Bhg 1: Kepulauan Sulu Sebelum Muncul Nama Philippines

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, June 22, 2010 21 ulasan


Artikel ini akan senantiasa diisi dengan fakta dan pembetulan kandungan dari masa ke semasa. Para pembaca dan pelawat boleh memberikan teguran dan tambahan fakta menggunakan chatbox dibahagian bawah sebelah kanan blog ini. Terima kasih!! - Asreesulu.

Setelah melihat peta di atas kami percaya ramai pembaca bertanya akan kebenaran fakta pada grafik Lusung tersebut. InsyaAllah kami akan perjelaskan satu persatu dari masa ke semasa. Untuk melengkapkan keterangan grafik di atas para pembaca sekalian perlulah bersabar dengan memberikan masa kepada kami untuk memasukkannya secara berdikit-dikit. Dalam keadaan sibuk hari ini menguruskan pelbagai hal, kami masih dapat meluangkan masa mencatat hasil kajian menyiapkan buku kami bertajuk Sejarah Sulug (sebelum ini penulis letak tajuk "Sejarah Tausug").

Antara yang menarik yang akan dibahaskan dalam tajuk ini ialah:
  • Siapakah bangsa BAJAU LAUT yang dikenali sebagai Orang Laut dalam sejarah Melayu dan mengapa mereka dikenali sebagai Bangsa PARAHU (Tausug menyebutnya PALA'O) di Kepulauan Sulu yang terkenal sebagai penyelam terhandal dalam dunia?
  • Apakah buktinya Bangsa PARAHU mempunyai hubungan dengan Bangsa Mesir Purba? Kemungkinan raja-raja Mesir (Fir'aun) yang dipanggil PARAOH berketurunan Bangsa Parahu dari Sulu?
  • Kalau benar, mengapa bangsa PARAHU hari ini sangat lemah dan mendukacitakan? Mengapa dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan Bangsa PARAHU hilang?
  • Benarkah Bangsa Lucoes yang menetap di kepulauan Sulu hari ini berketurunan Bani Israel? Apakah perbezaan Bani Israel Sulu dengan penjahat Bani Israel (Perampas Palestin) hari ini?
  • Benarkah pencatat sejarah Islam seperti Abu Zayd dan Al-Mas'udi menyatakan kepastian bahawa Negara Zabaj atau Zabag yang dimaksudkan mempunyai raja yang sebut "Mihraj" adalah LUSUNG atau SULU?
  • Benarkah PRESTER JOHN (kerajaan Prester John) mengirim surat ke Eropah memberitahu satu lokasi kepulauan negara KAYA yang dimaksudkan adalah LUSUNG?

PENJELASAN: Di dalam artikel ini penulis menggunakan istilah Sulu dengan Lusung atau Sulug yang kadang-kadang menyebutnya Sug tempat tinggalnya bangsa Tausug. Bermakna, samada Lusung, Sulug atau Sug ianya adalah Sulu juga.

01 - PENGENALAN LUSUNG
Dalam artikel yang lepas kami telah menjelaskan kedudukan istilah Lusung secara teori (Hipotesis). Mengapa dipanggil Lusung dan dari mana kata Lusung berasal telah pun kami jelaskan. Gambarajah di atas sengaja dinamakan sebagai peta Kepulauan Lusung bukannya Kepulauan Sulu atas sebab istilah Lusung terlalu meluas diperkatakan dalam catatan-catatan sejarah Eropah abad ke-15.

Umum mengetahui nama Lusung hanya disebut oleh pedagang-pedagang China ketika itu kepada kepulauan yang dikenali hari ini sebagai Filipina (Philippines). Lusung sebenarnya adalah sebutan bagi Sulug yang disalah sebut oleh pedagang China menjadi Lusung. Sulug secara harfiah bermaksud "arus" air yang mengalir dan Bahasa Inggerisnya dipanggil current. Maka samada ianya bermaksud arus air laut, pasang atau surut, dalam atau cetek, air laut atau air sungai di gunung, yang penting terdapat aliran air. Itulah yang dimaksudkan Sulug.

Orang-orang Sulu sinonim dengan panggilan Sulug berdasarkan sifat aliran air sejak berabad-abad lamanya sehingga ke hari ini.

Mengapa pedagang China menyebutnya Lusung adalah kerana lidah mereka yang sukar menyebut Sulug, lagi pun tidak terdapat sebutan "ug" atau bunyi eG di hujung mana-mana perkataan dalam bahasa China. Sepatutnya Sulug disebut Sulung bukannya Lusung, tetapi mungkin kerana bukan kebiasaan atau pun mungkin keliru maka Lusung menjadi sebutan yang sesuai.

02 - SIFAT AIR MENJADI IDENTITI
Sulug atau "arus" adalah kata sifat iaitu mengikut aliran air laut telah menjadi identiti masyarakat yang menduduki kepulauan. Berpadanan dengan keadaan tempat tinggal yang terbahagi antara pulau-pulau yang sudah tentu terpisah oleh laut serta pekerjaan masyarakat yang kehidupan hariannya bergantung dengan laut seperti merentas lautan untuk berdagang, memukat dan memancing ikan, menyelam mutiara dan sebagainya, menjadikan istilah "arus" atau Sulug sebagai identiti amatlah tepat.

Seorang pengkaji, Siuala ding Meangubie telah menjelaskan dalam kajiannya bertajuk "A Preliminary Investigation Into its Role in East Asian history" berkenaan maksud Lusung:

"The place originally called Lusung was the body of water presently known as Manila Bay. Since the early inhabitants relied on water for their transportation and livelihood, it became their custom to first give names to these bodies of water before giving names to any points of land. The word lusung refers to a large wooden pylon used for pounding rice [搗臼]. The bay got its name because it is shaped like the mouth of a lusung and that the settlements surrounding it constantly produce the most rice as compared to other regions. There is also a tradition that suggests a relationship with the Sung Dynasty of China [960 - 1278 AD]. Whatever the nature of this relationship, tradition suggests that Lusung [呂宋] got its name from the Sung [宋]."

Beliau menyebut tiga jawapan yang berupa teori untuk memaknakan Lusung antaranya,
  • ...inhabitants relied on water for their transportation and livelihood.
  • ...refers to a large wooden pylon used for pounding rice.
  • ...that suggests a relationship with the Sung Dynasty of China [960 - 1278 AD].
Jawapan di atas sekiranya dirujuk kepada Tausug hari ini untuk makna yang paling tepat pasti jawapannya adalah yang merujuk kepada air laut. Untuk memaknakan Lusung dengan alat penumbuk padi dan Dinasti Sung, rasanya bukanlah jawapan yang tepat, nyata sekali ia hanyalah sekadar kebetulan sahaja. Sebagai contoh, istilah Sulug sendiri sekiranya disebut oleh orang Melayu Jambi di Sumatra akan menjadi Suluk atau Solok yang kebetulannya sama bunyi dengan gelaran ahli Suluk para pengamal Tariqat Sufi. Kalau pun sebilangan orang Sulug itu memang pengamal Tariqat Sufi namun ia hanyalah juga sekadar kebetulan.

Tausug di Sulu hari ini masih menyebut Lusung kepada alat penumbuk padi ini manakala penumbuknya dipanggil Ha'lu.
Wanita Sarawak sedang sibuk menumbuk padi menggunakan Lusung (Bahasa Melayu disebut Lesung). Kedua-dua gambar diambil dari http://malaysiana.pnm.my

Ia sama dengan gelaran Moro kepada bangsa Sulug oleh Spanyol. Oleh kerana orang Sulug di Sulu sama anutan agama dengan Bangsa Moro di Andalusia maka orang Sulug juga turut digelar Moro. Ini tidaklah pula bermakna bangsa Sulu perlu menerima bulat-bulat nama Moro tersebut sebagai identiti bangsanya menjadi "bangsa Moro", ia hanya sekadar panggilan kepada orang yang "beragama Islam" secara kolektif oleh kolonialis Eropah ketika itu.


03 - KEKELIRUAN SPANYOL TERHADAP LUSUNG YANG SEBENAR
Kolonialis Spanyol (Kastila) begitu keliru dengan istilah Lusung sehingga menamakan pulau besar di utara Sulu dengan Lusung, lidah Kastila menyebutnya LUZON hingga ke hari ini. Siuala ding Meangubie menyatakan,

"The Spaniards, unfamiliar with this native concept of territory, naturally thought that Lusung referred to land instead of water. Thus when they conquered Lusung in 1571 AD, they mistakenly thought they had conquered the entire island. Taking after the Spaniards' mistake, geographers up to the present refer to the entire northernmost major island of the Philippine archipelago as Luzon {Lusung}."

Sebenarnya Kastila tersilap memaknakan Lusung dengan "tanah daratan" yang sepatutnya adalah air laut. Kemungkinan Spanyol telah menyalah tafsirkan maklumat yang mereka dapat dari penjelajah Portugis yang datang lebih awal ke kepulauan Sulu sebelum ini.

Peter Schreurs telah menulis tajuk khusus berkenaan Voyage of Ferdinand Magellan dalam buku Philippine Quarterly of Culture and Society, Vol. 28, March 2000, No. 1, yang diterbitkan oleh San Carlos Publications, bahawa Charlotte Gastaldi (1561 M), Gerardus Mercator (1569 M) dan Abraham Ortelius dalam Theatrum Orbis Terrarum (Theatre of the World) iaitu pada tahun 1570 mereka telah memberitahu berkenaan pulau kecil yang berada berdekatan pulau yang kini bernama Basilan itulah sebenarnya yang dinamakan Lozon.

Beliau menulis “This tiny island of Lozon in the Sulu Sea disappeared from the maps after the Spaniards had occupied the northern Philippines, and it was replaced by the real Luzon”.

Dalam buku Thomas Suárez “Early Mapping of Southeast Asia”, dia mengatakan,Pigafetta was told that ‘two days from Chippit (near Basilan) to the northwest is a large island called Lozon’…thus Gastaldi, in 1561, with nothing more than Pigafetta’s second-hand mention of the island to go on, introduced the first definitive reference to Luzon on a western map…Gastaldi simply judged a two-day sail to the northwest of one of his Quipits (near Basilan), engraved an island and labeled it Lozon.”

Jejak perjalanan kapal Ferdinand Magellan untuk mencari pulau Lusung @ Sulug @ Sug yang mereka panggil the great city of Lao itu malangnya mereka tersesat jalan. Mungkin Magellan mendapat nama Lao tersebut dari pedagang China yang pernah berniaga di pelabuhan Holiow @ Jolo, Buansa sebelum ini.


Pigafetta himself actually met and spoke with a native of Luzon. Leaving Borneo on 29 July 1521, the Spanish believe they were being ambushed, attacked some junks and capture the “son of the king of Lozon” who was the captain general of the King of Brunei. Pigafetta explained that the man from Lozon “had come with the junks" from a great city called Lao” which was at the end of Borneo facing (in other words, the southwest coast), which they claimed to have just sacked…The Magellan crew also met with the traders from Lozon when they put into Timor”.

“The island of Luzon appears on the Indiae Orientalis as the small island of Lozon due west of Mindanao, like the earlier more correctly positioned appearance of the island at the hands of Gastaldi in 1561...”

Apa yang menjadi kekeliruan Kastila ialah menyangkakan dengan berjaya menakluk Manila pada 1571 maka mereka telah menakluk keseluruhan kepulauan Lusung yang mereka namakan Philippines hari ini. Hanya setelah peperangan Kastila dengan Brunei pada tahun 1578 (ketika itu tentera Brunei dibantu oleh tentera Sulu) maka Kastila mula menyedari bahawa Manila yang mereka takluk itu bukanlah pusat Lusung yang sebenarnya. Cesar Adib Majul seorang pengkaji sejarah Filipina telah menjelaskan hal ini dalam bukunya "Muslim in the Philippiens".

"Pada 1578 Pangeran Buong Manis (Pangeran Sri Lela) yang mahu merebut takhta kerajaan Brunei (dari saudaranya Seiful-Rizal) datang ke Manila meminta bantuan Spanyol mengalahkan Seiful-Rizal. Sekiranya berjaya beliau berjanji membayar ufti kepada Spanyol. Peluang keemasan ini tidak dilepaskan oleh Spanyol lalu Gabenor Jeneral Francisco de Sande belayar ke Brunei dengan 40 buah kapal beserta serdadu 400 Spanyol, 1,500 anak tempatan Filipina dengan diiringi oleh tentera tambahan dari Pangeran Buong Manis iaitu orang-orang Brunei sendiri seramai 300 orang. Setelah 30 hari belayar, sampai ke Kuala Sungai Brunei dan pertempuran terus berlaku. Tentera Brunei yang dibantu oleh tentera Sultan Sulu (Pangeran Budiman @ Raja Ilo adalah saudara ipar kepada Sultan Seiful-Rizal) itu telah dikalahkan oleh Spanyol. Seiful-Rizal melarikan diri bersama ayahandanya yang uzur Sultan Abdul Kahar ke pedalaman Brunei dan mendirikan istana di sana".

Armada perang Galleon Kastila

Manakala tentera Sulu yang diketuai oleh Raja Ilo berjaya larikan diri bersama saki baki tenteranya menuju ke Sulu. Malangnya mereka berjaya dipintas oleh tentera laut Kastila dan berlaku lagi pertempuran sengit yang akhirnya Raja Ilo mengangkat bendera putih tanda kalah.

"Didapati tentera Spanyol yang diketuai oleh Kapten Esteban Rodriguez de Figueroa atas arahan Francisco de Sande telah sampai di Jolo pula maka berlaku lagi satu pertempuran sengit antara tentera Sultan Sulu dengan Spanyol di Jolo malangnya tentera Sulu berjaya dikalahkan dan sultan terpaksa mengaku membayar ufti (inilah peperangan pertama antara Sultan Sulu dengan Spanyol di Jolo, Sulu)." Dipetik dari buku Asreemoro, Tausug & Kesultanan Sulu.

Apa yang menarik ketika selepas peperangan Sulu dan Kastila di Jolo yang pertama ini telah menyebabkan kejutan kepada Kastila. Kapten Esteban Rodriguez de Figueroa terkejut dengan kecantikan bandar Buansa (Jolo) yang tidak pernah beliau saksikan sebelum ini. Beliau dapat saksikan bagaimana kaum China begitu kaya raya duduk di Jolo berdagang bersama masyarakat tempatan Sulug dengan harmoni. Satu suasana indah dan ketenangan pemandangannya yang tidak terdapat di Manila. Setelah laporan sampai ke Manila, Kastila mula berusaha menakluk Buansa (Jolo) dengan mengatur kempen perang memerangi bangsa Sulug di gugusan kepulauan Sulu. Sejak itu Kastila mula memahami bahawa pusat Lusung sebenarnya bukanlah di Manila tetapi sebenarnya berada di Buansa.

  • Mengapa Buansa begitu hebat?
  • Mengapa bangsa Sulug memanggil "Lupa' Sulug" (disebut Lupa' Sug bermaksud Tanah Sug) kepada pulau tempat duduknya Bandar Buansa?
  • Dari manakah asal-usul bangsa Sulug?
  • Mengapa sebahagian golongan tua Buranun di Jolo menyatakan bahawa Bangsa Sulug lah yang memulakan peradaban dunia?

04 - MEMBONGKAR SEJARAH AWAL
Untuk memulakan tajuk perbahasan ini kami dengan suka cita memaklumkan bahawa maklumat yang penulis bakal paparkan adalah diambil sebahagian faktanya dari blog http://mistisfiles.blogspot.com. Bloger mistisfiles sekali pun tidak memperkenalkan diri (mungkin disebabkan strategi keselamatan) namun sebagai menghargai kajian mereka kami mengambil keputusan memberikan tabik hormat (credit) atas kerja keras mereka. Walau bagaimana pun segala fakta yang kami petik dari mistisfiles tidaklah diambil bulat-bulat adalah kerana fakta-faktanya masih boleh diperdebatkan mengikut skala pengetahuan dan dari sudut pandangan yang berbeza dari pihak kami. Segala fakta sekali pun jelas wujudnya di depan mata namun selagi takwilnya belum menemui kata putus untuk menghasilkan jawapan pasti, sudah tentu ia masih bersifat "ijtihadi".

Dalam tajuk ini
kami akan cuba membawa pembaca menelusuri "arus lautan" Sulug untuk memahami deras dan kedalaman airnya seterusnya menyelam ke dasar untuk mendapatkan mutiara berharga. Mutiara berharga adalah satu jawapan bergantung kepada saiz, bentuk dan warnanya.

Maharaja China adalah pembeli utama mutiara Sulu. Kemungkinan sejak abad ke-9 pedagang China giat berulang alik ke Buansa membeli mutiara hinggakan pelabuhan Buansa mereka gelar "Holiow" bermaksud bagus atau tempat baik dan menguntungkan untuk berniaga. Spanyol pula menyebut Holiow sebagai Holo (Jolo). Maharaja duduk atas kerusi emas sedang mutiara dikalung pada lehernya manakala sebelah tangannya memegang kalung mutiara tersebut.

  • Ia lebih berharga dari emas dan permata,
  • menjadi kalungan Maharaja China,
  • menjadi igauan bangsa Eropah,
  • menjadikan Sulug satu bangsa yang berjaya menyedut segala harta dan kepandaian,
  • menjadikan mereka gula kepada semut-semut,
  • menjadikan mereka madu kepada lebah,
  • menggelar negara mereka sebagai Negara Jambangan yakni pusat dari segala bunga-bungaan,
  • pada akhirnya menjadikan mereka peneraju kepada peradaban dunia.
Indahnya kepulauan Sulu, dari pulau ke pulau tersimpan berjuta rahsia yang belum diteroka dan diketahui dunia.

Satu gambaran betapa kekayaan Sulu telah lama wujud menjadikan penduduk dan kepulauannya menjadi harapan dan angan-angan serta cita-cita kepada semua bangsa dipelusuk dunia. Dari manakah bangsa Sulug bermula? Mengapa Sulu dikatakan sebagai permulaan peradaban dunia? Penulis akan mulakan dari kenyataan Drs Simon,

Drs. Simon Hayon telah dinyatakan dalam blog berkenaan kekagumannya terhadap nama Solot, "...saya keliling dari desa ke desa. Saya memperhatikan nama-nama, simbol-simbol. Nama itu misalnya Solor, masih ada secara fisik. Ada jagung Solot, ada orang yang namanya Solot. Dan saya mempunyai asumsi bahwa ada sebuah benua yang hilang, yang disebut Benua Solot. Benua Solot itulah benua awal. Sekarang kita mencari Benua Solot itu ada di mana?"


Kemudian beliau menyambung lagi,

"...para ilmuwan pun berpendapat bahwa peradaban bermula di Timur. Pertanyaan kita, Timur itu yang mana? Setiap kelompok, setiap orang boleh mencari. Apakah Timur itu di Sulawesi, di Irian, di Timur Tengah, kan bisa saja. Dan, sebagai orang yang menggali akar budaya Lamaholot, saya juga bisa mempunyai asumsi seperti itu. Tinggal saja nanti dikaji, seperti apa? Nah kalau di dalam perkembangan peradaban dunia, ternyata terjadi pencemaran-pencemaran, kontaminasi yang tidak sesuai dengan ajaran leluhur, maka perubahan pun harus dimulai dari Timur. Secara teoretik para ilmuwan berpendapat begitu". Dipetik dari blog
http://jurnalis-ntt.blogspot.com

Sebenarnya Drs. Simon mungkin telah mengetahui sejarah perhubungan Flores dengan Sulu sebelum kedatangan Portugis. Flores bermaksud bunga-bungaan atau jambangan sebenarnya telah dinamakan demikian oleh Portugis untuk mengubati kekecewaan mereka kerana gagal mendapatkan Kepulauan Sulu. Istana Sultan Sulu di Maimbung ketika pemerintahan Kesultanan Sulu yang awal telah menamakannya Darul Jambangan. Menurut tradisi lisan Tausug dahulu kala, Lupa' Sug dinamakan pulau Jambangan oleh nenek moyang mereka yang bermaksud Tanah bagi segala bunga-bungaan.


05 - SIKAP SRIVIJAYA DAN MAJAPAHIT TERHADAP SOLOT
Apakah maksud Lamaholot? Sebenarnya perkataan Holot adalah panggilan Portugis terhadap Sulug. Kastila pula menyebutnya Holo (ejaan Jolo) sedangkan British menyebutnya Sooloo atau Soolook. Beberapa pencatat sejarah turut menyalahsebutkan istilah Sulug dengan Solox, Solor dan sebagainya menunjukkan kepada kita minat mereka terhadap negara kepulauan yang menyimpan berjuta rahsia itu. Istilah Lamaholot kalau diasingkan akan menjadi Lama Holot atau Lama Sulug yang membawa maksud satu negara kepulauan purba.

Gambarajah kekuasaan Majapahit abad ke-14. Dalam catatan Kerajaan Majapahit Negarakrtegama, Sulu disebut Solot.

Antara tahun awal-awal kemunculan kerajaan Srivijaya di Sumatra tahun 600 M dan kemudian disambung oleh kerajaan Majapahit di tanah Jawa hingga tahun 1400 M telah menimbulkan satu persoalan mengapa Srivijaya dan Majapahit tidak pernah terfikir untuk menakluk kepulauan Solot yang terkenal kaya itu. Ia hanya dinyatakan sebagai "wilayah naungan" sahaja. Di sini ada satu rahsia yang perlu diselongkar. Mengapa Srivijaya dan Majapahit tidak pernah menakluk Sulu sedangkan jelas ianya kepulauan yang menjadi laluan menghubungkan mereka dengan China? Malah mereka memang mengetahui kepulauan Sulu penduduknya adalah pedagang emas sejak dahulu kala. Atau pun mereka sememangnya sudah cuba menakluk tetapi gagal?

Satu kenyataan yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun ialah budaya perang orang-orang Sulu yang terkenal dengan kedegilan melawan musuh mereka. Sebagai contoh, hari ini mengaku kalah, esok lusa mereka menyerang semula. Kalau bukan berkumpulan serangan seorang diri akan mereka lakukan dengan apa cara sekali pun. Cara inilah yang menakutkan Spanyol (Kastila) dan Amerika Syarikat hinggakan meletusnya perang dunia ke II Tausug masih bertahan tidak terkalahkan. Budaya serangan seorang diri yang dinamakan Juramentado (sbt Huramentado) atau dalam bahasa Sug "Magsabil" menjadi kengerian buat Kastila berabad-abad lamanya.

Ketika Amerika Syarikat datang ke Sulu mereka mula mengenali sifat orang Sulu dalam beberapa pertempuran. General John Pershing pernah menulis,

"Perlawanan inilah yang paling menakutkan dan kejam yang pertama kali saya saksikan. Orang Moro (Yang dimaksudkan ialah Tausug Sulu) melawan seperti syaitan. Mereka memang sepenuhnya tiada ketakutan dan apabila sudah berazam untuk melawan, mereka terima kematian itu cuma sebagai satu peristiwa biasa.”

Hal inilah yang mungkin menyebabkan Srivijaya dan Majapahit tidak mahu berhadapan dengan bangsa Sulug di Sulu kerana tidak mahu menanggung sebarang risiko. Sebab itu Erick A. San Juan menyatakan kekagumannya terhadap bangsa Sulug dalam tulisannya Conspiracies and Controversies bahawa,

“Walaupun orang Indonesia (Srivijaya dan Majapahit) lengkap dengan pelbagai alat perang dan kepandaian mereka, tetapi tidak pernah terfikir menghancurkan Tausug ke arah apa-apa peperangan yang tidak munasabah, hinggakan mereka (Tausug) dicatat oleh orang Arab sebagai pejuang Muslim terbaik di dunia.”

Gambarajah keluasan takluk kerajaan Srivijaya, Champa dan Khmer. Kelihatan kepulauan Solot @ Sulug masih bertahan tanpa ada tanda-tanda penaklukan.

Kami berpendapat, Srivijaya, Majapahit, Kedah-Tua, Aceh, Champa dan kerajaan-kerajaan lain di Nusantara yang bermunculan antara abad ke-2 sehingga abad ke-14 Masihi kemungkinan besar adalah asal keturunan mereka dari wilayah kepulauan yang mereka namakan Solot. Kemungkinan kepulauan Solot atau Sulu adalah tempat duduk nenek moyang bangsa Nusantara yang hari ini dinamakan sebagai bangsa Melayu. Keengganan Srivijaya dan Majapahit menakluk Sulu seolah-olah mengesahkan dakwaan ini.

Beberapa faktor yang penulis kira telah menyebabkan Srivijaya dan Majapahit tidak mengganggu Sulu,
  • Pertama: Menghormati Sulu kerana sejak sekian lama orang-orang Sulu terkenal dengan bangsa yang berbudi dan mengutaman kedamaian selagi cara hidup mereka tidak dihalang. Sebab itu bangsa Sulug terkenal dengan persengketaan dengan kumpulan atau kaum-kaum di sekitar wilayah Sulu yang mungkin mereka lihat telah menghalang perusahan mereka. Sebab itulah James Dunnigan menulis ""Tidak seperti viking, Moros (sebagai panggilan orang-orang Islam selatan Filipina) tidak menawan negara-negara yang jauh dan menubuhkan tanah-tanah jajahan. Ini ialah kerana Moros lebih mengutamakan persengketaan berpanjangan dengan suku-suku kaum dan suku-suku lain, daripada pembinaan empayar." Dari catatan Tome Pires dalam Suma Oriental tertulis "The Lucoes (Tausug) have in their country plenty of foodstuffs, and wax and honey; and they take the same merchandise from here as the Borneans take. They are almost one people ... they are a useful people; they are hardworking." Catatan China juga telah mengesahkan hal ini. (Kita bahaskan dalam tajuk Budaya dan Tradisi Sulug)
  • Kedua: Tidak mahu menanggung risiko bermusuh dengan bangsa Sulug kerana bangsa ini terkenal dengan kemahiran di laut yang sukar diduga. Bersifat pendendam dan mempunyai budaya dan tradisi perang yang tidak ada pada bangsa lain di Nusantara. Dalam hal ini James Dunnigan berkata “Orang Tausug adalah seperti orang Viking, mereka pahlawan yang ganas, tiba-tiba muncul dari laut tanpa diduga dengan kapal layar mereka yang pantas… mereka empunya versi Viking yang tersendiri, seperti juramentado (berani mati)… antara kaum Moro (Muslimin) yang paling bengis dan kejam ialah Tausug.” Seperti kata orang tua-tua sarang tebuan jangan dijolok.
  • Ketiga: Bangsa Sulug adalah bangsa pedagang yang sangat menguntungkan. Sebarang masalah dengan bangsa ini akan mengakibatkan "menabur pasir diperiuk sendiri". "Dalam buku The Philippines is the Ophir of the Bible mengatakan bahawa: "Duarte Barbosa telah menulis bahawa orang Malacca memberitahu pada beliau sekumpulan pulau (kepulauan Sulu) yang dikenali sebagai Lequios yang penghuninya adalah kaya dan lebih terkemuka dari Chins (orang Cina) dan berdagang banyak emas dan ketulan-ketulan perak, sutera, kain mahal, dan banyak gandum yang baik, porcelain yang cantik serta bermacam-macam lagi dagangan yang lain.”
  • Keempat: Menghormati bangsa Sulug kerana mereka adalah saudara dan asal-usul nenek moyang bangsa Melayu sendiri. Datu Albi ahmad Julkarnain salah seorang rujukan sejarah Kesultanan Sulu di Sulu hari ini berkata "Sulu adalah tempat bermulanya peradaban dunia". Hal ini dibuktiakan dengan kewujudan bangsa Perahu di Sulu yang digelar Pala'o oleh orang-orang Sulu (dikaitkan dengan sejarah Mesir Purba) serta kewujudan bangsa Lucoes yang dikaitkan dengan bangsa Israel. Catatan Spanyol turut menyatakan "...So who could the Lequios be but the remnants of Hebrews and Phoenicians who have made some enclaves along the Southeast Asian shores?" Tidak syak lagi Lucoes itu adalah Tausug berdarah Israel manakala Phoenicians pula yang dikaitkan dengan bangsa Perahu yang datang ke Laut Meditranian adalah berasal dari kepulauan Sulu membuktikan kebenaran dakwaan Datu Albi Ahmad Julkarnain dan Drs. Simon Hayon dari Flores, Indonesia.
Sebenarnya Srivijaya dan Majapahit tidak mengira samada saudara atau tidak kerana bagi mereka ialah perluasan kuasa dan wilayah dengan penaklukan. Berkenaan dakwaan penulis bahawa Bangsa Melayu di Nusantara berasal dari keluarga Sulug di Sulu perlulah dibuktikan lebih lanjut.


06 - KAITAN SULUG DENGAN NABI SULAIMAN A.S.
Satu contoh menarik yang ditulis oleh mistisfiles.blogspot.com berkenaan Raja-raja Melayu yang berdarah keturunan Nabi Allah Sulaiman a.s. :

Jika kita hayati keturunan Sang Sapurba ini, mungkin kita akan amat-amat keliru dengan campuran keturunan yang pelbagai seperti yang didakwa oleh Krisyna Pendita, Nila Pahlawan dan Nila Utama itu. Perhatikan petikan dari Sulalatus Salatin dalam Cetera Kedua:

"Adapun nama kami dan bangsa kami bukannya daripada bangsa jin dan peri. Bahwa kami ini bangsa manusia; asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain, nisab kami daripada Raja Nursyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib, dan pancar kami daripada Raja Sulaiman alahissalam..."

Dalam hal ini rujukan yang paling tepat ialah bangsa Sulug itu sendiri adalah kerana mereka masih mempertahankan tradisi lisan turun temurun dengan ceritera dan nyanyian. Menurut cerita bangsa Sulug kononnya Nabi Allah Sulaiman a.s. pernah datang ke Pulau Pata dan duduk di sana sementara waktu sebelum kembali semula ke Jerusalem. Baginda kemungkinan telah mengahwini wanita Sulug sehingga melahirkan anak-anak yang dipanggil Lucoes (Nama yang diketahui dan dicari oleh bangsa Eropah pada abad ke-14 di Nusantara).

Untuk membuktikan hal ini perlu diberikan tanda-tanda yang boleh mengesahkan benarnya kedatangan Nabi Sulaiman a.s. ke Sulu. Adalah sukar membuktikannya dengan artifak-artifak bertulis contohnya seperti Batu Bersurat Terengganu, kubur-kubur, istana lama dan sebagainya kepada khalayak kecuali apa yang disebut dalam tradisi lisan Sulu sahaja. Kalau hanya tradisi lisan Tausug yang masih dianggap "sebelah pihak" maka ada baiknya mencari tanda-tanda lain dalam kitab Samawi dan tulisan-tulisan Bani Israel sendiri yang boleh menguatkan dakwaan ini.

Di dalam Al-Qur'an Al-Karim terdapat tanda-tanda yang penulis kira boleh dijadikan asas tentang benarnya kedatangan Nabi Sulaiman a.s. ke Sulu iaitu:
  • "Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu" (Al-Qur'an, Al-Anbiya' ayat 81)
  • "Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula)." Al-Qur'an, Saba' 12 (awal ayat).
  • "Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya." Al-Qur'an, Shad 36.

Secara harfiah ayat-ayat Allah swt di atas menunjukkan kepada kita mukjizat yang telah diberikan kepada Nabi Sulaiman a.s. iaitu memerintahkan angin untuk membawanya menuju "ke negeri yang kami telah memberkatinya". Negeri apakah yang bertuah ini sehingga mendapat pujian dari Allah Azza Wajalla? Angin digunakan sebagai metafora atau perlambangan berkenaan kehebatan kapal-kapal Nabi Sulaiman a.s. merentas lautan menuju ke satu negeri yang diberkati Tuhan.

Hal ini telah ditulis (Israeliyyat) lebih awal oleh penulis sejarah Israel abad pertama bernama Flavius Josephus dalam Antiquities of the Jews mengenai rancangan Nabi Sulaiman a.s. belayar ke "Tanah Misteri Ophir", "The pact between Hiram and Solomon was honored and lasted twenty years. Hiram provides cedar and juniper, in exchange, Solomon procured annually 20,000 hogsheads of wheat and 20,000 measures of oil virgin. Solomon also gave twenty cities of Galilee. Historians relate that Hiram was not completely satisfied, then Solomon promised a joint expedition to the mysterious land of Ophir to bring gold and precious stones".

Dalam buku yang sama Book VIII -- From the Death of David to the Death of Ahab, Bab 7 perenggan 5, Flavius menjelaskan bahawa Nabi Sulaiman a.s. mempunyai terlalu ramai isteri dari banyak negara "...nor was he satisfied with the women of his country alone, but he married many wives out of foreign nations; Sidontans, and Tyrians, and Ammonites, and Edomites;... for when he had married seven hundred wives,the daughters of princes and of eminent persons, and three hundred concubines, and those besides the king of Egypt's daughter".

Kalau pun tidak disebut ada isteri Baginda yang berasal dari "Land of Ophir" tetapi sekurang-kurangnya catatan Flavius dapat menambahkan kekuatan bukti berkenaan kedatangan Nabi Sulaiman a.s. ke Sulu sebagaimana yang disebut dalam tradisi lisan Tausug. Setidak-tidaknya kapal-kapal Baginda telah pernah sampai ke Sulu. Seperti yang telah dijelaskan dalam Bible Perjanjian Lama.

"And Huram sent him by the hands of his servants ships, and servants that had knowledge of the sea; and they went with the servants of Solomon to Ophir, and took thence four hundred and fifty talents of gold, and brought them to king Solomon" (2 Chronicles 8:18 -King James Version)


07 - RAHSIA LUCOES DAN PHOENICIAN (KANAAN) DI SULU
Kalau diperhatikan kandungan ayat dalam Chronicles King James Version tersebut terdapat tiga kumpulan yang mengendalikan kapal Nabi Sulaiman a.s. iaitu,
  • "...by the hands of his servants ships," Suruhan Raja Huram @ Hiram
  • "...servants that had knowledge of the sea" Kumpulan yang mempunyai kemahiran dengan lautan tentunya ialah Phoenician
  • "...the servants of Solomon to Ophir" Suruhan Nabi Sulaiman a.s. sendiri.
Dalam catatan Flavius terdapat satu kenyataan yang mana beliau telah menjelaskan bahawa tidak mungkin Bani Israel jadi hamba (servants) atau suruhan lebih-lebih lagi ketika kegemilangan kerajaan Sulaiman a.s. di Jerusalem. Ini bermakna yang layak jadi orang suruhan atau menjadi buruh kasar serta pendayung kapal dan sebagainya adalah bangsa Phoenician yang dikatakan "...servants that had knowledge of the sea" itu. Walau bagaimana pun sekiranya kita perhalusi "servants" di sini adalah lebih merujuk kepada pekerja sepenuh masa dalam kapal kerana terdapatnya "pekerja kapal" di pihak Raja Hiram dan "pekerja" Raja Sulaiman a.s. sendiri.

Pekerja-pekerja lain kemungkinan ada yang tertinggal di Sulu selama kapal-kapal Raja Sulaiman dan Raja Hiram berulang alik ke Jerusalem bukanlah satu perkara yang mustahil. Sudah tentu asimilasi tidak dapat dielakkan lagi dengan orang-orang di kepulauan Sulu beratus-ratus tahun lamanya. Kalau pun bangsa Lucoes di Sulu itu bukan anak-anak Raja Sulaiman a.s. sudah tentu mereka adalah anak-anak Israel dari pekerja-pekerja kapal ini. Kerana menurut Flavius kapal yang biasanya bertolak dari Jerusalem menuju ke Land of Tarshish & Ophir akan kembali tiga tahun kemudian.

Dalam laman web http://www.geocities.com/Tokyo/Temple/9845/zany.htm telah menjelaskan lagi hal ini "During the early period of European colonization, the Biblical lands of Tarshish and Ophir (Sulu Archipelago), or Tarsis and Ofir, as they were called, held the imagination of European explorers. Not only was it believed that the "lost tribes" of Israel were to be found in these lands, but also untold wealth."

Kewujudan Bangsa Lucoes di Sulu pada mulanya telah menjadi kehairanan kepada para penjelajah dan penjajah Portugis serta Spanyol. Jes Tirol telah menulis dalam The Bohol Chronicle menjelaskan,

"Spanish records mention of a mysterious people known as Lequios. Modern historians variously identified them as Okinawans, Koreans, or Vietnamese. They were favorite targets of Spanish ships during the time of General Miguel Lopez de Legazpi because the ships of the Lequios were always laden with gold and silver".

"According to Documents 98, the Lequios were big, bearded, and white men. They were only interested in gold and silver when trading at Ophir. Okinawans, Koreans, and Vietnamese people are not big nor are they white. Their beards are just small goatees and could not satisfy the word "bearded". Therefore they were not the Lequios. So who could the Lequios be but the remnants of Hebrews and Phoenicians who have made some enclaves along the Southeast Asian shores?"

Dalam catatan Spanyol juga dinyatakan maksud sebenar Lucoes kerana menurut linguistiknya perkataan Lucoes atau Liquios berasal dari perkataan Ibrani. Tambah Jes Tirol lagi "The Hebrew word "LEQOT" or "LIQQET" means to gather, to glean. It resembles closely the word Lequios. It will fit the men of King Solomon's fleet who gathered gold and silver."

Kumpulan pulau Lucoes (Lugus) ialah pulau-pulau kecil yang bertaburan di Selatan Jolo termasuk Pulau Pata. Hingga hari ini penduduk yang duduk di sekitar kumpulan pulau Lucoes ini mempunyai gaya bahasa Sug yang berbeza serta mempunyai kulit putih kemerah-merahan dan kebiasaan mereka berjambang.

Hingga hari ini Tausug masih menyebut perkataan Ibrani ini. Sebagai contoh Tausug menyebut beberapa perkataan yang sinonim maksudnya perkataan Lucoes,
  • "Likus" bermaksud "keliling"
  • "Hukut" bermaksud "tali"
  • "Ligut" bermaksud "pusing" (putar)
  • "Lakat" bermaksud "becak" keadaan yang menyukarkan pergerakan.
  • "Pukut" bermaksud "pukat"
  • "Kut-kut" bermaksud "gigit"
  • "Kaput" bermaksud "pegang"
  • "Kup-kup" bermaksud "peluk"
  • "Sakup" bermaksud "termasuk" atau lingkungan.
  • "Saput" bermaksud "kain kafan" pembungkus mayat.
Memandangkan banyaknya perkataan yang hampir sama bunyinya dan maksud yang sinonim dalam bahasa Sulug di atas maka penulis membuat kesimpulan bahawa bangsa Israel kemungkinan mendapat nama "Leqot" dari kepulauan Sulu. Sekiranya ini benar maka menjadi satu bukti Sulu menjadi pusat peradaban awal dan boleh dijadikan asas kajian dunia.


08 - BANGSA MELAYU BERASAL DARI KEPULAUAN SULU?
Dalam bahasa Melayu juga terdapat perkataan "Liput" yang mempunyai konotasi yang sama. Kemungkinan bahasa dan bangsa Melayu bermula di Sulu juga bukanlah mustahil. Ini kerana bahasa Sulug @ Sug menyebut "Malayu" yang bermaksud destinasi "jauh" yang hampir sama maksud dengan "Mlayu" dalam bahasa Jawa yang juga membawa maksud "menjauhkan diri".

Dalam bahasa Sulug atau Sug tidak ada perkataan yang membawa maksud "jauh" kecuali "Malayu". Kata dasar "Malayu" ialah "Layu". Untuk menyebut "Layu" tidak akan sempurna tanpa menambah imbuhan "Ma" sebelum layu. Kerana kata dasar "Layu" tidak boleh berdiri sendiri untuk menjadi perkataan dalam bahasa Sug. Kemungkinan besar nama bangsa Melayu di Sumatra terhasil dari lidah bangsa Sulug adalah satu kenyataan.

Dari dulu hingga ke hari ini orang-orang Melayu di Indonesia dan Malaysia masih memperdebatkan "asal-usul nama Melayu". Sesetengah sarjana memberi teori bahawa bangsa Melayu berasal dari nama "Mala" dan menyambungkannya dengan "ur" menjadi Mala-ur yang pada akhirnya menjadi Malayu adalah berdasarkan nama kerajaan-kerajaan lama yang pernah muncul disekitar Vietnam hari ini. Rasanya Prof Dr Nik Safiah Karim perlu dicadangkan memasukkan kajian pertalian bahasa Sulu untuk mencari akar nama "Malayu" ini.

Kebenaran kepulauan Sulu adalah pusat peradaban terawal dapat diketahui sekiranya kita meluaskan kajian sampai ke Mesir. Kewujudan bangsa Gypsy dan bangsa Kanaan di sekitar Laut Meditranian yang disebut Phoenician oleh bangsa Eropah besar kemungkinan adalah datang dari Sulu. Hingga ke hari ini bangsa Gypsy dan Phoenician masih diperdebatkan asal-usul mereka oleh para sarjana Eropah. Sedangkan dalam masa yang sama terdapay Sea Gypsy di sekitar laut Nusantara terutama di Sulu. Apa yang pasti Phoenician telah digelar oleh sarjana barat sebagai "Man of the sea" yang dikatakan pernah belayar mengelilingi glob ribuan tahun lebih lama sebelum Colombus dan Magellan belayar mengelilingi dunia.

Kewujudan Raja Parahu yang dipercayai datang dari kepulauan Nusantara dalam dunia mitos Raja-raja Fir'aun Mesir menjadi satu bukti bahawa Phoenician (Kanaan) berasal dari Sulu. Maka tidak hairanlah bangsa Eropah menggelar Kepulauan Sulu dengan "The Biblical lands of Tarshish and Ophir" dan Bani Israel pula memanggilnya "The New Promised Land".

Flavius telah membuktikan kepada kita bahawa bahasa yang digunakan oleh Bangsa Phoenician adalah bahasa Sulug atau pun bahasa orang-orang Pala'o (Perahu).

"...And besides these, he granted him certain cities of Galilee, twenty in number, that lay not far from Tyre; which, when Hiram went to, and viewed, and did not like the gift, he sent word to Solomon that he did not want such cities as they were; and after that time these cities were called the land of Cabul; which name, if it be interpreted according to the language of the Phoenicians, denotes what does not please." Catatan Flavius Josephus dalam Antiquities of the Jews, Book VIII -From the Death of David to the Death of Ahab, Chapter 5:3.

Hingga hari ini bahasa Sug dan bahasa Bajau Pala'o (Parahu) masih menggunakan perkataan Cabul (lidah Tausug menyebut sabul) yang membawa maksud lucah-jijik. Dalam bahasa Melayu juga mempunyai konotasi yang sama.


09 - BANGSA PARAHU DI SULU
Di kepulauan Sulu hari ini terdapat satu kumpulan manusia yang hidup berperahu di laut yang dipanggil Bajau Laut. Kadang-kadang mereka dipanggil Sama atau Samal dan dalam keadaan tertentu mereka dipanggil Pala'o. Mengapa mereka dipanggil Pala'o adalah disebabkan sepanjang hidup mereka senantiasa berada di atas perahu. Mereka hidup sebagai nelayan dan penyelam mutiara yang handal. Mereka sangat pakar dengan lautan luas tanpa menggunakan sebarang alatan canggih penunjuk arah seperti kompas.

Pala'o adalah sebutan Tausug terhadap PARAHU yang membawa maksud Bangsa Berperahu. Panggilan Bajau terhadap mereka adalah kerana kehidupan mereka yang "berjauh" dengan daratan. Tausug menyebut Bajau sebenarnya adalah dari perkataan BERJAUH. Panggilan Sama atau Samal oleh Tausug juga diambil dari kata Sama-Sama kerana sifat Pala'o yang senantiasa berperahu bersama-sama secara berkumpulan.

Hari ini bangsa Pala'o dipandang rendah dan hina oleh sebahagian Tausug adalah kerana gaya hidup Pala'o yang sebilangannya tidak beragama, senantiasa merendahkan diri dan ketinggalan arus kemodenan. Walhal mereka inilah yang dipanggil Orang Laut yang menjaga Selat Melaka awal kurun ke-15 seperti yang tercatat dalam catatan Melayu. Ini bermakna mereka adalah bangsa hebat sebagaimana yang disebut oleh pakar sejarah Sulu bahawa mereka inilah yang menguasai lautan Nusantara antara abad ke-17 hingga abad ke-19. Berikut terdapat dua kumpulan terbesar bangsa Parahu di kepulauan Sulu yang masih wujud hingga hari ini,

Perahu Bajau Balangingi dan Iranun, kelihatan "jauragan" sedang mencari-cari perahu Visaya di perairan Sulu dan Laut China Selatan. Sehingga terkenalnya nama "Lanun" (Iranun) di Tanah Melayu dan Bajak Laut (Bajau Laut atau Bajau Balangingi) di Tanah Jawa kerana mereka belayar sehingga ke Selat Melaka.
  • Bajau Balangingi' (Tausug menyebut Bangingi')
- Inilah kaum Bajau yang dijadikan tentera laut oleh Kesultanan Sulu. Bersikap keras dan kejam terhadap musuh.
- Pekerjaan utamanya ialah menangkap orang kemudian menjualnya kepada para Datu Tausug dan Pangiran di Brunei serta kepada para Daeng Makassar untuk dijadikan hamba.
- Sesetengah keadaan Balangingi bersatu dengan Iranun, Tidung dan Makassar meronda laut Nusantara merompak wilayah naungan Belanda, British dan Spanyol.
- Pekerjaan lain ialah selalu dijadikan pemandu arah oleh bangsa Eropah merentas lautan luas dan dijadikan penjaga kapal dagang oleh para Datu dan Pangiran.
- Kebiasaan Bajau Balangingi dengan keluarga mereka tinggal berumah di darat.
- Tempat tinggal Bajau Balangingi hari ini ialah di Kota Belud (Sabah), Sambuangan (Zamboanga), Kepulauan Pilas dan Basilan, Tungkil, Jama Mapun, Pangutaran, Kabingaan sehingga ke kepulauan Tawi-Tawi.

Anak Bajau Pala'o
  • Bajau Pala'o (Sesetengah Tausug menyebut Luwa'an) - Mempunyai sifat yang berbeza dengan Bajau Balangingi iaitu tidak suka bergaduh dan senantiasa berkompromi dengan para Datu dan Daeng demi keamanan. Hidup mereka senantiasa dalam perahu yang mereka panggil Lepa. Sangat terkenal sebagai penyelam mutiara yang handal dan perisik kepada kesultanan Sulu ketika melawan Spanyol berabad-abad lamanya.
Yang paling penting Bangsa Parahu atau Pala'o sebenarnya menutur bahasa Sama-Bajau yang bahasanya mirip dengan bahasa Melayu Riau. Tinggal lagi bunyi atau slanga bahasanya sukar difahami secara sepintas lalu. Ia seperti bahasa Melayu Kelantan yang sukar difahami oleh Melayu Selangor begitulah bahasa Bajau. Demikian juga dengan bahasa Sulug yang mempunyai lebih 50% perbendaharaan kata Melayu. Sebenarnya samada mereka kaum Bajau, Lucoes, Taguimaha atau Buranun, selagi mereka tinggal di kepulauan Sulu mereka adalah Tausug atau bangsa Sulug. Kerana mereka antara satu sama lain menutur bahasa yang sama iaitu bahasa Sulug @ Sug sekali pun masing-masing mempunyai loghat yang berbeza.

Tambahan pula sekiranya Sulu diserang musuh mereka semuanya berkerja sama samada Sulug di darat atau pun Sulug di laut. Sebagai contoh, kesultanan Sulu telah memberikan tugas kepada Bajau Balangingi' di laut memusnahkan kapal-kapal Spanyol yang mahu menyerang Sulu terlebih dahulu. Kalau gagal iaitu Spanyol bolos sampai ke darat maka menjadi tugas Buranun, Baklaya, Taguimaha pula menyerang dan bertahan. Satu ikatan yang berlangsung beribu tahun yang diamalkan oleh bangsa Sulug di kepulauan Sulu. Inilah rahsia mengapa Sulu sukar ditakluk oleh bangsa lain.

Bajau Pala'o (Perahu) sedang mendayung perahu Lepa (merangkap rumah) di Laut Sulu. Keindahan Laut Sulu menyebabkan majoriti Bajau Laut ini sukar meninggalkan Sulu.
Pemandangan rumah Bajau (Tanpa jambatan ke darat) yang sudah tinggal di tepi pantai tapi masih dalam kawasan laut. Kelihatan anak-anak Bajau sedang bermain laut tanpa pengawasan. Lokasi di pantai timur Sabah.


10 - RAJA PERAHU DALAM CATATAN MESIR PURBA
Dalam mistisfiles.blogspot.com telah dijelaskan secara terperinci bahawa utusan raja Mesir telah pernah dihantar menemui Raja Perahu yang punya permaisuri bernama Ati di sebuah negari yang mereka namakan "Land of Gods" atau dipanggil Negeri Punt. Menurut pengkaji Negeri Punt adalah kepulauan.

"Para penyelidik telah mengkaji sejak bilakah gelaran 'Pharaoh' digunakan. Perkataan 'Pharaoh' sebenarnya berasal dari sebutan Mesir Purba 'Prao' atau 'Prau'. Kemudian dicedok oleh Greek Purba (Yunani) dan Latin menjadi 'Pharao'. Kemudian orang Inggeris menuliskannya sebagai 'Pharaoh' sehingga ke hari ini. Pada awalnya, maksud 'Prau' ini bukanlah menunjukkan gelaran diraja tetapi tempat atau istana raja".

Siapa sebenarnya yang dikatakan Raja Perahu dan Permaisuri Ati? Mistisfiles.blogspot.com telah memberi jawapan bahawa berdasarkan nama Raja Perahu dan isterinya bernama Ati yang difahami dalam bahasa Melayu itu maka sudah semestinya kedua-duanya adalah berasal dari kepualaun Melayu. Hal ini semamangnya benar, kerana nama Ati itu sendiri sebanarnya adalahHati dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Sulug atau Tausug menyebutnya ATEY atau Atay yang lebih dekat kepada Ati.

Kami berpendapat, ciri-ciri Raja Punt tersebut yang dikatakan sebagai Raja Perahu sangat bersesuaian dengan ciri-ciri yang terdapat pada masyarakat Sulu hari ini. Penguasaan maritim di masa lalu sehingga kini masih kelihatan di Sulu. Persoalannya mengapa Raja Fir'aun sangat menghormati Raja Perahu yang duduk di negara Punt (Land of Gods) itu hinggakan nama Perahu sangat diagungkan oleh Raja-raja Mesir? Untuk mendapatkan kepastian perlulah gambarajah pada ukiran dinding Mesir tersebut diperjelaskan terlebih dahulu.

Gambaran Raja Perahu dan permaisuri Ati.

Perhatikan gambarajah yang menunjukkan keris terselit dan kalung pada leher Permaisuri Ati dan Raja Perahu kalau bukan emas kemungkinan adalah mutiara kerana bentuknya yang bulat. Gambar diambil dari mistisfiles.blogspot.com.

Pada gambarajah di atas memperlihatkan dua perkara penting. Pertama ialah kalung pada leher dan keduanya pedang atau keris yang terselit di pinggang. Kalung yang dipakai oleh keduanya seolah-olah mutiara. Saiz mutiara yang berada di leher Permaisuri Ati adalah lebih besar berbanding Raja Perahu kerana saiz yang besar lebih bernilai dan menjadi kebanggan adalah sesuai dipakai oleh seorang permaisuri.

Jenis mutiara kelabu atau hitam dan putih metalik.

Melihat kepada pedang atau keris yang terselit di pinggang seolah-olah Raja Perahu sedang memakai Keris Sulu dengan ulu bermotif kakak tua yang biasa dipakai oleh bangsa Sulug berabad-abad lamanya yang masih wujud sehingga hari ini.

Pelbagai variasi keris dan barung Sulug (Tausug) berjaya dirampas oleh tentera Amerika Syarikat selepas berjaya membunuh ribuan Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu tahun 1903-1913. Kebiasaan motif pada ulu keris dan barung ialah kakak tua samada yang diperbuat dari gading gajah atau kayu terpilih.

Barung Sulug yang biasa diselit di pinggang pahlawan Sulu berabad-abad lamanya mempunyai pelbagai saiz. Yang kecil biasanya bersaiz lebih kurang sekaki.

Untuk mendalami hal ini kita perlu mengkaji dahulu siapa bangsa PARAHU ini sebenarnya hinggakan rajanya menjadi pujaan Raja Fir'aun. Mistisfiles.blogspot.com telah menjelaskan bilakah nama "Prao" (Pharaoh) menjadi gelaran Fir'aun di Mesir Purba:

Kita lihat dahulu sejak bilakah perkataan 'Prau/Prao' ini dipakai dalam budaya Mesir Purba. Catatan terawal di mana kata 'Prao' ini digunakan ialah merujuk kepada pemerintah di dalam surat kepada Amenhotep IV (Akhenaten) ketika pertengahan era Dinasti ke-18 (1550-1292 Sebelum Masehi) di mana disebutkan dengan kata-kata:

"Prao, seluruh kehidupan, kekayaan dan hidup sihat!"

Gelaran 'Prao' ini digunakan selepas era Ratu Hatshepsut iaitu pemerintah sebelum Amenhotep IV ini! Dinasti ke-19 dan seterusnya menjadikan gelaran 'Prao' ini digunakan secara rasmi yang membawa maksud 'Tuanku'.


"Perahu, juga disebut sebagai 'prau' atau 'prao' dalam literasi Sumeria-Mesir-Barat adalah nama sejenis pengangkutan laut orang Melayu. Nama lain bagi perahu adalah sampan. Raja Punt bergelar Raja Perahu menunjukkan penguasaannya ke atas laut dan perdagangan maritim, profesion utama orang Melayu pada zaman purba".

Raja Mesir Purba (Fir'aun) dengan lambang ular atas topi sebagai tanda penghargaan dan kebesaran.


Apakah punca Fir'aun memuja Bangsa Parahu? Mistisfiles telah mencatat berkenaan bermulanya perhubungan bangsa Perahu dengan bangsa Fir'aun Mesir:


Di dalam era Dinasti ke-12, perhubungan dengan Punt direkodkan di dalam 'Kisah Pelaut Kapal Karam' yang terkenal dalam kesusasteraan Mesir Purba. Kisah ini menyebutkan:

"...Seorang pelaut telah tiba di satu kawasan kepulauan di mana kapalnya telah karam. Dia cuba berenang untuk mendekati pantai. Sampai di pantai, pelaut itu pun berjalan-jalan di sekitar pulau itu. Tiba-tiba seekor Ular Besar telah menghampirinya. Pelaut itu berasa amat takut. Alangkah terkejutnya pelaut itu apabila Ular Besar tadi berkata-kata dengannya:

Akulah Raja Punt.

Aku memerintah pulau-pulau. Aku berkuasa ke atas pulau-pulau ini.

Pelaut itu dilayan dengan baik oleh Raja Ular Besar itu. Dia diberi makanan, minuman dan layanan mesra..."

Menurut Mistisfiles rahsia Raja Ular Besar tersebut masih berada dalam simpanan Kesultanan Perak. Ini membuktikan bahawa lokasi Ular Besar tersebut barada di Tanah Melayu.

"Ini akan membuka rahsia 'Darah Naga' (The Dragon Court of Royal Bloodline)... Selagi potoh NAGA masih tersimpan di dalam simpanan Kesultanan Perak, selagi itu rahsia ini masih ada. Di dalam hikayat Naga Kepala Tujuh, cerita rakyat negeri Perak, disebutkan mahkota anak raja yang dicuri oleh Naga ini dan ini kononnya menjadi sebab Sultan Perak hari ini tiada bermahkota. Tanyalah peristiwa Beting Beras Basah, dan kaji mengapa setiap pertabalan Sultan Perak, mereka mesti membasahkan kaki di Beting Beras Basah ini."

Cuba perhatikan ayat
"Pelaut itu dilayan dengan baik oleh Raja Ular Besar itu. Dia diberi makanan, minuman dan layanan mesra" menunjukkan satu kerja kebajikan dan keluhuran budi. Peringkat awal seolah-olah Ular Besar tersebut akan memakan atau menggigit untuk membunuh kerana mungkin dianggap menceroboh, tetapi berlaku sebaliknya. Cerita tersebut sekali pun ia dianggap mitos atau lagenda seolah-olah memberitahu kita ada sesuatu yang perlu dirungkai, dikaji dan diperjelaskan. Hal ini boleh saja dikaitkan dengan sifat dan sikap Bangsa Perahu atau Bangsa Sulug di kepulauan Sulu.


11 - KAITAN NAGA DENGAN KERIS SUNDANG, BUANSA DAN PUNT
Kami menjelaskan secara panjang lebar berkenaan hal ini bukanlah kerana mahu mengagung-agungkan Bangsa Perahu atau Bangsa Sulug di Sulu semata-mata. Atau pun mahu menunjuk-nunjuka kelebihan dan keberanian Tausug dan merendah-rendahkan Bangsa Melayu lain di seluruh Nusantara. Bagi kami inilah saja cara untuk menulis dan mendedahkan Sejarah Sulu yang selama ini tertimbus kepada dunia. Spanyol dan Amerika Syarikat berjaya membakar kitab-kitab Tausug hinggakan sejarah nenek moyang yang tidak ternilai harganya itu tidak akan dapat dibaca atau dikembalikan lagi. Bangsa Melayu di Indonesia dan Malaysia masih beruntung kerana kebanyakan sejarah nenek-moyang mereka masih wujud dalam tulisan-tulisan lama, artifak, batu bersurat dan sebagainya.

Keris Sundang sikuhan (berlok).

Di Nusantara, satu-satunya bangsa yang menggunakan Keris Sundang secara meluas berabad-abad lamanya ialah Tausug sebelum dan selepas era Kesultanan Sulu lagi. Keris Sundang mempunyai saiz yang besar dan panjang. Sundang sekiranya diberi makna secara harfiah ianya bermaksud "pedang" dan kalau ditafsir mengikut bentuk dan sifat penggunaannya akan membawa maksud "Ular Besar atau Naga". Tausug adalah yang paling mahir menggunakan Keris Sundang dalam peperangan berkecamuk atau satu lawan satu.

Sebagai contoh, seorang pahlawan Tausug yang mahir akan menjelaskan "Menetak menggunakan Keris Sundang bersiku atau berlok memerlukan kemahiran cara menetak pantas iaitu dengan melilitkannya ke bahagian badan musuh lalu menarik yang dengan tarikan tersebut akan memutuskan anggota dan memburaikan tali perut sekali gus." Persoalannya bagaimana Keris sekeras itu boleh melilit? Begitulah kemahiran Tausug menggunakan Keris Sundang.

Kemudian lagi, Bandar Buansa yang berada di Jolo turut mempunyai cerita yang sama. Menurut penelitian kami sebutan asal Buansa ialah Buwangsa. Satu nama yang kalau diperhalusi sebenarnya berbunyi "Bawangsa atau Mawangsa @ Mahawangsa" yang bermaksud "Ular Besar" dalam bahasa Sanskrit. Untuk mengesahkan Negeri Punt yang dikatakan tempat pemerintahan Raja PARAHU (Perahu) yang dinamakan oleh Raja-raja Mesir Purba sebenarnya wujud dalam lidah orang-orang Sulug sehingga hari ini. Dalam bahasa Sulug terdapat istilah "Pun" yang membawa maksud "himpun" dan kalau ditambah imbuhan "Ti-pun" bermaksud "terhimpun".

Foto klasik 1900-an : pahlawan Tausug bergambar kenangan dengan anak perempuannya di Jolo, Sulu. Kelihatan di pingganya terselit Keris Sundang yang panjang dan besar.

Satu lagi perkataan ialah "Pu'un" yang bermaksud "punca" atau "pusat" sebab itu pedagang Tausug menyebut "Pu'un" atau Pu'unan bermaksud modal perniagaan. Kerana seorang peniaga memerlukan "punca" atau modal untuk memulakan perniagaan. Maka samada Pun atau Pu'un sebenarnya mempunyai konotasi yang sama. Sekiranya kita kaitkan dengan pemerintahan atau kerajaan maka PUN dan PU'UN ia akan melengkapkan ciri-ciri kehebatan yang jelas seperti "himpunan pusat pemerintahan, kekayaan, kekuasaan dan keindahan serta peradaban dunia". Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan Pohon yang bermaksud Pokok. Sedangkan pokok membawa maksud "punca" dalam Bahasa Melayu Indonesia. Walau pun pohon juga bermaksud "pinta" dalam Bahasa Melayu, Bahasa Sulug @ Sug juga turut menggunakan "Puhun" untuk "pinta". Ini bermakna tidak seperti Bahasa Melayu, Bahasa Sulug membezakan "Pu'un" yang bermaksud "Punca" atau "pusat" dengan "Puhun" yang "meminta".

Dalam Bahasa Sulug suku kata "Pun" digunakan sebagai pembeza dan penegasan kepada sesuatu keadaan atau pun sebagai kata kerja. Bahasa Melayu Malaysia dan Indonesia juga turut menggunakan "Pun" sebagai pembeza dan penegasan. Beriku adalah contoh penggunaan "Pun" dalam bahasa Sulug,
  • "Kahapun" bermaksud kelmarin.
  • "Mahapun" bermaksud petang.
  • "Ampun" bermaksud sebutan rendah diri kepada Sultan atau Raja.
  • "Si'pun" bermaksud hingus.
  • "Bitu'un" bermaksud bintang-bintang di langit.
  • "Ama'un" bermaksud bapa saudara (Pakcik). Ama' bermaksud bapa atau ayah sebenarnya diambil dari bahasa Hebrew atau Semitik. Ab atau Aba disebut Ama' dalam sebutan Sulug, bunyi "B" bertukar "M" adalah kerana Bani Israel sendiri menyebut Ab dengan Av lebih dekat dengan Am pada lidah Sulug. The Hebrew word for father is just "Ab", pronounced "Av", which means "the one who gives strength to the family." The word "Abi" is the more familiar form, with the meaning "MY father" Abba is a hebrew/aramaic hybrid word, attaching the formal ending -a to the end of the hebrew word Ab, effectively turning it into a singular formal noun: THE Father, or a reference to God.
  • "Ina'un" bermaksud ibu saudara (Makcik). Ina' juga diambil dari Bahasa Hebrew bermaksud ibu. The Hebrew word is "Ima" (pronounced 'ee-ma', spelled 'אמא'). Dalam bahasa Melayu moden terutama di Malaysia menggunakan "emak" untuk ibu. Sebenarnya yang membawa perkataan Ema' ke Tanah Melayu ialah Bangsa Lucose dari Sulu yang pernah menetap beramai-ramai di kepulauan Sumatra-Riau sehingga ke Melaka era Parameshwara lagi. Bangsa Lucoes adalah satu-satunya Tausug yang menggunakan "E" pepet. Mereka dipercayai menduduki Melaka sehingga ke muara Sungai Kelang di Selangor. Tidak hairan hari ini orang-orang Melayu Selangor menggunakan "E" pepet. Contohnya "Ya" adalah bahasa Melayu Standard tetapi disebut "Ye" oleh Melayu Selangor yang sebenarnya adalah lidah Lucose (Tausug).
  • "Kaka'un" bermaksud makanan.
  • "Sipa'un" bermaksud ditendang atau disepak.
  • "Alimun" bermaksud halimunan. Alim @ Alem dalam bahasa Sulug bermaksud ghaib, ia berasal dari Bahasa Hebrew aw-lawm : The Hebrew word (pronounced) aw-lawm, meaning hidden place (or the modern term "underworld").
Kalau dihimpun, beribu-ribu patah perkataan Sulug yang terkandung bahasa Hebrew dan Arab, Bahasa Parahu Purba (asal-usul Bahasa Melayu), Bahasa Monggoloid (Bangsa Monggol atau dipanggil bangsa Makjuj atau China-Tibetan), dan Bahasa Sanskrit serta sedikit Bahasa Spanyol dan Inggeris telah membentuk bahasa Sulug moden hari ini. Hal ini akan kami bahaskan dalam tajuk yang lebih khusus.

Bersambung di bahagian kedua di posting seterusnya.


Kajian bersama:
ASREESULU & Neldy Jolo
  1. menarik! amat berbaloi membaca blog saudara, berinfomasi dan disampaikan dengan nada sederhana tetapi neutral dan dedikasi yang tinggi.

  1. islam tidak mengajar umatnya berbunuhan sesama islam. Apa yg tidak kena harus berbincang musyawarah dengan cara baik..ikut cara Rasulullah. Datang secara tidak di undang dipanggil pencerobohan dan anda islam sapatutnya tahu apa hukum nya membunuh apalagi sesama islam. Datang dgn cara baik akan disambut dengan baik dan jika ingin berbincang boleh bincang dengan cara baik..bukan datang dengan kekejaman wahai seislam ku...banyak sudah keturunan anda dapat kebaikan dan kesenangan dan ilmu hingga berjaya dr kerajaan Malaysia jadi berterima kasih lah.
    chow....

  1. Jika Kesultanan Sulu (dimaklumkan ribuan Kiram mendakwa waris tahta Kesultanan Sulu) boleh menuntut balik Sabah sebagai wilayahnya, maka Kerajaan Melaka, Kerajaan Majapahit dan Sriwijaya pun boleh menuntut balik wilayah kekuasaanya. Mereka boleh menuntut tapi bukan dengan cara kekejaman membunuh sesama agama yg menyembah tuhan yg satu. Tidak perlu lagi rundingan setelah ramai yg menjadi balu dan anak yatim. Sedih. Takziah keluarga yg terlibat. Untuk ATM...jangan bertangguh lagi. Hapuskan penceroboh ini tanpa belas kasihan. Kami menyokong penuh.

  1. kALAU MEMang hak harus di perjuangkan, kalau memang bisa dirundingkan secara baik-baik akan bisa mencegah pertumpahan darah. Semoga semua yang terlibat dapat menahan diri.
    Sulu adalah suku yang besar, yang mempunyai sejarah yang cukup hebat, malaysia juga negara yang besar. Semua dapat diselesaikan
    dengan damai. Jangan suka mengambil hak orang, itu juga di ajari dalam islam

  1. sangat menarik saya untuk membacanya..syabas saudara... sy sememangnya ingin mengetahui sejarah keturunan ayah saya... sangat berterma kasih....

  1. Manusia hidup berkomunikasi antara satu sama lain. Kadang-kala kita berbalah dan bertelingkah. Namun jangan melampau. Sesiapa yang melampau dia layak diambil tindakan, bahkan diperangi.

    Firman Allah: 9.
    “Dan jika dua puak dari kalangan yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangiah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat: 9-10)
    berani ke nak attack?

  1. Assalamualikum semua.Amat suka dengan perterjemahan yang saudara bawakan.Bersederhana dalam berbicara.Penuh ilmuan di dada.Mengangkat Bangsa Tausug di dunia.Tetapi.Saya sebagai rakyat Malaysia.Cukup kecewa dengan apa yang berlaku.Inikah caranya mengangkat kembali kegemilangan Bangsa Tausug dengan membunuh saudara seagama.Hanya berpaksikan sejarah kegemilangan yang pernah Bangsa Tausug miliki.Jikalau itu yang dipaksikan semata-mata.Nampak sungguh keangkuhan itu.Amat sedih apabila melihat perwira kami terkorban sebegitu sahaja.Tambahan pula dibunuh oleh saudara seagama.Begitu juga sebaliknya.Sepatutnya.Keberanian yang Bangsa Tausug ini miliki,dihalakan untuk memperjuangkan hak kesemua umat Islam yang lain.Memartabatkan lagi agama kita.Bukan hanya berjuang memartabakan Bangsa Tausug sahaja.Mungkin saya tidak layak untuk berkata begini.Kerana saya bukan berbangsa Tausug yang memahami keperitan bangsa ini.Tetapi,bagi kami rakyat Malaysia.Pencerobohan ini amat2 kami benci.Tambahan pula.Rakyat kami menjadi korban di atas keangkuhan Raja Kiram ini.Hanya kerana kuasa,saudara seagama menjadi korban akan kerakusan beliau untuk mendapatkan jajahan lama yang telah menjadi lipatan sejarah.Undang2 antarabangsa juga sudah mengesahkan.Bahawa Sabah adalah milik Malaysia.Dan penduduk Sabah langsung tidak mendaulatkan Raja Kiram sebagai raja di sana.Sudah cukup menyatakan rakyat Sabah menolak beliau di sana.Harap2.kesudahan isu ini akan berakhir dengan segera.Saya amat sokong dengan kenyataan colourfull diatas.Semoga kita semua kembali ke jalan Allah yang sebenarnya.As Salam.

  1. dengan nama allah yg maha pemurah dan maha penyanyang

    sy tabik dgn keberanian penulis utk mmberitahu kebenaran yg selama ini ditutup mcm tu je oleh pihak2 yang pengecut , munafik dan tunduk pada kekuasaan manusia sehingga sanggup menipu bangsa dan saudara seagama dgn mereka2 pelbagai cerite utk menghapuskan sejarah atas kepentingan diri sndiri , sy di semenanjung ini menunggu kebangkitan ummah (rakyat) utk menegakkan syiar islam , sebuah negara bole dianggap sebagai negara islam apabila pemimpin ny pemimpin islam , dan pemimpin islam itu bole dianggap sebagai pemimpin islam apabila pemimpin itu menggunakan hukum islam iaitu dtg dri al-quran dan sunnah . akan tetapi malaysia dgn bangga menyatakan negara ny sbgi negara islam tetapi mnggunakan hukum British of Law , brmakne mereka tunduk pada elizabeth iaitu seorang manusia bkn tunduk pada perintah allah , hal ini disebabkan harta kekayaan dan wang2 yg diberikan yg bole mmbawa kpd fitnah dan itulah sifat dajjal . berfikirla wahai ummat manusia agar kita bole di declare sbgi ummat islam bkn ny ummat elizabeth yg dilaknat . dgrknla ap yg dikatakan oleh sesiapa pn , tetapi jgn terus mengambil ny selagi tidak melihat pd sumber yg paling tepat , iaitu al-quran sbgi petunjuk , pmbukti dan pembeza yg hak dan jgk yg batil . peperangan di lahad datu bkn sbgi peperangan antara org2 yg beriman , kerana malaysia tidak gune hukum allah dan secare xlangsung atm atau pdrm bkn la dari kalangan org yg beriman , dan org yg beriman itu adalah org2 yg mmpunyai akidah iaitu ikatan antara manusia , bumi dan al-quran . manusia yg tgl dibumi , harusla mengikut undang2 bumi , dan undang2 bumi itu dtg ny dri al-quran . dan al-quran itu kata2 allah . apakah manusia tidak yakin (beriman) dgn kata2 allah ? berfikirla wahai manusia , jgn jd mcm attartuk , jgn jd mcm zaitun , jgn jd mcm kiram .

  1. Perlu kajian mendalam kaitan dengan keturunan Israel. Ophir contohnya sebenarnya adalah salah seorang anak dari Joktan dan pendapat saya Ophir tidak ada kena mengena dengan Sulu.

  1. The Gold of Ophir
    by Wayne Blank
    Ophir, from the Hebrew word (pronounced) oh-feer, was the name of a son of Joktan, a descendant of Noah through the line of Noah's son Shem (Genesis 10:21-25). Ophir was also the name given to a place (see also Bible Places) that became famous in early Bible History for the gold found there. The Bible does not state that Ophir, the place, was named after Ophir, the man (or vice-versa), however the possibility does exist because others born at that time shared names of places that soon thereafter entered the Biblical record. Two of Ophir's brothers, Havilah and Sheba, also had names that became identified with places i.e. Sheba was where the famous Queen of Sheba came from (see The Queen of the South), and Havilah, although known as a place before The Flood, was also an existing place after the Flood, and like Ophir, Havilah was known for its gold. The Bible does state that Ophir and his brothers lived to "the east" (Genesis 10:30 KJV), which, considering that Sheba is known to have been located in southern Arabia, was the most likely area of their habitation. There is no mention of them farther north, among the Canaanites.
    "And they came to Ophir, and fetched from thence gold"

    Ophir is always mentioned regarding the gold found there; another clue as to the location of Ophir is that Solomon's ships departed from the Red Sea ports to obtain gold from Ophir, thereby indicating a southern destination (rather from the Mediterranean Sea ports which traded to the north).
    "And King Solomon made a navy of ships in Eziongeber, which is beside Eloth, on the shore of the Red sea, in the land of Edom. And Hiram sent in the navy his servants, shipmen that had knowledge of the sea, with the servants of Solomon. And they came to Ophir, and fetched from thence gold, four hundred and twenty talents, and brought it to king Solomon." (1 Kings 9:26-28 KJV)

  1. Pada saya, penulis ini memperlihatkan byk kekurangan dlm penulisannya, ada elemen2 yang penulis menunjukkan kurang objektif dalam penulisannya. Ianya tidak layak sebagai karya sejarah. Penulis jga secara berlebihan bias dan sentimen kpd bangsa tausug... Tausug centric yg keterlaluan. Umum sdh tahu bangsa tausug bangsa pendendam&ganas. Lihat sj apa yg mrka lakukn di sabh.Adakah penulis ni menyedari bhwa dia adaa ic malaysia...

  1. syabas saudara, suluk bajau adalah serumpun..... walaupun si kiram tu suluk tapi tidak semestinya semua suluk sokong akan perbuatannya......lagi pon pengikutnya tu bukan semuanya suluk pon......

  1. mengikut sejarah yg sahih dari suluk... kiram ne..adalah pembelot kepada sultan sulu yg sebenar,dan untuk pengetahuan umum....kiram ne sebenarnya tydapun darah atau keturunan sultan...oleh kerana sultan sulu yg sebenar tyada anak lelaki dia bemberikan takthanya kepada anak kakanya yg pada masa tu masih mengandung...dan bila keturunan kiram mendengr iya sngt tk berpuas hati kerana dia adalah pengikut setia kepada sultan sulu..dan kemarahannya memuncak dan bertindak membakar istana dan membunuh sultan sulu..pada masa yg sama kaka sultan sulu menjadi buruan kiram dan ingn membunuh semua keturunan sultan sulu yg sebenar...hingga kaka sultan sulu menjadi pelarian dan menghilangkan diri hingga ke hari ini...jdi tolong jngn fikir kiram tu sultan kerana dia sebenarnya pembelot kepada sultan sulu yg sebenar...saya suluk yg paling anti ngn pencerobohan d kg tanduo bru2 ne...kerana d sebabkn mereka nama suluk terjejas teruk...jika anda semua ingin tahu cerita yg selanjutnya...saya sngt sarankn.,...kaji la salasilah keturunan sultan sulu yg sebenar...

  1. Terlalu banyak cerita dongeng di dalam. Lusung itu Luzon, bukan sulu. haha

  1. anda bukan berada di tempat kejadian. kami tau siapa yang mulakan dulu, dan kami tau cerita sebenar.. anda di semenanjung @ berada diluas kwsn semestinya tak tahu perkara sebenar, kalian dikaburkan dgn berita media yg memutarbelitkan hal sebenar yg berlaku ditempat kejadian -penduduk kg

  1. kaji selidik dulu asal usul sabah & siapa sebenarnya menakluki sabah dlu.. dan kaji knp sabah berada di tangan malaysia.. dan apa perjanjian mereka antara suluh, Enggerish, melayu.. sy harap journal kajian selidik pasal sabah tak dihapuskan sepertimana cerita kegemilangan Suluh yg telah dibakar oleh org putih sendiri sbb takut akan kebenaran yg akan diketahui oleh dunia di masa akan dtg..

  1. anda bukan berada di tempat kejadian. kami tau siapa yang mulakan dulu, dan kami tau cerita sebenar.. anda di semenanjung @ berada diluas kwsn semestinya tak tahu perkara sebenar, kalian dikaburkan dgn berita media yg memutarbelitkan hal sebenar yg berlaku ditempat kejadian -penduduk kg

  1. anda bukan berada di tempat kejadian. kami tau siapa yang mulakan dulu, dan kami tau cerita sebenar.. anda di semenanjung @ berada diluas kwsn semestinya tak tahu perkara sebenar, kalian dikaburkan dgn berita media yg memutarbelitkan hal sebenar yg berlaku ditempat kejadian -penduduk kg

  1. anda bukan berada di tempat kejadian. kami tau siapa yang mulakan dulu, dan kami tau cerita sebenar.. anda di semenanjung @ berada diluas kwsn semestinya tak tahu perkara sebenar, kalian dikaburkan dgn berita media yg memutarbelitkan hal sebenar yg berlaku ditempat kejadian -penduduk kg

    kaji selidik dulu asal usul sabah & siapa sebenarnya menakluki sabah dlu.. dan kaji knp sabah berada di tangan malaysia.. dan apa perjanjian mereka antara suluh, Enggerish, melayu.. sy harap journal kajian selidik pasal sabah tak dihapuskan sepertimana cerita kegemilangan Suluh yg telah dibakar oleh org putih sendiri sbb takut akan kebenaran yg akan diketahui oleh dunia di masa akan dtg..

  1. anda bukan berada di tempat kejadian. kami tau siapa yang mulakan dulu, dan kami tau cerita sebenar.. anda di semenanjung @ berada diluas kwsn semestinya tak tahu perkara sebenar, kalian dikaburkan dgn berita media yg memutarbelitkan hal sebenar yg berlaku ditempat kejadian -penduduk kg

    kaji selidik dulu asal usul sabah & siapa sebenarnya menakluki sabah dlu.. dan kaji knp sabah berada di tangan malaysia.. dan apa perjanjian mereka antara suluh, Enggerish, melayu.. sy harap journal kajian selidik pasal sabah tak dihapuskan sepertimana cerita kegemilangan Suluh yg telah dibakar oleh org putih sendiri sbb takut akan kebenaran yg akan diketahui oleh dunia di masa akan dtg..

  1. Lusung Ni Dalam Bangsa Kami Tausug Maksud nya Lesung Kayu

Post a Comment