Sebuah Filem "Halaw" yang telah mendapat perhatian antarabangsa terhadap nasib Tausug (Suluk) di negeri Sabah, Malaysia.
Tausug yang baru datang ke Sabah atau yang selalu berulang-alik samada berniaga, melawat atau bekerja mencari sesuap nasi biasanya akan tinggal di rumah saudara mara mereka (warganegara Malaysia) selama berada di Sabah. Sebilangan besar Tausug tidak mempunyai PASS perjalanan yang sah menyebabkan mereka ditangkap oleh pihak keselamatan Malaysia.
Tausug di negeri Sabah dipanggil SULUK oleh orang-orang tempatan ini 100% masih mempunyai keluarga di kepulauan Sulu walau pun nenek moyang mereka beratus tahun sudah menetap di Negeri Sabah lama sebelum kemasukan negeri Sabah ke Persekutuan Malaysia 16 September 1963. Ini bermakna antara kepulauan Sulu dan negeri Sabah, mana yang lebih ramai Tausug tidaklah dapat dibezakan. Bagi Tausug Sulu dan Sabah adalah tempat mereka sekali pun berbeza pentadbiran dari segi Politik dan Nasionalisma. Sebab itu mengapa Tausug terlalu ramai yang menetap di negeri Sabah tanpa pass perjalanan SAH hingga mencecah jutaan jiwa.
Hakikatnya, tidak ada seorang pun SULUK warganegara Malaysia di negeri Sabah yang tidak mempunyai saudara mara di kepulauan Sulu, yang kemudiannya datang melawat mereka di negeri Sabah tanpa pass perjalanan sah. Satu keadaan atau suasana yang tidak mungkin TERHAPUS iaitu iakatan kekeluargaan TAUSUG. Maka, sebarang penangkapan oleh kerajaan Negeri Sabah keatas TAUSUG (yang datang dari kepulauan Sulu) sebenarnya telah dipandang "aniaya" oleh SULUK warga negara Malaysia.
MASA DEPAN POLITIK NEGERI SABAH DI TANGAN ORANG SULUK?
Baru-baru ini seorang sahabat dalam FB telah mengenengahkan isu Buku Jingga sambil mengajak anak-anak Suluk warganegara Malaysia bertindak membuat perubahan menukar BN ke PKR kerana menurutnya PKR mempunyai dasar prihatin terhadap kehadiran Suluk di negeri Sabah yang selama ini dipandang "sebelah" mata oleh kerajaan Barisan National (BN). Buku Jingga ini kemudiannya menjadi perbahasan hangat dalam online dikalangan para pengundi Suluk kerana kandungannya dalam para 3 begitu menonjol dan sangat-sangat membantu untuk menyelesaikan masalah saudara mara mereka yang tidak punya PASS PERJALANAN SAH. Berikut antara kandungan dalam Buku Jingga,
"100 HARI PARTI KEADILAN RAKYAT DI NEGERI SABAH: Dalam masa 100 hari pertama mengambil alih pentadbiran negeri Sabah. PKR akan berkerjasama dengan rakan politik didalam Pakatan Rakyat untuk melancarkan reformasi berikut untuk membela rakyat......
3. Menyempurnakan penubuhan sebuah Suruhanjaya diRaja bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin di Sabah dan menawarkan peluang menjadi penduduk tetap tanpa hak mengundi kepada pendatang tanpa izin dengan tujuan memutihkan senerai kerakyataan dan pengundi."
Apakah reaksi BN-UMNO terhadap Buku Jingga ini? Kalau PKR menawarkan penduduk tetap (IC Merah) apa pula yang ditawarkan oleh Barisan National?
Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang memegang Buku Jingga.
|
takut janji hanya tinggal janji..