Warisan Kebudayaan Suluk Sabah Satu Rahsia Kekuatan Politik MALAYSIA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, May 21, 2011 0 ulasan


Video hasil suntingan saudara Neldy Jolo: Program Seminar Kebudayaan Suluk seperti ini masih baru di Negeri Sabah. Ia mula dilestarikan oleh kerajaan Negeri setelah menyedari kepentingan SILENT MAJORITY bangsa Suluk yang mana pada bila-bila masa dapat menentukan kuasa politik negeri Sabah di masa-masa akan datang. Program seperti ini akan dilihat oleh orang-orang Suluk sebagai perhatian seterusnya pengiktirafan kepada entiti dan identiti bangsa mereka bukan sahaja di peringkat negeri Sabah malah ke peringkat Kerajaan Pusat.
Dipenghujung video kelihatan Datu Satria Al-Rasyid (kerabat Kesultanan Sulu, Almarhum Sultan Harun Al-Rasyid yang sekarang menetap di Kota Marudu), Saudara Abdul Samad (kerabat Kesyarifan Suluk dari Terusan Sugut) yang begitu terharu bersama keluarga Datu Tintingan yang sekarang memperjuangkan kebudayaan Suluk sehingga keperingkat global di Malaysia.

Post a Comment