SIAPA DATU ALBI AHMAD JULKARNAIN? (Edit Semula)

Siapa sebenarnya Datu Albi? Seorang sahabat bertanya ketika penulis bercerita berkenaan pertemuan pertama penulis dengan Datu Albi di rumah Atty. Meltino Jaujan Sibulan beberapa bulan yang lalu. Bila Datu Albi menyertai UTC dan mengapa beliau menyertai UTC?
Berikut penulis telah masukkan beberapa grafik yang boleh membantu,
SEBAGAI PENGERUSI PERSATUAN DATU DIRAJA SULU
Datu Albi begitu terkenal dimana-mana sahaja kerana kapasiti beliau sebagai ketua para Datu Diraja Sulu. Sehingga hari ini jawatan tersebut masih beliau sandang hinggakan setiap kali ada individu Datu Diraja Sulu yang mengangkat diri jadi Sultan, Datu Albi lah yang akan mereka jadikan sebagai Ketua Rumah Bichara (Counsil of Regents) yang membawa jawatan Perdana Menteri (PM). Berikut adalah surat perlantikan beliau sebagai PM oleh beberapa sultan di Sulu.






"PERANGAI" BEBERAPA SULTAN LAIN
Sultan Jamalaul Kiram III ini adalah abang kepada Sultan Esmail Kiram II bin Datu Punjungan yang memohon menjadi Sultan Sulu kepada Datu Albi,
"Attuk (maksudnya Datu Albi), Jamalul telah tipu kita. Bantulah saya pula jadi Sultan..."
Tetapi dilarang oleh Datu Albi sendiri dengan katanya,
"Abang anda (Jamalulkiram III) masih menjadi Sultan sedang anda sendiri adalah Raja Mudanya. Tunggulah Jamalul turun takhta barulah kamu boleh jadi Sultan pula..."
Sejak itu Esmail telah senyap tanpa khabar berita. Tiba-tiba menurut Datu Albi, Esmail telah dikhabarkan telah mengangkat diri jadi Sultan Sulu tanpa pengetahuan dan kehadirannya. Sehinggalah mereka bertemu pada suatu hari,
"Attuk, maaf saya tidak sempat beritahu atau menjemput Attuk ketika pertabalan saya jadi sultan tempohari..."
Mulai dari saat itu Datu Albi tidak mahu bertemu atau menyokong Esmail lagi sekali pun Esmail sudah mengangkat "diri" sendiri jadi sultan.

YM Datu Albi telah beritahu penulis sendiri dengan katanya,
"Saya malu dengan perlakuan sultan-sultan ini, selalu datang ke Sabah mengugut dan meminta wang pada kerajaan Malaysia atas "Pajakan Sabah". Saya katakan, jangankan negara yang mereka tidak jual malah tanah kubur tempat ayah mereka bersemadi pun sanggup mereka jual..."
Seorang lagi yang mengaku Sultan Sulu ialah Sultan Roodinood bin Julaspi Kiram. Menurut Datu Albi, Roodinood adalah seorang manusia yang "mendukacitakan" kerana menjaja nama "Sultan Sulu" ke merata dunia dengan imej buruk. Beliau pernah bertemu Roodinhood di Manila atas permintaan Roodinood sendiri disebuah hotel terkemuka. Datu Albi menyangkakan yang menelefonnya ialah Sultan Jamalul Kiram III rupa-rupanya Rodinood.
"Roodinood seorang manusia bijak dan licik dengan pakaian "Sultan Sulu". Ketika pertemuan kami yang mana itulah petemuan pertama dan terakhir buat saya, beliau meminta satu sijil perakuan dari Counsil of Royal Datus mengesahkan bahawa ayahnya (Julaspi Kiram) adalah anak kandung Sultan Jamalul Kiram II bin Sult. Muhammad Jamalul Alam, beliau sanggup membayar beribu dollar untuk itu tapi saya tidak bersetuju".
SURAT PERLETAKAN JAWATAN KEPADA FUAD
Berikut adalah surat perletakan jawatan Datu Albi kepada Sultan Muhammad Fuad Abdulla Kiram,


DATU ALBI MENYERTAI UNITED TAUSUG CITIZENS (UTC)
Pada akhirnya Datu Albi telah melepaskan jawatan PM dari semua individu Sultan yang penulis sebut di atas dan masuk menyertai United Tausug Citizens. Beliau pernah berkata pada penulis,
"Inilah yang menggembirakan saya, satu gerakan rakyat yang boleh mengubah Sulu 360' darjah, insyaAllah. Ketika dulu saya telah lakukan kerja keras dengan menghimpun para Datu Diraja Sulu dari semua penjuru dengan harapan dapat menemui jalan mengembalikan kemerdekaan Sulu tetapi gagal. Begitu juga harapan saya ketika bersetuju dilantik sebagai PM oleh Sultan-sultan tetapi tetap juga gagal. Kerana saya dapati Sultan-sultan yang telah mengangkat diri jadi Sultan tanpa rakyat itu tidak ubah seperti patung, langsung tiada gerakan atau daya untuk mentadbir. Jelasnya mereka kehilangan "manusia" yang perlu mereka tadbir. Saya gembira muncul UTC, inilah jalan yang tepat dan insyaAllah akan berjaya...!!"
TEGURAN UTC TERHADAP YM DATU ALBI
Ketika menyertai UTC YM Datu Albi pernah berpesan,
"Wahai anak-anak ku generasi muda UTC sekelian, kalianlah penentu bangsa ini. Saya sebagai orang tua mengharapkan bantuan dari anak-anak sekalian. Teguran dan saranan membina sangat saya alu-alukan. Kita semua dalam kesatuan ukhuwwah memerlukan kesefahaman untuk mengembalikan kemerdekaan Sulu Darul Islam yang kita cintai ini".
Teguran anak-anak UTC pada YM Datu Albi ialah,
- Hilangkan perkataan Philippines dalam percakapan dan dalam tulisan rasmi kerana Sulu bukannya Philippines.
- Buang perkataan "Bangsa Moro" terhadap bangsa ini adalah kerana "Bangsa Moro" adalah konteks Sepanyol dan Amerika Syarikat. Rakyat Sulu adalah Tausug bukannya Moro.
- Hilangkan perkataan "North Borneo" atau Sabah selepas perkataan Sultanate of Sulu dalam tulisan atau perkataan kerana "Sultanate of Sulu" sendiri sudah mencakupi semua wilayah naungannya. Adalah menjadi kebiasaan individu yang mengangkat diri sendiri jadi sultan dengan gelaran SULTANATE OF SULU & NORTH BORNEO sepatutnya "& North Borneo" itu tidak perlu disebut.
Dengan teguran ini YM Datu Albi dengan senang hati tersenyum sehingga ketawa sambil berkata,
"Kamu semua memang benar, itulah kesilapan saya selama ini. Terima kasih kerana membetulkannya".
Beliau menambah dengan pujian, "Saya tidak pernah berjuang bersama anak-anak muda seperti kalian yang berjiwa besar dan mempunyai banyak kemahiran untuk digunakan dalam gerakan seperti ini. Tanpa bantuan kewangan dari mana-mana pihak tetapi kalian sanggup melakukannya kerana bangsa, negara dan agama tercinta ini" kata beliau tanpa menyedari air matanya bergenang tanda kegembiraan.
ASREESULU
|
ceritakan lebih lanjut cerita mengenai raja kiram dan konco2nya menyerang sabah baru2 ini?