Buku Terbaru Tahun 2011

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, July 26, 2010 0 ulasan

Manuskrip Neldy Jolo bakal dicetak untuk edaran antarabangsa. Beliau mula mengkaji sejarah Kepulauan Sulu semenjak di bangku sekolah menengah lagi sehingga beliau mengajar di Mindanao State University (MSU) Jolo. Sebagai Artivis dan pengkaji sejarah bangsanya Neldy berkesempatan menimba pengalaman dan menyampaikan kertas kerja di beberapa negara seperti di Jepun, Thailand dan Amerika Syarikat.



Alhamdulillah perbincangan akhir telah pun diadakan antara pencetak dan pihak penulis berkenaan penerbitan buku Sejarah Sulug. Penulis dan Neldy sedang menyiapkan kandungan akhir kemudian memerlukan lagi sebulan untuk pemeriksaan dan pembetulan fakta. Menyusun sebahagian tajuk kedalam 5 bahagian iaitu>
  • Bahagian 1: Membuka Pintu Gerbang (sebagai pendahuluan atau mukaddimah)
  • Bahagian 2: Teori Likusantara (menjelaskan permulaan manusia 12000 SM hingga 9000 SM berkenaan teori Sundaland dan teori Lemuria)
  • Bahagian 3: Permulaan Ketamadunan (menjelaskan bangsa-bangsa yang memulakan tamadun 5000 SM hingga 1500 SM)
  • Bahagian 4: Sirih Pulang Ke Gagang (anak-anak Adam a.s. kembali ke asal), perbahasan kesedaran bangsa Eropah, Mesir Purba, Israel, Phoenisia, Arab, India & China ketamadunan bermula di Kepulauan Sulu. Menjelaskan secara terperinci bagaimana Bangsa Sulu membentuk Orang Laut sehingga wujud satu bangsa yang dinamakan Malayu @Melayu.
  • Bahagian 5: Janji Tuhan dan Rasul-Nya terhadap Bangsa Sebelah Timur (Nuu Waar & Sulug).

Post a Comment