RATU ELIZABETH II berdarah Syarifah Ahli Bait Rasulullah SAW?
Burke’s Peerage: Queen Elizabeth II Descended from the Prophet Muhammad
Informed Comment: Thoughts on the Middle East. History and Religion. Posted on
02/28/2008 by Prof. Juan Cole
‘United Press International
October 10, 1986
MOSLEMS IN BUCKINGHAM PALACE
Mixed in with Queen Elizabeth’s blue blood is the blood of the Moslem prophet Mohammed, according to Burke’s Peerage, the geneological guide to royalty. The relation came out when Harold B. Brooks-Baker, publishing director of Burke’s, wrote Prime Minister Margaret Thatcher to ask for better security for the royal family.” The royal family’s direct descent from the prophet Mohammed cannot be relied upon to protect the royal family forever from Moslem terrorists,” he said. Probably realizing the connection would be a surprise to many, he added, ”It is little known by the British people that the blood of Mohammed flows in the veins of the queen. However, all Moslem religious leaders are proud of this fact.”
Brooks-Baker said the British royal family is descended from Mohammed through the Arab kings of Seville, who once ruled Spain. By marriage, their blood passed to the European kings of Portugal and Castille, and through them to England’s 15th century King Edward IV."
Read more: www.juancole.com
---------------------------------------------
PENJELASAN:
Bila terbaca kenyataan pada artikel di atas sesetengah pembaca akan terkejut beruk tahap sawan. Mana mungkin seorang wanita bukan Islam yang selama ini dimaklumi sebagai ketua FREEMASON terawal menjadi cucu Rasulullah SAW? Malah Negara British yang dinaunginya kini pernah mengaturcarakan kehancuran Khilafah Othmaniyah.
Sebaliknya bagi orang-orang Sulu hal ini tidaklah menghairankan kerana tradisi lisan Tausug & Kasultanan Sulu menyatakan bahawa "Sultan Muhammad Pulalun mempunyai kaitan dengan Queen Victoria" sehingga menjadi buah mulut mengapa Sultan Muhammad Pulalun (Pula Ulum @ Pula Alum) dipanggil Pulalun yang bermaksud "Merah Jambu"? Menurut beberapa Datu, Sultan Pulalun adalah anak Sultan Sulu dari Queen of England yang disembunyikan. Satu versi lagi menyatakan bahawa Sultan Pulalun adalah cucu kepada wanita Spanyol bernama Donna Lucia yang dijadikan isteri oleh Sultan Mawallil Wasit @ Raja Bongsu bin Sultan Hassan. Hal ini walau pun telah terdedah namun cerita yang akurat masih belum jelas. Masih banyak yang disorok dari pengetahuan umum lebih-lebih lagi yang melibatkan Kesultanan Sulu.
Perkara ini disentuh oleh Prof. Dr. Lapian (sejarahwan Indonesia) dalam buku sejarahnya bertajuk "Orang Laut, Bajak Laut, Raja Laut" bahawa ada beberapa surat dari Kesultanan Sulu yang dikirimkan ke Britain pada era Sultan Pulalun yang kemudian surat aslinya telah dilupuskan, yang tinggal hanyalah terjemahan dalam Bahasa Inggeris. Bagi Dr. Lapian, menghilangkan surat asal kemudian diganti dengan terjemahan sebenarnya ia tidak dapat diterima kerana penterjemahan tidak selalunya betul.
Kita berasa syak wasangka terhadap surat-surat Sultan Pulalun kepada Ratu England yang kemungkinan mempunyai rahsia tertentu yang kalau didedahkan kepada umum akan menyebabkan kejatuhan institusi Ratu Britain ketika dulu. Kita maklum England adalah simbol Kolonialis Kristian ketika itu yang paling kaya yang kemungkinan sebab hubungannya dengan Sulu. Sebagai contoh yang masih dikira pelik, Kesultanan Sulu tidak pernah berperang dengan wakil atau company British dimana-mana kawasan pun.
Malah ketika Datu Teteng menyerang kota Kompani British di Balambangan pada 1775 British yang bukan sahaja membunuh kesemua tentera British malah membakar kota tersebut sampai rentung, tetapi British langsung tidak mengambil tindakan samada kepada Datu Teteng mahu pun Kesultanan Sulu. Hal ini lebih jelas dengan penerimaan para Datu dan Sultan Sulu pada wakil-wakil British seperti Dylrample dan John Hunt (utusan Stamford Raffles di Singapura) dengan selamba boleh tidur bersama para Datu di Buansa-Jolo.
Perhubungan Sulu-England ini terdedah setelah Spanyol menyerang Jolo sehingga membawa kepada pemajakan wilayah Borneo Utara pada 1878. Alasan pemajakan oleh Sultan Sulu adalah kerana British Company telah membantunya sediakan senjata melawan Spanyol. Yang peliknya setelah surat pajak ditandatangani maka perang dengan Spanyol pun selesai. Seolah-olah British terlibat "merasuah" Spanyol dengan membelikannya Kapal Wap Arang Batu untuk musnahkan kekuatan Orang Laut Balangingi' di Kota Sipak.
Apa pun yang peling penting berdasarkan pendedahan kecil di atas, Kesultanan Sulu dan Ratu England mempunyai hubungan "sulit" sejak sekian lama. Walau apa pun kedudukan Queen Elizabeth II samada Syarifah dan sebagainya kalau tetap KAFIR ia tidak akan bermakna apa-apa kepada umat Islam Sulu.
Untuk membaca secara lanjut tentang Queen Elizabeth dan hubungannya dengan Sultan Sulu sila klik ke:
http://tausugglobal.blogspot.com/2009/03/gloria-macapagal-arroyo-berbangsa.html
|