug di' umapas tumuyu' in kasungan nila bukunnaman hat makagiik tai' sin "karupangan", maggaganap pa in "kaawaman" (bobo) niya (hangkan nakakadtu pa dua binatang tandukan) way niya kiyaingatan in yaun maka mula kaniya (Tausug bayan!!). Danan nakapag agaw pa kakaun.

In Tausug isab minsan bobo na nakalandu' sumaut pa mag pakita' sin kapandayan niya hangkan suukun niya pa in satruh pakaunun niya pa bungangkahuy matuud... kahahaha! Ubus yaun bang apasun dumagan iban pag silawak bahasa, lumawag tatapukan, nakasaut pa timilu' batu. Harat dila' tuud.

Unu in mahinang ta pamintangan ha video komik yaun, in Tausug subay ayaw mag pulak kanat lumayu' dain ha kamatauran niya. Subay tattap halaum Jama'ah bat dih hikabin atawa mapuhinga'. Apabila in Tausug nag hambuuk na iban sin "Bangsa Makusug" (Gadja Mammoth bulbulan sapantun niya) amin makatabang kaniya, in satruh mataalluk niya."

Asree
Usalun taniyu na in kapandayan taniyu pa dan kamahardikaan. Misan bobo, bang matinik in utuk kalagihan tuud.

Tausug Juga Dijual Oleh Balangingi?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, June 4, 2009 6 ulasan


Tarikh Temuramah: 2008
Tempat: Kg Forest Sandakan
DAK: Datu Ali Kuyung
Penemuramah: Asree

Dikalangan Tausug Sandakan maklum pada ketika dulu Bajau Balangingi dan Iranun adalah salah satu dari tentera laut Sulu yang kuat, berani dan ganas. Pengawal Laut atau dalam istilah Tausugnya "Mangayaw" adalah panggilan kepada Bajau Balangingi dan Iranun ini.

Menurut salah seorang ahli salasilah dari keluarga Aranan di Sandakan bernama Datu Muhammad Ali Kuyung menjelaskan bahawa kehebatan Bajau Balangingi dan Iranun ketika dulu telah berjaya menyelamatkan Sulu dari ancaman Spanyol dan Belanda. Malah German dan Francis tidak pernah terfikir mengganggu gugat kedaulatan Kesultanan Sulu ketika itu adalah disebabkan kekuatan maritim Sulu.
Kapal Adjung Joanga adalah yang terbesar sebagai kapal perang tentera laut Sulu. Di atasnya diletak dua buah meriam besar di hadapan dan para pahlawannya menjadi pendayung. Salah seorang ditugaskan memukul gendang atau tabuh untuk digunakan sebagai bunyi arahan.

Menurut saudara Neldy Jolo, Spanyol sendiri sekiranya hendak merentas Laut Sulu untuk ke Zamboanga perlu menyusur perairan pantai Palawan sebelum terus memecut ke Zamboanga. Ini adalah satu-satunya cara untuk selamat dari ancaman Bajau Balangingi dan Iranun ketika itu yang berkeliaran sepanjang masa di Laut Sulu hingga ke perairan Luzon dan Laut China Selatan.

Neldy Jolo dalam kajiannya mendapati terdapat catatan yang menyatakan ketika Portugis berjaya mengalahkan Melaka pada 1511, pengembara Portugis terkenal iaitu Ferdinand Magellan pernah singgah di Melaka dan mendapatkan orang Brunei (kemungkinan Pangeran) untuk meminta bantuan menemaninya merentas Laut Sulu. Kerana Magellan tahu hanya orang Brunei yang dipercayai oleh Tausug kerana punya hubungan kekeluargaan kesultanan Sulu dan Brunei. Magellan berjaya singgah di Jolo pada 1512 sebelum meneruskan perjalannya ke Lisbon melalui kepulauan Luzon. (Ini adalah pelayaran F. Magellan yang pertama sebelum beliau kembali semula ke Cebu untuk kali kedua pada 1521 atas nama Kerajaan Spanyol).

Neldy Jolo beri maklumat dalam bahasa Inggeris:

Charles Kimball said in his article,

“The Portuguese Quest for Spices and Souls” at http://xenohistorian.faithweb.com/: “The Malaccan force outnumbered the Portuguese by a factor of 15 to 1, but the superior technology of Portuguese ships and cannon prevailed, and Malacca fell after a six-week siege....."

"Afterwards Portugal sent expeditions to the Moluccas (1512), China (1513), and Japan (1543), securing trade with all of those places…Eventually the Portuguese paid toll to the Sultan of Brunei so that they could sail around North Borneo and through the Sulu Sea to reach the Spice Islands without being molested.”

Tausug memanggil PARAKKOA kepada kapal ini. Ia dapat bergerak laju di lautan dalam apa jua keadaan cuaca. Selalu digunakan oleh Balangingi dan Iranun berperang atau meronda Laut Sulu.

Mark Twains pernah menulis bahawa Bajau Balangingi dan Iranun merentas lautan mencari hamba untuk dijual hingga sampai ke Friday Island di Australia. Malah mereka senantiasa menyusur perairan kepulauan Jawa dan Sumatera. Mereka sering menyerang hendap kapal-kapal yang mereka jumpa dan orang yang mereka tangkap mereka jual di Makassar dan Sulu. Hinggakan orang-orang Jawa memanggil mereka dengan panggilan "Bajak Laut" (sempena nama Bajau Laut Balangingi) bermaksud perompak laut. Di Pulau Palawan hari ini terdapat suku kaum Asli Batak yang dipercayai berasal dari Sumatera yang telah dibawa oleh Balangingi Dan Iranun. Di Malaysia perompak laut digelar Lanun (sempena nama Iranun) walaupun sebenarnya mereka bukanlah perompak tetapi hanya penjaga laut Sulu sahaja.

Berikut soal-jawab dengan Datu Muhammad Ali Kuyung (DAK):

Asree:
Datu, apa yang datu faham tentang Bajau Balangingi dan Iranun?

DAK:
Mereka adalah tentera laut Sulu. Tanpa mereka Laut Sulu tidak akan terjaga dari anasir luar.

Asree:
Benarkah mereka sering menangkap orang untuk dijual?

DAK:
Hahahaha! Ya, sesetengah kes mereka dijadikan senjata oleh Sultan Sulu untuk mengaibkan atau menghancurkan musuh politiknya sebagai hukuman peribadi.

Asree:
Sudah tentu musuh Sultan adalah Tausug sendiri?

DAK:
Ya, malah sebahagiannya adalah keluarga para Datu sendiri. Cara Balangingi menangkap orang ialah dengan menggunakan pukat. Mereka menunggu dari atas pokok, bila mangsa lalu dibawah mereka terus tangkap dengan pukat atau jaring. Orang tua-tua kami menceritakan hal ini.

Asree:
Kemudian mereka bawa kemana? Mereka jual?

DAK:
Setahu saya mereka jual di "Lupa' Higad" samada mereka jual atau menjadi tawanan.

Asree:
Hahahaha! kesian betul. Apa maksud "Lupa' Higad"?

DAK:
Lupa' Higad bermaksud North Borneo (Sabah). Memang kesian, sebab itu saya ketika kecil dahulu, sekiranya ada Tausug dari Sulu sampai ke Sandakan dan bertanya, saya tidak mengaku Tausug Sandakan. Kerana menurut orang tua-tua ramai Tausug di Sandakan adalah dijual yang dibawa oleh Balangingi dan Iranun. Ini adalah perkara yang memalukan.

Asree:
Hahaha! Rupanya ada juga Tausug yang telah dijual ke Sabah. Maka Tausug jangan berbangga dengan status mereka terutama yang tinggal di Sandakan. Patutlah..... ada sebilangan Tausug Sabah hari ini tidak mengaku Tausug kerana mungkin malu dipanggil Tausug yang "Telah Dijual". Hari ini mereka berkeras hanya mahu dipanggil SULUK sahaja bukan Tausug. Bagaimana pula dengan Iranun?

DAK:
Saya tidak berapa tahu tentang Iranun, yang saya tahu kaum Bajau Tawi-Tawi ramai yang berkahwin campur dengan para Datu Iranun.

Asree:
Pakcik saya (Imam Yasin kg. Bahagia) pernah bercerita tentang sahabatnya yang pernah datang berdakwah ke Ulu Sungai Sugut (pendakwah dari jamaah Tabligh). Ketika mereka singgah di satu kampung tiba-tiba seorang tua muncul dengan wajah serius lalu bertanya kalau ada dikalangan mereka yang berbangsa Bajau Balangingi. Para jamaah yang kehairanan dengan pertanyaan orang tua tersebut bertanya semula apa sebenarnya yang berlaku. Pakcik tersebut menjelaskan bahawa datuknya telah dijual ke Sugut oleh Bajau Balangingi sebab tu hingga hari ini mereka berada di Sugut. Para jamaah tabligh terus berasa seram dengan pakcik tersebut yang kelihatan seperti ingin membalas dendam.

DAK:
Hahahahaha!... Itulah yang saya katakan. Tetapi bukanlah semua kaum Suluk di Sabah ni telah dijual oleh Balangingi.

(DAK menyebut Bajau Balangingi dengan sebutan BALANINI)

Kapal Adjung yang kecil seperti ini biasanya dipakai oleh tentera laut Sulu sebagai pengapit kepada kapal yang lebih besar seperti Adjung Joanga. Biasanya dipakai oleh Balangingi dan Iranun meronda perairan Borneo.

TAMBAHAN:
Walau apa pun keberanian Bajau Balangingi dan Iranun masih tetap bersandarkan kepada Tausug dan Kesultanan Sulu. Terkenalnya Balangingi dan Iranun samada terkenal sebagai tentera laut yang handal atau pun terkenal dengan "Perompak Laut" (Lanun & Bajak Laut) tetap dituding kepada Tausug. Pendek kata yang mendapat nama ialah tausug.

Pujian dan sindiran kepada keberanian berperang kaum Tausug adalah biasa dikalangan sarjana barat contohnya seperti yang dikatakan oleh En. James Dunnigan dalam artikelnya Tropical Vikings pada 17 Mac 2003 bahawa:

“Orang Tausug adalah seperti orang Viking, mereka pahlawan yang ganas, tiba-tiba muncul dari laut tanpa diduga dengan kapal layar mereka yang pantas…mereka empunya versi Viking yang tersendiri, seperti juramentado (berani mati)…antara kaum Moro (Muslimin) yang paling bengis dan kejam ialah Tausug.”

Puan Jocylin @ Cyberdayang Tahu Sejarah Sulu

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 1 ulasan

Puan Jocy:
"Kamu tahu Asree, sebelum kedatangan Spanyol ke Cebu sudah ada Datu Maputih dan beberapa datu dari Sulu yang telah menduduki dan menguasai kepulauan di situ".

Beliau (Puan Jocy) adalah seorang peniaga yang sibuk berulang alik ke Manila dan Kuala Lumpur. Perkataan terakhir yang beliau ucapkan pada saya ialah "InsyaAllah saya akan usahakan mencetak buku Asree di Manila".

Saya bertemu beliau di Lapangan Terbang LCCT Sepang tahun lepas ketika dalam perjalanan ke Hong kong melalui Manila.

Kaum Momugon Asalnya Dari Luar Sabah?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan


Berikut adalah beberapa pandangan saya dalam blog saudara Abdul Naddin. Bukanlah niat saya merendah-rendahkan kaum lain terutama Dusun dan sebagainya tetapi bercakap bersandarkan fakta sejarah. Keranan sahabat-sahabat yang menyokong perjuangan saya adalah terdiri dari kaum Dusun sendiri juga.


"Ya, saya setuju. Majoriti kaum Asli yang ada di Sabah seperti Tambanuwo, Bonggi dan beberapa kaum lain berasal dari kepulauan Filipina. Tausug (Sulug) memanggil mereka sebagai kaum Ayta atau Agta yang membawa maksud kaum Pagan (Asli).

Kebanyakan kaum Ayta di Sabah telah dibawa oleh tentera laut Sulu (Bajau Balangingi dan Iranun) setelah menangkkap mereka atau kalah perang (kerana menjadi tentera spanyol). Tentera laut Sulu menjual mereka kepada Pangeran dan Datu Tausug di Sabah ketika itu sebagai hamba abdi.

Kaum Ayta setelah itu berasimilasi dengan kaum Dayak dari Kalimantan seperti Idahan, Tidung dan Murut.

Demikian juga dengan kaum Dusun-Kadazan. Mengikut kajian mereka berasal dari suku kaum H'mong dari Vietnam, Kemboja dan Burma yang juga dibawa oleh Tentera Laut Sulu (Balangingi dan Iranun) yang rata-rata mereka berasal dari Indochina. Juga telah berasimilasi dengan kaum Dayak dari Kalimantan dan Ayta Filipina. Maka terhasillah kaum-kaum lain seperti Dusun, Lotud, dan kaum-kaum lain.

Kaum yang paling baru muncul ialah KADAZAN yang dicipta oleh Tun Fuad Donald Stephen pada tahun 50-an. Kadazan terhasil dari satu nama persatuan kaum Dusun Bandar. Kadazan suku asalnya ialah Dusun jua".

Saya sambung lagi:

"Kami telah mendapati tentera laut Sulu telah menjadikan Pantai Barat Sabah sebagai pangkalan mereka sehingga ke Pulau Palawan.

Didapati kepulaun Spratley sehingga ke Pulau Taiwan dijaga oleh Bajau Balangingi dan Iranun. Mereka adalah tentera laut Sulu yang ditugaskan oleh Sultan Sulu menjaga pedagang Mutiara Sulu ke China (Tidak hairan Sulu punya simpanan emas yang banyak disebabkan perdagangan mutiara dengan China).

Bajau Balangingi dan Iranun kerap kali menyusur pantai Burma, Kemboja, Vietnam sehingga ke Taiwan. mereka kerap masuk ke sungai-sungai menangkap kaum asli H'mong lalu dijual ke Sabah sebagai penanam beras.

Kedahsyatan tentera laut Sulu terkenal sehingga ke Kelantan dan Terengganu hinggakan Tentera Laut Sulu dipanggil LANUN sempena nama Iranun. Ini di akui sendiri oleh Francis James Warren dalam buku kajiannya Sulu Zone: 1700-1800 dan Iranun and Balangingi.

Hari ini Bajau balangingi masih menetap di Kota Belud bersama kaum Iranun di sepanjang Pantai Barat Sabah".

Bersambunglagi:

"Betul kata saudara Naddin, kandungan buku james warren banyak yang saya tidak setuju. terutama apabila menyentuh tentang pelanunan.

Walaubagaimana pun banyak faktanya yang sama dengan tradisi lisan Sulu berkaitan Balangingi dan Iranun sama seperti catatan Adib Mahul.

Balangingi dan Iranun digelar "Mangangayaw" atau mengayaw oleh kaum Sulu bermaksud "Penjaga Laut Sulu".

Kajian perlu dilakukan secara berterusan. Dalam blog kita hanya mampu melemparkan pelbagai bahan kajian agar faktanya boleh ditambah atau dikurangi sekiranya silap oleh pengunjung".

Lihat catatan saya yang terdahulu yang diiringi oleh beberapa fakta ringkas: http://tausugglobal.blogspot.com/2008/10/kaum-momugun-kaum-kaum-lain-di-sabah.html

Sultan Bantilan akan membuat lawatan rasmi ke Indonesia?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, June 3, 2009 0 ulasan

Foto diambil oleh Neldy Jolo. Antara Sultan dan penulis ialah Peguam Kerajaan Sulu (penasihat undang-undang) ialah Atty. Meltino Jaujan Sibulan.

Ketika saya menghubungi pejabat Istana Sultan Sulu minggu lepas mereka tengah membuat persediaan untuk membuat lawatan ke Indonesia. Antara rangka lawatan ialah menemui dan membuat perbincangan dengan Mufti Sulu Datu Paduka Maulana Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab serta menemui para habaib dan pemimpin kerajaan dan tempatan.

Bro Atty. Meltino Jaujan sibuk mengatur dan menyusun surat-menyuratnya untuk dihantar ke kedutaan negara-negara asing di Manila. Antara agenda menarik yang telah diaturkan ialah menemui kedutaan Negara Brunei Darussalam di Manila dan Indonesia. Persoalannya berjayakah mereka membuat hubungan antarabangsa tanpa melalui atau persetujuan Filipina?

Kita doakan mereka berjaya menghubungi kedutaan negara asing untuk menyampaikan agenda DYMM Sultan Bantilan Muizuddin II Aranan demi kebaikan umat Islam Sulu, amiiin!.



Ulasan:
Seorang kawan pernah menyarankan:

"Kalau susah sangat diterima oleh Negara Luar (termasuk Malaysia, Indonesia dan Brunei) lebih baik Sultan Bantilan bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan Kerajaan Filipina. Kerana mustahil negara Islam lain akan membela Sulu selain dari negara Kafir".

Ini adalah saranan yang agak radikal. Setahu saya perinsip Sultan Bantilan Muizuddin II ialah tidak mahu bekerjasama dengan Filipina kerana sudah tentu akan menyentuh hal kedaulatan Sulu yang sekarang dibawah kawalan Filipina. Apa yang pasti akan berlaku ialah Sultan Bantilan akan lebih mudah bekerjasama dengan MNLF, MILF dan Abu Sayyaf. Saya katakan demikian adalah keranan OIC dan Amerika Syarikat telah pun beri lampu hijau "Sekiranya anda bersatu bergabung bersama-sama atas satu tujuan keamanan anda akan mendapat apa sahaja yang anda mahu setelah itu" iaitu kemerdekaan.

Bagi Filipina, Malaysia dan Indonesia, apakah erti kemerdekaan Sulu sekiranya ia benar-benar berlaku? Satu sahaja jawapan yang difikirkan yang selama ini telah menjadi mimpi ngeri buat kita iaitu "KEHANCURAN MAPHILINDO".

Mari kita sama-sama sediakan payung sebelum hujan dengan merapatkan barisan dan hubungan ukhuwwah umat Islam. Bantu membantu adalah jalan terbaik buat kita untuk menghadapi semua ini. So, apakah yang telah kita lakukan untuk umat Sulu selama ini?

  • Menangkap mereka (yang datang ke Sabah) untuk dihalau semula ke Filipina?
  • Membiarkan anak-anak Sulu tanpa bantuan pendidikan sekali pun mereka menjadi pendatang haram di Sabah?
  • Dimana hak kemanusiaan mereka kita letak?
  • Membiarkan kesultanan Sulu terumbang ambing penuh dengan penyamar Sultan?
  • Membiarkan "Sabahan" yang anti-Sulu dan anti-Islam mencaci-maki rakyat Sulu dengan gelaran PTI, pendatang haram serta bermacam lagi penghinaan?
Sungguh malang, umat Islam Semenanjung Malaysia tidak akan mampu lagi membantu Saudara Sulu mereka di Sabah kerana UMNO sendiri bakal dikalahkan dalam pilihanraya umum akan datang ditangan "Sabahan" yang anti-Sulu dan anti-Islam. Benarkah?

Tausug Dari Kacamata Masyarakat Filipina

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, May 31, 2009 0 ulasan

Cerita: Neldy Jolo
Ulasan: Asree
Cerita melalui talipon. Pengalamannya selama berkelana di seluruh Filipina dari Sulu ke Luzon.

TAUSUG DIHORMATI?
"Pengalaman menjadi pelajar di salah satu universiti di Marawi City, Mindanao menghasilkan beberapa cerita menarik tentang bagaimana pandangan kaum lain terhadap Tausug. Kaum Maranao dan Maguindanao bila mengetahui yang mereka bawa bergaduh ialah Tausug mereka akan cepat-cepat redakan keadaan samada meminta maaf atau lari sahaja.

Dikalangan kaum Mindanao saya punya pengalaman bergaduh dengan Maguindanao dengan Maranao. Tidak pula bagi kaum Iranun, kerana Iranun sangat menghormati Tausug. Iranun kiranya bertembung dengan Tausug selalu mengalah sambil berkata "Sulug anan, manga pagari' tano" (Tausug, mereka adalah saudara kita). Kerana mereka tahu, sifat Tausug tidak suka memulakan pergaduhan.

Di Pulau Luzon, Tausug dikenali sebagai Suluan atau Joloano manakala di Mindanao, Visaya, Cebu dan lain-lain tempat Tausug dikenali sebagai SULUG. Dikalangan masyarakat Filipina begitu mengenali Tausug dengan dua perkara.

Pertama: Tausug adalah kaum yang berani
Kedua: Tausug adalah manusia baik"

Ulasan: Dua perkara di atas adalah gelaran kepada sifat Tausug di mana-mana sekali pun ada juga yang menggelar Tausug sebagai "perompak dan pengganas" tetapi keseluruhan dua perkara di atas tetap diberi kepada Tausug hingga kini.

KAUM WARAY VISAYA
Di Pulau Visaya kaum yang sangat berani ialah kaum Waray. Mereka bertebaran dimerata tempat di kepulauan Filipina yang dikenali sebagai berani tetapi tidak di Sulu. Kaum Waray ditakuti di kalangan kaum beragama Kristian.

"Saya pernah menaiki kapal di Pulau Cebu, tiba-tiba terlanggar bahu seorang lelaki Waray. Beliau terus menolak saya menunjukkan kemarahan (mungkin marah dengan terlanggar bahu yang saya tidak sengaja) lalu saya pegang dan memulas tangannya. Saya katakan padanya agar jangan memulakannya kerana saya akan melawan. Dia terkejut lalu bertanya saya berasal dari mana, saya menjawab dari Sulu. Dia tanya samada saya berbangsa Sulug saya kata memang saya Sulug. Tiba-tiba berubah wajahnya dan menunjukkan sikap berbaik-baik.

Sepanjang perjalanan di dalam kapal beliau menceritakan kepada saya tentang keberanian dan kebaikan Tausug. Menurutnya, orang kampungnya yang menjadi tentera Filipina tidak mahu dihantar bertugas ke Sulu kerana takut dibunuh oleh Tausug. Sebilangan besar langsung letak jawatan bila terdengar mereka akan ditugaskan di Sulu.

Sebenarnya ia bukanlah pelik bagi saya. Kerana sebelum ini saya pernah saksikan sendiri di lapangan terbang Jolo, Sulu bagaimana sekumpulan tentera Filipina yang baru sampai di lapangan terbang Jolo meninggalkan senjata dan seragam mereka lalu naik kapal kembali ke kampung mereka sambil membebel bahawa mereka tidak dimaklumkan langsung yang mereka akan ditugaskan di Sulu".


RAHSIA KEBERANIAN
"Pada tahun 2000 saya pernah berkunjung ke Illigan (Beberapa puluh kilometer dari Cotabatu) bersama 3 orang sahabat yang juga berasal dari Jolo. Ketika kami melintasi satu kawasan yang dipenuhi oleh kaum Visaya mabuk (jumlah mereka lebih kurang 30 orang) salah seorang sahabat saya telah berselisih faham lalu berlaku pertengkaran dengan salah seorang Visaya yang ada di situ sehingga membawa kepada pergaduhan. Apa yang berlaku kami berempat telah diserang dan dibelasah sehingga lebam dan luka-luka. Oleh kerana mereka terlalu ramai dan saya pula risau salah seorang dari kami dikeroyok maka kami masing-masing bersandar bahu membahu agar tidak terpisah.

Saya berseru dalam bahasa Tausug kepada 3 sahabat "Ayaw kita niyu dumagan misan kita niyu mapusat!!" (Jangan lari walau pun kita dilanyak sampai lumat!!). Tiba-tiba mereka terkejut setelah mereka dengar kami bertutur dalam bahasa Tausug lalu beberapa orang dari mereka cabut lari. Setelah lihat yang lain lari maka yang tinggal pun lari, yang akhirnya semua lari. Oleh kerana terlalu geram kami mengejar dan sempat menangkap seorang lalu kami belasah cukup-cukup. Apa yang saya paling risau dan tidak sanggup menghadapinya ialah sekiranya kami dipanggil PENAKUT oleh mereka, sebab itu saya seru mereka jangan lari biar pun dibelasah hingga lumat, janji jangan lari.

Di kalangan kaum Visaya, mereka mengenali Tausug dengan "Bangsa yang tidak takut mati" dan "Tidak akan lari walaupun keseorangan". Sahabat saya bernama Mudar pernah bersekolah di Pulau Cebu. Satu ketika beliau berselisih faham dengan pemuda Visaya dari suku kaum Waray sehingga membawa kepada pergaduhan. Beliau telah ditetak dengan sebilah parang lalu beliau tahan dengan tangannya menyebabkan tangannya terbelah dan parang sampai ke kepalanya. Bro Mudar tidak lari seinci pun atau menunjukkan wajah kesakitan malah terus merampas parang tersebut lalu mengejar waray untuk membalas. Malangnya Waray telah lari langkah seribu".

Ulasan: Ternyata keberanian Tausug ialah semata-mata berpunca dari takut MARUAH TERCALAR. Oleh kerana takut dipanggil PENAKUT sanggup melawan 30 orang musuh sekali pun tidak mampu melawannya. Situasi seperti ini tidak hanya berlaku kepada Neldy Jolo dan kawan-kawannya malah keseluruhan kaum Tausug terutama Tausug dari suku Buranun mempunyai keberanian pelik seperti ini yang disemai sejak kecil.


KEBERANIAN DISEBABKAN GENETIK?
"Saya punya seorang sahabat Tausug di Sulu yang ayahnya bernama Julhassad (namanya lebih kurang) pernah jadi tentera Filipina ketika dulu. Beliau berkata, ayahnya telah ditugaskan di Mindanao ketika itu telah ditawarkan oleh satu keluarga untuk menikahi anak perempuan mereka. Keluarga tersebut mahu Julhassad mengahwini anak mereka hanya semata-mata untuk mendapatkan anak lelaki "Tausug". Sekiranya Julhassad menceraikannya setelah itu mereka tidak kesah yang penting mereka dapat cucu lelaki "Tausug". Ternyata ia menjadi kebanggaan sekiranya mereka punya keluarga Tausug".

Ulasan: Malangnya Julhassad tidak berminat dengan tawaran tersebut. Perlulah dijelaskan, sebahagian Tausug masih memandang rendah terhadap kaum lain terutama kaum Visaya yang mereka anggap sebagai "hamba abdi" Spanyol ketika dulu. Malah Tausug masih menggelar semua kaum yang beragama Kristian samada Tagalog, Bagubo, Illonggo, Ilocano, Surigaonun, Hiligaynon atau siapa sahaja asalkan beragama Kristian semuanya "dibungkus" dengan istilah "Visaya". Hinggakan Visaya itu sendiri membawa maksud "Kafir" kepada Tausug hingga kini.

Persoalannya benarkah keberanian Tausug disebabkan Genetik? Atau keberanian tersebut telah disemai dari kecil oleh kaluarga mereka? Saya berpandangan ia disebabkan persekitaran serta budaya kebiasaan telah menjadikan mereka demikian. Tausug malu digelar penakut sebab itu sanggup mati dari menanggung malu kerana ibu bapanya senantiasa mengingatkan bahawa tiada datuk neneknya yang dayus takut pada "Visaya Kafir". Sebab itu lari dari musuh adalah simbol "kedayusan" yang akan menjangkiti generasinya yang akan datang. Keberanian inilah yang diakui oleh General Tentera Amerika Syarikat ketika dulu.

Seperti pembunuhan di Bud Bagsak (Gunung Bagsak) Sulu pada June 11, 1913 oleh tentera Amerika Syarikat yang di arah oleh General John Pershing. Beliau menghantar surat pada isterinya mengatakan:

"Perlawanan inilah yang paling menakutkan dan kejam yang pertama kali saya saksikan. Orang Moro (Yang dimaksudkan ialah Tausug Sulu) melawan seperti syaitan. Mereka memang sepenuhnya tiada ketakutan dan apabila sudah berazam untuk melawan, mereka terima kematian itu cuma sebagai satu peristiwa biasa.”

Dalam Press Release, 1,000 Tausug warriors who fought and died at Bud Dajo Battle pada March 8, 2006, Senator Aquilino Nene Q. Pimentel, Jr. berkata:

“Pahlawan-pahlawan Tausug dan ahli keluarga mereka yang menentang pencerobohan asing di Perang Gunung Dahu (Bud Dahu [Battle of Bud Dahu]) patut di iktiraf kerana keberanian dan keperwiraan mereka. Jarang kita temui di dalam sejarah, keberanian seperti yang di tunjukan oleh Tausug di Bud Dahu. Keberanian dan pengorbanan mereka mempertahankan Bud Dahu boleh di bandingkan dengan lagenda kemenangan penganut Yahudi (Jewish) menentang penjajah Roman di tahun 72 A.D, zaman Kristian di puncak kubu bernama Masada.

Semangat Tausug tidak takut akan mati (never-say-die spirit) di Bud Dahu di contohi oleh juruterbang Kamikaze Jepun yang melanggar kapal perang Amerika di perang Okinawa hingga ke penghujung Perang Dunia Kedua di Pacific. Bud Dahu berdiri megah di dalam rekod keberanian pahlawan-pahlawan dan orang-orang yang melawan demi kemerdekaan negara mereka dan ia yakni berada di tahap Masada yang tinggi dari Okinawa dan Saipan”.

Pertama: "Helo! Asree, aku nak bagi kamu satu maklumat....!!""

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, May 30, 2009 7 ulasan


Tausug Pembela

Cerita Satu: Melalui Talipon,

"Bro, tulisan mu dalam buku Tausug dan Kesultanan Sulu terdapat cerita tentang tentera Sultan Sulu datang membantu selesaikan perang saudara Brunei tahun 1675. Sebenarnya tentera Sulu tersebut ialah diketuai oleh Panglima Ilidji dengan 800 ke 1000 tentera laut Bajau Balangingi dan Iranun membantunya".

Ulasan:
Kemungkinan adalah benar maklumat beliau. Setahu saya ada 3 panglima Tausug yang mengetuai peperangan membantu Sultan Brunei ketika itu (menurut tradisi lisan) termasuklah Panglima Ilidji. Peperangan selama sehari setengah (Setengah sumber 3 hari) mengalahkan Pangeran Abdul Mubin (pencopot takhta) di Pulau Chermin. Panglima Ilidji mengejar Abdul Mubin sampai masuk kedalam Masjid lalu memenggal kepalanya dengan barung. Sultan Muhyiddin kemudian menghadiahkan Borneo Utara kepada Sultan Sulu setelah itu.

-------------------------

Cerita Dua:
Cerita seorang kawan (pesara tentera Malaysia Jurulatih Base 300) ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur akhir tahun 2008:

"Asree, kamu tahu siapa yang membantu Malaysia membunuh dan mengalahkan tentera komunis yang terakhir di Sarawak era 70-an? Tidak lain dan tidak bukan ialah bangsa kamu. Ketika tentera Malaysia buntu bagaimana menghapuskan komunis di Sarawak, bangsa kamu datang membantu hapuskan komunis di hutan Sarawak. Kamu tak tahu bangsa kamu sangat ramai di Sarawak?"

Ulasan:
Saya teruja dengan cerita beliau menyebabkan mata saya hanya terkebil-kebil.

--------------------------

Cerita tiga:

Diceritakan oleh Safri beliau berbangsa Bugis Bone dari Sulawesi (Beliau menjadi pakcik saya setelah berkahwin dengan ibu saudara saya bernama Merhama binti Muhammad Salleh, beliau sangat fasih berbahasa Tausug),

"Asree, beberapa tahun lalu saya kembali ke Sulawesi. Ketika itu kecoh tentang pergaduhan Islam dan Kristian  di sana hingga merebak ke kampung saya. Setibanya saya di kampung tiba-tiba mereka datang (orang kampung dan saudara maranya) mengerumuni saya sambil bertanya "Mana isteri kamu?" saya jawab saya tinggalkan di Sandakan. Mereka bertanya lagi "Bukankah isteri kamu berbangsa Suluk?" saya mengiyakan dengan penuh kehairanan, mungkin keluarga saya telah maklumkan kepada mereka tentang isteri saya berbangsa Suluk (Tausug)".

"Setelah diteliti rupa-rupanya pada tahun 2003 lalu telah berlaku satu tragedi berdarah Islam vs Kristian. Satu pagi di waktu Subuh sekumpulan orang Kristian menyerbu masjid lalu menembak puluhan jamaah yang sedang bersolat ketika itu. Semua jamaah syahid ketika bersolat mengadap Maha Pencipta. Orang kampung tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menyuarakan kemarahan kepada pihak keselamatan Indonesia kerana gagal memberkas seterusnya menghukum para pembunuh tersebut".

"Selang beberapa hari (samada di waktu pagi atau petang tak ingat) tiba-tiba beberapa Pump-Boat telah muncul dari arah laut yang dinaiki oleh beberapa orang berbaju celoreng dengan bendera merah terpacak dibelakang bot mereka secepat kilat mendarat. Masuk meluru ke satu kampung lalu menembak dan membunuh penghuni kampung tersebut lalu mereka secepat kilat bergerak menaiki bot dan pergi dari situ. Penghuni kampung sekitar kecoh dan setelah diperiksa orang kampung yang dibunuh itu adalah beragama Kristian dan mereka inilah yang bertanggung jawab membunuh puluhan muslimin yang sedang bersolat di masjid tempohari"

"Telah heboh di pelusuk kampung bahawa yang datang membalas terhadap pembunuhan muslimin dalam masjid itu ialah berbangsa Suluk dari Filipina Selatan. Baju celoreng yang mereka pakai bukan celoreng Indonesia. Mereka memacak bendera merah (kemungkinan bendera MNLF). Akhirnya saya dikenali di kampung sebagai yang bertuah memperisterikan orang Suluk (Tausug)".

Ulasan:
Hairan juga saya dengan cerita pakcik saya yang berbangsa Bugis ni. Menakjubkan pun ada!!

----------------------------

Cerita empat:

Cerita seorang penyanyi Tagalog pekerja kelab malam di Kuala Lumpur bernama Jackol. Beliau berasal dari Manila dan pernah menetap di Davao,

"Asree, kamu tahu Tausug sangat ganas dan pempunyai budaya perang yang tidak bertempat. Kelemahan Tausug hanya satu iaitu sekiranya kita berkawan dan mengasihi mereka, persahabatan tersebut akan mereka jadikan sebagai darah daging seperti saudara mereka sendiri. Mereka sanggup membela kita hingga ke titisan darah mereka yang terakhir sebagai sahabat sekalipun kita bukan Islam seperti mereka. Selama saya di Davao saya punya sahabat Tausug yang ramai. Bagaimana saya dapat berkawan dengan mereka? Sebab saya selalu nyanyikan lagu Slow Rock kegemaran mereka pada bila-bila masa mereka minta. Hahaha...!! Tausug suka lagu Rock jiwang!! Hahahaha"

"Satu hari, saya diugut oleh beberapa samseng Visaya hingga telah mengganggu kehidupan harian saya. Akhirnya situasi saya yang terancam diketahui oleh salah seorang sahabat Tausug lalu meminta saya tunjukkan dimana lokasi samseng tersebut. Seperti tidak sayangkan nyawanya sendiri beliau langsung meluru ke arah kumpulan samseng lalu mencabar mereka satu lawan satu dengannya. Malangnya beliau telah ditumbuk dikeroyok seorang diri, saya hanya pandang dari jauh tanpa buat apa-apa. Tidak berapa lama kemudian kawan Tausug lain datang membantu sambil membawa pisau dan parang menyebabkan kumpulan samseng melarikan diri".

Ulasan:
Jackol ketika bercerita tidak tahu yang saya sendiri berbangsa Tausug. Dan Jackol tidak tahu Tausug di Malaysia tidaklah seberani (membabi buta) seperti tausug di Filipina Selatan. Adalah disebabkan mereka (Tausug) di sana hidup tanpa undang-undang.

Tausug Panggapi'? (Tausug Pembela?)

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan


Model dari Sandakan: Bro. Tong & Aliazer. Sponsor Pakaian Tausug: Tazmira. Senjata Tausug: Bro. Jalsani. Lokasi: Taman Jalil Alip Sandakan.

Maksud Puisi

Ku mulakan dengan seruan,
Agar generasi ku dikenali,
Jangan terlalu dimanjakan,
Supaya tidak berantakan.

Orang tua-tua kita telah beritahu,
Bangsa kita sememangnya Merdeka,
Negeri kita terpelihara,
Kini, dari dulu sejak zaman Kastila (Spanyol).

Hari ini tohmahan semakin menjadi-jadi,
Kononnya bangsa kita pengkhianat,
Tiada konon janji yang termeterai,
Kecuali kita musnahkan kesemuanya.

Hey! Orang yang banyak mulut,
Hentikan cakap dari belakang,
Silakan ke hadapan,
Agar kalian dapat menyaksikan kebenaran.

Ingatlah kalian,
Tausug tidak suka melawan,
Kalau bukan dicabar terlebih dahulu,
Bukti ketulusan pekerti.

Sila buka segala buku sejarah,
Siapa yang mula-mula ke hadapan,
Membantu dalam peperangan,
Sekiranya bangsa lain di aniaya.

Tausug bukan penjajah,
Kerana kebenaranlah yang mereka munculkan,
Saudara Muslim dibawa berganding bahu,
Seteru (kafir) yang mengaku kalah.

Mungkin mereka lupa mengira,
Sifat (kaul fiil) sebenar bangsa kita,
Sejak dulu berkasih-sayang,
Kepada bangsa lain yang seagama.

Aku hanya memberi anjakan,
Bukan bermaksud buruk,
Bukan juga memberi tohmah,
Hanya bertukar fikiran.

Kebenaran ku buktikan,
Bahawa Tausug adalah pembela,
Tiada bangsa lain setara,
Hidup hanya untuk membela.

Tausug memang bangsawan,
Kaum Bajau adalah saudaranya,
Menemaninya merentas segala lautan,
Berdagang mutiara ke negeri orang.

Tausug sememangnya kaya raya,
Emas dan mutiara sebagai modal,
Pandai berdagang secara BARTER,
Hingga ke Negeri China dan Negeri Melayu.