KIRAM TIDAK SEDAR BAHAWA MEREKA TELAH DIBUANG OLEH TAUSUG KERANA ...?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, February 18, 2013 10 ulasan



Kerana...

Mahukan North Borneo (Sabah) untuk dimasukkan ke wilayah FILIPINA. Satu kenyataan yang generasi muda  dan nenek moyang Tausug kutuk sampai kiamat. Sangat menghairankan Sultan Esmail Kiram II ini sangat mencintai negara Kafir Filipina. Mengapa tidak sahaja keluarkan diri dari kewarganegaraan Filipina menjadi ENTITI SENDIRI sebagaimana nenek moyangnya? Jadilah Kesultanan SULU yang MERDEKA bukan dibawah ketiak Filipina....

Kami generasi muda Tausug lebih rela SABAH dijaga oleh Malaysia dari diheret masuk ke Filipina. Sampai bila Tausug berfikiran jumud seperti ini. Tiada masa depan dan terhina dibawah tapak kaki Filipina. Daripada terhina dibawah tapak kaki filipina lebih baik Tausug terhina di dalam kurungan rumah merah yang disediakan oleh Malaysia di seluruh Sabah. Malaysia walau pun dipandang zalim menyeksa Tausug dalam tahanan rumah merah sekurang-kurang Tausug tidak mengakui ketuanan Filipina. Kita ucap terima kasih kepada Malaysia kerana membina Kurungan Rumah Merah, kerana dengan ini generasi Tausug di Malaysia sentiasa subur semangat perjuangan  mengembalikan hak nenek moyang mereka di negeri Sabah.

Kami setia menunggu dan mendoakan kejayaan SULTANIYAH SULU DARUL ISLAM (SSDI) dibawah pimpinan para Datu dan syarif dibawah naungan Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II. Dunia ini hanya sementara, akhirat adalah tujuan kita. Kami dah tak tahan dengan demokrasi... kami rindukan DARUL ISLAM.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!
  1. tahan rumah merah kt sabah?ape tu??

  1. http://umbnsabah.blogspot.com/2013/03/hentikan-kezaliman-dan-permusuhan.html

    Sepertimana yang telah diperkatakan sebelum ini bahawa proses kebangkitan Islam yang dijanjikan oleh Allah swt sering terhambat disebabkan oleh perbuatan umat Islam sendiri.

  1. saudara asri...mgkn anda mmbenci kiram yg memasuki sabah atas dasar dia setuju sabah memasuki filipina...namun beliau belum mgatakan secara rasmi tntang fakta itu.kenyataannya beliau berkata sabah itu milik sulu...dan anda harus meghormatinya seperti mana sadara prof neldy menghormati misuari ats gerakannya meyedarkan dan myatukan hati rakyat mindanao ketika perang moro 1950an..sekurang-kurangnya kiram menunjukkan pada kaumnya dan pada org sulu khasnya d mindanao,sabah,malaysia, dan dunia bahawa sabah adalah milik org sulu,,dan tindakan itu menarik perhatian 1 dunia yg sebelum ini,dimana tuntutan org sulu itu tidak pernah di endahkan walaupun di tanah jolo sendiri sehingga kini...mgkin juga ada agenda di sebalik rancangan kiram itu sepertimana org sulu d mindanao setju atas dasar autonomi sahaja tpi di bawah pemerintahan filipina juga?????itu pun jika memang benar sabah itu sulu punya,,,

  1. Kesultanan sulu pun sudah dirampas si kiram ni, maka bertambah nafsu serakah mahu mengambil borneo utara. konon2 mahu filipina mengiktiraf beliau sebagai sultan agung bangsa sulu.

    riak2 munafik jelas ada pada wajah kiram dan pengikutnya tetapi tidak pada sultan bantilan muhammad muizzuddin. Pesona seorang sultan & pemimpin memang kelihatan pd baginda.

    Daulat Tuanku Sultan Bantilan Muizzuddin.

    dari anak cucu Iskandar Muda Mahkota Alam.

  1. Mindanao pun sudah cukup subur, indah , besar dan boleh membangun terus. pembangunan ekonomi selari dgn ajaran islam. kenapa sultan palsu ini berani masuk negara orang yang berdaulat,? ini bukan zaman pirate of the carribean , suka hati mak bapak dia mahu serang negeri orang.

  1. komen saudara pada perenggan akhir seperti ada maksud tersirat

  1. Majukan kepulauan Sulu yg kaya dgn pelbagai sumber, pelancungan, perikanan, galian spt minyak, emas yg masih belum di teroka, InsyaAllah Sulu akan menjadi negara lebih kaya dari Malaysia. Buang sifat dendam dan didik anak2 menjadi insan yg berguna kpd Agama dan Tanahair.

  1. rumah merah tu pusat tahanan bagi mereka yg x mmiliki pengenalan diri yg sah (xda i/c or passport) & tmpat tu memg truk. pusat tahanan di semenyih lagi slesa.

  1. The best casinos and sports betting apps - Dr.MCD
    Looking for 동해 출장마사지 the best 통영 출장마사지 gambling apps to 남양주 출장샵 play on the go? You've come to the right 대전광역 출장안마 place. You can play for free at 아산 출장샵 licensed gambling sites.

Post a Comment