DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, August 27, 2011 3 ulasan

SALAM RAYA MERDEKA!

Beberapa hari lagi Ramadhan Al-Mubarak akan meninggalkan kita dengan penuh kesedihan kerana mungkin kita tidak akan bersua lagi dengan Ramadhan di tahun akan datang. Kita tidak tahu apakah Ramadhan kali ini adalah terakhir buat kita. Kemudian menjelang pula Hari Raya Aidilfitri sebagai hari kemenangan buat muslimin dalam menempuh sebulan berpuasa.


Begitu julung kali berlaku, kegembiraan Hari Raya kali ini yang akan jatuh 30 Ogos pasti disambut berganda dengan gilang-gemilang terutama bagi warganegara Malaysia kerana pada 31 Ogos ini juga adalah hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-54.

Tidak dapat dibayangkan bagi warga kota yang walau pun tidak dapat balik beraya di kampung namun letusan bunga api di malam 31 Ogos sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan mereka. Selamat Hari Raya Merdeka buat semua warga kota dan warganegara Malaysia keseluruhannya.




DISITU LANGIT DIJUNJUNG

Bagi warganegara Malaysia yang berketurunan Aceh, Pattani dan Tausug yang kebanyakan ibu-bapa mereka pernah berjuang ketika dulu membebaskan negara asal mereka dari penjajahan, di sini mereka berasakan "kebersamaan" menjadi warga negara Malaysia yang aman damai dan harmoni. "Pelajaran" yang mereka dapat ialah nikmat kebebasan dalam negara yang berbilang kaum dan tentunya dapat memastikan bagaimana mengekalkan keamanan itu pula.

Keamanan dan bagaimana menjaganya akan sentiasa menjadi "tajuk" perbualan mereka di kedai-kedai kopi lebih-lebih lagi ketika menjelangnya perayaan Merdeka seperti ini. Walaupun sebahagian pejuang keturunan Aceh, Pattani dan Tausug hanya menganggap Malaysia sebagai negara kedua mereka namun sekiranya negara Malaysia menghadapi ancaman pasti mereka tidak akan berpeluk tubuh begitu sahaja. Semangat juang yang ada pada mereka pastinya menjadi senjata "tambahan" buat Malaysia pada bila-bila masa.


Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Bagaimana kuat pun tuntutan perjuangan di negeri leluhur masing-masing seperti di Sulu, Aceh, dan Pattani di selatan Thai namun semangat serumpun dan lebih-lebih lagi SEAGAMA menjadikan umat ini satu jasad yang wajib bela-membela.



BANGGA DENGAN TANAH LELUHUR


Walau bagaimana pun, kita sangat sedih sebilangan warganegara Malaysia yang berketurunan Sulu atau Tausug @ Suluk berusaha mengelak malah menghalang diri dan orang lain dari menyokong perjuangan Tausug di Sulu.
Lebih-lebih lagi berusaha mengelak dari dikaitkan dengan nama Tausug. Bagi mereka Tausug bukan Suluk atau Suluk bukannya Tausug kerana kononnya, Suluk berasal dari Sabah sedangkan Tausug berasal dari kepulauan Sulu. Satu alasan yang keliru dan berusaha kelirukan orang lain.

Mereka tidak malu pada orang-orang Jawa di Banting Selangor yang walau pun sudah menjadi warganegara Malaysia namun tetap bangga sebagai Bangsa Jawa dari Tanah Jawa. Mereka tidak malu pada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak yang bangga berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan malah pernah melawat Sulawesi di tanah tempat leluhurnya bermula. Dikhabarkan juga, Dato' Seri Najib telah membuat kerjasama dengan Republik Indonesia untuk melabur dalam projek pertanian dan pembangunan di Sulawesi Selatan sebagai mengenang jasa leluhurnya.


Kita Tausug amat sedih, Menteri-Menteri yang berketurunan Sulu seperti Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Mulia dan lain-lain YB yang berlambak di Negeri Sabah tidak pernah kedengaran dari mulut mereka berbangga dengan asal-usul leluhur. Kalau ada pun hanya dilakukan dengan berbisik-bisik penuh rahsia walaupun kewujudan mereka bukanlah rahsia dikalangan kaum Kadazan-Dusun-Murut-Sungei-Ida'an-Tidung.


Kaum China lebih berani dan bangga sebagai warga Malaysia berketurunan China yang sebenarnya hanya sampai ke Sabah pada 1840-an. Keberanian kaum China menjadikan mereka TUAN di mana-mana terutama di negeri Sabah hinggakan keturunan Sulu, Kadazan-Dusun dan kaum-kaum lain menjadi kuli "seumur hidup" di negeri sendiri.



Gambar para Mujahidin MNLF sebelum FPA (Final Peace Agreement 1996). Mujahidin yang tidak setuju dengan FPA 1996 membawa diri ke Malaysia dan Timur Tengah. Hingga hari ini mereka masih menjadi penyokong kemerdekaan Sulu dan Mindanao.


HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG DITANGISI


Seorang bekas Mujahidin MNLF yang sekarang menetap di Negeri Pahang yang penulis namakan sebagai Ustaz "N" berusia kira-kira 70-an, walau pun sudah menjadi warganegara Malaysia namun setiap kali menjelang 31 Ogos beliau akan menangis berjam-jam lamanya. Beliau begitu sedih hampir kesemua saudara maranya gugur syahid dalam perjuangan MNLF melawan Tentera Marcos dengan tujuan untuk membebaskan negara tercinta dari cengkaman Filipina tetapi akhirnya beliau terpaksa menerima hakikat "menyambut Kemerdekaan Malaysia".

Walaupun bagi beliau Malaysia adalah negara keduanya yang wajib dibela ketitisan darah yang terakhir sekiranya diancam dan diserang oleh anasir jahat, namun perjuangan perlu diteruskan membebaskan tanah leluhur. Hal yang berlaku pada Ustaz "N" juga bnerlaku kepada bekas pejuang-pejuang MNLF lain termasuk para pejuang Pattani dan Aceh di Malaysia.

KEPAHLAWANAN BANGSA SUVARNADVIPA DARI TIMUR

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, August 22, 2011 0 ulasan


Saksikan kehebatan mereka menguasai maritim Asia Tenggara. Saksikan, bagaimana kekalahan Balangingi' di Kota Sipak disebabkan oleh kapal arang batu (Steam Ship) yang dibeli oleh Spanyol dari England. InsyaAllah akan penulis ulas di ruangan ini berkenaan beberapa perkara sebagai introduksi kepada tajuk "Bangsa Eropah Berasal Dari Kepulauan Sulu?".


Bersambung......

Satu Hikayat Dari Tradisi Lisan: Queen Victoria & Sultan Sulu

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, August 14, 2011 2 ulasan

Mungkinkah Sejarah hidup Ratu Victoria "Virgin Mary" masih banyak yang tersimpan dalam kotak besi di istana England yang masih dirahsiakan?

Lakaran pelukis British ketika Sultan Pulalun masih memerintah.

Sultan Muhammad Fadl Pulalun menaiki takhta 1842-1862. Perhatikan wajahnya yang lebih mirip wajah seorang lelaki Eropah. Bermuka lonjong, hidung mancung dengan mata agak tersembul persis mata Queen Victoria.


Pada tahun lepas (2009) penulis tergelak tahap tergolek bila seorang sahabat dari Johor mengatakan bahawa Queen Elizabeth II adalah berketurunan Tausug. Tetapi setelah beliau menunjukkan bukti secara bertulis (walau pun tidak lengkap) menyebabkan penulis terfikir untuk membuat kajian lanjut. Baru-baru ini seorang lagi sahabat karib penulis yang datang dari Bongao, Sulu bercerita tentang keturunannya serta mendedahkan beberapa individu yang pernah menyandang kerusi Kesultanan Sulu, yang beliau dakwa sebagai anak Queen Victoria, United Kingdom of Great Britain.

Untuk meyakinkan dakwaan beliau, catatan berbentuk manuskrip salasilah yang menyebut demikian telah disebut. Penulis telah meminta kepada beliau membawa manuskrip tersebut agar penulis dapat mengkajinya. (Walaubagaimana pun sehingga kini penulis masih belum mendapat manuskrip tersebut untuk dijadikan bahan kajian)

Salasilah Kesultanan Sulu bermula dari Sultan Mawallil Wasit @ Raja Bongsu bin Sultan Hassan dari Brunei. Anda perlu meneliti carta ini untuk memahami kenyataan di bawah.


SIAPA SULTAN PULALUN?
(Diceritakan semula oleh Saudara Sam, dari jalur keluarga Isteri Pertama Sultan Jamalul Kiram I di Sandakan, Sabah pada tahun 2009).

Pulalun (Pula Ulum @ Pula Alum) bermaksud "kemerah-merahan" @ Merah Jambu. Dalam bahasa Sulug @ Sug "Pula" bermaksud merah, tambahan "un" hanya sekadar penegasan bahawa beliau memang benar-benar kemerahan. Dalam sejarah kesultanan Sulu salah seorang sultannya bernama Sultan Muhammad Fadl Pulalun bin Sultan Muhammad Jamalul Kiram I. Untuk mengesan punca mengapa Sultan Pulalun digelar Pulalun perlulah diselidik latar belakang ibunya. Mari kita suaikan dengan cerita sahabat penulis yang hanya perkenalkan dirinya sebagai Bro Sam ini:

  • Seorang Raja Wanita bernama Queen Victoria, United Kingdom of Great Britain telah datang ke Sulu.
  • Victoria ketika itu sangat berkuasa kerana kedudukannya yang bukan sekadar Raja malah sebagai lambang kesucian "Virgin Mary".
  • Baginda datang ke Sulu kemungkinan ketertarikannya terhadap keindahan kepulauan Sulu serta kekayaan dan keberanian penduduknya hasil laporan Dyrample.
  • Victoria setelah tiba di Sulu baginda menjadi tetamu yang menggembirakan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I.
  • Mereka saling tertarik lalu Victoria mengahwini Sultan Muhammad Jamalul Kiram I. Dalam hal ini, samada Victoria Islam atau tidak tidak menjadi masalah bagi Sultan, kerana dalam syariat Islam, lelaki Islam boleh berkahwin dengan wanita ahli kitab.
  • Tidak berapa lama kemudian Victoria telah mengandung. Ketika beliau mengandungkan anak pertama beliau kembali ke England sehingga melahirkan seorang anak yang comel.
  • Almaklum sajalah, anak yang dilahirkan yang ayahandanya berdarah Arab-Tausug dan ibunya berdarah Inggeris tulin hasilnya ialah anak yang kemerah-merahan.
  • Beliau kembali ke Sulu membawa anaknya kemudian ketika mencecah usia 16 tahun anak tersebut telah ditabal menjadi Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Muhammad Fadl Pulalun. Persoalan timbul, mengapa digelar FADL?
  • Fadl adalah dari bahasa Arab bermaksud "Sesuai" atau Afdhal "yang lebih patut atau sesuai", nama ini menggambarkan seperti ada perebutan siapa yang lebih patut menaiki takhta Sulu.
  • Sebenarnya isteri pertama Sultan Jamalul Kiram I berketurunan Tausug yang mempunyai beberapa orang anak lelaki yang lebih patut diangkat menjadi Sultan Sulu. Sedangkan isteri terakhir ini (Victoria) bukan sahaja dari orang luar yang tidak tahu Agama Islam malah tidak langsung berjiwa Tausug.
  • Walau pun banyak tentangan Sultan Jamalul Kiram I tetap melantik anaknya dari isteri terakhir (Victoria) dengan menamakannya sebagai lebih "Afdhal" menaiki takhta kerana ibundanya adalah seorang Raja Perempuan Britain yang sangat berkuasa.
  • Sebahagian para Datu kecewa dengan perlantikan Fadl Pulalun terutama dari keluarga sebelah Isteri Pertama sehingga munculnya beberapa sumpahan kepada keluarga Fadl Pulalun.
  • Sumpahan ini sebahagiannya bernada ramalan antaranya; Orang berkulit putih akan datang menguasai bangsa Sulu, (keburukan dan kejatuhan) institusi Kesultanan Sulu akan berlaku ditangan keturunan Fadl Pulalun, di satu masa, keturunan Jamalul Kiram I tidak akan berkuasa lagi dan akan diganti oleh keturunan yang lebih mulia hingga Sulu memerintah Dunia.
Perhatikan perkataan "Hingga Sulu memerintah dunia" yang sehingga hari ini masih menjadi tradisi lisan golongan tua para Datu dan Syarif di kepulauan Sulu. Berkenaan Sultan Pulalun, kalau baginda benar adalah anak Queen Victoria dari Ayahanda Arab Ahli Bait Rasulullah SAW, maka sekiranya sumpahan itu hanya berfungsi di Sulu, yakni sudah tidak layak diangkat menjadi Sultan di Sulu, maka Keluarga Kiram (dari Jalur Pulalun) harus kembali ke Britain dan patut ditabal jadi King of Britain. Kalau kita perhatikan seolah-olah peristiwa ini benar disebabkan sumpahan itu memang kelihatan realitinya pada keluarga Kiram hari ini.

Sebagai contoh, bermulanya pemajakan Sabah (1878) kepada British yang dianggap "menjual negara" oleh para Datu dan Syarif itu berlaku pada pemerintaha Sultan Muhammad Jamalul A'zam @ Alam bin Sultan Muhammad Pulalun ini. Kemudian takhta dipegang oleh Sultan Muhammad Badaruddin II bin Sultan Muhd Jamalul A'zam juga cucu Pulalun. Sultan Badaruddin II terkenal dengan menghisap candu yang mungkin menjadi racun sehingga membawa kepada kemangkatannya. Kemudian takhta disambung pula oleh Sultan Muhammad Jamalul Kiram II bin Sultan Muhd Jamalul A'zam juga cucu kepada Pulalun yang menjadi sultan terakhir yang berdaulat tetapi ditipu oleh Freemason-USA-Vatican dengan membawa jongkong emas seberat 617,000 tan metrik keluar dari Sulu pada 1935. Baginda mangkat pada 1936 juga disebabkan oleh racun.

Kemudian takhta disambung oleh Rajamuda Datu Mawallil Wasit bin Sultan Muhd Jamalul A'zam juga cucu Pulalun tetapi malangnya beliau mangkat beberapa waktu kemudian sebelum sempat menaiki takhta Sulu yang juga dipercayai diracun. Sangat malang bagi Rajamuda Mawallil Wasit kerana telah terlibat dalam skandal "Nafsah Lagayan" (isteri orang yang beliau rampas dan dijadikan isteri). Kemudian takhta Sulu diteruskan oleh anak Rajamuda Mawallil Wasit bernama Sultan Esmail Kiram I, malangnya Sultan Esmail I terlibat dengan peristiwa buruk menyerahkan Sulu dan North Borneo pada Filipina pada tahun 1962 walau pun tanpa persetujuan para Datu dan Syarif (penyerahan ini sebenarnya tidak sah dan terbatal dengan sendirinya).

Hari ini seorang lagi Datu dari anak Sultan Esmail Kiram I iaitu Datu Fuad Abdulla Kiram telah menabalkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan bekerjasama dengan Manila tanpa persetujuan para Datu dan Syarif. Kita lihat secara kasar Kesultanan Sulu selepas Sultan Pulalun seolah-olah telah benar ditimpa sumpahan itu berdasarkan kronologi di atas. Kalau ianya benar, maka selagi keluarga Kiram dari jalur Pulalun mengangkat diri menjadi sultana Sulu maka selagi itulah Sulu tetap tidak akan bangun "untuk memerintah dunia".

Walau apa pun, manurut akal yang sihat, samada Kiram Pulalun dan siapa sahaja jurai keturunan mereka selagi tidak mahu bersatu dengan rakyat menegakkan semula kedaulatan Kesultanan Sulu (tanpa menjadi pokok tumpang atau menyusu dari mana-mana negara) maka selagi itulah Sulu dan penghuninya tetap dikenali sebagai "Wilayah Filipina yang menjadi hamba King Philip II dari Spanyol, yang mati disebabkan penyakit kelamin Sifilis".

Selesai...

RATU ELIZABETH II berdarah Syarifah Ahli Bait Rasulullah SAW?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

Ratu Elizabeth II ketika mencecah usia tua.

Ratu Elizabeth II ketika usia muda dengan rambut kehitaman mirip wajah Asia.


Ratu Victoria.


Burke’s Peerage: Queen Elizabeth II Descended from the Prophet Muhammad
Informed Comment: Thoughts on the Middle East. History and Religion.
Posted on
02/28/2008 by Prof. Juan Cole


‘United Press International

October 10, 1986

MOSLEMS IN BUCKINGHAM PALACE


Mixed in with Queen Elizabeth’s blue blood is the blood of the Moslem prophet Mohammed, according to Burke’s Peerage, the geneological guide to royalty. The relation came out when Harold B. Brooks-Baker, publishing director of Burke’s, wrote Prime Minister Margaret Thatcher to ask for better security for the royal family.” The royal family’s direct descent from the prophet Mohammed cannot be relied upon to protect the royal family forever from Moslem terrorists,” he said. Probably realizing the connection would be a surprise to many, he added, ”It is little known by the British people that the blood of Mohammed flows in the veins of the queen. However, all Moslem religious leaders are proud of this fact.”


Brooks-Baker said the British royal family is descended from Mohammed through the Arab kings of Seville, who once ruled Spain. By marriage, their blood passed to the European kings of Portugal and Castille, and through them to England’s 15th century King Edward IV."


Read more: www.juancole.com

---------------------------------------------

PENJELASAN:

Bila terbaca kenyataan pada artikel di atas sesetengah pembaca akan terkejut beruk tahap sawan. Mana mungkin seorang wanita bukan Islam yang selama ini dimaklumi sebagai ketua FREEMASON terawal menjadi cucu Rasulullah SAW? Malah Negara British yang dinaunginya kini pernah mengaturcarakan kehancuran Khilafah Othmaniyah.

Sebaliknya bagi orang-orang Sulu hal ini tidaklah menghairankan kerana tradisi lisan Tausug & Kasultanan Sulu menyatakan bahawa "Sultan Muhammad Pulalun mempunyai kaitan dengan Queen Victoria" sehingga menjadi buah mulut mengapa Sultan Muhammad Pulalun (Pula Ulum @ Pula Alum) dipanggil Pulalun yang bermaksud
"Merah Jambu"? Menurut beberapa Datu, Sultan Pulalun adalah anak Sultan Sulu dari Queen of England yang disembunyikan. Satu versi lagi menyatakan bahawa Sultan Pulalun adalah cucu kepada wanita Spanyol bernama Donna Lucia yang dijadikan isteri oleh Sultan Mawallil Wasit @ Raja Bongsu bin Sultan Hassan. Hal ini walau pun telah terdedah namun cerita yang akurat masih belum jelas. Masih banyak yang disorok dari pengetahuan umum lebih-lebih lagi yang melibatkan Kesultanan Sulu.

Perkara ini disentuh oleh Prof. Dr. Lapian (sejarahwan Indonesia) dalam buku sejarahnya bertajuk
"Orang Laut, Bajak Laut, Raja Laut" bahawa ada beberapa surat dari Kesultanan Sulu yang dikirimkan ke Britain pada era Sultan Pulalun yang kemudian surat aslinya telah dilupuskan, yang tinggal hanyalah terjemahan dalam Bahasa Inggeris. Bagi Dr. Lapian, menghilangkan surat asal kemudian diganti dengan terjemahan sebenarnya ia tidak dapat diterima kerana penterjemahan tidak selalunya betul.

Kita berasa syak wasangka terhadap surat-surat Sultan Pulalun kepada Ratu England yang kemungkinan mempunyai rahsia tertentu yang kalau didedahkan kepada umum akan menyebabkan kejatuhan institusi Ratu Britain ketika dulu. Kita maklum England adalah simbol Kolonialis Kristian ketika itu yang paling kaya yang kemungkinan sebab hubungannya dengan Sulu. Sebagai contoh yang masih dikira pelik, Kesultanan Sulu tidak pernah berperang dengan wakil atau company British dimana-mana kawasan pun.


Malah ketika Datu Teteng menyerang kota Kompani British di Balambangan pada 1775 British yang bukan sahaja membunuh kesemua tentera British malah membakar kota tersebut sampai rentung, tetapi British langsung tidak mengambil tindakan samada kepada Datu Teteng mahu pun Kesultanan Sulu. Hal ini lebih jelas dengan penerimaan para Datu dan Sultan Sulu pada wakil-wakil British seperti Dylrample dan John Hunt (utusan Stamford Raffles di Singapura) dengan selamba boleh tidur bersama para Datu di Buansa-Jolo.


Perhubungan Sulu-England ini terdedah setelah Spanyol menyerang Jolo sehingga membawa kepada pemajakan wilayah Borneo Utara pada 1878. Alasan pemajakan oleh Sultan Sulu adalah kerana British Company telah membantunya sediakan senjata melawan Spanyol. Yang peliknya setelah surat pajak ditandatangani maka perang dengan Spanyol pun selesai. Seolah-olah British terlibat "merasuah" Spanyol dengan membelikannya Kapal Wap Arang Batu untuk musnahkan kekuatan Orang Laut Balangingi' di Kota Sipak.


Apa pun yang peling penting berdasarkan pendedahan kecil di atas, Kesultanan Sulu dan Ratu England mempunyai hubungan "sulit" sejak sekian lama.
Walau apa pun kedudukan Queen Elizabeth II samada Syarifah dan sebagainya kalau tetap KAFIR ia tidak akan bermakna apa-apa kepada umat Islam Sulu.

Untuk membaca secara lanjut tentang Queen Elizabeth dan hubungannya dengan Sultan Sulu sila klik ke:
http://tausugglobal.blogspot.com/2009/03/gloria-macapagal-arroyo-berbangsa.html

Hubungan SULU -CHINA 1417 & persoalan Raja Baguinda

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

Sultan Sulu Paduka Batara adalah anak kepada Sayyid Abu Bakar @ Sultan Syariful Hasyim bin Sayyid Ali Zainal Abidin dengan jambang dan mata yang bulat persis wajah Ayahandanya dari Ahli Bait Rasulullah SAW. Dikatakan dalam laporan China bahawa Sultan Batara naik kuda bersama-sama dengan maharaja China memanah (hari ni macam main golf la) bersoronok sebagai tetamu kehormat Maharaja China.


Laporan Neldy Jolo dalam Facebook, maklumat dari saudara Rameer Tawasil ketika melawat makam Sultan Sulu di Shandong, China:


Portrait of Sulu Sultan Paduka Batara and his two children. In this painting, the Sultan is wearing a red dress with a Dragon design that only an emperor or king is permitted to use or wear. Common people wearing this will be executed by cutting of the head by the emperor.


After his death due to illness in Shandong, China in 1417 upon his return to Sulu, his two sons WENhali and ANtulu stayed in China for 6 years to take care for the grave of their father and returned to Sulu in 1423 A.D.


After returning from Sulu, they stayed in China and intermarried with Chinese Muslims and were converted to Islam. The first and only son of Sultan Paduka Batara to his first wife is PADUKAH TUMAHAN.


The descendents of Sultan Batara Now in China is almost two thousand. Some are living in Beijing and the others in different parts of China.


(photo by RAMEER TAWASIL, Dezhou City, Shandong, China, june 2011)

--------------------------------------

PENJELASAN:

Menariknya laporan di atas telah membongkar sedikit jawapan tentang beberapa persoalan yang selama ini belum mendapat jawapan tuntas. Seperti asal usul Raja Baguinda yang masih dipersoalkan samada dari Sumatera (Minangkabau) atau dari mana-mana wilayah di Tanah Melayu. Demikian dengan asal usul Sayyid Abu Bakar yang bukan sahaja asal usulnya yang menjadi tanda tanya malah tahun kedatannya juga turut bercanggah dari beberapa catatan.

Sultan Syariful Hasyim (Sayyid Abu Bakar) setelah sampai ke Sulu yakni setelah selesai mengislamkan kaum Buranun di pegunungan Jolo maka beliau pun berkahwin dengan anak Raja Baguinda yang ketika itu menjadi Raja Jolo @ Buwansa.


Raja Baguinda ini dikatakan berasal dari Sumatera yang disebut oleh sebahagian ahli sejarah sebagai MINANGKABAU. Almarhum Prof. Cesar Adib Majul contohnya telah meletakkan kekaburan samada Raja Baguinda datang dari Minangkabau. Menurut beliau mungkin sahaja Raja Baguinda datang dari mana-mana daerah di Sumatera malah mungkin juga datang dari Malaka atau tanah Jawa.


Inilah sahaja sahaja had atau penyudah kepada pengkajian mereka tentang Raja Baguinda hari ini. Amat malang bagi anak Tausug untuk tidak meluaskan kajian mereka hinggakan terpaksa menerima apa sahaja yang ditulis atau dicatat oleh pencatat sejarah tanpa menelusuri, menganalisis dan seterusnya dapat meletakkan interpretasi baru terhadap sejarah lampau mereka.


Sebagai contoh, dalam kita meyakini maklumat (interpretasi pengkaji sebelumnya) bahawa Raja Baguinda itu adalah orang luar (bukan Tausug) yang datang ke Sulu (Buwansa) kemudian menjadi raja pula tanpa persoalan dan tentangan, hal ini perlulah diperhalusi mengapa Raja Baguinda diterima bulat-bulat oleh Tausug menjadi Raja Buwansa. Sedangkan Tausug adalah bangsa yang paling terkenal menenggelamkan kapal-kapal yang lalu di perairan mereka sekiranya mereka curigai menakluk atau merampas hak pribumi sebagaimana yang berlaku antara mereka dengan Majapahit.


Kehancuran kerajaan Majapahit bukan sahaja disebabkan oleh gerakan Islamisasi malah sebelum itu Majapahit terjebak dengan peperangan panjang dengan Raja-raja Sulu selama 70 tahun. Walau pun kejatuhan Majapahit tidak tertulis sebagai "disebabkan berperang dengan Sulu" tetapi tanda-tanda bahawa Majapahit pada akhirnya tunduk (yang mungkin dengan jalan perdamaian) ialah catatan yang menyatakan pasangan Gajah Putih telah dihadiahkan oleh kerajaan Jawa pada Raja Sulu. Sebahagian kenyataan bahawa sepasang gajah itu datang dari kerajaan Siam atau Kemboja ke tanah Jawa yang kemudian dihantar ke Sulu.


Ia kelihatan bahawa kunci kepada kekuatan maritim Nusantara itu berada di Sulu. Sulu bukanlah seperti yang kita lihat hari ini iaitu hanya tertumpu di gugusan kepulauan Sulu. Sulu ketika itu adalah yang merangkumi sekitar LAUT SULU (Utara, Selatan, Timur dan Barat) yakni yang dikatakan hari ini sebagai Borneo, Sulawesi, Filipina sehingga Champa (Vietnam).


Kekuatan maritim Sulu ini kalau pun tidak dinyatakan secara jelas oleh para pengkaji (atau mungkin disembunyikan dengan sengaja) ialah jejak-jejak kekuasaan maritim Sulu masih wujud hingga hari ini di Sumatera Barat dan Malaka. Malah tidak keterlaluan kalau turut memasukkan tanah Jawa kerana hingga hari ini nama "Solo" itu masih tertera di kawasan Jawa Tengah sebagai yang disebut "Kawasan Perdagangan Lama".


Berbalik kepada Raja Baguinda, beliau nyata sekali berasal dari Sumatera tanpa BANGKANGAN setelah kita mengetahui beberapa perkara. Hal ini perlu digabungkan dengan tgradisi lisan Tausug kerana sebahagian dari kita gagal "suaikan" tradisi lisan untuk dapatkan jawapan asal usul Raja Baguinda. Mungkin, dengan mengetahui beberapa perkara ini kita dapat suaikan perhubungan Batak-Sulu, hubungan Aceh-Sulu, hubungan Minang-Sulu.


  • Tradisi Lisan Tausug menyatakan: "Sebelum muncul kerajaan Minangkabau, seorang pahlawan Suluk @ Solok telah datang dari Sulu bersama Rajanya dalam satu bahtera. Pahlawan ini dinamakan Panglima Elidji yang dikatakan berasal dari suku Samal-Talun. beliau bukan sahaja pahlawan malah handal bermain segala permainan yang tidak terkalahkan. Setelah sampai ke satu daerah (sumatera) Raja menitahkan Elidji melihat "permainan yang diminati oleh bangsa di daerah tersebut dan mencabar mereka dengan permainan yang mereka minati itu. Sekiranya mereka kalah makah kita dudukkan sebahagian orang kita disini". Permainan tempatan disini ketika itu adalah tanduk kerbau, dipendekkan cerita.... Elidji menang tanduk kerbau dengan hanya menggunakan anak kerbau yang baru lahir tidak diberi minum susu beberapa hari. Akhirnya tempat mereka mengadakan pertandingan itu dinamakan daerah Minang-Kabau bermaksud "Menang dalam pertandingan tanduk kerbau"" Kemenangan Solok ini menjadikan Solok mendapat wilayah sekitar Padang sehingga ke Kota Solok hari ini di Sumatera Barat. Kemudian menurut Prof. Dr. Buya HAMKA bahawa dari sinilah munculnya kerajaan Srivijaya iaitu dari wilayah Solok (rujuk: Sejarah Umat Islam).
  • Hari ini bangsa Minangkabau dan Batak sebahagian budaya dan bahasanya bercampur dengan bahasa Solok dari kepulauan Sulu sebagai contoh budaya Sambulayang dan Gabbang serta "maglugu'" masih diamalkan oleh orang Minang. Bukan itu sahaja, malah budaya memuliakan wanita sehingga muncul adat PERPATIH, hanyasanya orang Solok di kepulauan Sulu memuliakan wanita dengan membina "Angkap" (seperti loteng, untuk meletak anak gadis agar terjaga kehormatan mereka) dalam rumah.
  • Dalam beberapa catatan Portugis menyatakan bahawa bangsa LOZON @ Lucoes (maksudnya Solok) berkerjasama dengan tentera Raja Batak memerangi Aceh. Dalam masa yang sama Solok juga turut membantu Raja Aceh memerangi Raja Batak. (lihat posting kami yang lepas).
  • Ketika anak Raja Srivijaya (Parameswara) hijrah ke Tumasek kerana mengelak dari bertembung dengan Raja Majapahit maka Parameswara menuju ke Muar kemudian ke Malaka. Parameswara tidak syak lagi ditemani oleh pahlawan-pahlawan Solok dari Sumatera-Palembang yang kemudian menduduki Malaka sehingga kedatangan Portugis serang Malaka pada 1511.
  • Telah menjadi bukti, sebelum kedatangan Portugis, Majapahit pernah menyerang Malaka beberapa kali, maka disinilah bermulanya Majapahit (dalam masa yang sama) menghantar bala tentera ke Sulu untuk hancurkan punca kekuatan SOLOK kerana kebanyakan tentera Parameswara (yang kemudian diIslamkan) itu adalah terdiri dari pahlawan-pahlawan Solok yang mana telah bertanggungjawab mengangkut orang-orang laut dari kepulauan Sulu ke perairan Malaka (Selat Melaka).
  • Disinilah era kepahlawanan Malaka bermula yang terdiri dari 5 HANG yang diketuai oleh Hang Tuah dan adik seperguruannya Hang Jebat. Mereka nyata sekali adalah pahlawan-pahlawan Solok kerana kebiasaan dalam bahasa Solok menggunakan HANG sebagai kata nisbah atau gelaran (contoh, Hang-gatus, Hang-Dupa, Hang-kata'u, Hang-Dulan...dll). Hang-Tuah dalam bahasa Solok bermaksud "Pahlawan tinggalan perang" (dalam peperangan yang mana kawan dan lawan telah gugur kesemuanya yang tinggal hanya dia seorang, maka ia dipanggil TUAH. Tinggalan makanan atau rezeki juga dinamakan TUAH dalam bahasa Solok). Hang-Jebat bermaksud "Yang menentang" kerana kata asal JEBAT ialah GUBAT dalam bahasa Solok. Dakwaan bahawa 5 HANG ini adalah orang yang sama dengan 5 DAENG dari Sulawesi sebenarnya tidaklah tepat berdasarkan tarikh. 5 HANG pada abad ke-14 sedangkan para DAENG yang 5 datang pada 1660-an setelah peperangan Bone-Makassar di Sulawesi.
  • Kedatangan Portugis dan menyerang Malaka pada 1511 dan seterusnya Malaka jatuh ke tangan Portugis adalah kerana sesama Solok telah berpecah belah. Pahlawan Solok yang kalah atau yang tidak mahu terlibat dengan perang saudara (sesama Solok) telah hijrah ke Utara. Di Perak mereka tinggal di KAMPAR (Kembar dalam bahasa Solok disebut KAMBAR @ KAMBAL berdasarkan nama sungai yang mengalir berkembar) dan mereka menjadi pahlawan yang membela negeri Perak. Solok yang menduduki KAMPAR adalah pahlawan yang bertanggungjawab membawa KERIS SUNDANG yakni keris Naga yang mereka warisi dari leluhur mereka bernama "MAHAWANGSA" dari tanah Solok dikepulauan Sulu. (Jolo masih temasuk dalam kawasan Buwansa @ Buwangsa @ Mahawangsa) yang bermaksud "Ular Besar" atau Naga yang dipercayai sebagai inspirasi orang Solok mencipta Sundang.
  • Di Semenanjung Malaysia hari ini, kampung-kampung Solok yang masih tinggal adalah di Malaka kebanyakannya, terutama di Masjid Tanah dan sekitar Bandar Malaka. Walau pun orang tempatan Malaka hari ini mentafsirkan maksud Solok sebagai "Sungai yang mengalir menyusur ulu ke muara" atau "kawasan ulu hingga ka bukit" sebenarnya masih bersamaan dengan kata Solok itu dalam bahasa aslinya yang membawa maksud "Arus Air".
  • Orang Solok yang datang ke Kelantan kemungkinan besar bermula di Bukit Panau (Panau dalam bahasa Solok bermaksud "jalan", Panaun: lakukan perjalanan, Panauwan: perjalanan). Menurut seorang sahabat dari Jalur anak cucu Tok Janggut bernama Ustaz Suhaimi (Guru Silat Gayong) menyatakan moyang-moyangnya berasal dari "Orang Laut" yang duduk di Bukit Panau Kelantan. Moyangnya tidak pandai menutur bahasa Kelantan tapi dihormati oleh masyarakat sebagai pahlawan. Dari keturunan "Orang Laut" inilah yang menurunkan pahlawan-pahlawan unggul yang menentang penjajah Inggeris antara mereka ialah Tuk Bahaman, Tuk Janggut (mereka ini dari jalur Syarif yakni Ahul Bait Rasulullah SAW), Mat Kilau, Tuk Arau (di Perlis) dan lain-lain yang sangat setia dan mengasihi Sultan-Sultan Melayu. Identiti mereka ialah menggunakan Sundang sebagai tradisi kepahlawanan Solok hinggakan ketika majlis-majlis Silat Gayong terdapat acara "mengarak Sundang" malah bunga silat Gayong sendiri seperti seolah-olah mendayung kapal.
  • Terakhir sekali ialah isu perkataan Suvarnadvipa (dari bahasa Sanskrit) yang merujuk kepada "Pulau-Pulau Emas" yang dirujuk oleh orang-orang Arab sebagai SIRINDIP. Menurut pengkaji Melayu Serindip @ Suvarnadvipa adalah Sumatera disebabkan ianya kepulauan dan punya perlombongan emas yang besar sejak zaman purba. Namun seorang penulis sejarah Arab tersohor yang pernah hidup bersama orang India selama 13 tahun bernama Al-Biruni telah menukil dari kenyataan bangsa India sendiri yang menyatakan Sirindip @ Suvarnadvipa yang betul ialah kepulauan di sebelah Timur yang lebih hampir ke China berbanding India. Ini bermakna ianya "Sekitar Laut Sulu" atau yang mereka sebut Filipina hari ini. Al-Biruni menyatakan kekuasaan Sirindip adalah luas, yang mana, kalau kita lihat di atas orang Solok turut berada di Sumatera dan Tanah Melayu. Maka setiap tempat yang mereka lawati/duduki disebut dalam "kekuasaan empayar sirindip". Kalau ada pengkaji yang katakan Sumatera adalah Suvarnadvipa tidaklah salah, demikian kalau dituding ke Tanah Melayu juga sama dinamakan sebagai "dibawah kuasa maritim Suvarnadvipa". Al-Mas'udi turut menukil dari kenyataan pedagang Arab ke Cordova bahawa kekuasaan SIRINDIP itu semua kepulauan yang tidak akan habis dilawati selama 2 tahun dan pusat kekuasaan mereka berada di sebelah Timur Laut Champa (Laut China Selatan) yang lebih hampir dengan China berbanding India.
Maka, untuk menyuluh asal keturunan Raja Baguinda berdasarkan keterangan di atas adalah mudah. Raja Baguinda adalah Solok dari Sumatera Barat dari jalur anak-anak Raja Srivijaya. Jelasnya Srivijaya itu datang dari pusat Suvarnadvipa (Sulu) yang datang ke Palembang untuk menjaga aliran dagang laut menuju ke China. Sebab itu telah menjadi kehairanan kepada pengkaji sejarah, Srivijaya yang menduduki Palembang langsung tidak meninggalkan bangunan atau menumen hebat yang boleh dikaji. Menurut mereka Madjapahit jauh lebih hebat dan agung kerana berjaya membena menumen Borobudur.

Para pengkaji tidak memahami budaya Suvarnadvipa yang tidak berminat dengan pembangunan Menumen, kerana kebiasaan mereka yang senantiasa di laut dan berperang sesama sendiri menjadikan bukan sahaja Srivijaya tidak ditemukan bangunan-bangunan hebat malah sehingga hari ini gugusan kepulauan Sulu sehingga ke Borneo, Davao, Butuan, Cebu dan Manila tidak ditemui bangunan-bangunan atau kota-kota gah walau pun dinyatakan oleh penulis sejarah Arab sebagai Empayar hebat
.

BOB HALPI: LUPA' SUG BANGUN KAW (Belajar Bahasa Sug)

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, August 13, 2011 1 ulasan


Lupa' Sug Bangun Kaw
Tanah Sug bangun kau

Album: Busan In Waktu
Album: Meminjam Waktu

-------

In Dayaw Sin Kahantang Mu
Eloknya kedudukan mu

Kabuhianan Masambu
Kehidupan telah sembuh

Way Tantu Gawa Ku
Tidaklah tentu risau ku

Bang Duun Ha Lawman Mu
Jika duduk dikawasan mu

Mataud na in Piyaglihanan
Banyak sudah tempat peralihan

Duun da Kaymu Timanam
Di tempat mu jua keselesaan

Misan Pakain pa Binaybayan
Walau ke mana tempat perumahan pun

Lupa' Sug di' dakaw Kalupahan
Tanah Sug kau tidak akan dilupakan

Chorus
---------------------------
Lupa' Sug Bangun Kaw Magbalik
Tanah Sug bangunlah kau kembali

In Dimatung Kaymu Bihaun
Yang datang pada mu sekarang

Landu' Masakit
Terlalu menyakitkan

Lupa' Sug Ayaw Kaw Mamutawan
Tanah Sug jangan kau lepaskan

Masawa Pakatan Lupa' Sug
Terangnya pada semua, Tanah Sug

Hula' sin Gagandilan
Negeri para Perkasa
-------------------------------

Bia' Sin Tagainup in Dimatung
Ia datang bagai mimpi

Napuaw in Haluk ha Malaum Dum
Dikejut dari nyenyak di malam hari

Bia' sin Gipit in Jantung
Bagai terhimpit Jantung

Sin Jimatu Kaymu Bihayaun
Itulah yang berlaku padamu kini

Nahambuuk in Katan
Terhimpun lah semua

Misan Malayu' in Kiaawnan
Walau di kejauhan adanya

In Maksud Kaymu Tumabang
Maksud kepadamu membantu

Lupa' Sug Hula' Namu' Kalasahan
Tanah Sug negeri kami tersayang...

-----------------------
kembali ke Chorus

Ucapan PBMM SULTAN BANTILAN II Berkenaan Politik, Ekonomi, MNLF & MILF

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, August 6, 2011 0 ulasan


Pihak TGM bercadang translasi ucapan Baginda ke bahasa Melayu kerana beberapa pihak di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei memohon ia ditranslasi agar mereka dapat faham kedudukan sebenar perjuangan UTC. InsyaAllah TGM akan usahakan secepat mungkin.

PERTEMUAN DR UMAR VADILLO DENGAN WAKIL SSDI DI KUALA LUMPUR

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, August 4, 2011 0 ulasan

Dr UMAR VADILLO AKAN HADIR KE SIDANG KEMENTERIAN SSDI DI ZAMBOANGA CITY?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, August 3, 2011 0 ulasan


National Ministerial Meeting of the Sulu Sultanate Darul Islam

8/3/2011

Meinhaj Hussain (m.hussain@grandestrategy.com)
http://www.grandestrategy.com

SULU
- The Sulu Sultanate is holding its First National Ministerial Meeting on the 17 September 2011. The landmark event will be held in Astana Sultan, Zamboanga City, Sulu Sultanate Darul Islam.The Sulu Sultanate Darul Islam is a Muslim Sultanate that is illegally claimed by the Philippines.

By
international law, the Sulu Sultanate remains an independent sovereignty and the Sultanate is now re-asserting its independence.The Sulu Sultanate has been a historical friend and ally of China and one of her sultans is buried in Dezhou Shandong Province in China.

Meinhaj Hussain, MA (sekarang sedang selesaikan pengajian Ph.D di UIAM dalam bidang ekonomi) adalah cendekiawan Bangladesh yang pernah hasilkan sebuah tesis bertajuk 21st Century Islamic State. Beliau berkecimpung dalam gerakan Islamisasikan Sistem Dunia antarabangsa dan kini aktif bersama SSDI.


------------------------------------------------------------

ULASAN:

Melihat laporan saudara Meinhaj Hussain dalam
http://www.grandestrategy.com berkenaan persidangan Kementerian SSDI di Zamboanga City nanti yang kemudian disebarkan dalam laman sosial Facebook, menjadikan keadaan SSDI hari ini semakin diterima diperingkat global. Penerimaan ini adalah kerana gerakan yang berterusan dari pejuang SSDI tanpa mengira penat lelah, masa, wang malah nyawa sekalipun, pada akhirnya membuahkan hasil.

Gerakan SSDI yang dilagang oleh YM
Sultan Muhammad Muizuddin Bantilan II (Sultan Bantilan II @ Datu Uda bin Datu Wasik Aranan) bersama dokongan rakyat jelata yang bermula pada 1998 sehingga perarakan yang pertama di Jolo pada Disember 2007, menyebabkan Wilayah Kepulauan Sulu menjadi perhatian secara "senyap" oleh negara-negara ASEAN. Sekurang-kurangnya Filipina, Malaysia, Indonesia (MAPHILINDO), Brunei dan Singapura telah pun maklum akan kemunculan gerakan SSDI yang dikenali sebagai UNITED TAUSUG CITIZEN (UTC) ini sejak dari awal.

Gerakan UTC hari ini telah pun mendapat sokongan padu dari pihak World Islamic Mint (WIM) yang diketuai oleh
Dr Umar Ibrahim Vadillo yang insyaAllah akan turut hadir pada persidangan Kementerian SSDI di Zamboanga City nanti kerana beliau sendiri telah mengesahkan kehadirannya kepada Tuan Habib Zakariya Abdullah pada perjumpaan akhir Julai 2011 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dr Umar Ibrahim Vadillo

Poster kegiatan dan perjuangan Dr Umar Ibrahim Vadillo tanpa henti-henti. Beliau dari masa ke semasa tidak jemu-jemu mengingatkan Kementerian SSDI agar tidak menoleh ke belakang demi kemerdekaan SSDI. Bagi beliau kedaulatan Sulu bukan pada PBB (UN) tetapi dari Allah Azza Wajalla sejak azali.


PERKEMBANGAN SEMASA SSDI

Baru-baru ini, SSDI dikejutkan lagi dengan berita kemunculan Kerajaan China menyebut Kepulauan Spratly adalah milik
Sultanate of Sulu yang diserah kepadanya ketika dulu yang sekarang ini sedang hangat diperkatakan di dada-dada akhbar semasa. Kerajaan China bukan sekadar menyebut malah bertindak menyediakan dana besar untuk membangunkan Muzium Kesultanan Sulu di wilayah Shandong yang akan dibena di kawasan pemamakaman Sultan Sulu yang wafat pada 1417 di wilayah tersebut.

Malah yang menjadi kejutan, saudara Rameer Tawasil (seorang artis Tausug) yang selama ini mempunyai hubungan dengan SSDI melalui wartawan-wartawan Tausug Global Media, telah dilantik sebagai arkitek utama dalam projek pembinaan Muzium Kesultanan Sulu tersebut. Ramai pihak bertambah bingung dan tidak percaya dengan perkembangan SSDI yang sebelumnya dilihat sebagai "
hanya gigit-gigit semut".

Filipina terutamanya, sebagai pihak yang mendapat "
amanah" menjaga Sulu selama ini mungkin merasa terhimpit ditambah lagi dengan himpitan dari negara-negara Asean lain agar Filipina berbuat "DO SOMETHING". Tekanan yang melanda Filipina bukan sahaja mungkin dari kalangan negara anggota ASEAN malah rakyatnya sendiri.

Kemunculan China menuntut Spratly menjadikan "pekung" yang cuba disorok oleh Filipina selama ini semakin terdedah. Tidak dapat tidak, KESULTANAN SULU akan menjadi perbahasan dunia tidak lama lagi. Jalan terbaik ialah "AKTIFKAN SEMULA TUNTUTAN TERHADAP SABAH" dengan menggunakan jalur Sultan-sultan Sulu palsu yang selama ini dibelai manja di bawah kelangkang Filipina.


Dengan mengaktifkan tuntutan terhadap Sabah menggunakan Sultan Sulu belaannya, Filipina akan dapat perhatian antarabangsa bahawa Kesultanan Sulu adalah
"di bawah kekuasaan Filipina". Walau bagaimanapun Filipina maklum secara diam bahawa Kesultanan Sulu tidak pernah dapat dimilikinya (hanya sekadar penjaga sementara) kerana dia menyedari bahawa "tiada satu pun kerajaan kesultanan dalam dunia ini yang berada dibawah tapak kaki kufar".

Kemahuan dan tindakan Datu Fuad Abdulla Kiram dan ayahandanya Datu Esmail Kiram I menyerahkan Sabah dan Sulu kepada kerajaan Filipina ketika dulu sebenarnya tanpa mandat dari para Datu dan Syarif, Panglima dan lain-lain pemimpin rakyat dalam RUMAH BICHARA.



TINDAKAN BURUK
MENJADI SEJARAH

Maka penyerahan itu langsung tidak menghasilkan apa-apa kerana sebagai bukti hingga hari ini Tausug masih mengangkat senjata tidak mengakui
"ketuanan" Filipina. Malah sejarah buruk penyerahan yang dibuat oleh Datu Esmail Kiram I hingga hari ini pastinya dilihat sebagai "pengkhianatan terhadap Negara, Bangsa dan Agama" oleh orang-orang Sulu.

Sebab itu jangan hairan munculnya MNLF yang tidak mengakui
"ketuanan kesultanan Sulu" ketika itu sebenarnya adalah kerana kecewa dengan tindakan para Datu dan pengaku Sultan Sulu yang secarak unilateral menjual negara (yang bertentangan dengan agama dan adat tradisi) tanpa mandat rakyat itu.

Hal inilah yang turut berlaku kepada GERAKAN ACEH MERDEKA (GAM) dan PULO (Gerakan Bersenjata Pattani) yang kedua-duanya menganggap KESULTANANLAH YANG MENJUAL NEGARA, rakyat tidak berserta dengan Sultan ketika sultan tandatangan "menjual negara" kepada seteru sebab itu mereka bangun memberontak yang bukan sahaja melawan titah Sultan malah membuang terus dari sistem pemerintahan.


Tragisnya, sesiapa yang bersekongkol dengan kumpulan Datu Fuad Abdulla Kiram dan kumpulan-kumpulan pengaku Sultan Sulu yang hanya makan hidangan sedap-sedap dengan rumah dan kenderaan mewah tanpa pedulikan rakyat Sulu pastinya mereka akan turut "dibakul sampahkan" sebagai "pengaku Sultan yang tiada guna".


Sultan Sulu (yang diangkat oleh rakyat pada 19 Mac 2009 di Buansa, Jolo) iaitu Sultan Bantilan II sedang ditemuramah oleh Wartawan Tausug Global Media ketika kempen jelajah Kepulauan Sulu baru-baru ini. Kepetahan Baginda menjawab persoalan yang menyentuh PBB dan Kemerdekaan Sulu menunjukkan kelebihannya yang tersendiri. Kelebihan yang Allah SWT beri pada Sultan Bantilan II adalah kerana semangat juang yang ISTIQAMAH (berterusan) Baginda untuk mendaulatkan SSDI semula. Video sambungan boleh diakses dalam Youtube.