Bhg 7: Kepulauan Sulu Sebelum Muncul Nama Philippines

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, July 15, 2010 2 ulasan

Kota Solok dan Kabupaten Solok, jalan Solok, sungai Solok dan sebagainya masih boleh dilihat diseluruh Indonesia. Dari Sulawesi (sekitar perkampungan Bone dan Soppeng), Pulau Flores hingga ke tanah Jawa manakala di Sumatra terletak di sekitar Padang terdapat nama-nama kawasan Solok atau pun perkampungan Sulug purba. Padang sejak dahulu kala diduduki oleh Sulug hinggakan kiranya mereka kembali ke Jolo, Sulu mereka duduk di kawasan khas yang dinamakan Parang. Sulug Parang sebenarnya adalah Sulug yang menetap di Padang Sumatra. Mereka bertugas sebagai tentera import di seluruh Nusantara ketika itu. Tidak hairan bahasa Sulug masih menjadi pertuturan di sekitar Padang Sumatra hari ini.


Tajuk-tajuk perbahasan dalam bahagian 7:
  • 01- Pendahuluan
  • 02- Pertembungan Kuasa Ketenteraan dan Perdagangan
  • 03- Perang, Rompakan dan Perhambaan
  • 04- Kedatangan Arab dan kemunculan Bani Hashim
  • 05- Budaya dan adat resam Sulug
  • 06- Penutup

01- Pendahuluan
Bahagian 7 adalah perbahasan terakhir kami untuk menjelaskan asal-usul Sulug dan Kepulauan Sulu sebelum muncul nama Philippines. Penerangan bersandarkan fakta dari sumber-sumber purba (epik) telah menambah kekuatan hujah seterusnya meletakkan kajian ini sebagai "Kajian yang boleh disahkan kebenarannya". Walau pun kajian kami mungkin tidak memenuhi selera sebahagian pengkaji Sejarah Nusantara namun ianya sudah cukup dijadikan asas kajian lanjut diperingkat universiti disebabkan penemuan-penemuan baru yang menyentuh asal-usul Melayu, Sri Vijaya, Nabi Adam a.s. dan Noh a.s., Phoenisia dan Dunia umumnya. Kajian kami berdasarkan 6 kaedah iaitu,
  • Bahasa (sifat dan similariti)
  • Sifat manusia (budaya dan adat resam serta kepercayaan)
  • Fizikal (paras rupa dan warna kulit secara genetik dan similariti)
  • Petempatan dan bentuk muka bumi (kepulauan dan benua)
  • Aktiviti manusia (maritim dan agraria)
  • Artifak (tinggalan sejarah lukisan & ukiran batu)
Enam kaedah yang menjadi panduan kepada kajian ini yang disebut Socio-Anthropology digunakan untuk merungkai rahsia umat manusia Asia Tenggara yang hingga hari ini tidak diketahui dunia. Penemuan dan pendedahan ini hanya sekadar cetusan atau anjakan paradigma kepada dunia kajian akademik hari ini yang sudah lama berkeadaan "statik" dibawah ketiak sistem kajian barat. Kajian mereka yang mengatakan manusia purba Asia Tenggara berasal dari benua Afrika sudah ketinggalan zaman dan dari hari ke sehari semakin dipersoalkan oleh pengkaji-pengkaji alternatif terutama bagi mereka yang mengkaji Negara Kepulauan Asia Tenggara dan Lautan Pasifik. Penemuan terhadap peradaban Lemuria di sekitar kepualaun Sulu sehingga ke Pulau Jepun dan Teori Sunda-Land telah berjaya menyangkal kajian manusia asal dari Afrika. Hal ini tidak dapat dimungkiri kerana wujud artifak, tradisi lisan dan tulisan-tulisan purba orang-orang Sulu. Tetapi pendedahan ini tidak akan dapat dilakukan oleh "orang luar" kecuali orang-orang Sulu sendiri yang mendedahkannya kerana "Berita Prasejarah" ada pada lidah dan disekeliling mereka. Oleh sebab itu kajian ini adalah kajian perintis (Pioneer) dalam menyambung data-data atau fakta yang berserakan menjadi satu untuk manfaat ummah.

Kami persilakan kepada pengkritik dan sumbangan teguran dan pembetulan selagi ianya membina maka ia akan diterima sesuai dengan prinsip kebenaran. Tetapi sekiranya mereka menyangkal dengan pendapat penemuan yang lebih baru dan terkini, maka kami katakan sebagaimana kenyataan Al-Biruni,

"Sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa bukti sains yang kukuh. Selagi sesuatu teori alternatif yang sebenar belum ditemui maka wajarlah seseorang itu mempercayai dan menerima teori dan penerangan yang terdahulu." (*http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/biruni.htm)


Dokumentari Ratu Hatshepsut dan ekspedisinya ke Nusantara menemui Raja Perahu di Land of Punt. Sebenarnya bangsa Mesir Purba sudah lama berulang alik ke Nusantara bukan sahaja di zaman Hatshepsut. The Land of Punt is best known for Queen Hatshepsut’s famous expedition there in 1493 BCE, in the 18th Dynasty, which brought back living trees to be transplanted (the first known successful attempt at transplanting foreign fauna) but evidence suggests the Egyptians were trading with the land of Punt as early as the reign of the pharaoh Khufu in the 4th Dynasty.

02- Pertembungan Kuasa Ketenteraan dan Perdagangan
Kembali kepada zaman Sri Vijaya kita sedia maklum bahawa kekuatan ketenteraan dan perdagangan berada di tangan Sri Vijaya di seluruh Nusantara. Sekiranya diperhatikan Sri Vijaya atau Sulug tidak mempunyai masalah dengan Suko-Thai dan Burma pada awal abad ke-7 sehingga abad ke-15. Persoalannya mengapa? Kerana bangsa Sulug telah menjadi asas kepada bangsa-bangsa di sekitar Nusantara bukan sekadar abad ke-4 atau sebelumnya malah ribuan tahun sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. Sulug sudah lama berserakan diseluruh Nusantara. Dalam penjelasan kami di bahagian yang lalu telah dijelaskan bagaimana Ratu Hatchepsut Mesir Purba telah menghantar wakilnya ke Sulu bertemu Maharaja Sulu sekitar abad ke-15 hingga 13 sebelum Masihi. Perkara ini memberikan kita beberapa pencerahan,
  • Tahun 1500 SM hingga 1300 SM, Maharaja Sulug ketika itu sudah wujud menguasai Nusantara sehingga dikatakan beliau sangat berkuasa terhadap pulau-pulau dan orang laut yang berperahu. Beliau dinamakan Raja Perahu.
  • Menunjukkan bahawa peradaban sudah lama maju di Nusantara kerana kelihatan pemakaian pedang atau keris terselit di pinggang dan pemakaian mutiara pada leher sebagai perhiasan adalah benar.
  • Betapa hebatnya Mesir dengan pembinaan Piramid yang begitu dahsyat namun Raja Mesir Purba lebih mengagumi Raja Perahu sehingga nama-nama Raja Mesir ditukar kepada Prao atau Pharaoh ketika itu yang bermaksud Perahu.
Bukti Mesir Purba seperti yang disebut di atas mengesahkan bahawa kerajaan awal sudah pun lama wujud kalau tidak, takkanlah Raja Perahu dan permaisuri Ati itu disebut dalam catatan Mesir Purba. Sebenarnya kerajaan Sri Vijaya itu hanya diketahui pada awal abad ke-4 dan ke-5 sebagaimana yang dicatat oleh I Ching seorang rahib Buddha dari China.

Ramai orang luar bertanya mengapa pakaian Sulug era Amerika Syarikat (abad ke-19) terlalu sendat melekat di badan, sebenarnya itulah identiti pakaian Sulug semenjak era Sri Vijaya lagi. Pakaian Sulug sama dengan pakaian raja-raja Khmer, Ayuthaya, Champa, Kemboja dll.
Pahlawan Tausug sedang bergelak ketawa ketika menaiki kapal perang AS tahun 1900-an di Jolo, Sulu.


Maharaja Zabag dengan Raja Khmer

Beberapa catatan akan didedahkan berkenaan pertembungan kerajaan-kerajaan saingan dengan Sri Vijaya seperti Majapahit dan Brunei. Kemudian akan dijelaskan bantuan-bantuan yang diberikan oleh Sri Vijaya kepada negara-negara lain. Berikut ialah cerita seorang Raja yang angkuh mahukan kepala Maharaja Zabag,

Dipetik dari legenda Maharaja Zabaj yang dikatakan menerapkan pendidikan klasik berdasarkan ajaran Buddha karma - Hukum Sebab-Akibat:

Suatu hari dalam keadaan yang penuh kecemburuan, Raja Khmer membuat kenyataan berikut ini di mahkamah. "Saya punya satu keinginan yang ingin saya puaskan," kata pemerintah muda.

"Apakah dia keinginan itu, oh tuanku Raja," tanya anggota dewan yang setia.

"Saya ingin lihat diletak di atas piring ini..." kata sang Raja, "Kepala Raja Zabaj."

"Saya tidak mahu tuanku Raja mengungkapkan keinginan seperti itu," jawab menteri "Kerajaan Khmer dan Zabaj tidak pernah mewujudkan kebencian terhadap antara satu sama lain, baik dalam kata-kata atau tindakan. Zabaj belum pernah menyerang dan melukai kita, apa yang Raja titahkan tidak perlulah diulang. ".

Murkalah Raja kerana dinasihati oleh menterinya, penguasa Khmer meninggikan suara dan mengulangi keinginannya, sehingga semua jeneral dan para bangsawan yang hadir di mahkamah dapat mendengarnya. Titah Raja Khmer si penguasa muda itu telah tersebar disampaikan dari mulut ke mulut sampai akhirnya tiba di telinga Maharaja Zabaj. Setelah mendengar kata-kata pemerintah Khmer, Maharaja memerintahkan ahli dewan untuk menyiapkan seribu kapal untuk berlepas. Ketika armada itu siap, Maharaja sendiri pergi naik dan mengumumkan kepada orang ramai di pantai bahawa dia akan melakukan perjalanan di antara pulau-pulau untuk mendapatkan ketenangan. Maka direntaslah laut armada belayar berurutan Maharaja langsung menuju ke ibu kota penguasa Khmer. Pasukannya menjadikan tentera dan rakyat Khmer terkejut hingga berjaya merebut bandar dan dikelilingi istana. Setelah pemimpin Khmer telah ditangkap, dia dibawa ke hadapan Maharaja Zabaj.

"Apa yang menyebabkan anda meluahkan keinginan yang tidak dalam kekuatan anda untuk menunaikannya, yang tidak akan memberi anda kebahagiaan pun jika sekiranya anda terfikir, dan sebenarnya dapatkah anda lakukan sekali pun mudah melakukannya?" Maharaja Zabaj bertanya.

Oleh kerana Raja Khmer tidak menjawab kembali, Maharaja Zabaj melanjutkan "Anda telah meluahkan keinginan untuk melihat kepala beta diletak atas pinggan di hadapan anda. Jika anda juga berkeinginan merebut kerajaan beta bahkan hanya untuk menyerang sebahagian dari itu, beta juga akan melakukan hal yang sama kepada anda. Tapi oleh kerana engkau hanya mendedahkan keinginan pertama ini, maka beta akan melakukan perkara sama sebagai mana anda melakukannya kepada beta. Kemudian beta akan kembali ke negara asal beta tanpa mengambil sesuatu apa pun dari milik Khmer, baik bernilai besar atau kecil. "

Ketika Maharaja Zabag pulang kembali ke istana sendiri, baginda duduk di atas takhta itu. Kelihatan di depannya piring yang di atasnya diletak kepala Raja Khmer. (*www.borobudur.tv/history_2.htm).

Kenyataan dalam legenda Maharaja Zabaj ini menunjukkan kepada kita bahawa Sulug atau Sri Vijaya bukannya penakluk. Jelasnya Raja Zabaj sendiri tidak pernah menyakiti atau memerangi kerajaan Khmer tetapi Raja Khmer pula yang bernafsu lebih melebihi keupayaannya. Sebenarnya Sri Vijaya hanya tidak mahu negeri-negeri lain menghalang pedagang Sulug berdagang di negeri mereka, sekiranya dihalang maka inilah yang menyebabkan serangan-serangan yang akhirnya membawa kepada tanggapan "Sri Vijaya" penakluk.

Gambaran bala tentera kerajaan Ayuthaya di sekitar Kedah sehingga Pattani (Thailand). Sejarah Ayuthaya dan Kedah tua sebenarnya bermula ribuan tahun dahulu bila bangsa Sulug menduduki pantai Burma sehingga sepanjang tepi pantai Thailand hari ini. Sulug menjadikannya sebagai tanah persinggahan selain Sumatra untuk mengawal laluan perdagangan sebelum melalui Selat Melaka. Keluarga Sulug berkembang biak dari kalangan Orang Laut membentuk bangsa Melayu terawal di sepanjang Selat Melaka.


Persaingan Majapahit dan Sri Vijaya

Erick A. San Juan menyatakan kekagumannya terhadap Sulug (Sri Vijaya) dalam tulisannya Conspiracies and Controversies bahawa, “Walaupun orang Indonesia (Majapahit) lengkap dengan pelbagai alat perang dan kepandaian mereka, tetapi tidak pernah terfikir menghancurkan Tausug ke arah apa-apa peperangan yang tidak munasabah, hinggakan mereka (Tausug) dicatat oleh orang Arab sebagai pejuang Muslim terbaik di dunia.”

Vic Hurley berkata dalam bukunya ‘Swish of the Kris: The Story of the Moros’ bahawa “From about 1330, the brilliant-winged praos of the invading Javanese Empire of Majapahit touched the shores of Sulu for a period of seventy years, to sail off eventually on the northeast monsoon and return no more. The blues seas of Sulu ran red with the blood of the invader and the invaded, but the kris prevailed and the Moros (Tausug) clung to their island homes.”

Sebenarnya sejak abad ke-7 lagi Sri Vijaya telah pun melakukan serangan-serangan keatas Tanah Jawa kerana dominasi perdagangan. Sebelum Sri Vijaya menduduki Melaka Majapahit nampak tidak berminat menyerang kedudukan Melaka kerana mengetahui pusat Sri Vijaya bukannya di Melaka tetapi di Kepulauan Sulu. Sebab itu Majapahit melancarkan kempen serangan selama 70 tahun keatas Sulug di Jolo tetapi tidak berjaya menumpaskan atau menundukkan Sulug. Perkara ini perlulah dijelaskan bahawa kedudukan Sulu sangat strategik kerana lokasinya berada di tengah-tengah laluan perdagangan ke China. Majapahit sangat perlu menumpaskan Sulug bukan sahaja kerana ingin menguasai laluan perdagangan malah ingin menghilangkan pengaruh Sri Vijaya di seluruh Nusantara. Sebagai contoh, sekali pun Sumatra, Tanah Melayu, Kalimantan dan Sulawesi berada di bawah Majapahit ketika itu namaun kawasan-kawasan tersebut dipenuhi oleh bangsa Sulug dan para penyokong mereka.

Inilah faktor yang menyebabkan Majapahit tidak bertahan lama kerana serangan demi serangan dari Sri Vijaya menyebabkan Majapahit lumpuh. China terlalu rapat dengan Sulu sehingga apa sahaja kemahuan Sulu China akan tunaikan. Mengapa China sangat menghargai Sulu?

“By the third century B.C.E. the Chinese had taken notice of Malay sailors approaching their shores from the “Kunlun” Islands in the southern seas, which the Chinese learned were “volcanic and invariably endowed with marvellous and potent powers”. . . . The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean-going vessels engaged in long-distance overseas trade. The Chinese, in fact, appear to have learnt much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven mats reinforced with bamboo, at least several hundred years B.C.E., and by the time of the Han dynasty (206 B.C.E. to 221 B.C.) the Chinese were using such sails". Johnstone, 1980: 191-92.

Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh Johnstone sebagai "The Malay sailors" ialah Sulug kerana menurut China yang terawal mencipta perahu atau kapal sehingga China banyak belajar dari mereka ialah orang Sulug. Hal inilah yang menyebabkan China sangat rapat dengan Sulug atau Sri Vijaya sebab itu walau pun China telah menutup pintunya terhadap pedagang luar dalam keadaan tertentu namun Sulug masih mendapat peluang memasuki ruang perdagangan China. Mengapa Sulu selalu mendapat keutamaan negeri China?

“Yuan dynasty sources provide some information on the enormous value of pearls produced in Sulu. These pearls were greenish white in color and round in shape. The Chinese used them as jewelleries. They regarded them as the best among all the pearls produced in Southeast Asia since the luster of these pearls would never fade. Large-sized Sulu pearls measured more than one cun (寸, 1/3 decimeter) in diameter. Of these pearls, the largest one would cost seven hundred to eight hundred silver ingots at its place of origin; a medium one, three hundred silver ingots, and a small one, ten to twenty silver ingots. When Chinese merchants brought these Sulu pearls home; they would reap a handsome profit that was ten to thirty times of their original prices." Wang Zhenping.

Kapal laut Sulug mudah dikenali iaitu mempunyai Katig (buluh pengimbang) kiri dan kanan untuk memudahkannya mengharungi ombak besar di lautan luas. Kapal Sulug telah menjadi ikutan kerajaan-kerajaan Nusantara sehingga penghujung abad ke-19.
Perhatikan perahu Sulug Butuan di atas. Semua istilah dalam bahasa Sulug kecuali Lantaka dan Plataporma adalah diambil dari bahasa Spanyol. Lantaka dalam bahasa Sulug disebut Pajati' manakala Plataporma disebut luang taddas. Perhatikan istilah Layag (Layar) dan Katig ada persamaan dengan lidah Kedah. Sebagai contoh Melayu Kedah menyebut Nyioq (Nyiur) Sulug pula menyebut Nyiug untuk pokok kelapa. Para-para, lidah Kedah menyebut paga-paga, Sulug juga menyebut paga-paga.


Persaingan Brunei dengan Sulug (Sri Vijaya)


Antara Brunei dengan Sulug sebenarnya tidaklah jauh berbeza kerana masih dikira "keluarga" terdekat setelah era kesultanan Islam. Tetapi ketika awal-awal Islam masuk ke Sulu dan Brunei masih di bawah pemerintahan putera-putera Raja Awang Alak Betatar telah berlaku persaingan peluang perdagangan dengan Sulu ke China. Sebenarnya kerajaan Brunei antara awal abad ke-14 sangat memihak kepada Majapahit berbanding Sulu. Dalam beberapa kes Sulu pernah menyerang Brunei kerana faktor perebutan kuasa perdagangan,

"Power relations among chiefdoms in Southeast Asia were not static. A chieftain had to guard his territories against threats by other tribes. One of the ways to achieve this goal was to seek Chinese support and recognition. The relationship between Boni and Sulu was a case in point. In early Ming Hongwu period (1368 M - 1398 M), Sulu invaded Boni and expanded its sphere of influence to trading ports on the northeast coast of present-day Borneo, which ports were crucial for controlling the China-Spice Island trade. The Sulu expedition forces withdrew from Boni only after the powerful Java state of Majaphati had intervened at the request of the Boni ruler.

The ruler of Boni decided to seek help from China by organizing a mission to the Ming court. He hoped that Chinese support would deter his Sulu rivals from launching another military campaign against him. In 1405, the ruler, his wife and children, his brothers and sisters, relatives, and his major supporters visited China. During a court audience, they prostrated themselves in front of the Ming emperor and told him that they wanted to be his subjects and consorts. Pleased with their show of loyalty, the emperor upgraded the receptions for the ruler of Boni ruler, treating him not as a Chinese prince, but as a duke and a marquise." WANG Zhenping, Reading Song-Ming Records on the Pre-colonial History of the Philippines.

Raja Brunei ketika mengadap Maharaja China begitu sangat kecewa dengan meminta kepada China untuk membendung Sulu dari menyusun kekuatan menyerang Brunei semula. Raja Brunei mengetahui tentera Jawa tidak berkemampuan mengalahkan tentera Sulu sebab itu Raja Brunei memohon bantuan kepada Maharaja China. Sebenarnya Brunei telah maklum Majapahit selama 70 tahun menyerang Sulu tetapi tidak pun berjaya menggugat kekuatan Sulu malah Majapahit semakin susut sokongan dan dokongan. Untuk menilai hubungan Sulu-Brunei ketika Pra-Islam samada mereka mempunyai persefahaman dagang sejak dari awal sebenarnya tidaklah begitu jelas. Tetapi berdasarkan rapatnya hubungan Brunei dan Majapahit menunjukkan kepada kita bahawa di sinilah puncanya mengapa Sulu menyerang Brunei.

Untuk selesaikan permusuhan Brunei dan Sulu pada ketika itu sebenarnya amatlah sukar kerana sudah menjadi budaya Sulug sekiranya pernah sekali menyerang mereka akan berkali-kali membuat serangan selagi mereka tidak berjaya menumpaskan musuh mereka. Akhirnya permusuhan mereka telah berjaya diselesaikan setelah Syarif Ali Barakat menjadi Sultan Brunei yang pertama telah menjalin hubungan dengan Sultan Syariful Hashim yang juga menjadi Sultan Sulu yang pertama. Putera-puteri mereka dikahwinkan maka terikatlah tali persaudaraan antara Brunei dan Sulu.


Penjelasan Sejarah Brunei Yang Keliru

Dalam sejarah Brunei telah dicatat bahawa Syarif Ali Barakat telah naik takhta pada tahun 1425 M manakalah Sultan Shariful Hashim di Sulu mereka letak kenaikan takhtanya pada 1450 M sebenarnya telah berlaku kesilapan di sini. Yang benar dan tercatat dalam khutbah Sulu ialah kenaikan takhta Sultan Shariful Hashim ialah pada 17 November 1405 M sebagaimana yang diakui oleh Majlis Datu Diraja Sulu, YM Datu Albi Ahmad Julkarnain. Rasanya Pehin Dato Awang Jamil Al-Sufri, Pengarah Pusat Sejarah Brunei kena mempertimbangkan dengan menilai semula fakta tersebut. Kerana fakta 1450 M kenaikan Sultan Shariful Hashim adalah pendapat Cesar Adib Majul yang juga dirujuk oleh Datu Ali Aman bin Aliuddin Aranan dan Pehin Awang Jamil Al-Sufri dalam salasilah mereka. Hal ini bertentangan dengan fakta yang ada dalam catatan sejarah China yang mengatakan putera-puteri Sultan Sulu (anak-anak Sultan Shariful Hashim) telah datang ke China seramai 3 orang pada tahun 1417 M,

"Some chieftains even came to trade in China in the name of paying tributes. The three Sulu rulers and their visit of the Ming court in 1417 were a case in point. Baduge Badala 巴都葛叭答剌 (Puduka Patala), the Eastern King of Sulu, Mahalatu Gelamading 麻哈剌吐葛剌麻丁 (Maharaja Klainbantangan), the Western King of Sulu, and Baduge Balabu 叭都葛巴剌卜 (Puduka Prabu), wife of the late King of the Mountainous Tribe (Tongwang 峒王) came to China in a joint mission." WANG Zhenping, Reading Song-Ming Records on the Pre-colonial History of the Philippines.

Berikut adalah kenyataan yang lebih tepat mengikut sejarah dan salasilah Sulu,

In 1417 by the mission of the Sulu two men rulers Sultan Paduka Batara Kamaluddin and Maharaja Gemding and one woman ruler Paduka Prabu and the entourage about 334 Sulu people to Dezhou, Shantong, China upon invitation of emperor Yong Lo. They brought gift for the emperor. One of the those were expensive and precious pearls and gold. The Sulu pearls were particularly famous. By 1421, the envoy of the Sultan of Sulu brought to the Ming emperor a pearl of a more than 350 grams and was described by Ming officials as a rare item that is seldom to be brought to China. (*theislandsofpearls.blogspot.com)

Kemudian salah seorang dari mereka meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang telah menjadi kedukaan kepada Maharaja China. Jenazah dikebumikan di kawasan Shandong China dan dua orang lagi saudara-saudaranya tidak mahu pulang kerana kasih kepada saudara mereka yang meninggal tersebut. Pengkebumian dilakukan secara Islam dan sehingga kini anak-anak cucu mereka masih hidup menjaga makam di daerah Shandong. Malangnya 3 orang utusan tersebut telah disebut sebagai berasal dari Brunei oleh pengkaji sejarah Brunei hari ini. Kenyataan di atas membuktikan benarnya tarikh 17 November 1405 M sebagai tarikh kenaikan takhta Sultan Shariful Hashim bukannya 1450 seperti yang mereka dakwa.

Waris Sultan Sulu tahun 1417 M yang menjaga makam nenek moyang mereka di Shandong, China. Mereka masih menganut Islam dan senantiasa membuat lawatan ke makam moyang mereka yang lebih awal iaitu Sultan Syariful Hashim di Jolo, Sulu.
Gambar makam dan bangunan pengurusan makam yang hingga hari ini masih terjaga dengan baik. Walau pun mereka bermata sepet dan telah menjadi warga china namun mereka tetap berketurunan Sulug.


Mengapa Sultan Syarif Ali Barakat dimakamkan di Sulu?
Persoalan yang sampai hari ini masih sukar dijawab oleh orang-orang Brunei. Menurut catatan Robert Nicholl dalam bukunya "Raja Bongsu of Sulu" menyatakan bahawa Sultan Brunei yang pertama iaitu Sultan Syarif Ali Barakat telah dikebumikan di Bud Tumantangis, Buansa, Jolo Sulu. Tetapi menurut Datu Albi Ahmad Julkarnain makam sebenar terletak di Bud Datu, Indanan, Jolo Sulu. Menurut tradisi lisan, mujahid Sulug sebelum turun ke medan perang mereka terlebih dahulu datang menziarahi makam Syarif Ali Barakat untuk berdoa kepada Allah swt secara Tawassul atau bertabarruk (Istigatha) dengan keberkatan Syarif Ali tersebut. Ribuan mujahid Sulug yang menjadi pemusnah penjajahan Spanyol adalah terinspirasi dari makam-makam para Waliullah, hal ini adalah kebiasaan umat Islam Sulug ketika itu. Setelah Spanyol mengetahui bahawa sumber kekuatan Sulug berpunca dari makam dan tinggalan sejarah nenek moyang mereka maka Spanyol telah membuat serangan besar-besaran keatas Sulu sekitar tahun 1680-an lalu naik keatas Bud Datu menghancurkan makam sehingga rata.


Menurut penelitian kami makam sebenar Syarif Ali Barakat berada di Pasil, Indanan, Jolo Sulu. Sehingga hari ini setiap hari Selasa dan Khamis diadakan majlis doa selamat di kawasan makam Syarif Ali tersebut. Keturunan Syarif Ali di sekitar kepulauan Sulu tidak memakan ikan jerung kerana menurut tradisi lisan Syarif Ali pernah ditimpa musibah ketika kapal yang dinaikinya karam ketika belayar di laut. Tetapi dengan izin Allah swt datanglah seekor jerung lalu membawanya ke tepi pantai. Maka Syarif Ali telah bersumpah melarang anak cucunya dari memakan ikan jerung selama 44 keturunan.

Satu teori yang mungkin boleh dipertimbangkan ialah makam Syarif Ali Barakat yang sebelumnya berada di atas Bud Datu atau Bud Tumantangis telah dipindahkan oleh orang-orang Sulu ke Pasil, Indanan samada sebelum atau selepas serangan Spanyol. Ini adalah satu kemungkinan kerana wujudnya tradisi lisan. Orang-orang Brunei sukar mengesan lokasi sebenar makam Sultan Ali Barakat di Brunei. Walhal Syarif Ali dimakamkan di Sulu bukannya di Brunei. Perkara ini telah memberikan kita satu gambaran bahawa benarlah Sulu itu sebagai Pusat Pentadbiran Nusantara sehingga dinamakan sebagai pulau yang penuh keberkatan kerana makam-makam para waliullah itu memenuhi kaki-kaki gunung di sekitar kepulauan Sulu. Seolah-olah para makhdumin itu merasakan di sinilah moyang mereka Nabi Adam a.s. diturun dan dikebumikan.


03- Perang, Rompakan dan Perhambaan
Apabila disebut peperangan maka sebahagian pembaca yang anti perang akan membeliakkan biji mata mereka kerana tajuk inilah yang ditunggu-tunggu. Kerana mereka telah mengetahui Sulug memang "jahat dan sukakan persengketaan" sebab itu di sesetengah tempat terutama di Sabah hari ini bangsa Sulug sangat dibenci oleh sebahagian mereka. Hal ini berlaku disebabkan "kenangan sejarah lama" oleh kaum-kaum tempatan Sabah terhadap "kekuatan" ketenteraan Sulug yang bukan sahaja berjaya mengawal sosio-ekonomi Sabah (North Borneo ketika itu) malah sistem perhambaan Sulug telah menjadikan kaum-kaum bukan sahaja di North Borneo malah di seluruh Nusantara begitu berdendam sehingga ke hari ini. Sebagai contoh ketika era Sulu Zone (abad ke-17 hingga 18) Sulug masih terlalu kuat dan bebas. Mereka masih menduduki Melaka, Kedah, Johor, Riau-Sumatra, Banjar-Kalimantan, Pulau Flores sehingga Makassar.

"A note about the Tausug-The Sultanate of Jolo had once covered present day Sabah, parts of Sulawesi, and various islands all the way to Flores in the Indonesian Archipelago aside from Tawi-Tawi, Basilan, and Zamboanga in the Philippines by virtue of armed conquest. They are still viewed in much the same way as the Gurkas are by Britons, in the Philippines today." Krishna K. Godhania *www.krishnagodhania.org/articles/Romy.html.

Seorang Sulug yang menetap di Johor hari ini bernama saudara Jamir bercerita,

"Seorang makcik Melayu yang tinggal di Sungai Ringit Johor bila mengetahui saya berketurunan Solok beliau terkejut lalu berkata: Nenek moyang kami sangat takutkan orang Solok. Ketika kapal-kapal Solok berlabuh di sini anak-anak perempuan kampung kami cepat-cepat dibawa oleh bapak-bapak mereka ke tengah hutan kerana orang-orang Solok bila nampak wanita cantik mereka akan meminta untuk dinikahi. Kalau keluarga wanita enggan mereka akan rampas dan bawa ke tanah Solok".

Sulug ketika berada di Melaka, Portugis telah mengenali mereka dengan panggilan Luzones @ Luzoes. Sulug digambarkan begitu bersatu padu dan menguasai perdagangan di Melaka ketika itu.

"We already know now that the Portuguese had arrived first to Mindanao than Spanish which was they called Islands of Cloves. One group of the Portuguese headed by Francisco Serrano who settled there for seven years to eight years starting from the year 1512. And one Portuguese, Tome Pires tells the story about the people of Luzon who were settled in Malacca in 1515. He said: “[The Luzones] are almost one people, and in Malacca, there is no division between them...[T]hey were already building many houses and shops. They are a useful people; they are hardworking...In Minjam, near Malacca, there must be five hundred Luzoes, some of them important men." The Portuguese Quest for Spices and Souls at Zaide wrote in the “Documentary Sources of Philippine History, Vol. 1, p.50”


Empat lokasi kampung Solok di sempadan negeri Sembilan dan Melaka. Orang Minang dan Pagar Ruyung hingga ke hari ini masih mengaku sebagai "Orang Solok" terutama mereka yang tinggal di sekitar Padang Sumatra hari ini.


Lima buah kampung Solok di sekitar Masjid Tanah, Melaka. Menurut tradisi lisan Sulug para pahlawan Sulug sekiranya sampai di Melaka mereka langsung turun dari bahtera dan menunaikan solat di atas tanah kerana ketika itu mungkin mereka kesuntukan waktu untuk mencari tempat solat. Maka dinamakan Masjid Tanah sempena tempat solat tersebut. Dalam bahasa Samal Balangingi turut menyebut Tana' kepada tanah.


Enam buah kampung Solok di sekitar Bandaraya Melaka. Menurut tradisi lisan Sulug Laksamana Landasan (beliau keturunan Sultan Syariful Hashim yang menjadi pelaut Balangingi) ketika sampai di Bandar Melaka beliau disambut oleh para bangsawan kerana kepahlawanannya. Beliau meninggal di Melaka dan kuburnya tidak diketahui hingga hari ini.


Lagi dua kampung Solok di sekitar Melaka.

Walau pun terdapat pandangan negatif terhadap Sulug namaun dalam masa yang sama terdapat catatan yang menggambarkan kelebihan Sulug yang senantiasa menjaga keamanan. Sekiranya kita melihat peta Melaka hari ini terdapat 16 kampung yang masih wujud dengan nama Solok. Rasanya masih banyak kampung Solok yang tidak tertulis atau pun sudah diubah menjadi tanah pembangunan dan sebagainya. Terlalu banyak cerita Sulug di Melaka yang masih tertinggal dalam tradisi lisan Sulug di kepulauan Sulu hari ini samada negatif atau pun positif.

Satu lagi cerita ialah bersumberkan dai buku James Francis Warren yang bertajuk Sulu Zone. Beliau menjelaskan bahawa ketika Solok meronda Laut China Selatan pada abad ke-17 dan singgah di Terengganu dan Kelantan mereka menangkap sesuka hati dan mengikat orang-orang Kelantan. Tidak syak lagi mereka telah dijual ke Makassar dan Maluku dan sebahagiannya mereka jual ke Sulu dan Brunei. Satu lagi cerita menarik dari seorang Padre Kristian Spanyol bernama Francisco Combes mencatat dalam Historia de las Islas de Mindanao, Jolo y sus Adjacentes (1667), iaitu pada abad ke-16 beliau berkata,
  • Lutao yang telah digunakan oleh seluruh negara-negara luar sebagai pahlawan dalam perang mereka di laut. Pejuang-pejuang negara luar tidak akan pergi menentang berperang di laut, dan hanya pergi ke laut kalau terpaksa (maksudnya Laud-Tao diterbalikkan Tao-Laud Spanyol menyebutnya Lutao bermaksud Orang Laut).
  • Mungkin disebabkan oleh ini, mereka (negara-negara luar) tidak setanding dengan Lutao yang berkuasa menembusi lawan apabila mereka (negara-negara luar) tidak berani berperang dengan lawan yang hebat dan mereka (negara-negara luar) hanya mahu menang tanpa bahaya atau kecederaan. Sesiapa yang mempunyai perhubungan dengan Lutao dari mana-mana negara maka dianggap berkuasa sebab Lutao ditakuti di laut dan pantai yang selalu merampas dan memperhambaan orang. Mereka (Lutao) juga menyekat laluan ke pulau-pulau yang lain dengan rompakan dan menawan sesiapa sahaja yang lalu.
  • Buhayen (Raja Maranao di Buayan) adalah Raja yang sebenar dan layak, tetapi rakyat tidak hiraukan beliau walaupun banyak pengikut disebabkan beliau tidak mempunyai Lutao. Sementara itu, Raja Mindanao (Maguindanao) walau pun pahlawanya sedikit sahaja - (nisbahnya) hanya satu dalam setiap 20 Buhayen - tetapi lebih digeruni kerana banyak pejuang-pejuangnya terdiri dari Lutao dan dia boleh berperang bila-bila masa, dan di mana sahaja.
  • Ia juga telah menjadi sebab pulau kecil Jolo menjadi popular walaupun mereka hanya sedikit sahaja kerana mereka (senantiasa) di laut dan mereka menyamai kekuatan Mindanao kerana mereka banyak Lutao sebagai penyokong.
  • Satu sebab rakyat mengurang di Mindanao dan Visayas kerana penangkapan lanun Lutao. Dirangsangkan penangkapan oleh Moro di Borneo, Sulawesi, Macazar, Gilolo, Ternate dan bahagian lain di Maluku. Mereka membeli dan memperhambakan tawanan-tawanan yang dibawa dan dijual oleh Lutao.
  • Saya mengalami sebegini semasa menjadi tetamu di satu kampung yang berbahaya. Untuk menenangkan Subanon (Kaum Sungai di Zamboanga), saya membawa satu Lutao berjumpa pemimpin mereka semasa ketibaan baru Sepanyol (di Zamboanga), dan (pemimpin Subanon) masih menghormati saya hingga sekarang (1667) di semua kawasan pantai Siocon.
  • Ketua Lutao tiba-tiba menyampuk: "Jangan peduli dengan mereka, Padre, mereka hanya hamba-hamba saya semua." Dia berkata kepada saya semasa kami duduk berhampiran dengan ketua kampung. Saya jangka ketua-ketua itu akan bangun (marah) kerana kesombongan dan penghinaan yang mereka dengar (dari Lutao), tetapi yang berlaku sebaliknya. Malah mereka lebih menjadi lembut pada ketua Lutao, dan menganggap perkataan itu sebagai satu tanda penjagaan - seperti penawaran dari satu putra pada kakitangannya. Mereka bukan hamba-hamba tetapi mereka telah dilahirkan dan dibesarkan dalam pematuhan kepada Lutao sebab itu sudah terlatih memberi hormat. Walaupun mereka (Orang Sungai-Subanon) dibawah kerajaan kita Sepanyol, walaupun kita mempertahankan mereka daripada penindasan, mereka masih mematuhi perintah-perintah Lutao kerana inilah yang membuka mata mereka.
  • Lalu perbuatan ini ditegur setelah kerajaan Sepanyol berkuasa yang dibimbing oleh rahib-rahib kita, dan sekarang mereka sudah ada tempat rujukan kalau ada penindasan (maksudnya kehadiran Spanyol menjadikan Subanon tidak takut lagi ditindas oleh kaum Lutao disebabkan Spanyol telah hadir berkawan dengan Lutao).
  • Diceritakan pada saya oleh ketua kampung Baluasan, berhampiran Samboangan (Zamboanga City kini), kekecewaan yang mereka alami pada tangan Lutao. Mereka bernasib baik kerana Sepanyol datang dan menghentikan penindasan itu kepada mereka, dan mempertahankan kebebasan mereka. “Melapangkan dada saya apa yang dia (Subanon) katakan. Mereka menjadi jujur dan rajin kepada kita Spanyol kerana mereka tidak mempunyai sesiapa yang boleh didekati supaya terselamat dari penindasan Lutao.”
Peta gugusan kepulauan Sulu hari ini bermula dari Zamboanga City sehingga ke kepulauan Tawi-Tawi.

Sebenarnya dalam bahasa Sulug, Lutao bermaksud Hantu. Kemungkinan Spanyol menggunakan istilah Lutao adalah berdasarkan bahasa dari kemarahan kaum Subanon kepada Samal Balangingi. Orang Sulug yang menjaga laut dan menguasai Orang Laut Pala'o di seluruh Nusantara sebenarnya ialah Samal Balangingi. Balangingi dapat bertutur bahasa-bahasa di Nusantara dengan fasih ketika itu termasuklah bahasa Suko-Thai dan Burma. Sulug adalah bangsa Laut dan sangat mahir dengan laut sekali pun kelihatan mereka menanam ubi di tengah hutan. Di kepulauan Sulu sehingga hari ini masyarakatnya pandai berenang sekali pun duduk di pedalaman. Membuktikan mereka adalah orang Sulug yang masih mengekalkan identiti Sulug atau "Arus Laut". Bila melihat catatan Francisco Combes di atas kita akan dapati betapa hebatnya bangsa ini walau pun zaman Sri Vijaya sudah lama berlalu. Sehingga kedatangan Amerika Syarikat abad ke-20 pun mereka masih mengekalkan penguasaan laut di seluruh Nusantara. "Kejahatan" yang dilabelkan terhadap Sulug oleh para penentang mereka adalah disebabkan "kelemahan" oleh kaum-kaum yang menentang Sulug itu sendiri.

Sebaliknya sekiranya kaum tersebut menerima Sulug seadanya sebagaimana Banjar, Sambas, Padang, Johor, Riau, Kedah dan Melaka maka "kejahatan" Sulug tidak pun berlaku ke atas mereka. Sebenarnya orang Kelantan yang dicolek oleh Sulug itu adalah kerana sebab tertentu. Kerana ketika abad ke-18 Inggeris sudah mula menguasai Tanah Melayu dan berusaha menjauhkan orang Melayu dengan Sulug. Kerana Sulug senantiasa membantu Sultan dan Raja di setiap kawasan Nusantara dalam kempen mereka melawan musuh termasuklah memerangi penjajahan. Walau pun Inggeris masuk ke Nusantara atas keiizin Sulug dan Kesultanannya dan atas nama perdagangan namun secara diam-diam Inggeris bermain menjauhkan Sulug dengan Orang Melayu.

Melihat kepada gambar tampak mereka berkeadaan selekeh, sebenarnya merekalah Samal Balangingi yang sangat di takuti di perairan Asia Tenggara. Mereka mahir pelbagai bahasa dan mampu menewaskan sesiapa sahaja di lautan luas. Bahasa utama mereka ialah bahasa Sulug dialek Samal Balangingi yang lebih mirip dengan bahasa Melayu Riau.
Kapal layar Samal Balangingi dan Dayak Laut Iranun (Ilanun) sedang meronda laut Nusantara.


Kedatangan Penjajah Eropah


Di Asia Tenggara Inggeris dan Belanda telah memilih untuk tidak berperang dengan Sulug kerana mereka tahu Sulug berada di mana-mana di seluruh Nusantara sebab itu James Brooke (Raja Sarawak) dan Stamford Raffles (Gobernor Singapura) membayar cukai kepada Kerajaan Sulug di Sulu. Terbukti dengan penghantaran John Hunt ke Jolo pada tahun 1814 yang diutus oleh Stamford Raffles untuk mengkaji kekuatan dan kelemahan Sulug serta lawatan James Brooke untuk meminta izin menduduki Sarawak tahun 1849 (Treaty of Friendship). Antara James Brooke dan Kerajaan Sulug di Jolo telah termeterai perjanjian persafahaman yang memudahkan laluan laut agar tidak diganggu oleh Tentera Laut Sulug.
  • Sebenarnya James Brooke adalah Consul General British yang dihantar khusus dari England menemui Sultan Muhammad Fadl Pulalun bin Sultan Jamalul Kiram I pada Disember 1848 dengan menaiki kapal perang British dinamakan kapal Maeander.
  • James Brooke kembali ke England dan kemudian pada Mei 1849 beliau kembali semula ke Sulu menemui Sultan Muhammad Fadl Pulalun dan memeterai perjanjian Treaty of Friendship and Commerce. Kemudian James Brooke menduduki Pulau Labuan dan di sinilah punca penubuhan British North Borneo Company (BNBC) kemudiannya dalam tahun 1882.
Inilah rahsia mengapa Sultan Sulug iaitu Sultan Muhammad Jamalul Alam bin Muhammad Fadl Pulalun memeterai pajakan North Borneo (Sabah) pada 1878 dengan kompani British telah menyebut bahawa "Sarawak di bawah kekuasaan kami" adalah kerana kekuatan maritim Sulug. Belanda juga mempunyai persefahaman dengan Sulug kerana ketakutan mereka terhadap Orang Laut yang dipanggil oleh bangsa Indonesia hari ini sebagai Bajak Laut. Walaubagaimana pun Belanda pernah menyerang Sulu kerana tidak tahan dengan gangguan Samal Balangingi di perairan Jawa sehingga ke Selat Melaka namun serangan tersebut sedikit pun tidak melemahkan Sulu. Satu-satunya kolonialis yang banyak menanggung kerugian ialah Spanyol kerana bertindak memerangi Sulug. Tentera Sulug dan Spanyol senantiasa berbalas-balas serangan sehingga Sulug berjaya mencolek ribuan bangsa Tagalog atau Visaya Kristian yang bernaung dibawah Spanyol dan memusnahkan limbungan kapal-kapal Spanyol selama tiga abad berturut-turut.

Beberapa faktor yang menyebabkan Sulug menjadi perompak dan pencolek ketika zaman Spanyol, Belanda dan British menduduki Asia Tenggara ialah,
  • Faktor Ekonomi: Belanda, British dan Spanyol memonopoli pelabuhan perdagangan di seluruh Nusantara menyebabkan Orang Laut Sulug kehilangan mata pencarian.
  • Faktor Agama: Belanda, British dan Spanyol membawa Agama Kristian dan berusaha mengkristiankan penduduk Nusantara seramai mungkin.
  • Faktor Kebangsaan: Penjajah mengancam institusi beraja dan tradisi nenek moyang serta pemilikan tanah yang diberati dengan cukai dan sebagainya.
Tiga perkara ini menjadikan bangsa Sulug terdesak dan keluar beramai-ramai merompak dan menangkap sesiapa sahaja yang mereka jumpa di tengah laut kemudian menjualnya untuk dijadikan hamba abdi. Sulug tidak dapat berdagang lagi seperti dahulu sebelum kedatangan penjajah dan hal ini semakin tidak tertanggung oleh tiga kumpulan penjajah ini. Pada pertengahan tahun 1800-an British, Belanda dan Spanyol berpakat bersama melancarkan serangan terhadap kedudukan Sulu namun rancangan mereka tetap gagal malah sehingga kekalahan Spanyol di tangan Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19, Sulu masih berdiri sebagai negara berdaulat yang tidak terjajah dan terkalahkan. Hal ini diakui sendiri oleh Amerika Syarikat dalam Bates Treaty 1898 antara Sultan Sulu dan AS.

Kedatangan bangsa Arab zaman Sayyidina Ali r.a. ke Sulu yang dinamakan Al-Badari (ahli Badar) pada abad ke-7 dan disusuli dengan kedatangan Bani Alawi (Ahlul Bayt Rasul saw) abad ke-9 bermulanya zaman kebangkitan Islam di Nusantara.


04- Kedatangan Arab dan kemunculan Bani Hashim
Di bahagian sebelumnya kami telah menceritakan kedatangan Bani Israel ke Sulu pada abad ke-6 sebelum Masihi sehingga berjaya menguatkan Aqidah orang-orang Sulug yang sebelumnya telah melemah. Tetapi setelah ramainya para pedagang Arab berkunjung ke Asia Tenggara dan berjaya mencatat kehebatan Maharaja Zabaj yang berkuasa keatas negara kepulauan maka kerajaan Kristian telah mengetahuinya dan mula menghujani Kepulauan Sulu kemudian. Negara yang pertama kali mengutus wakilnya ialah Perancis kira-kira abad ke-12 dan kemudian disusuli oleh Portugis, Belanda, Spanyol dan yang terkebelakang sekali ialah Inggeris. Mengapa mereka datang berduyun-duyun ke Nusantara terutama ke Sulu? Berikut beberapa faktor telah kami senaraikan,
  • Pertama: Persengketaan Agama kesinambungan dari Perang Salib yang mana umat Kristian berusaha mengalahkan Islam dalam semua segi.
  • Kedua: Perdagangan rempah yang berjaya di telusuri oleh para pelayar awal ke Nusantara. Hal ini dilihat dapat memberikan kuntungan yang lumayan serta mengatasi monopoli rempah India dan Arab yang mana negara Eropah terpaksa bergantung dengan mereka sebelum ini.
  • Ketiga: Komplot para Pendita Kristian yang mendakwa menerima surat dari Prester John yang dikatakan datang dari Nusantara sebuah negara kaya raya. Hal ini sengaja di dirancang oleh para pendita Kristian untuk menggalakkan ekspedisi dan penaklukan umat Salibi seterusnya menguasai dunia. Penipuan para pendita ini jelas kerana mereka terbaca dari catatan Arab berkenaan kekayaan Maharaja Zabag di Asia Tenggara.
Tetapi bangsa Eropah (Kristian) ini terpaksa menerima kenyataan bahawa umat Islam telah datang lebih awal memulakan dakwah dan dengan cepat mewujudkan kerajaan-kerajaan Islam termasuklah Sulu. Menurut tradisi lisan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdul Baqi Al-Azhari bahawa Islam mula-mula datang ke Sulu pada abad ke-7 dan abad ke-8 melalui laut. Kumpulan yang terawal datang ialah ahli Badar dan berjaya menduduki di satu lokasi di Pulau Sulu. Sehingga hari ini orang Sulug menggelar mereka Al-Badari. Kemungkinan mereka keluar belayar setelah berlakunya zaman fitnah di masa Sayyidina Ali karamallahu wajhah dengan Muawiyah r.a. yang berlanjutan sehingga menyebabkan umat Islam berpuak-puak. Selain dari laluan laut Islam juga telah sampai ke tanah China melalui jalur Sutra kemudian masuk ke Champa melalui tanah besar China.
  • Dinasti Pang (627 - 650 M) telah mula-mula didatangi utusan Rasulullah saw bernama Wahab bin Abi Kabsyah r.a. (sampai ke Canton) dan disusuli oleh Saad bin Abi Waqqas r.a. dan Thabit bin Qays r.a. (zaman Khalifah Othman bin Affan r.a.) ketika ini era Dinasti Tang (618 - 905 M) mereka membina masjid pertama Wai Shin-zi di Canton dan kedua ialah masjid Huejuexiang di Chang'an pada 684 M.
  • Kejatuhan Dinasti Tang kepada puak Han (Monggol Genghis Khan) menyebabkan penganut Islam era Dinasti Tang berhijrah ke Champa dan mengislamkan Raja Champa yang mentadbir Champa ketika itu antara tahun 905 hingga 1000 M. Sulug berulang-alik dari kepulauan Sulu ke Champa kerana Raja Champa sudah tentu berasal dari Sulu. Dalam tradisi lisan Sulug pernah satu ketika perkampungan Champa di Jolo diserang dan dibunuh oleh Sulug di daerah lain menyebabkan Champa datang dan menyerang Jolo pula. Sebenarnya tidak ada kaum yang berani menyerang Jolo kecuali bangsa Sulug sendiri.
  • Di tanah Arab telah berlaku kemelut politik yang berpanjangan antara Alawiyah (Keluarga Sayyidina Ali r.a.) dengan keluarga Muawiyah r.a. (Kerajaan Umayyah) menyebabkan Keluarga Alawiyah menjauhkan diri ke Nusantara menuju ke Sulu dan sebahagiannya menduduki Champa pada tahun 1000 M.
  • Kebangkitan penduduk Champa (Annam) pada 1409 M menyebabkan Bani Alawi hijrah ke Sulu sebahagiannya menduduki Selurong (Manila), Brunei dan sebahagian lagi hijrah duduk di Kelantan dan Patani sehingga tahun 1417 M. Kapal dagang dari pelayar Sulug belayar ke merata tempat menyebabkan Bani Alawi bertebaran sehingga ke tanah Banjar, Makassar, Maluku, Jawa dan Aceh. Di Sulu mereka dipanggil wali 7 (Pitu) manakala di Tanah Jawa dipanggil Wali 9 (Songo), juga terdapat Wali 7 (Tujuh) di Tanah Melayu.
  • Kemuncak zaman kesultanan Nusantara berada dalam tangan Bani Alawi ialah bermula abad ke-13 dan merekalah yang menyuburkan Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah (Usuluddin: Asya'irah, Fiqh: As-Syafi'e) di seluruh Nusantara, sekaligus menolak dakwaan Bani Alawi yang datang ke Nusantara adalah penganut Syiah. Bermulanya pengajian Islam dengan sistem pondok menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara tetapi disebut oleh Arab sebagai bahasa Bani Jawi. Lepasan pondok kemudian bertebaran di seluruh Nusantara mengajar dalam bahasa Melayu menyumbang kepada munculnya ulamak Melayu ulung seperti Al-Raniri , Al-Fansuri, Al-Banjari, Al-Sumatrani, Al-Singkili, Al-Fatani dll. Kitab-kitab karangan mereka disebar sehingga ke Mindanao dan Sulu.
  • Kesultanan yang dilagang oleh Bani Alawi di seluruh Nusantara ketika itu menyebabkan umat Islam bersatu padu tanpa mengira bahasa dan sub-etnik. Bani Alawi menyeragamkan tulisan (tulisan Jawi) dan bahasa perantara (bahasa Melayu) sebagai tanda kesatuan Islam. Bani Alawi sebenarnya telah mengetahui perancangan kuffar sebab itu mereka berkerja keras membina tapak lebih awal sebelum kedatangan para penjajah.
Foto Sultan Muhammad Jamalul Kiram II bin Sultan Muhammad Jamalul Alam bergambar bersama menterinya. Kelihatan muftinya berserban duduk di sebelah kiri adalah dari ulama' Bani Alawi.

Bermula pada abad ke-13 keluarga Bani Alawi telah menggantikan dominasi Bani Israel-Sri Vijaya kepada Bani Hashim-Sulug @ Tausug di seluruh kepulauan Sulu. Bani Alawi digelar Syarif (lidah Sulug menyebut Salip) oleh Tausug mula mengahwini anak-anak perempuan para Datu Tausug di seluruh kepulauan Sulu untuk menguatkan Islam dalam darah mereka. Tausug mula mengasihi para Syarif kerana memiliki akhlak yang mulia serta mampu memberi bimbingan ilmu agama kepada mereka. Sayyid Abu Bakar r.a. atau Shariful Hashim setelah berjaya mengislamkan Tausug Gunung (Buranun) telah memulakan perjanjian atau Bai'ah dengan ketua suku kaum membela agama dan para cucu Rasulullah saw sehingga ketitisan darah yang terakhir.

Kemudian Sayyid Abu Bakar diangkat menjadi Sultan Sulu yang pertama pada 1405 M di Buansa Jolo. Sultan yang pertama ini pada awalnya enggan dilantik menjadi Sultan tetapi atas kehendak para Datu dan pemimpin kaum Sulug maka baginda pun menerimanya dengan beberapa syarat antaranya ialah umat Sulug mesti mematuhi hukum Allah swt dan Sunnah Rasul saw. Tausug mengakuinya dan bermulalah pembacaan Berjanji setiap malam Maulidurrasul yang dimulakan selepas Solat Isyak hingga menjelangnya Solat Subuh (Fajar) yang masih berkekalan sehingga kini. Tausug menganggap kedatangan para Sayyid @ Habaib ke Sulu mengislamkan mereka adalah juga kedatangan Rasulullah saw maka sesiapa yang tidak mengasihi cucu Rasulullah saw maka mereka juga dianggap membenci Muhammad saw.


05- Budaya dan adat resam Sulug
Sebenarnya budaya dan adat resam Sulug lebih kurang sama dengan budaya Melayu Nusantara lainnya. Tinggal lagi yang menjadikan Sulug sedikit berbeza ialah budaya perang mereka yang hingga hari ini masih wujud. Bagi Sulug doktrin perang bukan sahaja ketika turun ke medan peperangan senjata melawan musuh tetapi "perang melawan hawa nafsu". Perkara ini nampaknya didasarkan atas prinsip Islam itu sendiri. Sebenarnya sekiranya kita melihat dari dekat Sulug terbahagi kepada beberapa kategori seperti yang ada pada hari ini,
  • Sulug Moden: Menyertai arus perdana pendidikan, politik serta dasar ekonomi Filipina. Mereka lebih moderat dan banyak meninggalkan tradisi Sulug. Sebilangan dari golongan ini lebih mencintai Filipina berbanding budaya dan tradisi sendiri. Mereka menjawat pelbagai jawatan dalam kerajaan Filipina termasuk tentera dan polis.
  • Sulug Agamawan: Terdiri dari ustaz dan ulama' yang kebanyakannya mendapat didikan luar negara seperti Saudi Arabia, Mesir, Jordan dan tempat-tempat lain. Golongan ini kebanyakannya menentang tradisi lama Sulug yang mereka lihat bertentangan dengan Islam malah sebahagiannya melarang acara Maulidurrasul yang biasa diamalkan oleh nenek moyang Sulug. Golongan ini berjiwa "Merdeka" dan berusaha membebaskan Sulug dari cengkaman Filipina.
  • Sulug Kamaasan: Kamaasan bermaksud "Orang tua terdahulu" atau tradisional. Ini adalah golongan majoriti yang masih duduk di pedalaman Jolo dan kepulauan lain. Golongan ini terdiri dari para Datu, Panglima para Imam tradisi yang mereka panggil sebagai Mukali' dan para Syarif. Mereka yang masih mempertahankan budaya dan bahasa pertuturan bangsawan era Sri Vijaya hingga hari ini. Selain amalan Sufi Tariqat, golongan ini sebilangannya masih mengamalkan ilmu-ilmu kebatinan berupa falsafah-falsafah kuno Buddha yang telah diislamkan. Golongan ini juga sangat menentang kewujudan Filipina.
Kebudayaan dan Adat
Dari segi fahaman agama Islam, Sulug majoritinya adalah mengikut metodoligy Imam As-Syafi'e dalam Feqah dan metodology Aqidah mereka mengikut Imam Asy'ari (pengajian sifat 20). Kaedah penyampaian ilmu ada dua,
  • Pertama: Bi'at, belajar dengan seorang guru secara talaqqi (berdepan) tanpa menulis dan mencatat, ia hanya menggunakan hafalan. Antara ilmu yang diperturunkan ialah ilmu kebatinan perang, ilmu Tauhid Mengenal Allah swt, falsafah 3 Alif untuk mengenal agama dan diri sendiri, ilmu junub istinja' dan ilmu memikat wanita. Pemberian ilmu bergantung kepada selera guru mahu beri atau tidak setelah melihat kesungguhan murid. Kaedah bi'at juga kadang-kadang disampaikan dengan cara lutut bertemu lutut antara murid dan guru. Biasanya tiada bayaran, murid setelah tamat boleh hadiahkan sebentuk cincin emas kepada sang guru sebagai tanda terima kasih. Kaedah ini masih diamalkan secara meluas di pedalaman Jolo.
  • Kedua: Madrasah, ini biasanya pengajian Al-Qur'an secara tradisi yang juga dilakukan secara talaqqi di rumah-rumah atau pun di sekolah khusus. Bagi yang mendatangi sekolah agama akan menggunakan buku dan tulisan seperti biasa.
Adat perkahwinan dan persandingan adalah lebih kurang dengan adat Melayu di Indonesia dan Malaysia. Tetapi yang berbeza ialah semasa proses peminangan kerana disini terdapat variasi berdasarkan keadaan. Seorang lelaki Sulug mendapatkan isteri dari beberapa cara,
  • Magpangasawa: Masuk merisik kemudian meminang seperti yang biasa diamalkan di Malaysia.
  • Magsarahakan Tugul: Datang ke rumah keluarga wanita menyerah diri meminta dikahwinkan dengan anak perempuan mereka. Serahkan wang apa yang ada dalam simpanan sahaja dan rela membuat kerja-kerja apa sahaja yang diminta oleh keluarga wanita. Biasanya lelaki seperti ini tidak mempunyai wang yang mencukupi tetapi oleh kerana terlalu suka dan risau lelaki lain mendahuluinya maka Magsarahakan Tugul adalah jalan terbaik.
  • Magtahakkim: Keluarga wanita tersebut suka dengan sifat dan perangai seorang lelaki maka menyerahkan anak perempuan mereka untuk dinikahi dengan perbelanjaan seadanya.
  • Magdakup: Pasangan lelaki dan perempuan suka-sama suka lari bersama berjumpa tuan imam mengahwinkan mereka kerana takut terlanjur. Tuan imam akan menjadi orang tengah antara pasangan dengan keluarga perempuan untuk merundingkan harga hantaran. Biasanya tidaklah semahal seperti perkahwinan biasa, ia hanya sekitar RM1500 hingga RM3000. Keluarga perempuan tiada pilihan terpaksa terima.
  • Mangguyud: Berasal dari kata Guyud (heret) maka mangguyud bermaksud mengheret secara paksa. Seorang lelaki yang terdesak terpaksa melakukan tindakan luar dugaan iaitu mengintip terlebih dahulu tempat laluan perempuan yang diminati, lalu mencolek dan membawanya lari jauh, berjumpa tuan imam dan meminta dinikahkan. Setelah beranak seorang barulah datang ke rumah keluarga perempuan dan meminta maaf. Sesetengah kes kaedah rundingan juga dilakukan sebagaimana Magdakup. Sehingga hari ini amalan Guyud ini masih berlaku di kepulauan Sulu. Sebilangan wanita Sulug lebih suka pasangan lelaki yang melakukan tindakan seperti ini kerana dianggap berani dan "adventure". Lelaki yang "kurang jantan" tidak akan berani melakukannya.
Dalam budaya dan adat pergaulan Sulug, lelaki dan wanita bukan muhrim tidak boleh bersama. Sekiranya dijumpai oleh keluarga perempuan biasanya lelaki tersebut akan dibelasah teruk bahkan sesetangah kes berlaku kematian. Untuk selesaikan masalah ini Sulug menyediakan kaedah iaitu yang dinamakan pemberian Tampan Maru.
  • Tampan Maru: Bermaksud "penebus maruah". Sekiranya seorang ayah mendapati anak lelakinya telah berjalan bersama (dating) dengan anak gadis yang dikenali, sang ayah akan cepat-cepat berjumpa keluarga si gadis tersebut berbincang secara baik sambil menyerahkan wang pendahuluan serendah RM100. Kemudian kedua-dua keluarga memanggil anak mereka dan dinikahkan secepat mungkin. Hal ini dilakukan untuk mengelak zina dan kerosakan dalam masyarakat. Dalam hal ini, sekiranya ayah lelaki tersebut tidak melakukan Tampan Maru maka anak lelakinya dalam bahaya kerana sekiranya ditemui oleh keluarga si gadis pasti akan berlaku pergaduhan yang sudah tentu kesalahan tersebut dipihak anak lelakinya.
Budaya dalam Budi Bahasa
Mengkaji adab budaya Sulug dalam berbahasa kita akan mendapati ianya mempunyai perbezaan ketara dengan budaya Melayu di Malaysia. Bahasa Sulug yang biasa ditutur oleh Sulug pedalaman Jolo terutamanya golongan tua menggunakan gaya bahasa bangsawan. Ia lebih indah dari bahasa-bahasa lain di sekitar Nusantara. Ia ditutur dengan teratur dan berbunga-bunga sekali pun bercakap di tempat terbuka. Kalau di bandar-bandar kebiasaan Sulug hanya menutur bahasa pasar yang semberono tanpa melihat adab dan tata susila. Sebagai contoh ketika menyampuk percakapan orang lain mereka akan berkata,
  • Pugtul in bissara mu tuan, ha di'ku kabayaran ha adlaw mahuli.... "terputus bicara mu tuan, ianya tidak dapat ku bayar di hari kemudian..." barulah memulakan percakapan. Ia adalah kata hormat sebelum menyampuk.
Satu lagi ialah ketika mengulangi percakapan mereka mendahului kata hormat seperti,
  • Kabalikan ku biya' salawat... "Ku ulangi sebagaimana salawat..." kemudian meneruskan percakapan. Orang Sulug sejak berjaya diislamkan oleh Bani Alawi mereka ditanam dengan cintakan Rasulullah saw dengan senantiasa mengulang-ulangi bacaan salawat kepadanya. Sebab itu mengapa ketika mula bercakap dan berhajat mengulangi nasihat atau kata-kata maka perkataan tersebut mestilah disebut.
Setiap kali memberikan nasihat atau teguran Sulug akan senantiasa memberi kata "ibarat" atau perumpamaan. Terlalu banyak ibarat yang indah-indah disusun mengikut urutan sehingga ianya sedap didengar. Orang yang marah akan terhibur dan seronok. Mungkin inilah salah satu rahsia mereka dapat bertahan dari serangan-serangan Spanyol kerana indahnya bahasa menjadi penguat semangat para mujahid Sulug berabad-abad lamanya. Sebagai contoh,
  • Bang ibarat mamaigu' dagat, bang kau di' maingat lumanguy malu'mus kau... "Diibaratkan mandi laut, kalau engkau tidak pandai berenang maka engkau akan lemas..."

Budaya Perang
dan Sejarahnya
Sulug sekiranya di samakan dengan bangsa Melayu di Malaysia dari segi adat resam kemungkinan punya banyak persamaan tetapi tidak bagi "Budaya Perang" ini. Budaya perang Sulug mempunyai persamaan dengan orang Jepun. Menurut kajian kami bangsa Sulug mempunyai pertalian darah terlalu hampir dengan orang-orang Jepun. Perkara ini bukan sekadar budaya tetapi genitik yang kami panggil sebagai "Genitik Lemuria". Genitik Lemuria adalah berasal dari keturunan Madai bin Japheth bin Noh a.s. bercampur dengan Magog bin Japheth bin Noh a.s. yang menguasai kepulauan Sulu sehingga ke pulau Taiwan dan Jepun sekitar 12000 SM 8000 SM. Bangsa Lemuria terdiri dari banyak suku kaum yang kaya dengan budaya dan teknologi yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Oleh kerana banyak kaum maka mereka selalu berperang dan berbunuhan sesama mereka sehingga sebahagiannya berhijrah ke Monggolia untuk selamatkan diri dari perang saudara.

Anak-anak Sulug hingga hari ini masih mengadakan majlis khatam Al-Qur'an. Anak yang membaca sampai "Walyatalattaf" biasanya akan di khatamkan kemudian setelah tamat Juz Amma akan di khatamkan sekali lagi. Ini adalah amalan tradisi yang masih dikekalkan di pedalaman Jolo. Bedak pada wajah serta bulu kening yang ditambah serta perhiasan kepala nampak seperti wanita Jepun.

Manusia yang selalu mewujudkan sengketa dan peperangan biasanya akan cepat membuat kemajuan disebabkan desakan ketenteraan yang memerlukan penemuan baru mencipta senjata canggih. Hal ini telah pun kita lihat di Eropah bagaimana mereka cepat mewujudkan kemajuan adalah disebabkan oleh desakan peperangan. Bangsa Lemuria rata-rata berkulit putih kuning dan bertubuh pendek serta memakai simbol burung. Mereka juga menjadikan matahari dan bulan sebagai simbol kehidupan kerana ianya penting untuk pelayaran. Bangsa Lemuria sangat mengangungkan "Kejantanan", hal ini Jepun dan Sulug mempunyai beberapa persamaan yang amat ketara. Berikut disenaraikan beberapa persamaan,
  • Jepun mengkultuskan "kemaluan lelaki" yang dikenali hari ini sebagai Ajaran Shinto. Ia didasarkan atas tanggapan bahawa tanpa lelaki yang kuat dan berani maka tiadalah kehidupan dalam dunia ini.
  • Sulug tidak pula mengkultuskan "Kemaluan lelaki" tetapi meletakkannya sebagai simbol kejantanan. Sebagai contoh Sulug memanggil lelaki dengan panggilan "Uto" (bermaksud kekuatan dan hebat) yang berasal dari perkataan "Buto" atau kemaluan lelaki. Di Malaysia saudara tua lelaki dipanggil "Abang" atau "Along" manakala Sulug memanggil "Kak Uto", Kak atau kakak bermaksud abang lelaki manakala Uto bermaksud kemaluan lelaki. Bagi Sulug perkataan Buto' bukanlah jijik disebut selama mana ianya tidak dirujuk kepada "kemaluan lelaki" ia bergantung kepada ayat dan tujuan si penutur. Dalam bahasa Sulug, Buto bermaksud "satu keperluan" kerana "kejantanan" tanpa Buto bukanlah lelaki. Sebab itu tidak hairan mengapa Bahasa Melayu Indonesia menyebut "Butuh" sebagai "keperluan". Sulug suka menamakan anak mereka dengan nama Buto, sebagai contoh nama Bendahara kesultanan Sulu dinamakan Hj Buto. Bahasa Melayu juga meminjam perkataan "Uto" ini dengan sebutan Utuh yang bermaksud "teguh, kuat".
  • Jepun mempunyai semangat Samurai yang ditegakkan atas maruah dan ketaatan. Seorang Samurai sekiranya mendapat malu kerana kegagalan menjalankan tugas mereka menebusnya dengan Harakiri (bunuh diri). Seorang Samurai yang menerima tugasan atau misi, ianya diterima sebagai "perjuangan sehingga ketitisan darah yang terakhir". Hanya ada dua, mati atau kejayaan. Sekiranya kejayaan memerlukan kematian (korban nyawa) maka ianya perlu dilakukan dengan apa cara sekali pun, inilah yang dinamakan Kamekaze.
  • Sulug juga mempunyai semangat yang sama malah lebih realistik dan terorganisasi yang didasarkan atas Aqidah (Tauhid). Samurai pada Jepun, Gagandilan bagi Sulug. Gagandilan dan Pahallawan (dalam bahasa Melayu disebut pahlawan) mempunyai persamaan tetapi sedikit berbeza dari segi makna. Gagandilan bermaksud "pejuang perkasa" yang telah hilang ketakutannya kepada makhluk, serta mendapat ma'unah menyebabkan semua jenis senjata berupa besi tunduk kepadanya dengan izin Allah swt. Seorang Gagandilan menganggap nyawa dan jasadnya milik Maha Pencipta semata-mata sebab itu kematian berada di tangan-Nya bukannya pada manusia. Sekiranya dia mati dalam peperangan maka itulah ajal yang ditentukan Tuhan, maka ia diterima sebagai nikmat Syahid. Manakala Pahallawan adalah pejuang yang biasa menyertai peperangan. Sebagaimana Jepun mempunyai Kamekaze, Sulug juga mempunyai "Parrang Sabil" (Qital fi sabilillah) yang dipanggil oleh Spanyol sebagai Juramentado (berani mati). Doktrin Juramentado Sulug ialah "membunuh seramai mungkin musuh sebelum diri sendiri terbunuh".
  • Jepun menggunakan pedang panjang Katana yang sangat tajam dalam dunia serta menggunakan pedang kecil sebagai pengapit. Ini bermakna Samurai Jepun menggunakan dua pedang panjang dan sederhana pendek.
  • Sulug menggunakan Keris Sundang yang panjang sebagai pedang. Dan menggunakan Barung sebagai pengapit. Ini bermakna Sulug juga menggunakan dua jenis pedang sebagaimana Jepun.
  • Jepun menggunakan seluar labuh sebagai seluar tradisi dan kaum wanitanya menggunakan bedak tebal serta melukiskan bulu kening.
  • Sulug juga menggunakan seluar labuh seperti seluar jepun yang mereka panggil Salwal (kata asalnya saluar) dan kaum wanita Sulug juga menghias kaum wanitanya dengan bedak tebal dan melukiskan bulu kening.
Para saintis menjumpai bangunan yang dipahat cantik tenggelam dalam laut antara Pulau Taiwan dan kepulauan Jepun. Ia dipercayai sebuah altar bangsa Lemuria yang disebut Mu oleh orang-orang Jepun.

Selesai, artikel akan ditambah dalam posting akan datang dibawah tajuk : Fakta tambahan.

Kajian bersama:
ASREESULU & Neldy Jolo
  1. good news and a very good history to know about suluk

  1. Terlalu banyak cerita dongeng di dalam, usaha mengislamisai sejarah suluk.

Post a Comment