TENTANGAN ERAP DAN PENJELASAN ERNESTO M. MACEDA TENTANG PERJANJIAN DAMAI MILF-MANILA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, October 18, 2012 3 ulasan

Erap questions Malaysia's role in peace negotiations


Mantan Presiden Filipina dan mantan banduan, Joseph Ejercito Estrada.


Apa kata Estrada @ Erap dalam berita hari ini:

“I am against the Malaysian government intervening in Philippine affairs. You don’t have to ask foreign countries to intervene and encroach on our sovereignty,” Estrada said.

Read more:
http://www.philstar.com/Article.aspx?articleId=861001&publicationSubCategoryId=63


Tahukah anda bahawa emplementasi kepada perjanjian damai yang ditandatangani antara MILF-Manila baru-baru ini memakan masa beberapa tahun sebelum dilaksanakan? Tidak semudah itu untuk diluluskan oleh Kongres kerana terlalu banyak laluan dan birokrasi. Kemungkinan besar hanya pada tahun 2016 perjanjian ini barulah dapat dilaksanakan.



SEARCH FOR THE TRUTH By Ernesto M. Maceda (The Philippine Star) Updated October 18, 2012 

The peace deal with the MILF will require at least 12 steps before the Bangsamoro Basic Law is finally approved by Congress. The 2nd step is the formation of the 15-man Transition Commission, 8 of whom will be named by the MILF.

Potential areas of disagreement are the decommissioning of the rebel army, the surrender of guns and the formation of a Bangsamoro police force.

MILF Chief Al Haj Murad has said that there is no MILF agreement to the decommissioning of MILF soldiers. DILG Sec. Mar Roxas declared that the PNP will still take charge of security in the Bangsamoro area. The proposed 75% wealth sharing for the Bangsamoro government will face rough sailing in Congress.

Note that it will be the new Congress in 2013 that will take up the proposed bill. In the end, the new law will be submitted to the people in a plebiscite. Then, there is still the probability that the final peace agreement and law will be questioned in the Supreme Court.

It’s a race for time for the Aquino Administration. Can the peace agreement be finalized before his term ends in 2016?

Read more
http://www.philstar.com/Article.aspx?articleId=860672&publicationSubCategoryId=64

---------------------------------------------------------------------------------------


Ulasan:

Bila perjanjian damai MILF-GPH ditandatangani baru-baru ini, ramai yang bertanya "Apa sudah jadi dengan implementasi Tripoli Final Peace Agreement 1996 yang ditandatangani oleh MNLF dan Filipina (GPH)?"

Yang terjadi ialah kemungkinan besar tidak diluluskan kongres kerana untuk meluluskannya tidaklah begitu mudah sebagaimana yang dijelaskan oleh Ernesto M. Maceda di atas. Maka sekarang perjanjian baru ini telah menimbus atau melupuskan sebarang perjanjian lepas oleh MNLF dengan GPH. Perjanjian yang VALID sekarang ialah MILF-GPH yang disaksikan oleh MALAYSIA.

Jelasnya, perjanjian yang baru ditandatangani ini hanyalah retorik dan membuang masa sekiranya kita menggunakan kayu ukur kegagalan perjanjian damai 1996 MNLF-GPH itu. Akhirnya, perjanjian damai sekarang akan mengecewakan penduduk di selatan kerana begitu lambat diemplementasi dan sudah tentu dalam masa terdekat mereka tidak akan dapat lihat mana-mana majlis perbandaran serta kontraktor dapat memulakan pembangunan.

Bila pembangunan tidak bermula maka peluang pekerjaan kepada penduduk sebagaimana yang dijanjikan dan diwar-warkan dalam surat khabar akan dianggap satu penipuan oleh penduduk di selatan. Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Filipina yang mengenakan birokrasi sehingga melembapkan implementasi perjanjian atau Malaysia yang memberi janji untuk menyumbang pelaburan berbillion ringgit? Lambat laun penduduk di selatan akan salahkan MALAYSIA, manakala Filipina seperti biasa pura-pura tak tahu kerana keuntungan sudah berada dalam tangannya. Kerugian berada di pihak MILF kerana sebelum implementasi kemungkinan besar Tentera Filipina telah masuk dan mengawal kem-kem mereka di Mindanao.

Satu taktik jahat Filipina sejak sekian lama ialah berusaha masuk ke kem-kem mujahidin dan buat pemetaan tempat dan lokasi. Dengan demikian sekiranya berlaku perlawanan semula, mereka mendapat kelebihan menyerang tempat-tempat strategik dalam setiap kem MILF. Inilah yang berlaku dan dialami oleh MNLF ketika dulu hinggakan peperangan kali kedua berjaya memusnahkan kedudukan MNLF.

Alhasil, MILF terperangkap, manakala penduduk di selatan melihat MALAYSIA sebagai DALANG kepada perjanjian yang mereka anggap penipuan itu. Hal ini akan digunakan oleh Prof Nur Misuari dan MNLFnya untuk berkempen memburuk-burukkan MALAYSIA. 

Persoalannya, adakah Malaysia telah fikir masak-masak untuk menjadi broker dan menekan agar direalisasikan perjanjian damai tersebut? Saya optimis, Malaysia terburu-buru lakukannya tanpa memikir buruk-baik impaknya kepada penduduk Islam diselatan yang pelbagai kaum dan budaya itu. 

Apakah perang ASIA TENGGARA akan bermula di sini?


Ikuti analisis seterusnya dalam blog TG ini......



Misuari: It’s a recipe for another big, big war in Mindanao

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

MNLF leader Nur Misuari (sulu.gov.ph photo)



“This framework agreement to me would be a recipe for another big, big war in Mindanao,” Nur Misuari said.

“Cut my throat if Hadji Murad can ensure peace in Mindanao,” Misuari said, referring to Murad Ebrahim, chairman of the MILF, who witnessed the signing of the framework accord in MalacaƱang Monday with President Aquino and Malaysian Prime Minister Najib Razak.

Misuari, leader of the Moro National Liberation Front (MNLF) that signed a peace agreement with the government in 1996, continued to rant Monday against a new peace accord.
The MILF, he said, is “so unpopular in Mindanao.”

Read more:


Ulasan:

Kenyataan Prof Nur Misuari sebagai pemimpin utama MNLF bahawa Perjanjian Damai yang ditandatangani dua hari lepas antara MILF dengan Manila adalah resipi ke arah satu lagi peperangan besar, bukanlah sekadar ugutan peribadi daripada beliau tapi adalah juga ugutan daripada majoriti penduduk kepulauan Sulu secara keseluruhan.

Reaksi negatif dan konfrontasi dari beliau memang sudah dijangka. Apakah benar Prof Nur Misuari akan lencarkan peperangan sekiranya MILF-Manila masuk mentadbir Kepulauan Sulu yang majoritinya Tausug? Kawasan Mindanao mungkin tiada halangan buat MILF untuk mentadbir kerana di sana majoritinya adalah penyokong dan pendokong MILF sebangsa dan sebahasa Maranao-Maguindanao.

Persoalannya adakah Prof Nur mampu mengangkat senjata sekali lagi? Hal ini perlu diperhalusi dan diberi pertimbangan wajar berdasarkan keadaan persekitaran Sulu samada MNLF masih boleh memberikan pukulan atau sebaliknya. Dalam keadaan tertentu Prof Nur memiliki kelebihan "boleh melawan" sekiranya puak-puak bersenjata sebanyak 5 kumpulan di pulau Jolo dan Basilan menyahut pelawaan beliau memerangi pentadbiran BANGSAMORO AUTONOMY MILF itu. 

Dari segi kelebihan politik, keadaan sekarang boleh dijadikan modal oleh beliau untuk berkempen ke seluruh Sulu dan Mindanao, dengan demikian keyakinan masyarakat akan kembali kepadanya terutamanya sokongan Tausug. Kerana sebelum ini, Tausug di kepulauan Sulu secara keseluruhan melihatnya sebagai pemimpin "ayam mati" yang kalah di meja rundingan 1996, yakni sudah akur dan tunduk kepada kehendak kafir menjadi Filipino. Harapan penduduk Sulu sejak sekian lama ialah KEMERDEKAAN bukan Autonomi tipu dan dusta yang merugikan umat Islam seperti yang berlaku sekarang.

Prof Nur menyedari kelebihan yang ada pada Sulu yang memiliki pelbagai kumpulan yang tidak bersatu seperti puak Ustaz Habier Malik, Radulan, Abu dan beberapa kumpulan tersisih lainnya, masih boleh digunakan untuk kempen perang pada bila-bila masa. Hanya yang perlu beliau fikirkan ialah bagaimana bertahan tanpa sokongan luar. Kerana terang-terang Prof Nur menentang Perjanjian Damai MILF-MANILA sebenarnya turut menentang inisiatif Malaysia sebagai broker kepada termeterainya perjanjian tersebut di atas kertas. Tanpa Malaysia, sokongan dan dokongan luar tidak mungkin sampai kerana laluan segala bantuan masuk menyusup melalui Sabah masuk ke kepulauan Sulu sebagaimana yang berlaku pada perang Moro 1972.


PROF NUR AKAN BEROLEH KEMENANGAN SEKIRANYA....
Sekiranya beliau lebih bijak dengan memanjangkan akal dan fikirnya, beliau akan mengubah taktik yang lebih ampuh dan mengerikan buat Filipina dan MILF malah mungkin Malaysia akan menjadi pucat lesi, iaitu mendokong dan menyokong KESULTANAN SULU DARUL ISLAM atau SSDI yang sekarang semakin mengakar di kepulauan Sulu. Prof Nur bukannya tidak tahu generasi muda yang berjuang dalam SSDI itu sebahagian besar adalah keluarganya sendiri.

Beliau mungkin sudah mencuba mendekati Sultan Fuad dan Sultan Esmail II atau Sultan Jamalul III untuk mengkaji kelebihan sekiranya beliau bergabung dengan SULTAN SULU tersebut, tapi beliau dapati mendekati Sultan Sulu itu tadi tiada manfaat malah membuang masa. Mungkin ini yang berlaku sebelumnya lantaran beliau tidak berminat bersua muka dengan pemimpin SSDI.

Nampaknya dia tersalah nilai dan tersilap tanggapan, perbezaan program Sultan Fuad, Sultan Esmail II, dan Sultan Jamalul III berbanding SSDI (Sultanate of Sulu Darul Islam) adalah seperti LANGIT dan BUMI. Kerana Sultan-sultan yang disebut di atas adalah Sultan yang mengangkat diri sendiri tanpa dokongan rakyat, malah mereka didokong oleh Filipina dengan diberi pelbagai bantuan peribadi tidak seperti SSDI yang tidak mahu Filipina campur tangan dalam hal ehwalnya. 

Program SSDI selama hampir 10 tahun yang bermula dari tahun 2005 itu sehingga kini adalah program membentuk NEGARA MERDEKA berasaskan hak Kedaulatan (Sovereignty) Kesultanan Sulu. Yang mana hak tersebut adalah Perpetual (Kekal sampai kiamat) yang dijamin oleh undang-undang Antarabangsa. Nama Kesultanan Sulu bukanlah hanya Sultan semata-mata tapi bersama gerakan rakyat para Datu, Syarif, panglima dan rakyat bawahan dari golongan marhain dengan kempen KEWARGANEGARAAN SENDIRI sebagai identiti terpisah dari Kerajaan Manila.

Sekiranya Allah SWT memberikan pertimbangan berserta hidayah ke dalam hati sanubarinya, pasti beliau menyadari bahawa SSDI adalah jalan terbaik kerana SSDI lah yang didokong oleh moyangnya yang terkenal pahlawan dilaut tanpa tandingan sehingga berjaya selamatkan perang saudara 12 tahun di negeri Brunei iaitu Panglima Ilidji. Dari Panglima Ilidji inilah Borneo Utara (North Borneo) dihadiahkan oleh Sultan Brunei kepada Kesultanan Sulu sebagai tanda terima kasih.

Amat malang, sekiranya beliau sehingga masuk ke liang lahad tetap dengan KERAKYATAN FILIPINOnya. Kerakyatan yang ditentang oleh nenek moyangnya sehingga ke titisan darah yang terakhir. Kerana Filipino itu bermaksud "Hamba rakyat kepada King Philip II (Raja Spanyol yang menjajah Filipina Utara)". Semoga Allah SWT memberikannya kefahaman sebagaimana kefahaman nenek moyangnya para syuhada' yang enggan difilipinokan dan kekal mengangkat darjat Kesultanan Sulu sebagai pemerintah DARUL ISLAM SULU.


PENUTUP
Sekiranya Prof Nur menyertai SSDI maka sudah menjadi tanggungjawabnya untuk akur dengan konsep Syurah yakni kesepakatan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW di dalam Rumah Bichara. Patuh kepada Sultan Sulu sebagai Ayahanda tertinggi dan adat kebangsawanan disanjung tinggi sebagai Uruf dalam budaya Tausug.

Mengikut segala dasar SSDI iaitu tidak berseteru dengan negara-negara jiran selama mana mereka mengekalkan hubungan dagang dan diplomatik serta menjaga keamanan dan keselamatan rakyat Tausug yang berada di negeri mereka. Tiada sengketa dengan Filipina, tiada sengketa dengan Malaysia dan Indonesia, tiada sengketa dengan kaum-kaum lain di Mindanao. Akur kepada keputusan Sultan Sulu melalui Rumah Bichara agar North Borneo (Sabah) kekal dalam Malaysia selama mana Malaysia menjaga hak-hak Sulu dan rakyatnya serta selama mana North Borneo ditadbir oleh orang Islam yang adil dan saksama.

"DARI ALLAH KITA DATANG DAN KEPADANYA JUA TEMPAT KITA KEMBALI"

PUNCA KEHILANGAN MARUAH KEPIMPINAN SULUK DI NEGERI SABAH!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, October 17, 2012 22 ulasan

GILIRAN DATUK SRI NAJIB TUN RAZAK PAKAI KANDIT SULUK/TAUSUG DI LEHER. GAMBAR LAWATAN KE SABAH SEBELUM BELIAU BERLEPAS KE MANILA UNTUK MENJADI SAKSI MENANDATANGANI PERJANJIAN DAMAI MILF-FILIPINA.- Foto ehsan dari posting sahabat-sahabat PUSAKA.


SULUK/TAUSUG DI SABAH DAN GELARAN PTI
Di negeri Sabah, salah satu suku kaum yang terbiar dan tersisih pada hari ini ialah yang dipanggil suku kaum Suluk. Padahal sebelum Sabah menyertai Persekutuan Malaysia 16 September 1963, suku kaum Suluk ini adalah yang terkenal dominan dalam kelas pentadbir dan terkenal sebagai suku bangsa pahlawan serta bangsawan. Selama beberapa dekad disepanjang puluhan tahun selepas 16 September 1963, kelihatan suku kaum ini terbelenggu dan menjadi pasif disebabkan beberapa peristiwa yang berjaya menekan mereka ke tahap "tiada nilai".


PERTAMA:
Kehilangan nilai itu berpunca dari berlakunya perang Moro vs Manila 1972 yang kelihatannya pemimpin tertinggi Suluk di North Borneo atau Sabah seperti Tun Datu Mustapha ketika itu terlibat secara tidak langsung menyokong dan mendokong pejuang Moro melawan Filipina. Perang berterusan yang sudah barang tentu memakan korban yang bukan sedikit menyebabkan penduduk kepulauan Sulu mula berhijrah beramai-ramai membanjiri negeri Sabah.

Kebanjiran pelarian ini tidak hanya berhenti disitu, tapi ia berterusan dengan kedatangan fasa kedua para pelarian yang terkemudian. Kali ini lebih kepada pelarian ekonomi kerana perang yang berterusan, perang saudara, hutang piutang, kesukaran mendapatkan sesuap nasi di sana menyebabkan Sabah menjadi destinasi utama untuk mereka meneruskan kehidupan berkeluarga. Hal ini berterusan dan kerajaan Negeri Sabah diletak dalam keadaan serba salah, terutama Tun Datu Mustapha yang ketika itu turut dilanda masalah politik dalaman. Kesibukan Tun Datu Mustapha dalam polemik politiknya menjadikan keadaan Pelarian Perang dan Pelarian Ekonomi dari kepulauan Sulu berada dalam keadaan huru-hara dan terbiar. 

Dari sini muncullah perkataan baru dan asing buat pelarian ini iaitu istilah PENDATANG TANPA IZIN atau PTI. Sedangkan rata-rata para pelarian ini 98% adalah dari kepulauan Sulu yang menganggap North Borneo adalah sebahagian dari wilayah nenek moyang mereka.


KEDUA:
Kehilangan nilai kepimpinan Suluk ini masuk ke fasa seterusnya iaitu Tun Datu Mustafa berjaya diperdaya oleh orang Melayu dari Semenanjung Malaysia untuk membubarkan Parti USNO dengan menukarnya kepada Parti UMNO. Dalam fasa kedua ini, kegembiraan Tun Datu Mustapha dan pemimpin-pemimpin Suluk lain hanya sementara kerana janji dari membawa Parti UMNO masuk ke Sabah. Seperti biasa dalam permainan politik, komplot dan pengkhianatan adalah wajib tanpa mengira sahabat dan keluarga. Disebabkan politik segalanya telah bercerai berai kerana "Fulus". Dalam hal ini kemudiannya Tun Datu Mustapha telah dipersalahkan oleh veteran Suluk-Bajau kerana membawa UMNO masuk ke Sabah dan membuang USNO.

Beberapa waktu kemudian Tun Datu Mustapha telah dianggap gagal sehingga diri beliau sendiri tidak berjaya merebut jawatan yang sepatutnya berada dalam tangan beliau. Sehingga muncullah Parti PBS dan menjadi penguasa baru menggantikan kepimpinan Suluk. Ketika PBS memerintah mereka mula memadam jejak-jejak kepimpinan Suluk hinggakan legasi Tun Datu Mustapha sendiri di mata rakyat hampir-hampir pupus. Kejayaan PBS sangat mengagumkan, dalam masa singkat parti PBS berjaya mengangkat maruah suku bangsa mereka KADAZAN-DUSUN-MURUT (KDM) ke persada dunia sebagai bangsa dominan menggantikan suku kaum Suluk yang sudah dianggap PELARIAN PERANG atau PTI.


KETIGA:
Kehilangan nilai pada fasa ketiga ini adalah disebabkan oleh kemunculan PBS mengambil alih tampuk pemerintahan yakni meneruskan legasi perjuangan Tun Fuad Donald Stephen (beliau sebelum memeluk Islam adalah salah seorang pemimpin gereja di North Borneo). Mereka mula melestarikan budaya dan bahasa mereka dengan memperkenalkan pesta KAAMATAN dan memasukkan bahasa KDM dalam surat khabar harian mereka sendiri, satu perkara terpenting yang tidak dilakukan oleh Tun Datu Mustapha untuk kaum Suluknya selama beliau memerintah ketika dulu.

Kebijaksanaan PBS adalah kerana mereka mendapat khidmat nasihat gereja dari Eropah dan pelbagai penjuru dunia. Maka jangan hairan mereka lebih berjaya dan terurus. Berbanding Suluk yang dikatakan berani tidak tercabar tapi dari segi kepimpinan mereka tertinggal 100 tahun ke belakang oleh PBS yang berorintasikan Kristian. Kejayaan PBS sebenarnya selain bantuan luar di pihak gereja, mereka juga pandai mengendalikan Yayasan Sabah dan dari sana mereka dapat modal besar untuk memacu menjayakan setiap agenda mereka. 

Satu kejayaan besar PBS lagi yang tidak dapat dimungkiri ialah mereka berjaya membina gereja di setiap kilometer di seluruh tanah negeri Sabah. Berbanding ketika pemimpin Suluk memerintah sebelumnya, yang hanya berusaha mengislamkan KDM tapi tidak memberikan dakwah susulan apatah lagi mendirikan masjid atau surau disetiap kilometer tanah negeri Sabah. Sehingga hari ini, Suluk tidak lagi dikenali sebagai suku bangsa yang sangat bermaruah dan berintegriti sebagai bangsawan di Negeri Sabah. Kepimpinan Suluk yang ada sekarang walau pun mencuba menaikkan nama Suluk namun masih gagal kerana tiada sokongan dan dokongan dari masyarakat Suluk sendiri. 

Hal ini berlaku disebabkan majoriti orang Suluk di Sabah malu dipanggil Suluk atau Tausug lagi. Mereka lebih suka dipanggil Bajau, Sungai atau Melayu (kerana menganggap Suluk/Tausug itu adalah Pelarian atau PTI). Mengaku Melayu sahaja sangat janggal dikalangan Suluk atau Tausug dan menjadi bahan lawak jenaka kepada generasi yang mengetahui sejarah. Kerana ketika Sabah sertai Persekutuan Malaysia dulu tiada satu pun nama suku kaum yang ditulis nama MELAYU dari Sabah. Melayu hanya masuk ke Sabah setelah dibuka pejabat-pejabat Kerajaan Pusat, Polis dan Tentera yang pekerjanya ramai didatangkan dari Tanah Melayu, sehingga itu barulah ada nama Orang Melayu di negeri Sabah.


KESIMPULAN
Kesimpulannya mudah dan pendek. Pemimpin Suluk di Sabah jangan malu meniru kejayaan PBS kerana mereka berjaya melestarikan bangsa, budaya dan agama mereka sampai tidak tercabar dan menjadi penentu kepada kuasa politik di negeri Sabah. Kemungkinan besar Datuk Shafie Apdal berjaya melestarikan Pesta Lepa-Lepa dengan mencedok Budaya Sambulayang Suluk menjadi miliknya sehingga pesta Bajau itu terkenal dipersada Glokal adalah kerana meniru kejayaan PBS.

Kita ucap tahniah kepada Datuk Shafie Apdal yang lebih berasa mulia berbahasa Bajau di hadapan orang-orang Suluk dalam mana-mana pertemuan politik, kerana seperti yang saya jelaskan di atas, Suluk telah kehilangan nilai sehingga orang Bajau pun tidak lagi memandang mereka sebagai Suluk malah bagi orang Bajau Semporna Suluk adalah dari Suku Bajau. Pandangan sinis ini sepatutnya dilihat oleh Suluk sebagai cabaran untuk maju dan berusaha menjadi yang terbaik mendahului suku kaum KDM yang diperjuangkan PBS dan Bajau yang diperjuangkan Datuk Shafie Apdal. Sekurang-kurang seiring dengan mereka.

Adalah satu perkara yang sangat memalukan buat Suluk dan keluarga mereka serta keturunan mereka sehingga qiamat, yang bukan sahaja mereka kalah dari semua bidang kepada kaum-kaum lain, malah kalah dari memajukan diri dari segi pendidikan agama. Sepatutnya setiap daerah dan perkampungan Suluk tanpa mengira PTI dan tempatan seharusnya ada sekolah agama rakyat atau lebih canggih lagi sekolah Pondok ala Pondok Pattani. Sudahlah Pesta Sambulayang pun tidak mampu mengadakannya, bahasa Suluk pun tidak dilestarikan sehingga menjadi bahasa surat khabar harian di Sabah sebagaimana yang dibuat KDM. 

Sepatutnya pengundi SULUK di negeri Sabah dan di semenanjung Malaysia meminta Datuk Sri Najib membantu melestarikan bahasa dan budaya Suluk di Sabah. Kalau Datuk Sri Najib enggan atau mahu tak mahu, persatuan Suluk seharusnya menghantar isyarat kepada Datuk Sri Anwar Ibrahim dan suarakan keinginan anda sebagai SULUK Sabahan yang bermaruah.

SELAMAT DATANG KE MAJLIS PENGISYTIHARAN SULTAN SULU DARUL ISLAM

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

PENGISYTIHARAN KHALAYAK PENGANGKATAN "PADUKA BATARA MAHASARI MAULANA, SULTAN BANTILAN MUHAMMAD MU'IZZUDDIN II BIN DATU WASIK ARANAN PUYO" YANG MENGAPALAI HALUAN KEMERDEKAAN DARUL ISLAM NEGARA (SULU) DAN BANGSA.


Persiapan: Kelihatan Datu Habib Sakiral Daie sedang mengisi bendera tangan dan Keychain Dinar dan Dirham Sulu untuk dihantar ke Sulu sempena program SSDI pada 29hb Oktober ini insyaAllah... Bendera tangan sebanyak 1000 helai dan Keychain DnD lebih dari 2000 buah....


KENYATAAN RASMI KESULTANAN SULU (SSDI) TERHADAP PERJANJIAN DAMAI MILF-GPH

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan


 PADUKA BATARA MAHASARI MAULANA, 
SULTAN BANTILAN MUHAMMAD MU'IZZUDDIN II BIN DATU WASIK ARANAN PUYO


The Sultanate of Sulu Darul Islam fully supports the framework agreement between the Philippine government and Moro Islamic Liberation Front which was brokered by Malaysia over a period of more than a decade. To the people of Mindanao, the accord should be able to transform the status of the Bangsamoro Muslims from the margin of poverty into progress and stability, if implemented to the letter and spirit. Kudos to the leaders of the MILF for their pragmatism in being able to read correctly the handwriting on the wall, and what are being conveyed between the lines. They deserved only AUTONOMY! a form of government that will perpetually remained at the mercy of the central authority.

HRH Sultan Bantilan Muhammad Mu'izzuddin II of the Sultanate of Sulu Darul Islam (SSDI) wish to caution the Bangsamoro Muslims to be wary of unforeseen circumstances so as not to be carried away by the euporia of the event, saying the road to success is still long and winding. Within the next five or six years, he said, all stakeholders need to be vigilant in face of possible sabotage by certain elements who may have felt short-changed or marginalized in the process.

For the Tausugs of the Sultanate of Sulu, there is still no substitute or alternative to full-fledged freedom and independence. They shall protect whatever gains achieved in the last few years of peaceful transition.

SSDI is cognizant of the political ploy played by both the GPH and MILF leaders in neither giving weight nor hint to the non-violent struggle of the Tausugs in reclaiming their rights of self-determination and independence. But they can talk about anything under the sun, as long as they won't soak their dirty hands into the life-blood of the Tausugs' ancestral domains without mutual consent or proper coordination.

To the unwary Tausugs and Bangsamoro Muslims, please take note, the agreement is only for AUTONOMY, similar to but a little bit better than the MNLF's Final Peace Agreement and ARMM. It is still far from independence! Therefore, the word "Mahardika" does not apply!


Datu Habib Sakiral Daie @ Zakaria Abdullah
Foreign Affairs Minister cum Executive Minister
Sulu Darul Islam



Kenyataan tambahan dari Datu Habib Sakiral dalam web rasmi Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) http://www.suludarulislam.org


"Neither side seems to have made reference to the facts promulgated and served notice by the SSDI since its declaration of reassertion of Independence in writing and in publications mostly over electronic media.

If both sides aim for peace and stability in this part of the nation and the world, they should not fail to take notice of and heed the general aspiration of the Tausug citizens of the newly revived sovereign Sultanate of Sulu Darul Islam.

History and the freedom-loving peoples of the world will not forgive current leaders who pay deaf ear to the Independence restoration movement, among the only few known to be carried out through non-violence and peaceful means.

The peace-loving Tausugs of Sulu Darul Islam appeal to the good Filipinos and the freedom-loving citizens of the world community not teach them again the violent methods of achieving their inalienable rights of self-determination and independence that had been deprived them for so long by successive colonialists."




Disampaikan oleh Menteri Luar SSDI Merangkap Penasihat kepada PBMM Sultan Bantilan II (Menteri Eksekutif),


Datu Habib Sakiral Daie @ Zakaria Abdullah
Foreign Affairs Minister cum Executive Minister
Sulu Darul Islam

APAKAH REAKSI TAUSUG TERHADAP PERJANJIAN DAMAI ANTARA MILF DAN GRP?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, October 15, 2012 2 ulasan

KETUA Panel Damai Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Mohagher Iqbal (kiri) bertukar dokumen dengan ketua perunding damai kerajaan Filipina, Marvic Leonen (kanan) selepas pemeteraian kerangka perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan MILF, di Istana Malacanang, Manila petang tadi. Turut menyaksikan detik bersejarah itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (belakang-kiri), perunding damai kerajaan Malaysia, Datuk Tengku Abdul Ghafar Tengku Mohamed (tengah) dan Presiden Filipina, Benigno Aquino (belakang-kanan). - Foto Reuters
Oct 15, 2012 4:56 pm



PERJANJIAN DAMAI FILIPINA-MILF BAWA KESAN POSITIF UNTUK SABAH - NAJIB
Bernama Media – Sat, Oct 13, 2012

PENAMPANG, 13 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan Malaysia menjadi pemimpin dalam mendamaikan kumpulan berkonflik di selatan Filipina selama lebih 40 tahun turut memberikan kesan positif kepada Sabah. 

Perdana Menteri berkata ini kerana faktor ketidakstabilan dan kemunduran di wilayah Mindanao telah menyumbang kepada kehadiran pendatang tanpa izin di Sabah. 

"Kalau kawasan (Selatan Filipina) itu dapat dibangunkan...tiada lagi alasan mereka masuk ke Sabah. Ini sangat baik untuk Sabah," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Bangunan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri dan perasmian jambatan Inobong di Padang Pagansakan, Inobong, dekat sini, hari ini. 

Pada Ahad lepas, Najib menyambut baik pengumuman rangka perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF). 

Pengumuman berhubung rangka perjanjian itu dibuat berikutan rundingan peringkat awal antara panel perunding dari kedua-dua pihak yang diadakan di ibu negara Malaysia mulai 2 hingga 7 Okt. -- BERNAMA


Berikut adalah berita terkini di manila:
http://www.bharian.com.my/

Ulasan:

Assalamualaikum Warahmatullah,

Agak lama saya tinggalkan Blog Tausug Global ini tanpa mengisi sebarang artikel disebabkan beberapa perkara yang mendesak. Kali ini saya dipaksa dan terdesak pula menulis oleh keadaan semasa disebabkan isu termeterai perdamaian antara Filipina dan MILF. Persoalan demi persoalan daripada sahabat-sahabat FB di mana-mana yang bertanyakan reaksi SSDI dan penjelasan dari pihak Tausug Global sendiri, antara soalan ialah, 


  1. "Apakah reaksi SSDI (Kesultanan Sulu Darul Islam) terhadap perjanjian damai MILF dengan GRP (Government Republic of the Philippines)".
  2. "Apakah pandangan PBMM Sultan Bantilan II terhadap perkembangan ini?"
  3. "Bukankah lebih baik SSDI turut serta dan menyokong perjanjian damai tersebut, kerana ia untuk kebaikan umat Islam Moro keseluruhannya samada Mindanao mahupun Sulu".
  4. "Apakah pandangan MNLF terhadap kumpulan saingannya MILF itu ketika ini?".


Untuk menjawap empat persoalan di atas ada baiknya kita menelusuri apakah keuntungan yang masing-masing dapat dari termeterainya perjanjian damai tersebut. Kita perlu melihat bahawa perjanjian damai tersebut melibatkan 3 pihak, yakni bukan hanya sekadar Manila dan MILF, malah Kuala Lumpur sekali.

Dari kaji selidik yang TGM (Tausug Global Media) dapat kumpul dalam beberapa temubual termasuk melihat reaksi penyokong dan pendokong MILF dalam beberapa forum FB, bahawa PERJANJIAN DAMAI tersebut yang menjadi arkitek utamanya ialah Perdana Menteri DS Najib Razak. Kerana menurut mereka adalah sangat mengejutkan Malaysia tiba-tiba begitu beriya-iya membantu selesaikan masalah Selatan Filipina kerana dalam beberapa pusingan rundingan damai sebelumnya, pihak Malaysia kelihatannya tidak berapa cergas dan proaktif untuk menawarkan "keuntungan" kepada Filipina supaya kerajaan Filipina menerima draf damai MILF dapatkan HAK AUTONOMI di Selatan.

Kehairanan pertama: 
Mangapa Malaysia tiba-tiba begitu berminat selesaikan masalah di Selatan Filipina? Mungkinkah ada kaitan dengan SABAH? Kalau ya, mengapa? Sebab masalah RCI (Suruhanjaya Diraja Menyiasat IC Projek/Palsu) dan PTI dari Sulu-Mindanao yang ramai di Sabah?


  • Menurut beberapa andaian, PM DS Najib dan BN-UMNOnya sekarang sedang dilanda malapetaka kehilangan pengundi majoriti di negeri Sabah disebabkan desakan oleh pihak Pribumi Sabah untuk kerajaan ambil tindakan terhadap PTI Sulu-Mindanao tidak dihiraukan oleh kerajaan BN-Umno. Maka pengundi Sabahan beralih mendokong Keadilan dan PAS atau Barisan Alternatif sebagai menunjukkan protes mereka.
Untuk mengurangkan kemarahan Sabahan maka kerajaan BN terpaksa meluluskan RCI kemudiannya. Namun bagi Sabahan ia masih tidak cukup meyakinkan kerana kerajaan kelihatannya tidak punya mekanisma kukuh Bila dan Bagaimana PTI dan IC Projek itu dapat dihapuskan. Sebab itu mereka beralih kepada BA untuk selesaikan masalah PTI sekiranya menang dalam PRU-13, inilah yang sangat menakutkan bagi kerajaan yang sedia ada.

Dalam hal ini sangat jelas SABAHAN yang kebanyakannya tidak mengetahui sejarah Sabah yang benar, dengan hanya menggunakan ukuran Jus Soli dan semangat Perkauman serta Kenegerian, tidak menginginkan ada pihak tanpa izin dari luar yang datang masuk berkongsi KEK REZEKI dengan mereka. Pihak PTI dari "Selatan Filipina" terutamanya dilihat sebagai pihak utama yang bukan sahaja datang mengongsi malah dilihat sebagai merampas KEK.


Bagi PM Malaysia dan parti BN pula, mereka akan kehilangan PUTRAJAYA sekiranya mereka kehilangan sokongan majoriti di Sabah. Mereka juga maklum, kumpulan BA terutamanya DS Anwar Ibrahim akan menjalankan gerakan balas dendam kepada musuh-musuh politiknya setelah menang dalam PRU-13. Kes Rasuah, pembelian kapal selam dan Altantuya nampaknya begitu sangat mengerikan. Tiada jalan lain kecuali MENGHIBURKAN HATI SABAHAN demi mendapatkan sokongan mereka dalam PRU-13. Bagaimana? 

Selesaikan masalah di selatan Filipina, menjanjikan pelaburan bernilai berBILLION Ringgit kepada Filipina dengan syarat TERIMA PELANDAMAI MALAYSIA iaitu FILIPINA kena terima keinginan MILF untuk dapatkan autonomi. Dan MILF jangan banyak bicara dan DEMAND lagi, kerana MILF pun sudah mengah dan seperti keldai tua yang hanya berjalan dua kaki mengheret kakinya yang lain.

Kemudian kalau dah tandatangan maka MALAYSIA akan isytiharkan SELATAN FILIPINA dah selamat dan semakin maju dengan pembangunan (walau pun belum nampak). Malaysia mengharapkan PTI "Filipina" yang ramai di Sabah akan gembira dan bersorak bahawa PM adalah HERO yang sebenar, tanpa mereka sedari lepas ini mereka akan ditangkap dan dihalau ke wilayah BANGSAMORO AUTONOMI dengan jayanya. Maka tak hairan hari ini ramai Tausug FILIPINO yang tak tahu apa-apa begitu gembira sambil bersorak "Yahoooo!! Bangsamoro dah merdeka!!". Bila pulak merdekanya?

Dari konteks politik Kerajaan Malaysia, Sabahan kemudiannya akan menyokong dan seterusnya mendapat kemenangan dalam PRU-13. Tahniah!!


Kehairanan kedua:
MILF? Mengapa MILF begitu mengharapkan Filipina menerima dirinya mendapatkan autonomi walau pun Filipina MENYAMPAH dengan mereka. Kerana dia ibarat keldai tua yang dah jadi HKU (Haiwan Kurang Upaya). Mereka sudah tidak larat berperang lawan Filipina kerana banyak sebab terutamanya kehilangan sumber bantuan dari luar dan gerakan Kesultanan Maguindanao semakin berleluasa kerana terikut dengan gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam di kepulauan Sulu. 

Tersebarnya buku Tausug & the Sulu Sultanate di Mindanao di kalangan MILF sendiri menjadikan jiwa raga mereka melolong meminta bantuan kepada sesiapa sahaja untuk bantu PERDAMAIAN dengan Filipina. Buku tersebut yang pada awalnya mereka terima dengan gembira, namun setelah terbacanya mereka menjadi pucat lesi. Buktinya, ketika saya datang ke meja bulat mereka di kedai kopi di Kuala Lumpur baru-baru ini, Muhajer Iqbal yang menjadi ketual panel MILF bila nampak saya datang, beliau terus minta diri tanpa sempat berbicara dengannya. Kerana kami pernah berbual panjang pada perjanjian damai yang lepas di Putrajaya dan saya serahkan beberapa naskah buku Tausug pada mereka. Saya bersangka baik, mungkin kebetulan beliau memang ada urusan lain yg lebih penting sebab tu minta diri. 

Siapa MILF? Secara  fakta kumpulan MILF majoritinya terdiri dari suku kaum Maranao-Maguindanao. Mereka dari segi bahasa dan budaya sangat berbeza dengan Tausug di kepulauan Sulu. Yang sama hanyalah beragama Islam bermazhab Syafi'e. Mereka secara genetik adalah dari Sub-Etnik Iranun @ Ilanun di Mindanao. Pada awalnya mereka adalah dalam kumpulan pejuang MNLF (Moro National Lebaretion Front) bersama-sama Tausug. Namun setelah Nur Misuari menandatangani perjanjian Autonomi tahun 1996 mereka tidak setuju lalu MUFARAKAH (memisahkan diri) dan membuat kumpulan baru dinamakan MILF (Moro Islamic Lebaretion Front) yakni mereka hanya mahukan INDEPENDEN (Kemerdekaan) bukannya Autonomi. Tapi apa yang berlaku sekarang mereka terpaksa mengikut jejak MNLF menerima pelan damai Autonomi. 

Mereka perlu bersedia, untuk menerima nasib yang sama sebagaimana yang menimpa Nur Misuari dan MNLFnya iaitu ditipu hidup-hidup oleh Filipina tanpa melaksanakan sebarang komitmen sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian. MILF hanya mahukan TAMATKAN PEPERANGAN sebab mereka tiada pahlawan lasak sebagaimana yang dimiliki oleh Tausug di kepulauan Sulu. Dengan termeterainya perjanjian ini maka secara moral MILF telah berjaya mendapat peluang merampas kuasa pentadbiran dari tangan TAUSUG. Walau pun dia tahu, Tausug di kepulauan Sulu tidak boleh ditadbir oleh sesiapa pun kecuali Kesultanan Sulu. MILF boleh cuba dengan kerajaan Autonomi Bangsamoronya. Dia bakal berhadapan dengan situasi dimana masyarakat Tausug TIDAK MAHU DIGELAR BANGSA MORO apatah lagi sekiranya diperintah oleh kaum yang bukan sebangsa dengan mereka.


Kehairanan ketiga:
Filipina? Dahulunya mereka lebih kaya dari Malaysia ketika Ferdinand Marcos memerintah secara kuku besi kerana nilai matawang Peso lebih tinggi berbanding Ringgit. Tapi setelah Filipina memilih berperang dengan orang Islam di selatannya maka mereka menjadi semakin miskin dan papa kedana. Ditambah dengan rasuah dan politik cabul yang mereka amalkan sehinggakan aset negara banyak disonglap oleh keluarga Marcos ketika dulu manjadikan Filipina "Hidup segan mati tak mahu" sehingga hari ini. beberapa penganalisis ekonomi Filipina sendiri menyatakan bahawa, kerajaan Filipina sekarang sangat bergantung dengan ARMM (Autonomous Region Muslim Mindanao), kerana wang dana bantuan negara Islam terutama negara-negara Arab Kaya dalam OIC yang dihantar ke ARMM dikaut pula oleh Filipina, hanya beberapa peratusan kecil yang diserahkan kepada ARMM untuk mentadbir Selatan. Ini bermakna Filipina sudah bankrap.

Pinjaman tidak berbayarnya dari IMF selepas kejatuhan ekonomi 1997 yang lalu menjadikan Filipina tidak layak mendapat pinjaman lagi. Manila hanya mengharapkan OIC beri bantuan melalui ARMM untuk menampung sesuap nasi kerajaannya. Sekarang keadaan semakin menjerut perut dan leher Filipina, kerana pergolakan di negara-negara anggota OIC di Timur Tengah sekarang seperti di Syiria, Iraq dan beberapa negara lagi menyebabkan bantuan kepada ARMM sudah terputus. Kalau pun masih ada hanya mampu membeli kertas tandasnya sahaja. Maka Filipina perlu "Do Something" dalam kadar segera.

Tiada jalan lain kecuali PANASKAN TUNTUTAN TERHADAP SABAH untuk dijadikan sebab dapatkan bantuan dari Malaysia setelah masanya tiba. Dalam beberapa bulan yang lalu yang saya kira bermula tahun 2010, beberapa pihak di Filipina termasuk Sultan Sulu palsu telah melakukan asakan dalam media menghangatkan isu tuntutan Sabah untuk diserahkan kepada Filipina. Satu tuntutan lucu yang menjadi bahan gelak ketawa masyarakat Sulu, kerana Filipina sendiri maklum, dirinya tidak layak menuntut Sabah atas nama Kesultanan Sulu kerana dia sendiri telah melupuskan hak Kesultanan Sulu sehingga hari ini.

Seperti mengantuk disorongkan bantal, tiba-tiba Filipina dikejutkan dengan pelawaan Malaysia untuk beri bantuan pelaburan dagang ke Filipina dari Malaysia berjumlah beberapa Billion Ringgit, dengan syarat TERIMA MILF mendapatkan Autonomi. Maka, selamatlah pentadbiran Filipina selama beberapa tahun untuk bertahan dari kemelut kejatuhan ekonomi dunia. Seperti yang kita lihat pada gambar diatas. Kegembiraan kelihatan diwajah masing-masing seolah-olah tergambar kejayaan POLITIK yang belum pasti.


Pandangan MNLF:
Beberapa hari lalu, seorang sahabat dalam TGM telah beritahu bahawa beliau mendapat berita Maas Nur Misuari berang dengan termeterainya perjanjian damai antara MILF dengan GRP. Nur Misuari sebenarnya sedang buat persiapan untuk bertanding dalam pemilihan Ketua ARMM. Alih-alih baju ARMM telah bertukar nama jadi BANGSAMORO AUTONOMY dibawah pentadbiran MILF. Seperti kepalanya dihempap rumah sahabat sendiri, beliau sukar menerima hakikat mengapa beliau disisihkan oleh Filipina malah OIC sendiri telah lepas tangan dari melibatkan Nur Misuari terutama dalam isu IMPLEMENTASI perjanjian 1996 yang sehingga hari ini tidak dilaksanakan oleh Filipina.

Nasi sudah menjadi bubur buat Nur Misuari, perjanjian 1996 yang beliau tandatangani dengan Filipina itu sekarang sudah LUPUS dengan termeterainya perjanjian baru antara MILF dengan GRP. Kemarahan Nur Misuari sebenarnya turut dirasa oleh MNLF keseluruhannya samada yang dah diserap ke dalam pentadbiran Filipina atau yang masih memilih menjadi pejuang di pergunungan Jolo dan Basilan. Kelihatan beberapa kumpulan kecil dari pihak Sulu ada yang gembira sampai melelehkan air mata kerana menyangka ia adalah INDEPENDEN kepada MNLF. Almaklum, berita dari mulut ke mulut lama-lama akan berubah menjadi air tempias mulut sahaja. 

Kesimpulannya, Nur Misuari dan kumpulan MNLF serpihan lainnya tidak akan bersetuju dengan perjanjian damai MILF, kecuali mungkin mereka dipujuk dengan dilantik menjadi pegawai pemerintah BANGSAMORO AUTONOMI.

Maka apa pula pandangan Tausug dan Kesultanan Sulu Darul Islam?



Bersambung di artikel akan datang.....

PENGIKTIRAFAN ALJAZEERA TERHADAP HATI BESI TAUSUG!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, April 17, 2012 15 ulasan

PAHLAWAN TAUSUG sedang siapsiaga melawan Tentera Amerika Syarikat yang datang ke Jolo untuk menundukkan mereka. Foto tahun 1900-an, Jolo, Sulu Darul Islam. Ketika BANGSA-BANGSA lain di Nusantara telah SUJUD kepada SATRU' (seteru kafir) yang menjajah mereka untuk dapatkan KEMERDEKAAN DUNIA yakni kepada penjajah BELANDA, Inggeris dan SPANYOL/AMERIKA, namun TAUSUG masih berdiri di negaranya SENDIRI tidak terkalahkan. KINI, anak-anak buah SPANYOL King Philipp II masih bertungkus-lumus memFILIPINOkan mereka, harapan yang begitu tinggi sebagaimana harapan JESUIT Spanyol (Freemason-Iluminati bertopeng Kristian) ketika dulu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



ALJAZEERA.COM: THE BRAVE TAUSUG!!
05 Mar 2012 11:45

Deadly drones come to the Muslims of the Philippines:

Washington and Manila should work with the Muslims of the Philippines to ensure full rights of identity and development.



"Of all the Moro groups, the Tausug has been considered the most independent and difficult to conquer, with not a single generation of Tausug experiencing life without war over the past 450 years.

As any anthropologist will testify, the Tausug have survived half a millennium of persecution and attempts at conversion because of their highly developed code and clan structure. It is the classic tribe: egalitarian and feuding clans that unite in the face of the outside enemy and a code which emphasizes honor, revenge, loyalty and hospitality."

Read more: http://www.aljazeera.com/indepth/opinion/2012/03/20123574732969894.html



TRANSLASI KONTEKS:

"Daripada semua kumpulan Moro, Tausug telah dianggap yang paling bebas (merdeka) dan sukar untuk ditakluki, dengan tidak ada satu generasi Tausug pun yang mengalami kehidupan tanpa peperangan selama lebih 450 tahun yang lalu.

Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh mana-mana ahli antropologi, bahawa Tausug telah terselamat selama setengah milenium (500 tahun) oleh penganiayaan dan percubaan menukar (keyakinan Tauhid mereka) kerana kod (budaya kebangsawanan) mereka yang tinggi dan struktur adat kekeluargaan. Ia adalah suku klasik: (Budaya) kesaksamaan dan permusuhan puak-puak namun bersatu dalam menghadapi musuh luar dan kod (adat) yang menekankan kehormatan, menuntut bela, kesetiaan dan penjagaan terhadap tetamu (hospitaliti)"


Translasi:
"Sejarah tidak pernah melupai orang Moro [Tausug], apa yang telah mereka lakukan untuk tahun 1500-an, 1600-an, 1700-an dan begitu jelas sehingga masuk 1800-an yang sepatutnya adalah mustahil. MEREKA TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA MEREKA TERLALU KUAT buat PENAKLUK SPANYOL"


Translasi: SEDARLAH KAMU TAUSUG! NENEK MOYANG KITA TIDAK PERNAH JADI FILIPINO!
Didedikasikan buat web rasmi http://www.suludarulislam.org