Bahagian 1: BAGAIMANA MENYELESAIKAN KES PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, February 22, 2013 21 ulasan




Mufti Sultaniyah Sulu Darul Islam (SSDI) di Indonesia Datu Paduka Shar'ie Habib Rizieq Syihab (Ketua umum FPI) semalam berkata 
"Kita sangat mengagumi kepahlawanan Tausug, kita mengagumi keberanian Tausug diseluruh Asia Tenggara yang walau pun bilangan mereka sedikit namun sanggup melawan kumpulan yang besar jauh lebih canggih... tetapi tindakan sebilangan Tausug yang masuk ceroboh ke Sabah itu sangat tidak patut dan tidak sesuai pada tempatnya. Kita harap Tausug dapat menahan diri dari lakukan perkara tidak patut sebegini. Sepatutnya Tausug secara keseluruhan bersatupadu mengangkat kemerdekaan mereka sebagai bukan Filipino. Ini menjadi tanggungjawab kita umat Islam Nusantara mengiktiraf mereka sebagai bangsa merdeka di negara Sulu merdeka"
(perbualan penulis dengan Habib Rizieq malam tadi melalui telefon jam 11 pm, dengan bantuan saudara kami Tengku SHAHIR Al-Qadahi -21 Februari 2013).


MUFTI SULU DARUL ISLAM dari Indonesia.


Bahagian 1: BAGAIMANA MENYELESAIKAN KES PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu,

Insyaa Allah ada caranya. Sekiranya mereka mengaku sebagai pengikut Sultan Jamalul Kiram III atau Sultan Ismael Kiram II yang mengaku FILIPINO maka Malaysia boleh isytiharkan mereka bukan Sultan Sulu malah sebagai Filipino. Implikasinya ialah Malaysia harus bertanya Filipina samada itu adalah rakyat mereka. Kalau dia kata ya rakyat Filipina maka Malaysia boleh mengutuk Filipina sekiranya tidak bertanggungjawab terhadap kemasukan rakyatnya itu ke Sabah Malaysia. Ia dikira ceroboh dengan bawa senjata dan boleh dibunuh sebagai tindakan mandatori sekiranya enggan keluar malah enggan berunding.

Malangnya Filipina tak mengaku mereka itu sebagai Filipino dalam banyak kenyataan akhbar. Walhal sangat jelas Sultan Jamalul Kiram III itu dan adiknya Sultan Esmail Kiram II telah membuat kenyataan video sebagai rakyat Filipina yang mahukan bantuan Filipina merampas Sabah. Malaysia hanya perlukan pengisytiharan bahawa mereka yang masuk ke Lahad Datu itu adalah penceroboh Filipino yang mencabuli kedaulatannya dan seharusnya selepas itu Malaysia tidak boleh dipersalahkan sekiranya membuat tindakan menyerang.

Walau bagaimana pun kita melihat bahawa Malaysia lebih berkeyakinan tidak menyerang penceroboh Lahad Datu itu disebabkan dua perkara.


  • PERTAMA: Mereka bukan rakyat Filipina walau pun pemimpin mereka jelas Filipino. Dibimbangi mereka itu adalah benar bukan Filipino dan benar adalah rakyat KESULTANAN SULU. Malaysia agak ragu kerana ketidak pastiannya mengagak apakah tindakannya betul sekiranya menembak mati penceroboh itu yang mana mereka mengaatasnamakan Kesultanan Sulu? Apakah implikasi antarabangsa terhadap tindakan menembak itu? Mungkinkah Malaysia dituduh menembak rakyat Sultan Sulu yang mana nama Kesultanan Sulu itu terkait dengan kedaulatan SABAH? Maka Malaysia memilih berunding secara damai tanpa syarat meminta penceroboh keluar secara baik. Namun sampai bila? Sekiranya penceroboh terus bertahan?
  • KEDUA: Malaysia tak akan menembak disebabkan tanggungjawabnya sebagai pemerintah beragama Islam yang melarang membunuh sesama Islam. Walau pun alasan ini agak rapuh disebabkan pihak penceroboh itu jelas berniat melawan sanggup berbalas tembakan sekiranya permintaan mereka tidak dituruti, namu Malaysia harus memilih tidak menembak walaupun ugutan dah diberikan sejak awal kepada penceroboh.

Saya secara pribadi menyokong Malaysia untuk tidak menembak lebih dahulu. Pihak kami masih menyiasat siapakah dalang sebenar mereka ini selain Sultan Jamalul Kiram III. Dari pandangan lojik mereka ini memang Filipino yang mana kalau berjaya ditangkap oleh Malaysia maka sangat sesuai disumbat ke dalam Kurungan Rumah Merah. Bagi mereka peluang merasa penghinaan dalam rumah merah supaya mereka lebih faham erti PTI yang masuk secara haram. Saya mengira ramai dari kalangan penceroboh ini pernah mengalami pengalaman ngeri disumbat dalam kurungan Rumah Merah di Sabah.

Insyaa Allah selepas ini Malaysia akan dapat melihat semula kewajaran Rumah Merah itu diwujudkan. Tausug berharap tiada lagi PENJENAMAAN PTI HARAM terhadap Tausug yang menjadi rakyat Kesultanan Sulu. Saya optimis hal ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Amin ya Rabbal Alamin!!

Maka, bagaimana tindakan kita seterusnya? Banyak lagi jawapan berupa saranan yang akan menyusul selepas ini dari pihak kami Insyaa Allah.



Video ucapan Datu Ladjamura ketika perarakan beliau di Jolo Sulu tahun 2008. Ribuan Tausug bersamanya berarak memenuhi bandar Jolo ketika itu. Sekarang beliau dikenali sebagai Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II. Video ini khusus buat tatapan Tausug sahaja kerana tanpa translasi ke bahasa Melayu.



Video terindah dari Prof. Clemencio Bascar. Beliau buat video ini sebagai sokongannya kepada SSDI walau pun beliau adalah seorang Kristian.
  1. maknanya sultan kiram ni lebih rela Sabah dibawah kerajaan kristian filipina dari berada dibawah kerajaan Islam Malaysia...ataupun dia nak sebahagian sabah jadi negara bebas kesultanan sulu bukan dibawah filipina atau malaysia? pelik pulak sbb negeri sendiri pon masih dibawah filipina

    sebenarnya apa yg SSDI ni nak? nampak macam nak menyusahkan rakyat awam saja sultan ni

  1. Secara automatis terasa kita bersaudara rapat didalam rumpun melayu islam....ya anda bukan filipino..filipino adalah ciptaan dajjal sepanyol..teruskan perjuangan...akan kami bersedia denganpercantuman kita dimasa hadapan...

  1. group sultan kiram iii ni actually dh x de kena mengena dgn ssdi, tausug yg kt pulau sulu tu pon tolak dia.. kau kena paham the whole story

  1. Sampai bila nak di perajing kan ole malaysia kalau malaysia kuat pada agama malaysia tidak akan ketepikan orang islam tapi tenggo sendiri la malaysia takutkan kristian ?????? Nak masukan kristian dalam lokap pun takuttttt ??????

  1. Contoh perosak agama Islam. nak juga libatkan agama.semua pun libatkan agama. kutuk agama. Tak hairanlh kenapa perkataan islamofobia tercipta. itu disebabkan oleh extrimist agama seperti kamu.

  1. This comment has been removed by the author.
  1. Salam 1 dunia :') lahad dato start with war now I'm pray for peace war stair way to ruins :'(

  1. Assalamualaikum dari Malaysia.

    Pada pendapat saya, Sultan Basilan II atau wakil SSDI haruslah membuat kenyataan di media agar menceritakan kisah sebenar di sebalik Jamilul Kiram yang mengangkat dirinya menjadi sultan namun sebenarnya tidak. Ini untuk menjelaskan kredibilitinya, kerana sampai sekarang rakyat Malaysia yang kurang berpengetahuan menyangka Jamilul Kiram ialah Sultan Sulu seperti yang didakwa. Akibat ini, pendapat anggota keselamatan di Malaysia adalah "ambil langkah berhati-hati kerana mereka yang menceroboh ini kerabat diraja". Jika diikutkan post-post terdahulu di blog ini, 100 orang itu bukanlah kerabat diraja atau rakyat di bawah seorang Sultan bernama Jamilul Kiram

    Perkara yang sebenar hendaklah dijelaskan. The imposter must be revealed. Biarkan rakyat Malaysia tahu bahawa Jamilul Kiram tidak mewakili kesultanan Sulu, sebaliknya mewakili dirinya sendiri.

    - Sester, terengganu
    Malaysia

  1. sy quote point saudara disini mengenai "pencerobohan" : "KEDUA: Malaysia tak akan menembak disebabkan tanggungjawabnya sebagai pemerintah beragama Islam yang melarang membunuh sesama Islam. Walau pun alasan ini agak rapuh disebabkan pihak penceroboh itu jelas berniat melawan sanggup berbalas tembakan sekiranya permintaan mereka tidak dituruti, namu Malaysia harus memilih tidak menembak walaupun ugutan dah diberikan sejak awal kepada penceroboh."

    dalam salah satu kitab karangan Sheikh Muhammad Ismail Daud al-Fathani Matla al-Badra'in ada mnyebutkan pihak yg menceroboh sama ada islam atau kafir yg menceroboh thadap tubuh badan, harta benda, rumah, dusun atau negeri boleh diambil tindakan mengikut tertib sperti ditakutkan, dipukul dgn tongkat, dicederakan atau tindakan terakhir diperangi atau dibunuh.

    sekiranya penceroboh itu adlh org islam maka pihak yg diceroboh mst mengikut tertib utk mlakukan tindak balas, tetapi jika ketika waktu mangsa diceboroh itu tidak ada tongkat atau kayu dan yg ada hanya pedang ditangannya dan dgn hanya pedang tersebut shj yg mampu menjauhkan mangsa dr mudarat, maka mangsa tidak wajib mengikut tertib.

    tetapi jika penceroboh itu adalah kafir harbi maka org yg diceroboh itu boleh shj terus memerangi atau membunuhnya, krn mrk adlh kafir harbi yg smemangnya memerangi org islam dan wilayah islam dn niat mrk menceroboh sememangnya utk mendatangkan kemudharatan.

    cuma heran saya tgk sikap org indonesia dlm page ni, suka menangguk di air keruh mnjadi batu api..

  1. sokong cadangan sister tu... mmg patut the whole tausug n SSDI buat press conference n bg taw dunia si kiram tu Filipino n yg menceroboh kedaulatan malaysia tu bkn org sulu... dan the whole tausug boleh sarankan kat pihak keselamatan malaysia utk bunuh je penceroboh tu klu xnak balik filipina... si kiram nie sgt menyusahkan... sy bace sejarah kesultanan sulu yg mengatakan sultan kiram 2 xder waris, so saper si kiram 3 nie??? adik beradik dia kot... ok2... so, so call "tentera kesultanan sulu" anda boleh keluar dr malaysia secara aman @ anda nk berkubur kat dasar laut malaysia... pilihan di tangan anda... peace no war!!!

  1. Saya sebagai rakyat malaysia berharap isu ini selesai serta merta secara aman.. agak sedih bila kedua2 nya di berperang.. sedih lihat islam dan islam berperang atas hak negara masing2..
    =(

  1. Saya berpendapat golongan penceroboh ini tetap berstatus PENCEROBOH dan seolah-olah bangsa yahudi yg menceroboh tanah yg dijanjikan d Palastine. Kesultanan sulu tidak dinafikan kewujudannya pada zaman dahulu namun kini kedaulatan nya tlh hilang d bawah republik filipina dan kecelaruan status sultan2 nya yg lbh bergaya proklimasi kendiri...bukan seorang..tetapi berpuluh org yg mengaku sbg waris...Pencerobohan ini adalah salah satu dosa besar dan jenayah yg blh dikenakan hukuman.

  1. Jgn percaya la dgn kenyataan Pemerintah Filipina, semuanya Bohong belaka.. LAKONAN. Hakikatnya keluarga Kiram di Manila ni merupakan sultan yg mereka 'Pelihara' dr zaman Marcus lagi dan dijadikan Kuda Tunggangan utk mengklaim Sabah. Isunya sgt mudah dihurai, selepas perjanjian damai Filipina dan fraksi kecil Muslim di selatan (MILF), Filpina sengaja melupakan kumpulan yg lebih dominan spt MNLF dan penjuangan pemisah yg lebih besar di Sulu lalu dgn menggunakan 'ketidakpuashatian' kumpulan ini mengubah kemarahan mrk terhadap pihak lain. Bagi Filipina, utk melupakan perang antara Filipina-Sulu mrk harus mencipta 1 ketenggangan antara musuh mrk dan pihak lain, dan isu Sabah dan Kesultanan Sulu sgt menarik utk dimainkan. Oleh itu 'Ops Merdeka Jabidah' yg pernah gagal 1 ketika dulu kembali digunakan utk mencuat ketegangan dgn branding baru "Tentera Diraja Kesultanan Sulu" yg sebenarnya pengganas upahan yg mrk.

  1. Malaysia tanah bertuah.kita telah lama diiktiraf dunia sebagai sebuah negara yg berdaulat..skrg ni pencerobohan telah berlaku di sabah di mana silapnya pemerintah yg rakyatnya menjadikan umno sebagai kubu kuat parti berkenaan. Sepatut nya sabah sebagai kubu kuat tidak patut dianak tiri kan oleh umno sehingga sabah dengan senang telah dimalu dgn insiden berkenaan. Sepatut nya sabah menerima 2 kali ganda keistimewaan dari semenanjung dari segi peralatan ketenteraan, ekonomi dan pentadbiran. Sabah sebenarnya boleh jd lebih maju dari semenanjung dan bukan sekadar alasan bentuk muka bumi yg dipartikaikan.jikalau tidak ditarah mana nak dapat rebungnya..

  1. Kepada anak derhaka minta tolong bersikap rasional, sabah sarawak semenanjung sama saja takde beza, yg bezanya dari segi ketenteraan dan senjata perlu dapat mandat tentera selepas pihak polis tidak mampu lagi untuk mengawal keadaan. Tolong faham keadaan bukannya tambahkan keadaan makin tegang, wassalam.

  1. Hasil pengamatan saya, benarlah Kesultanan Sulu telah disabotaj oleh Kiram yang pro-filipina dan Kiram III yang pernah diakui sebagai Sultan Sulu oleh rejim Marcos. rejim yang mendekam kebangkitan bangsa tasaug. Apabila pensabotaj Malaysia dan pensabotaj sulu berganding bahu, garis persamaan antara mereka ialah, kedua-duanya penganut islam liberal. mungkin kiram ingin dikenali seperti anwar, misuari, pitsuwan dan gusdur.. semoga Allah tidak dijadikan nama tuhan oleh Kristian Filipina sewenangnya hasil persekongkolan dengan bapak pluralisme kelahiran malaysia itu.

  1. Aduihhh skrg baru aku tau rupanya nama SULU dan KESULTANAN SULU kena HIJACK!! nyesal plak aku maki2 kat twitter :(

    InsyAllah org yg teraniayah akan sentiasa mendapat perlindungan dari-Nya, Amin.

  1. Hahahahaha biasa umat islam selalu di pijak2 oli orang ada orang kata sabah da macam palesatin bagai mana pula sulu yg tela lama di perang lebi menderita dari palestin apa pun tu semua suda takdir kita hanya mampu berdoa dengan allah je

  1. Jadi bangsa kita ka yg buat d l.D tuh ?

  1. Assalamualaikum dan salam kpd semua.. Setelah membaca beberapa artikal,sy merasakan Kiram ingin membuat kerajaan sendiri d ats tanah Sabah. Kerana di Sulu,rakyat sudah memilih SSDI yg sah. Mungkin benar timur sabah adalah kepunyaan sultan sulu pada ketika dahulu di zaman british,tp sekarang Sabah sudah sah kepunyaan Malaysia. Pihak Sultan Sulu yg sah juga merelakan Sabah d pimpin oleh Malaysia. So dgn tindakan yg kurang bijak,Kiram juga pengikutnya telah mencalarkan kedaulatan Malaysia semata2 inginkan kerajaan Kiram sendiri. Semoga diberi hidayah kpd beliau. Wallah hualam.. - Jawa Jangkang, Selangor, Malaysia.

  1. Sabah lebih baik di bawah Kekuasaan Kerajaan Malaysia,yang melindungi orang-orang Islam daripada Pemerintah Pilipina yang memperlakukan orang-orang Islam di Pilipina sebagai Warga Kelas Dua. Silah Pelajari Kejahatan Marcos pada Masyarakat Melayu Muslim di Pilipina Selatan dan Penghacuran besar-besaran Lembaga Kesultanan di Pilipina.

Post a Comment