BHG 2: MONOTEISME ANTARA BUDDHA, SOCRATES DAN ALEXANDER THE GREAT

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, May 7, 2011 2 ulasan


Bab: MUHAMMAD SAW DALAM KITAB BUDDHA


MUKADDIMAH:
Dalam bab ini akan dijelaskan kata-kata Buddha sebelum kematiannya kepada Ananda tentang kedatangan seorang Nabi akhir zaman. Hal ini menjelaskan lagi kekaburan bahawa Buddha adalah seorang nabi bahkan rasul. Kesesuaian sifat-sifat seorang nabi yang disebut oleh Buddha yang akan lahir nanti persis dengan sifat-sifat Rasulullah SAW. Perkara ini bukanlah pelik kepada muslimin kerana dalam kitab Kristian (Bible) juga telah disebut akan kedatangan seorang nabi akhir zaman. Ciri-cirinya yang disebut dalam Bible juga sama dengan peribadi Rasulullah SAW.

Sebenarnya sekiranya kita baca kitab-kitab Hindu juga menyatakan kedatangan Nabi akhir zaman yang juga sama dengan sifat Rasulullah SAW. Sebagai contoh, dalam buku Muhammad in the Hindu scriptures susunan Dr. Ved Prakash Upaddhay bahawa nama yang disebut sebagai NARASHANGSA, Antim Rishi (i.e. Nabi Terakhir) dan Kalki Avatar dalam kitab Vedas dan Puranas ditulis dalam bahasa Vedic adalah bermaksud Muhammad SAW itu sendiri. Walaubagaimana pun dalam bahagian kedua ini perbahasan hanya tertumpu pada kenyataan Buddha akan kedatangan Maitreya akhir zaman selepas kematian Buddha.


BUDDHA MERAMAL KEDATANGAN MAITREYA

Dalam agama Buddha, perkataan Buddha bermaksud 'seorang yang bijaksana' atau 'dia yang mendapat petunjuk'. Kadang kala istilah ini digunakan dengan maksud 'nabi'. Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Buddha. Perkataan Antim bermaksud 'yang terakhir' dan Antim Buddha bermaksud 'nabi yang terakhir'. Pada saat kematian Gautama Buddha, beliau memberitahu perkara ini kepada pengikut setianya bernama Ananda[01].

  • "Wahai Nanda, aku bukannya Buddha yang pertama dan bukan juga yang terakhir. Suatu hari nanti, akan lahir seorang Buddha di dunia yang akan menyampaikan kebenaran dan kebaikan. Dia seorang yang suci dan teguh beragama. Dia akan memiliki ilmu dan kebijaksanaan . Dia akan menjadi pemimpin dan pembimbing semua manusia. Dia akan mengajar kebenaran sebagaimana aku mengajar kebenaran. Dia akan memberikan kepada dunia ini satu cara hidup yang suci dan lengkap. Wahai Nanda, namanya adalah MAITREYA"[02].
  • Dalam terjemahan Inggeris bermaksud, "O Nanda, I am not the first Buddha in this world, nor am I the last. In time, there will appear a Buddha in this world, who will give the teaching of truth and charity. His disposition will be pure and holy. His heart will be clean. He will possess knowledge and wisdom. He will be the leader and guide of all men. He will teach a way of life shich will be pure and at the same time complete. O’ Nanda, his name will be Maitreya".

Berpandukan kata-kata Buddha ini, dapatlah dirumuskan beberapa perkara mengenai utusan terakhir yang dikenali sebagai Maitreya ini.

  • Beliau adalah seorang manusia.
  • Beliau mempunyai peribadi yang mulia.
  • Beliau akan datang sebagai pemimpin manusia.
  • Beliau juga seorang pembimbing yang akan mengajar kebenaran kepada semua.
  • Beliau diutus kepada seluruh manusia dan tidak kepada kelompok-kelompok tertentu.
  • Ajaran yang akan dibawanya adalah ajaran yang lengkap.
  • Beliau adalah Maitreya.
Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa. "Katakanlah, sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu yang diwahyukan kepadaku yang Tuhanmu itu adalah Tuhan yang Esa". (Al-Qur'an, Surah Al-Kahfi: 110)

Peribadi Nabi Muhammad SAW adalah mulia. "Sesungguhnya kamu, Wahai Muhammad, benar-benar berbudi pekerti yang agung". (Al -Qur'an, Surah Al-Qalam: 4)

Akhlak dan peribadi beliau adalah contoh kepada semua manusia. "Sesungguhnya ada pada diri Nabi Muhammad itu suri teladan yang baik bagimu". (Al -Qur'an, Surah Al-Ahzab: 21)

Nabi Muhammad SAW adalah pemimpin yang unggul malah beliau adalah pemimpin negara Islam pertama yang tertegak di Madinah. Umat Islam ketika itu memberi ketaatan kepada beliau tanpa berbelah bahagi. "Barang siapa mentaati rasul Allah (Nabi Muhammad) sesungguhnya dia mentaati Allah". (Al -Qur'an, Surah An-Nisa: 90)

  • Michael H. Hart di dalam bukunya The 100 berkata, "Saya memilih Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh kerana hanya beliau sahaja dalam sejarah begitu berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan... Beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama yang terhebat di dunia dan menjadi pemimpin politik yang unggul".

Nabi Muhammad SAW adalah seorang pembimbing dan pendidik berpandukan ajaran Allah SWT, "Sesungguhnya Allah memberi kurniaan kepada orang-orang beriman ketika Allah mengutus kepada mereka seorang Rasul daripada kelangan mereka sendiri yang mebacakan kepada mereka ayat-ayatNYA, membersihkan jiwa mereka dan mengajarkan mereka al-kitab dan Hikmah". (Al -Qur'an, Surah Ali Imran: 164)

Nabi Muhammad SAW diutus kepada seluruh manusia "Tidak kami utuskan kamu Muhammad melainkan kepada umat manusia keseluruhannya". (Al -Qur'an, Surah Saba': 28)

Risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah risalah yang lengkap dan sempurna "Pada hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu dan Aku cukupkan bagimu nikmat-Ku". (Al-Qur'an, Surah Al-Maidah: 3)

Utusan terakhir ini akan kembali dikenali sebagai Maitreya. Di dalam majalah The Leader keluaran 16 Oktober 1930 disebutkan perkataan Maitreya bermaksud Merciful atau "Pembawa Rahmat". Perkara yang sama juga disebutkan oleh Warren di dalam bukunya Mohammad in the Buddhist Scriptures.

Semua ini selari dengan peribadi Nabi Muhammad kerana beliau adalah pembawa rahmat kepada seluruh alam "Tidak kami utus kamu Muhammad, melainkan sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam".(Al-Qur'an, Surah Al-Anbiya': 107)

Salawat dan salam kepada Rasulullah SAW, para ahli keluarga dan para sahabat Baginda Radhiallahu'anhuma..... Allahumma shalli ala syyidina Muhammad wa ala ali wa ashabihi waSallam.....


Notakaki:
[01] http://www.scribd.com/doc/22570109/Nabi-Muhammad-SAW-di-dalam-Buddha-dan-Maitreya

[02] Gospel Of Buddha, Caurus, m.s. 217.
  1. Bagaimana terdpt berbagai2 agama kini? Hasil ciptaan musuh2 tuhan dgn tujuan menakluk dunia. Nabi2 semuanya menganut agama yg satu iaitu Asalama. Kisah Iskandar Zulkarnain yg menjadi moyang raja2 Malayu menganut agama Asalama dgn dakwah nabi Khidir. Keturunan beliau menguasai Benua Hindustan (di zaman dahulu tiada India) yg kemudian datang ke Nusantara dan membina empayar di Nusantara. Sudah tentu mereka menggunakan bahasa Hindustan(Sanskrit) dan bahasa tidak melambangkan agama. Walau didlm bahasa apapun, agama tidak dilambangkan oleh bahasa. Jadi, Nusantara telah sekian lama menganut Asalama dan kemudian setelah kelahiran nabi Mahamada, Nusantara mengikutinya kerana ianya masih di dlm agama yg sama dgn penambahan syariat. Kemudian, setelah org2 munafik memasuki Makkah dan Madinah, al quran di bariskan untuk mencipta agama Islam. Jadi, hanya agama tuhan yg berupaya membawa manusia ke arah kesejahteraan. mahadaya-asalama.blogspot.com

Post a Comment