Bhg 1: KEAGUNGAN SEJARAH MELAYU & KEPINCANGANNYA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, February 1, 2011 6 ulasan

KEAGUNGAN BAHASA & BANGSA MELAYU
Di Asia Tenggara hari ini atau yang kita panggil Nusantara, bangsa yang bahasanya paling berjaya mendapat tempat ialah bangsa yang menutur Bahasa Malayu @ Melayu. Ini kerana selama dua milenium (dua ribu tahun) bahasa ini berkembang seiring dengan perkembangan Hindu-Buddha dan Islam, menjadikan Bahasa Melayu begitu berjaya sebagai alat penyampai atau perantara antara bangsa-bangsa yang menutur pelbagai bahasa dan dialek di seluruh Asia Tenggara. Bahasa Melayu begitu sangat penting pada ketika itu kerana sifatnya yang mudah dipelajari dan mudah pula menerima pengaruh bahasa luar.

Sifatnya yang sederhana dan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat serta mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. Bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit yang kemudian dikenal pasti menjadi menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

  • Pengaruh agama Hindu.
  • Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
  • Sifat Bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.

Kegemilangan Bahasa Melayu mula dikesan dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya, sebagai lingua-franca dan bahasa rasmi pentadbiran kerajaan ketika itu. Penutur utamanya berada di sekitar Semenanjung Tanah Melayu-Siam, Kepulauan Riau dan Sumatera pada awalnya dan setelah kedatangan Islam ia terus berkembang sehingga ke Kepulauan Sulu kemudiannya.

Kedatangan Islam menjadikan tulisan Sanskrit mula ditinggalkan dan diganti oleh tulisan Arab pula. Budaya keilmuan, akhlak dan budaya Hindu-Buddha yang sudah dikira cukup baik sebelum ini menjadikan orang Melayu semakin bertambah baik dan berakhlak mulia dengan kedatangan Islam. Candi-candi dan kuil yang banyak dibena sebelum ini bertukar kepada sekolah-sekolah pondok dan masjid-masjid sehingga banyak menghasilkan ulamak dan cendekiawan Melayu menyebabkan Bahasa Melayu semakin berkembang penggunaannya di seluruh Asia Tenggara.


KEPINCANGAN BANGSA MELAYU
Para pengkaji sejarah Melayu hari ini telah mula menyedari kepincangan susun atur, penerimaan dan penyampaian sejarah semasa menyebabkan mereka terpaksa menyelongkar candi-candi dan prasasti purba semata-mata mahu mencari identiti dan jati diri Bangsa Melayu. Segala data dikumpul dan dianalisis sehingga menemukan apa yang dipanggil "Altar-Altar Terahsia" yang pada mereka telah berjaya menemui "Siapa Melayu Yang Sebenarnya". Penemuan demi penemuan, catatan demi catatan sehingga sebahagian dari penemuan para pengkaji ini dapat dimanfaatkan oleh para pengkaji yang lain pula.

Kami yang juga sebagai pengkaji sejarah, yang walau pun secara khusus mengkaji sejarah Sulug namun sejarah Melayu adalah sebahagian dari kajian wajib kami. Kerana nama MALAYU begitu terkenal malah pada lidah Sulug sendiri MALAYU begitu hebat hinggakan tanpa kewujudan MELAYU Sulug tidak akan menjadi seperti Sulug yang dikenali hari ini. Malangnya Sulug begitu asing buat Bangsa MALAYU hinggakan nama-nama pahlawan Sulug yang pernah membantu Tanah MALAYU sendiri tidak tertulis dan dilupakan. Bagi kami, Bahasa Sulug sangat penting dikaji dan ditelusuri oleh para pengkaji MALAYU tanpa prejudis kerana sehingga hari ini ERTI dan MAKSUD sebenar nama MALAYU @ MELAYU itu masih gagal ditemui. Para pengkaji "Altar-Altar Terahsia MELAYU" hingga hari ini, sekali pun dapat membongkar timbunan prasasti purba dan pelbagai data namun masih tertanya-tanya apa maksud sebenar nama MALAYU? Pada akhirnya nama Melayu itu sendiri masih rahsia yang masih tersimpan dalam "Altar" (pengertian dan maksud Malayu telah kami terangkan pada posting yang lepas).

Inilah kepincangan yang melanda Melayu yang kehilangan punca. Dengan mengklasifikasikan bahasa Melayu lama yang ditulis dalam tulisan Sanskrit yang juga bernada Sanskrit itu sebagai BAHASA MELAYU PURBA (bahasa kitab kuning dipanggil Bahasa Klasik dan bahasa Melayu hari ini sebagai bahasa moden) maka apa pula istilah bahasa Melayu sebelum muncul Bahasa Melayu Purba? Ini memerlukan kerja keras secara bersepadu mengkaji dari mana asal bahasa itu diambil. Kajian linguistik bukan sahaja pada Sistem Numeral (angka) tetapi perlu mengkaji adat budaya, sifat dan sikap sesuatu bangsa. Sebagai contoh Prof. Nik Safiah Karim walau pun beliau seorang Melayu Kelantan namun telah berjaya menyenaraikan bahasa dan pengucapan Bahasa Sulug dengan tepat malah lebih tepat berbanding sebutan Sulug sendiri. Jurnal linguistik beliau telah berjaya membuka minda dan menambah pengetahuan kami terhadap bahasa Sulug tidak lama dulu.

Maka sejak itu kami mula mengetahui bahawa kebanyakan akar bahasa Melayu berasal dari lidah Sulug (Bahasa keseluruhan Filipina-Taiwan sehingga Borneo dan Sulawesi). Antara perkataan yang berasal dari bahasa Sulug yang sempat kami senaraikan ialah,

  • Bera-pa (Berapa), dalam bahasa Bugis Luwu' disebut "Pera", bahasa Sulug pula menyebut "Pila". Manakala Tagalog menyebut PERA sebagai hitungan wang atau langsung dimaknakan sebagai wang.
Dalam bahasa Sulug biasanya menyebut PILA-PA yang bermaksud "berapa lagi". Kata dasarnya ialah Pera atau Pila sedangkan dalam bahasa Melayu hanya menggunakan sebutan Sulug iaitu Pilapa @ BERAPA. Sebutan Sulug klasik sebenarnya ialah Pira-pa (tanpa bunyi E pepet).

  • Sembahyang, dalam bahasa asalnya ialah Sumba-ha-Yang dalam bahasa Sulug bermaksud "Sembah-lah-Tuhan" atau menyembah Tuhan. Dalam bahasa Sulug "ha" bermaksud suruhan atau tempat dan arah manakala "Yang" adalah sebutan klasik Sulug bagi Tuhan. Hari ini "Yang" hanya disebut sebagai Hayang yang membawa makna senang-lenang (Ma-Hayang, salah satu sifat Tuhan ialah Maha Berkuasa yakni Raja segala Raja yang senang lenang). Bahasa Bugis & Tagalog-Visaya juga turut menyebut sembah dengan "Sumbah".
  • Laut, kata asalnya ialah LAUD kerana kebiasaan lidah Melayu meminjam bahasa tetapi gagal membunyikan huruf "D" manjadi "T". Sama dengan sebutan SULUG ia akan jadi Suluk atau Solok pada sebutan Melayu.
Berkenaan dengan laut, Sulug lebih banyak istilah yang digunakan iaitu Laud (lautan), Tawid (laut dalam), Timbang (lautan tersangat dalam), Dagat (air masin), menunjukkan penguasaan laut mereka.

  • Ma-Lam (malam), sebutan asalnya ialah Ma-Dum dan kata dasarnya ialah Dum sedangkan Ma adalah imbuhan. Ma-Dum bermaksud "akan masuk waktu malam" yang kadang-kadang disebut Ma-Rum dan kebiasaan lidah Sulug "R" menjadi "L" maka sebutannya berubah jadi Ma-Lum. Kemudian disebut Ma-Lem (E pepet) oleh lidah Sulug Lucoes @ Taguimaha yang pernah menduduki Melaka-Johor-Riau yang pada akhirnya menjadi Ma-Lam hingg hari ini.
  • Hari, sebutan asalnya dalam bahasa Sulug ialah Adaw (sebutan Sulug Buranun Addaw @ Adlaw) yang kemudian disebut oleh Tagalog-Visaya dengan "Araw", kebiasaan sebutan "R" menjadi "L" maka akan berbunyi "Alau". Alau @ Allau adalah sebutan pada lidah Bugis dan Orang Laut. Arau @ Haru adalah sebutan pada lidah Mesir Purba. Hari ini di sempadan Kedah dan Perlis terdapat nama daerah yang dinamakan ARAU yang sebenarnya dianamakan berdasarkan nama Datu Arau yang pernah duduk di situ. Datu Arau adalah Sulug menurut keturunannya yang masih duduk di sekitar Arau. Di pintu masuk kawasan kampung Datu Arau terdapat gerbang batu bertulis "Sung kamu manga taimanghud" (Dipersilakan wahai saudara-saudara ku).
  • Jalan, sebutan asalnya bahasa Sulug klasik ialah Dalan kemudian dalam bahasa Sulug moden "L" dibuang secara kebiasaan menjadi "Dan" sahaja. Da'an pula sebutan Tagalog manakala Visaya kekal menyebut Dalan. Dalan disebut Jalan sebenarnya lebih kepada lidah Bugis kerana kebiasaan lidah Bugis menyebut "D" menjadi "J". Contohnya "Dulu" pada lidah Bugis ialah "Julu @ Jolo". Sulug menyebut Duhul @ Dohor (bermaksud hujung) pada lidah Bugis berubah menjadi "Juhur @ Johor" pula.
  • Cabul, sebutan Sulug juga sama hanya "C" menjadi "S" iaitu Sabul. Perbezaannya hanyalah pada interpretasi. Pengertian dalam Bahasa Melayu cabul lebih kepada salah laku sexual sedangkan dalam bahasa Sulug bermaksud kotor dan jijik merangkumi semua samada pengotor atau "penggatal" sexual.
Berkenaan kata "Cabul" seorang cendekiawan Bani Israel Yunani bernama Josephus Flavius pada abad pertama selepas Masihi yang menulis sejarah Bani Israel didalam Antiquity of the Jews beliau menjelaskan bahawa Raja Orang Laut Phoenisia Meditranian yang bernama Raja Hiram @ Huram dari Kota Tyre telah menolak beberapa kota pemberian Raja Sulaiman a.s.. Beliau menolak pemberian tersebut dengan alasan bahawa kota tersebut adalah kota "Cabul" yang bermaksud kotor dan jijik. Interpretasi Raja Hiram dengan interpretasi Sulug adalah sama.

  • Tuah, tuwa atau tuah dalam bahasa Sulug bermaksud "tinggalan" (kapin-kapin) sebagai contoh seseorang yang sedang makan kemudian beliau berhenti makan sedangkan nasinya masih bersisa. Maka sisa tersebut disebut TUAH. Atau pun ketika dalam peperangan hanya seorang yang terselamat atau tertinggal maka orang tersebut disebut "Tuah".
Kelihatan para penyokong pahlawan Tuwa sedang berkumpul bersedia berperang dengan Tentera Amerika walau pun mereka hanya bersenjatakan Barung, Sundang dan tombak sahaja. Nama Tuah @ Tuwa ketika dulu tidak asing bagi Sulug.


Hang Tuah bagi tradisi lisan Sulug adalah berketurunan dari Kepulauan Sulu kerana pada abad ke-14 para pahlawan Melaka diketuai oleh para pahlawan Sulug Locoes (Lugus) @ Taguimaha. Hingga hari ini pun negeri Melaka masih wujud 16 buah kampung Solok bermula dari bandar Melaka sehingga negeri Sembilan (sila rujuk Google map, cari "Solok").

Berkenaan sejarah
Hang Tuah mengapa ia dikatakan bukan setakat seorang yang dinamakan Tuah dalam sejarah Melayu sebenarnya memang pun bukan hanya seorang pahlawan yang pergi berperang kemudian tertinggal seorang sedangkan yang lain sudah mati. Pengkaji Melayu gagal menemui pertalian Sejarah Melayu dengan Sulug dan Sulug pernah membela mereka bermati-matian. Melayu gagal menemui bahawa perkataan HANG sebenarnya hanya disebut pada lidah Sulug sebagai kata nisbah (Hang Dupa, Hang Gatus, Hang ka tau, Hang Tuah, dll). Melayu gagal menemukan bahawa yang memberi nama MALAYU pada Melayu hari ini ialah orang-orang Sulug yang pernah menjaga Laut Selat Melaka bersama orang Laut mereka.

Dalam bahasa Sulug MALAYU' bermaksud "Berjauh" salah sebut akan jadi "Bajau" kerana Bangsa Melayu hari ini asal-usulnya tidak lari dari Orang Laut Bajau. Bermula sejarahnya di laut dan akhirnya akan menemukan jati diri anda sebagai Melayu di laut jua. Orang Laut adalah Sulug yang tinggal di kepulauan dan menutur bahasa kepulauan sebab itu semua rumpun kepulauan disebut Austronesia oleh barat (Austris bermaksud kepulauan di selatan).
  1. Bangsa Suluk jika mahu kembali ke zaman kehebatan silam... hendaklah kembali kepada Islam, lahirkan golongan ulama' dan cendekiawan, barulah bangsa Suluk dapat berdiri sendiri, kalau menumpang 1Malaysia... kemudian namakan Suluk 1Malaysia pula... tak akan ke mana... 1Malaysia dah ditolak oleh sebahagian besar rakyat Malaysia sendiri.

  1. Ya, anda memang benar, saya setuju. Itulah yang kami lakukan tetapi kadang-kadang perlu menjaga air muka sahabat2 kita yang bergiat dalam kerajaan Malaysia. Sebenarnya Melayu sendiri tidak suka dengan 1 Malaysia. Tetapi desakan politik dan kelangsungan tampuk pemerintahan yang didirikan atas tiang DEMOKRASI...maka 1 Malaysia adalah jalan terakhir. TQ atas pandangan saudara...

  1. kenapa dalam sejarah ketamadunan dunia di asia tenggara tak pernah langsung tercatat tausug?? bahasa tausug?? atau bangsa tausug, bangsu suluk?? hmmm,...-muskil dari mana datangnya tausug dalam sejarah melayu- hanya ingin kepastian..

  1. barat telah memadamkan sejarah tausug yang gemilang itu yang pasti,kembalilah ke syiar islam untuk kegemilangan sulu dan tausug,amen.

  1. Bila saya dapati perkataan2 itu tak jauh beza bahasa tausug ada bunyi melayu, dan banyak bunyi jawa...dan kalau kita tengok sejarah srivijaya pun pernah menakluki sebahagian nusantara...orang2 tanah jawa pun pernah duduki tanah melayu...tetapi itu dulu...dan di tanah melayu sekarang,bhasa jawa,banjar, melayu, minang,siam...adalah bahasa ibunda kami...dan saya sebagai melayu pun tau sejarah yang kami ini melayu laut...dan kerajaan malaysia juga menyuruh kami sendiri menjaga bahasa ibunda kami sendiri...apapun, sebagai saudara islam kami di sulu, kami disini mendoakan kesejahteraan orang sulu untuk memartabatkan agama islam...

Post a Comment