Defining the Baselines of the Philippines: Issues and Challenges
Held last May 13, 2011 at the Pulungang Claro M. Recto, Faculty Center, UP Diliman and brought to you by the Center for Political and Democratic Reform, Inc., the UP Diliman Department of Political Science, and the UP Third World Studies Center, this symposium features Professor Jay Batongbacal of the UP College of Law as main speaker.
Ulasan:
Para cendekiawan Filipina seperti menyedari rapuhnya "pemilikan wilayah" terhadap seluruh kepulauan yang mereka yakini sebagai FILIPINA hari ini menurut fakta sejarah yang benar telah mula mempersoalkannya. Justeru, mereka mula melancarkan kajian terperinci dan membahasnya secara umum seolah-olah akan berlaku "tsunami" yang bakal melanda kedaulatan FILIPINA yang kalau tidak ditangani segera ia pasti "memusnahkan" kewujudan Filipina di peta dunia di masa-masa akan datang.
Hal ini sebenarnya dilihat sebagai reaksi kepada program Kesultanan Sulu di kepulauan Sulu hari ini. Program kempen mengembalikan Kesultanan Sulu kembali memerintah yang tiada hentinya yang bukan sahaja di gugusan Kepulauan Sulu malah di Semenanjung Zamboanga dan kini semakin menular ke kesuluruhan Mindanao sehingga ke Manila tanpa mendapat tentangan oleh kerajaan Filipina.
Ketidak-upayaan Filipina menghalang program Kesultanan Sulu ini dilihat oleh para cendekiawan Filipina sebagai "benarnya dakwaan Kesultanan Sulu sebagai berdaulat dan wilayahnya tidak pernah dimiliki oleh Filipina sejak azali". Ketidak-mampuan Filipina menghalang samada dalam bentuk sabotaj atau tindakan menghalang secara terbuka menyebabkan para cendekiawan Filipina melakukan "sediakan payung sebelum hujan" sebagaimana yang kita boleh lihat pada video di atas.
Professor Dr. Jay Batongbacal (University of the Philippines College of Law, Diliman) menyatakan secara jelas dan nyata bahawa wilayah Philippines tidaklah termasuk Pulau Palawan dan Mindanao (apatah lagi gugusan Kepulauan Sulu) berdasarkan kenyataan Spanyol (Castila) sendiri yang mengakui tidak pernah menguasai wilayah tersebut.
Kenyataan ini bagi pengkaji sejarah Sulu telah didedah dan diuar-uarkan oleh cendekiawan Filipina adalah atas desakan Filipina sendiri. Filipina memerlukan fakta untuk dapat didedahkan kepada umum agar rakyat Filipina memahami bahawa Mindanao-Sulu dan Palawan bukanlah milik Filipina. Maka, sekiranya Sulu-Mindanao terpisah suatu hari nanti dari "tangan" Filipina tidaklah mengejutkan rakyat.

|