LAPORAN AKHBAR INDONESIA DAN SIAPA KIRAM SEBENARNYA?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, February 20, 2013 23 ulasan


Polis Malaysia berjaga di Lahad Datu, Sabah
(REUTERS/Bazuki Muhammad)

Laporan Penuh:



    Pasukan Malaysia mengepung desa di Sabah yang dikuasai Kesultanan Sulu.(REUTERS/Bazuki Muhammad)

    Laporan penuh:
       Laporan Penuh:


      ULASAN:

      Assalamualaikum dan salam sejahtera,

      Laporan di atas begitu jelas keluarga Kiram sedang bermain di hadapan. Sedangkan siapa di belakangnya  itu masih menjadi tandatanya. Kalau pun sudah ramai yang meneka bahawa ia digerak oleh KUASA BESAR DUNIA itu namun masih berteka teki untuk tujuan apa. Adakah sindrom ARAB SPRING itu bakal dihidapi oleh Malaysia Timur ini sebelum ia menular keseluruh negara masih tidak dapat dipastikan.

      Sebenarnya banyak pihak yang keliru berkenaan status SULTAN KIRAM ini. Siapa KIRAM? Keluarga Kiram dari jalur kesultanan Sulu ini bermula pada pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan Muhammad Alimuddin III (1808). -Rujuk Rajah A2 di bawah.


      Rajah A2

      Dari Jamalul Kiram I inilah bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini yang kemudian nama ini berakhir pada kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu. Selepas ini tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu. Hal ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga Datu dan Syarif Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu. 

      Sultan Kiram terakhir itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin rakyatnya sendiri berjumlah labih 4000 orang (yang syahid 1600 orang termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan Sultan. Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan dikutip cukai kepala oleh USA. Menurut Tausug, Allah swt tidak pernah berfirman kepada RasulNYA untuk mengutip cukai kepala kepada ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu sebagai mana ASHABUL KAHFI. Hal ini bagi mereka adalah fitnah besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu. Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.

      1000 jiwa para Syuhada' Tausug yang mempertahankan diri dan keluarga mereka dari serangan Amerika Syarikat di Bud Dahu'. Ashabul Kahfi ditidurkan dan bangkit semula dengan izin Allah setelah beberapa ratus tahun, namun Syuhada' Tausug ini ditidurkan buat selama-lamanya sehinggalah hari KEBANGKITAN.


      Hari ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari jalur keluarga Sultn. Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit, ada Kiram dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya. 

      Kalau ada 1000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1000 sultan yang mengaku Sultan Sulu  dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari ini.

      Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat, kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan menyedarkan Tausug agar MEMBUANG KEWARGANEGARAAN FILIPINA menggantikannya kepada RAKYAT SULU secara hakiki (Independen)?

      Sebab itu muncul seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo (rujuk Rajah A2, lihat bulatan berwarna kuning) masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!! 

      Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763, rujuk rajah A2) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat.



      Sultan Bantilan II sedang berpidato di atas pentas di padang Capitol, Jolo, Sulu Darul Islam. Beliau dipaksa oleh rakyat menjadi Sultan Sulu pada tahun 2009. Seminggu Baginda dipujuk akhirnya dengan tangisan beliau menerimanya... baginya jawatan Sultan sangat berat dipikul dalam keadaan Sulu ketika ini. Namun air matanya tidak dapat menghalang rakyat untuk mengangkatnya menjadi Sultan Sulu Darul Islam. Tidak seperti Sultan-sultan KIRAM yang berebut-rebut mengangkat diri sendiri?


      Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain senjata, bukan hanya Kiram. 

      Sultan Bantilan II ini jauh lebih bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama mereka ke hulu ke hilir. Sultan Bantilan II walau bergerak secara aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah swt.


      Inilah pengikut Sultan Bantilan II yang ditembak oleh Filipina "Peluru menjadi air" (air bomba). Biasanya kita mendengar pembunuhan gunakan senjata api kepada penentang Filipina, tapi pengikut Sultan Bantilan II yang walau pun dengan slogan "NYAH FILIPINA DARI SULU!! INI HAK TAUSUG DAN KESULTANAN SULU" namun Filipina tidak dapat berbuat apa-apa.
      1. This comment has been removed by the author.
      1. I have found a leaked of the evidence Sabah Leased Payment from the Malaysian Government. check this link http://pakitong.blogspot.com/2013/02/evidence-sabah-leased-payment-from.html

      1. Inilah pemimpin yang diperlukan oleh bangsa sulu, hidup sultan bantilan... berjuang untuk rakyat tausug dan menegakkan syihar islam seperti wasiat moyang kita....

      1. @Jonathan Delarama

        Jumlah yang diberikan sebagai lease itu tidak lojik, terlalu sedikit. RM5000 setahun lebih tidak cukup untuk 'menyewa' sebuah negeri. Rm5000 itu lebih kurang bayaran sewa sebuah restoran di kawasan elit di Kuala Lumpur. RM5000 juga bagaikan pendapatan peniaga pasar minggu yang menjual nasi, terlalu sedikit! Malahan gaji tahunan seorang pekerja kerajaan paling minima adalah sebanyak RM1500 x 12 = RM18,000

        Adakah sesiapa akan percaya bahawa bayaran sebanyak itu dijadikan 'lease'. Ia tidak lojik.

      1. Sester:
        Sudah itu yang dipersetujui semenjak turun-temurun dengan British. Logik atau tidak, tidak diambil kira. Itu jumlah ekuivalen seperti yang ada di dalam kontrak lama. Kalau mahu minta dinaikkan, bukankah lebih elok berbincang dengan baik, bukan dengan memasuki tanah yang disewakan membawa bala tentera, sambil berkata "Kami datang dengan aman. Bukan wang yang kami mahu, tapi kalau mahu beri, kami terima saja." Memang banyak surat sudah dihantar dari pihak Sultan Sulu, tapi mahu dinaikkan atau tidak, itu bergantung kepada budi bicara kerajaan Malaysia. Tiada istilah kewajiban atau keadilan di sini. Kontrak merupakan kontrak. Salahkanlah sultan yang menandatangani dulu kerana tidak berfikir panjang.

      1. sama macam perjanjian air malaysia-singapura....
        kalau singapura tak setuju nak naikkan tarif x bleh buat apa..
        kalau malaysia tak nak bayar lebih..
        Sultan sulu x bleh buat apa2..

      1. Sester: mmg btl kerajaan byr rm5300... Klu x pecaya ko bka youtube, ko tgk pengakuan Datu Mudarasulail Kiram..dia sdiri mngakui malaysia mmbayar rm5300..dia juga mengakui bahawa sabah ada la milik malaysia..

      1. saya tertarik untuk mengetahui perkembangan di Sulu memandangkan moyang saya Wan Ali Pekan (meninggal dunia pada tahun 1938)pernah merantau ke sana dan membawa balik ke kampong kami di Kg. Surau, Pekan (Pasir Pekan), Kelantan benih pokok sawo nila dari kepulauan Sulu. Sehingga ke hari ini baka pokok sawo nola itu masih ada di Kampong kami.

      1. Bila tegaknya khilafah kali ke-2 seperti bisyaroh Rasulullah s.a.w, in sha Allah kita akan sama2 membebaskan sulu, yala, takbai, champa, rohingya dari pimpinan kuffar...

        In sha Allah, berdoa agar sama2 dpt berjuang demi deen yg Allah telah sempurnakan dan diredai ini...

      1. DULU 5000 ITU BESAR..JANGAN SAMA KAN NILAI 5000 SEKARANG DENGAN 5000 DULU. MANA LA SULTAN TU TAU MATA WANG AKAN NAIK MACAM NE. LAGI PUN BAGI FILIPIN 5000 ITU SEKARANG MASIH BESAR 75000 PESO.

      1. btw this suluk races attitude is originaly like this .yang susah hidup dapat ic d sabah pun masih berperangai seperti itu..darah suluk masih ada dalam badan but not 100% all suluk races in sabah adalah jahat ada juga baik.

      1. Saya rasa malaysia kena berlaku adil. kalau memang Sabah disewa oleh Inggris Raya pada zaman dulu, harus dikembalikan kepada orang Sulu.It's not imperialis era! Lakukan referendum, tanya masyarakat Sabah, mau berdiri sendiri atau bergabung dengan Malaysia.

      1. Perlu tahu bahawa pada tahun 1963 suatu referendum telah pun dibuat. Jadi soal kemerdekaan Sabah tidak boleh dipertikai lagi. Malaysia merupakan gabungan Malaya, Sarawak dan Sabah. Ini merupakan FAKTA SEJARAH.

      1. ulil amri tanjung, ape la bodo nyer kau, kalau tak pandai ... bodo , jangan komen

      1. tu la pahal hang duk tanjung, bengap sungguh!!!! balik pi ngaji sejarah....bodo sungguh memalukan....orang komen kau pun nak komen

      1. Apa la punya Indon, sibuk jaga tepi kain orang, asal aje ada yang boleh dinegatifkan dia mula putar belit....dalam negara sendiri tak terjaga..rasuah sana sini, penindasan berleluasa kepada yang miskin...rakyat pun hidup susah, kalau diorang ada peluang semua negara orang dia nak ganyang...tapi sayang tak berkemampuan. ambil cermin lihat diri anda sendiri....bangsa tak tau malu dan tak sedar diuntung. pikirkan berapa banyak rakyat kamu diberi makan oleh orang Malaysia...tidak pernah diungkit kerana memikirkan saudara serumpun...sedih melihat anak-anak jiran kebuluran..kebajikan tidak terjaga. Yang kaya dan senang lenang hanyalah golongan elit yang kononnya pemimpin sejati kamu...bullshit itu hanya sandiwara...yang sebenarnya kamu2 sekalian hanyalah pencacai untuk mengisi perut dan nafsu serakah mereka. Sedarlah...dan bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada jiran tetangga kamu yang perihatin dan tidak bodoh sombong seperti bangsa kamu....renungkanlah

      1. sabah telah dipajakkan oleh sultan sulu terdahulu buat selama-lamanya iaitu selagi ada bintang dan bulan ditambah lagi referendum yg mana majoriti penduduk sabah mau bergabung dgn tanah melayu,singapura dan sarawak untuk menubuhkan kesatuan malaysia. jadi bila pajakan keatas sabah tu tamat? jawabnya bila tiada bintang dan bulan lagi..bila tu? jawabnya bila kiamat...soalnya bila kiamat semua waris kesultanan sulu masih adakah???

      1. @Ulil Amri Tanjung - Melihat profiles anda saya jelas mengatakan anda seorang guru. Sebagai guru yang banyak membaca dan berpengatahuan seharusnya anda tahu bahawa Malaysia telah melakukan referendum pada tahun awalnya penubuhan Malaysia. Penduduk Sabah dan Serawak jelas-jelas mahu bergabung dengan Malaysia. Referendum tersebut dilakukan setelah Presiden Soekarno dan Presiden Filipina tidak berpuas hati jika Sabah dan Serawak bergabung dengan Malaysia.

        Setelah itu taraf Sabah dan Serawak di turunkan sedikit menjadi taraf negeri. Jadi Sabah dan Serawak adalah merupakan gabungan-gabungan negeri-2 lain seperti Perak, Selangor dan sebagainya. Referendum yang anda kata kan tadi dinamakan Cobbold Commission dan ada boleh mencarinya di google.

        Malaysia tidak boleh mengembalikan Sabah kepada Sulu kerana rakyat Sabah tidak lagi menerima Sultan Sulu dan ada perjanjian lain sebelum referendum tersebut dinamakan Protokol Madrid yang mengesahkan bahawa Spanyol yang berjaya menjajah Sulu dan Philipine. Sebagai owner kerajaan Sulu diwaktu, Spanyol itu telah pun menyerahkan Sabah kepada Inggeris yang dikenali sebagai Protokol Madrid.

        Anda tahukan bahawa sebelum lahirnya Malaysia, Indonesia, Philipina dan sebagainya negara-negara tersebut adalah dibawah pemerintahan penjajah. Segala keputusan dibuat oleh penjajah sama tarafnya dengan keputusan negara-negara yang belum lahir tadi. contohnya perjanjian Bangkok diantara kerajaan Siam (Thailand) dan Inggeris yang menyerahkan 3 Wilayah Melayu (atau Selatan Thai pada hari ini) kepada kerajaan Siam tidak dapat di tuntut kerana diwaktu itu Malaysia adalah kepunyaan Inggeris. Jadi Inggeris adalah kerajaan Malaysia sebelum lahirnya Malaysia itu sendiri. Sama ada diwaktu itu rakyat yang dijajah (Malaysia) suka atau tidak diatas penyerahan tersebut, ianya terpaksa ditelan bulat-2 kerana undang-undangnya sudah ditentukan begitu dan menjadi titik rujuk PBB dan ICJ.

        Menjadi kemusykilan pada rakyat Malaysia sebenarnya, kenapa kerajaan terus membayar ceded money kepada sultan Sulu? sedangkan Perjanjian Madrid - Yang mengatasi perjanjian Sulu - Inggeris dan cobbold commision yang diiktiraf PBB yang menjadikan Sabah hak mutlak Malaysia tetapi kerajaan terus membayar duit ceded tersebut. Inilah isu yang dibangkitkan oleh kerajaan Sulu sebenarnya dan merasakan perjanjian Madrid tidak tidak sah dan Cobbold commision juga tidak sah. Malaysia seharusnya sudah boleh memberhentikan bayaran Ceded tadi kerana dua faktor tadi.

      1. This comment has been removed by the author.
      1. Interesting,, banyak yang saya tak tahu.. Terima Kasih Blogger n Asree Sug.. yg paling saya senang " seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo (rujuk Rajah A2, lihat bulatan berwarna kuning) masuk ke kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA KEPADA KING PHILIP II SPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!

        Beliau ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I (1748-1763, rujuk rajah A2) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan takbir dan dendangan Salawat"... Allahu Akbar, allahumma salli wassallim 'alaa saidina ya maulana Muhammad.

      1. seperti yg d nyatakn oleh matahati.sabah telah d pajak kpada british oleh sultan sulu ngan slogan slagi ada bulan n bintang.yg brmaksud slagi ada sultan n pemajakY ia e2 british n bukn orng lain sprt mlaysia.nmun stlah british mninggalkn sbah.dia x kmbalikn kpda pmilik asal sultan sulu.malah dia tukarkn pemajak kpda malysia ngan slogan slagi ada bulan n bintang,pdahal sultan sulu nyatakn slogan e2 hnya ntk british shaja bukn kpda mlaysia.sbap 2 mlaysia smbung pjakan kpda sabah,ngan prmrintahan lu yg asalY dri sulu ia e2 tun mustapa,rkyat sulu x prnah bngkit krnah mrka x prnah d prsoalkn tntang hak sbah,x prnah caci,x prnah d ktakn pndatang haram,mlahan rmai kompany sprt ladang pmbngunan mnghantar egen ke mindano ntk mngambil pkrja dri sna.sbap 2 rkyat sulu dri lu brada d sabah,smpai ada sjerah mat saleh dri sulu jga.nmun skrng nma orng sulu slalu d prsoalkn.dri sgi kwarganegaraan mreka,smpai ada yg mngatakn rkyat sulu pndatang haram,sesama islam mngatakn rkyat sulu pndatang haram sedangkn sulu e2 mreka tau saudara islam mereka n haram e2 apa bagi agama islam.mngapa rakyat sulu yg nk d prsoalkn krakyatan d sabah,mngapa bngsa lain tidak,china,india,bajau,bugis,n lain lagi.sdangkn lau mngikut sjerah sulu lbih brhak mndapat kwarga negaraan d sabah,krnah rmai pmimpin2 sabah yg brkturunan sulu,sprt tun mustapa,dto shafie,tun sakaran,n sjerah pjuang kat sabah mat saleh pn sulu jga.nmun mngapa sulu masi d prtikaikn krakyatn d sabah,brbanding bngsa lain yg tnpa sjarah d sabah,bg rkyat sulu yg hnya memegang pemastautin semantara ia e2 pasport kuning im 13 d bwah jgaan imegresen yg d smbung stiap tahun ngan rm 90.tidak ke e2 brbayar kpda krjaan mlaysia mreka brada d sabah,stiap tahun malysia hnya bayar sewah kpda ksultanan sulu sbnyak rm 5300.nmun rkyat sulu d sabah bayar sewah kpda krjaan malysia ratus ribu stiap tahun,jadi brtimbang rasa la skit kpda rkyat sulu.jan hkum mrka xde mruah hati n prasaan.sdangkn japan,us,british,span,lau datng knegara mlaysia d smbut ngan baik sdang kita thu mreka ini musuh kta msa dahulu.n smpai skrng mrka masi brfkir n brikhtiar cara mngalahkn islam..apapn maaf sja jka kta ini ada yg x brpuas hati..

      1. Kesiannya...perjuanngan tak habis-habis nak mengangkat suku-sakat jadi sultan
        .sedangkan di sulu ada perjuangan minlf.mana satu yang mengamgkat sultan ? Untuk makluman tuan antara kumpulan paling layak mengangkat martabat kesultanan sulu ialah Datu Hj Abdul Rahman Bin Daru Dakula naib pengerusi minlf yang juga cucu Sultan Alimuddin lll. Dari Palawan. Ah itu yang ada surat watikah yang boleh melantik
        Ini yang lain-lain ini kesian bah.baik kau diam-diamlah pergi jual putu dan ikan kayu.pptongan mau jadi sultan.

      1. Klu tak cukup fakta jangan tulis apa-ini mengelirukan rakyat.si safie dan si sakaran tu bukan keturunan sultan mereka kacukan bapa suku tidung dan ibunya bajau.tak tau tanya kami.

      Post a Comment