Lagu Sulug didedikasikan buat Muslimah Nusantara
Lagu ni penulis siapkan tahun 2004 yang lalu ketika menetap di Negeri Sembilan. Hanya dirakam dalam rumah dengan peralatan rakaman yang murah tetapi alhamdulillah sound dah dikira ok.
Menjaga kaum wanita kita hari ini sangat memerlukan kesungguhan, kerja keras, ketulusan dari keimanan dalam suasana penghujung "Zaman Fitnah". Hari ini anak-anak perempuan Melayu di semenanjung Malaysia mengalami "kemarau akhlak" kerana kelahiran anak luar nikah semakin berluluasa tidak termasuk bayi-bayi yang dibuang ke tong sampah dan masjid-masjid. Bersatulah umat Islam menjaga maruah Agama, Bangsa dan Negara.
Ini adalah lagu dalam bahasa Samal Balangingi yang ketika dulu ditutur oleh orang laut Seletar di sekitar kepulauan Riau. Dalam bahasa Sulug atau Samal "Budjang" bermaksud "anak gadis".
Video lagu Datu Khoemini dalam bahasa Maguindanao. Lagunya ditujukan buat Muslimah, perhatikan bahasanya yang menggunakan "E" pepet menunjukkan gaya bahasa Dayak Mindanao. Gaya bahasa Maguindanao sama dengan gaya bahasa Bangsa Dusun atau Momugun di Borneo. Dalam keluarga Sulug, Taguimaha dan Lucoes di kepulauan Lugus-Tapul-Pata lebih banyak bunyi "E" pepet berbanding Maguindanao atau Dusun di Sabah.
|