Bhg 2: Kepulauan Sulu Sebelum Muncul Nama Philippines

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, June 30, 2010 0 ulasan



01 - ISLAM SEBAGAI PANDUAN
Dalam bahagian kedua ini akan dihuraikan beberapa fakta dan data-data penting kajian Nusantara seperti asal-usul manusia, masyarakat yang menghuni dataran (benua) dan kepulauan dari konteks Anthropology (The scientific study of the origin, the behavior, and the physical, social, and cultural development of humans) serta dari sudut ketetapan Agama Samawi (Yahudi, Kristian dan Islam). Berkenaan hal ini, kami meletakkan "Aqidah" sebagai dasar perbahasan adalah kerana atas keyakinan bahawa Bumi ini tidaklah terjadi dengan sendirinya melainkan "Dicipta oleh Yang Maha Pencipta".

Islam sangat jelas dalam meletak disiplin pengkajian sejarah kerana sebarang peristiwa dan kejadian dalam Dunia hari ini adalah PASTI dibawah Kudrat (kuasa) dan Iradat (kehendak) Allah subhanahuwwa ta'ala. Dalam pengajian dan pengkajian Agama Islam, telah menjadi Wajib (satu kemestian yang kalau ditinggal berdosa) mengambil DASAR HUKUM-HAKAM dari Al-Qur'an dan As-Sunnah). Ia dijadikan panduan manusia untuk mengatur kehidupan agar menjadi manusia yang BERSYUKUR, rendah diri serta berbudi pekerti mulia adalah manefistasi ta'abbud kepada Maha Pencipta.

Al-Quran mengungkap sejarah Bumi dan alam semesta serta kejadian manusia dari awal penciptaan lagi, pengajaran dan iktibar, kejahatan dan kebaikan, nikmat Syurga dan ancaman Neraka, hukum dan peraturan negara sebagai kompas dan dasar muamalat umat manusia di muka bumi. Al-Quran dibahas hukumnya dalam dua garisan iaitu "Muhkamat" (yang jelas) dan "Mutasyabihat" (yang samar-samar). Apa yang jelas tidak ada perselisihan lagi kerana ianya telah pun difahami tetapi bagi yang samar-samar maksudnya dalam Al-Quran terutama yang membahas tentang sifat-sifat Allah Azza Wajalla perlulah ditinggalkan dan jangan ditakwil terutama kepada yang orang awam kerana dikhuatiri akan menjadi fitnah (seperti anggapan Allah swt itu sama seperti manusia berwajah bertangan dan sebagainya). Kecuali kepada mereka yang ahli dengan ilmu-Nya dalam membahas "Mutasyabihat" bertujuan berbahas untuk menjaga kesucian Agama ketika berhadapan dengan golongan "Mulhid" (atau Aties yang tidak percaya dengan kewujudan Tuhan).


02 - KAJIAN SEJARAH DUNIA OLEH GOLONGAN MULHID
Hari ini muncul golongan yang tidak percaya dengan kewujudan Tuhan menjadi pensyarah dan professor di mana-mana Universiti mengajar kepada ummah tentang sejarah. Mengajar bahawa "Manusia berasal dari monyet" yakni evolusi haiwan berjuta tahun, iaitu tidak berakal dan bersaiz kecil kepada saiz sehingga menjadi manusia moden hari ini. Satu pandangan yang bersifat Hipotesis semata-mata hanya berdasarkan rangka-rangka manusia di pelbagai tempat di dunia berupa monyet dan beruk maka telah didektrikan sebagai itulah dia "tulang asal-usul manusia". Walhal setelah diteliti ia bukannya manusia melainkan beruk atau hasil dari Sculpture mereka sendiri sebagai kospirasi menentang "Manusia" yang percayakan Tuhan. Sebab itu mereka sendiri katakan "The missing link of human" kerana tidak menemui rupa bentuk dan genetik yang menunjukkan ianya benar-benar nenek moyang manusia, jelas satu kenyataan dan bukti kepada konspirsai serta penipuan mereka.

Malangnya sangat ramai umat Islam terpengaruh dengan "kajian sejarah" mereka lantaran munculnya ummat Islam berfahaman "Islam-Liberal atau Freethinker Muslim", Islam-Komunis, Islam-Demokrasi dan sebagainya telah menjadi malapetaka kepada ummah dewasa ini. Kalaupun ummat Islam yang belajar sejarah dengan golongan Mulhid ini tidak berfahaman demikian namun sedikit demi sedikit iman dan keyakinan mereka terhadap Keesaan Tuhan dan peraturan-Nya semakin terhakis seterusnya tertanggal dari jiwaraga mereka selama-lamanya. Pembela maruah agama semakin hilang. Pembela jatidiri bangsa dan Negara Islam semakin pupus dan pada akhirnya ummah diselimuti "kedayusan". Ummah telah dilanda wabak yang maha dahsyat kerana sudah dijangkiti penyakit "Takut Mati".

Berjuang sembunyi-sembunyi kononnya strategi. Menulis dengan menyorok identiti kononnya untuk menjaga diri. Tidak mahu membantu perjuangan sekalipun hanya menyumbang sedikit wang ringgit adalah kerana kononnya takut dikesan oleh kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat seterusnya "pasir akan tertabur dalam periuk nasi sendiri". Sungguh malang, mereka inilah yang lantang perjuangkan "Kebangsaan Melayu" tetapi tidak pun nampak "wajah, sifat dan sikap" Melayu pada dirinya. Mereka inilah yang lantang "Menamakan diri Pahlawan Melayu" tetapi dalam masa yang sama berjuang menangkap dan menyeksa "Umat Melayu Islam" lain yang mahu mendapatkan sesuap nasi ke wilayah mereka. Mereka inilah murid-murid para professor Mulhid yang menggunakan sistem dan kaedah pendidikan Mulhid sebagai silibus mendidik mereka.

Alhamdulillah, bukan semuanya begitu, dalam sejuta masih ada dua dan tiga orang yang diberi hidayah. Berusaha mencari jatidiri dan berjuang membantu yang lain dalam kesusahan untuk sama-sama merasa nikmat dunia yang sementara. Dunia akan ditinggalkan jua kerana semua pasti akan merasai mati. Kata-kata Tausug menjelaskan,

"Mabuga' kau matay misan in susungun mu mapatay da, landu' masarap in matay ha kasabunnalan" (Engkau takut mati sedangkan masa depan mu adalah kematian jua, sungguh sedap mati demi kebenaran).


03 - ISLAM DAN TEORI EVOLUSI
Memasuki dunia Anthropology Barat akan menjadikan para pengkaji sejarah dari dunia Islam menjadi haru-biru. Mempelajari dari tajuk ke tajuk dari awal bab hingga akhir akan menjadikan kita berfikir benarkah manusia bermula jutaan tahun dahulu yang disebut sebagai zaman Batu? Kita diberi bayangan bahawasannya manusia pada zaman Batu itu berwajah sedikit ganjil, dahi besar tertonjol sedikit ke hadapan, hidung pesek berbibir tebal, berjambang, sedikit berbulu seperti beruk tanpa pakaian dan tinggal digua-gua batu . Menyebabkan kita berfikir "Maka benarlah manusia berasal dari beruk atau monyet". Segala pembohongan Darwinisme ini telah didedahkan oleh seorang pejuang Islam Turkey bernama Harun Yahya.

Sebenarnya Islam tidak melarang Teori Evolusi Permulaan Manusia dikaji dan dibahas. Yang dilarang ialah membahas Teori Evolusi dalam kerangka untuk memusnahkan kehidupan ummat berTuhan kepada keyakinan "Tiada Tuhan yang mencipta kerana alam ini terjadi dengan sendirinya". Adalah satu kesilapan terbesar kepada ummah untuk tidak ikut serta dalam membahas hal ini adalah kerana generasi muda Muslimin semakin terhimpit oleh kekeliruan tanpa jawapan pasti. Kemajuan moden dalam mengukur DNA dan Radio Karbon menentukan tarikh sebenar sesuatu fosil dan artifak sejarah menyebabkan ummat Islam semakin tiada pilihan kecuali mencari jalan penyelesaian terbaik. Kerana tiada pertentangan Islam itu sendiri dengan sains. Yang ada ialah para saintis mengada-adakan Hipotesis yang ternyata tidak selari dengan Islam.

Al-Qur'an adalah segala-galanya, sebab itu ketika para saintis mengkaji perkembangan embrio ternyata ianya selari dengan kenyataan Al-Qur'an. Ketika saintis baru mengetahui dunia ini bulat dan asal alam semesta dari letupan besar (Big Bang) ternyata Al-Qur'an sudah pun menyatakannya lebih seribu tahun yang lalu. Ketika para saintis baru mengetahui bahawa sesuatu gunung adalah pasak kepada bumi ternyata sudah pun dinyatakan dalam Al-Qur'an. Maka sudah tentu Manusia Pertama dalam dunia ini ialah Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa adalah benar seperti yang dinyatakan oleh Al-Qur'an. Tetapi perlukah kita sebagai ummat Islam percaya dengan dakwaan saintis yang manusia sudah pun hidup di dunia beberapa juta tahun sebelum Nabi Adam a.s.?

"Setakat ini, saintis telah mengesan kira-kira 15 spesis awal manusia. Tetapi sulit untuk dikategori dan ditentukan bagaimanakah hubungan di antara spesis ini dan bagaimanakah setiap satu spesis itu berakhir. Spesis seawal Australopithecine yang dianggarkan berusia 5 ke 2 juta tahun dahulu, membawa kepada spesis Neanderthal yang dianggarkan berusia 200,000 ke 24,000 tahun yang lalu, kesemuanya ini menimbulkan persoalan berkaitan penciptaan Adam, dan pendirian Islam terhadap evolusi itu sendiri. Apakah Adam itu hidup seawal era Australopithecine atau bagaimana?" Ruj: http://saifulislam.com/, dalam tajuk Adam-adam Sebelum ADAM?


04 - MULANYA PENCIPTAAN NABI ADAM a.s.
Sebagaimana Teori Evolusi mempunyai akar falsafah yang melunjur hingga ke era Ancient Greek dan Roman serta agama, maka ia turut menjadi bahan ulama Islam mencari jawapan kepada persoalan pra-sejarah ini. Namun terasnya adalah bersandarkan kepada ayat-ayat Al-Quran yang telah memiliki pendirian yang tersendiri mengenainya. Walaupun ulama Islam memanfaatkan sumber yang ada di sekitar mereka, tetapi prinsip-prinsip Al-Quran tetap menjadi teras utama kepada mereka. (*saifulislam)

Dalam hal ini Ulama' Islam telah pun lebih awal membahas Evolusi penciptaan manusia jauh lebih lama dari Darwin yang juga terdapat sumbernya dalam Al-Qur'an.

Al-Mas'udi (m. 956M) dalam bukunya Akhbar al-Zaman, sebelum memperkatakan tentang Adam dan generasi selepasnya, beliau meletakkan bab Penjelasan Tentang Umur Dunia: Penjelasan Tentang Umat-umat Sebelum Adam”, Penjelasan Tentang “Jin dan Jenis-jenis serta Qabilah Mereka”, “Penjelasan Tentang Bumi Dan Apa Yang Ada Padanya”, “Penjelasan Tentang Laut Yang Meliputi (Al-Bahr al-Muhi?) dan Perkara-perkara Ajaib yang Ada di Dalamnya” dan sebagainya.

Al-Mas’udi menjelaskan bahawa terdapat 28 umat yang telah dicipta di muka bumi sebelum Adam a.s. Mereka terdiri daripada flora dan fauna serta Ummah yang agak menyerupai Bani Adam. Umat ini bercampur dan berinteraksi hingga membawa kepada berkembangnya mereka kepada 120 umat. Al-Thabari (m. 923 M) juga menyatakan di dalam Tafsirnya bahawa kesemua hidupan diciptakan sebelum penciptaan Adam.

Al-Maqdisi (m. 1000 M) menjelaskan bahawa terdapat 3 Umat yang utama di dunia sebelum Adam iaitu dua daripadanya terdiri daripada kaum Jin. Manakala kaum yang ketiga adalah golongan yang berbeza dari Jin kerana mereka ini berdaging dan berdarah. Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai “man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa’: golongan yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah” seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30. (*saifulislam)

Hal pertanyaan para Malaikat Allah swt berkenaan keputusan-Nya mencipta Adam a.s. adalah bukti bahawa sebelum Adam a.s. telah pun ada manusia lain di muka bumi ini yang pernah diciptakan Allah swt. Kalau tidak takkan Malaikat mengetahui kerosakan dan pembunuhan yang dilakukan manusia walhal Adam a.s. belum pun dicipta ketika itu. Itulah yang dimaksudkan oleh Al-Maqdisi sebenarnya. Nampaknya Darwin dan rakan-rakan sepengkaji monyetnya terpaksa mengakui bahawa mereka bukanlah pelopor Teori Evolusi sebenarnya melainkan hanya "Si peniru Teori" yang gagal malah menambahrosakkan lagi teori asal. Kefasadan Teori Evolusi Darwin begitu terserlah dan memalukan dunia sains dan kemanusiaan buat selama-lamanya. Allah swt telah gagalkan teori manusia berasal dari beruk ala-Darwin.

Maka benarlah Firman Allah swt dalam Al-Quran yang mencipta Adam dan Hawa sebagai asal-usul manusia hari ini. Sebagai bukti "Di Amerika Syarikat, saintis genetik dan paleontologis di akhir kurun ke-20, selepas mengkaji ribuan fosil purba, menyokong teori mtEve yang mencadangkan bahawa keturunan manusia ini bermula dari satu lelaki dan satu perempuan. Penerimaan ini membuka laluan kepada mereka untuk berpihak kepada agama dan seterusnya mula mengemukakan hipotesis tentang Kapal Nuh dan Garden of Eden." Ruj: http://saifulislam.com/,


05 - ADAM a.s. DAN HAWA DI SYURGA "GARDEN OF EDEN"
Majoriti ummat Islam percaya bahawa Adam a.s. dan Hawa dicipta di Syurga, kemudian setelah memakan buah larangan (Khuldi) maka mereka pun telah dicampakkan ke bumi sebagai hukuman terhadap kelalaian yang mereka lakukan. Mereka pun beranak pinak sehingga melahirkan populasi manusia yang ada pada hari ini. Dalam Al-Qur'an tidak dinyatakan bagaimana Adam a.s. dicipta samada berperingkat atau dengan satu proses sahaja (*saifulislam).

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa Adam a.s. dan Hawa dicipta bukan di Syurga tetapi di muka bumi berdasarkan asal kejadian Adam a.s. daripada tanah bumi. (Lihat al-Maqdisi: Al-Bad’ wa al-Tarikh dan Ibn al-‘Arabi: al-Futuhat al-Makkiyyah).

Ikhwan al-Safa juga ada menghuraikan tentang hal ini. Mereka menyatakan bahawa semua haiwan dicipta dari tanah liat kering dan membiak di kawasan Khatulistiwa yang tidak terganggu oleh perubahan cuaca yang ekstrim. Hal ini memberi ruang kepada pembiakan. Di dalam suasana inilah Adam tercipta (takawwana). Ikhwan al-Safa juga berpendapat bahawa Adam dan Hawa hidup di peringkat pertama kehidupan mereka di bumi. (Rasaa’il Ikhwan al-Safa, jilid muka surat 181, 229. Ada kemungkinan konsep ini diambil dari Bible (Israiliyyat) kerana di dalam Bible, Syurga itu adalah Garden of Eden di mana Adam dan Hawa hidup dalam keadaan yang suci). (*saifulislam)

Garden of Eden bermaksud (Taman Syurga) sebenarnya hingga hari ini masih diperdebatkan lokasi tepatnya di mana. Taman Syurga ini dikatakan mempunyai empat batang sungai yang mengalir indah yang sebahagian sejarahwan Yahudi dan Nasrani menunjukkan letaknya tempat tersebut di sekitar Sungai Tigris dan Sungai Euphrates. Penduduk Bahrain mengatakan tempat tersebut adalah "Tempat terbitnya matahari" dan "Tanah yang sesuai untuk kehidupan", ternyata sesuai di Timur Asia Tenggara yang kebetulannya terletak di garis Khatulistiwa sebagaimana tekaan Rasa'il Ikhwan al-Safa. Sungai-sungai yang mereka perdebatkan kemungkinan ialah pulau-pulau di sekitar Laut Sulu yang sememangnya terkenal kecil cantik dan menarik.

"Some of the historians working from within the cultural horizons of southernmost Sumer, where the earliest surviving non-Biblical source of the Biblical account lies, point to the quite genuine Bronze Age entrepôt of the island Dilmun (theorized by some to be Bahrain) in the Middle / Near East, described as 'the place where the sun rises' and 'the Land of the Living'." http://en.wikipedia.org/wiki/Garden_of_Eden

Pulau Dilmun masih menjadi teka-teki sehingga hari ini yang dikatakan adalah tempat Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa dicipta atau diturunkan. Sekurang-kurangnya lokasi Pulau Dilmun telah dinyatakan oleh orang Sumer yang satu-satunya sumber maklumat bukan Israel.

"Dilmun (sometimes transliterated Telmun) is a land mentioned by Mesopotamian Civilizations as a trade partner, source of raw material, copper, and entrepot of the Mesopotamia and the Indus Valley Civilization trade route. Although the exact location of Dilmun is unclear, it might be associated with the islands of Bahrain, the Eastern Province of Saudi Arabia, Qatar, Oman and nearby Iranian coast in the Persian Gulf." Ruj: http://en.wikipedia.org/wiki/Dilmun

Kekeliruan mereka berkenaan lokasi sebenar Pulau Dilmun asal-usul bermulanya kehidupan Adam a.s. sama seperti yang dihadapi oleh orang-orang Sulu hari ini yang kebingungan bila mendengar tradisi lisan mereka sendiri "Kita sudah memang menganut Islam sebelum kelahiran Rasulullah saw dan kedatangan Shariful Hashim r.h. ke Sulu". Mengapa demikian? Siapa yang mengislamkan kita sebenarnya? Dari mana "pengislam" itu datang? Walhal pengislaman Tausug adalah kerana mereka telah lama menganut "Monotisme" yang dibawa oleh bangsa Israel beribu tahun, lama sebelum kedatangan wakil kerajaan Nabi Allah Sulaiman a.s. lagi. (Gelombang kedatangan anak-anak Nabi Ibrahim a.s. ke Sulu dan kedatangan dua gelombang lagi ketika zaman Nabi Sulaiman a.s. dan selepas berakhirnya kerajaan Baginda akan di bahas lebih khusus dalam bab lain).

Mengapa 99.9% Tausug hari ini tidak mengetahui sebahagian dari darah mereka adalah darah Bani Israel, kerana nenek moyang mereka yang tahu akan pertalian mereka dengan tanah Jerusalem itu sudah lama "pupus", terlalu sedikit yang mengetahuinya hari ini. Hal ini akan mula disedari oleh Tausug ketika bahasa Sug yang mereka tutur terkandung ribuan kata Hebrew. Begitulah yang berlaku kepada bangsa Sumer @ Sumeria atau Masopotamia yang muncul 3500 SM telah mengetahui satu pulau yang dinamakan Dilmun oleh nenek moyang mereka sebagai "in the east where the sun rises" sebagai bermulanya kehidupan terawal manusia.

Terdapat laporan yang mengatakan bahawa Raja-raja Sumeria di zaman Babylon (1894 - 1500 SM) telah menjadikan budaya mereka memperisterikan puteri-puteri yang berasal dari negara bunga-bungaan di kepulauan sebelah Timur. Membuktikan satu perhubungan atau jaringan seperti yang dikatakan hari ini sebagai "perhubungan dua hala" atau perhubungan antarabangsa. Kewujudan bangsa Kanaan yang dikatakan "Man of the sea" atau "Sea people" ini akan menjelaskan segala-galanya yang pasti dapat menjawab dimana lokasi Pulau Dilmun itu sebenarnya. Hal ini perlu diselongkar lebih mendalam termasuk susur galur bangsa Kanaan (Phoenicia, dalam bahasa Hispanic sebagai PUNIC yang bermaksud bangsa PUN @ PUNT) yang dikatakan selalu berlegar di Laut Parsi lebih lama sebelum kemunculan kerajaan awal Sumer @ Sumeria lagi.


06 - ADAM a.s. DICAMPAK KE BUMI & ISRAILIYYAT
Israiliyyat bermaksud cerita-cerita Bani Israel yang bercampur cerita rekaan dan kebenaran. Maka "cerita atau perkhabaran" Israiliyyat tidaklah boleh diterima bulat-bulat. Memanglah menjadi kebiasaan para ulama' tafsir umat Islam menggunakan sebahagian cerita-cerita Israiliyyat sebagai perencah dalam pelajaran (mungkin dengan tujuan untuk menghilangkan rasa bosan dan mengantuk para santri) sekali pun mereka tahu ia bukannya datang dari lidah Rasul SAW. Hal ini akan kita bincang secara ringkas agar dengan demikian kita akan dapat memahami sesetengah cerita yang keluar dari lidah Yahudi dan Nasrani. Ia memerlukan penapisan dan pengesahan sebab itu para pengkaji sejarah perlu keluar sendiri ke lapangan untuk mengumpul maklumat agar dapat dikenal pasti samada ia benar atau tidak.

Berkenaan Israiliyyat mula-mula masuk ke dunia Islam telah diceritakan oleh Ibnu Khaldun (1968, 1: 786-787) menyatakan apabila timbul keinginan di kalangan orang-orang Arab untuk mengetahui tentang permulaan kejadian makhluq dan rahsia kejadian, mereka cenderung bertanya ahli kitab dari kalangan Yahudi dan Nasrani. Majoriti mereka adalah dari suku bangsa Humair. Apabila mereka memeluk Islam, pengaruh daripada ajaran agama mereka yang berkaitan dengan asal kejadian makhluq, cerita-cerita tentang peperangan dan sebagainya masih kuat dalam diri mereka. Antara golongan mereka ialah Ka’abul Akhbar, Wahab bin Munabbih, dan Abdullah bin Salam Radhiallaahu `anhum. Kerana inilah cerita-cerita Israiiliyyat yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir dipenuhi dengan riwayat-riwayat daripada mereka. Ruj: http://almadanii.multiply.com/journal/item/18

Namun begitu para sahabat Radhiallaahu 'anhum tidak menerima bulat-bulat apa yang diceritakan kepada mereka. Malah mereka menapisnya dengan akal dan juga syara'. Mereka hanya menerima apa yang diterima oleh akal dan syara' dan menolak sekiranya bercanggah dengan keduanya. Seterusnya mereka berdiam diri terhadap perkara-perkara yang tidak jelas tentang benar dan salahnya (*almadanii). Maka inilah pegangan kita dalam menggunakan sumber Israiliyyat.

Berkenaan kekeliruan Eropah dan Bani Israel terhadap satu tempat misteri di sebelah Timur seperti yang mereka catat sebagai,
  • Tanah Misteri Ophir & Tarsis (Negeri anak-anak Noh a.s. dan Ibrahim a.s.)
  • Tanah Punt (Negeri subur Raja Perahu)
  • Tanah Dilmun (Negeri Permulaan Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa)
  • Tanah Atlantis (Negeri kaya berperadaban yang hilang atau tenggelam dipercayai berada di Asia Tenggara) Dalam bahagian ini cerita Atlantis tidak akan disentuh.
Telah pun kami jelaskan ciri-ciri Tanah misteri di sebelah Timur dalam bahagian pertama. Walau pun kami telah memberikan jawapan sebelum ini bahawa negeri atau tanah misteri yang dimaksudkan adalah kepulauan Sulu namun bukti-bukti tambahan masih diperlukan untuk menguatkan dakwaan ini. Berikut ialah satu contoh cerita dari kitab kuning Melayu Patani,

Al marhum Sheikh Daud al-Fatani dalam kitabnya "Jam'ul Fawaaid", muka surat 255 , cetakan matba'ah Bin Halabi, Patani, Thailand. Berikut dinyatakan salinan asalnya :

"Maka pertama orang yang menangis daripada makhluq Adam 'alaihis salaam tatkala turun daripada syurga kepada bumi maka menangis tiga ratus tahun dan tiada mengangkatkan kepalanya kepada langit kemudian daripada yang demikian itu malu daripada Allah Ta'ala dan sujud ia satu sujud diatas bukit Hindi seratus tahun menangis ia hingga keluar matanya pada bukit serindib maka ditambahkan Allah pada demikian bukit itu daripada air mata Dardhi dan Qoronful dan jadilah burung demikian bukit dan meminum sekali burung pada satu hari akan air matanya Adam 'alaihis salaam dan berkata ia meminum akan air laut dan air didarat dan air hujan dan tiada kami meminum akan minuman yang terlebih manis daripada air ini maka menyangka Adam bahawasanya segala burung mempersenda-senda akan dia maka sembah Adam hai TUHAN ku telah kau kerasi atasku segala burung mampersenda- sendakan daku sebab aku mengena maksiat akan dikau maka mewahyu Adam bahawasanya tiada aku jadikan minumannya yang terlabih lazat daripada air mata orang yang berdosa" (*almadani).

Syeikh Daud al-Fatani tidak menulis dalam kitabnya dari mana beliau mengambil cerita di atas. Sekiranya kita lihat cerita di atas kita akan mendapati beberapa perkata iaitu,
  • Adam a.s. menangis selama 300 tahun setelah dihukum buang ke bumi dari Syurga.
  • Baginda tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana malu kepada Allah swt dan hanya bersujud dengan sekali sujud di atas bukit Hindi selama 100 tahun.
  • Airmatanya mengalir di atas bukit serindib itu menjadi Dardhi dan Qoronful (bunga cengkih) serta seekor burung Towawis (Merak).
  • Burung meminum air mata Adam a.s. sehingga burung tersebut bersuara dengan menyebut sedapnya air mata Adam a.s. berbanding air laut dan daratan yang pernah diminumnya. Hal tersebut menyebabkan Adam a.s. terasa dipersendakan oleh burung tersebut lalu mengadu kepada Allah swt.
  • Namun Allah swt menghiburnya dengan berfirman "AKU tidak jadikan minuman yang terlebih lazat daripada air mata orang yang berdosa.."
Bagaimanakah saiz tubuh Adam a.s.? Hadis dari Abu Hurairah r.a. katanya:
"Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah telah menjadikan Nabi Adam setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya Allah berfirman: Pergi dan berikan salam kepada kumpulan itu. Mereka adalah sekumpulan Malaikat yang sedang duduk, maka dengarlah jawapan mereka kepadamu kerana salam itu adalah salam penghormatan untukmu dan keturunanmu. Maka Nabi Adam pergi dan mengucapkan: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ Mereka menjawab: السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ Mereka menambahkan وَرَحْمَةُ اللَّهِ Maka rupa bentuk setiap manusia yang akan memasuki Syurga adalah seperti Nabi Adam. Ketinggiannya enam puluh hasta. Setelah Nabi Adam, rupa bentuk (ketinggian) manusia terus berkurang hingga sekarang." Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5075

Cerita dalam kitab Syeikh Daud al-Fatani di atas yang mengatakan bahawa Adam a.s. dicampak dari Syurga ke bumi India telah mengesahkan kepada kita satu perkara iaitu tekaan bangsa Sumeria berkenaan Garden of Eden berada di sebelah timur (Tanah Dilmun) yang subur menyebabkan perhatian tertumpu ke tempat ini kalau bukan sekitar Perairan Parsi dan Yaman sudah tentulah India. Negeri india masih belum tepat untuk dikatakan "in the east where the sun rises" kerana masih ada negeri lain di sebelah timur dengan tanah yang lebih subur untuk kehidupan.


07 - GUNUNG TUMANTANGIS YANG DITANGISI
Di Pulau Jolo terdapat satu gunung yang rupa bentuknya seperti Piramid yang dinamakan Bud Tumantangis yang bermaksud Gunung Tangisan atau bertangis-tangisan. Ungkapan Tumantangis adalah bahasa sastera Sug yang menggunakan gaya ucapan hormat yang syahdu. Seperkara yang ganjil pada Bud Tumantangis ini ialah orang-orang Sulug yang dilahirkan di Pulau Jolo mahu pun tidak sekiranya melalui laut Sulu sambil melihat ke gunung tersebut akan cepat merasa sebak dan sayu. Perkara pelik ini seolah-olah gunung tersebut cuba memberi tahu bahawa di situ pernah berlaku satu peristiwa besar dalam sejarah manusia.

Terdapat beberapa tradisi lisan berkenaan Bud Tumantangis ini dikalangan penduduk Sulu salah satunya ialah yang kami namakan sebagai cerita Cinta Tumantangis. Satu cerita yang mempunyai unsur mempertahankan maruah, Aqidah dan ketaatan kepada Maha Pencipta. Ceritanya secara ringkas,
  • Pada zaman dahulu, ketika belum adanya manusia di muka bumi terdapat seorang lelaki yang taat kepada Tuhannya. Diturunkan di Pulau Tawi-Tawi sebagai tempat awal destinasinya.
  • Beliau berwajah tampan berambut panjang paras bahu dan punya ketinggian berpuluh-puluh hasta. Maka Berkatalah suara dari langit menyuruh beliau membuat sampan. Mulalah beliau membuat sampan atau perahu sehingga siap.
  • Suara itu muncul lagi dan kali ini mengarahkan beliau bersampan merentas laut menuju ke satu pulau yang gersang di sebelah timur. Ketika mendarat di pulau gersang tersebut beliau mula merayau tanpa menemui sebarang pokok atau tumbuhan apatah lagi haiwan.
  • Tiba-tiba langit menjadi kelam dan mendapati dirinya berada hampir dengan sebuah sungai yang penuh dengan batu-batu ganjil yang bergemerlapan. Oleh kerana berasa penat dan haus maka beliau mula minum dan membasuh wajahnya.
  • Tiba-tiba dunia menjadi ribut dan bercahaya yang menyilaukan dan kedengaranlah suara seorang wanita dari atas kepalanya sambil mengatakan bahawa tempat itu adalah kawasan persendiriantidak layak seorang lelaki memasukinya.
  • Maka dengan rasa terkejut lelaki tersebut mendongak dan terlihatlah olehnya seorang gadis cantik diselubungi cahaya indah bergemerlapan sehingga terlihatlah sebahagian auratnya.
  • Tiba-tiba gadis tersebut bersuara dengan nada tinggi bahawa beliau telah merasa diceroboh dan auratnya telah dilihat oleh seorang lelaki yang bukan muhrimnya. Gadis tersebut mengugut sekiranya lelaki tersebut tidak menikahinya maka pasti akan datang malapetaka. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal maka lelaki tersebut bersetuju.
  • Maka gadis jelita tersebut memberitahu bahawa mereka sekarang sudah bertunang tetapi sebagai maskahwin pernikahan nanti lelaki tersebut kena mencari pokok-pokok dan rumput dari pulau lain untuk ditanam di keseluruhan pulau yang gersang itu.
Berkatalah lelaki itu "Ia mustahil bagi ku membawa pokok dan rumput untuk ditanam diseluruh pulau ini. Aku bukannya berkuasa menumbuhkan segala tumbuhan. Hanya Tuhan yang Maha Pencipta sahaja yang boleh melakukannya". Namun oleh kerana beliau sudah berjanji untuk mengahwininya maka lelaki itu pun meminta izin untuk pergi ke pulau tempat asal mengangkut segala tumbuhan semampunya. Gadis tersebut berasa gembira dan mengatakan sanggup menunggu sehingga maskahwinnya dapat dilangsaikan.

Ketika dalam pelayaran pulang beliau berdoa kepada Tuhan memohon diberikan jalan, ditengah laut kedengaranlah suara dari langit "Kembalilah engkau ke pulau tempat gadis itu semula. Kerana Aku sudah menunaikan doa hamba-Ku yang berserah diri" maka ketika sampai di pulau yang pada awalnya gersang itu tiba-tiba sudah kelihatan penuh dengan pokok-pokok dan buah-buahan dan kelihatanlah satu gunung yang cantik seperti Piramid di hadapannya. Kedengaran sayup-sayup suara tangisan yang tidak putus-putus dari puncak gunung. Maka pergilah dia mendapatkan suara itu kerana suara tersebut mirip suara gadis tunangannya.

Beliau mencari dan mencari namun masih gagal menemui punca tangisan tersebut dari mana. Beliau mencari lagi tetapi masih gagal maka kedengaranlah suara si gadis "Daku telah ditinggal kekasih menunggu janji. Hari berganti hari sehingga tahun berganti tahun. Daku terus menangis menunggu bakal suami. Namun barulah hari ini ketika diriku telah berganti, menjadi gunung tidak akan kembali lagi". Maka lelaki tersebut mula memahami bahawa si gadis jelita sudah menjadi gunung. Beliau bersedih hanya mampu mengusap bumi. Sang Gunung menangis lagi, menangis dan terus menangis. Diceritakan oleh X-Komander MNLF, iaitu Pakcik Abdul Kalim (Karim).

Cerita di atas adalah cerita rakyat Tausug Jolo yang dipapah turun-temurun dari generasi ke generasi sehingga hari ini. Cerita yang boleh sahaja kita anggap dongeng atau lagenda Tausug terhadap kewujudan gunung Tumantangis. Kalau pun kebenarannya dipertikaikan kerana berunsur mistik namun secara realitinya cerita tersebut menggambarkan budaya dan adat resam Tausug.
  • Sebagai contoh kaum wanita Tausug terlalu dihargai dan dijaga kehormatannya sehinggakan ketika orang tua mereka membina rumah kayu, satu ruang tinggi berbentuk seperti loteng yang dinamakan Angkap akan dibina dalam rumah yang hanya boleh dinaiki dengan tangga. Ia semata-mata untuk menyimpan kaum wanita dan terjaga kehormatannya. Hingga hari ini rumah-rumah kayu masyarakat Tausug di pedalaman Jolo masih membuat ruang Angkap ini.
  • Berkenaan "terlihat aurat wanita" (yang dimaksudkan bahagian-bahagian sulit) yang bukan muhrim, dalam adat Tausug akan menatijahkan peperangan. Sebab itu mengapa kaum wanita dibuatkan ruang Angkap agar tidak kelihatan aurat mereka. Dalam keadaan tertentu maruah wanita juga akan dikira terceroboh sekiranya seorang lelaki telah terlihat darah haid yang tembus pada kain. Wanita Tausug yang menjaga maruah akan merasa malu dan meminta lelaki tersebut menikahinya. Kalau enggan wanita tersebut akan datang kerumah keluarga lelaki tersebut dan kalau gagal juga tok imam atau Datu akan dijadikan saksi pengakuannya. Kemudian tok imam atau Datu akan berusaha mengahwinkan wanita tersebut dengan lelaki yang dimaksudkan. Inilah budaya Tausug yang masih kekal hingga hari ini. Hinggakan Jabatan Agama Islam Sabah pun bingung menghadapi budaya seperti ini.
  • Kemudian Tausug terlalu berpegang dengan janji. Kerana menurut tafsiran adat Tausug, sekiranya terdapat khianat dan tiada keikhlasan yang jelas didapati pada seseorang maka orang tersebut tidak boleh dijadikan saudara, orang semacam ini tidak boleh diajak berperang melawan musuh kerana tidak amanah. Sebab itu munculnya kata-kata Sug "In tau hayanat amuna in tau madaran pag karapatan" bermaksud "orang yang khianat adalah yang selalu kedapatan" (kedapatan bermakna yang selalu didapati melakukan pembohongan, putar belit, takut mati dan sebagainya).
Rakyat Malaysia yang mahu melihat binaan rumah Tausug yang mempunyai Angkap bolehlah datang Muzium Sabah di Kota Kinabalu. Berkenaan hal budaya dan tradisi Sug, kami akan bincangkannya dalam tajuk lain yang lebih khusus.

Berbalik kepada cerita Adam a.s., cerita tangisannya di India dan cerita tangisan Bud Tumantangis mempunyai persamaan iaitu cinta dan ketaatan. Memanglah ciri-ciri Adam a.s. sama dengan watak lelaki dalam cerita di atas namun kami tidaklah mengatakan bahawa cerita Cinta Tumantangis adalah benar-benar berlaku. Kami berperasangka, cerita Cinta Tumantangis ini adalah Israiliyyat jua darjatnya disebabkan memang wujud pertalian Bani Israel dengan Sulu sejak zaman purba lagi. Hal ini adalah kemungkinan, kerana kewujudan suara yang boleh dianggap sebagai Suara Tuhan. Maka bagaimana pula dengan cerita Adam a.s. yang menangis di atas bukit Hindi? Sudah tentu ianya juga berdarjat Israiliyyat sekiranya cerita tersebut tidak terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi saw.

Hal ini secara teori akan menghasilkan pertanyaan dan jawapan,
  • Ketika Adam a.s. baru dicipta oleh Allah swt di Syurga, Baginda telah mula dilanda keresahan yang amat. Satu kerisauan yang tidak pernah dialaminya semenjak dia diciptakan. Sudah tentulah Allah swt memasukkan nafsu dan keinginan-keinginan lain sebagai fitrah dalam diri manusia. Keresahannya adalah kerana "memerlukan pasangan hidup". Keinginan ini memerlukan cetusan. Cerita Cinta Tumantangis adalah satu cetusan yang inginkan pasangan. Ia seolah-olah berkaitan.
  • Katakanlah Watak lelaki Cinta Tumantangis (LCT) adalah Nabi Adam a.s. itu sendiri maka sudah tentu arahan membuat perahu atau sampan kemudian belayar ke satu tempat adalah perancangan Tuhan. Rancangan untuk memulakan rasa "berpasangan" kepada Adam a.s.
  • Dalam masa yang sama ianya juga sebagai satu ujian samada Adam a.s. berpegang kepada janji, bijaksana, mengharap pertolongan dan bantuan Tuhan. Pandang pertama Adam a.s. kepada wanita tersebut sehingga terlihat aurat membuktikan berlakunya pandangan "syahwat" sehingga wanita jelita tersebut berasa ternoda. Meminta ia dikahwini atau sekiranya enggan pasti akan ada "malapetaka" adalah satu pengesahan salahnya berbuat maksiat. Maka mengahwininya adalah jalan kemaafan dan keampunan. Hal ini menjadi satu penegasan mengapa Islam menggalakkan perkahwinan pada usia muda untuk mengelakkan dosa maksiat dan kerosakan.
  • Ketika wanita tersebut meminta maskahwinnya seperti yang disebut, menyebabkan Adam a.s. merasa mustahil dapat menunaikannya sebab itu beliau mengatakan hanya Allah Yang Maha Pencipta sahaja yang boleh menumbuhkan tanaman dan tumbuhan. Menunjukkan kekukuhan Tauhid kepada Allah swt. Tindakan kembali ke tempat asalnya untuk mengambil tumbuhan dan pokok untuk dibawa ke pulau gersang tersebut serta tindakannya berdoa memohon kekuatan dan bantuan Tuhan menunjukkan kepada kita konsep tawakal yang sebenarnya iaitu "Usaha dan doa".
  • Tangisan Bud Tumantangis yang syahdu dan menyayat hati itu adalah kerana menjadi gunung selama menunggu Adam a.s. telah meninggalkan impak mendalam terhadap perasaan Adam a.s. Hingga hatinya berasa gundah dan bermulanya "rasa rindu" kepada pasangan. Maka kegundahan dan kekosongan inilah yang akhirnya membawa kepada penciptaan HAWA.
Di dalam Syurga Iblis laknatullah berusaha keras bagaimana caranya memperdayakan Adam a.s. Malangnya Adam a.s. bersama Hawa atas tipudaya Iblis laknatullah mereka tidak dapat melalui ujian dari memakan "Buah larangan" Syurga menyebabkan mereka dihukum "buang daerah" ke bumi. Ke manakah mereka dibuang?


08 - ADAM a.s. BERANAK PINAK
Adakah Adam a.s. dan Hawa dibuang ke Bumi hanya berdua? Sudah tentu mereka dibuang bersama Iblis laknatullah ke bumi bersama-sama. Iblis dan pengikutnya golongan Syaitan yang lain turut berdampingan dengan bani Adam sehingga ke hari ini adalah sebagai ujian kepada manusia. Kerjanya saban hari menambahkan "kawan" dari golongan bani Adam agar sama-sama masuk ke Neraka Jahannam, begitulah tugasnya. Keterlibatan Iblis dalam kehidupan umat manusia akan kami sentuh terutama yang melibatkan perubahan keyakinan Satu Tuhan "Monotisme" anak-anak Adam a.s. kepada fasad dan mungkar iaitu keyakinan Banyak tuhan "Polytisme".

Membahas isu dimanakah Adam a.s. dan Hawa diturunkan di Bumi bagi kami bukanlah perkara penting sehingga menimbulkan pertelagahan dan polemik pula. Setakat ini tiada satu pun dakwaan yang boleh diyakini benar adalah kerana tidak pun disebut dalam Al-Quran dan Sunnah Rasul saw secara tepat di mana lokasinya. Sebab itu sesiapa sahaja yang dapat mengkaji dan menulis kajian secara ilmiah berkenaan tanda-tanda dan ciri-ciri lokasi awal penempatan Adam a.s. bukanlah satu kesalahan malah ia sangat dialu-alukan.

Mungkin satu-satunya manusia yang mendakwa Adam a.s. diturunkan di India (menangis di atas puncaknya selama 100 tahun) ialah Hisyam bin Muhammad bin as-Saib al-Kalby. Siapakah Hisyam ini? Ayahnya (m 146H) adalah pengarang kitab tafsir Qur'an terkemuka dan mereka inilah yang banyak memasukkan Israiliyyat ke dalam kitab tafsir. Sebab itu para ulama' Ahli Sunnah Waljamaah bukan sahaja mendapati Hisyam al-Kalby sebagai membawa riwayat-riwayat dan kisah-kisah ganjil Israiliyyat malah didapati adalah penganut ajaran Syi'ah yang taat.

Walau bagaimana pun untuk menjalankan kajian Anthropology terhadap kepulauan Sulu dan mendapatkan bukti-bukti kebenaran Adam a.s. diturunkan di kepulauan tersebut tidaklah bertentangan dengan Syara'. Malah sekiranya dibuktikan benar sudah pasti akan dapat membenarkan Al-Qur'an itu sendiri sebagai Kalamullah seterusnya dapat membuka minda para pengkaji dan manusia keseleruhannya mendapat manfaat. Berikut adalah senarai anak-anak Adam a.s. menurut catatan Israel:

Generasi Pertama:
01- Adam a.s.
  • 02- Cain
  • 03- Abel
  • 04- Seth

Generasi Kedua:
  • 05- Enosh bin Seth

Generasi Ketiga:
  • 06- Kenan (Cainan) bin Enosh

Generasi Keempat:
  • 07- Mahalalel bin Kenan (Cainan)

Generasi Kelima:
  • 08- Jared bin Mahalalel

Generasi Keenam:
  • 09- Enoch bin Jared

Generasi Ketujuh:
  • 10- Methuselah bin Enoch

Generasi Kelapan:
  • 11- Lamech bin Methuselah

Generasi Kesembilan:
  • 12- Noah bin Lamech

Generasi Kesepuluh:
  • 13- Japheth bin Noah
  • 14- Ham bin Noah
  • 15- Shem bin Noah
Generasi Kesebelas:
Anak-anak Japheth bin Noah
16- Gomer
17- Magog
18- Madai
19- Javan
20- Tubal
21- Meshech
22- Tiras

Anak-anak Ham bin Noah
23- Cush (bapa kepada Raja Namrud)
24- Mizraim
25- Put
26- Canaan (Phoenician)

Anak-anak Shem bin Noah
27- Elam
28- Asshur
29- Arphaxad
30- Lud
31- Aram

Generasi Keduabelas:
  • **- Cainan bin Arphaxad
  • 45- Shelah bin Arphaxad
Anak-anak Aram bin Shem
  • 46- Uz
  • 47- Hul
  • 48- Gether
  • 49- Meshech
Generasi Ketigabelas: 45- Shelah bin **Cainan bin Arphaxad
  • 52- Eber bin Shelah = Bangsa Israel mula menghadapi kekeliruan bahasa pertuturan. Kerana mungkin asimilasi dan percampuran dengan bangsa lain menyebabkan bahasa Israel jadi cacamarba. Maka bermulalah gelaran HEBREW yang diambil dari nama Eber. Sehingga hari ini cucu-cicit Eber dipanggil Hebrew atas nama mempertahankan bahasa nenek moyang yang asli sebab itulah dinamakan bahasa Hebrew hingga hari ini.
Generasi Keempatbelas:
  • 53- Peleg bin Eber
  • 54- Joktan bin Eber
Generasi Kelimabelas:
Anak-anak Joktan bin Eber
  • 56- i. Almodad
  • 57- ii. Sheleph
  • 58- iii. Hazarmaveth
  • 59- iv. Jerah
  • 60- v. Hadoram
  • 61- vi. Uzal
  • 62- vii. Diklah
  • 63- viii. Obal
  • 64- ix. Abimael
  • 65- x. Sheba
  • 66- xi. Ophir (Kemungkinan beliaulah membuat perjalanan ke Sulu dan tidak kembali lagi)
  • 67- xii. Havilah
  • 68- xiii. Jobab
Generasi Keenambelas:
Anak Reu bin Peleg
  • 69- Serug
Generasi Ketujuhbelas:
  • 70- Nahor bin Serug
Generasi Kelapanbelas:
  • 71- Terah bin Nahor
Generasi Kesembilanbelas:
Anak-anak Terah bermulanya sejarah Nabi Ibrahim a.s. (Lihat carta)
  • 72- Haran
  • 73- Nahor
  • 74- Abram (Ibrahim a.s.)
  • 75- Sarai (Sarah)
Amaran: Carta ini terkandung maklumat yang tidak betul oleh umat Kristian yang menyusun carta ini. Bagaimana mungkin Nabi Ibrahim a.s. boleh teberkahwin dengan kakak sendiri? Seteruk-teruk Yahudi pun tidaklah sampai tergamak berkahwin dengan saudara perempuan sendiri. Penyusun carta ini sendiri memaklumkan kekeliruannya terhadap ramainya nama Sarai. Beginilah caranya mengapa Taurat dan Injil sudah cacamarba kerana tokok tambah seperti ini.


09 - PERSOALAN UMUR BANI ADAM & PEMBOHONGAN YAHUDI
Di dalam catatan Taurat (versi tulisan Yahudi dan Nasrani) seperti yang kita ketahui Old Testament serta catatan Injil (versi tulisan tangan mereka juga) yang dikenali New Testament menyatakan bahawa umur manusia dan para nabi terdahulu terlalu panjang sehingga ada yang menjangkau umur 1000 tahun. Walau pun terdapat sarjana barat yang mengenengahkan teori bahawa sememangnya umur manusia di masa lalu terlalu panjang berdasarkan beberapa dalil. Sebagai contoh untuk menmyokong Taurat dan Injil versi mereka telah mengkelaskan masa sebelum banjir besar zaman Nabi Noh a.s. sebagai Atedulivian,

"Perkataan Antedulivian adalah satu perkataan yang diambil dari perkataan Latin (syn.Prediluvian) yang bermaksud "Sebelum Banjir Besar" seperti yang terdapat dalam Injil. Perkataan ini merujuk zaman manusia yang hidup sebelum kejadian banjir besar pada ketika zaman Nabi Nuh. Penulis seperti William Whiston (A New Theory of the Earth 1696) dan Henry Morris (The Genesis Flood 1961) menggambarkan zaman antediluvian adalah seperti berikut: Umur seseorang manusia adalah lebih panjang dari umur manusia hari ini iaitu sekitar 700-950 tahun, seperti yang ditulis dalam Genealogies of Genesis.

Jumlah populasi manusia pada ketika itu adalah lebih ramai berbanding pada tahun 1696. Perkiraan Whiston menggambarkan lebih kurang 500 juta manusia berkemungkinan telah lahir dalam zaman antediluvian, berdasarkan jangka hayat yang panjang dan fertility rates. Tidak wujud awan dan hujan. Muka bumi hanya menerima air dari embun yang terhasil dari proses pemewalpan dan sejatan siang dan malam. Lautan dan sungai pula sememangnya telah semula jadi wujud dan menjadi sumber kahidupan harian manusia.

Gambaran dari Injil (New Testament) juga mengatakan wujudnya makhluk-makhluk pelik dan ajaib seperti gergasi, manusia berkepak burung (Nephilim) dan beberapa jenis makhluk yang tidak tergambar oleh fikiran manusia hari ini. Tetapi kesemunya telah musnah ditelan gelombang dan arus dari banjir besar. Apa yang dapat kita lihat hari ini hanyalah makhluk dan binatang yang telah naik ke kapal Nabi Nuh." (*http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Nuh_a.s.)

Sekiranya benar cuaca sebegitu boleh menyebabkan panjang umur maka sudah tentu orang-orang Jepun dan orang-orang yang tinggal di pergunungan Borneo hari ini dapat mencapai umur kalau bukan 950 tahun pun sekurang-kurangnya 200 tahun. Tetapi kenyataannya bukanlah begitu. Ini adalah pembohongan yang ditambah masuk kedalam kitab-kitab mereka sehingga menghilangkan keaslian Taurat dan Injil tersebut. Sememangnya terlalu jelas kecelaruan fakta yang terdapat dalam Injil Lucas dan Injil Mathew dalam membincangkan soal umur manusia tertua. Kitab perjanjian lama (Taurat) juga mengalami kecelaruan fakta di mana hanya terdapat 19 nama sebelum kemunculan Nabi Ibrahim a.s. sedangkan dalam Injil Lucas, bilangan nama menjadi 20 pula. Ini membuktikan terdapat penambahan atau penyelewengan tulisan oleh pendeta-pendeta Yahudi dan Kristian.

Di dalam al-Quran telah ada kunci-kunci ilmu yang didedahkan oleh Allah swt. Tinggal hanya untuk umat Islam mencari dan membahaskannya dengan lebih mendalam. Ilmu-ilmu tersebut ialah astronomi, geologi, geografi, biologi dan matereologi. Beberapa orang sarjana Islam telah membahaskan hal ini antaranya Dr. Mustapha Mahmud dan Dr. Abd Alim bin Abd Rahman yang menurut mereka jarak masa antara Adam a.s. dan Nabi Isa a.s. tidak kurang dari 10 juta tahun.

Sarjana Islam yang mendalami Anthropology telah memberi kesimpulan bahawa berjuta-juta tahun dahulu sudah ada kehidupan manusia yang maju dan berperadaban berpuluh kali ganda hebatnya dari dunia moden hari ini, malah sebelum berlakunya Zaman Ais kemajuan manusia sudah sampai kekemuncaknya. Tetapi setelah berlaku peperangan Nuklear telah menyebabkan tindak balas kenaikan suhu global dan perubahan bentuk muka bumi sehingga berlaku malapetaka Tektonik (menghasilkan Tsunami yang berpuluh ribu kali kuat dari arus air terjun Niagara) dan letusan gunung berapi memusnahkan semua peradaban hebat.

Sebagai contoh di tapak pendaratan Kapal Nabi Noh a.s. telah dijumpai peralatan besi dan logam lain yang dikatakan oleh ahli sains sebagai bateri untuk menyimpan cas elektrik. Ini membuktikan kepada kita bahawa kemajuan hebat sudah pun ada pada zaman Noh a.s. Satu lagi rahsia yang mungkin hanya sebilangan manusia yang meyakininya bahawa kapal Nabi noah a.s. itu bukanlah sebuah tetapi lebih dari dua. Penemuan tapak-tapak kapal purba di pergunungan Turkey dan tempat lain dapat mengesahkan hal ini. Sebagai contoh Al-Fadhil Ustaz Fadzlan Garamatan dari Irian Jaya telah memberitahu budaya dan adat resam bangsa berkulit hitam di pergunungan Irian telah menambahkan lagi keyakinan ini.

Al-Fadhil Ustaz Fadzlan Garamatan, pendakwah dari Irian. Untuk membaca perjalanan dakwahnya sila ke http://arana-arana.blogspot.com

Menurut Ustaz Fadzlan Garamatan hingga hari ini masyarakat Irian masih mengamalkan tarian dan nyanyian yang menyatakan bahawa mereka berasal dari atas gunung, berasal dari kapal yang terdampar dimana di sanalah mereka bermula. Hal ini yang dianggap pelik oleh sebilangan rakyat Indonesia menjadi satu lagi bukti kapal Noh a.s. bukan sebuah. Menurut Ustaz Fadzlan, bangsa Irian tidak boleh digelar PAPUA kerana maksud perkataan tersebut tidak sesuai malah buruk. Papua adalah istilah Belanda kepada bangsa Irian sedangkan nama asal mereka ialah "Nuu Waar" yang bermaksud cahaya tersembunyi dari Timur "a Hiden Shine from East".


SELESAI BAHAGIAN 2.

Tajuk seterusnya dibahagian tiga di posting akan datang.

Post a Comment