Bhg 2: Kepulauan Sulu Sebelum Muncul Nama Philippines

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, June 30, 2010 0 ulasan



01 - ISLAM SEBAGAI PANDUAN
Dalam bahagian kedua ini akan dihuraikan beberapa fakta dan data-data penting kajian Nusantara seperti asal-usul manusia, masyarakat yang menghuni dataran (benua) dan kepulauan dari konteks Anthropology (The scientific study of the origin, the behavior, and the physical, social, and cultural development of humans) serta dari sudut ketetapan Agama Samawi (Yahudi, Kristian dan Islam). Berkenaan hal ini, kami meletakkan "Aqidah" sebagai dasar perbahasan adalah kerana atas keyakinan bahawa Bumi ini tidaklah terjadi dengan sendirinya melainkan "Dicipta oleh Yang Maha Pencipta".

Islam sangat jelas dalam meletak disiplin pengkajian sejarah kerana sebarang peristiwa dan kejadian dalam Dunia hari ini adalah PASTI dibawah Kudrat (kuasa) dan Iradat (kehendak) Allah subhanahuwwa ta'ala. Dalam pengajian dan pengkajian Agama Islam, telah menjadi Wajib (satu kemestian yang kalau ditinggal berdosa) mengambil DASAR HUKUM-HAKAM dari Al-Qur'an dan As-Sunnah). Ia dijadikan panduan manusia untuk mengatur kehidupan agar menjadi manusia yang BERSYUKUR, rendah diri serta berbudi pekerti mulia adalah manefistasi ta'abbud kepada Maha Pencipta.

Al-Quran mengungkap sejarah Bumi dan alam semesta serta kejadian manusia dari awal penciptaan lagi, pengajaran dan iktibar, kejahatan dan kebaikan, nikmat Syurga dan ancaman Neraka, hukum dan peraturan negara sebagai kompas dan dasar muamalat umat manusia di muka bumi. Al-Quran dibahas hukumnya dalam dua garisan iaitu "Muhkamat" (yang jelas) dan "Mutasyabihat" (yang samar-samar). Apa yang jelas tidak ada perselisihan lagi kerana ianya telah pun difahami tetapi bagi yang samar-samar maksudnya dalam Al-Quran terutama yang membahas tentang sifat-sifat Allah Azza Wajalla perlulah ditinggalkan dan jangan ditakwil terutama kepada yang orang awam kerana dikhuatiri akan menjadi fitnah (seperti anggapan Allah swt itu sama seperti manusia berwajah bertangan dan sebagainya). Kecuali kepada mereka yang ahli dengan ilmu-Nya dalam membahas "Mutasyabihat" bertujuan berbahas untuk menjaga kesucian Agama ketika berhadapan dengan golongan "Mulhid" (atau Aties yang tidak percaya dengan kewujudan Tuhan).


02 - KAJIAN SEJARAH DUNIA OLEH GOLONGAN MULHID
Hari ini muncul golongan yang tidak percaya dengan kewujudan Tuhan menjadi pensyarah dan professor di mana-mana Universiti mengajar kepada ummah tentang sejarah. Mengajar bahawa "Manusia berasal dari monyet" yakni evolusi haiwan berjuta tahun, iaitu tidak berakal dan bersaiz kecil kepada saiz sehingga menjadi manusia moden hari ini. Satu pandangan yang bersifat Hipotesis semata-mata hanya berdasarkan rangka-rangka manusia di pelbagai tempat di dunia berupa monyet dan beruk maka telah didektrikan sebagai itulah dia "tulang asal-usul manusia". Walhal setelah diteliti ia bukannya manusia melainkan beruk atau hasil dari Sculpture mereka sendiri sebagai kospirasi menentang "Manusia" yang percayakan Tuhan. Sebab itu mereka sendiri katakan "The missing link of human" kerana tidak menemui rupa bentuk dan genetik yang menunjukkan ianya benar-benar nenek moyang manusia, jelas satu kenyataan dan bukti kepada konspirsai serta penipuan mereka.

Malangnya sangat ramai umat Islam terpengaruh dengan "kajian sejarah" mereka lantaran munculnya ummat Islam berfahaman "Islam-Liberal atau Freethinker Muslim", Islam-Komunis, Islam-Demokrasi dan sebagainya telah menjadi malapetaka kepada ummah dewasa ini. Kalaupun ummat Islam yang belajar sejarah dengan golongan Mulhid ini tidak berfahaman demikian namun sedikit demi sedikit iman dan keyakinan mereka terhadap Keesaan Tuhan dan peraturan-Nya semakin terhakis seterusnya tertanggal dari jiwaraga mereka selama-lamanya. Pembela maruah agama semakin hilang. Pembela jatidiri bangsa dan Negara Islam semakin pupus dan pada akhirnya ummah diselimuti "kedayusan". Ummah telah dilanda wabak yang maha dahsyat kerana sudah dijangkiti penyakit "Takut Mati".

Berjuang sembunyi-sembunyi kononnya strategi. Menulis dengan menyorok identiti kononnya untuk menjaga diri. Tidak mahu membantu perjuangan sekalipun hanya menyumbang sedikit wang ringgit adalah kerana kononnya takut dikesan oleh kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat seterusnya "pasir akan tertabur dalam periuk nasi sendiri". Sungguh malang, mereka inilah yang lantang perjuangkan "Kebangsaan Melayu" tetapi tidak pun nampak "wajah, sifat dan sikap" Melayu pada dirinya. Mereka inilah yang lantang "Menamakan diri Pahlawan Melayu" tetapi dalam masa yang sama berjuang menangkap dan menyeksa "Umat Melayu Islam" lain yang mahu mendapatkan sesuap nasi ke wilayah mereka. Mereka inilah murid-murid para professor Mulhid yang menggunakan sistem dan kaedah pendidikan Mulhid sebagai silibus mendidik mereka.

Alhamdulillah, bukan semuanya begitu, dalam sejuta masih ada dua dan tiga orang yang diberi hidayah. Berusaha mencari jatidiri dan berjuang membantu yang lain dalam kesusahan untuk sama-sama merasa nikmat dunia yang sementara. Dunia akan ditinggalkan jua kerana semua pasti akan merasai mati. Kata-kata Tausug menjelaskan,

"Mabuga' kau matay misan in susungun mu mapatay da, landu' masarap in matay ha kasabunnalan" (Engkau takut mati sedangkan masa depan mu adalah kematian jua, sungguh sedap mati demi kebenaran).


03 - ISLAM DAN TEORI EVOLUSI
Memasuki dunia Anthropology Barat akan menjadikan para pengkaji sejarah dari dunia Islam menjadi haru-biru. Mempelajari dari tajuk ke tajuk dari awal bab hingga akhir akan menjadikan kita berfikir benarkah manusia bermula jutaan tahun dahulu yang disebut sebagai zaman Batu? Kita diberi bayangan bahawasannya manusia pada zaman Batu itu berwajah sedikit ganjil, dahi besar tertonjol sedikit ke hadapan, hidung pesek berbibir tebal, berjambang, sedikit berbulu seperti beruk tanpa pakaian dan tinggal digua-gua batu . Menyebabkan kita berfikir "Maka benarlah manusia berasal dari beruk atau monyet". Segala pembohongan Darwinisme ini telah didedahkan oleh seorang pejuang Islam Turkey bernama Harun Yahya.

Sebenarnya Islam tidak melarang Teori Evolusi Permulaan Manusia dikaji dan dibahas. Yang dilarang ialah membahas Teori Evolusi dalam kerangka untuk memusnahkan kehidupan ummat berTuhan kepada keyakinan "Tiada Tuhan yang mencipta kerana alam ini terjadi dengan sendirinya". Adalah satu kesilapan terbesar kepada ummah untuk tidak ikut serta dalam membahas hal ini adalah kerana generasi muda Muslimin semakin terhimpit oleh kekeliruan tanpa jawapan pasti. Kemajuan moden dalam mengukur DNA dan Radio Karbon menentukan tarikh sebenar sesuatu fosil dan artifak sejarah menyebabkan ummat Islam semakin tiada pilihan kecuali mencari jalan penyelesaian terbaik. Kerana tiada pertentangan Islam itu sendiri dengan sains. Yang ada ialah para saintis mengada-adakan Hipotesis yang ternyata tidak selari dengan Islam.

Al-Qur'an adalah segala-galanya, sebab itu ketika para saintis mengkaji perkembangan embrio ternyata ianya selari dengan kenyataan Al-Qur'an. Ketika saintis baru mengetahui dunia ini bulat dan asal alam semesta dari letupan besar (Big Bang) ternyata Al-Qur'an sudah pun menyatakannya lebih seribu tahun yang lalu. Ketika para saintis baru mengetahui bahawa sesuatu gunung adalah pasak kepada bumi ternyata sudah pun dinyatakan dalam Al-Qur'an. Maka sudah tentu Manusia Pertama dalam dunia ini ialah Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa adalah benar seperti yang dinyatakan oleh Al-Qur'an. Tetapi perlukah kita sebagai ummat Islam percaya dengan dakwaan saintis yang manusia sudah pun hidup di dunia beberapa juta tahun sebelum Nabi Adam a.s.?

"Setakat ini, saintis telah mengesan kira-kira 15 spesis awal manusia. Tetapi sulit untuk dikategori dan ditentukan bagaimanakah hubungan di antara spesis ini dan bagaimanakah setiap satu spesis itu berakhir. Spesis seawal Australopithecine yang dianggarkan berusia 5 ke 2 juta tahun dahulu, membawa kepada spesis Neanderthal yang dianggarkan berusia 200,000 ke 24,000 tahun yang lalu, kesemuanya ini menimbulkan persoalan berkaitan penciptaan Adam, dan pendirian Islam terhadap evolusi itu sendiri. Apakah Adam itu hidup seawal era Australopithecine atau bagaimana?" Ruj: http://saifulislam.com/, dalam tajuk Adam-adam Sebelum ADAM?


04 - MULANYA PENCIPTAAN NABI ADAM a.s.
Sebagaimana Teori Evolusi mempunyai akar falsafah yang melunjur hingga ke era Ancient Greek dan Roman serta agama, maka ia turut menjadi bahan ulama Islam mencari jawapan kepada persoalan pra-sejarah ini. Namun terasnya adalah bersandarkan kepada ayat-ayat Al-Quran yang telah memiliki pendirian yang tersendiri mengenainya. Walaupun ulama Islam memanfaatkan sumber yang ada di sekitar mereka, tetapi prinsip-prinsip Al-Quran tetap menjadi teras utama kepada mereka. (*saifulislam)

Dalam hal ini Ulama' Islam telah pun lebih awal membahas Evolusi penciptaan manusia jauh lebih lama dari Darwin yang juga terdapat sumbernya dalam Al-Qur'an.

Al-Mas'udi (m. 956M) dalam bukunya Akhbar al-Zaman, sebelum memperkatakan tentang Adam dan generasi selepasnya, beliau meletakkan bab Penjelasan Tentang Umur Dunia: Penjelasan Tentang Umat-umat Sebelum Adam”, Penjelasan Tentang “Jin dan Jenis-jenis serta Qabilah Mereka”, “Penjelasan Tentang Bumi Dan Apa Yang Ada Padanya”, “Penjelasan Tentang Laut Yang Meliputi (Al-Bahr al-Muhi?) dan Perkara-perkara Ajaib yang Ada di Dalamnya” dan sebagainya.

Al-Mas’udi menjelaskan bahawa terdapat 28 umat yang telah dicipta di muka bumi sebelum Adam a.s. Mereka terdiri daripada flora dan fauna serta Ummah yang agak menyerupai Bani Adam. Umat ini bercampur dan berinteraksi hingga membawa kepada berkembangnya mereka kepada 120 umat. Al-Thabari (m. 923 M) juga menyatakan di dalam Tafsirnya bahawa kesemua hidupan diciptakan sebelum penciptaan Adam.

Al-Maqdisi (m. 1000 M) menjelaskan bahawa terdapat 3 Umat yang utama di dunia sebelum Adam iaitu dua daripadanya terdiri daripada kaum Jin. Manakala kaum yang ketiga adalah golongan yang berbeza dari Jin kerana mereka ini berdaging dan berdarah. Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai “man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa’: golongan yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah” seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30. (*saifulislam)

Hal pertanyaan para Malaikat Allah swt berkenaan keputusan-Nya mencipta Adam a.s. adalah bukti bahawa sebelum Adam a.s. telah pun ada manusia lain di muka bumi ini yang pernah diciptakan Allah swt. Kalau tidak takkan Malaikat mengetahui kerosakan dan pembunuhan yang dilakukan manusia walhal Adam a.s. belum pun dicipta ketika itu. Itulah yang dimaksudkan oleh Al-Maqdisi sebenarnya. Nampaknya Darwin dan rakan-rakan sepengkaji monyetnya terpaksa mengakui bahawa mereka bukanlah pelopor Teori Evolusi sebenarnya melainkan hanya "Si peniru Teori" yang gagal malah menambahrosakkan lagi teori asal. Kefasadan Teori Evolusi Darwin begitu terserlah dan memalukan dunia sains dan kemanusiaan buat selama-lamanya. Allah swt telah gagalkan teori manusia berasal dari beruk ala-Darwin.

Maka benarlah Firman Allah swt dalam Al-Quran yang mencipta Adam dan Hawa sebagai asal-usul manusia hari ini. Sebagai bukti "Di Amerika Syarikat, saintis genetik dan paleontologis di akhir kurun ke-20, selepas mengkaji ribuan fosil purba, menyokong teori mtEve yang mencadangkan bahawa keturunan manusia ini bermula dari satu lelaki dan satu perempuan. Penerimaan ini membuka laluan kepada mereka untuk berpihak kepada agama dan seterusnya mula mengemukakan hipotesis tentang Kapal Nuh dan Garden of Eden." Ruj: http://saifulislam.com/,


05 - ADAM a.s. DAN HAWA DI SYURGA "GARDEN OF EDEN"
Majoriti ummat Islam percaya bahawa Adam a.s. dan Hawa dicipta di Syurga, kemudian setelah memakan buah larangan (Khuldi) maka mereka pun telah dicampakkan ke bumi sebagai hukuman terhadap kelalaian yang mereka lakukan. Mereka pun beranak pinak sehingga melahirkan populasi manusia yang ada pada hari ini. Dalam Al-Qur'an tidak dinyatakan bagaimana Adam a.s. dicipta samada berperingkat atau dengan satu proses sahaja (*saifulislam).

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam a.s. dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi berdasarkan asal kejadian Adam a.s. daripada tanah bumi. (Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah).

Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ekstrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi. (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible (Israiliyyat) kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci). (*saifulislam)

Garden of Eden bermaksud (Taman Syurga) sebenarnya hingga hari ini masih diperdebatkan lokasi tepatnya di mana. Taman Syurga ini dikatakan mempunyai empat batang sungai yang mengalir indah yang sebahagian sejarahwan Yahudi dan Nasrani menunjukkan letaknya tempat tersebut di sekitar Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Penduduk Bahrain mengatakan tempat tersebut adalah "Tempat terbitnya matahari" dan "Tanah yang sesuai untuk kehidupan", ternyata sesuai di Timur Asia Tenggara yang kebetulannya terletak di garis Khatulistiwa sebagaimana tekaan Rasa'il Ikhwan al-Safa. Sungai-sungai yang mereka perdebatkan kemungkinan ialah pulau-pulau di sekitar Laut Sulu yang sememangnya terkenal kecil cantik dan menarik.

"Some of the historians working from within the cultural horizons of southernmost Sumer, where the earliest surviving non-Biblical source of the Biblical account lies, point to the quite genuine Bronze Age entrepôt of the island Dilmun (theorized by some to be Bahrain) in the Middle / Near East, described as 'the place where the sun rises' and 'the Land of the Living'." http://en.wikipedia.org/wiki/Garden_of_Eden

Pulau Dilmun masih menjadi teka-teki sehingga hari ini yang dikatakan adalah tempat Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa dicipta atau diturunkan. Sekurang-kurangnya lokasi Pulau Dilmun telah dinyatakan oleh orang Sumer yang satu-satunya sumber maklumat bukan Israel.

"Dilmun (sometimes transliterated Telmun) is a land mentioned by Mesopotamian Civilizations as a trade partner, source of raw material, copper, and entrepot of the Mesopotamia and the Indus Valley Civilization trade route. Although the exact location of Dilmun is unclear, it might be associated with the islands of Bahrain, the Eastern Province of Saudi Arabia, Qatar, Oman and nearby Iranian coast in the Persian Gulf." Ruj: http://en.wikipedia.org/wiki/Dilmun

Kekeliruan mereka berkenaan lokasi sebenar Pulau Dilmun asal-usul bermulanya kehidupan Adam a.s. sama seperti yang dihadapi oleh orang-orang Sulu hari ini yang kebingungan bila mendengar tradisi lisan mereka sendiri "Kita sudah memang menganut Islam sebelum kelahiran Rasulullah saw dan kedatangan Shariful Hashim r.h. ke Sulu". Mengapa demikian? Siapa yang mengislamkan kita sebenarnya? Dari mana "pengislam" itu datang? Walhal pengislaman Tausug adalah kerana mereka telah lama menganut "Monotisme" yang dibawa oleh bangsa Israel beribu tahun, lama sebelum kedatangan wakil kerajaan Nabi Allah Sulaiman a.s. lagi. (Gelombang kedatangan anak-anak Nabi Ibrahim a.s. ke Sulu dan kedatangan dua gelombang lagi ketika zaman Nabi Sulaiman a.s. dan selepas berakhirnya kerajaan Baginda akan di bahas lebih khusus dalam bab lain).

Mengapa 99.9% Tausug hari ini tidak mengetahui sebahagian dari darah mereka adalah darah Bani Israel, kerana nenek moyang mereka yang tahu akan pertalian mereka dengan tanah Jerusalem itu sudah lama "pupus", terlalu sedikit yang mengetahuinya hari ini. Hal ini akan mula disedari oleh Tausug ketika bahasa Sug yang mereka tutur terkandung ribuan kata Hebrew. Begitulah yang berlaku kepada bangsa Sumer @ Sumeria atau Masopotamia yang muncul 3500 SM telah mengetahui satu pulau yang dinamakan Dilmun oleh nenek moyang mereka sebagai "in the east where the sun rises" sebagai bermulanya kehidupan terawal manusia.

Terdapat laporan yang mengatakan bahawa Raja-raja Sumeria di zaman Babylon (1894 - 1500 SM) telah menjadikan budaya mereka memperisterikan puteri-puteri yang berasal dari negara bunga-bungaan di kepulauan sebelah Timur. Membuktikan satu perhubungan atau jaringan seperti yang dikatakan hari ini sebagai "perhubungan dua hala" atau perhubungan antarabangsa. Kewujudan bangsa Kanaan yang dikatakan "Man of the sea" atau "Sea people" ini akan menjelaskan segala-galanya yang pasti dapat menjawab dimana lokasi Pulau Dilmun itu sebenarnya. Hal ini perlu diselongkar lebih mendalam termasuk susur galur bangsa Kanaan (Phoenicia, dalam bahasa Hispanic sebagai PUNIC yang bermaksud bangsa PUN @ PUNT) yang dikatakan selalu berlegar di Laut Parsi lebih lama sebelum kemunculan kerajaan awal Sumer @ Sumeria lagi.


06 - ADAM a.s. DICAMPAK KE BUMI & ISRAILIYYAT
Israiliyyat bermaksud cerita-cerita Bani Israel yang bercampur cerita rekaan dan kebenaran. Maka "cerita atau perkhabaran" Israiliyyat tidaklah boleh diterima bulat-bulat. Memanglah menjadi kebiasaan para ulama' tafsir umat Islam menggunakan sebahagian cerita-cerita Israiliyyat sebagai perencah dalam pelajaran (mungkin dengan tujuan untuk menghilangkan rasa bosan dan mengantuk para santri) sekali pun mereka tahu ia bukannya datang dari lidah Rasul SAW. Hal ini akan kita bincang secara ringkas agar dengan demikian kita akan dapat memahami sesetengah cerita yang keluar dari lidah Yahudi dan Nasrani. Ia memerlukan penapisan dan pengesahan sebab itu para pengkaji sejarah perlu keluar sendiri ke lapangan untuk mengumpul maklumat agar dapat dikenal pasti samada ia benar atau tidak.

Berkenaan Israiliyyat mula-mula masuk ke dunia Islam telah diceritakan oleh Ibnu Khaldun (1968, 1: 786-787) menyatakan apabila timbul keinginan di kalangan orang-orang Arab untuk mengetahui tentang permulaan kejadian makhluq dan rahsia kejadian, mereka cenderung bertanya ahli kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani. Majoriti mereka adalah dari suku bangsa Humair. Apabila mereka memeluk Islam, pengaruh daripada ajaran agama mereka yang berkaitan dengan asal kejadian makhluq, cerita-cerita tentang peperangan dan sebagainya masih kuat dalam diri mereka. Antara golongan mereka ialah Ka’abul Akhbar, Wahab bin Munabbih, dan Abdullah bin Salam Radhiallaahu `anhum. Kerana inilah cerita-cerita Israiiliyyat yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir dipenuhi dengan riwayat-riwayat daripada mereka. Ruj: http://almadanii.multiply.com/journal/item/18

Namun begitu para sahabat Radhiallaahu 'anhum tidak menerima bulat-bulat apa yang diceritakan kepada mereka. Malah mereka menapisnya dengan akal dan juga syara'. Mereka hanya menerima apa yang diterima oleh akal dan syara' dan menolak sekiranya bercanggah dengan keduanya. Seterusnya mereka berdiam diri terhadap perkara-perkara yang tidak jelas tentang benar dan salahnya (*almadanii). Maka inilah pegangan kita dalam menggunakan sumber Israiliyyat.

Berkenaan kekeliruan Eropah dan Bani Israel terhadap satu tempat misteri di sebelah Timur seperti yang mereka catat sebagai,
  • Tanah Misteri Ophir & Tarsis (Negeri anak-anak Noh a.s. dan Ibrahim a.s.)
  • Tanah Punt (Negeri subur Raja Perahu)
  • Tanah Dilmun (Negeri Permulaan Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa)
  • Tanah Atlantis (Negeri kaya berperadaban yang hilang atau tenggelam dipercayai berada di Asia Tenggara) Dalam bahagian ini cerita Atlantis tidak akan disentuh.
Telah pun kami jelaskan ciri-ciri Tanah misteri di sebelah Timur dalam bahagian pertama. Walau pun kami telah memberikan jawapan sebelum ini bahawa negeri atau tanah misteri yang dimaksudkan adalah kepulauan Sulu namun bukti-bukti tambahan masih diperlukan untuk menguatkan dakwaan ini. Berikut ialah satu contoh cerita dari kitab kuning Melayu Patani,

Al marhum Sheikh Daud al-Fatani dalam kitabnya "Jam'ul Fawaaid", muka surat 255 , cetakan matba'ah Bin Halabi, Patani, Thailand. Berikut dinyatakan salinan asalnya :

"Maka pertama orang yang menangis daripada makhluq Adam 'alaihis salaam tatkala turun daripada syurga kepada bumi maka menangis tiga ratus tahun dan tiada mengangkatkan kepalanya kepada langit kemudian daripada yang demikian itu malu daripada Allah Ta'ala dan sujud ia satu sujud diatas bukit Hindi seratus tahun menangis ia hingga keluar matanya pada bukit serindib maka ditambahkan Allah pada demikian bukit itu daripada air mata Dardhi dan Qoronful dan jadilah burung demikian bukit dan meminum sekali burung pada satu hari akan air matanya Adam 'alaihis salaam dan berkata ia meminum akan air laut dan air didarat dan air hujan dan tiada kami meminum akan minuman yang terlebih manis daripada air ini maka menyangka Adam bahawasanya segala burung mempersenda-senda akan dia maka sembah Adam hai TUHAN ku telah kau kerasi atasku segala burung mampersenda- sendakan daku sebab aku mengena maksiat akan dikau maka mewahyu Adam bahawasanya tiada aku jadikan minumannya yang terlabih lazat daripada air mata orang yang berdosa" (*almadani).

Syeikh Daud al-Fatani tidak menulis dalam kitabnya dari mana beliau mengambil cerita di atas. Sekiranya kita lihat cerita di atas kita akan mendapati beberapa perkata iaitu,
  • Adam a.s. menangis selama 300 tahun setelah dihukum buang ke bumi dari Syurga.
  • Baginda tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana malu kepada Allah swt dan hanya bersujud dengan sekali sujud di atas bukit Hindi selama 100 tahun.
  • Airmatanya mengalir di atas bukit serindib itu menjadi Dardhi dan Qoronful (bunga cengkih) serta seekor burung Towawis (Merak).
  • Burung meminum air mata Adam a.s. sehingga burung tersebut bersuara dengan menyebut sedapnya air mata Adam a.s. berbanding air laut dan daratan yang pernah diminumnya. Hal tersebut menyebabkan Adam a.s. terasa dipersendakan oleh burung tersebut lalu mengadu kepada Allah swt.
  • Namun Allah swt menghiburnya dengan berfirman "AKU tidak jadikan minuman yang terlebih lazat daripada air mata orang yang berdosa.."
Bagaimanakah saiz tubuh Adam a.s.? Hadis dari Abu Hurairah r.a. katanya:
"Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah telah menjadikan Nabi Adam setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya Allah berfirman: Pergi dan berikan salam kepada kumpulan itu. Mereka adalah sekumpulan Malaikat yang sedang duduk, maka dengarlah jawapan mereka kepadamu kerana salam itu adalah salam penghormatan untukmu dan keturunanmu. Maka Nabi Adam pergi dan mengucapkan: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Mereka menjawab: السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ Mereka menambahkan وَرَحْمَةُ اللَّهِ Maka rupa bentuk setiap manusia yang akan memasuki Syurga adalah seperti Nabi Adam. Ketinggiannya enam puluh hasta. Setelah Nabi Adam, rupa bentuk (ketinggian) manusia terus berkurang hingga sekarang." Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5075

Cerita dalam kitab Syeikh Daud al-Fatani di atas yang mengatakan bahawa Adam a.s. dicampak dari Syurga ke bumi India telah mengesahkan kepada kita satu perkara iaitu tekaan bangsa Sumeria berkenaan Garden of Eden berada di sebelah timur (Tanah Dilmun) yang subur menyebabkan perhatian tertumpu ke tempat ini kalau bukan sekitar Perairan Parsi dan Yaman sudah tentulah India. Negeri india masih belum tepat untuk dikatakan "in the east where the sun rises" kerana masih ada negeri lain di sebelah timur dengan tanah yang lebih subur untuk kehidupan.


07 - GUNUNG TUMANTANGIS YANG DITANGISI
Di Pulau Jolo terdapat satu gunung yang rupa bentuknya seperti Piramid yang dinamakan Bud Tumantangis yang bermaksud Gunung Tangisan atau bertangis-tangisan. Ungkapan Tumantangis adalah bahasa sastera Sug yang menggunakan gaya ucapan hormat yang syahdu. Seperkara yang ganjil pada Bud Tumantangis ini ialah orang-orang Sulug yang dilahirkan di Pulau Jolo mahu pun tidak sekiranya melalui laut Sulu sambil melihat ke gunung tersebut akan cepat merasa sebak dan sayu. Perkara pelik ini seolah-olah gunung tersebut cuba memberi tahu bahawa di situ pernah berlaku satu peristiwa besar dalam sejarah manusia.

Terdapat beberapa tradisi lisan berkenaan Bud Tumantangis ini dikalangan penduduk Sulu salah satunya ialah yang kami namakan sebagai cerita Cinta Tumantangis. Satu cerita yang mempunyai unsur mempertahankan maruah, Aqidah dan ketaatan kepada Maha Pencipta. Ceritanya secara ringkas,
  • Pada zaman dahulu, ketika belum adanya manusia di muka bumi terdapat seorang lelaki yang taat kepada Tuhannya. Diturunkan di Pulau Tawi-Tawi sebagai tempat awal destinasinya.
  • Beliau berwajah tampan berambut panjang paras bahu dan punya ketinggian berpuluh-puluh hasta. Maka Berkatalah suara dari langit menyuruh beliau membuat sampan. Mulalah beliau membuat sampan atau perahu sehingga siap.
  • Suara itu muncul lagi dan kali ini mengarahkan beliau bersampan merentas laut menuju ke satu pulau yang gersang di sebelah timur. Ketika mendarat di pulau gersang tersebut beliau mula merayau tanpa menemui sebarang pokok atau tumbuhan apatah lagi haiwan.
  • Tiba-tiba langit menjadi kelam dan mendapati dirinya berada hampir dengan sebuah sungai yang penuh dengan batu-batu ganjil yang bergemerlapan. Oleh kerana berasa penat dan haus maka beliau mula minum dan membasuh wajahnya.
  • Tiba-tiba dunia menjadi ribut dan bercahaya yang menyilaukan dan kedengaranlah suara seorang wanita dari atas kepalanya sambil mengatakan bahawa tempat itu adalah kawasan persendiriantidak layak seorang lelaki memasukinya.
  • Maka dengan rasa terkejut lelaki tersebut mendongak dan terlihatlah olehnya seorang gadis cantik diselubungi cahaya indah bergemerlapan sehingga terlihatlah sebahagian auratnya.
  • Tiba-tiba gadis tersebut bersuara dengan nada tinggi bahawa beliau telah merasa diceroboh dan auratnya telah dilihat oleh seorang lelaki yang bukan muhrimnya. Gadis tersebut mengugut sekiranya lelaki tersebut tidak menikahinya maka pasti akan datang malapetaka. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal maka lelaki tersebut bersetuju.
  • Maka gadis jelita tersebut memberitahu bahawa mereka sekarang sudah bertunang tetapi sebagai maskahwin pernikahan nanti lelaki tersebut kena mencari pokok-pokok dan rumput dari pulau lain untuk ditanam di keseluruhan pulau yang gersang itu.
Berkatalah lelaki itu "Ia mustahil bagi ku membawa pokok dan rumput untuk ditanam diseluruh pulau ini. Aku bukannya berkuasa menumbuhkan segala tumbuhan. Hanya Tuhan yang Maha Pencipta sahaja yang boleh melakukannya". Namun oleh kerana beliau sudah berjanji untuk mengahwininya maka lelaki itu pun meminta izin untuk pergi ke pulau tempat asal mengangkut segala tumbuhan semampunya. Gadis tersebut berasa gembira dan mengatakan sanggup menunggu sehingga maskahwinnya dapat dilangsaikan.

Ketika dalam pelayaran pulang beliau berdoa kepada Tuhan memohon diberikan jalan, ditengah laut kedengaranlah suara dari langit "Kembalilah engkau ke pulau tempat gadis itu semula. Kerana Aku sudah menunaikan doa hamba-Ku yang berserah diri" maka ketika sampai di pulau yang pada awalnya gersang itu tiba-tiba sudah kelihatan penuh dengan pokok-pokok dan buah-buahan dan kelihatanlah satu gunung yang cantik seperti Piramid di hadapannya. Kedengaran sayup-sayup suara tangisan yang tidak putus-putus dari puncak gunung. Maka pergilah dia mendapatkan suara itu kerana suara tersebut mirip suara gadis tunangannya.

Beliau mencari dan mencari namun masih gagal menemui punca tangisan tersebut dari mana. Beliau mencari lagi tetapi masih gagal maka kedengaranlah suara si gadis "Daku telah ditinggal kekasih menunggu janji. Hari berganti hari sehingga tahun berganti tahun. Daku terus menangis menunggu bakal suami. Namun barulah hari ini ketika diriku telah berganti, menjadi gunung tidak akan kembali lagi". Maka lelaki tersebut mula memahami bahawa si gadis jelita sudah menjadi gunung. Beliau bersedih hanya mampu mengusap bumi. Sang Gunung menangis lagi, menangis dan terus menangis. Diceritakan oleh X-Komander MNLF, iaitu Pakcik Abdul Kalim (Karim).

Cerita di atas adalah cerita rakyat Tausug Jolo yang dipapah turun-temurun dari generasi ke generasi sehingga hari ini. Cerita yang boleh sahaja kita anggap dongeng atau lagenda Tausug terhadap kewujudan gunung Tumantangis. Kalau pun kebenarannya dipertikaikan kerana berunsur mistik namun secara realitinya cerita tersebut menggambarkan budaya dan adat resam Tausug.
  • Sebagai contoh kaum wanita Tausug terlalu dihargai dan dijaga kehormatannya sehinggakan ketika orang tua mereka membina rumah kayu, satu ruang tinggi berbentuk seperti loteng yang dinamakan Angkap akan dibina dalam rumah yang hanya boleh dinaiki dengan tangga. Ia semata-mata untuk menyimpan kaum wanita dan terjaga kehormatannya. Hingga hari ini rumah-rumah kayu masyarakat Tausug di pedalaman Jolo masih membuat ruang Angkap ini.
  • Berkenaan "terlihat aurat wanita" (yang dimaksudkan bahagian-bahagian sulit) yang bukan muhrim, dalam adat Tausug akan menatijahkan peperangan. Sebab itu mengapa kaum wanita dibuatkan ruang Angkap agar tidak kelihatan aurat mereka. Dalam keadaan tertentu maruah wanita juga akan dikira terceroboh sekiranya seorang lelaki telah terlihat darah haid yang tembus pada kain. Wanita Tausug yang menjaga maruah akan merasa malu dan meminta lelaki tersebut menikahinya. Kalau enggan wanita tersebut akan datang kerumah keluarga lelaki tersebut dan kalau gagal juga tok imam atau Datu akan dijadikan saksi pengakuannya. Kemudian tok imam atau Datu akan berusaha mengahwinkan wanita tersebut dengan lelaki yang dimaksudkan. Inilah budaya Tausug yang masih kekal hingga hari ini. Hinggakan Jabatan Agama Islam Sabah pun bingung menghadapi budaya seperti ini.
  • Kemudian Tausug terlalu berpegang dengan janji. Kerana menurut tafsiran adat Tausug, sekiranya terdapat khianat dan tiada keikhlasan yang jelas didapati pada seseorang maka orang tersebut tidak boleh dijadikan saudara, orang semacam ini tidak boleh diajak berperang melawan musuh kerana tidak amanah. Sebab itu munculnya kata-kata Sug "In tau hayanat amuna in tau madaran pag karapatan" bermaksud "orang yang khianat adalah yang selalu kedapatan" (kedapatan bermakna yang selalu didapati melakukan pembohongan, putar belit, takut mati dan sebagainya).
Rakyat Malaysia yang mahu melihat binaan rumah Tausug yang mempunyai Angkap bolehlah datang Muzium Sabah di Kota Kinabalu. Berkenaan hal budaya dan tradisi Sug, kami akan bincangkannya dalam tajuk lain yang lebih khusus.

Berbalik kepada cerita Adam a.s., cerita tangisannya di India dan cerita tangisan Bud Tumantangis mempunyai persamaan iaitu cinta dan ketaatan. Memanglah ciri-ciri Adam a.s. sama dengan watak lelaki dalam cerita di atas namun kami tidaklah mengatakan bahawa cerita Cinta Tumantangis adalah benar-benar berlaku. Kami berperasangka, cerita Cinta Tumantangis ini adalah Israiliyyat jua darjatnya disebabkan memang wujud pertalian Bani Israel dengan Sulu sejak zaman purba lagi. Hal ini adalah kemungkinan, kerana kewujudan suara yang boleh dianggap sebagai Suara Tuhan. Maka bagaimana pula dengan cerita Adam a.s. yang menangis di atas bukit Hindi? Sudah tentu ianya juga berdarjat Israiliyyat sekiranya cerita tersebut tidak terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi saw.

Hal ini secara teori akan menghasilkan pertanyaan dan jawapan,
  • Ketika Adam a.s. baru dicipta oleh Allah swt di Syurga, Baginda telah mula dilanda keresahan yang amat. Satu kerisauan yang tidak pernah dialaminya semenjak dia diciptakan. Sudah tentulah Allah swt memasukkan nafsu dan keinginan-keinginan lain sebagai fitrah dalam diri manusia. Keresahannya adalah kerana "memerlukan pasangan hidup". Keinginan ini memerlukan cetusan. Cerita Cinta Tumantangis adalah satu cetusan yang inginkan pasangan. Ia seolah-olah berkaitan.
  • Katakanlah Watak lelaki Cinta Tumantangis (LCT) adalah Nabi Adam a.s. itu sendiri maka sudah tentu arahan membuat perahu atau sampan kemudian belayar ke satu tempat adalah perancangan Tuhan. Rancangan untuk memulakan rasa "berpasangan" kepada Adam a.s.
  • Dalam masa yang sama ianya juga sebagai satu ujian samada Adam a.s. berpegang kepada janji, bijaksana, mengharap pertolongan dan bantuan Tuhan. Pandang pertama Adam a.s. kepada wanita tersebut sehingga terlihat aurat membuktikan berlakunya pandangan "syahwat" sehingga wanita jelita tersebut berasa ternoda. Meminta ia dikahwini atau sekiranya enggan pasti akan ada "malapetaka" adalah satu pengesahan salahnya berbuat maksiat. Maka mengahwininya adalah jalan kemaafan dan keampunan. Hal ini menjadi satu penegasan mengapa Islam menggalakkan perkahwinan pada usia muda untuk mengelakkan dosa maksiat dan kerosakan.
  • Ketika wanita tersebut meminta maskahwinnya seperti yang disebut, menyebabkan Adam a.s. merasa mustahil dapat menunaikannya sebab itu beliau mengatakan hanya Allah Yang Maha Pencipta sahaja yang boleh menumbuhkan tanaman dan tumbuhan. Menunjukkan kekukuhan Tauhid kepada Allah swt. Tindakan kembali ke tempat asalnya untuk mengambil tumbuhan dan pokok untuk dibawa ke pulau gersang tersebut serta tindakannya berdoa memohon kekuatan dan bantuan Tuhan menunjukkan kepada kita konsep tawakal yang sebenarnya iaitu "Usaha dan doa".
  • Tangisan Bud Tumantangis yang syahdu dan menyayat hati itu adalah kerana menjadi gunung selama menunggu Adam a.s. telah meninggalkan impak mendalam terhadap perasaan Adam a.s. Hingga hatinya berasa gundah dan bermulanya "rasa rindu" kepada pasangan. Maka kegundahan dan kekosongan inilah yang akhirnya membawa kepada penciptaan HAWA.
Di dalam Syurga Iblis laknatullah berusaha keras bagaimana caranya memperdayakan Adam a.s. Malangnya Adam a.s. bersama Hawa atas tipudaya Iblis laknatullah mereka tidak dapat melalui ujian dari memakan "Buah larangan" Syurga menyebabkan mereka dihukum "buang daerah" ke bumi. Ke manakah mereka dibuang?


08 - ADAM a.s. BERANAK PINAK
Adakah Adam a.s. dan Hawa dibuang ke Bumi hanya berdua? Sudah tentu mereka dibuang bersama Iblis laknatullah ke bumi bersama-sama. Iblis dan pengikutnya golongan Syaitan yang lain turut berdampingan dengan bani Adam sehingga ke hari ini adalah sebagai ujian kepada manusia. Kerjanya saban hari menambahkan "kawan" dari golongan bani Adam agar sama-sama masuk ke Neraka Jahannam, begitulah tugasnya. Keterlibatan Iblis dalam kehidupan umat manusia akan kami sentuh terutama yang melibatkan perubahan keyakinan Satu Tuhan "Monotisme" anak-anak Adam a.s. kepada fasad dan mungkar iaitu keyakinan Banyak tuhan "Polytisme".

Membahas isu dimanakah Adam a.s. dan Hawa diturunkan di Bumi bagi kami bukanlah perkara penting sehingga menimbulkan pertelagahan dan polemik pula. Setakat ini tiada satu pun dakwaan yang boleh diyakini benar adalah kerana tidak pun disebut dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul saw secara tepat di mana lokasinya. Sebab itu sesiapa sahaja yang dapat mengkaji dan menulis kajian secara ilmiah berkenaan tanda-tanda dan ciri-ciri lokasi awal penempatan Adam a.s. bukanlah satu kesalahan malah ia sangat dialu-alukan.

Mungkin satu-satunya manusia yang mendakwa Adam a.s. diturunkan di India (menangis di atas puncaknya selama 100 tahun) ialah Hisyam bin Muhammad bin as-Saib al-Kalby. Siapakah Hisyam ini? Ayahnya (m 146H) adalah pengarang kitab tafsir Qur'an terkemuka dan mereka inilah yang banyak memasukkan Israiliyyat ke dalam kitab tafsir. Sebab itu para ulama' Ahli Sunnah Waljamaah bukan sahaja mendapati Hisyam al-Kalby sebagai membawa riwayat-riwayat dan kisah-kisah ganjil Israiliyyat malah didapati adalah penganut ajaran Syi'ah yang taat.

Walau bagaimana pun untuk menjalankan kajian Anthropology terhadap kepulauan Sulu dan mendapatkan bukti-bukti kebenaran Adam a.s. diturunkan di kepulauan tersebut tidaklah bertentangan dengan Syara'. Malah sekiranya dibuktikan benar sudah pasti akan dapat membenarkan Al-Qur'an itu sendiri sebagai Kalamullah seterusnya dapat membuka minda para pengkaji dan manusia keseleruhannya mendapat manfaat. Berikut adalah senarai anak-anak Adam a.s. menurut catatan Israel:

Generasi Pertama:
01- Adam a.s.
  • 02- Cain
  • 03- Abel
  • 04- Seth

Generasi Kedua:
  • 05- Enosh bin Seth

Generasi Ketiga:
  • 06- Kenan (Cainan) bin Enosh

Generasi Keempat:
  • 07- Mahalalel bin Kenan (Cainan)

Generasi Kelima:
  • 08- Jared bin Mahalalel

Generasi Keenam:
  • 09- Enoch bin Jared

Generasi Ketujuh:
  • 10- Methuselah bin Enoch

Generasi Kelapan:
  • 11- Lamech bin Methuselah

Generasi Kesembilan:
  • 12- Noah bin Lamech

Generasi Kesepuluh:
  • 13- Japheth bin Noah
  • 14- Ham bin Noah
  • 15- Shem bin Noah
Generasi Kesebelas:
Anak-anak Japheth bin Noah
16- Gomer
17- Magog
18- Madai
19- Javan
20- Tubal
21- Meshech
22- Tiras

Anak-anak Ham bin Noah
23- Cush (bapa kepada Raja Namrud)
24- Mizraim
25- Put
26- Canaan (Phoenician)

Anak-anak Shem bin Noah
27- Elam
28- Asshur
29- Arphaxad
30- Lud
31- Aram

Generasi Keduabelas:
  • **- Cainan bin Arphaxad
  • 45- Shelah bin Arphaxad
Anak-anak Aram bin Shem
  • 46- Uz
  • 47- Hul
  • 48- Gether
  • 49- Meshech
Generasi Ketigabelas: 45- Shelah bin **Cainan bin Arphaxad
  • 52- Eber bin Shelah = Bangsa Israel mula menghadapi kekeliruan bahasa pertuturan. Kerana mungkin asimilasi dan percampuran dengan bangsa lain menyebabkan bahasa Israel jadi cacamarba. Maka bermulalah gelaran HEBREW yang diambil dari nama Eber. Sehingga hari ini cucu-cicit Eber dipanggil Hebrew atas nama mempertahankan bahasa nenek moyang yang asli sebab itulah dinamakan bahasa Hebrew hingga hari ini.
Generasi Keempatbelas:
  • 53- Peleg bin Eber
  • 54- Joktan bin Eber
Generasi Kelimabelas:
Anak-anak Joktan bin Eber
  • 56- i. Almodad
  • 57- ii. Sheleph
  • 58- iii. Hazarmaveth
  • 59- iv. Jerah
  • 60- v. Hadoram
  • 61- vi. Uzal
  • 62- vii. Diklah
  • 63- viii. Obal
  • 64- ix. Abimael
  • 65- x. Sheba
  • 66- xi. Ophir (Kemungkinan beliaulah membuat perjalanan ke Sulu dan tidak kembali lagi)
  • 67- xii. Havilah
  • 68- xiii. Jobab
Generasi Keenambelas:
Anak Reu bin Peleg
  • 69- Serug
Generasi Ketujuhbelas:
  • 70- Nahor bin Serug
Generasi Kelapanbelas:
  • 71- Terah bin Nahor
Generasi Kesembilanbelas:
Anak-anak Terah bermulanya sejarah Nabi Ibrahim a.s. (Lihat carta)
  • 72- Haran
  • 73- Nahor
  • 74- Abram (Ibrahim a.s.)
  • 75- Sarai (Sarah)
Amaran: Carta ini terkandung maklumat yang tidak betul oleh umat Kristian yang menyusun carta ini. Bagaimana mungkin Nabi Ibrahim a.s. boleh teberkahwin dengan kakak sendiri? Seteruk-teruk Yahudi pun tidaklah sampai tergamak berkahwin dengan saudara perempuan sendiri. Penyusun carta ini sendiri memaklumkan kekeliruannya terhadap ramainya nama Sarai. Beginilah caranya mengapa Taurat dan Injil sudah cacamarba kerana tokok tambah seperti ini.


09 - PERSOALAN UMUR BANI ADAM & PEMBOHONGAN YAHUDI
Di dalam catatan Taurat (versi tulisan Yahudi dan Nasrani) seperti yang kita ketahui Old Testament serta catatan Injil (versi tulisan tangan mereka juga) yang dikenali New Testament menyatakan bahawa umur manusia dan para nabi terdahulu terlalu panjang sehingga ada yang menjangkau umur 1000 tahun. Walau pun terdapat sarjana barat yang mengenengahkan teori bahawa sememangnya umur manusia di masa lalu terlalu panjang berdasarkan beberapa dalil. Sebagai contoh untuk menmyokong Taurat dan Injil versi mereka telah mengkelaskan masa sebelum banjir besar zaman Nabi Noh a.s. sebagai Atedulivian,

"Perkataan Antedulivian adalah satu perkataan yang diambil dari perkataan Latin (syn.Prediluvian) yang bermaksud "Sebelum Banjir Besar" seperti yang terdapat dalam Injil. Perkataan ini merujuk zaman manusia yang hidup sebelum kejadian banjir besar pada ketika zaman Nabi Nuh. Penulis seperti William Whiston (A New Theory of the Earth 1696) dan Henry Morris (The Genesis Flood 1961) menggambarkan zaman antediluvian adalah seperti berikut: Umur seseorang manusia adalah lebih panjang dari umur manusia hari ini iaitu sekitar 700-950 tahun, seperti yang ditulis dalam Genealogies of Genesis.

Jumlah populasi manusia pada ketika itu adalah lebih ramai berbanding pada tahun 1696. Perkiraan Whiston menggambarkan lebih kurang 500 juta manusia berkemungkinan telah lahir dalam zaman antediluvian, berdasarkan jangka hayat yang panjang dan fertility rates. Tidak wujud awan dan hujan. Muka bumi hanya menerima air dari embun yang terhasil dari proses pemewalpan dan sejatan siang dan malam. Lautan dan sungai pula sememangnya telah semula jadi wujud dan menjadi sumber kahidupan harian manusia.

Gambaran dari Injil (New Testament) juga mengatakan wujudnya makhluk-makhluk pelik dan ajaib seperti gergasi, manusia berkepak burung (Nephilim) dan beberapa jenis makhluk yang tidak tergambar oleh fikiran manusia hari ini. Tetapi kesemunya telah musnah ditelan gelombang dan arus dari banjir besar. Apa yang dapat kita lihat hari ini hanyalah makhluk dan binatang yang telah naik ke kapal Nabi Nuh." (*http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Nuh_a.s.)

Sekiranya benar cuaca sebegitu boleh menyebabkan panjang umur maka sudah tentu orang-orang Jepun dan orang-orang yang tinggal di pergunungan Borneo hari ini dapat mencapai umur kalau bukan 950 tahun pun sekurang-kurangnya 200 tahun. Tetapi kenyataannya bukanlah begitu. Ini adalah pembohongan yang ditambah masuk kedalam kitab-kitab mereka sehingga menghilangkan keaslian Taurat dan Injil tersebut. Sememangnya terlalu jelas kecelaruan fakta yang terdapat dalam Injil Lucas dan Injil Mathew dalam membincangkan soal umur manusia tertua. Kitab perjanjian lama (Taurat) juga mengalami kecelaruan fakta di mana hanya terdapat 19 nama sebelum kemunculan Nabi Ibrahim a.s. sedangkan dalam Injil Lucas, bilangan nama menjadi 20 pula. Ini membuktikan terdapat penambahan atau penyelewengan tulisan oleh pendeta-pendeta Yahudi dan Kristian.

Di dalam al-Quran telah ada kunci-kunci ilmu yang didedahkan oleh Allah swt. Tinggal hanya untuk umat Islam mencari dan membahaskannya dengan lebih mendalam. Ilmu-ilmu tersebut ialah astronomi, geologi, geografi, biologi dan matereologi. Beberapa orang sarjana Islam telah membahaskan hal ini antaranya Dr. Mustapha Mahmud dan Dr. Abd Alim bin Abd Rahman yang menurut mereka jarak masa antara Adam a.s. dan Nabi Isa a.s. tidak kurang dari 10 juta tahun.

Sarjana Islam yang mendalami Anthropology telah memberi kesimpulan bahawa berjuta-juta tahun dahulu sudah ada kehidupan manusia yang maju dan berperadaban berpuluh kali ganda hebatnya dari dunia moden hari ini, malah sebelum berlakunya Zaman Ais kemajuan manusia sudah sampai kekemuncaknya. Tetapi setelah berlaku peperangan Nuklear telah menyebabkan tindak balas kenaikan suhu global dan perubahan bentuk muka bumi sehingga berlaku malapetaka Tektonik (menghasilkan Tsunami yang berpuluh ribu kali kuat dari arus air terjun Niagara) dan letusan gunung berapi memusnahkan semua peradaban hebat.

Sebagai contoh di tapak pendaratan Kapal Nabi Noh a.s. telah dijumpai peralatan besi dan logam lain yang dikatakan oleh ahli sains sebagai bateri untuk menyimpan cas elektrik. Ini membuktikan kepada kita bahawa kemajuan hebat sudah pun ada pada zaman Noh a.s. Satu lagi rahsia yang mungkin hanya sebilangan manusia yang meyakininya bahawa kapal Nabi noah a.s. itu bukanlah sebuah tetapi lebih dari dua. Penemuan tapak-tapak kapal purba di pergunungan Turkey dan tempat lain dapat mengesahkan hal ini. Sebagai contoh Al-Fadhil Ustaz Fadzlan Garamatan dari Irian Jaya telah memberitahu budaya dan adat resam bangsa berkulit hitam di pergunungan Irian telah menambahkan lagi keyakinan ini.

Al-Fadhil Ustaz Fadzlan Garamatan, pendakwah dari Irian. Untuk membaca perjalanan dakwahnya sila ke http://arana-arana.blogspot.com

Menurut Ustaz Fadzlan Garamatan hingga hari ini masyarakat Irian masih mengamalkan tarian dan nyanyian yang menyatakan bahawa mereka berasal dari atas gunung, berasal dari kapal yang terdampar dimana di sanalah mereka bermula. Hal ini yang dianggap pelik oleh sebilangan rakyat Indonesia menjadi satu lagi bukti kapal Noh a.s. bukan sebuah. Menurut Ustaz Fadzlan, bangsa Irian tidak boleh digelar PAPUA kerana maksud perkataan tersebut tidak sesuai malah buruk. Papua adalah istilah Belanda kepada bangsa Irian sedangkan nama asal mereka ialah "Nuu Waar" yang bermaksud cahaya tersembunyi dari Timur "a Hiden Shine from East".


SELESAI BAHAGIAN 2.

Tajuk seterusnya dibahagian tiga di posting akan datang.

SURAT JEMPUTAN Deklarasi Kembalikan Kemerdekaan Sulu

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, June 24, 2010 0 ulasan


Selamat datang "Islam" kembali semula ke Sulu 17 November 2010. Tanpa perang! Tanpa Keganasan! Seperti Futhul Makkah! Musyrikin (kafirin) tidak dapat berbuat apa-apa!!

INVITATION LETTER

To all concern people of the world, especially, Media Practitioners, Human Rights Activists, Cultural Activists, Civil Activists, Peace Activists, Social Activist, Art Activists and Legal Activist and of different kinds of activists.

Historically, legally and politically, Sulu Sultanate was never subjugated and conquered by any foreign colonizers, including the current neo-colonial Republic of the Philippines.

Sulu Sultanate was annexed to the Philippine Republic on the 4th of July 1946 by the colonialist through Treaty of Peace signed in Paris on 10 December 1898 with the payment of twenty million dollars.

This was signed between Spain and United States of America that was ever known as “Treaty of Paris”. In accordance with the treaty, Spain surrendered to the United States of America after defeated from the mock war!

Sulu Sultanate had signed the international treaty with United States of America, known as Bates Treaty that was signed in 22 August 1899. The treaty was abrogated in 2 March 1904 with illogical reasons.

It was claimed that the Sulu Sultan had failed to quell Tausug resistance and hindrance to the effective American colonial administration, where in fact these reasons were not part of the provisions of the treaty – Sulu Sultanate indeed UNCONQUERED!

The citizens adhere to the provisions of the UN General Assembly Resolution, Universal Declaration of Human Rights. Article 15, (1) Everyone has the right to a nationality. (2) No one shall be arbitrarily deprived of his nationality nor denied the right to change his nationality.

Those of Sulu people that are having their Filipino citizenship are right now shifting into Tausug or Sulu citizenship. Tausug are not Filipinos and Filipinos are not Tausug. Filipino is an “imagined nation” whereas Tausug is a “real nation” that existed long before the birth of Filipino nation.

Tausug is the name applied geographically to the people of Sulu Archipelago, the territories of the Sulu Sultanate Darul Islam of having different ethnicities. Every ethno-dialectical people here are called Tausug or Bangsa Sug.

The national language is Bahasa Sug or Sulu Language. There are many dialects in Sulu Archipelago. Tausug is citizenship and Bangsa Sug is nationality as part of the Darul Islam (Dar Al-Islam).

So much for that, the United Tau Sug People, the Citizens of the Sulu Sultanate Darul Islam is inviting everyone to witness the historical momentous event that would be held at Buansa City, Jolo Island, Sulu Sultanate Darul Islam.

This would be the significant beginning of the journey for the international peace and security in the Sulu Sultanate Darul Islam territories - land, sea and air – beyond boundaries.

The Sulu citizens declare the Assertion of Independence of the Sulu Sultanate Darul Islam is to regain and execute their long lost-stolen to exercise government of their own.

This greatest historical event will be the Sulu Citizens’ declaration of Assertion of Independence of the Sultanate of Sulu on 17 November 2010.

This event shall stick to the principle of international peace and security by Denouncing War and Renouncing Terrorism!


Invitation letter sent to the Tausug Global Bulletin.

Bhg 1: Kepulauan Sulu Sebelum Muncul Nama Philippines

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, June 22, 2010 13 ulasan


Artikel ini akan senantiasa diisi dengan fakta dan pembetulan kandungan dari masa ke semasa. Para pembaca dan pelawat boleh memberikan teguran dan tambahan fakta menggunakan chatbox dibahagian bawah sebelah kanan blog ini. Terima kasih!! - Asreesulu.

Setelah melihat peta di atas kami percaya ramai pembaca bertanya akan kebenaran fakta pada grafik Lusung tersebut. InsyaAllah kami akan perjelaskan satu persatu dari masa ke semasa. Untuk melengkapkan keterangan grafik di atas para pembaca sekalian perlulah bersabar dengan memberikan masa kepada kami untuk memasukkannya secara berdikit-dikit. Dalam keadaan sibuk hari ini menguruskan pelbagai hal, kami masih dapat meluangkan masa mencatat hasil kajian menyiapkan buku kami bertajuk Sejarah Sulug (sebelum ini penulis letak tajuk "Sejarah Tausug").

Antara yang menarik yang akan dibahaskan dalam tajuk ini ialah:
  • Siapakah bangsa BAJAU LAUT yang dikenali sebagai Orang Laut dalam sejarah Melayu dan mengapa mereka dikenali sebagai Bangsa PARAHU (Tausug menyebutnya PALA'O) di Kepulauan Sulu yang terkenal sebagai penyelam terhandal dalam dunia?
  • Apakah buktinya Bangsa PARAHU mempunyai hubungan dengan Bangsa Mesir Purba? Kemungkinan raja-raja Mesir (Fir'aun) yang dipanggil PARAOH berketurunan Bangsa Parahu dari Sulu?
  • Kalau benar, mengapa bangsa PARAHU hari ini sangat lemah dan mendukacitakan? Mengapa dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan Bangsa PARAHU hilang?
  • Benarkah Bangsa Lucoes yang menetap di kepulauan Sulu hari ini berketurunan Bani Israel? Apakah perbezaan Bani Israel Sulu dengan penjahat Bani Israel (Perampas Palestin) hari ini?
  • Benarkah pencatat sejarah Islam seperti Abu Zayd dan Al-Mas'udi menyatakan kepastian bahawa Negara Zabaj atau Zabag yang dimaksudkan mempunyai raja yang sebut "Mihraj" adalah LUSUNG atau SULU?
  • Benarkah PRESTER JOHN (kerajaan Prester John) mengirim surat ke Eropah memberitahu satu lokasi kepulauan negara KAYA yang dimaksudkan adalah LUSUNG?

PENJELASAN: Di dalam artikel ini penulis menggunakan istilah Sulu dengan Lusung atau Sulug yang kadang-kadang menyebutnya Sug tempat tinggalnya bangsa Tausug. Bermakna, samada Lusung, Sulug atau Sug ianya adalah Sulu juga.

01 - PENGENALAN LUSUNG
Dalam artikel yang lepas kami telah menjelaskan kedudukan istilah Lusung secara teori (Hipotesis). Mengapa dipanggil Lusung dan dari mana kata Lusung berasal telah pun kami jelaskan. Gambarajah di atas sengaja dinamakan sebagai peta Kepulauan Lusung bukannya Kepulauan Sulu atas sebab istilah Lusung terlalu meluas diperkatakan dalam catatan-catatan sejarah Eropah abad ke-15.

Umum mengetahui nama Lusung hanya disebut oleh pedagang-pedagang China ketika itu kepada kepulauan yang dikenali hari ini sebagai Filipina (Philippines). Lusung sebenarnya adalah sebutan bagi Sulug yang disalah sebut oleh pedagang China menjadi Lusung. Sulug secara harfiah bermaksud "arus" air yang mengalir dan Bahasa Inggerisnya dipanggil current. Maka samada ianya bermaksud arus air laut, pasang atau surut, dalam atau cetek, air laut atau air sungai di gunung, yang penting terdapat aliran air. Itulah yang dimaksudkan Sulug.

Orang-orang Sulu sinonim dengan panggilan Sulug berdasarkan sifat aliran air sejak berabad-abad lamanya sehingga ke hari ini.

Mengapa pedagang China menyebutnya Lusung adalah kerana lidah mereka yang sukar menyebut Sulug, lagi pun tidak terdapat sebutan "ug" atau bunyi eG di hujung mana-mana perkataan dalam bahasa China. Sepatutnya Sulug disebut Sulung bukannya Lusung, tetapi mungkin kerana bukan kebiasaan atau pun mungkin keliru maka Lusung menjadi sebutan yang sesuai.

02 - SIFAT AIR MENJADI IDENTITI
Sulug atau "arus" adalah kata sifat iaitu mengikut aliran air laut telah menjadi identiti masyarakat yang menduduki kepulauan. Berpadanan dengan keadaan tempat tinggal yang terbahagi antara pulau-pulau yang sudah tentu terpisah oleh laut serta pekerjaan masyarakat yang kehidupan hariannya bergantung dengan laut seperti merentas lautan untuk berdagang, memukat dan memancing ikan, menyelam mutiara dan sebagainya, menjadikan istilah "arus" atau Sulug sebagai identiti amatlah tepat.

Seorang pengkaji, Siuala ding Meangubie telah menjelaskan dalam kajiannya bertajuk "A Preliminary Investigation Into its Role in East Asian history" berkenaan maksud Lusung:

"The place originally called Lusung was the body of water presently known as Manila Bay. Since the early inhabitants relied on water for their transportation and livelihood, it became their custom to first give names to these bodies of water before giving names to any points of land. The word lusung refers to a large wooden pylon used for pounding rice [搗臼]. The bay got its name because it is shaped like the mouth of a lusung and that the settlements surrounding it constantly produce the most rice as compared to other regions. There is also a tradition that suggests a relationship with the Sung Dynasty of China [960 - 1278 AD]. Whatever the nature of this relationship, tradition suggests that Lusung [呂宋] got its name from the Sung [宋]."

Beliau menyebut tiga jawapan yang berupa teori untuk memaknakan Lusung antaranya,
  • ...inhabitants relied on water for their transportation and livelihood.
  • ...refers to a large wooden pylon used for pounding rice.
  • ...that suggests a relationship with the Sung Dynasty of China [960 - 1278 AD].
Jawapan di atas sekiranya dirujuk kepada Tausug hari ini untuk makna yang paling tepat pasti jawapannya adalah yang merujuk kepada air laut. Untuk memaknakan Lusung dengan alat penumbuk padi dan Dinasti Sung, rasanya bukanlah jawapan yang tepat, nyata sekali ia hanyalah sekadar kebetulan sahaja. Sebagai contoh, istilah Sulug sendiri sekiranya disebut oleh orang Melayu Jambi di Sumatra akan menjadi Suluk atau Solok yang kebetulannya sama bunyi dengan gelaran ahli Suluk para pengamal Tariqat Sufi. Kalau pun sebilangan orang Sulug itu memang pengamal Tariqat Sufi namun ia hanyalah juga sekadar kebetulan.

Tausug di Sulu hari ini masih menyebut Lusung kepada alat penumbuk padi ini manakala penumbuknya dipanggil Ha'lu.
Wanita Sarawak sedang sibuk menumbuk padi menggunakan Lusung (Bahasa Melayu disebut Lesung). Kedua-dua gambar diambil dari http://malaysiana.pnm.my

Ia sama dengan gelaran Moro kepada bangsa Sulug oleh Spanyol. Oleh kerana orang Sulug di Sulu sama anutan agama dengan Bangsa Moro di Andalusia maka orang Sulug juga turut digelar Moro. Ini tidaklah pula bermakna bangsa Sulu perlu menerima bulat-bulat nama Moro tersebut sebagai identiti bangsanya menjadi "bangsa Moro", ia hanya sekadar panggilan kepada orang yang "beragama Islam" secara kolektif oleh kolonialis Eropah ketika itu.


03 - KEKELIRUAN SPANYOL TERHADAP LUSUNG YANG SEBENAR
Kolonialis Spanyol (Kastila) begitu keliru dengan istilah Lusung sehingga menamakan pulau besar di utara Sulu dengan Lusung, lidah Kastila menyebutnya LUZON hingga ke hari ini. Siuala ding Meangubie menyatakan,

"The Spaniards, unfamiliar with this native concept of territory, naturally thought that Lusung referred to land instead of water. Thus when they conquered Lusung in 1571 AD, they mistakenly thought they had conquered the entire island. Taking after the Spaniards' mistake, geographers up to the present refer to the entire northernmost major island of the Philippine archipelago as Luzon {Lusung}."

Sebenarnya Kastila tersilap memaknakan Lusung dengan "tanah daratan" yang sepatutnya adalah air laut. Kemungkinan Spanyol telah menyalah tafsirkan maklumat yang mereka dapat dari penjelajah Portugis yang datang lebih awal ke kepulauan Sulu sebelum ini.

Peter Schreurs telah menulis tajuk khusus berkenaan Voyage of Ferdinand Magellan dalam buku Philippine Quarterly of Culture and Society, Vol. 28, March 2000, No. 1, yang diterbitkan oleh San Carlos Publications, bahawa Charlotte Gastaldi (1561 M), Gerardus Mercator (1569 M) dan Abraham Ortelius dalam Theatrum Orbis Terrarum (Theatre of the World) iaitu pada tahun 1570 mereka telah memberitahu berkenaan pulau kecil yang berada berdekatan pulau yang kini bernama Basilan itulah sebenarnya yang dinamakan Lozon.

Beliau menulis “This tiny island of Lozon in the Sulu Sea disappeared from the maps after the Spaniards had occupied the northern Philippines, and it was replaced by the real Luzon”.

Dalam buku Thomas Suárez “Early Mapping of Southeast Asia”, dia mengatakan,Pigafetta was told that ‘two days from Chippit (near Basilan) to the northwest is a large island called Lozon’…thus Gastaldi, in 1561, with nothing more than Pigafetta’s second-hand mention of the island to go on, introduced the first definitive reference to Luzon on a western map…Gastaldi simply judged a two-day sail to the northwest of one of his Quipits (near Basilan), engraved an island and labeled it Lozon.”

Jejak perjalanan kapal Ferdinand Magellan untuk mencari pulau Lusung @ Sulug @ Sug yang mereka panggil the great city of Lao itu malangnya mereka tersesat jalan. Mungkin Magellan mendapat nama Lao tersebut dari pedagang China yang pernah berniaga di pelabuhan Holiow @ Jolo, Buansa sebelum ini.


Pigafetta himself actually met and spoke with a native of Luzon. Leaving Borneo on 29 July 1521, the Spanish believe they were being ambushed, attacked some junks and capture the “son of the king of Lozon” who was the captain general of the King of Brunei. Pigafetta explained that the man from Lozon “had come with the junks" from a great city called Lao” which was at the end of Borneo facing (in other words, the southwest coast), which they claimed to have just sacked…The Magellan crew also met with the traders from Lozon when they put into Timor”.

“The island of Luzon appears on the Indiae Orientalis as the small island of Lozon due west of Mindanao, like the earlier more correctly positioned appearance of the island at the hands of Gastaldi in 1561...”

Apa yang menjadi kekeliruan Kastila ialah menyangkakan dengan berjaya menakluk Manila pada 1571 maka mereka telah menakluk keseluruhan kepulauan Lusung yang mereka namakan Philippines hari ini. Hanya setelah peperangan Kastila dengan Brunei pada tahun 1578 (ketika itu tentera Brunei dibantu oleh tentera Sulu) maka Kastila mula menyedari bahawa Manila yang mereka takluk itu bukanlah pusat Lusung yang sebenarnya. Cesar Adib Majul seorang pengkaji sejarah Filipina telah menjelaskan hal ini dalam bukunya "Muslim in the Philippiens".

"Pada 1578 Pangeran Buong Manis (Pangeran Sri Lela) yang mahu merebut takhta kerajaan Brunei (dari saudaranya Seiful-Rizal) datang ke Manila meminta bantuan Spanyol mengalahkan Seiful-Rizal. Sekiranya berjaya beliau berjanji membayar ufti kepada Spanyol. Peluang keemasan ini tidak dilepaskan oleh Spanyol lalu Gabenor Jeneral Francisco de Sande belayar ke Brunei dengan 40 buah kapal beserta serdadu 400 Spanyol, 1,500 anak tempatan Filipina dengan diiringi oleh tentera tambahan dari Pangeran Buong Manis iaitu orang-orang Brunei sendiri seramai 300 orang. Setelah 30 hari belayar, sampai ke Kuala Sungai Brunei dan pertempuran terus berlaku. Tentera Brunei yang dibantu oleh tentera Sultan Sulu (Pangeran Budiman @ Raja Ilo adalah saudara ipar kepada Sultan Seiful-Rizal) itu telah dikalahkan oleh Spanyol. Seiful-Rizal melarikan diri bersama ayahandanya yang uzur Sultan Abdul Kahar ke pedalaman Brunei dan mendirikan istana di sana".

Armada perang Galleon Kastila

Manakala tentera Sulu yang diketuai oleh Raja Ilo berjaya larikan diri bersama saki baki tenteranya menuju ke Sulu. Malangnya mereka berjaya dipintas oleh tentera laut Kastila dan berlaku lagi pertempuran sengit yang akhirnya Raja Ilo mengangkat bendera putih tanda kalah.

"Didapati tentera Spanyol yang diketuai oleh Kapten Esteban Rodriguez de Figueroa atas arahan Francisco de Sande telah sampai di Jolo pula maka berlaku lagi satu pertempuran sengit antara tentera Sultan Sulu dengan Spanyol di Jolo malangnya tentera Sulu berjaya dikalahkan dan sultan terpaksa mengaku membayar ufti (inilah peperangan pertama antara Sultan Sulu dengan Spanyol di Jolo, Sulu)." Dipetik dari buku Asreemoro, Tausug & Kesultanan Sulu.

Apa yang menarik ketika selepas peperangan Sulu dan Kastila di Jolo yang pertama ini telah menyebabkan kejutan kepada Kastila. Kapten Esteban Rodriguez de Figueroa terkejut dengan kecantikan bandar Buansa (Jolo) yang tidak pernah beliau saksikan sebelum ini. Beliau dapat saksikan bagaimana kaum China begitu kaya raya duduk di Jolo berdagang bersama masyarakat tempatan Sulug dengan harmoni. Satu suasana indah dan ketenangan pemandangannya yang tidak terdapat di Manila. Setelah laporan sampai ke Manila, Kastila mula berusaha menakluk Buansa (Jolo) dengan mengatur kempen perang memerangi bangsa Sulug di gugusan kepulauan Sulu. Sejak itu Kastila mula memahami bahawa pusat Lusung sebenarnya bukanlah di Manila tetapi sebenarnya berada di Buansa.

  • Mengapa Buansa begitu hebat?
  • Mengapa bangsa Sulug memanggil "Lupa' Sulug" (disebut Lupa' Sug bermaksud Tanah Sug) kepada pulau tempat duduknya Bandar Buansa?
  • Dari manakah asal-usul bangsa Sulug?
  • Mengapa sebahagian golongan tua Buranun di Jolo menyatakan bahawa Bangsa Sulug lah yang memulakan peradaban dunia?

04 - MEMBONGKAR SEJARAH AWAL
Untuk memulakan tajuk perbahasan ini kami dengan suka cita memaklumkan bahawa maklumat yang penulis bakal paparkan adalah diambil sebahagian faktanya dari blog http://mistisfiles.blogspot.com. Bloger mistisfiles sekali pun tidak memperkenalkan diri (mungkin disebabkan strategi keselamatan) namun sebagai menghargai kajian mereka kami mengambil keputusan memberikan tabik hormat (credit) atas kerja keras mereka. Walau bagaimana pun segala fakta yang kami petik dari mistisfiles tidaklah diambil bulat-bulat adalah kerana fakta-faktanya masih boleh diperdebatkan mengikut skala pengetahuan dan dari sudut pandangan yang berbeza dari pihak kami. Segala fakta sekali pun jelas wujudnya di depan mata namun selagi takwilnya belum menemui kata putus untuk menghasilkan jawapan pasti, sudah tentu ia masih bersifat "ijtihadi".

Dalam tajuk ini
kami akan cuba membawa pembaca menelusuri "arus lautan" Sulug untuk memahami deras dan kedalaman airnya seterusnya menyelam ke dasar untuk mendapatkan mutiara berharga. Mutiara berharga adalah satu jawapan bergantung kepada saiz, bentuk dan warnanya.

Maharaja China adalah pembeli utama mutiara Sulu. Kemungkinan sejak abad ke-9 pedagang China giat berulang alik ke Buansa membeli mutiara hinggakan pelabuhan Buansa mereka gelar "Holiow" bermaksud bagus atau tempat baik dan menguntungkan untuk berniaga. Spanyol pula menyebut Holiow sebagai Holo (Jolo). Maharaja duduk atas kerusi emas sedang mutiara dikalung pada lehernya manakala sebelah tangannya memegang kalung mutiara tersebut.

  • Ia lebih berharga dari emas dan permata,
  • menjadi kalungan Maharaja China,
  • menjadi igauan bangsa Eropah,
  • menjadikan Sulug satu bangsa yang berjaya menyedut segala harta dan kepandaian,
  • menjadikan mereka gula kepada semut-semut,
  • menjadikan mereka madu kepada lebah,
  • menggelar negara mereka sebagai Negara Jambangan yakni pusat dari segala bunga-bungaan,
  • pada akhirnya menjadikan mereka peneraju kepada peradaban dunia.
Indahnya kepulauan Sulu, dari pulau ke pulau tersimpan berjuta rahsia yang belum diteroka dan diketahui dunia.

Satu gambaran betapa kekayaan Sulu telah lama wujud menjadikan penduduk dan kepulauannya menjadi harapan dan angan-angan serta cita-cita kepada semua bangsa dipelusuk dunia. Dari manakah bangsa Sulug bermula? Mengapa Sulu dikatakan sebagai permulaan peradaban dunia? Penulis akan mulakan dari kenyataan Drs Simon,

Drs. Simon Hayon telah dinyatakan dalam blog berkenaan kekagumannya terhadap nama Solot, "...saya keliling dari desa ke desa. Saya memperhatikan nama-nama, simbol-simbol. Nama itu misalnya Solor, masih ada secara fisik. Ada jagung Solot, ada orang yang namanya Solot. Dan saya mempunyai asumsi bahwa ada sebuah benua yang hilang, yang disebut Benua Solot. Benua Solot itulah benua awal. Sekarang kita mencari Benua Solot itu ada di mana?"


Kemudian beliau menyambung lagi,

"...para ilmuwan pun berpendapat bahwa peradaban bermula di Timur. Pertanyaan kita, Timur itu yang mana? Setiap kelompok, setiap orang boleh mencari. Apakah Timur itu di Sulawesi, di Irian, di Timur Tengah, kan bisa saja. Dan, sebagai orang yang menggali akar budaya Lamaholot, saya juga bisa mempunyai asumsi seperti itu. Tinggal saja nanti dikaji, seperti apa? Nah kalau di dalam perkembangan peradaban dunia, ternyata terjadi pencemaran-pencemaran, kontaminasi yang tidak sesuai dengan ajaran leluhur, maka perubahan pun harus dimulai dari Timur. Secara teoretik para ilmuwan berpendapat begitu". Dipetik dari blog
http://jurnalis-ntt.blogspot.com

Sebenarnya Drs. Simon mungkin telah mengetahui sejarah perhubungan Flores dengan Sulu sebelum kedatangan Portugis. Flores bermaksud bunga-bungaan atau jambangan sebenarnya telah dinamakan demikian oleh Portugis untuk mengubati kekecewaan mereka kerana gagal mendapatkan Kepulauan Sulu. Istana Sultan Sulu di Maimbung ketika pemerintahan Kesultanan Sulu yang awal telah menamakannya Darul Jambangan. Menurut tradisi lisan Tausug dahulu kala, Lupa' Sug dinamakan pulau Jambangan oleh nenek moyang mereka yang bermaksud Tanah bagi segala bunga-bungaan.


05 - SIKAP SRIVIJAYA DAN MAJAPAHIT TERHADAP SOLOT
Apakah maksud Lamaholot? Sebenarnya perkataan Holot adalah panggilan Portugis terhadap Sulug. Kastila pula menyebutnya Holo (ejaan Jolo) sedangkan British menyebutnya Sooloo atau Soolook. Beberapa pencatat sejarah turut menyalahsebutkan istilah Sulug dengan Solox, Solor dan sebagainya menunjukkan kepada kita minat mereka terhadap negara kepulauan yang menyimpan berjuta rahsia itu. Istilah Lamaholot kalau diasingkan akan menjadi Lama Holot atau Lama Sulug yang membawa maksud satu negara kepulauan purba.

Gambarajah kekuasaan Majapahit abad ke-14. Dalam catatan Kerajaan Majapahit Negarakrtegama, Sulu disebut Solot.

Antara tahun awal-awal kemunculan kerajaan Srivijaya di Sumatra tahun 600 M dan kemudian disambung oleh kerajaan Majapahit di tanah Jawa hingga tahun 1400 M telah menimbulkan satu persoalan mengapa Srivijaya dan Majapahit tidak pernah terfikir untuk menakluk kepulauan Solot yang terkenal kaya itu. Ia hanya dinyatakan sebagai "wilayah naungan" sahaja. Di sini ada satu rahsia yang perlu diselongkar. Mengapa Srivijaya dan Majapahit tidak pernah menakluk Sulu sedangkan jelas ianya kepulauan yang menjadi laluan menghubungkan mereka dengan China? Malah mereka memang mengetahui kepulauan Sulu penduduknya adalah pedagang emas sejak dahulu kala. Atau pun mereka sememangnya sudah cuba menakluk tetapi gagal?

Satu kenyataan yang tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun ialah budaya perang orang-orang Sulu yang terkenal dengan kedegilan melawan musuh mereka. Sebagai contoh, hari ini mengaku kalah, esok lusa mereka menyerang semula. Kalau bukan berkumpulan serangan seorang diri akan mereka lakukan dengan apa cara sekali pun. Cara inilah yang menakutkan Spanyol (Kastila) dan Amerika Syarikat hinggakan meletusnya perang dunia ke II Tausug masih bertahan tidak terkalahkan. Budaya serangan seorang diri yang dinamakan Juramentado (sbt Huramentado) atau dalam bahasa Sug "Magsabil" menjadi kengerian buat Kastila berabad-abad lamanya.

Ketika Amerika Syarikat datang ke Sulu mereka mula mengenali sifat orang Sulu dalam beberapa pertempuran. General John Pershing pernah menulis,

"Perlawanan inilah yang paling menakutkan dan kejam yang pertama kali saya saksikan. Orang Moro (Yang dimaksudkan ialah Tausug Sulu) melawan seperti syaitan. Mereka memang sepenuhnya tiada ketakutan dan apabila sudah berazam untuk melawan, mereka terima kematian itu cuma sebagai satu peristiwa biasa.”

Hal inilah yang mungkin menyebabkan Srivijaya dan Majapahit tidak mahu berhadapan dengan bangsa Sulug di Sulu kerana tidak mahu menanggung sebarang risiko. Sebab itu Erick A. San Juan menyatakan kekagumannya terhadap bangsa Sulug dalam tulisannya Conspiracies and Controversies bahawa,

“Walaupun orang Indonesia (Srivijaya dan Majapahit) lengkap dengan pelbagai alat perang dan kepandaian mereka, tetapi tidak pernah terfikir menghancurkan Tausug ke arah apa-apa peperangan yang tidak munasabah, hinggakan mereka (Tausug) dicatat oleh orang Arab sebagai pejuang Muslim terbaik di dunia.”

Gambarajah keluasan takluk kerajaan Srivijaya, Champa dan Khmer. Kelihatan kepulauan Solot @ Sulug masih bertahan tanpa ada tanda-tanda penaklukan.

Kami berpendapat, Srivijaya, Majapahit, Kedah-Tua, Aceh, Champa dan kerajaan-kerajaan lain di Nusantara yang bermunculan antara abad ke-2 sehingga abad ke-14 Masihi kemungkinan besar adalah asal keturunan mereka dari wilayah kepulauan yang mereka namakan Solot. Kemungkinan kepulauan Solot atau Sulu adalah tempat duduk nenek moyang bangsa Nusantara yang hari ini dinamakan sebagai bangsa Melayu. Keengganan Srivijaya dan Majapahit menakluk Sulu seolah-olah mengesahkan dakwaan ini.

Beberapa faktor yang penulis kira telah menyebabkan Srivijaya dan Majapahit tidak mengganggu Sulu,
  • Pertama: Menghormati Sulu kerana sejak sekian lama orang-orang Sulu terkenal dengan bangsa yang berbudi dan mengutaman kedamaian selagi cara hidup mereka tidak dihalang. Sebab itu bangsa Sulug terkenal dengan persengketaan dengan kumpulan atau kaum-kaum di sekitar wilayah Sulu yang mungkin mereka lihat telah menghalang perusahan mereka. Sebab itulah James Dunnigan menulis ""Tidak seperti viking, Moros (sebagai panggilan orang-orang Islam selatan Filipina) tidak menawan negara-negara yang jauh dan menubuhkan tanah-tanah jajahan. Ini ialah kerana Moros lebih mengutamakan persengketaan berpanjangan dengan suku-suku kaum dan suku-suku lain, daripada pembinaan empayar." Dari catatan Tome Pires dalam Suma Oriental tertulis "The Lucoes (Tausug) have in their country plenty of foodstuffs, and wax and honey; and they take the same merchandise from here as the Borneans take. They are almost one people ... they are a useful people; they are hardworking." Catatan China juga telah mengesahkan hal ini. (Kita bahaskan dalam tajuk Budaya dan Tradisi Sulug)
  • Kedua: Tidak mahu menanggung risiko bermusuh dengan bangsa Sulug kerana bangsa ini terkenal dengan kemahiran di laut yang sukar diduga. Bersifat pendendam dan mempunyai budaya dan tradisi perang yang tidak ada pada bangsa lain di Nusantara. Dalam hal ini James Dunnigan berkata “Orang Tausug adalah seperti orang Viking, mereka pahlawan yang ganas, tiba-tiba muncul dari laut tanpa diduga dengan kapal layar mereka yang pantas… mereka empunya versi Viking yang tersendiri, seperti juramentado (berani mati)… antara kaum Moro (Muslimin) yang paling bengis dan kejam ialah Tausug.” Seperti kata orang tua-tua sarang tebuan jangan dijolok.
  • Ketiga: Bangsa Sulug adalah bangsa pedagang yang sangat menguntungkan. Sebarang masalah dengan bangsa ini akan mengakibatkan "menabur pasir diperiuk sendiri". "Dalam buku The Philippines is the Ophir of the Bible mengatakan bahawa: "Duarte Barbosa telah menulis bahawa orang Malacca memberitahu pada beliau sekumpulan pulau (kepulauan Sulu) yang dikenali sebagai Lequios yang penghuninya adalah kaya dan lebih terkemuka dari Chins (orang Cina) dan berdagang banyak emas dan ketulan-ketulan perak, sutera, kain mahal, dan banyak gandum yang baik, porcelain yang cantik serta bermacam-macam lagi dagangan yang lain.”
  • Keempat: Menghormati bangsa Sulug kerana mereka adalah saudara dan asal-usul nenek moyang bangsa Melayu sendiri. Datu Albi ahmad Julkarnain salah seorang rujukan sejarah Kesultanan Sulu di Sulu hari ini berkata "Sulu adalah tempat bermulanya peradaban dunia". Hal ini dibuktiakan dengan kewujudan bangsa Perahu di Sulu yang digelar Pala'o oleh orang-orang Sulu (dikaitkan dengan sejarah Mesir Purba) serta kewujudan bangsa Lucoes yang dikaitkan dengan bangsa Israel. Catatan Spanyol turut menyatakan "...So who could the Lequios be but the remnants of Hebrews and Phoenicians who have made some enclaves along the Southeast Asian shores?" Tidak syak lagi Lucoes itu adalah Tausug berdarah Israel manakala Phoenicians pula yang dikaitkan dengan bangsa Perahu yang datang ke Laut Meditranian adalah berasal dari kepulauan Sulu membuktikan kebenaran dakwaan Datu Albi Ahmad Julkarnain dan Drs. Simon Hayon dari Flores, Indonesia.
Sebenarnya Srivijaya dan Majapahit tidak mengira samada saudara atau tidak kerana bagi mereka ialah perluasan kuasa dan wilayah dengan penaklukan. Berkenaan dakwaan penulis bahawa Bangsa Melayu di Nusantara berasal dari keluarga Sulug di Sulu perlulah dibuktikan lebih lanjut.


06 - KAITAN SULUG DENGAN NABI SULAIMAN A.S.
Satu contoh menarik yang ditulis oleh mistisfiles.blogspot.com berkenaan Raja-raja Melayu yang berdarah keturunan Nabi Allah Sulaiman a.s. :

Jika kita hayati keturunan Sang Sapurba ini, mungkin kita akan amat-amat keliru dengan campuran keturunan yang pelbagai seperti yang didakwa oleh Krisyna Pendita, Nila Pahlawan dan Nila Utama itu. Perhatikan petikan dari Sulalatus Salatin dalam Cetera Kedua:

"Adapun nama kami dan bangsa kami bukannya daripada bangsa jin dan peri. Bahwa kami ini bangsa manusia; asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain, nisab kami daripada Raja Nursyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib, dan pancar kami daripada Raja Sulaiman alahissalam..."

Dalam hal ini rujukan yang paling tepat ialah bangsa Sulug itu sendiri adalah kerana mereka masih mempertahankan tradisi lisan turun temurun dengan ceritera dan nyanyian. Menurut cerita bangsa Sulug kononnya Nabi Allah Sulaiman a.s. pernah datang ke Pulau Pata dan duduk di sana sementara waktu sebelum kembali semula ke Jerusalem. Baginda kemungkinan telah mengahwini wanita Sulug sehingga melahirkan anak-anak yang dipanggil Lucoes (Nama yang diketahui dan dicari oleh bangsa Eropah pada abad ke-14 di Nusantara).

Untuk membuktikan hal ini perlu diberikan tanda-tanda yang boleh mengesahkan benarnya kedatangan Nabi Sulaiman a.s. ke Sulu. Adalah sukar membuktikannya dengan artifak-artifak bertulis contohnya seperti Batu Bersurat Terengganu, kubur-kubur, istana lama dan sebagainya kepada khalayak kecuali apa yang disebut dalam tradisi lisan Sulu sahaja. Kalau hanya tradisi lisan Tausug yang masih dianggap "sebelah pihak" maka ada baiknya mencari tanda-tanda lain dalam kitab Samawi dan tulisan-tulisan Bani Israel sendiri yang boleh menguatkan dakwaan ini.

Di dalam Al-Qur'an Al-Karim terdapat tanda-tanda yang penulis kira boleh dijadikan asas tentang benarnya kedatangan Nabi Sulaiman a.s. ke Sulu iaitu:
  • "Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu" (Al-Qur'an, Al-Anbiya' ayat 81)
  • "Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu petang sama dengan perjalanan sebulan (pula)." Al-Qur'an, Saba' 12 (awal ayat).
  • "Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya." Al-Qur'an, Shad 36.

Secara harfiah ayat-ayat Allah swt di atas menunjukkan kepada kita mukjizat yang telah diberikan kepada Nabi Sulaiman a.s. iaitu memerintahkan angin untuk membawanya menuju "ke negeri yang kami telah memberkatinya". Negeri apakah yang bertuah ini sehingga mendapat pujian dari Allah Azza Wajalla? Angin digunakan sebagai metafora atau perlambangan berkenaan kehebatan kapal-kapal Nabi Sulaiman a.s. merentas lautan menuju ke satu negeri yang diberkati Tuhan.

Hal ini telah ditulis (Israeliyyat) lebih awal oleh penulis sejarah Israel abad pertama bernama Flavius Josephus dalam Antiquities of the Jews mengenai rancangan Nabi Sulaiman a.s. belayar ke "Tanah Misteri Ophir", "The pact between Hiram and Solomon was honored and lasted twenty years. Hiram provides cedar and juniper, in exchange, Solomon procured annually 20,000 hogsheads of wheat and 20,000 measures of oil virgin. Solomon also gave twenty cities of Galilee. Historians relate that Hiram was not completely satisfied, then Solomon promised a joint expedition to the mysterious land of Ophir to bring gold and precious stones".

Dalam buku yang sama Book VIII -- From the Death of David to the Death of Ahab, Bab 7 perenggan 5, Flavius menjelaskan bahawa Nabi Sulaiman a.s. mempunyai terlalu ramai isteri dari banyak negara "...nor was he satisfied with the women of his country alone, but he married many wives out of foreign nations; Sidontans, and Tyrians, and Ammonites, and Edomites;... for when he had married seven hundred wives,the daughters of princes and of eminent persons, and three hundred concubines, and those besides the king of Egypt's daughter".

Kalau pun tidak disebut ada isteri Baginda yang berasal dari "Land of Ophir" tetapi sekurang-kurangnya catatan Flavius dapat menambahkan kekuatan bukti berkenaan kedatangan Nabi Sulaiman a.s. ke Sulu sebagaimana yang disebut dalam tradisi lisan Tausug. Setidak-tidaknya kapal-kapal Baginda telah pernah sampai ke Sulu. Seperti yang telah dijelaskan dalam Bible Perjanjian Lama.

"And Huram sent him by the hands of his servants ships, and servants that had knowledge of the sea; and they went with the servants of Solomon to Ophir, and took thence four hundred and fifty talents of gold, and brought them to king Solomon" (2 Chronicles 8:18 -King James Version)


07 - RAHSIA LUCOES DAN PHOENICIAN (KANAAN) DI SULU
Kalau diperhatikan kandungan ayat dalam Chronicles King James Version tersebut terdapat tiga kumpulan yang mengendalikan kapal Nabi Sulaiman a.s. iaitu,
  • "...by the hands of his servants ships," Suruhan Raja Huram @ Hiram
  • "...servants that had knowledge of the sea" Kumpulan yang mempunyai kemahiran dengan lautan tentunya ialah Phoenician
  • "...the servants of Solomon to Ophir" Suruhan Nabi Sulaiman a.s. sendiri.
Dalam catatan Flavius terdapat satu kenyataan yang mana beliau telah menjelaskan bahawa tidak mungkin Bani Israel jadi hamba (servants) atau suruhan lebih-lebih lagi ketika kegemilangan kerajaan Sulaiman a.s. di Jerusalem. Ini bermakna yang layak jadi orang suruhan atau menjadi buruh kasar serta pendayung kapal dan sebagainya adalah bangsa Phoenician yang dikatakan "...servants that had knowledge of the sea" itu. Walau bagaimana pun sekiranya kita perhalusi "servants" di sini adalah lebih merujuk kepada pekerja sepenuh masa dalam kapal kerana terdapatnya "pekerja kapal" di pihak Raja Hiram dan "pekerja" Raja Sulaiman a.s. sendiri.

Pekerja-pekerja lain kemungkinan ada yang tertinggal di Sulu selama kapal-kapal Raja Sulaiman dan Raja Hiram berulang alik ke Jerusalem bukanlah satu perkara yang mustahil. Sudah tentu asimilasi tidak dapat dielakkan lagi dengan orang-orang di kepulauan Sulu beratus-ratus tahun lamanya. Kalau pun bangsa Lucoes di Sulu itu bukan anak-anak Raja Sulaiman a.s. sudah tentu mereka adalah anak-anak Israel dari pekerja-pekerja kapal ini. Kerana menurut Flavius kapal yang biasanya bertolak dari Jerusalem menuju ke Land of Tarshish & Ophir akan kembali tiga tahun kemudian.

Dalam laman web http://www.geocities.com/Tokyo/Temple/9845/zany.htm telah menjelaskan lagi hal ini "During the early period of European colonization, the Biblical lands of Tarshish and Ophir (Sulu Archipelago), or Tarsis and Ofir, as they were called, held the imagination of European explorers. Not only was it believed that the "lost tribes" of Israel were to be found in these lands, but also untold wealth."

Kewujudan Bangsa Lucoes di Sulu pada mulanya telah menjadi kehairanan kepada para penjelajah dan penjajah Portugis serta Spanyol. Jes Tirol telah menulis dalam The Bohol Chronicle menjelaskan,

"Spanish records mention of a mysterious people known as Lequios. Modern historians variously identified them as Okinawans, Koreans, or Vietnamese. They were favorite targets of Spanish ships during the time of General Miguel Lopez de Legazpi because the ships of the Lequios were always laden with gold and silver".

"According to Documents 98, the Lequios were big, bearded, and white men. They were only interested in gold and silver when trading at Ophir. Okinawans, Koreans, and Vietnamese people are not big nor are they white. Their beards are just small goatees and could not satisfy the word "bearded". Therefore they were not the Lequios. So who could the Lequios be but the remnants of Hebrews and Phoenicians who have made some enclaves along the Southeast Asian shores?"

Dalam catatan Spanyol juga dinyatakan maksud sebenar Lucoes kerana menurut linguistiknya perkataan Lucoes atau Liquios berasal dari perkataan Ibrani. Tambah Jes Tirol lagi "The Hebrew word "LEQOT" or "LIQQET" means to gather, to glean. It resembles closely the word Lequios. It will fit the men of King Solomon's fleet who gathered gold and silver."

Kumpulan pulau Lucoes (Lugus) ialah pulau-pulau kecil yang bertaburan di Selatan Jolo termasuk Pulau Pata. Hingga hari ini penduduk yang duduk di sekitar kumpulan pulau Lucoes ini mempunyai gaya bahasa Sug yang berbeza serta mempunyai kulit putih kemerah-merahan dan kebiasaan mereka berjambang.

Hingga hari ini Tausug masih menyebut perkataan Ibrani ini. Sebagai contoh Tausug menyebut beberapa perkataan yang sinonim maksudnya perkataan Lucoes,
  • "Likus" bermaksud "keliling"
  • "Hukut" bermaksud "tali"
  • "Ligut" bermaksud "pusing" (putar)
  • "Lakat" bermaksud "becak" keadaan yang menyukarkan pergerakan.
  • "Pukut" bermaksud "pukat"
  • "Kut-kut" bermaksud "gigit"
  • "Kaput" bermaksud "pegang"
  • "Kup-kup" bermaksud "peluk"
  • "Sakup" bermaksud "termasuk" atau lingkungan.
  • "Saput" bermaksud "kain kafan" pembungkus mayat.
Memandangkan banyaknya perkataan yang hampir sama bunyinya dan maksud yang sinonim dalam bahasa Sulug di atas maka penulis membuat kesimpulan bahawa bangsa Israel kemungkinan mendapat nama "Leqot" dari kepulauan Sulu. Sekiranya ini benar maka menjadi satu bukti Sulu menjadi pusat peradaban awal dan boleh dijadikan asas kajian dunia.


08 - BANGSA MELAYU BERASAL DARI KEPULAUAN SULU?
Dalam bahasa Melayu juga terdapat perkataan "Liput" yang mempunyai konotasi yang sama. Kemungkinan bahasa dan bangsa Melayu bermula di Sulu juga bukanlah mustahil. Ini kerana bahasa Sulug @ Sug menyebut "Malayu" yang bermaksud destinasi "jauh" yang hampir sama maksud dengan "Mlayu" dalam bahasa Jawa yang juga membawa maksud "menjauhkan diri".

Dalam bahasa Sulug atau Sug tidak ada perkataan yang membawa maksud "jauh" kecuali "Malayu". Kata dasar "Malayu" ialah "Layu". Untuk menyebut "Layu" tidak akan sempurna tanpa menambah imbuhan "Ma" sebelum layu. Kerana kata dasar "Layu" tidak boleh berdiri sendiri untuk menjadi perkataan dalam bahasa Sug. Kemungkinan besar nama bangsa Melayu di Sumatra terhasil dari lidah bangsa Sulug adalah satu kenyataan.

Dari dulu hingga ke hari ini orang-orang Melayu di Indonesia dan Malaysia masih memperdebatkan "asal-usul nama Melayu". Sesetengah sarjana memberi teori bahawa bangsa Melayu berasal dari nama "Mala" dan menyambungkannya dengan "ur" menjadi Mala-ur yang pada akhirnya menjadi Malayu adalah berdasarkan nama kerajaan-kerajaan lama yang pernah muncul disekitar Vietnam hari ini. Rasanya Prof Dr Nik Safiah Karim perlu dicadangkan memasukkan kajian pertalian bahasa Sulu untuk mencari akar nama "Malayu" ini.

Kebenaran kepulauan Sulu adalah pusat peradaban terawal dapat diketahui sekiranya kita meluaskan kajian sampai ke Mesir. Kewujudan bangsa Gypsy dan bangsa Kanaan di sekitar Laut Meditranian yang disebut Phoenician oleh bangsa Eropah besar kemungkinan adalah datang dari Sulu. Hingga ke hari ini bangsa Gypsy dan Phoenician masih diperdebatkan asal-usul mereka oleh para sarjana Eropah. Sedangkan dalam masa yang sama terdapay Sea Gypsy di sekitar laut Nusantara terutama di Sulu. Apa yang pasti Phoenician telah digelar oleh sarjana barat sebagai "Man of the sea" yang dikatakan pernah belayar mengelilingi glob ribuan tahun lebih lama sebelum Colombus dan Magellan belayar mengelilingi dunia.

Kewujudan Raja Parahu yang dipercayai datang dari kepulauan Nusantara dalam dunia mitos Raja-raja Fir'aun Mesir menjadi satu bukti bahawa Phoenician (Kanaan) berasal dari Sulu. Maka tidak hairanlah bangsa Eropah menggelar Kepulauan Sulu dengan "The Biblical lands of Tarshish and Ophir" dan Bani Israel pula memanggilnya "The New Promised Land".

Flavius telah membuktikan kepada kita bahawa bahasa yang digunakan oleh Bangsa Phoenician adalah bahasa Sulug atau pun bahasa orang-orang Pala'o (Perahu).

"...And besides these, he granted him certain cities of Galilee, twenty in number, that lay not far from Tyre; which, when Hiram went to, and viewed, and did not like the gift, he sent word to Solomon that he did not want such cities as they were; and after that time these cities were called the land of Cabul; which name, if it be interpreted according to the language of the Phoenicians, denotes what does not please." Catatan Flavius Josephus dalam Antiquities of the Jews, Book VIII -From the Death of David to the Death of Ahab, Chapter 5:3.

Hingga hari ini bahasa Sug dan bahasa Bajau Pala'o (Parahu) masih menggunakan perkataan Cabul (lidah Tausug menyebut sabul) yang membawa maksud lucah-jijik. Dalam bahasa Melayu juga mempunyai konotasi yang sama.


09 - BANGSA PARAHU DI SULU
Di kepulauan Sulu hari ini terdapat satu kumpulan manusia yang hidup berperahu di laut yang dipanggil Bajau Laut. Kadang-kadang mereka dipanggil Sama atau Samal dan dalam keadaan tertentu mereka dipanggil Pala'o. Mengapa mereka dipanggil Pala'o adalah disebabkan sepanjang hidup mereka senantiasa berada di atas perahu. Mereka hidup sebagai nelayan dan penyelam mutiara yang handal. Mereka sangat pakar dengan lautan luas tanpa menggunakan sebarang alatan canggih penunjuk arah seperti kompas.

Pala'o adalah sebutan Tausug terhadap PARAHU yang membawa maksud Bangsa Berperahu. Panggilan Bajau terhadap mereka adalah kerana kehidupan mereka yang "berjauh" dengan daratan. Tausug menyebut Bajau sebenarnya adalah dari perkataan BERJAUH. Panggilan Sama atau Samal oleh Tausug juga diambil dari kata Sama-Sama kerana sifat Pala'o yang senantiasa berperahu bersama-sama secara berkumpulan.

Hari ini bangsa Pala'o dipandang rendah dan hina oleh sebahagian Tausug adalah kerana gaya hidup Pala'o yang sebilangannya tidak beragama, senantiasa merendahkan diri dan ketinggalan arus kemodenan. Walhal mereka inilah yang dipanggil Orang Laut yang menjaga Selat Melaka awal kurun ke-15 seperti yang tercatat dalam catatan Melayu. Ini bermakna mereka adalah bangsa hebat sebagaimana yang disebut oleh pakar sejarah Sulu bahawa mereka inilah yang menguasai lautan Nusantara antara abad ke-17 hingga abad ke-19. Berikut terdapat dua kumpulan terbesar bangsa Parahu di kepulauan Sulu yang masih wujud hingga hari ini,

Perahu Bajau Balangingi dan Iranun, kelihatan "jauragan" sedang mencari-cari perahu Visaya di perairan Sulu dan Laut China Selatan. Sehingga terkenalnya nama "Lanun" (Iranun) di Tanah Melayu dan Bajak Laut (Bajau Laut atau Bajau Balangingi) di Tanah Jawa kerana mereka belayar sehingga ke Selat Melaka.
  • Bajau Balangingi' (Tausug menyebut Bangingi')
- Inilah kaum Bajau yang dijadikan tentera laut oleh Kesultanan Sulu. Bersikap keras dan kejam terhadap musuh.
- Pekerjaan utamanya ialah menangkap orang kemudian menjualnya kepada para Datu Tausug dan Pangiran di Brunei serta kepada para Daeng Makassar untuk dijadikan hamba.
- Sesetengah keadaan Balangingi bersatu dengan Iranun, Tidung dan Makassar meronda laut Nusantara merompak wilayah naungan Belanda, British dan Spanyol.
- Pekerjaan lain ialah selalu dijadikan pemandu arah oleh bangsa Eropah merentas lautan luas dan dijadikan penjaga kapal dagang oleh para Datu dan Pangiran.
- Kebiasaan Bajau Balangingi dengan keluarga mereka tinggal berumah di darat.
- Tempat tinggal Bajau Balangingi hari ini ialah di Kota Belud (Sabah), Sambuangan (Zamboanga), Kepulauan Pilas dan Basilan, Tungkil, Jama Mapun, Pangutaran, Kabingaan sehingga ke kepulauan Tawi-Tawi.

Anak Bajau Pala'o
  • Bajau Pala'o (Sesetengah Tausug menyebut Luwa'an) - Mempunyai sifat yang berbeza dengan Bajau Balangingi iaitu tidak suka bergaduh dan senantiasa berkompromi dengan para Datu dan Daeng demi keamanan. Hidup mereka senantiasa dalam perahu yang mereka panggil Lepa. Sangat terkenal sebagai penyelam mutiara yang handal dan perisik kepada kesultanan Sulu ketika melawan Spanyol berabad-abad lamanya.
Yang paling penting Bangsa Parahu atau Pala'o sebenarnya menutur bahasa Sama-Bajau yang bahasanya mirip dengan bahasa Melayu Riau. Tinggal lagi bunyi atau slanga bahasanya sukar difahami secara sepintas lalu. Ia seperti bahasa Melayu Kelantan yang sukar difahami oleh Melayu Selangor begitulah bahasa Bajau. Demikian juga dengan bahasa Sulug yang mempunyai lebih 50% perbendaharaan kata Melayu. Sebenarnya samada mereka kaum Bajau, Lucoes, Taguimaha atau Buranun, selagi mereka tinggal di kepulauan Sulu mereka adalah Tausug atau bangsa Sulug. Kerana mereka antara satu sama lain menutur bahasa yang sama iaitu bahasa Sulug @ Sug sekali pun masing-masing mempunyai loghat yang berbeza.

Tambahan pula sekiranya Sulu diserang musuh mereka semuanya berkerja sama samada Sulug di darat atau pun Sulug di laut. Sebagai contoh, kesultanan Sulu telah memberikan tugas kepada Bajau Balangingi' di laut memusnahkan kapal-kapal Spanyol yang mahu menyerang Sulu terlebih dahulu. Kalau gagal iaitu Spanyol bolos sampai ke darat maka menjadi tugas Buranun, Baklaya, Taguimaha pula menyerang dan bertahan. Satu ikatan yang berlangsung beribu tahun yang diamalkan oleh bangsa Sulug di kepulauan Sulu. Inilah rahsia mengapa Sulu sukar ditakluk oleh bangsa lain.

Bajau Pala'o (Perahu) sedang mendayung perahu Lepa (merangkap rumah) di Laut Sulu. Keindahan Laut Sulu menyebabkan majoriti Bajau Laut ini sukar meninggalkan Sulu.
Pemandangan rumah Bajau (Tanpa jambatan ke darat) yang sudah tinggal di tepi pantai tapi masih dalam kawasan laut. Kelihatan anak-anak Bajau sedang bermain laut tanpa pengawasan. Lokasi di pantai timur Sabah.


10 - RAJA PERAHU DALAM CATATAN MESIR PURBA
Dalam mistisfiles.blogspot.com telah dijelaskan secara terperinci bahawa utusan raja Mesir telah pernah dihantar menemui Raja Perahu yang punya permaisuri bernama Ati di sebuah negari yang mereka namakan "Land of Gods" atau dipanggil Negeri Punt. Menurut pengkaji Negeri Punt adalah kepulauan.

"Para penyelidik telah mengkaji sejak bilakah gelaran 'Pharaoh' digunakan. Perkataan 'Pharaoh' sebenarnya berasal dari sebutan Mesir Purba 'Prao' atau 'Prau'. Kemudian dicedok oleh Greek Purba (Yunani) dan Latin menjadi 'Pharao'. Kemudian orang Inggeris menuliskannya sebagai 'Pharaoh' sehingga ke hari ini. Pada awalnya, maksud 'Prau' ini bukanlah menunjukkan gelaran diraja tetapi tempat atau istana raja".

Siapa sebenarnya yang dikatakan Raja Perahu dan Permaisuri Ati? Mistisfiles.blogspot.com telah memberi jawapan bahawa berdasarkan nama Raja Perahu dan isterinya bernama Ati yang difahami dalam bahasa Melayu itu maka sudah semestinya kedua-duanya adalah berasal dari kepualaun Melayu. Hal ini semamangnya benar, kerana nama Ati itu sendiri sebanarnya adalahHati dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Sulug atau Tausug menyebutnya ATEY atau Atay yang lebih dekat kepada Ati.

Kami berpendapat, ciri-ciri Raja Punt tersebut yang dikatakan sebagai Raja Perahu sangat bersesuaian dengan ciri-ciri yang terdapat pada masyarakat Sulu hari ini. Penguasaan maritim di masa lalu sehingga kini masih kelihatan di Sulu. Persoalannya mengapa Raja Fir'aun sangat menghormati Raja Perahu yang duduk di negara Punt (Land of Gods) itu hinggakan nama Perahu sangat diagungkan oleh Raja-raja Mesir? Untuk mendapatkan kepastian perlulah gambarajah pada ukiran dinding Mesir tersebut diperjelaskan terlebih dahulu.

Gambaran Raja Perahu dan permaisuri Ati.

Perhatikan gambarajah yang menunjukkan keris terselit dan kalung pada leher Permaisuri Ati dan Raja Perahu kalau bukan emas kemungkinan adalah mutiara kerana bentuknya yang bulat. Gambar diambil dari mistisfiles.blogspot.com.

Pada gambarajah di atas memperlihatkan dua perkara penting. Pertama ialah kalung pada leher dan keduanya pedang atau keris yang terselit di pinggang. Kalung yang dipakai oleh keduanya seolah-olah mutiara. Saiz mutiara yang berada di leher Permaisuri Ati adalah lebih besar berbanding Raja Perahu kerana saiz yang besar lebih bernilai dan menjadi kebanggan adalah sesuai dipakai oleh seorang permaisuri.

Jenis mutiara kelabu atau hitam dan putih metalik.

Melihat kepada pedang atau keris yang terselit di pinggang seolah-olah Raja Perahu sedang memakai Keris Sulu dengan ulu bermotif kakak tua yang biasa dipakai oleh bangsa Sulug berabad-abad lamanya yang masih wujud sehingga hari ini.

Pelbagai variasi keris dan barung Sulug (Tausug) berjaya dirampas oleh tentera Amerika Syarikat selepas berjaya membunuh ribuan Tausug di Bud Bagsak dan Bud Dahu tahun 1903-1913. Kebiasaan motif pada ulu keris dan barung ialah kakak tua samada yang diperbuat dari gading gajah atau kayu terpilih.

Barung Sulug yang biasa diselit di pinggang pahlawan Sulu berabad-abad lamanya mempunyai pelbagai saiz. Yang kecil biasanya bersaiz lebih kurang sekaki.

Untuk mendalami hal ini kita perlu mengkaji dahulu siapa bangsa PARAHU ini sebenarnya hinggakan rajanya menjadi pujaan Raja Fir'aun. Mistisfiles.blogspot.com telah menjelaskan bilakah nama "Prao" (Pharaoh) menjadi gelaran Fir'aun di Mesir Purba:

Kita lihat dahulu sejak bilakah perkataan 'Prau/Prao' ini dipakai dalam budaya Mesir Purba. Catatan terawal di mana kata 'Prao' ini digunakan ialah merujuk kepada pemerintah di dalam surat kepada Amenhotep IV (Akhenaten) ketika pertengahan era Dinasti ke-18 (1550-1292 Sebelum Masehi) di mana disebutkan dengan kata-kata:

"Prao, seluruh kehidupan, kekayaan dan hidup sihat!"

Gelaran 'Prao' ini digunakan selepas era Ratu Hatshepsut iaitu pemerintah sebelum Amenhotep IV ini! Dinasti ke-19 dan seterusnya menjadikan gelaran 'Prao' ini digunakan secara rasmi yang membawa maksud 'Tuanku'.


"Perahu, juga disebut sebagai 'prau' atau 'prao' dalam literasi Sumeria-Mesir-Barat adalah nama sejenis pengangkutan laut orang Melayu. Nama lain bagi perahu adalah sampan. Raja Punt bergelar Raja Perahu menunjukkan penguasaannya ke atas laut dan perdagangan maritim, profesion utama orang Melayu pada zaman purba".

Raja Mesir Purba (Fir'aun) dengan lambang ular atas topi sebagai tanda penghargaan dan kebesaran.


Apakah punca Fir'aun memuja Bangsa Parahu? Mistisfiles telah mencatat berkenaan bermulanya perhubungan bangsa Perahu dengan bangsa Fir'aun Mesir:


Di dalam era Dinasti ke-12, perhubungan dengan Punt direkodkan di dalam 'Kisah Pelaut Kapal Karam' yang terkenal dalam kesusasteraan Mesir Purba. Kisah ini menyebutkan:

"...Seorang pelaut telah tiba di satu kawasan kepulauan di mana kapalnya telah karam. Dia cuba berenang untuk mendekati pantai. Sampai di pantai, pelaut itu pun berjalan-jalan di sekitar pulau itu. Tiba-tiba seekor Ular Besar telah menghampirinya. Pelaut itu berasa amat takut. Alangkah terkejutnya pelaut itu apabila Ular Besar tadi berkata-kata dengannya:

Akulah Raja Punt.

Aku memerintah pulau-pulau. Aku berkuasa ke atas pulau-pulau ini.

Pelaut itu dilayan dengan baik oleh Raja Ular Besar itu. Dia diberi makanan, minuman dan layanan mesra..."

Menurut Mistisfiles rahsia Raja Ular Besar tersebut masih berada dalam simpanan Kesultanan Perak. Ini membuktikan bahawa lokasi Ular Besar tersebut barada di Tanah Melayu.

"Ini akan membuka rahsia 'Darah Naga' (The Dragon Court of Royal Bloodline)... Selagi potoh NAGA masih tersimpan di dalam simpanan Kesultanan Perak, selagi itu rahsia ini masih ada. Di dalam hikayat Naga Kepala Tujuh, cerita rakyat negeri Perak, disebutkan mahkota anak raja yang dicuri oleh Naga ini dan ini kononnya menjadi sebab Sultan Perak hari ini tiada bermahkota. Tanyalah peristiwa Beting Beras Basah, dan kaji mengapa setiap pertabalan Sultan Perak, mereka mesti membasahkan kaki di Beting Beras Basah ini."

Cuba perhatikan ayat
"Pelaut itu dilayan dengan baik oleh Raja Ular Besar itu. Dia diberi makanan, minuman dan layanan mesra" menunjukkan satu kerja kebajikan dan keluhuran budi. Peringkat awal seolah-olah Ular Besar tersebut akan memakan atau menggigit untuk membunuh kerana mungkin dianggap menceroboh, tetapi berlaku sebaliknya. Cerita tersebut sekali pun ia dianggap mitos atau lagenda seolah-olah memberitahu kita ada sesuatu yang perlu dirungkai, dikaji dan diperjelaskan. Hal ini boleh saja dikaitkan dengan sifat dan sikap Bangsa Perahu atau Bangsa Sulug di kepulauan Sulu.


11 - KAITAN NAGA DENGAN KERIS SUNDANG, BUANSA DAN PUNT
Kami menjelaskan secara panjang lebar berkenaan hal ini bukanlah kerana mahu mengagung-agungkan Bangsa Perahu atau Bangsa Sulug di Sulu semata-mata. Atau pun mahu menunjuk-nunjuka kelebihan dan keberanian Tausug dan merendah-rendahkan Bangsa Melayu lain di seluruh Nusantara. Bagi kami inilah saja cara untuk menulis dan mendedahkan Sejarah Sulu yang selama ini tertimbus kepada dunia. Spanyol dan Amerika Syarikat berjaya membakar kitab-kitab Tausug hinggakan sejarah nenek moyang yang tidak ternilai harganya itu tidak akan dapat dibaca atau dikembalikan lagi. Bangsa Melayu di Indonesia dan Malaysia masih beruntung kerana kebanyakan sejarah nenek-moyang mereka masih wujud dalam tulisan-tulisan lama, artifak, batu bersurat dan sebagainya.

Keris Sundang sikuhan (berlok).

Di Nusantara, satu-satunya bangsa yang menggunakan Keris Sundang secara meluas berabad-abad lamanya ialah Tausug sebelum dan selepas era Kesultanan Sulu lagi. Keris Sundang mempunyai saiz yang besar dan panjang. Sundang sekiranya diberi makna secara harfiah ianya bermaksud "pedang" dan kalau ditafsir mengikut bentuk dan sifat penggunaannya akan membawa maksud "Ular Besar atau Naga". Tausug adalah yang paling mahir menggunakan Keris Sundang dalam peperangan berkecamuk atau satu lawan satu.

Sebagai contoh, seorang pahlawan Tausug yang mahir akan menjelaskan "Menetak menggunakan Keris Sundang bersiku atau berlok memerlukan kemahiran cara menetak pantas iaitu dengan melilitkannya ke bahagian badan musuh lalu menarik yang dengan tarikan tersebut akan memutuskan anggota dan memburaikan tali perut sekali gus." Persoalannya bagaimana Keris sekeras itu boleh melilit? Begitulah kemahiran Tausug menggunakan Keris Sundang.

Kemudian lagi, Bandar Buansa yang berada di Jolo turut mempunyai cerita yang sama. Menurut penelitian kami sebutan asal Buansa ialah Buwangsa. Satu nama yang kalau diperhalusi sebenarnya berbunyi "Bawangsa atau Mawangsa @ Mahawangsa" yang bermaksud "Ular Besar" dalam bahasa Sanskrit. Untuk mengesahkan Negeri Punt yang dikatakan tempat pemerintahan Raja PARAHU (Perahu) yang dinamakan oleh Raja-raja Mesir Purba sebenarnya wujud dalam lidah orang-orang Sulug sehingga hari ini. Dalam bahasa Sulug terdapat istilah "Pun" yang membawa maksud "himpun" dan kalau ditambah imbuhan "Ti-pun" bermaksud "terhimpun".

Foto klasik 1900-an : pahlawan Tausug bergambar kenangan dengan anak perempuannya di Jolo, Sulu. Kelihatan di pingganya terselit Keris Sundang yang panjang dan besar.

Satu lagi perkataan ialah "Pu'un" yang bermaksud "punca" atau "pusat" sebab itu pedagang Tausug menyebut "Pu'un" atau Pu'unan bermaksud modal perniagaan. Kerana seorang peniaga memerlukan "punca" atau modal untuk memulakan perniagaan. Maka samada Pun atau Pu'un sebenarnya mempunyai konotasi yang sama. Sekiranya kita kaitkan dengan pemerintahan atau kerajaan maka PUN dan PU'UN ia akan melengkapkan ciri-ciri kehebatan yang jelas seperti "himpunan pusat pemerintahan, kekayaan, kekuasaan dan keindahan serta peradaban dunia". Dalam bahasa Melayu terdapat perkataan Pohon yang bermaksud Pokok. Sedangkan pokok membawa maksud "punca" dalam Bahasa Melayu Indonesia. Walau pun pohon juga bermaksud "pinta" dalam Bahasa Melayu, Bahasa Sulug @ Sug juga turut menggunakan "Puhun" untuk "pinta". Ini bermakna tidak seperti Bahasa Melayu, Bahasa Sulug membezakan "Pu'un" yang bermaksud "Punca" atau "pusat" dengan "Puhun" yang "meminta".

Dalam Bahasa Sulug suku kata "Pun" digunakan sebagai pembeza dan penegasan kepada sesuatu keadaan atau pun sebagai kata kerja. Bahasa Melayu Malaysia dan Indonesia juga turut menggunakan "Pun" sebagai pembeza dan penegasan. Beriku adalah contoh penggunaan "Pun" dalam bahasa Sulug,
  • "Kahapun" bermaksud kelmarin.
  • "Mahapun" bermaksud petang.
  • "Ampun" bermaksud sebutan rendah diri kepada Sultan atau Raja.
  • "Si'pun" bermaksud hingus.
  • "Bitu'un" bermaksud bintang-bintang di langit.
  • "Ama'un" bermaksud bapa saudara (Pakcik). Ama' bermaksud bapa atau ayah sebenarnya diambil dari bahasa Hebrew atau Semitik. Ab atau Aba disebut Ama' dalam sebutan Sulug, bunyi "B" bertukar "M" adalah kerana Bani Israel sendiri menyebut Ab dengan Av lebih dekat dengan Am pada lidah Sulug. The Hebrew word for father is just "Ab", pronounced "Av", which means "the one who gives strength to the family." The word "Abi" is the more familiar form, with the meaning "MY father" Abba is a hebrew/aramaic hybrid word, attaching the formal ending -a to the end of the hebrew word Ab, effectively turning it into a singular formal noun: THE Father, or a reference to God.
  • "Ina'un" bermaksud ibu saudara (Makcik). Ina' juga diambil dari Bahasa Hebrew bermaksud ibu. The Hebrew word is "Ima" (pronounced 'ee-ma', spelled 'אמא'). Dalam bahasa Melayu moden terutama di Malaysia menggunakan "emak" untuk ibu. Sebenarnya yang membawa perkataan Ema' ke Tanah Melayu ialah Bangsa Lucose dari Sulu yang pernah menetap beramai-ramai di kepulauan Sumatra-Riau sehingga ke Melaka era Parameshwara lagi. Bangsa Lucoes adalah satu-satunya Tausug yang menggunakan "E" pepet. Mereka dipercayai menduduki Melaka sehingga ke muara Sungai Kelang di Selangor. Tidak hairan hari ini orang-orang Melayu Selangor menggunakan "E" pepet. Contohnya "Ya" adalah bahasa Melayu Standard tetapi disebut "Ye" oleh Melayu Selangor yang sebenarnya adalah lidah Lucose (Tausug).
  • "Kaka'un" bermaksud makanan.
  • "Sipa'un" bermaksud ditendang atau disepak.
  • "Alimun" bermaksud halimunan. Alim @ Alem dalam bahasa Sulug bermaksud ghaib, ia berasal dari Bahasa Hebrew aw-lawm : The Hebrew word (pronounced) aw-lawm, meaning hidden place (or the modern term "underworld").
Kalau dihimpun, beribu-ribu patah perkataan Sulug yang terkandung bahasa Hebrew dan Arab, Bahasa Parahu Purba (asal-usul Bahasa Melayu), Bahasa Monggoloid (Bangsa Monggol atau dipanggil bangsa Makjuj atau China-Tibetan), dan Bahasa Sanskrit serta sedikit Bahasa Spanyol dan Inggeris telah membentuk bahasa Sulug moden hari ini. Hal ini akan kami bahaskan dalam tajuk yang lebih khusus.

Bersambung di bahagian kedua di posting seterusnya.


Kajian bersama:
ASREESULU & Neldy Jolo