Januari 2011: U.S.A. Mula Mengajar Tenteranya dengan Bahasa dan Budaya Tausug

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, May 29, 2011 0 ulasan

U.S. ARMY TRAINING AND DOCTRINE COMMAND
Source: http://jobview.usajobs.gov/


Job Title:
Foreign Language Teacher (TAUSUG/DIALECTS)
Department: Department Of The Army
Agency: Army Training and Doctrine Command
Job Announcement Number: WTEY11FPSTAUSKUNI

  • SALARY RANGE: $36,430.00 - $127,042.00 /year
  • OPEN PERIOD: Friday, January 28, 2011 to Friday, January 27, 2012
About the Position: The Institute offers foreign language instruction in more than two dozen languages to approximately 3,500 students on a schedule that extends throughout the year.

Courses are taught six hours per day, five days a week, with the exception of federal holidays and training holidays determined by the garrison. Teachers work on teaching teams consisting of six members and teach up to 30 students in groups of 10. The duration of courses range between 25 and 63 weeks, depending on the difficulty of the language. TAUSUG speakers have dialects in MAGUINDANAO, MARANAO, and/or SAMAL are preferred.

......................................

ULASAN: KEKUATAN USA TERLETAK PADA FREEMASON (NWO)

Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat secara drastik menambahkan korikulum wajib mempelajari Bahasa Tausug di Defense Language Institute Foreign Language Center (DLIFLC); Monterey, CA. yang baru sahaja bermula awal tahun ini (Januari, 2011).

Jawatan tenaga pengajar di sekolah tentera ini tentulah akan diisi oleh Tausug (Warga USA) sendiri. Misi Amerika Syarikat untuk masuk campur dalam urusan Tausug dan Kesultanannya seterusnya dapat menguasai "Politik" Nusantara di masa-masa akan datang nampaknya bakal menjadi kenyataan.

Samada negatif atau positif penerimaan terhadap program Amerika Syarikat ini nampaknya bukanlah menjadi perhatian utama kepada Kesultanan Sulu (UTC) hari ini. Malah Sulu lebih berkeyakinan bahawa "hanya kuasa besar" seperti Amerika Syarikat yang boleh membantu Kemerdekaan mereka sekali pun orang-orang Sulu tahu USA itu adalah ejen DAJJAL. Sulu terpaksa menerima apa sahaja jenis bantuan. Jangankan USA yang boleh mereka terima malah Syaitan dan Iblis pun kalau datang membawa bantuan KEMANUSIAAN pasti diterima oleh orang-orang Sulu.

Keperitan hidup masyarakat Sulu hari ini kita boleh lihat dengan wujudnya pencolekan, rompakan dan pembunuhan sehingga menjadi ketakutan kepada bangsa-bangsa lain terhadap Tausug itu sendiri. Menyalahkan Tausug secara total adalah tidak adil tanpa menuding jari kepada Filipina (yang memerangi Tausug sehingga jadi pelarian perang/ekonomi ke Malaysia), Malaysia (menangkap dan menyumbat Tausug dalam kurungan sebelum dihalau semula ke Filipina) dan Indonesia (lebih berdiam diri yang hanya membantu jadi broker perjanjian damai yang sia-sia) yang sejak sekian lama dilihat "sengaja" memanjangkan "isu penjanjian damai" yang mereka sendiri tahu perjanjian tersebut hanyalah "satu permainan". Tiga negara ini (Filipina, Malaysia, Indonesia) masih tidak menyedari "permainan" sebenar "kuasa besar" ini.

Pakar strategi ketenteraan USA sejak beberapa dekad telah mengkaji dan menganalisis kekuatan Tausug dan Kesultanannya di masa lalu yang mana mereka lihat (sejarah Tausug) boleh digunakan sebagai "Tiang Seri" menguasai Asia Tenggara di masa-masa akan datang. Maka, gerakan lebih awal perlulah dilakukan dari dalam Sulu itu sendiri.

Peringkat awal KERAJAAN RAHSIA (NWO) YAHUDI yakni yang mempelopori gerakan Freemason sedunia telah "menyuntik" gerakan Freemason ke Mindanao dan Sulu melalui kumpulan-kumpulan "Fraternity" yang bermacam-macam nama untuk membiasakan generasi muda Tausug dengan budaya MASON. Gerakan Mason di Sulu sudah lama bermula setelah termeterai Perjanjian Beats 1898 antara Amerika Syarikat dan Kesultanan Sulu ketika itu (perlu dicatat di sini bahawa USA hanya dapat berhubung dengan Kesultanan Sulu setelah USA membawa surat izin kerajaan Othmania dari Turki kepada Sultan Sulu).

Gerakan Mason yang berjaya menyusup masuk ke Sulu telah mula memainkan peranan rahsia mereka sehingga tamat perang dunia ke-2. Antara kejayaan besar mereka ialah memperdayakan Sultan Jamalul Kiram II menyerahkan Jongkong Emas 617,500 Tan Metrik ke Vatican, Italy pada tahun 1935 melalui Singapura. Dengan menggunakan khidmat Tausug yang berjaya diMASONkan seperti keluarga Hj Buto (Perdana Menteri Sultan Jamalul Kiram II) dan lain-lain maka kekuatan Jihad Tausug telah berjaya "dipondankan" setelah itu. "Kepondanan" Tausug ini lebih jelas setelah Sulu "dihumban" masuk kedalam kekuasaan Filipina tanpa dapat berbuat apa-apa. Sedar-sedar Tausug mendapati diri mereka sudah menjadi Filipino pula.

Sehingga hari ini masih terdapat perkuburan Mason di pinggir Bandar Jolo yang mempunyai pintu gerbang bertulis "Mason Cemetery 1963" yang mana Tausug Jolo sendiri tidak tahu bagaimana perkuburan Mason itu boleh berada di situ sedangkan Jolo itu telah dicap sebagai "No Man's Land" (Negeri yang tidak boleh dilawati).

Walau bagaimanapun Tausug terpaksa menerima hakikat bahawa Sulu adalah wilayah kepulauan yang paling kaya di dunia semenjak zaman purba yang menjadi igauan segala bangsa untuk ditakluki agar EMAS HITAM (Minyak) dan EMAS PERAK PLATINUM dan logam-logam berharga lain dapat disedut agar dapat dijadikan modal kepada PERANG NUKLEAR (ARMAGEDDON) akhir zaman.

Ternyata Tausug tiada apa-apa kecuali ALLAH dan RASUL sahaja lagi. Bersiaplah TAUSUG, anda takut atau tidak KEMATIAN itu pasti. Matilah dengan penuh maruah jihad dalam Islam, untuk hidup kekal abadi di NEGARA MERDEKA di Syurga Allah swt.


Ceramah Mufti Sulu, Paduka Maulana Shar'i Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab dari Jakarta buat Tausug.

Defining the Baselines of the Philippines: Issues and Challenges

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, May 22, 2011 0 ulasan


Held last May 13, 2011 at the Pulungang Claro M. Recto, Faculty Center, UP Diliman and brought to you by the Center for Political and Democratic Reform, Inc., the UP Diliman Department of Political Science, and the UP Third World Studies Center, this symposium features Professor Jay Batongbacal of the UP College of Law as main speaker.


Ulasan:


Para cendekiawan Filipina seperti menyedari rapuhnya "pemilikan wilayah" terhadap seluruh kepulauan yang mereka yakini sebagai FILIPINA hari ini menurut fakta sejarah yang benar telah mula mempersoalkannya. Justeru, mereka mula melancarkan kajian terperinci dan membahasnya secara umum seolah-olah akan berlaku "tsunami" yang bakal melanda kedaulatan FILIPINA yang kalau tidak ditangani segera ia pasti "memusnahkan" kewujudan Filipina di peta dunia di masa-masa akan datang.

Hal ini sebenarnya dilihat sebagai reaksi kepada program Kesultanan Sulu di kepulauan Sulu hari ini. Program kempen mengembalikan Kesultanan Sulu kembali memerintah yang tiada hentinya yang bukan sahaja di gugusan Kepulauan Sulu malah di Semenanjung Zamboanga dan kini semakin menular ke kesuluruhan Mindanao sehingga ke Manila tanpa mendapat tentangan oleh kerajaan Filipina.

Ketidak-upayaan Filipina menghalang program Kesultanan Sulu ini dilihat oleh para cendekiawan Filipina sebagai "benarnya dakwaan Kesultanan Sulu sebagai berdaulat dan wilayahnya tidak pernah dimiliki oleh Filipina sejak azali". Ketidak-mampuan Filipina menghalang samada dalam bentuk sabotaj atau tindakan menghalang secara terbuka menyebabkan para cendekiawan Filipina melakukan "sediakan payung sebelum hujan" sebagaimana yang kita boleh lihat pada video di atas.

Professor Dr. Jay Batongbacal (University of the Philippines College of Law, Diliman) menyatakan secara jelas dan nyata bahawa wilayah Philippines tidaklah termasuk Pulau Palawan dan Mindanao (apatah lagi gugusan Kepulauan Sulu) berdasarkan kenyataan Spanyol (Castila) sendiri yang mengakui tidak pernah menguasai wilayah tersebut.

Kenyataan ini bagi pengkaji sejarah Sulu telah didedah dan diuar-uarkan oleh cendekiawan Filipina adalah atas desakan Filipina sendiri. Filipina memerlukan fakta untuk dapat didedahkan kepada umum agar rakyat Filipina memahami bahawa Mindanao-Sulu dan Palawan bukanlah milik Filipina. Maka, sekiranya Sulu-Mindanao terpisah suatu hari nanti dari "tangan" Filipina tidaklah mengejutkan rakyat.

BHG 3: MONOTEISME ANTARA BUDDHA, SOCRATES DAN ALEXANDER THE GREAT

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, May 21, 2011 1 ulasan


Bab: SOCRATES DAN MONOTHEISME


MUKADDIMAH:

Dari manakah perkataan Monotheisme (Mono-Theis) ini diambil? Monotheisme sebenarnya berasal dari perkataan Yunani. MONO bermaksud TUNGGAL manakala *THEOS bermaksud Tuhan. Takrifan kepada Monotheis iaitu kepercayaan bahawa Tuhan itu SATU dan berkuasa penuh atas segala-galanya. Maka siapa pula yang dikatakan Yunani? Yunani adalah satu bangsa yang menduduki Athens (Yunani-Macedonia-Rom) yang menurut para pengkaji genetik, Yunani berasal dari kata Ionia, keturunan Javan bin Yafits (Japhet) bin Noh a.s. yang menduduki tepi laut di pesisir Yunani Barat sehingga ke Timur [01] di laut Mediterranian.

Untuk menjelaskan Socrates ini tidaklah semudah yang disangka kerana melibatkan kajian-kajian terdahulu dan kini, termasuk apa yang dinyatakan oleh barat sendiri terhadap mereka. Fitnah yang melanda penganut Monoteisme ini mempunyai rentetan sejarah yang panjang yang mana bukan sahaja melanda para Nabi dan Rasul a.s. tetapi para nama-nama terkenal seperti Socrates, Alexander the Great dan yang seangkatan dengan mereka.


Penjelasan kami dalam bahagian ini penting yang bukan sahaja berusaha membersihkan nama para bintang Monoteisme ini malah lebih penting lagi ialah kenyataan benar dari langit bahawa sejak dari awal Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang telah menurunkan fahaman Monoteisme ini kepada Adam a.s., Syith hingga Idris a.s. sehingga kepada Rasul yang pertama iaitu Noh a.s.. (Menurut para ahli sejarah Islam, Adam, Syith hingga Idris a.s. hanya bertaraf Nabi bukannya Rasul kerana mereka tiada kaum, dan kerasulan bermula pada zaman Noh a.s. kerana baginda punya kaum kerabat yang ramai berbanding para nabi sebelumnya).

Pemahaman halatuju tulisan ini dengan sendirinya akan membatalkan manusia Adam terawal bermula dari zaman batu yang kononnya berubah ke zaman-zaman lain yang lebih maju kemudiannya yang dikenali oleh ilmuan Atheis Darwinisme sebagai zaman besi dan gangsa. Harun Yahya (Adnan Oktar) dengan argumen saintifiknya telah membuktikan hal ini bahawa teori Darwinisme dan para ilmuan Atheis lainnya adalah bohong dan sengaja diada-adakan untuk bertujuan memalingkan manusia "beragama" kepada pemahaman Atheis "tanpa wujud Tuhan".

Maka demikian apa yang mereka lakukan keatas para bintang Monotheisme seperti Jesus a.s. yang mereka jadikan Tuhan, Socrates (Plato dll) sebagai pagan dan Alexander the Great sebagai Homosexual dan paganisme demi mengaburi mata manusia bahawa tiada istilah Monotheisme dalam dunia ini kecuali penyembahan berhala Dewa-dewi, zina-hedonisme dan bumi tercipta dengan sendirinya.


*NOTA 1: THEOS kata asalnya dalam bahasa Yunani ialah THEOU @ Thu @ Tu yang kalau diberi imbuhan "an" akan menjadi TUHAN (dalam bahasa Nusantara) yang mana imbuhan "an" itu berfungsi sebagai perbuatan hormat atau pengagungan kepada TU. Dalam bahasa Sulug klasik TUHAN bermaksud TUAN (lelaki yang dihormati atau diagungkan). Dalam bahasa Sulug terdapat kata U-TUH (sbt. Utu') yang bermaksud "Lelaki perkasa" (Kejantanan) yang dihormati dan istilah ini turut diguna dalam bahasa Malayu @ Melayu yang juga disebut Utuh (kukuh @ teguh). Dalam bahasa Inggeris "He" merujuk kepada Lelaki atau juga keperkasaan yang mana "He" juga diguna sebagai kata ganti nama kepada TUHAN.

SHIN-TO @ TU adalah anutan animisme bangsa Jepun klasik yang mengagungkan "Kelelakian @ Kejantanan" sebagai simbol keperkasaan dan kelangsungan zuriat sehingga membawa kepada mengkultuskan "Kemaluan lelaki" yang masih wujud hingga hari ini. SHIN-TO dalam bahasa China bermaksud "Jalan Dewa-Dewi" (Way of the gods) yang kemungkinan asalnya dari perkataan Monotheis, JALAN MENUJU KEPADA TUHAN bukan kepada tuhan-tuhan @ Dewa-Dewi yang lebih kepada paganisme. Dalam kajian bahasa China samada TO @ TU atau DO sebenarnya berasal dari kata TAO [02]. Maka sebab itu bangsa China hingga hari ini mengamalkan ajaran TAOISME yang kemungkinan mempunyai pertalian rapat dengan SHINTO @ SHINTAO dan TAO-SUG di kepulauan Sulu.

Dari kajian kami kemungkinan besar ajaran TAO berasal dari kepulauan Sulu (seluruh kepulauan Filipina hari ini) kerana orang China Purba menyebut orang Sulu sebagai TAO-PO (orang kepulauan). Terbukti hingga hari ini orang-orang Sulu menamakan bangsa mereka sebagai TAO @ TAU-SUG @ TAU-PU'. Dalam bahasa Kepulauan Timur Nusantara TAU bermaksud "Orang". Sebab itu orang Bugis di Sulawesi menamakan diri mereka sebagai TAU-UGi'. Tagalog, Visaya di Filipina turut menyebut TAU @ TAO yang merujuk kepada "orang". Maka bukanlah mustahil kalau dikatakan ilmu TAOISME dan SHINTO berasal dari kepulauan Sulu. Sekiranya dikaji secara lanjut bangsa yang menggunakan nama TAO @ TU @ TO @ THEOU hanyalah dari keturunan Yafits bin Noh a.s..


Oleh kerana Socrates menentang penyembahan patung dewa-dewi (gods) maka beliau telah dituduh sebagai Anti-Dewa oleh para musuhnya sehingga beliau dihukum mati dengan meminum racun. Setelah itu dakwaan Anti-Dewa kepada Socrates nampaknya bertukar "nada" kepada Anti-Tuhan pula yang disebut sebagai Athies.

Wal hal sikap Socrates bukanlah Anti-Tuhan tetapi sebenarnya beliau adalah anti penyembahan berhala Hellenistic. Namun, kesalahfahaman generasi kemudiannya terhadap istilah
Clausa Prima (PENYEBAB PERTAMA yang tidak disebabkan lagi) yang dimaksudkan Socrates menjadikan beliau digelar Atheis. Clausa Prima tidak dapat dilihat dan tidak dapat digambarkan kerana tiada yang mampu dapat menggambarkan rupa-Nya.

Keyakinan tidak menyerupakan Tuhan oleh Socrates dan mengajak generasi muda Athens menjauhi penyembahan dewa-dewi menjadikan dia dituduh sebagai Atheis (tidak meyakini tuhan-tuhan berhala). Akhirnya falsafah Socrates hingga hari ini dianggap sebagai falsafah Atheis yang kemudian ditunggangi oleh aliran anti-Agama (Freemason) seperti Darwinisme, Marxisme-Sosialisme dan lain-lain sebagai inti perjuangan mereka menghapuskan "rasa berTuhan" di muka bumi.



MENELANJANG KEBOHONGAN ATHEIS

Kita sangat bersyukur kepada Allah swt kerana memunculkan manusia hebat seperti Harun Yahya, Syeikh Imran N. Hosein, Syeikh Ahmad Deedat dan lainnya yang berjaya menelanjangkan kebohongan para kufar terhadap konsep beragama (Monotheisme) serta kebohongan terhadap hakikat PENCIPTAAN yang dimanipulasi oleh Atheis berabad-abad lamanya sehingga hari ini. Para Mulhid (Atheis) ini sampai kiamat berkerja keras untuk memulhidkan umat yang meyakini Keesaan Tuhan.

Harun Yahya sendiri menyatakan, betapa hebat pun pendedahan terhadap kebohongan mereka akan hakikat Tuhan dan Penciptaan namun subjek "
Manusia berasal dari beruk yang terhasil dari evolusi jutaan tahun sebelum zaman batu" masih juga diajarkan di sekolah-sekolah di seluruh Turki. Ini adalah satu cabaran buat Ummah untuk sama-sama turun tangan menghancurkan DOKTRIN FASAD yang sudah mereka tanamkan beratus-ratus tahun hinggakan sebahagian para ulama' Islam sendiri terperangkap dan masih gagal membebaskan diri dari kepompong kajian-kajian Atheis ini tanpa disedari.

Sebagai contoh, seorang ulama' Islam yang paling tersohor di Nusantara tanpa tandingan pada masa hayatnya iaitu Almarhum Prof. Dr. HAMKA (semoga Allah mengampuni segala dosanya dan menempatkan beliau bersama siddiqin) dalam bukunya SEJARAH UMAT ISLAM turut menukil kajian-kajian para Atheis terhadap penemuan tulang-tulang yang dikatakan bahawa Manusia Moden berasal dari hasil Evolusi berjuta-juta tahun dahulu.

Dalam hal ini kita bersangka baik dengan Almarhum Dr. HAMKA kerana ketika beliau menyusun buku SEJARAH UMAT ISLAM pada masa hayatnya, Harun Yahya masih belum menyebarkan kajian-kajian saintifiknya ke seluruh dunia bagi menyangkal kajian-kajian para Atheis Darwinisme yang dikatakan SAINTIFIK oleh para penganutnya itu. Sudah tentu kalau Dr. HAMKA terbaca kajian-kajian Harun Yahya pasti beliau turut menyangkal teori para Atheis tersebut.



PERSAMAAN ANTARA SOCRATES DAN LUQMAN AL-HAKIM

Sejarah Monotheisme Socrates tidak akan dapat ditemui secara terus dari tulisan-tulisan barat yang pola fikir mereka sarat dengan paganisme penyembahan berhala dan Atheisme. Ia hanya dapat ditemui sekiranya diteliti tulisan asal Socrates dan menimbangnya atas neraca Monotheisme.

Dalam hal ini kita sangat bergantung kepada para pengkaji Muslim kontemporari yang ikhlas seperti
Muhammad Alexander (Wisno Sasongko, dari Indonesia) yang menulis sebuah buku yang menakjubkan bertajuk Alexander Adalah Zulkarnain (cetakan PTS, 2010). Buku ini walau pun dikritik keras oleh sebahagian pengkritik amatur namun fakta yang beliau kemukakan telah menggamit perhatian dari pihak pengkaji lain kerana bagi kami metodologi kajiannya sama dengan apa yang kami gunakan dalam kajian Sejarah Sulug.

Buku ini mendedah segala-galanya termasuk pembuktian beliau secara saintifik terhadap Alexander the Great adalah benar-benar Iskandar Zulkarnain sebagaimana yang terdapat dalam Al-Qur'an Al-Karim. Dalam bab ini rujukan utama kami menggunakan tulisan Wisno Sasongko di atas dan memberi sedikit interpretasi terhadap beberapa keterangan untuk disesuaikan dengan perbahasan asal kami iaitu fitnah terhadap Monotheisme dan Kenabian.


Berkenaan dengan identiti Luqman al-Hakim terdapat hadis daripada
Imam As-Suyuthi yang dilaporkan daripada Jabir r.a. bahawa Luqman itu berkulit hitam. Tetapi menurut Albani, hadis ini hadis dhaif. Ada juga yang berkata Luqman adalah daripada keturunan bani Israel. Perbezaaan pendapat berkenaan asal usul Luqman menunjukkan wujud keraguan berkenaan identiti sebenar Luqman al-Hakim. Dr. Shalah Khalidy menyatakan di dalam bukunya yang berjudul Kisah-kisah Al-Qur'an: Pelajaran daripada Orang-orang Dahulu menyatakan,

  • "Kita tidak tahu adakah dia orang Habsyi, orang Arab, ataupun daripada kalangan Bani Israel. Kita juga tidak tahu nama bapanya ataupun datuknya, sebagaimana kita tidak tahu bentuk tubuhnya yang sebenarnya, sifatnya, ataupun warna kulitnya".

Di dalam tafsir
Al-Misbah, Prof. Dr. Quraish As-Shihab juga turut menyatakan identiti Luqman masih diperdebatkan. Maka menurut penulis ini (i.e. Wisno) bahawa tidaklah bersalahan sekiranya Socrates dicalonkan sebagai Luqman al-Hakim berdasarkan kreterianya yang mirip dengan apa yang dinyatakan dalam Al-Qur'an Al-Karim. Sebab itu mengapa Mohammad Hatta seorang mantan wakil Presiden di Indonesia telah menyatakan tentang Socrates dalam bukunya berjudul Alam Fikiran Yunani,

  • "Dari pandangan etika yang rasional itu, Socrates sampai kepada sikap hidup yang penuh rasa keagamaan. Menurut keyakinannya, menderita oleh kezaliman lebih baik daripada berbuat zalim. Sikap ini diperlihatkannya dengan perkataan dan perbuatan, iaitu dalam pembelaannya di hadapan hakim. Socrates adalah orang yang percaya kepada Tuhan. Susunan alam ini teratur menurut wujud tertentu. Itu, katanya, adalah tanda perbuatan Tuhan. Kepada Tuhan dipercayakannya segala-galanya yang tidak dapat diduga oleh otak manusia". (Alam Fikiran Yunani, 1941/1980. h. 84)
Berikut adalah keterangan dalam buku susunan Muhammad Alexander ( Wisno Sasongko) tentang Socrates,

  • Pada tahun 399 SM, seorang yang berfahaman Monoteisme bernama Socrates (470-399 SM) dihukum mati dengan cara menelan racun. Ini kerana Socrates menyebarkan ajaran Tuhan adalah satu, iaitu yang menjadi penyebab pertama (causa prima) yang tidak disebabkan lagi.
  • Socrates dituduh menyebarkan ajaran baru dan tidak menghormati dewa-dewa Athens Yunani. Beliau juga dianggap meracuni fikiran generasi muda Athens. Dua pertuduhan dikenakan ke atas Socrates: - Beliau menidakkan dewa-dewa yang diakui oleh negara dan mengemukakan dewa baru. - Beliau menyesatkan dan merosakkan fikiran generasi muda.
  • Kesimpulan penulis (i.e. Wisno Sasongko), Socrates cendekiawan dari Athens adalah Luqman al-Hakim berasaskan hakikat ajaran Socrates sama dengan ajaran Luqman, iaitu Tuhan itu satu. Bagi membuktikannya, penulis menggunakan pendekatan linguistik dan persamaan peribadi antara Luqman dan Socrates. Berdasarkan Phaedo yang ditulis Plato (360 SM), Socrates dihukum mati dengan cara menelan racun. Berdasarkan fakta ini ada kemungkinan Allah menggunakan gelaran Socrates dalam Al-Qur'an dengan 'menelan' ataupun 'luqman'.
  • Secara morfologi (ilm Sharf), nama 'luqman' (akar kata 'lqmn') berbeza dengan perkataan 'laqman' daripada 'laqima' ('lqm' tanpa huruf nun), 'luqoman' (beberapa suapan), 'luqmatu' (sesuap), 'laqimun' (yang menelan). Secara fonologi (ilm ashwat), perkataan 'luqman' hampir sama bunyinya dengan 'laqman' (menelan). Jadi ada kemungkinan pada mulanya orang Arab menyebut Socrates dengan sebutan 'orang yang mati dengan menelan racun' iaitu 'laqman' (daripada perkataan 'lqm'). Kemudian dengan peredaran masa, perkataan 'laqman' menjadi 'luqman', di mana huruf 'lqm' digabungkan dengan huruf 'n' atau nun. Perkataan 'menelan' (laqman) berbeza dengan 'minum' (syariba). Perkataan 'menelan' mengandungi makna 'dipaksa makan ataupun minum sesuatu berupa cecair ataupun pepejal melalui mulut' (terjadi bukan kerana dorongan diri sendiri).
  • Hingga ke saat ini, sejak zaman Nabi Musa a.s. (1281 SM) hingga zaman Nabi Muhammad SAW (632 M), sejarah belum menemukan mana-mana cendekiawan yang dihukum mati dengan menelan racun kecuali Socrates dari Athens. Socrates adalah orang yang bijaksana dan pencari hikmah. Socrates adalah cendekiawan Athens. Fakta ini selaras dengan gelaran Luqman al-Hakim atau Luqman yang bijaksana.



SOCRATES ADALAH SEORANG NABI?


Kalau sebelum ini Buddha dikatakan adalah salah seorang Nabi yang menyampaikan hikmah keluhuran budi kepada kaumnya di India Utara maka Socrates juga dikatakan sebagai Nabi yang menyampaikan hikmah keluhuran budi pula pada kaumnya di Yunani. Apakah maksud hikmah?

  • Menurut Imam Al-Raghib, maksud asal "hikmah" adalah melarang (sesuatu) bagi mendapatkan kebaikan yakni melarang atau mencegah sesuatu pekerjaan dari berlaku agar dengan demikian mendapat kebaikan darinya.

Buddha selalu mendapat isyarat-isyarat ghaib berupa suruhan samada dari mimpi atau dari pengalaman beliau ketika mencapai pencerahan, maka demikian pula yang berlaku kepada Socrates. Socrates sering didatangi suara ghaib yang mengandungi hikmah. Dalam terjemahan
Henry Cary, 'prophectic voice', suara itu dikatakan mengingatkan Socrates apabila beliau hendak melakukan kesalahan. Sebaliknya suara itu membiarkan Socrates apabila perbuatan Socrates mengarah kepada kebajikan. Ini adalah tanda kenabian. Socrates berkata,

  • "Aku sering didatangi oleh suatu pengaruh suara Ilahi dan kerohanian tertentu,... Peristiwa ini sudah terjadi padaku sejak aku masih kanak-kanak, semacam ada suara yang hadir dan yang selalu mencegahku daripada melakukan perkara yang hendak aku lakukan, namun tidak pernah mendorongku supaya melakukan sesuatu. Suara inilah yang mencegahku daripada masuk dalam bidang politik" [03].
Di dalam buku Xenophon (431-354 SM) bertajuk The Memorabilia: Recollections of Socrates telah memetik kata-kata Socrates yang diterjemahkan oleh H.G. Dakyns berbunyi "Tuhan memberiku tanda" menunjukkan tanda beliau seorang nabi. Berdasarkan kenyataan ini, jelas selepas era Nabi Uzair (Ezra), nabi dari kalangan bani Israel yang berjaya menulis kembali Taurat pada tahun 499 SM, nabi tidak diturunkan kepada bani Israel selama 450 tahun. Nabi-nabi seterusnya adalah Nabi Zakaria a.s., Nabi Yahya a.s. dan Nabi Isa a.s. Semasa zaman 'ketiadaan nabi' itulah muncul nabi untuk kota Athens, iaitu Socrates (Luqman Al-Hakim).

Selama ini para Nabi yang kita ketahui hanya daripada keturunan Semitik bangsa Arab dan Israel sahaja. Padahal dalam Al-Qur'an, Allah SWT menyatakan terdapat rasul bagi setiap umat manusia.

  • "Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya." (Al-Qur'an, Surah Yunus ayat 47).
  • "Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu, dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. Dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah." (Al-Qur'an, Surah Ghafir ayat 78).
Walau bagaimanapun, kenyataannya kita sebagai umat Islam hanya diwajibkan meyakini 25 Nabi dan Rasul sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah SWT melalui Rasulullah SAW.


Socrates telah sampai kepada kepercayaan adanya Tuhan dan Keesaan Tuhan. Beliau memerhatikan kejadian Alam dan menyimpulkan ada keseimbangan dalam alam ini. Maka berdasarkan hukum kesimbangan itu, Socrates menetapkan adanya Tuhan. Secrates berkata "Adanya keseimbangan dalam alam dan pada peristiwa-peristiwa yang terjadi dalam alam menunjukkan adanya 'akal yang mengatur'. Ia tidak lalai dan tidak tidur. Akal yang mengatur itu adalah Tuhan yang Maha Pemurah". Lihat: Alexander Adalah Zulkarnain, m.s. 146.



FITNAH DI MASA HAYAT SOCRATES


Socrates juga adalah seorang yang warak dan hidup miskin yang hanya menghabiskan usianya mencari hikmah (pencerahan) kepada bijak pandai yang kemudian memberi nasihat pula kepada manusia. Nasihat-nasihat kebaikan dan keluhuran budi oleh Socrates kepada kaum Yunani Athens telah dianggap "menjejaskan keselamatan negara" pula oleh pihak pembesar negara yang berkepentingan politik sehingga pelbagai fitnah pun ditimpakan kepadanya,

  • "...wahai orang Athens! Banyak permusuhan yang telah muncul melawanku, dan permusuhan itu begitu menyedihkan dan menjengkelkan, sehingga mewujudkan bermacam-macam fitnah daripada mereka dan termasuk di sekitar mereka yang digelar sebagai orang 'bijaksana'; kerana orang yang hadir dari semasa ke semasa membayangkan aku (sebagai) bijaksana dalam segala persoalan, berkenaan dengan apa yang aku jelaskan mengenai ketidaktahuan yang lain.
  • Sesungguhnya hanya Tuhanlah yang bijaksana, wahai orang Athens! Dan bagi perkara ini dikatakan oleh Malaikat-Nya (His Oracle): "Hikmah ilmu kebijaksanaan yang dimiliki manusia [dibandingkan ilmu Tuhan] adalah kecil bahkan tidak ada;..."
  • ...oleh itu, sampai hari ini dalam khidmatku kepada Tuhan, aku masih pergi berkelana mencari dan menanyakan pelbagai hal ini [mengenai kebijaksanaan/hikmah] baik itu kepada warga kota mahupun orang asing yang aku anggap mereka bijaksana, dan ketika dia tampak olehku tidak bijaksana maka aku lebih berpihak kepada Tuhan.
  • Sebagai akibat dari pekerjaan ini, aku tidak memiliki perhatian pada jawatan negara atau pun keluargaku; bahkan aku dalam ketaatanku bagi berkhidmat kepada Tuhan, aku hidup dalam kemiskinan yang luar biasa"[04].
Kemuncak kepada fitnah yang ditimpakan keatas Socrates ialah para muridnya yang menguasai hikmah hasil pengajarannya telah berjaya mematahkan hujah-hujah para penentang. Oleh kerana kalah hujah maka Socrates telah dipersalahkan merosakkan fikiran anak-anak muda Athens pula. Antara hujah Socrates yang menyakitkan mereka ialah alasan-alasan lojik yang dilihat buruk oleh para musuh Socrates bahawa dewa-dewa bukanlah Tuhan yang berkuasa.

  • "Socrates bersalah kerana merosakkan generasi muda dan tidak percaya pada dewa-dewa yang diakui oleh kota [Kota Athens], tetapi, sebagai gantinya, memperkenalkan ajaran-ajaran kerohanian baru [agama baru]" [05].


SOCRATES DI HUKUM MATI

Sekiranya kita membaca sejarah hidup Socrates dan menghayati ajaran-ajaran hikmah falsafah hidupnya kita pasti mendapati bahawa Socrates telah mengorbankan seluruh hidup dan masanya semata-mata untuk Tuhan yang penuh dengan kesedihan dan penderitaan demi membetulkan akhlak anak bangsanya. Hidup yang sarat dengan bakti dan pekerti luhur untuk disebarkan dan diamalkan oleh generasi mudanya sehingga beliau dihukum meminum racun. Apa yang lebih penting ajaran Socrates yang mengajak generasi muda Athens untuk berlepas diri dari menyembah dewa-dewa dan mengekalkan diri dalam ajaran Monotheisme (Hanif).

Berikut adalah penjelasan Socrates kita diadili di hadapan hakim,

  • "Aku adalah orang yang diberikan oleh Tuhan untuk kota ini, kamu semua dapat tahu daripada kenyataan ini; pada masalah ini tidak seperti manusia biasa bagi melakukannya, di mana aku mengabaikan segala keperluanku sendiri, dan dapat bertahan mengabaikan keluargaku sendiri sepanjang tahun-tahun yang berlalu, dan aku secara terus-menerus lebih memerhatikan kepentingan kamu semua, mengunjungi kamu satu persatu secara peribadi, seperti seorang bapa, ataupun saudara tua, mengajak kamu supaya memerhatikan kebajikan (virtue).
  • Dan seandainya aku memperoleh keuntungan daripada pengajaranku ini, dan telah menerima bayaran bagi ajakanku ini (dakwahku ini), maka tentu ada alasan-alasan atas tindakanku; tetapi sekarang kamu lihat sendiri penuduhku, yang tanpa mempunyai rasa malu memfitnahku dalam segala hal yang tidak aku lakukan, tidak memiliki rasa malu bagi menuntutku dengan hal ini, dan bagi membawa para saksi yang membuktikan aku pernah memeras ataupun meminta penghargaan. Dan aku berfikir aku membawa bukti kuat aku membicarakan kebenaran [tidak meminta bayaran atas dakwahku ini], iaitu, kemiskinanku?"
Socrates mengetahui waktu kematiannya sudah tiba setelah terputusnya bisikan-bisikan ghaib ke atas dirinya. Beliau telah dinasihatkan untuk larikan diri ketika peluang untuk lakukannya terbuka luas, namun Socrates tetap membela dirinya dihadapan para hakim.

  • "Kepadaku kemudian, wahai hakim-hakimku! Dan dalam memanggil kamu semua sebagai hakim, semoga aku menyebut kamu dengan benar - sesuatu yang menakjubkan baru sahaja terjadi padaku. Hingga saat ini, suara-suara kenabian (prophetic voice) daripada Tuhan yang menjagaku dalam setiap kesempatan yang terdahulu, bahkan masih terus aktif mencegahku bagi persoalan kecil, hingga mencegahku jika aku berbuat sesuatu yang salah; tetapi sekarang sejak sesuatu telah menimpaku yang kamu sendiri lihat [iaitu pergi ke pengadilan dan dijatuhi hukuman mati],
  • ...namun suara daripada Tuhan [dalam teks yunani 'theou semeion' theou = Tuhan; semeion = tanda] ini tidak mencegahku sama sekali, baik ketika aku berangkat dari rumah pagi tadi, mahupun ketika aku berdiri di sini di tempat pengadilan, ataupun dalam penyampaianku ketika aku mahu mengatakan sesuatu dalam pembelaanku; namun dalam pembicaraan yang lain, suara Tuhan itu sering menghentikanku di tengah-tengah pembicaraanku. Walau bagaimanapun, kini, suara itu tidak pernah menentangku pada waktu apa pun, pada apa yang telah aku lakukan dan aku katakan. Apa yang kemudian dapat ku berikan pada masalah ini (diamnya suara Tuhan ini)? Aku akan memberitahu kamu semua: Apa yang menimpaku ini nampaknya adalah suatu berkat kebaikan."[06]
  • "Dan apa yang menimpaku ini [hukuman mati] bukan kebetulan, tetapi sudah sangat jelas bagiku sekarang yang kematian itu baik bagiku, hingga disingkirkan daripada kesusahanku. Itulah sebab mengapa tanda Ilahi itu tidak datang mencegahku."[07]
Ketika Socrates selesai diberi minum racun dan racun semakin sampai ke jantungnya beliau sempat memberi wasiat pada muridnya Crito,

  • "Crito, aku berhutang seekor ayam kepada Aesculapius, jangan lupa membayarnya kembali"[08] Crito menjawab "Hutang itu akan dibayar, adakah pesan yang lain?" Socrates membalas "Tidak ada". Tidak lama sesudah itu pelayan penjara datang membuka kain yang menutup muka Socrates. Matanya terbuka dan tidak lagi bercahaya dan Crito menutupkan mulut dan matanya."
  • Plato sebagai sahabat dan murid Socrates berkata "Inilah penghabisan hidup kawan kami, yang benar-benar dapat aku sebut sebagai orang yang paling bijak, paling adil, dan terbaik antara semua orang yang aku kenal sampai sekarang."[09]



LUQMAN AL-HAKIM DALAM AL-QUR'AN


Surah Luqman ayat 12-20:
  • 12. Dan Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu). Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
  • 13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:"Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.
  • 14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
  • 15. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganku sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
  • 16. (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan Segala yang tersembunyi.
  • 17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."
  • 18. "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."
  • 19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".
  • 20. Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.

Notakaki:


[01]
Alexander Adalah Zulkarnain, Muhammad Alexander (Wisno Sasongko), m.s. 133. Terbitan PTS (Islamika) 2010.

[02] http://en.wikipedia.org/wiki/Shinto


[03]
The Apology of Socrates, Plato (360 M), terjemahan oleh Henry Cary, M.A. no. 19.

[04]
Ibid, no. 9.

[05]
Ibid, no. 11.

[06] Ibid, no. 31.

[07]
Ibid, no. 33.

[08]
Inilah tradisi orang-orang mulia termasuk para Nabi dan Rasul yang mengekalkan hubungan mulia dengan sesama manusia (hablun minannas).

[09]
Phaedo or The Immortality of the Soul, Plato (360 M), terjemahan oleh Henry Cary, M.A., no.153.

Warisan Kebudayaan Suluk Sabah Satu Rahsia Kekuatan Politik MALAYSIA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan


Video hasil suntingan saudara Neldy Jolo: Program Seminar Kebudayaan Suluk seperti ini masih baru di Negeri Sabah. Ia mula dilestarikan oleh kerajaan Negeri setelah menyedari kepentingan SILENT MAJORITY bangsa Suluk yang mana pada bila-bila masa dapat menentukan kuasa politik negeri Sabah di masa-masa akan datang. Program seperti ini akan dilihat oleh orang-orang Suluk sebagai perhatian seterusnya pengiktirafan kepada entiti dan identiti bangsa mereka bukan sahaja di peringkat negeri Sabah malah ke peringkat Kerajaan Pusat.
Dipenghujung video kelihatan Datu Satria Al-Rasyid (kerabat Kesultanan Sulu, Almarhum Sultan Harun Al-Rasyid yang sekarang menetap di Kota Marudu), Saudara Abdul Samad (kerabat Kesyarifan Suluk dari Terusan Sugut) yang begitu terharu bersama keluarga Datu Tintingan yang sekarang memperjuangkan kebudayaan Suluk sehingga keperingkat global di Malaysia.

Ceramah Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

No reason for Manila consulate in Lawas

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, May 12, 2011 0 ulasan

It is a hare-brained scheme on the part of the Manila government to agree to the setting up of a consulate in Lawas to cater for its citizens in Sabah.

Comment,

It appears that the Philippine government has finally come around to the idea of having a consulate to cater for its citizens in Sabah. The catch is that the consulate may not be in Sabah, after all, but just across the border in Lawas, Sarawak, which ironically doesn’t need such an arrangement.
Ostensibly, a consulate in Lawas avoids giving the appearance to the world that Manila recognises Sabah as being part of Malaysia. In any case, Lawas is a hare-brained scheme on the part of the Manila government.

It’s unlikely that Sarawak will allow hordes of illegal immigrants from Sabah to cross into the state to get their papers in order. Any Philippine consulate in Sarawak should be in Kuching, not Lawas.
There is an element of diplomatic double talk, if not semantics, here with the focus on Lawas. Possession is nine-tenths of the law. Besides, since Manila has an ambassador in Kuala Lumpur, it effectively scuttles its Sabah claim.

The Philippines has for all practical purposes recognised Malaysia, which includes Sabah.
Further, the fact that Manila is doing virtually nothing to pursue its Sabah claim is another point which underlines the utter futility of the cause, if any. The loss of Pulau Batu Putih to Singapore and the islands of Sipadan and Ligitan to Malaysia can be kept in mind. Also, every country in Asean – of which the Philippines is a founder member – the United Nations General Assembly and Security Council, and the rest of the world have recognised Malaysia. If we are to go along with the Philippines’ “determination” to maintain the fiction of its Sabah claim, the fact also remains that it cannot “seek the entire territory of the state”.

Sulu – now part of the Philippines – used to claim the eastern third of Sabah (evidently named after the Sabah banana plant), just below the northern one third, among its “colonial” but non-territorial possessions. The northern third used to be part of the Brunei Sultanate’s non-territorial “colonial” possessions until it, and the eastern third, was handed to Sulu in 1658 by the triumphant rival in a struggle for the throne in Bandar Seri Begawan. This was for the Sulu Sultan’s help to the winning side in Brunei....
[see more]

--------------------


Comment by Yazir Rajim in his Facebook Wall,


"Philippines Consulate office is not a solution to the Illegal Problems in Sabah. The Solution is in the restoration of the Sultanate of Sulu. The Philippines gov't had tried setting up a temporary consulate in Sandakan enable to provide Passports for Illegal Filipinos in Sabah. What is the result? Many passport holders were hiding after the expiration of their visas. Why? The levy is not friendly to a merely constructor workers.. Think of it! Sultanate of Sulu is still the relevant solution to the problem being faced by the Muslims whom you called "Muslim Filipino". Sultanate of Sulu is not part of the Philippines. It is only the Sultanate of Sulu who can speak of Sabah not the Philippines. Sorry." - TGM

"SUNG KAMU MANGA TAYMANGHUD" Ha Perlis

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, May 7, 2011 0 ulasan


In brother ini, kita' niya in SIGNBOARD yadtu ha tahun 2001-2003 pa. Siguru yaunpa masi n SIGNBOARD ha Perlis. Kadtuun namuh ini ha masamut. Hisiyu-siyu manga taymanghud in mabaya' magCONVOY madtu mag agad iban kami maraw tuan SMS kamu pa number CP ku yan ha higad. Madtu kita niyu mag agad-agad mamatta' iban magvideo. InsyaAllah.

BHG 2: MONOTEISME ANTARA BUDDHA, SOCRATES DAN ALEXANDER THE GREAT

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 2 ulasan


Bab: MUHAMMAD SAW DALAM KITAB BUDDHA


MUKADDIMAH:
Dalam bab ini akan dijelaskan kata-kata Buddha sebelum kematiannya kepada Ananda tentang kedatangan seorang Nabi akhir zaman. Hal ini menjelaskan lagi kekaburan bahawa Buddha adalah seorang nabi bahkan rasul. Kesesuaian sifat-sifat seorang nabi yang disebut oleh Buddha yang akan lahir nanti persis dengan sifat-sifat Rasulullah SAW. Perkara ini bukanlah pelik kepada muslimin kerana dalam kitab Kristian (Bible) juga telah disebut akan kedatangan seorang nabi akhir zaman. Ciri-cirinya yang disebut dalam Bible juga sama dengan peribadi Rasulullah SAW.

Sebenarnya sekiranya kita baca kitab-kitab Hindu juga menyatakan kedatangan Nabi akhir zaman yang juga sama dengan sifat Rasulullah SAW. Sebagai contoh, dalam buku Muhammad in the Hindu scriptures susunan Dr. Ved Prakash Upaddhay bahawa nama yang disebut sebagai NARASHANGSA, Antim Rishi (i.e. Nabi Terakhir) dan Kalki Avatar dalam kitab Vedas dan Puranas ditulis dalam bahasa Vedic adalah bermaksud Muhammad SAW itu sendiri. Walaubagaimana pun dalam bahagian kedua ini perbahasan hanya tertumpu pada kenyataan Buddha akan kedatangan Maitreya akhir zaman selepas kematian Buddha.


BUDDHA MERAMAL KEDATANGAN MAITREYA

Dalam agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud 'seorang yang bijaksana' atau 'dia yang mendapat petunjuk'. Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud 'nabi'. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha. Perkataan Antim bermaksud 'yang terakhir' dan Antim Buddha bermaksud 'nabi yang terakhir'. Pada saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikut setianya bernama Ananda[01].

  • "Wahai Nanda, aku bukannya Buddha yang pertama dan bukan juga yang terakhir. Suatu hari nanti, akan lahir seorang Buddha di dunia yang akan menyampaikan kebenaran dan kebaikan. Dia seorang yang suci dan teguh beragama. Dia akan memiliki ilmu dan kebijaksanaan . Dia akan menjadi pemimpin dan pembimbing semua manusia. Dia akan mengajar kebenaran sebagaimana aku mengajar kebenaran. Dia akan memberikan kepada dunia ini satu cara hidup yang suci dan lengkap. Wahai Nanda, namanya adalah MAITREYA"[02].
  • Dalam terjemahan Inggeris bermaksud, "O Nanda, I am not the first Buddha in this world, nor am I the last. In time, there will appear a Buddha in this world, who will give the teaching of truth and charity. His disposition will be pure and holy. His heart will be clean. He will possess knowledge and wisdom. He will be the leader and guide of all men. He will teach a way of life shich will be pure and at the same time complete. O’ Nanda, his name will be Maitreya".

Berpandukan kata-kata Buddha ini, dapatlah dirumuskan beberapa perkara mengenai utusan terakhir yang dikenali sebagai Maitreya ini.

  • Beliau adalah seorang manusia.
  • Beliau mempunyai peribadi yang mulia.
  • Beliau akan datang sebagai pemimpin manusia.
  • Beliau juga seorang pembimbing yang akan mengajar kebenaran kepada semua.
  • Beliau diutus kepada seluruh manusia dan tidak kepada kelompok-kelompok tertentu.
  • Ajaran yang akan dibawanya adalah ajaran yang lengkap.
  • Beliau adalah Maitreya.
Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa. "Katakanlah, sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku yang Tuhanmu itu adalah Tuhan yang Esa". (Al-Qur'an, Surah Al-Kahfi: 110)

Peribadi Nabi Muhammad SAW adalah mulia. "Sesungguhnya kamu, Wahai Muhammad, benar-benar berbudi pekerti yang agung". (Al -Qur'an, Surah Al-Qalam: 4)

Akhlak dan peribadi beliau adalah contoh kepada semua manusia. "Sesungguhnya ada pada diri Nabi Muhammad itu suri teladan yang baik bagimu". (Al -Qur'an, Surah Al-Ahzab: 21)

Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin yang unggul malah beliau adalah pemimpin negara Islam pertama yang tertegak di Madinah. Umat Islam ketika itu memberi ketaatan kepada beliau tanpa berbelah bahagi. "Barang siapa mentaati rasul Allah (Nabi Muhammad) sesungguhnya dia mentaati Allah". (Al -Qur'an, Surah An-Nisa: 90)

  • Michael H. Hart di dalam bukunya The 100 berkata, "Saya memilih Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh kerana hanya beliau sahaja dalam sejarah begitu berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan... Beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat di dunia dan menjadi pemimpin politik yang unggul".

Nabi Muhammad SAW adalah seorang pembimbing dan pendidik berpandukan ajaran Allah SWT, "Sesungguhnya Allah memberi kurniaan kepada orang-orang beriman ketika Allah mengutus kepada mereka seorang Rasul daripada kelangan mereka sendiri yang mebacakan kepada mereka ayat-ayatNYA, membersihkan jiwa mereka dan mengajarkan mereka al-kitab dan Hikmah". (Al -Qur'an, Surah Ali Imran: 164)

Nabi Muhammad SAW diutus kepada seluruh manusia "Tidak kami utuskan kamu Muhammad melainkan kepada umat manusia keseluruhannya". (Al -Qur'an, Surah Saba': 28)

Risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah risalah yang lengkap dan sempurna "Pada hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku cukupkan bagimu nikmat-Ku". (Al-Qur'an, Surah Al-Maidah: 3)

Utusan terakhir ini akan kembali dikenali sebagai Maitreya. Di dalam majalah The Leader keluaran 16 Oktober 1930 disebutkan perkataan Maitreya bermaksud Merciful atau "Pembawa Rahmat". Perkara yang sama juga disebutkan oleh Warren di dalam bukunya Mohammad in the Buddhist Scriptures.

Semua ini selari dengan peribadi Nabi Muhammad kerana beliau adalah pembawa rahmat kepada seluruh alam "Tidak kami utus kamu Muhammad, melainkan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam".(Al-Qur'an, Surah Al-Anbiya': 107)

Salawat dan salam kepada Rasulullah SAW, para ahli keluarga dan para sahabat Baginda Radhiallahu'anhuma..... Allahumma shalli ala syyidina Muhammad wa ala ali wa ashabihi waSallam.....


Notakaki:
[01] http://www.scribd.com/doc/22570109/Nabi-Muhammad-SAW-di-dalam-Buddha-dan-Maitreya

[02] Gospel Of Buddha, Caurus, m.s. 217.

National Registration Campaign

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan



The SSDI Office of National Civil Registry have started the 1 M registration campaign throughout the Sultanate of Sulu territory [Zamboanga Peninsula, Jolo, Basilan, Palawan, Tawi-Tawi and North Borneo].

As of now, the number of registered Tausug Citizen have reached One Hundred Fifty Seven Thousand [157,000] as reported by the National Civil Registrar, Datuk Hatab. The State Civil Registrar said the campaign is still going on and will end until the registered Tausug reach 1 M.

PBMM Al-Sultan Bantilan Muizzuddin II is happy with this result particularly with the loyal participation and commitment from the Christians and Lumads contituents in Zamboanga Peninsula. Christians, Muslims and other living faiths are equally treated in the Sultanate of Sulu, according to Datu Habib Sakiral Bin Daie, the Executive Minister of SSDI.

"We are all the servant of Allah" according to Datu Habib Jamaluddin Sattiya Amilhasan, SSDI Prime Minister, thus the Sultanate of Sulu Darul Islam is the solution to all problems being faced by the Muslims, Christians and other living faiths in SSDI.

The Republic of the Philippine once and for all must accept this solution [The restoration of the Sultanate of Sulu Government, separated from the Philippines]. There's no other panacea that could able to solve the elusive conflict and poverty in Sulu - only the Sultanate of Sulu Darul Islam [If Allah Will].

The SSDI Sultan, PBMM Al-Sultan Bantilan Muizzuddin II advice the Tausug to respect the Philippines Military in SSDI territory until the De facto government of the SSDI fully implemented. So as the Philippine Military must also respects the Sovereignty and the Citizenship of the Tausug.

Stop War in Sulu! Be a Part of this campaign!

Sharif Yazir Rajim

Registration form at:
http://www.emailmeform.com/builder/form/0J66gfpEaKe