Impak Kemunculan "Sultan-Sultan Sulu" Di Malaysia

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, February 8, 2011 3 ulasan

By: DATUK SERI YONG TECK LEE

THE fact that there are innumerable claimants to the Sulu sultanate is public knowledge, but to have a joker by the name of Datu Akjan Ali Muhammad to install himself in a self-styled coronation in Sabah as Sultan of Sulu is a direct and no joke challenge to Malaysia’s sovereignty over Sabah and an insult to the our Malaysian Sultans and our Sabah Head of State.


This so-called ‘Sultan of Sulu’, complete with a ‘Prime Minster’ of a government-in-exile expect people of Sulu descent to pledge loyalty to him, and not to our Malaysian Agong, our constitution and nation. The security implications are obvious and serious.


In 1995 or 1996, Akjan and several other UMNO operatives were detained under the Internal Security Act for the manufacturing of fake identity cards. I need say no more about this person except that Akjan is an active UMNO member. What is UMNO going to do about him?


If the Malaysian government does nothing to stop such flagrant violation of Malaysia’s sovereignty over Sabah, then Sabahans will being to wonder what it means to be a Malaysian.


(Note: Datuk Seri Yong Teck Lee is Ex-Chief Minister of Sabah, May 1996 - May1998)


Dipetik dari http://sabahkini.net bertarikh 09 Feb 2011, Rabu.

----------------------------------------------------------------


INTRODUKSI:
Penulis tidak akan mengatakan apa-apa tentang kenaikan sultan seperti yang dilapor oleh Sabahkini.net di atas tetapi apa yang penulis mahu ulas ialah situasi semasa apa dan kenapa bermunculannya individu yang melantik diri jadi Sultan Sulu sejak kebelakangan ini terutamanya di Malaysia dan Filipina (Kepulauan Sulu). Kalau pun ia berlaku di Filipina (Selatan) ianya lebih patut dan masih dalam pertimbangan waras berbanding yang dikatakan "Sultan Sulu ditabalkan di Kuala Lumpur atau di Sabah".


Menurut laporan, individu yang melantik dirinya Sultan Sulu atau pun sekurang-kurang sebagai waris TUNGGAL Sultan Sulu
(yang menjadi moyangnya) di Malaysia ialah 3 individu setakat ini termasuk cucu Datu Agasi yang membakar bendera Sabah di Lahad Datu tidak lama dulu. Mereka ialah:
  • Sultan Mudarasullail Kiram (Paijal) yang selalu mengadakan Majlis Penganugerahan Gelaran Datu di Semenanjung Malaysia. Tidak diketahui di mana dan siapa yang menabalkannya.
  • Datu Domek, cucu Datu Agasi dari Lahad Datu.
  • Sultan Shariful Hashim II Pulalun (Datu Akjan) ditabalkan di rumahnya sendiri di Likas, Kota Kinabalu baru-baru ini.
Nampaknya buku Tausug & Kesultanan Sulu yang dicetak dan diedarkan bukan sahaja di Malaysia malah Brunei, Singapura dan Indonesia (versi Bahasa Inggeris pula beredar seluruh dunia) telah menjadi punca keberanian mereka bersuara. Para individu yang berketurunan Datu yang sebelum ini takut mendedah identiti tiba-tiba jadi berani tahap sawan bila terbaca buku Tausug & Kesultanan Sulu tersebut. Apatah lagi mereka lihat buku tersebut selamat beredar di Malaysia tanpa sekatan dari KDN.

Buku tersebut mendapat perhatian kerana maklumat dan kandungannya ditulis oleh anak jati Suluk sendiri sehingga menjadi punca persatuan-persatuan Suluk atau Bajau semakin kuat dan di hargai oleh kerajaan Malaysia kemudiannya. Hal ini juga menjadikan Kementerian Penerangan mula terasa bahang kenaikan Suluk akan menjejaskan kaum-kaum lain pula, maka tidak hairan mengapa RTM menjalankan program menjejak kaum-kaum Pribumi lain untuk dikaji dan ditulis serta didokomentarikan walhal sebelum ini tidak diambil peduli. Ini bermakna kemunculan buku Tausug tersebut menyebabkan kaum-kaum lain juga turut mendapat manfaat. Penulis ucapkan ribuan terima kasih kepada RTM dan kerajaan Malaysia.


Anjakan paradigma yang dihasilkan oleh buku Tausug & Kesultanan Sulu begitu besar sehingga menarik perhatian
Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan terakhir ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berjaya menganjurkan seminar keagungan Suluk di Malaysia baru-baru ini (sehingga berjaya mempertemukan Minang & Suluk dari satu keturunan terdekat?). Walau pun pada awalnya buku tersebut tidak diterima oleh orang Suluk sendiri kerana takut dengan tindakan kerajaan Malaysia namun setelah beberapa tahun sambutannya menjadi di luar jangkaan pula. Lebih-lebih lagi setelah ditranslasi ke bahasa Inggeris oleh Sabah Islamic Media SDN BHD yang kemudian diedarkan ke pejabat-pejabat setiap kedutaan luar begara termasuk kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Penulis mengambil gambar kenangan dengan memberikan hadiah buku Tausug & the Sulu Sultanate kepada Dr. Umar Vadillo ketika menghadiri pelancaran Dinar Kelantan tahun lalu.


IMPLIKASI

Samada buruk atau baik implikasinya terhadap Malaysia sebenarnya adalah harus berlaku kerana kontroversi Sabah yang mempunyai sejarah yang tidak dapat dipisahkan dari Kesultanan Sulu walau apa pun keadaannya. Perkara ini masih menjadi kebingungan bukan sahaja kepada kerajaan Malaysia dan Filipina malah Indonesia
(Brunei dan Singapura sebagai pemerhati?). Keterlibatan Indonesia sangat ketara ketika menyuarakan tuntutannya terhadap Pulau Sipadan dan Ligitan.

Untuk membicarakan implikasi, keterlibatan Indonesia perlu diasingkan. Tumpuan harus hanya antara Filipina dan Malaysia untuk dicari jalan penyelesaiannya.
Dalam hal ini penulis lebih suka mengambil sikap "selamat" yang hanya memihak kepada Islam dan kebenarannya. Membela Islam adalah dengan membela kebenaran sekali pun ia bersangkutan dengan kafir kerana orang kafir sendiri mempunyai hak asasi mereka sebagaimana yang diberikan Allah swt. Sebagai contoh Islam melarang merobohkan rumah ibadat mereka dan tidak boleh menghalang mereka melakukan ibadat mengikut cara agama mereka menunjukkan keadilan dan toleransi Islam yang sebenarnya.

Dalam hal ini Malaysia berada di tempat selesa berbanding Filipina kerana Sabah mempunyai perjanjian jelas dibawah Persekutuan Malaysia berbanding Filipina. Kemenangan terhadap Pulau Sipadan beberapa tahun lalu mengalahkan Indonesia menjadi bukti bahawa Malaysia lebih berhak ke atas wilayah Sabah. Kehilangan kerajaan Kesultanan Sulu hari ini menjadikan Filipina sendiri serta Indonesia kehilangan "hak" untuk menuntut wilayah yang mereka rasakan masih dalam wilayah mereka.


Sebenarnya Kesultanan Sulu terhimpit antara dua negara iaitu Malaysia dan Filipina. Ini kerana ketika peperangan MNLF melawan Marcos dulu, Malaysia membantu MNLF manakala Filipina pula memerangi MNLF sehingga hampir 70,000 orang menjadi pelarian di negeri Sabah antara tahun 1972 sehingga 1979. Secara sentimen orang-orang Tausug sebenarnya lebih memihak kepada Malaysia dari segala segi sebagai contoh sebahagian mereka lebih rela berada di dalam kekuasaan pimpinan Islam seperti Malaysia berbanding Filipina yang kafir. Hal ini berlaku kerana tiada seorang pun Tausug yang tinggal di kepulauan Sulu yang tidak mempunyai sanak saudara di Sabah.
Mereka tahu kehidupan sanak saudara mereka di Sabah lebih aman dan hidup selesa di samping permintaan tenaga buruh yang tinggi berbanding di Filipina.

Berbalik kepada implikasi, apakah Malaysia terancam dengan kehadiran PATI Tausug dari Sulu? Jawapannya "
tidak mengancam" kerana Tausug sangat diperlukan sebagai tenaga buruh dan "kerja-kerja politik" (Bab ni Mutalib MD lebih arif) Malaysia juga tahu bagaimana cara menjinakkan EGO Tausug yang mana Filipina sendiri gagal melakukannya, menjadi kelebihan tersendiri kepada Malaysia. Apakah Malaysia terancam dengan kemunculan beberapa Sultan yang sejak kebelakangan ini bermunculan seperti cendawan tumbuh selepas hujan di Sabah?

Beberapa sahabat Sabahan yang penulis tanya mereka beranggapan ianya tidak mengancam langsung ke atas kedaulatan mana-mana wilayah Malaysia, tinggal lagi sedikit sebanyak akan menjejaskan reputasi politik pemerintah. Kegagalan menghentikan pengaku Sultan Sulu yang bukan sahaja berkeliaran keluar masuk sewenang-wenang malah ditabal pula jadi Sultan di kawasan Negeri Sabah Malaysia, siap dengan liputan Media Massa serta boleh pula memberi anugerah pangkat Datu, Panglima dan sebagainya, menjadikan rakyat tempatan bertanya-tanya kehairanan "
mampukah negara kita menjaga kedaulatannya?".

Mari kita lihat penyelesaiannya...



MELIHAT PROTOKOL SULU SEBAGAI PANDUAN

Penulis melihat, Tausug yang melantik diri mereka Raja atau Sultan Sulu di Sabah (bukan di Sulu) telah tidak berlaku adil terhadap Malaysia. Perkara ini seharusnya dihentikan dengan menghormati pemimpin utama Malaysia sebagai saudara seagama. Memohon untuk bergerak di Sabah tidak mengapa tetapi untuk individu yang mengaku Sultan Sulu dengan kerakyatan Malaysia kemudian berkeliaran sehingga mengganggu sentimen rakyat tempatan amatlah tidak sesuai. Ia akan menghiris perasaan TYT, KM, PM dan Sultan Agung.

Dalam hal ini, sekiranya Malaysia keberatan untuk "
mengganggu" Sultan-Sultan Sulu di Sabah ini mungkin salah satu cara ialah tidak mengiktiraf mereka sebagai Sultan Sulu serta gelaran Datu yang mereka anugerahkan, itu sahaja. Persoalannya sampai bila? Kemungkinan Malaysia keberatan "mengganggu" Sultan-Sultan ini adalah kerana Malaysia sendiri tidak memahami sistem atau Protokol kenaikan takhta Kesultanan Sulu. Takut-takut tersalah tangkap barangkali.

Di dalam ruangan terhad ini penulis akan cuba menjelaskan kaedah bagaimana mengesan atau mengklasifikasikan seseorang yang mengaku Sultan Sulu samada mereka benar atau pun salah, berhak dan layak atau pun tidak berdasarkan Protokol Sulu.
Apakah yang dikatakan protokol Sulu atau Aturan Perlantikan Kesultanan Sulu?

Sebenarnya protokol Sulu dikenali sebagai TARITIB SULU yang ketika dulu ditulis kemudian disimpan oleh para Datu atau Syarif Tausug sebagai panduan kepada ahli Rumah Bichara melantik Sultan Suluh yang sah. Sebenarnya Protokol Sulu sekali pun kita tidak membacanya dari simpanan para Datu tetapi kita masih boleh mengesannya dengan melihat sejarah perjalanan Kesultanan Sulu semenjak ia bermula pada 1405 M sehingga kemangkatan Sultan Sulu terakhir pada 1936.

Ini bermakna Protokol Sulu terdapat dalam dua keadaan iaitu Protokol Ditulis dan Protokol Tidak Ditulis. Protokol utama seseorang layak diangkat oleh rakyat menjadi Sultan Sulu yang memerintah mereka ialah antaranya,

  • PERTAMA: Beliau adalah seorang Sayyid @ Syarif (Ahlulbait Rasulullah SAW @ Bani Hasyim) dalam masa yang sama keturunannya adalah dari darah kesultanan yang pernah memerintah yang dipanggil DATU.
  • KEDUA: Para Datu dan Syarif dalam Rumah Bichara serta rakyat jelata bersetuju melantik beliau sebagai Sultan Sulu. Rakyat perlu menghadiri upacara tersebut sekurang-kurangnya 5,000 hingga 10,000 kehadiran bukan hanya 50 ke 60 orang sahaja.
  • KETIGA: Beliau diangkat @ ditabal jadi Sultan Sulu mesti di Tanah Sug (Jolo, Lupa' Sug) bukannya di luar seperti Tawi-Tawi, Basilan dan sebagainya. Sekiranya diangkat di luar Lupa' Sug kerana risaukan keselamatan dan sebagainya maka dia dianggap tiada pengikut yang berani mempertahankan dirinya. Tidak mungkin beliau dinamakan Sultan Sulu tetapi Sultan mengikut nama tempat beliau diangkat (Sultan Manila gelarannya kalau ditabal di Manila, bukan Sultan Sulu).
  • KEEMPAT: Beliau mestilah kerakyatan Tausug Sulu bukan rakyat negara lain demikian dengan rakyatnya yang memang tersedia sebagai rakyat Tausug Sulu.
  • KELIMA: Mendahului mendaftar tanda kerakyatan dan kelahiran penduduk.
  • KEENAM: Mempunyai Bendera sendiri dari Sultan Sulu terakhir.
  • KETUJUH: Baligh, waras dan cukup sifat (bukan cacat atau sakit) dan beliau seorang Islam.
Kegagalan melengkapi 7 perkara Protokol Utama di atas beliau bukanlah Sultan Sulu yang layak dan sah. Maka sudah tentu kalau ada yang mengaku sebagai Sultan Sulu di masa-masa akan datang di Sabah atau di Semenanjung Malaysia tanpa kelayakan di atas maka janganlah dirisaukan.

  • HURAIAN 2 ELEMEN: Kaedah asas kelayakan menjadi Sultan Sulu
Apakah dengan hanya cukup memiliki dan tersenarai dalam Salasilah Kesultanan Sulu maka anda sudah layak di tabal menjadi Sultan Sulu? Sedarkah anda sepupu-sepipit anda (Keluarga Diraja Sulu) sudah beribu-ribu orang ramainya yang juga tersenarai dalam salasilah? Apakah dengan memeliki barang-barang warisan berupa ceret, mohor, bendera, keris, baju atau seluar dalam (Spender) moyang anda yang pernah menjadi Sultan Sulu maka anda sudah layak menjadi Sultan? Sedarkah anda bahawa barang-barang peninggalan tersebut hanyalah sesuai diletak dalam muzium antik negara?

Sedarkah anda bahawa setiap Sultan Sulu yang naik akan membuat mohor dan bendera baru sebagai tanda "Sultan telah berganti"? Simpanlah barang-barang peninggalan moyang anda atau beri sahaja ke Muzium Brunei sebagai bahan khazanah Kesultanan Sulu yang bersaudara dengan Kesultanan Brunei yang insyaAllah anda akan diberi honorarium paling sedikit pun RM60,000? satu barang oleh Pusat Sejarah Brunei Darussalam.
Apakah dengan adanya bisikan-bisikan wasiat dari moyang anda yang pernah jadi Sultan Sulu bahawa keluarga anda lah yang sepatutnya naik jadi Sultan maka anda pun terus menjerit "Betalah Sultan Sulu sebenar yang paling sah"?

Sedarkah anda, telah tertulis dalam buku-buku sejarah Kesultanan Sulu bahawa para Datu naik jadi Sultan kerana mereka disokong oleh para Datu dan Panglima serta para Nakhoda (Nakura') yang mana mereka ini pula mempunyai ramai TINDUG (Pengikut)? Tanpa tindug tiada erti bisikan pewarisan. Tanpa pengikut tidak akan tertubuh kerajaan. Apakah yang dikatakan pengikut atau tindug?
  • TINDUG dalam bahasa Sulug bermaksud "berdiri". Sebagai contoh mengarahkan seseorang berdiri "Tindug kau!" bermaksud "Berdiri lah engkau!". Tetapi akan berubah maksudnya sekiranya menyatakan "Tindug ku" bermaksud "Pengikut ku". Tindug dari segi bahasa ialah berdiri yang punya pendirian untuk menyokong, membela, bersatu dengan apa pun keadaan yang menimpa. Tindug boleh terdiri dari keluarga, sahabat atau pekerja atau pun juga hamba.
Maka elemen pertama terpenting dalam Kesultanan Sulu ialah TINDUG kerana Tindug lah yang bakal menjadi rakyatnya. Tindug pula tidak boleh hanya berjumlah 500 orang kerana dengan jumlah yang hanya sedikit itu tidak akan dapat pertahankan Sultan dan negara. Jumlahnya mesti sekurang-kurangnya 20% dari populasi setempat yang boleh dilihat sebagai satu kekuatan yang sukar digugat. Elemen kedua terpenting ialah, dapat membentuk pentadbiran (mengurus) kerajaan Kesultanan.

Maka sebab itu, tindug itu tadi tidak boleh hanya satu golongan, sebagai contoh kalau tindug hanya golongan petani tanpa ada golongan pakar pentadbir dan pakar ekonomi serta mereka yang pandai merancang dan sebagainya negara akan pincang dan kucar-kacir. Kesultanan Sulu dahulu bertahan kerana elemen pentadbirnya cukup lengkap dan kuat. Sebagai contoh ialah Kesultanan Malaka pada abad ke-14 yang rata-rata sebahagian besar pentadbirnya ialah orang-orang Tausug sendiri.

Malaka adalah gambaran bagi sistem Kesultanan Sulu yang awal. Kalau Malaka ada Shahbandar, Tumanggung, Maharaja Lela dan sebagainya Kesultanan Sulu juga ada. Istilahnya pun sama. Sebab itu mengapa "Sultan Sulu" tidak boleh jadi Sultan tanpa tindug atau pengikut yang ramai dan lengkap untuk mentadbir negara."


Ringkasan dua elemen yang boleh mengesahkan SULTAN SULU ialah,
  • Elemen pertama: Tindug (Pengikut).
  • Elemen kedua: Kerajaan (pentadbiran negara yang berfungsi).
Tanpa ada dua perkara di atas, walau pun gelaran anda "Sultan segala Sultan" namun anda sebenarnya hanya Individu Sultan yang tiada apa-apa. Sebab tu anda meraung, menjerit, melalak dalam media massa bahawa andalah Sultan Sulu sebenar tidak akan didengar atau diberi layanan malah anda akan digelar sebagai "Keturunan Sultan Sulu yang gila kuasa" yang jahil lagi bodoh. Tindakan anda meletak gambar di internet sebagai Sultan Sulu pun hanya akan dilihat sebagai "Anak Datu yang sudah kehilangan maruah". Buktikan dahulu anda mempunyai Kerajaan dan rakyat, ketika itu tidak perlu melalak, mereka yang akan datang berlutut dan menyembah.

HURAIAN 7 ELEMEN SULTANIYAH

Sebelum penulis menyenaraikan 7 elemen Sultaniyah adalah lebih baik disenaraikan dahulu pra-syarat kelayakan menjadi Sultan Sulu. Pra-syarat tersebut ialah,

  • Bangsawan (berbangsa, nasab keturunannya mulia dan disegani. Kalau bukan keluarga para Datu, keluarga Syarif @ Syed juga boleh atau pun para pembesar negara atau pahlawan yang disegani),
  • Halimawan (harimauan, maksudnya berani. Berani menghadapi segala cabaran sekali pun melibatkan darah dan nyawa),
  • Ilmawan (mempunyai ilmu yang tinggi. Watak serba boleh: boleh berceramah dan berkomunikasi di khalayak sehingga mampu menawan hati-hati manusia. Boleh mendamaikan dua pihak yang bertelagah. Mempunyai pengetahuan Agama dan siasah),
  • Altawan (kaya dan berkemampuan dari segi masa, tenaga dan harta. Kaya dengan pengikut dan sokongan rakyat),
  • Rupawan (Berpenampilan dan berketerampilan, masih muda belia atau berupaya mengurus dan mentadbir).
  • Ummulan (Bijak mengisi usia dengan amal kebaikan, kebajikan, ihsan, ibadah dan keadilan).
  • Ugduk-Hula' (Dipercayai, diyakini, dikasihi, dihormati sebagai seorang pemimpin kepada pengikutnya. Bukannya pembohong, penipu, buruk-siku, putar belit hinggakan rakyat tidak sanggup menjadi rakyatnya).

Antara tanda Sultan Sulu yang sah ialah berani dan berjaya memacak Bendera Rasmi Bersejarah Negara Sulu itu di tanah tempat baginda ditabal menjadi Sultan tanpa diiringi oleh bendera negara lain. Tanda sebagai negara merdeka tidak terjajah.


Para pengaku Sultan Sulu hari ini biasanya berjaya di bahagian BANGSAWAN kerana sememangnya mereka adalah para Datu Diraja Sulu malah ramai antara mereka yang kaya dan berharta (Hartawan) tetapi gagal pada Halimawan dan Ilmawan. Sebagai contoh, berapa ramai para pengaku Sultan Sulu yang bermunculan tetapi tidak ada satu pun yang berani berkempen membawa manusia berarak mengangkat bendera selama beberapa tahu berturut-turut di tengah Bandar Jolo "memperkenalkan semula kemerdekaan". Berarak memerlukan keberanian, kesungguhan, kos yang besar dan kebijaksanaan mengatur manusia yang berterusan. Maka janganlah berangan-angan jadi Sultan Sulu kalau tiada "7 pra-syarat" di atas.
Berikut adalah 7 elemen Sultaniyah
  • Tanah Jajahan.
  • Rakyat (memilih Amir mereka secara Syura).
  • Sultan (Khalifah @ Amirul Mukminin).
  • Kerajaan (Adil dan saksama tanpa mengira darjat keturunan).
  • Undang-undang Syari'ah (Al-Quran & As-Sunnah).
  • Matawang Dirham "Perak" & Dinar "Emas" (Wang kertas diharamkan kerana mudah dimanipulasi, intrumen kepada riba serta mempermudah inflasi).
  • Bala tentera yang beriman dan bertaqwa (Latihan tentera mengikut kaedah Islam sebagaimana tentera Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah diisyaratkan oleh satu Hadith "Sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera").
Berbeza dengan Element of the State (International Law) iaitu,
  • People,
  • Teritory,
  • Sovereignty,
  • Government,
  • Recognition.
Untuk melengkapi segala elemen di atas terutama yang penulis namakan sebagai elemen Sultaniyah adalah sangat penting. Sebab itu mengapa Kerajaan Sulu dinamakan sebagai "Sultanate of Sulu Darul Islam" yang bermaksud Kerajaan Sulu yang dipimpin Sultan serta mengamalkan undang-undang Syariah. Undang-undang Syariah bukan sahaja dikenakan terhadap rakyat sekiranya bersalah malah Sultan sekali pun akan dihukum sesuai dengan peruntukan Syariah.

Rasulullah SAW sendiri pun telah menyatakan akan memotong tangan Sayyidatina Fatimah r.a. sekiranya beliau didapati bersalah mencuri. Sayyidina Umar Al-Farouk pun sama, beliau rela dihukum dengan mata pedang sekiranya tersalah tadbir maka dimanakah kekebalan SULTAN dalam undang-undang Syariah? Inilah keadilan Islam.
"Sultan" sebenarnya adalah fungsi sebagai ketua kerajaan Islam berlandaskan Syariah dalam konteks moden hari ini.

Tanpa Sultan sebagai pemimpin ia tidak boleh dipanggil "Sultanate", panggilan yang sesuai ialah Republik. Sebab itu kerajaan "Sultanate" tidak boleh dipimpin oleh Prime Minister yang mana kuasa penentu berada ditangannya. Ini yang berlaku di Malaysia dan kerajaan Republik yang menggunakan sistem Presiden. Jawatan Prime Minister dengan Presiden adalah sama dan mereka lah sebenarnya yang dinamakan "Sultan" (fungsi) kerana berkuasa menandatangani segala urusan negara."


Nama "Sultanate of Sulu" bukan semata-mata "Kerajaan" tetapi satu gabungan elemen Islami yang mana Sultan adalah sebahagian elemen terpenting terbentuknya Kerajaan Islam "Sultanate". Inilah yang tidak difahami oleh para individu pengaku Sultan Sulu hari ini. Mereka hanya "melihat" diri mereka yang sudah diangkat menjadi Sultan Sulu tanpa bertindak melengkapkan semua elemen untuk membentuk "Kerajaan Sulu". Keyakinan mereka bahawa "kalau sudah ada sultan yang benar (kerana menganggap dirinya benar) maka Filipina dan negara lain akan mengiktirafnya" sebagai ketua negara Kerajaan Sulu.

Tetapi setelah beberapa ketika mereka mula kecewa, jangankan pengiktirafan malah setengah kes "Sultan Sulu" diugut akan ditangkap dan dipenjarakan oleh negara lain yang dikunjunginya.
Maka, kalau anda mahu menjadi Sultan Sulu perlulah memahami 7+7 elemen di atas dan merealisasikannya dalam gerakan anda. Kalau anda kurang yakin dapat melakukannya maka jalan terbaik ialah masuk menyertai gerakan yang sudah sedia ada yang tentunya jauh lebih berjaya dari gerakan anda......

Satu lagi yang paling penting gerakan TC (Tausug Citizens) bukannya gerakan untuk "Menuntut Sabah" kerana kedudukan Sabah telah pun difahami. Kita sangat mengharapkan Kerajaan Malaysia dan Filipina serta Indonesia memberikan kerjasama kalau tidak pun kerana seagama sekurang-kurangnya kerana "serumpun". Wallahu'alam.

SECOND STRATEGIC FORUM ON SULU SULTANATE DARUL ISLAM

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan


The Iligan City-based Tubuh Sug Mindanao Association (TSMA) and Royal Sultanate (Rosul) Karimul Makhdum successfully organized a Strategic Forum ll on the Sultanate of Sulu Darul Islam (SSDI) at Iligan and Marawi Cities on January 21-23, 2011. The second of its kind, the Forum was participated in by Tausug professionals in the cities of Iligan, Lanao del Norte and Marawi, Lanao del Sur. It was also attended by Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II @ Datu Ladjamura “Uda” bin Wasik Aranan, Habib Zakaria bin Abdullah, Executive Minister and other SSDI officials.

TSMA, lead by its president Dr. Ben J. Kadil, hosted both Forums in Marawi and Iligan cities for the visitors from SSDI. The meeting in Marawi City was held in Mindanao State University campus while the one in Iligan was held at the community mosque compound of TSMA. A number of resolutions were passed, among which are the following:

  • 1. That in order to constitute a permanent and working governance, the Sultanate of Sulu Darul Islam (SSDI) shall revoke all interim appointments issued on 17 November 2010 and appoint a new set of officials;
  • 2. That since SSDI has not made public any foreign policy, no one shall be authorized to speak for and in its behalf on matters of foreign policy;
  • 3. That in order to consolidate all strategic gains, and to prepare all documents necessary for governance and for international consumption, a Strategic Forum III or Convention shall be organized in Zamboanga City in February 2011;
  • 4. That SSDI shall not recognize any unilateral act of interim ministers without the approval of Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II, who has powers and prerogatives over the affairs of SSDI, being the supreme leader of the nation.
Officials of SSDI present were: Sharif Yazir bin Abdurajim, Minister of Information and Communications; Professor Isnira Baginda, Minister of Education; Sharif Mohd Hassan bin Asan, Minister of Environment Technology and Natural Resources; Datu Prof. Sajid Omar bin Adil – Minister of Science and Technology; Datu Sharif Mohd Abd Salim Damatuan Mulki, Chief, Office of the Sultan’s Family Affairs; Datu Jul bin Lutian, Raja Bandahara – North Borneo; Hadji Abdullah bin Imao, Rajah Bandahara – Tawi-Tawi; Musattar bin Muharram, Chief Security to the Sultan; and other officials of SSDI.

Tubuh Sug – Mindanao Association officers were represented by Dr. Ben J. Kadil, President; Najar Asjali, Vice-president; Radzma Dahamban, Secretary; Helen O. Kadil, Treasurer; David Lee, Auditor; Hussein Melino, Information Officer; and S. Abdel Fattah A. Alamhali, Alsi Iggo, Adjirul Lappang and Hja Noraisa Macud, Council of Elders. Also present was Datu Seri Orangkaya Muhammad Tuttuh Ensano of the RoSul Karimul Makhdum and Minister of Economic Planning and Development of SSDI.


Some of SSDI senior ministers, who are also members of the Rumah Bichara or Nakurah, are preparing documents, including the delineation of the territory, to be presented to the United Nations commission on the Sultanate of Sulu which will be convened soon.
The next strategic forum or convention in Zamboanga City shall be attended by professionals and some representatives of the international community as observers.

Source: http://www.tausugglobalmedia.co.cc

Scores killed in Jolo Flash flood, over a dozen houses destroyed

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, February 7, 2011 0 ulasan


A flash flood brought about by heavy rains and thunderstorm on Thursday evening until Friday, 03-04 February 2011, took a toll of scores of houses and lives, mostly on stilts. Thousands of poor people were affected as they were caught by surprise in the wee hours of the night. Hundreds of millions of Pesos worth of properties was also destroyed in what is described as the worst disaster to hit this most impoverished city in over a century.

During the MNLF wars with the government’s Armed Forces of the Philippines (AFP), the city had been burned several times. But, except for the February 1974 war inside the city, which took a toll of scores of Moro Mujahideen, AFP and civilians killed, this is the first time that the combined casualties reportedly reached around 50, all civilians.


Hardest hit by the flood was the village of Alat and Suwah-suwah, as floods from Bud Datu and other uplands converged to wash off houses along the banks of the canal. Concrete fences and walls of a number of houses made of hollow blocks, including the Provincial Governor’s residence were also knocked down. As a result, several expensive household items were either washed away or destroyed in the process. The streets of Asturias and Matada up to city centre around Tulay Mosque are still submerged in knee-deep water, three days later.


The Department of Social Welfare & Development (DSWD) and Office of the Sulu Governor, Hadji Muhd. Sakur Tan, distributed relief goods to the victims thus easing the burden on thousands of homeless who are now housed in relief centres.

The Tubuh Sug Mindanao Association and the Royal Sultanate of Karimul Makhdum based in Iligan City, Lanao del Norte, have passed the hat to help relieved the flood victims through the Sultanate of Sulu Darul Islam. Other Islamic relief organizations, including Global Peace Mission (GPM) Malaysia and Islamic Relief Agency have yet to send in their relief assistance.


Jolo was saved from further destruction when the tsunami waves from offshore simmered down as they approached/passed by Bangas island for whatever reason.



Bogus sultan crowned in Sabah


The flood in Jolo came immediately after the alleged crowning of a bogus sultan of Sulu in Kota Kinabalu, Sabah on Thursday. Although it did not receive the support of many Tausug citizens in Sulu and Sabah, the ‘obscure’ proceedings were fraught with deceit.


Meanwhile, the Sultanate of Sulu Darul Islam, under the leadership of Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II, is consolidating the gains and procuring more documents needed for further resolution of independence from the Republic of the Philippines.


Habib Kerry Abdullah


Source: http://www.tausugglobalmedia.co.cc

BHG 3: JANJI TUHAN TERHADAP TOIFAH BERHATI BESI

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, February 6, 2011 0 ulasan

Apakah sejarah silam Tausug menjadikan mereka jahat dan hina buat selama-lamanya? Atau pun sejarah silam Tausug telah dimanipulasi agar bangsa ini tidak akan muncul semula buat selama-lamanya?

SEJARAH SULUG YANG DIMANIPULASI

Generasi muda Tausug hari ini dengan penuh kehairanan bertanya "mengapa Tausug sehingga hari ini masih berperang dan tidak mahu menyerah menjadi sebagai RAKYAT FILIPINA yang mahukan keamanan dan kesejahteraan diri dan anak bangsa?" Persoalan ini nescaya akan di jawap dengan tegas oleh para pejuang bersenjata Tausug yang masih berkubu di atas pergunungan Jolo "Mana mungkin kami menyerah kepada orang kafir"?

Sementara Tausug yang lain telah menerima Filipina sebagai "Tuan" manakala yang lain masih mempertahankan perjuangan nenek moyang mereka di pedalaman Jolo, menunjukkan sifat sebenar Tausug yang berhati besi. Mereka ialah pejuang atau mujahid Islam dari kumpulan serpihan bekas peperangan MNLF vs Marcos dahulu yang hari ini mereka namakan MNLF, Abu Sayyaf serta kumpulan persendirian yang lain (ini bermakna mereka terdiri dari beberapa kumpulan yang berbeza). Matlamat pejuang bersenjata ini ialah mahukan kebebasan wilayah nenek moyang mereka dan memerintah sendiri sebagai negara Islam yakni mengamalkan undang-undang Islam.

Mengapa ia terjadi hanya kepada Tausug tidak kepada bangsa lain di Nusantara (Likusantara)? Walau pun dikatakan Orang Melayu Pattani masih berjuang melawan Thailand namun perjuangan Tausug dikira lebih lama iaitu bermula setelah kedatangan Spanyol, Belanda dan Inggeris lagi. Pattani tidak mengalami penghapusan etnik yang begitu lama sebagaimana yang dikenakan kepada Tausug yang bukan sahaja Spanyol, Amerika Syarikat malah Filipina sendiri. Tausug diumpan untuk membina kumpulan-kumpulan yang kemudian dibunuh secara membabi-buta dengan pengeboman artileri secara besar-besaran sehingga membunuh rakyat biasa yang tidak berdosa selama hampir seratus tahun. Perhatikan, inilah sebenarnya yang dinamakan penghapusan etnik. Apakah sebab Tausug dihapuskan dan bila program penghapusan ini bermula?

Seperti yang telah kami nyatakan sebelumnya, kekuatan dominasi maritim Sulug @ Tausug di perairan seluruh Asia Tenggara yang diketahui bermula semenjak zaman Srivijaya abad ke-7 sehingga abad ke-19 menjadi sebab Bangsa Sulug dihapuskan buat selama-lamanya. Sejarahnya juga telah diusahakan untuk dilupus dengan cara memanipulasi sejarah negara-negara Asia Tenggara seperti yang kita ketahui hari ini. Kebaikan dan kemurnian Sulug telah dihilangkan kerana yang tertulis hari ini hanyalah Sejarah Kesultanan Sulu yang diberi interpretasi buruk dengan memaksakan jenama "Bangsa Moro" kepada Tausug diterima umum. Akhirnya seluruh dunia hari ini tidak kenal Tausug atau Sulug tetapi kalau "Moro" mereka sangat kenal sebagai gerakan pemberontakan di Filipina Selatan.

Yang lebih memburukkan keadaan, orang Tausug sendiri telah terpedaya menerima penggelaran Moro ke atas diri mereka tanpa menyedari ia adalah program untuk menghapuskan nama dan identiti Sulug mereka di muka bumi. Terbukti bangsa Sulug yang sudah menerima gelaran "Bangsa Moro" ini sudah tidak mahukan nama "Kesultanan Sulu" sebagai identiti perjuangan mendapatkan negara nenek moyang mereka malah menukarnya kepada nama baru yang tiada kaitan iaitu negara "Republik Bangsa Moro". Inilah manipulasi sejarah yang sangat licik dan bijak untuk menghilangkan sejarah dan identiti bangsa berhati besi ini.


KEKALAHAN TAUSUG ADALAH KEKALAHAN ISLAM
Satu-satunya bangsa di Asia Tenggara yang masih bertahan mempertahankan Islam dan kekuatannya ialah Tausug di kepulauan Sulu. Kerana identiti Kesultanan Sulu masih membayangi perjuangannya sehingga hari ini. Walau pun dikatakan Nur Misuari berjuang atas nama Bangsa Moro namun ketika menubuhkan MNLF dahulu beliau telah mengangkat sumpah atas nama Allah swt dengan memegang Al-Qur'an bersama para Datu untuk berjuang mengembalikan Kesultanan Sulu. Setelah rakyat dan para Datu menyedari bahawa Nur Misuari telah melanggar Sumpah dengan merancang menubuhkan Republik Bangsa Moro pula, maka rakyat mula bangkit menyuarakan kehendak asal mereka mengembalikan Kesultanan Sulu dan undang-undang Islam.

Apakah Tausug sebenarnya telah kalah kerana kekalahan MNLF? Sebenarnya yang kalah hanyalah perjuangan peribadi yang telah menyimpang dari perjuangan asal. MNLF telah kalah di meja rundingan pada 1996 sedangkan perjuangan asalnya masih bertahan tidak terkalahkan. Di tengah pergunungan Jolo tradisi Sulug masih dipertahankan oleh Ustaz Habir Malik, Kom. Khaid, Kom. Radulan Sahirun dan Kom. Dr. Abu sehingga hari ini. Slogan para pejuang ini ialah membebaskan Bangsa, Negara dan Agama tercinta dari pemerintahan kafir Filipina. Walau pun mereka menerima penggelaran Moro ke atas diri mereka namun mereka masih mengaku sebagai Tausug. Kekalnya mereka masih melawan secara militer bermakna Sulu masih tidak terjajah, oleh sebab itu kekuasaan Islam dan Tausug masih bertahan.

Kemunculan generasi baru yang memperjuangkan Kesultanan Sulu secara aman hari ini adalah alternatif kepada perjuangan militer para komander MNLF yang dilihat gagal mengangkat aspirasi rakyat Tausug sebelum ini. Generasi baru muncul dengan membawa pemahaman yang betul bagaimana mengembalikan Kesultanan Sulu ke asalnya seperti dahulu. Berkibarnya bendera Sulu yang dipacak ditengah-tengah Bandar Jolo tanpa gangguan Filipina membuktikan kaedah perjuangan yang dibawa oleh generasi baru ini adalah benar dan menepati undang-undang antarabangsa. Generasi muda adalah generasi terpelajar serta sangat memahami sejarah bangsa nenek moyang mereka. Cukup persedian dari segi mental dan kemampuan dalam perang saraf yang boleh bertahan dalam jangka masa panjang.

Nusantara masih bertuah kerana bangsa Sulug @ Tausug masih gigih mempertahankan Islam dan jati diri mereka sekali pun dihimpit oleh program-program pembunuhan dan penghapusan identiti. Allah swt Maha Kuasa menjadikan Tausug tetap berdiri tidak terkalahkan. Sesuai dengan sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. :

"Sentiasa ada satu golongan daripada umatku, (mereka) memperjuangkan kebenaran, selalu memperoleh kemenangan sampailah ke hari kiamat...(sehingga akhir Hadis)" Riwayat Muslim.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Akan sentiasa ada toifah di kalangan umatku yang menzahirkan kebenaran, mereka tidak akan dirosakkan oleh penentang mereka hinggalah da­tang­nya ketentuan Allah (Kiamat).” (Riwayat Muslim)

Sabda Nabi SAW, dikeluarkan dari Al Hasan bin Sofyan dari Abu Nuaim maksudnya: Daripada Tsauban, telah bersabda Rasu­lullah SAW:

“Akan datang panji-panji hitam dari Timur, hati mereka seperti kepingan besi. Barang siapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah mendatangi mere­ka dan berbai’ahlah kepada mereka walaupun ter­paksa merangkak di atas salji.” (Dari kitab Al Hawi lil Fatawa oleh Imam Sayuti)


TOIFAH YANG DIMAKSUDKAN OLEH HADIS ADALAH SULUG?
Dalam penjelasan kami yang lepas, bukti-bukti menunjukkan Sulug pernah menduduki keseluruhan Asia Tenggara lama sebelum kemunculan kerajaan Funan dan Srivijaya. Nama-nama negeri dan daerah dalam bahasa Sulug @ Solok serta kewujudan perkampungan Solok samada di Indonesia dan Malaysia hari ini menjadi bukti nyata yang tidak dapat disangkal. Ditambah pula dengan catatan-catatan Portugis Spanyol tentang kekuatan maritim Sulug awal abad ke-15 menjadikan Sulug satu-satunya bangsa berhati besi di Asia Tenggara. Mungkin pujian ini dianggap keterlaluan oleh pihak yang membenci Sulug namun itulah hakikat yang selayaknya bagi bangsa ini.

Hari ini Sulug atau Tausug telah diperangi dan dirancang dengan begitu licik untuk dihapuskan dan tiada seorang pun yang boleh mengagak sampai bila Tausug diperlakukan begini. Masihkah ada harapan untuk Sulug mendapat kemenangan mengembalikan kerajaan Kesultanan Sulu?

Dari Abdullah RA, dia berkata,

“Ketika kami sedang berada bersama-sama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan Putera dari Bani Hasyim. Apabila baginda melihat mereka, tiba-tiba air matanya berlinang dan wajahnya berubah. Abdullah berkata, aku bertanya, “Kami melihat sesuatu yang tidak kami senangi pada wajahmu?” Maka baginda menjawab, “Kami adalah Ahlulbait yang Allah telah memilih bagi kami kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. Sesungguhnya ahli keluargaku, sepeninggalanku nanti, akan menerima bala bencana pengusiran dan pembuangan, sehingga datanglah suatu kaum dari arah Timur yang membawa Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, lalu mereka berjuang dan menang, lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerimanya sehingga mereka menyerahkan kepemimpinan itu kepada salah seorang lelaki dari ahli keluargaku. Dia lalu memenuhinya dengan berbuat adil, seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan kezaliman. Barang siapa di antara kamu semua yang menjumpai hal-hal tersebut, hendaklah dia mendatangi mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salju.” (Al-Hakim & Ibnu Majah)

Kalau benarlah Sulug adalah yang dimaksudkan sebagai pembawa panji hitam hari Timur maka insyaAllah Sulug akan berjaya mendapatkan semula kekuasaan yang mereka inginkan selama ini di masa akan datang iaitu menegakkan kerajaan Kesultanan Sulu semula.

Seperkara yang tidak diketahui oleh orang-orang Melayu hari ini ialah darah keturunan Sulug yang majoritinya adalah dari Ahlulbait Rasul SAW. Perkahwinan campur para Sayyid dengan wanita-wanita bangsawan Sulug di Kepulauan Sulu ketika dulu telah melahirkan generasi SYARIF yang hingga hari ini beranak pinak sehingga ke Borneo. Hinggakan untuk melantik Sultan Sulu tanpa persetujuan para Syarif (Sayyid) Sultan Sulu tidak boleh ditabal. Tausug menyebut bahawa keluarga Syarif adalah keluarga "Barakat". Ramainya keluarga Syarif di Sulu menyebabkan sambutan Malidurrasul setiap tahun dilakukan dengan meriah seolah-olah melebihi kemeriahan Hari Raya Puasa dan Aidil Adha.

Kemeriahan Maulidurrasul ialah pada malamnya, bermula selepas sembahyang Isyak hingga menjelang sembahyang Subuh. Acara bacaan Kitab Al-Barzanji dan persembahan berbalas pantun dan gurindam yang dimeriahkan dengan jamuan kuih muih, pulut kuning, ayam panggang dan gula-gula menjadi kegembiraan hadirin termasuk kanak-kanak. Setiap kampung melakukannya bergilir-gilir dalam masa hampir sebulan selepas 12 Rabiulawal setiap tahun. Tradisi kecintaan terhadap Rasulullah SAW ini menjadikan para Syarif @ Sayyid mendapat penghormatan tertinggi oleh Tausug sehingga hari ini. Sejarah peperangan Tausug memerangi kafir Spanyol kebanyakannya didorong oleh semangat jihad para Syarif hinggakan para Syarif sendiri yang berada di bahagian hadapan ketika di medan perang.

Salah satu faktor keluarga Syarif menjadi ramai kemungkinan adalah kerana kaum lelaki generasi Sulug Buranun di Pulau Jolo yang berani mati kebanyakan telah gugur Syahid selama beberapa ratus tahun berperang dengan Spanyol sehingga era peperangan dengan Amerika Syarikat. Para balu Syuhadak Buranun kemudiannya dikahwini pula oleh para Syarif yang kemudian hasil perkahwinan tersebut melahirkan GENERASI SYARIF SULUG yang lebih berani dan ditakuti. Syarif dalam bahasa Sulug menurut kajian kami adalah bermaksud para "Sayyid yang berkuasa memandu pemerintah" sebab itu mereka dipanggil Syarif (Pemerintah Makkah Al-Mukarramah juga adalah para Syarif sebelum penaklukan Bani Sa'ud yang membunuh ramai para Syarif @ Bani Hasyim). Sesuai dengan Hadis Rasulullah SAW di atas bahawa Ahlulbaitnya diusir dan dibuang oleh masyarakat Arab ketika zaman fitnah (Antara penghujung zaman Khulafa-ur-rasyidin dan zaman Umayyah) dan akhirnya mereka para Ahlulbait diselamatkan oleh bangsa Sulug dari SEBELAH TIMUR malah dikasihi dan dijadikan pemimpin.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda,
"Alangkah rindunya aku kepada ikhwanku (saudara-saudaraku)." Terkejut para Sahabat lalu berkata, "Wahai Rasulullah, bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah berkata, "Tidak. Kamu adalah Sahabat-Sahabatku. Manakala ikhwanku itu ialah umat Islam akhir zaman, yang datang sesudahku, mereka sanggup ‘menjual' keluarga dan harta untuk bertemu denganku, mereka tidak pernah berjumpa denganku tapi beriman denganku."

Kemungkinan toifah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW ialah kembalinya satu kerajaan atau kekuasaan iaitu Kesultanan Sulu. Kalaulah Sulug @ Tausug yang mencintai para Ahlulbait itu sesuai digelar IKHWAN yang dirindukan oleh Rasul SAW malah menepati syarat sebagai "bangsa yang berhati besi" pula maka satu lagi syarat ialah GHURABA' seperti yang disebut oleh Hadis. Ghuraba' makna menurut Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah ialah "Ganjil, pelik, asing atau menghairankan". Antara makna yang popular ialah ASING.


SULUG @ SULUK DI MALAYSIA DIPANGGIL PENDATANG ASING?
Di Malaysia terutama di Sabah orang-orang Sulug dipanggil Suluk iaitu sebutan "G" menjadi "K". Seperti yang kami jelaskan sebelum ini Sulug bermaksud "Arus Air" deras. Tausug di kepulauan Sulu hari ini menyebut Sulug dengan Sug sahaja kerana kebiasaan lidah menghilangkan "L" di tengah perkataan. Suluk di Sabah terbahagi dua secara Jus Soli iaitu Suluk yang tinggal di Sabah semenjak North Borneo dan Suluk setelah North Borneo masuk ke Persekutuan Malaysia menjadi Sabah pada 16 Sept 1963. Suluk North Borneo telah menjadi warganegara Sabah Malaysia secara otomatik ketika itu manakala Suluk yang datang kemudian dipanggil "Pendatang Asing Tanpa Izin" (PATI) sekiranya masuk tanpa Pass perjalanan sah.

Telah menjadi persoalan besar kepada Suluk sehingga hari ini mengapa Malaysia menangkap dan menggelar PATI kepada Suluk yang masuk ke Sabah tanpa Pass perjalanan sedangkan Sabah adalah sebahagian dari "Jasad" Suluk selama beratus-ratus tahun lama sebelum kedatangan Inggeris. Penggelaran PATI kepada Suluk yang datang kemudian menunjukkan "perjuangan Tausug menentang kafir penjajah" tidak dihormati oleh saudara seIslam mereka di Malaysia. Masih ramai Suluk di kepulauan Sulu yang tidak mengaku sebagai rakyat Filipina maka ketika mereka masuk ke Sabah untuk bekerja atau berjumpa saudara mara, mereka diminta menunjukkan Passport Filipina oleh Polis yang mana orang Suluk yang anti Filipina tidak pernah memilikinya.

Kegagalan menunjukkan Pass perjalanan sah akan menyebabkan mereka disumbat ke dalam lokap atau Rumah Merah Jabatan Imegresen selama 3 bulan atau 6 bulan dengan penuh kesengsaraan dan penyeksaan yang mereka tidak pernah alami selama berada di kepulauan Sulu di bawah pentadbiran kafir Filipina. Sehingga hari ini Suluk kepulauan Sulu yang masuk ke Sabah tanpa Pass perjalanan sah akan digelar PATI. Penggelaran dan penganiayaan ini tidak akan berakhir sehingga kerajaan Kesultanan Sulu dapat dizahirkan semula. Perkara ini mungkin tidak disedari oleh pemimpin Melayu muslim Malaysia kerana kejahilan mereka terhadap sejarah Suluk. Pemimpin-pemimpin Suluk di Malaysia perlu bangkit menyelamatkan keadaan ini dan mencadangkan satu mekanisma prihatin kepada KDN dan Perdana Menteri.

Kemunculan buku Tausug dan Kesultanan Sulu yang dicetak dan diedarkan di seluruh Malaysia beberapa tahun lalu sedikit sebanyak telah mula membangkitkan kesedaran tentang sejarah Suluk @ Sulug di Malaysia. Tetapi di semenanjung Malaysia, orang Melayu yang membaca buku tersebut begitu banyak bertanya serta penuh kehairanan kerana nama "Tausug @ Suluk" itu begitu asing buat mereka. Inilah yang dikatakan GHURABA' atau asing.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.,
“Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali menjadi asing, seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (Riwayat Muslim)

Beberapa perkara yang masih dianggap asing dan menghairankan, Tausug di pedalaman Jolo masih mengamalkan amalan para Sayyid yang bukan sahaja amalan pembacaan Kitab Al-Barzanji yang didendangkan dalam bahasa Arab secara berlagu atau sya'ir ketika Maulidurrasul malah khutbah Jumaat atau Hari Raya pun 100% masih dalam bahasa Arab yang dilagukan secara mendayu-dayu. Bacaan sembahyang dalam bahasa Arab pun mereka tidak faham apatah lagi khutbah yang dibaca 100% dalam bahasa Arab. Yang lebih menghairankan kebanyakan mereka melelehkan air mata di penghujung khutbah.

Dari kajian kami mendapati antara sebab mereka membaca khutbah 100% dalam bahasa Arab yang mereka sendiri tidak fahami adalah kerana penghormatan mereka terhadap Sayyid yang mengislamkan nenek moyang mereka sehingga menjadi sumber kekuatan berani mati mereka menentang penaklukan kafir Spanyol. Mereka menangis kerana sangat rindukan perjuangan dan kehebatan nenek moyang mereka para mujahid Tausug yang berani mati kerana bangsa, negara dan agama tercinta. Kemunculan program Kesultanan Sulu Darul Islam hari ini juga dilihat begitu asing kerana menolak peperangan senjata. Program pendidikan agama dan sejarah mula dilaksanakan kepada generasi muda mereka secara berdikit-dikit. Tausug hanya perlu bersabar ke atas penganiayaan dan kerosakan yang ditujukan kepada mereka.

"Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap asing dan akan datang kembali asing. Namun berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?" Lalu Rasulullah menjawab, "Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan." (Riwayat Muslim)

Akhir sekali ialah pada Sabda Rasulullah SAW: "Apabila azan sang muazzin, berserulah dia: Asyhadu al laa ilaaha illallah, (ketika itu) bergoncanglah Syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah SAW. Begitu juga segala mahligai Syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Sedangkan di saat itu Rasulullah SAW pula sangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghuraba' (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."

LUNTARSUG: A LOST ANCIENT SULU WRITING SYSTEM!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, February 5, 2011 6 ulasan

ARTIKEL TERKINI NELDY JOLO DALAM BLOG ISLAND OF PEARLS

LUNTARSUG: A LOST ANCIENT SULU WRITING SYSTEM!
Neldy Jolo

Pre-Spanish Philippines has said to be known of having the ancient writing system known as Baybayin. It was noted by a Spanish priest Pedro Chirino in his “Relación de las islas Filipinas” in 1604 and Antonio de Morga in 1609.

There was no mention of specific place where Baybayin was discovered. Spanish called Baybayin as “Tagalog letters” while Bikolano called it “Basahan”. To the Tausug, Basahan or Bassahan means a “place to read, a manner of reading or will be reading” from the word “Bassa” meaning “to read”.

Baybayin was used generally to write personal writings; poetry and diary. William Henry Scott argued that there was no literacy was first achieved and no historical record of the writing system itself because some Datu from 1590’s could not sign affidavits and oaths in 1620’s.

Ferdinand Magellan’s chronicler Antonio Pigafetta wrote that Visayans were not literate in 1521, but Miguel Lopez de Legazpi reported that Visayans have letter and characters learned from Malay.

This was supported by Francisco Alcina, a century later that Visayans learned it from Tagalog and Tagalog learned it from Bornean known to them as “Moro Writing”. Baybayin was perhaps learned from Sulus or Tausug because Sulu was in the height of its civicultural influences as well as politico-economic power in 1500’s.

At least five theories about the origins of Baybayin, such as: Kawi Script from Java, Pallava Script from Sumatra, Lontara Script from Sulawesi, Assamese Script from Bengal and Cham Script from Champa. These theories were coming from scholars David Diringer, Fletcher Gardner and Isaac Taylor.

Baybayin means “spelling” that comes from the Tagalog word “baybay” which means “to spell”. Baybay in the Visayan language could mean “beach”. Baybayin as a writing system had invited many scholars to research on.

Dean Paul Rodriguez Versoza of the University of Manila changed Baybayin into Alibata in 1914 when he gave lectures in 1921 and explained it in his writing “Pangbansang Titik nang Pilipinas” in 1939. He coined Alibata from the first three letters of Arabic characters; Alif, Ba, Ta’ where it widely known in Mindanao and Sulu Archipelago.

Some historians do not agree with Dean Versoza, especially Paul Morrow because his claimed of Alibata has no indication of ancient writing system in the archipelago; it is totally a modern creation and absolutely has no relationship to Baybayin.

Father Francisco Lopez introduced “Doctrina Cristiana” in Ilocano published in 1621 using the Tagalog form of Baybayin to preach Christianity to the natives. Despite of extensive usage of Spanish priest for evangelization in 1500’s, Baybayin was started to get abandon in the late 1600’s and later disappeared.

Tausug historian, Samuel K. Tan wrote that the first written literature of Sulus or Tausug was called Luntar. It was known as ancient writing of the Tausug aside from Sulat or Surat Sug. Sulat Sug is of Arabic characters that use to write in Bahasa Sug or known as Jawi in Malay world. Luntar was believed to be an individual and personal historical accounts and biographies.


The Luntar was perhaps practiced before the widespread advent of Islam begun in 7th or 9th century to Sulu Archipelago. Luntar was perhaps lost and burned during the first burning of Jolo by the Spanish armada in 16th century.

Spanish destroyed the Tausug writings perhaps to bury the ancient Tausug symbol of civilization. The Spanish might dispirited for not winning the battle with Tausug in their coercive attacks.

Luntar means “tossing words from mouth”. Paul Morrow wrote that pre-Hispanic writing tools were called panulat. Panulat is a Tausug word which means “writer” and “hipanulat” means “tool uses to write” from the word Sulat which means “to write and letter.”

Since the theories of the origin of Baybayin was from Kawi of Java, Pallava of Sumatra, Lontara of Sulawesi, Assamese of Bengal and Cham of Champa and the Tagalog and then Visayans learned the Baybayin from Bornean, it seems that scholars are inconsistent about their discovery of the Baybayin where it was derived and learned from.

These five theories of the origin of Baybayin don’t agree with the place where it was learned by Tagalog and then Visayans.

If Baybayin was learned by Visayans from Tagalog then Tagalog learned it from Bornean, therefore the lost original script for this Baybayin was from Sulu Archipelago and Borneo known as Luntar.

Some Bornean in the early century are also known as Sulus, Sulug, Suluk, Tausug or people of Sulu Archipelago and Borneo. This was during the pre-Spanish invasion in 15th century.

Upon the analysis to the assumptions of historians regarding the origin of Baybayin and/or Alibata that seems contracting to each other, I and Asree Sug developed the Baybayin and/or Alibata into a new writing to name it LUNTARSUG.

We have added few characters to Baybayin and/or Alibata to suit with the modern spelling of words according to the English alphabet and named the font and its system as “ASREENELDY”. Those characters are; ja, za, ra, fa, patay and sangka’.

It would be published later as part of the book “Sejarah Sulug dan Teori Likusantara: Kepulauan Sulu sebelum muncul nama Philippines” or Sulug History and Likusantara Theory: Sulu Archipelago before named Philippines exist.

In this book the pre-Spanish Philippines was known as part of the Sulu Archipelago.

Source: http://theislandsofpearls.blogspot.com

KEMBALINYA LUNTARSUG KE PANGKUAN TAUSUG

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 2 ulasan


Ketika penulis menyiapkan bahan beberapa artikel TG bersama saudara Neldy (Nelson) di rumahnya baru-baru ini di Taman Mesra, Sandakan, penulis dan Neldy telah tergalak untuk menyambung kerja kami sebelum ini untuk siapkan struktur abjad Luntar Baybayin. Ketiadaan saudara Aliazer dan sahabat-sahabat lain yang juga sebahagian dari tenaga kerja menyiapkan kajian LUNTARSUG, menyebabkan penulis dan Neldy meneruskan pengstrukturan semula tulisan tersebut bersendirian.

Dalam merungkai Luntar purba ini dari mana berasal dan siapa yang menggunakannya sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Sulu, penulis dan Neldy membahagikan tugas. Penulis ditugaskan menyusun grafik dan mengolah bentuk font dalam Adobe Photoshop bersama contoh tulisan tangan manakala Neldy menyusun data-data asal-usul tulisan Baybayin Alibata yang didakwa adalah tulisan purba orang Tagalog-Visaya di Selurong (Manila).



Data-data yang berjaya dikumpul oleh saudara Neldy selama beberapa bulan beliau mendapati tulisan yang dinamakan Baybayin atau Alibata itu sebenarnya adalah tulisan SULUG purba lama sebelum kedatangan Islam. Kenyataan yang diambil dari orang-orang Selurong yang ditemuramah iaitu ketika tulisan tersebut di temui pada abad ke-17 menyatakan bahawa tulisan tersebut adalah tulisan orang "Moro" yang bermaksud tulisan orang Islam samada dari Brunei atau daru Kepulauan Sulu.

Seorang penulis terkenal dari Filipina bernama Samuel Tan menyatakan bahawa Sulug telah kehilangan tulisan mereka yang asal sebelum kedatangan tulisan Arab yang mengambil alih tulisan purba mereka. Permulaan Kesultanan Sulu yang mengubah undang-undang kepada Islam dan menjadikan pendidikan atau pengajaran Islam dengan menggunakan tulisan Arab menjadikan tulisan purba itu tidak digunakan lagi dan seterusnya hilang. Berbanding tulisan purba Sulug yang dinamakan Luntarsug itu, tulisan Arab yang datang kemudian lebih bersistem dan menarik lebih-lebih lagi berkaitan dengan BAHASA AL-QUR'AN Al-Karim.


Walau pun golongan tua Tausug hari ini menggunakan tulisan SURATSUG (seperti tulisan Jawi tetapi mempunyai baris) hasil Islamisasi namun atas faktor sejarah kewujudan manusia BERBANGSA atau Bangsawan, tulisan LUNTARSUG patut dipelihara dan dipertahankan untuk tatapan generasi akan datang. Sudah menjadi tanggungjawab kepada orang-orang Sulug di Kepulauan Sulu dan yang berada di Malaysia untuk mengambil peranan memelihara warisan sejarah besar ini untuk diabadikan dan diperjuangkan oleh persatuan-persatuan dan dijadikan kajian akademik di universiti. Kekuatan Islam berada dalam kesatuan JAMAAH dan kekuatan Jamaah memerlukan suntikan-suntikan Islami serta kekuatan jati diri dan asal-usul bangsa.

Setiap bangsa mempunyai adat budaya yang berbeza. Kehilangan adat dan budaya menyebabkan sesuatu bangsa akan kehilangan asal-usul dan sebahagian kekuatan malah terpaksa "meminjam" budaya orang lain untuk menjadi budayanya. Sudah menjadi Sunnahtullah satu-satu bangsa yang tidak kuat (populasinya sedikit) bila bercampur dengan bangsa yang dominan seperti Melayu, bangsa tersebut akan menjadi Melayu setelah mengalami asimilasi dalam beberapa generasi. Orang-orang Suluk di Sabah kebanyakannya sudah tidak mengaku Suluk kerana sudah menjadi Melayu, memakai baju Melayu dan mengamalkan adat perkahwinan Melayu. Mereka punya alasan kukuh untuk mengaku Melayu kerana mereka sendiri sudah tidak menutur Bahasa Suluk. Bagi mereka Suluk adalah bangsa rendah, ganas dan jahanam berbanding Melayu.

Sebagai contoh, orang-orang Bajau di Semporna terpaksa mengambil budaya tarian Sulug, sambulayang Sulug dan pakaian Sulug Buranun untuk menjadi hiasan Pesta Lepa Lepa mereka lalu mendakwa bahawa itu adalah BUDAYA BAJAU bukannya Adat Budaya Suluk @ Sulug. Sebenarnya dakwaan orang-orang Bajau Semporna tersebut dari satu segi adalah benar kerana mereka lihat orang Suluk di Sabah sendiri sudah meninggalkan adat budaya KEBANGSAWANAN mereka sendiri. Ruang kosong yang ditinggalkan oleh orang-orang Suluk akhirnya diambil alih oleh saudara mereka dari suku Bajau Laut. Hinggakan muncul seorang pengkaji sejarah Bajau di semporna yang menulis "Suluk berasal dari etnik Bajau". Tahniah buat penganjur Pesta Lepa Lepa kerana berjaya melestarikan adat dan budaya Bajau "Yang Sebenarnya".

Allah swt mencipta kita bersuku dan berbangsa-bangsa agar saling kenal-mengenal, kaji mengkaji, berdiplomasi, berasimilasi untuk melahirkan manusia-manusia yang berguna. Permusuhan antara suku kaum dan bangsa disebabkan ASSABIYAH (menyokong bangsa sendiri walau pun salah) dilarang oleh Islam. Seseorang yang mempertahankan jati diri bangsa, menyayangi dan mengasihi kewujudan asal-usul bangsa sendiri dalam masa yang sama menghormati kewujudan bangsa lain amat digalakkan dalam Islam. Aman, selamat, harmoni, tunduk dan patuh kepada Tuhan itulah Islam.

Maka orang-orang Sulug yang mempertahankan asal-usul dan jati diri bangsa seperti menjaga adat budaya dan tulisan purba mereka, tidaklah bertentangan dengan Islam malah ia adalah sebahagian dari Islam sebagaimana kewujudan "Urf" (adat budaya yang dibenarkan yang tidak bertentangan dengan kehendak Islam) dalam hukum Syariah.

Untuk maklumat lebih lanjut kita akan tunggu artikel saudara Neldy berkenaan asal-usul Luntarsug di dalam blog berbahasa Inggerisnya http://theislandsofpearls.blogspot.com. Beliau menelusur sehingga ke dasar berkenaan penemuan Luntarsug yang dinamakan Baybayin Alibata oleh orang-orang Kristian Tagalog-Visaya.

DZULASREE
Ahad, 10:30 am,
06 Feb 2011
Sandakan.

ANNOUNCEMENT: DISREGARDING PROCLAMATION!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, February 3, 2011 0 ulasan


The current legitimate Sulu Sultan, Paduka Batara Mahasari Maulana Al-Sultan Muhammad Bantilan Muizuddin II and the government is disregarding the proclamation of any individual as Sultan of Sulu Sultanate Darul Islam.

The Government of Sulu Sultanate Darul Islam announces that the
Tausug Citizens of the Sulu Sultanate Darul Islam already have the legitimate Sultan chosen by the citizens. Thus, the throne has no vacancy.

Tausug Citizens throughout Sulu Archipelago
(from Zamboanga Peninsula to North Borneo) are not recognizing the move of Atty. Meltino J. Sibulan and Datu Albi Julkarnain Ahmad to proclaim another Sultan in any way. Tausug Citizens is for justice. UTP is not Tausug Citizens.

Di petik dari www.tausugglobalmedia.co.cc


Ulasan:
Semalam kami mendapat kontak dari Buansa, Jolo, Sulu berkenaan keadaan semasa Tausug Citizens. Pejabat pentadbiran Sultanate of Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh YM Sultan Bantilan II mengeluarkan satu kenyataan tentang gerakan Atty. Meltino dan Datu Albi yang menggunakan nama UTP (United Tausug People) sebenarnya tiada kena-mengena dengan Tausug Citizens.

Tindakan UTP melantik Sultan lain tanpa persetujuan rakyat adalah tindakan persendirian mereka sahaja sedangkan Tausug Citizens sudah mempunyai Sultan Bantilan II yang diangkat secara terbuka
(public) oleh lebih 20,000 rakyat jelata pada 19 Mac 2009 yang lalu.

Dalam protokol Kesultanan Sulu bahawa mana-mana Datu yang akan diangkat menjadi Sultan Sulu mesti di sokong serta diangkat sendiri oleh majoriti rakyat dan mesti pertabalannya dilakukan di
Tanah Sug (Pulau Jolo) tempat pusat kekuasaan Kerajaan Sulu berdiri.

Pertabalan Sultan di luar Tanah Sug secara otomatik terbatal apatah lagi dilakukan secara tertutup dan tanpa Rumah Bichara serta kerajaan pentadbir yang dibentuk terlebih dahulu.
Tanah Sug adalah tanah Kesultanan sedangkan tanah lain di luar Tanah Sug adalah tanah naungan (negeri yang digambar dalam 5 bintang).

Sebarang pertabalan di luar Tanah Sug seperti individu yang mengangkat dirinya jadi Sultan di Manila maka dia adalah Sultan Manila bukannya Sultan Sulu. Sama dengan mereka yang mengangkat diri jadi Sultan di Tawi-Tawi menjadi Sultan Tawi-Tawi bukan Sultan Sulu.

Lebih-lebih lagi kalau individu yang diangkat Sultan tersebut mempunyai Passport Filipina, Malaysia, Amerika, Brunei dan sebagainya yang ternyata kewarganegaraannya sendiri bukan Tausug Sulu. Kesultanan Sulu berdaulat di atas namanya sendiri. - TG

BHG 2: DENDAM NUSANTARA ATAS KEJAHATAN SULUG?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, February 1, 2011 7 ulasan

Ketika berlakunya peperangan MNLF melawan Marcos dulu telah muncul desas-desus berkenaan program penghapusan etnik terhadap Sulug @ Tausug di kepulauan Sulu yang kononnya dirancang oleh beberapa negara (termasuk Vatican). Menurut golongan tua Tausug di Sulu menyebut bahawa dendam bangsa Tagalog-Visaya terhadap sejarah masa lalu Kesultanan Sulu bahawa bangsa Sulug adalah satu-satunya bangsa "Jahanam" di Asia Tenggara (Nusantara) yang menyebabkan Tagalog-Visaya menjadi hamba abdi Sulug selama beberapa ratus tahun kini telah berbayar. Peperangan dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera Kristian Marcos hampir setengah juta jiwa terhadap Sulug menyebabkan kepulauan Sulu lengang dan orang-orang Sulug beramai-ramai menjadi pelarian ke negara jiran.

Bagi bangsa Tagalog-Visaya, bangsa Sulug adalah Bangsa Muklo' atau bangsa perompak laut yang sangat dahsyat pernah dilahirkan Tuhan di muka bumi ini. Sehingga kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu pada awal abad ke-20 pun Sulug masih mempunyai hamba beratus-ratus malah beribu hamba abdi dari kalangan Tagalog-Visaya. Kebijaksanaan Sulug mengislamkan Dayak Laut Tidung dari Kalimantan Timur kemudian mengambil Dayak Laut Iranun dari Mindanao yang sudah pun Islam lalu mengerahkan mereka merompak wilayah-wilayah naungan Spanyol menyebabkan kehidupan Tagalog-Visaya seperti dalam neraka.

Hari ini Tagalog-Visaya Kristian sangat bergembira kerana Sulu telah pun hilang dalam peta dunia malah telah "dilesapkan" menjadi "naungan Filipina" sehingga ke hari ini. Penghapusan Sulug dan identitinya telah terbukti bukan sahaja diperangi untuk dihapuskan malah dalam peta pelancongan Filipina yang diedarkan oleh Kementrian Pelancongannya "Sulu Sea" telah pun dihilangkan. Apakah hal ini berlaku juga di Malaysia? Iaitu sejarah dan identiti Sulug @ Suluk juga turut dimusnah ranapkan? Orang Suluk di Sabah boleh menilai sendiri dan memberi jawapannya. Secara jujur Sulug di Sabah tidak sama nasibnya sebagaimana Sulug di Kepulauan Sulu hari ini. Sulug di Sabah lebih beruntung dan sedikit terbela.


MEMBONGKAR KEJAHATAN SULUG?
Tajuk kecil ini diletak tanda soal, mengajak para pembaca berfikir sejenak sebelum meneruskan membaca satu persatu artikel ini. Kepada generasi Sulug di Malaysia yang membaca artikel ini, anda sebagai anak Sulug mempunyai tangggungjawab besar terhadap bangsa dan agama tercinta. Betapa pun kejahatan Sulug itu didedah namun masih tidak dapat mengatasi kebaikan yang ditaburnya selama lebih seribu tahun ke atas Likusantara (Nusantara) dan Bangsa Melayu. Artikel ini penting dalam menjelaskan faktor-faktor mengapa Sulug bertindak JAHANAM. Penjelasan ini penting bagi anda sebagai anak Sulug memahami bahawa Bangsa Melayu membenci Sulug ada sebabnya.

Situasinya sama dengan bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia hari ini yang dibenci oleh etnik India dan Cina kerana tampuk kekuasaan tertinggi dipegang oleh Melayu dalam Politik, ditambah dengan konsep Beraja (Sultan Agung) yang menjadi PENAUNG AGAMA dan NEGARA menjadikan etnik lain berasa seolah diperlakukan seperti hamba pula. Dengan slogan "Ketuanan Melayu" berlambangkan keris yang menjadi identiti kelangsungan Bangsa Melayu hanya akan menambah dendam di dalam jantung etnik-etnik lain sampai kiamat. Dalam situasi ini Bangsa Melayu terpaksa berkompromi dalam beberapa perkara terhadap kewujudan etnik lain dengan memberi kewarganegaraan dan kesamarataan sebagai warganegara ketika kemerdekaan Malaysia bermula, namun jenama "Bumiputra" yang hanya dimiliki oleh penduduk asal Tanah Melayu dan Borneo tidak termasuk etnik India dan Cina. Dalam hal inilah yang dikatakan etnik India dan Cina mempunyai sebab membenci Bangsa Melayu.

Situasi inilah juga yang berlaku kepada Bangsa Sulug ketika bermula kerajaan Srivijaya sehingga di zaman Islam pada awal abad ke-14 yang kemudiannya di mana era Kesultanan Sulu bermula. Kedatangan Portugis ke Melaka yang dibantu oleh pelaut Sulug sendiri (generasi pelayar Sulug yang tinggal di Portugal-Spanyol, menurut maklumat sejarah dari Russia, Sulu pernah menjatuhkan ekonomi Russia pada abad 14-15, menunjukkan Sulug memang berulang alik ke Laut Meditranian) kemudian Sulug turut membantu Portugis meneroka Asia Tenggara (buat pemetaan) sehingga ke kepulauan Sulu dan kerajaan kayangan China. Kemudian kembali ke Melaka dan memeranginya dengan bantuan Sulug sendiri pada 1511.

Enam buah kampung SOLOK di sekitar Bandaraya Melaka yang masih wujud hari ini.


Lima buah kampung SOLOK lagi di sekitar Masjid Tanah, Melaka. Kampung Solok kesemuanya berjumlah 16 buah kampung sehingga masuk ke sempadan Negeri Sembilan. Ini tidak termasuk kampung Solok di Johor dan Pulau Pinang. Sebahagian kampung Solok hanya dinamakan mengikut nama Datu seperti di Arau Perlis yang diduduki oleh Datu Arau ketika dulu.


HUBUNGAN RAPAT PORTUGIS & SULUG DI MELAKA
Dalam catatan sejarah, Portugis dan Sulug memang berkawan rapat dan tidak pernah berperang secara ketenteraan.

  • "Kita sudah tahu sekarang bahawa Portugis tiba pertama kali di Mindanao dari Sepanyol yang mereka sebut Pulau Cengkeh. Satu kelompok Portugis dipimpin oleh Francisco Serrano yang menetap di sana selama tujuh tahun hingga lapan tahun sejak tahun 1512 Dan seorang Portugis, Tome Pires bercerita tentang orang-orang Luzon yang menetap di Melaka pada 1515 Dia berkata: "[The Luzones] hampir satu kesatuan, dan di Melaka, tidak ada pembahagian antara mereka ... Mereka telah pun membina banyak rumah dan kedai-kedai, mereka adalah orang yang berguna, mereka adalah pekerja keras ... Dalam minjam, dekat Melaka, harus ada lima ratus Luzoes, beberapa dari mereka orang penting ".The Portuguese Quest for Spices and Souls at Zaide wrote in the “Documentary Sources of Philippine History, Vol. 1, p.50

Sebutan Portugis terhadap Sulug ialah Luzoes atau Lucoes. Setelah kedatangan Spanyol dan berjaya merampas Kepulauan Sulu Utara maka mereka mula mengenali bahawa penguasa Sulu Utara sehingga ke Taiwan adalah para Datu Sulug dan Kesultanan Sulu. Setelah mengetahui orang-orang Sulug beragama Islam sebagaimana orang-orang Moro di Andalusia-Spanyol maka mereka pun turut menggelar Sulug dengan "Moro".


"...He said: “[The Luzones] are almost one people, and in Malacca, there is no division between them...[T]hey were already building many houses and shops. They are a useful people; they are hardworking...In Minjam, near Malacca, there must be five hundred Luzoes, some of them important men."


Sejarah kekalahan Melaka pada 1511 sebenarnya atas campur tangan para pedagang-pedagang Sulug sendiri yang sememangnya sudah lama menduduki Melaka sebelum kedatangan Portugis. Samada berlakunya perpecahan kepimpinan dikalangan pemimpin Sulug di Melaka ketika itu atau pun terdapat faktor-faktor lain hinggakan sebahagian Sulug memihak kepada Portugis untuk menentang Sultan Melaka tidaklah diketahui. Yang pasti Sulug sangat beroleh keberuntungan setelah penguasaan Portugis ke atas Melaka. Orang-orang Sulug yang menyokong Sultan Melaka juga bermati-matian membantu Sultan memerangi Portugis sebelum Melaka tumpas pada 1511.

Walau bagaimana pun Sultan Melaka yang tewas terpaksa menemui Sultan Sulu dan Brunei untuk memohon bantuan menghalau Portugis dari Negeri Melaka. Armada Sulug yang sudah tentu dibantu Kesultanan Brunei pun berangkat ke Melaka bersama Sultan dengan tujuan menghalau Portugis. Malangnya yang mempertahankan Portugis di Melaka ialah pahlawan-pahlawan Sulug sendiri yang sudah senang-lenang duduk di Melaka bersama Portugis. Hal ini sangat mengecewakan orang-orang Melayu dan Sulug sendiri ketika itu.

  • Ketika Portugis tiba di Asia Tenggara pada tahun 1500 M, mereka menyaksikan penglibatan aktif Luzon dalam urusan politik dan ekonomi dari mereka yang berusaha untuk menguasai lebuh raya ekonomi strategik ini. Misalnya, bekas SULTAN Melaka memutuskan untuk merebut kembali kota dari Portugis dengan armada kapal dari Luzon pada tahun 1525 AD.
"When the Portuguese arrived in Southeast Asia in 1500 AD, they witnessed LUZON's active involvement in the political and economic affairs of those who sought to take control of this economically strategic highway. For instance, the former SULTAN OF MALACCA decided to retake his city from the Portuguese with a fleet of ships from LUZON in 1525 AD".

  • Portugis tidak hanya menjadi saksi saja, tetapi juga mendapat manfaat langsung dari penglibatan Luzon. Banyak Lucoes, sebagai mana yang Portugis menyebut rakyat Luzon, memilih Melaka sebagai pangkalan operasi mereka kerana penting dan strategik. Ketika Portugis akhirnya mengambil Melaka tahun 1512 M, warga Lucoes berkhidmat dengan kedudukan penting dalam kerajaan di bekas kesultanan. Mereka juga pengeksport besar-besaran dan pemilik kapal yang secara teratur menghantar jung ke China, Brunei, Sumatera, Siam dan Sunda. Seorang pegawai Luzon dengan nama SURYA DIRAJA menghantar setiap tahun 175 tan lada ke China dan harus membayar Portugis 9000 cruzados emas untuk mempertahankan perkebunannya. Kapalnya menjadi sebahagian dari armada Portugis pertama yang belayar membuat lawatan rasmi ke empayar China pada tahun 1517 AD.
The Portuguese were not only witnesses but also direct beneficiaries of LUZON's involvement. Many Lucoes, as the Portuguese called the people of LUZON, chose MALACCA as their base of operations because of its strategic importance. When the Portuguese finally took the MALACCA in 1512 AD, the resident Lucoes held important government posts in the former sultanate. They were also large-scale exporters and ship owners that regularly sent junks to China, Brunei, Sumatra, Siam and Sunda. One LUZON official by the name of SURYA DIRAJA annually sent 175 tons of pepper to China and had to pay the Portuguese 9000 cruzados in gold to retain his plantation. His ships became part of the first Portuguese fleet that paid an official visit to the Chinese empire in 1517 AD.


KEKUATAN SULUG DI SELAT MELAKA DIHILANGKAN?
Dalam kajian kami menelusuri sejarah Sulug didapati jejak-jejak Sulug @ Suluk @ Solok diseluruh Nusantara telah dihilangkan dalam catatan-catatan Melayu. Kami berpandangan, penghilangan jejak Sulug ini bukannya dilakukan secara langsung oleh orang Melayu tetapi oleh para Kolonial British dan Belanda yang menguasai orang-orang Melayu ketika itu. Malah Spanyol juga turut sama menghilangkan identiti Sulug dengan bekerja keras menamakan Sulug dengan "Moro". Satu kemungkinan, orang Melayu sebelum kedatangan Kolonialis sangat tertekan dibawah naungan maritim Sulug yang menguasai lebuh raya perdagangan di sepanjang laluan India dan China. Menyebabkan orang Melayu memendam rasa dengan menunggu sokongan untuk menyingkirkan KEKUATAN dan TRADISI dagang Sulug disepanjang Selat Melaka.

Kedatangan Portugis dilihat tidak menguntungkan Melayu kerana masih berkolaborasi dengan Sulug malah menjadi pencatat utama kepada kekuatan Sulug pula sebagaimana yang kita boleh baca hari ini. Hanya setelah kedatangan Belanda dan Inggeris orang Melayu menarik nafas lega kerana penjajah tersebut bukan sahaja menguntungkan Melayu malah juga turut terancam dengan kekuatan Sulug lalu bertindak menghilang pengaruh dan kekuatan Sulug secara berdikit-dikit setelah itu. Kita akan lihat setelah masuk abad ke-18 sehingga 19 Belanda dan Inggeris telah berjaya mengekang dan seterusnya menghapuskan pengaruh dan kekuatan Sulug di sepanjang Selat Melaka.

Bangsa Sulug secara tradisi tidak berminat dengan pembinaan Empayar dan pembangunan sivilisasi di tempat sendiri. Mereka lebih suka belayar dan berdagang serta berseteru sesama sendiri. Kalau tempat dan usaha dagang mereka diganggu atau dihalang maka mereka akan berkerja keras malah bertumpah darah untuk dapatkan peluang perdagangan tersebut yang mereka anggap sebagai hak mereka. Sulug yang mengemudi kerajaan Srivijaya walau pun kelihatan bentuk pemerintahannya seperti empayar namun sekiranya diperhalusi ia bukanlah satu empayar secara hakiki. Antara sebab para pengkaji sejarah tidak menemui pusat sebenar pemerintahan Srivijaya adalah kerana seperti yang kami terangkan sebelum ini, Srivijaya berpusat di Kepulauan Sulu (Buansa dan Selurong-Manila) yang kedudukannya lebih dekat dengan China. Sulug hanya menjaga dua laluan utama perdagangan iaitu Selat Melaka dan laut di sekitar Kerajaan China samada Laut China Selatan atau Laut Sulu dan menumpukan kekuatan mereka di sini.

Penguasaan Sulug terhadap Selat Melaka tidak ditemui dalam catatan-catatan Melayu lama yang boleh dibaca hari ini menyebabkan orang-orang Melayu kehilangan "link" dengan orang-orang Sulug. Tetapi dalam catatan Portugis-Spanyol abad 15 hingga 16 berjaya mencatat kewujudan bangsa Penguasa Laut (Perdagangan & Ketenteraan) ini serta hubungan mereka dengan Raja-Raja yang menguasai daratan di sekitar Selat Melaka. Hubungan Raja-Raja Melayu, Burma, Thai dan Batak sangat bergantung kepada orang-orang Sulug untuk kelangsungan pemerintahan mereka. Setiap Raja sangat berbangga sekiranya negeri mereka dihuni oleh para pedagang-pedagang Sulug kerana dalam masa yang sama Sulug juga akan menjadi pelindung mereka sekiranya ada serangan dari kerajaan-kerajaan lain. Terdapat banyak catatan yang boleh dirujuk antaranya sebagaimana catatan Potugis-Spanyol ini,

  • Tahun 1529 M, Kesultanan Aceh di hujung utara Sumatera dikira sudah menjadi cukup kuat untuk mengawal Selat Melaka. Kapal-kapal Luzon merupakan sebahagian dari armada Aceh yang menyerang pusat penempatan disepanjang selat. Pada masa yang sama, askar Luzon merupakan sebahagian daripada tentera BATAK-Minangkabau menentang dan mengepung Atjeh atau ACEH.
In 1529 AD, the Sultanate of Atjeh on the northern tip of Sumatra became powerful enough to consider controlling the Straits of Malacca. LUZON ships formed part of the Atjehnese fleet that attacked key settlements along the straits. At the same time, LUZON warriors formed part of the opposing BATAK-MENANGKABAU army that besieged Atjeh or ACEH.

Bandar @ Kota Solok dan Kabupaten Solok serta nama tempat dalam istilah Solok seperti Padang (Parang) dan Pariaman (Parianan). Pada awalnya pahlawan Sulug bernama Panglima Elidji mengalahkan Raja Batak dalam pertandingan laga kerbau. Kemenangan Solok menyebabkan mereka mendapat wilayah dan tinggal dengan membina kota dan perkampungan di Sumatera Barat. Sebahagian Solok menjadi Minangkabau (menang tanduk kerbau) dan berasimilasi dengan Bangsa Batak sehingga melahirkan beberapa suku Batak lainnya. Dalam bahasa Batak CURI disebut "Takaw" manakala PENCURI disebut "Panakaw", sama dengan bahasa Sulug di kepulauan Sulu.


  • Di daratan, pahlawan Luzon membantu Raja Burma dalam penaklukannya terhadap SIAM pada tahun 1547 AD. Pada masa yang sama, pahlawan Luzon juga berjuang bersama tentera bergajah Raja THAILAND menghadapi tentera gajah Raja Burma dalam mempertahankan ibukota Siam di Ayuthaya.
On the mainland, LUZON warriors aided the BURMESE KING in his invasion of SIAM in 1547 AD. At the same time, LUZON warriors fought alongside the KING OF THAILAND and faced the same elephant army of the Burmese king in the defence of the Siamese capital at Ayuthaya.

Kekuatan Sulug ketika itu sangat terkenal sehingga menjadi harapan kepada Raja-Raja Asia Tenggara agar senantiasa mendapat bantuan Sulug. Dengan itu hubungan diplomatik harus dilakukan ketika mana khidmat bantuan Sulug sangat-sangat diperlukan. Sesetengah Raja luar tidak mengetahui perkembangan semasa tanah asal orang-orang Sulug hinggakan seorang Raja Kemboja pada 1591 telah tersalah kirim hadiah ke Manila kerana masih menganggap Raja Luzoes @ Lucoes masih menguasai Selurong (Manila) ketika itu sedangkan ia sudah ditawan dan diambil alih oleh Spanyol. Spanyol terpaksa mengembalikan hadiah tersebut ke Kemboja.

  • Pada tahun 1591 Masihi, Raja Kemboja Phra Unkar Langara menghantar hadiah dua ekor gajah dari kerajaannya serta permata dan kuda kepada Raja Luzon untuk permohonan membantunya dalam peperangan melawan SIAM.
In 1591 AD, the CAMBODIAN KING Phra Unkar Langara sent a gift of two royal elephants, gems and horses to the lords of LUZON to petition them to aid him in the war against SIAM.

Walhal, pusat kerajaan Sulug sebenarnya berada di Buansa (Jolo) di Kepulauan Sulu bukannya di Selurong. Ini kerana, sekiranya ia benar-benar pusat Sulug sudah tentu Kesultanan Sulu mendirikan kerajaan di sana dan mempertahankannya habis-habisan. Sebagai contoh, Buansa di pulau Jolo yang disebut sebagai "Lupa' Sug" yang bermaksud Tanah Sulug oleh orang Sulug dan mereka pertahankan berabad-abad lamanya tidak pernah ditakluk oleh Spanyol walau pun dengan segala kekuatan menyerang dan memusnahkannya, namun Sulug tetap berdiri dan berkuasa sehingga kedatangan Amerika Syarikat pada penghujung abad ke-19.


GELARAN LUZON & LEMAHNYA KEKUATAN SULUG DI SELURONG (MANILA)
Selurong atau Manila berjaya dikuasai oleh Spanyol kerana yang memerintah Selurong ketika itu hanyalah para Datu dan Raja-raja Sulug bersama keluarga dari Brunei. Sulug dan Brunei baru peringkat awal mengislamkan orang-orang gunung Selurong dan suku-suku kaum pagan yang kebanyakannya masih menganut animisma. Hal ini telah disebut oleh Cesar Adib Majul dalam bukunya Muslim in the Philippines yang merujuk kepada catatan-catatan Spanyol bahawa Islam di Manila begitu lemah dan tidak terorganisasi sebagaimana Sulu dan Brunei. Ini menjadi satu bukti bahawa kekuatan Sulug berada di Kepulauan Sulu bukannya di Selurong-Manila.

Penggelaran Luzon kepada Sulug oleh Portugis dan Spanyol hanyalah berdasarkan lidah para pedagang China yang memanggil Sulug dengan Lu-Sung yang disebut terbalik dari kata Sung-Lu @ Sug-Lu (Lidah China tidak pandai menyebut SUG kecuali SUNG). Kata "Lu" bermaksud "Orang" dan "Sug" ialah Sulug sedangkan kata SULUG disebut SUG sahaja oleh orang Sulug sendiri kerana kebiasaan pada lidah mereka menghilangkan "L", maka ia disebut "Orang Sug" atau dalam bahasa Sulug ialah "Tau Sug".

Kekuatan maritim Sulug di Selurong sebenarnya tidaklah seperti yang berlaku di Selat Melaka dan Kepulauan Sulu. Keterlewatan Sulug dan Brunei mengislamkan keseluruhan masyarakat asli Selurong menyebabkan ia menjadi pelabuhan yang hanya dihuni oleh puak-puak asli tanpa pendirian jelas terhadap pemerintah. Sebeb itu setelah kedatangan Miguel Lopez De Legazpi bersama armada Spanyol pada pertengahan abad ke-16 mereka mudah di adu domba dan ditakluki. Permainan politik Spanyol peringkat awal ialah memperlagakan Datu Lakandula dan Raja Sulaiman sehingga membawa kepada "Perang Sabil" Raja Sulaiman menentang Spanyol. Sama dengan apa yang dilakukan Ferdinand Magellan di Pulau Sug-bu atau Cebu hari ini (Sulug-bu @ Sugbu bermaksud alunan ombak pada arus laut) yang menyokong Raja Humabon yang sudah dikristiankan untuk menjadi raja yang menguasai keseluruhan pulau sekitar sehingga membawa kepada penentangan Raja Maktan iaitu Calipulaku @ Lapu Lapu.

(Calipulaku kemungkinan diambil dari nama "Salip Pula Ku", Salip adalah salah sebutan Sulug pada nama Sharif manakala Pula bermaksud merah "Sharif si merah ku" seolah-olah satu gelaran dari orang yang mengasihinya. Sesetengah catatan ditulis Caliph Pulaku menunjukkan Caliph @ Khalif dari bahasa Arab yang bermaksud pemimpin. Setengah catatan pula di tulis "Cali Pulaku" yang kemungkinannya sebutan Cali merujuk kepada Qadi yang pada lidah Sulug disebut Kari yang kemudian menjadi Kali kerana biasanya "R" berbunyi "L". Kali dalam bahasa Sulug bermaksud "yang tahu hukum-hakam Islam" yang kadang-kadang disebut MU-KALI).

Raja Lapu lapu sedang menebas kepala tentera Spanyol dalam pertarungan mereka di tepi pantai Pulau Maktan pada bulan April 1521. Tentera Spanyol antara 6 hingga 7 kapal habis dibunuh oleh Lapu Lapu termasuk Ferdinand Magellan. Hanya satu kapal dan beberapa kelasi sahaja yang sempat melarikan diri dan selamat sampai ke Spanyol.

Dakwaan bahawa Kalipulaku @ Lapu Lapu adalah seorang pagan yang badannya di penuhi tatu sebagai mana yang didakwa oleh pengkaji sejarah Tagalog-Visaya amatlah meragukan kerana tiada bukti jelas untuk menyokong dakwaan tersebut. Penentangan Lapu Lapu sehingga membunuh Ferdinand Magellan di tepi pantai Maktan adalah kerana Lapu Lapu sebagai Sulug yang beragama Islam sangat menentang campur tangan bangsa asing terhadap wilayah dan agama anutannya. Nama sahaja sudah berbunyi Sharif atau Qadi yang sudah tentu tidak boleh menerima "Murtad" dan tukang murtadnya sekali. Ini menunjukkan Islam sudah pun bertapak di Cebu sebagaimana Selurong. Penganut Islam tidak begitu kuat, kalau pun ada yang menganut Islam ia hanya sekadar Islam pada nama apatah lagi pergaulan mereka dengan Dayak pagan yang terkenal dengan tatu, tuak dan pemeliharaan babi menyebabkan orang Islam sukar dibezakan dengan pagan.

Keberanian Sulug iaitu Raja Sulaiman di Selurong (Manila) dan Raja Lapu Lapu di Sug-bu (Cebu) menunjukkan kewujudan kekuatan maritim Sulug di kawasan kepulauan Sulu Utara. Kekalahan Sulug di sana pada tahun-tahun seterusnya di tangan Spanyol menunjukkan bahawa kekuatan Sulug yang utama bukanlah di sana yang sebenarnya hanya menjadi naungan dagang orang-orang Sulug beratus tahun sebelum kedatangan Spanyol. Kekurangan penganut Islam di Sulu Utara (Luzon-Visayas) menjadi faktor kepada kelangsungan Spanyol terus menguasai. Sekiranya orang-orang Sulug di Sulu Utara ramai yang diislamkan sudah tentu peperangan orang-orang tempatan Luzon-Visayas menentang Spanyol akan berterusan dan akan mengundang bantuan orang-orang Sulug dari Buansa-Jolo pula secara berterusan sebagaimana yang berlaku antara Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei yang saling bantu membantu.


SULU ZONE: MEMBONGKAR PUNCA KEJAHATAN SULUG
Pada abad ke-14 sehingga 16 laporan-laporan Portugis tentang kehadiran Sulug di sepanjang laluan dagang Selat Melaka ke China begitu positif yang dengan jelas menyatakan kekuatan Sulug. Campurtangan yang bukan sahaja berlaku terhadap aliran perdagangan malah terhadap geopolitik negeri-negeri beraja di sekitar Selat tidak terlepas dari penglibatan Sulug. Kewujudan perkampungan Sulug @ Solok di Sumatera Barat dan Semenanjung Tanah Melayu menjadi bukti kehadiran Sulug malah nama-nama negeri seperti Palembang, Padang, Jambi, Pariaman, Riau, Johor, Melaka, Kedah, Pahang rata-rata berasal dari bahasa Sulug.

Pada permulaan abad ke-18 sehingga 19 dominasi Sulug terhadap Selat Melaka menghadapi dilema dan kebuntuan disebabkan dominasi perdagangan Inggeris dan Belanda. Kebijaksanaan Inggeris dan Belanda yang bersahabat dengan Kesultanan Sulu pada peringkat awal menyebabkan Kesultanan Sulu terikat dengan beberapa perjanjian yang walau pun longgar kepatuhan Sultan Sulu terhadap perjanjian tersebut namun menjadikan kuasa ketenteraan Kesultanan Sulu begitu terhad. Operasi percukaian Kesultanan Sulu hanya tertumpu di sekitar Laut Sulu yang dinaunginya secara langsung. Keadaan Kesultanan Sulu begitu terhimpit yang berada di tengah-tengah kuasa perdagangan tiga kuasa dagang iaitu Belanda, Inggeris dan Spanyol. Keperitan hidup Sulug dan para Datu yang biasanya sangat bergantung dengan perdagangan merentas laut telah sampai ke kemuncaknya iaitu setelah Spanyol semakin menekan dengan serangan demi serangan ke atas Buansa-Jolo sehingga membantutkan aliran perdagangan mereka.

Serangan-serangan Spanyol pula adalah disebabkan desakan para Padri Jesuit yang sangat ghairah mengkristiankan orang-orang Sulug di Kepulauan Sulu kerana bagi Jesuit kejayaan mengkristiankan bangsa hebat seperti Sulug akan menjadikan bangsa Spanyol hebat dan terbilang. Desakan kedua datangnya dari rakyat Tagalog-Visaya Kristian yang sangat takutkan serangan-serangan mengejut para Mujahidin Sulug di tempat-tempat tertentu yang mudah dibolosi. Kebanyakan serangan Mujahidin datang dari arahan langsung Sultan Sulu yang juga didesak oleh para Datu dan Sharif samada atas tuntutan Jihad Agama atau pun sebab perdagangan para Datu yang terhalang.

Sulug telah mengganas di seluruh Nusantara dengan merompak kawasan-kawasan naungan Inggeris, Belanda dan Spanyol. Tanda A menunjukkan kebenaran analisis Raffles tentang punca Sulug menjadi perompak laut. Manakala B menunjukkan bahawa satu-satunya kuasa rompakan laut adalah datang dari Kesultanan Sulu.

Keadaan Sulug semakin terhimpit dan tertekan hinggakan para pekerja dan pelaut dagang para Datu Sulug beralih kerja menjadi nelayan dan petani. Kepada pekerja Sulug yang tidak mahir bertani dan nelayan telah mengubah taktik menjadi PEROMPAK LAUT. Permulaan abad ke-18 perompak laut semakin bercambah dan mula merebak sehingga ke Laut China Selatan dan Selat Melaka. Para pedagang Sulug yang senantiasa berulang alik ke Melaka dan Sumatera sudah mengalami kerugian yang mungkin disebabkan cukai tinggi dan dasar tertutup yang dikenakan oleh Belanda dan Inggeris. Orang-orang Sulug mula terancam dan berasakan bahawa punca segala malapetaka ini adalah disebabkan monopoli dagang oleh Inggeris, Belanda dan Spanyol di kawasan dagang mereka. Maka bermulalah era keganasan Sulug dimasa-masa akan datang di seluruh Nusantara. Rompakan demi rompakan yang bukan sahaja merampas harta emas dan permata malah manusia turut mereka angkut untuk dijual dan diniagakan sebagai barang "komoditi".

Maka bermulalah titik hitam Nusantara iaitu munculnya satu zaman hitam yang dicetuskan oleh Sulug yang hingga hari ini dikenali oleh dunia barat sebagai SULU ZONE.


MELAYU, BUGIS, VISAYA & ORANG LAUT JADI HAMBA SULUG?
Tajuk kecil ini bertanda soal kerana perhambaan Sulug benar-benar berlaku yang tidak dapat disorok sebagai mana yang telah tertulis dalam sejarah. Perhambaan Sulug terhadap bangsa-bangsa lain di Nusantara perlu dilihat sebagai manefistasi dari dasar-dasar penjajahan bangsa Eropah terhadap perdagangan sehingga memisahkan umat Islam Nusantara menjadi terbahagi-bahagi. Bagaimana perkara perhambaan ini terjadi? Dalam buku James Francis Warren dalam bukunya Sulu Zone pada muka surat 221 tertulis,

  • Kebanyakan banyaga (hamba) menetap di komuniti Datu Tahel di pedalaman Jolo adalah Bugis dan "Melayu". Komuniti (banyaga) yang lain telah diisi hampir seluruhnya oleh orang-orang Visaya. Keluasan penempatan sebenar tidaklah diketahui. Kampung Datu Tahel memiliki lebih dari seratus laki-laki banyaga penanaman jagung, padi, dan ubi manis. Kenyataan Pedro Antonio, Exp. 12, 4, October 1836, PNZ, Mindanao / Sulu 1830-1890.
Most banyaga settled in Datu Tahel’s community in the hinterland of Jolo were Buginese and “Malay”. Other communities were settled almost entirely by Visayans. The size of such settlement is not known. Datu Tahel’s village had more than a hundred male banyaga cultivating corn, rice, and sweet potaro. Statement of Pedro Antonio, Exp. 12, 4, Oct. 1836, PNZ, Mindanao/Sulu 1830-1890.

  • Pada tahun 1834, Brig Amerika, Margaret Oakley, ketika berada di pelabuhan Siassi: "Pada malam sebelumnya sentinel kami telah menemui sesuatu dalam air berhampiran buritan. Setelah memanggil tiga kali tanpa menerima balasan apapun, dia menembak senapangnya. Suara memanggil meminta bantuan. Kami menyelamatkan seorang Melayu telanjang, dengan keris di tangannya, dan ... dia berkata bahawa dia adalah seorang hamba, ... dia meminta kami untuk melindunginya dan membawanya ke negara di mana dia telah dicolek. Mujurlah, dia tidak terluka. Kami tidak tahu apakah perlu percaya dengan ceritanya atau tidak, tapi setengah dari kami mengagak bahawa dia telah berenang bertujuan mencuri bot kami, jika kami melakukan sesuatu kepadanya mungkin diri kami dalam kesulitan ... Kami beri dia sesuatu untuk dimakan dan minum lalu menempatkan dia di perahu dan mendayung berhampiran pantai di mana kami menyuruhnya untuk melompat ke laut. Dia melakukannya dan berenang ke tepi pantai. "
Dalam sejarah Nusantara tidak pernah wujud Malayu Zone atau Jawa Zone mahu pun China Zone tetapi Sulu Zone pernah wujud. Sebenarnya Sulu Zone bukan hanya pada abad ke-18 malah sudah lama bermula sejak zaman kerajaan Funan dan Srivijaya lagi. Hati besi yang dimiliki Sulug menyebabkan Kesultanan Sulu tidak pernah mengalami kekalahan secara hakiki dari mana-mana kuasa Penjajah. Kelangsungan kekuasaan Sulug terbukti dengan sistem perhambaan mereka yang masih berterusan sehingga abad ke-20.


  • Pieters menyatakan: "... Saya telah terikat selama lapan belas hari dan malam ketika kami sampai di Pulau Bangka, Likupang. Para tawanan yang seramai seratus orang jumlahnya berkongsi dengan para perompak laut di dalam sepuluh buah perahu. Di antara tebusan ini ialah orang asli Ternate, Tidore, Bouton, Banggai, Sangir, Makassar, dan Gorontalo." Pieters adalah tawanan berbangsa Eropah yang dicolek oleh Balangingi.
Pieters stated: "...I had been bound for eighteen days and nights when we reached the island of Bangka. Off Likupang, the captives who were on board the ten prahus and who amounted to one hundred in number, were divided amongst the pirates. Amongst these captives were natives of Ternate, Tidore, Bouton, Banggai, Sangir, Makassar, and Gorontalo."

  • "Demikian pula, dari 26 tawanan rakyat Belanda yang melarikan diri ke Menado dengan perahu layar kecil antara 1845 dan 1849, 17 telah ditawan selama kurang daripada tiga tahun ... Sistem Taosug itu seperti kuasa pemerasan yang sukar untuk menerapkannya, dan dari satu sampai dua ratus orang banyaga yang geram di bawah penindasan mereka melarikan diri setiap tahun dengan menaiki kapal asing di Jolo, samada ke bahagian Jolo atau beberapa pulau lain yang berdekatan, atau ke Zamboanga dan Menado " ms. 231-232.
Dari penjelasan kami di atas yang dipetik dari buku The Sulu Zone menunjukkan bahawa Bangsa Sulug adalah satu-satunya bangsa yang bukan sahaja berkerja keras berdagang dan dengan keras melawan pesaing atau penghalang perdagangan mereka, malah kemampuan mereka merompak dan memperhambakan bangsa-bangsa lain selama hampir dua ratus tahun telah menjadi identiti Sulug sehingga hari ini. Ternyata bukan sahaja Melayu, Thailand, Bugis, Visaya dan Batavia malah termasuk beratus-ratus warga kulit putih Spanyol dan Belanda telah berjaya dijadikan hamba abdi oleh Sulug.


SULUG JAUH LEBIH PINCANG BERBANDING MELAYU
James F Warren telah menelusuri segala-galanya tentang sejarah Sulug. Satu-satunya Professor yang arif dengan sejarah Asia Tenggara yang dapat menyebut dengan tepat nama "Taosug" dan membezakannya dengan gelaran Moro tidak seperti yang dilakukan oleh Spanyol dan orang-orang Filipina. Walau pun segala kejahatan Sulug telah beliau dedah tanpa berselindung namun beliau turut menyatakan sesetengah kebaikan Sulug dalam beberapa perkara. Sulug akhirnya sehingga hari ini telah "dihilangkan" dalam peta dan kalau boleh dihilangkan sama sekali dalam lipatan sejarah. Allah swt Maha Kaya, sesungguhnya kejahatan Sulug itu ada hikmah yang orang Melayu dan Sulug sendiri perlu merungkainya.

Mungkin orang Melayu begitu sangat berdendam dengan Sulug kerana bukan setakat orang-orang Kalimantan dan Jawa yang mereka berjaya colek jadi hamba malah Melayu Patani, Kelantan dan Terengganu adalah pihak yang paling ramai di colek. Kalau Datu Tahil sahaja punya lebih seratus hamba yang majoritinya Melayu bagaimana dengan Datu-Datu yang lain? Maka tidak hairanlah istilah-istilah bahasa Melayu begitu banyak dalam perbendaharaan kata Sulug sehingga hari ini. Walau pun beratus-ratus hamba berjaya melarikan diri namun beribu lagi masih tertinggal di Sulu yang kemudian setelah beberapa generasi telah berasimilasi dengan Sulug. Anak-anak mereka sudah menjadi Sulug atau Tausug hingga ke hari ini.

Hari ini, Tuhan telah menghukum Sulug dengan kehilangan negara dan bangsanya. Di Filipina, orang-orang Sulug sendiri telah menukar nama bangsa mereka kepada Bangsa Moro dan sudah gembiran menjadi Bangsa Filipino yang pernah mereka jadikan hamba ketika dulu. Identiti dan budaya mereka semakin hilang dan bahasa mereka (Bahasa Sulug) semakin tercemar kerana sudah tidak ditutur lagi dengan betul. Bangsa yang dijadikan hamba oleh Sulug seperti Melayu, Bugis dan Visaya jauh lebih maju dan mampu mentadbir negara sendiri berbanding Sulug yang tertindas, berperang sesama sendiri, berebut-rebut jadi Sultan Sulu sekali pun tiada hak dan kemampuan, dayus dengan sanggup diperalat orang kafir dalam politik. Ternyata, pincangnya Melayu, Sulug lebih teruk lagi kepincangannya.

Hanya tinggal satu jalan yang dapat kembalikan Sulug ke asalnya iaitu kembali kepada Islam. Bersatu dengan Melayu, Bugis dan bangsa-bangsa lain dengan mengadakan program integrasi budaya atas nama Islam. Melibatkan diri dengan persatuan kebudayaan dan menulis bahasa Sulug untuk di"Standard"kan sebagaimana bahasa Melayu. Mengadakan forum dan simposium Budaya Sulug dengan menjemput para pemimpin dan ulamak Sulug. Kerana sejarah Sulug menyatakan, hanya ulamak yang dapat menyatukan orang-orang Sulug dan seterusnya menjadikan Sulug lebih berakhlak untuk meneraju kebangkitan Islam akhir zaman dari sebelah timur.

Tajuk akan datang:
BHG 3: JANJI TUHAN TERHADAP TOIFAH BERHATI BESI