Selesainya Lawatan Datu Albi Ke Kuala Lumpur

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, June 11, 2010 0 ulasan

Minum petang bersama Puan Sabariah, Tuan Abu Bakar, dan Tuan Shah Kirit di Setiawangsa.


Perbualan ringkas dengan beberapa perwakilan Turkey dan Malaysia di Equtorial Hotel, Bangi.


Perjumpaan dengan kumpulan wakil NGO Turkey di lobi hotel Equtorial, Bangi


Tausug di Masai Johor mendengar penjelasan berkenaan Dinar dan Dirham oleh Prof Dr Umar Vadillo ketika lawatan ringkas beliau ke Johor menemani YM Datu Albi.


Perjumpaan Tausug di Seri Kembangan, Selangor dengan YM Datu Albi, menjawab beberapa persoalan para hadirin berkenaan keselamatan dan masa depan Sulu.


Tausug di Sungai Udang, Melaka sedang mendengar ucapan alu-aluan Tuan Hj Kerry berkenaan kedatangan YM Datu Albi.


YM Datu Albi bergambar kenang-kenangan dengan pemimpin Tausug di Sungai Udang Melaka.


YM Datu Albi menjelaskan kepada Prof Dr Umar Vadillo betapa pentingnya "matawang" Dinar dan Dirham kepada Kesultanan Sulu.


YM Datu Albi berkesempatan bertemu dengan guru kepada Asreesulu dan YM Datu Ladjamura Aranan iaitu Al-Fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah di Seri Gombak.


YM Datu Albi didatangi oleh Kerabat Diraja Sulu dari Keluarga Aranan ketika beliau menginap di Equtorial Hotel, Bangi baru-baru ini. Dari kiri, Datu Ali Aman Aliuddin, YM Datu Albi Ahmad Julkarnain, Datu Omar Aliuddin, dan Datu Zainal Aliuddin.


YM Datu Albi disambut oleh Datu Umra Aranan sejurus tiba di lapangan terbang antarabangsa di LCCT.


Perjumpaan silaturrahim rombongan YM Datu Albi dengan Presiden Future Global Network iaitu Tuan Hj Ahmad Azam di Gombak.


Semua gambar di atas adalah antara aktiviti YM Datu Albi Ahmad Julkarnain selama berada di Kuala Lumpur. Rancangan beliau melawat Jakarta Indonesia tidak kesampaian kerana hal-hal tertentu yang tidak dapat dielakkan. Gambar-gambar terkini selama berada di Sabah pula akan dipaparkan kemudian insyaAllah.

Post a Comment