Faham Kebangsaan: Antara salah dan Benar

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, June 22, 2010 0 ulasan

"Sesiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Dia akan memberinya kefahaman dalam agama." Sahih Al-Bukhari, Hadis no: 71.

Bukanlah
menghairankan apabila seorang pengkaji sejarah amatur yang berusaha mengkaji sejarah bangsa dan asal-usul nenek moyangnya melelehkan air mata malah menangis terisak-isak terharu bila menemui beberapa fakta sejarah berkenaan kekuatan dan keagungan bangsanya di masa lalu. Sebilangan daripada mereka terisak-isak menyemburkan air mata adalah kerana semangat "kebangsaan" dalam jiwaraganya yang begitu tinggi mungkin sehingga tahap "sawan" (gila babi). Ia adalah ekspresi biasa dari golongan manusia yang tertindas dan "tersial" sehingga merasakan perlu mengkaji sejarah bangsa agar tidak selamanya "sial".

Mengkaji dan terus mengkaji maka penemuan demi penemuan dikumpulkan sehingga terhasillah satu jawaban. Jawaban yang akan diungkap dalam penulisan, lukisan, arca, nyanyian, sehingga akhirnya membawa kepada perancangan, komplot dan konspirasi. Demi pembaharuan dan kemajuan maka anjakan paradigma kepada bangsanya perlu dilakukan iaitu menjadikan BANGSAnya lebih tinggi dengan memusnahkan bangsa lain yang sebelum ini "berkomplot" menindas-musnahkan BANGSAnya. Pembalasan perlu dilakukan, dendam tetap membara. Inilah dia yang dikatakan SEMANGAT KEBANGSAAN. Maka perjuangan akan menjadi Perjuangan Kebangsaan. Pemikiran sudah jadi Fikir Kebangsaan. Pendek kata segala-galanya kebangsaan.

Inilah penyakit "pejuang" yang sedang berjuang hari ini. Perjuangan yang disusupi penyakit kebangsaan seperti ini bukanlah pejuang kebenaran tetapi hanyalah pejuang yang akan meneruskan kitaran keganasan dan kejahatan di muka bumi. Sebab itu muncul kumpulan kuffar seperti kumpulan penggerak Freemason (MASONIC) yang berjuang untuk membebaskan tanah dan bangsa YAHUDI. Sementara bangsa lain adalah Goyyim.
  • Bagaimana mungkin kita tergamak mendakwa "kamilah satu-satunya bangsa Melayu asli" yang lain bukan?
  • Bagaimana mungkin kita tergamak mendakwa "kamilah sebenarnya bangsa Tausug asli" yang lain bukan?
Siapakah yang boleh memberi jaminan bahawa bangsa anda sahajalah yang asli berbanding yang lain kerana mereka mengaku sebangsa dengan anda? Ternyata di dalam dunia ini tiada satu pun yang kekal keaslian darah keturunannya kecuali kesemuanya telah dilanda "asimilasi" yakni telah berkahwin campur dengan bangsa-bangsa lain. Ternyata sekali pun antara kita berlainan warna kulit, putih ataun hitam, bermata sepet atau bulat, tinggi atau rendah, berambut kerinting atau berambut lurus, cantik atau hodoh namun kita manusia tetap berasal dari jalur keturunan yang sama iaitu keturunan Nabi Allah Adam a.s., kecualilah anda berfahaman Darwin yang mengatakan "manusia berasal dari monyet".


SEJARAH NASIONALISME (KEBANGSAAN) ALA BARAT
Sejarah dunia merakamkan bahawa nasionalisme dalam pengertian negara-bangsa (nation-state) bermula dari benua Eropah di sekitar abad pertengahan. Kesedaran itu dicetuskan oleh gerakan Reformasi Protestan yang dipelopori oleh Martin Luther di Jerman.

Luther dikatakan tokoh pembaharu yang menentang Gereja Katolik Rom yang berjaya memukau dan merangsang semangat kebangsaan Jerman melalui kerja perterjemahannya terhadap Perjanjian Baru ke dalam bahasa Jerman: (Dault, Adhyaksa, Islam dan Nasionalisme: Reposisi Wacana Universal Dalam Konteks Nasional, Jakarta: Pustaka al-Kautsar, 2005).

Pada awal kemunculannya, nasionalisme di Eropah mengambil kira persoalan tentang hak-hak asasi manusia. Dalam perkembangannya, nasionalisme barat akhirnya meletakkan kekuasaan kolektif dalam negara lebih utama daripada kemerdekaan individu. Ini bermakna, nasionalisme mula menjadikan negara sebagai pusat segalanya.

Misalannya, Hegel berpendirian bahawa kepentingan negara mesti didahulukan dalam hubungan negara-masyarakat kerana ia merupakan kepentingan objektif, sebaliknya kepentingan individu adalah kepentingan subjektif.

Falsafah yang diketengahkannya ialah negara adalah ideal (geist) dan kerananya individu dapat menjadi sesuatu yang objektif melalui keanggotaannya dalam negara. (Simandjuntak, Pandangan Negara Integralistik: Sumber, Unsur, dan Riwayatnya Dalam Persiapan UUD 1945. Jakarta: Pustaka Utama Grafiti, 2003)

Bermusuh dan memanjangkan persengketaan sesama Muslimin sangat dilarang oleh Islam.

Apakah implikasi fahaman kebangsaan versi Barat itu?
Bertolak dari pengertian nasionalisme yang memusatkan kepada negara atas semangat ras dan etnik maka nasionalisme barat telah mendorong masyarakat Eropah melakukan ekspansi (perluasan) ke wilayah lain melalui aktiviti penjajahan atau imperialisme.

Absolutisme (kemutlakan) negara yang diasasaskan atas pusat etnosentrisme akhirnya mendorong kepada rasisme yang terkadang menjadikan sebuah pemerintahan menjadi fasis.
Dalam sejarahnya, fasisme mempunyai hubungan erat dengan rasisme yang meninggikan kedudukan sebagian ras (suku) atas sebahagian yang lain.

Sumber: http://www.jasa.gov.my


APA KATA AL-QUR'AN DAN AS-SUNNAH SERTA ULAMA'?
Adakah Islam mempunyai akar umbi semangat kebangsaan? Dalam Islam, berdasarkan pandangan beberapa sarjana Islam, maksud yang ada kaitan dengan semangat kebangsaan atau nasionalisme itu ialah istilah wathan (tanah air), Dar al-islam dan Diyar al-islam. Perkara ini akan dihurai lanjut di bawah pandangan tokoh dan sarjana Islam.

Bezanya ialah falsafah nasionalisme barat melihat kepada batasan etnik, sebaliknya Islam melihat dalam kerangka utama kecintaan kepada wilayah-wilayah intima` (afiliasi), iaitu dalam batasan makro yang melampaui batasan kenegerian, ras dan etnik yang diikat dengan kalimah tauhid (La ilaha illallah-pent).

HASAN AL-BANNA, pengasas jemaah Ikhwanul Muslimin berpendangan bahawa apabila yang dimaksud nasionalisme itu sebagai kerinduan atau keprihatinan terhadap tanah air, keharusan berjuang membebaskan tanah air dari cengkaman penjajahan dan ikatan kekeluargaan antara masyarakat, maka nasionalisme sedemikian dapat diterima, malah dalam situasai tertentu dianggap sebagai kewajipan yang harus dipikul (Dault, Adhyaksa: Islam dan Nasionalisme, Reposisi Wacana Universal Dalam Konteks Nasional, Jakarta: Pustaka al-Kautsar, 2005).

IBN KHALDUN, sarjana sosiologi dan sejarah, juga tokoh agama dan politik terkenal mengemukakan teori sosial yang dikenali sebagai asabiyyah berpendapat bahawa asabiyyah sebagai faktor utama kepada kewujudan sesebuah negara dan kerajaan.
Asabiyyah, asasbiyyun, ta`asub dari akar kata asaba yang bermaksud mengikat, menambat atau memintal sesuatu. Asabiyyah diertikannya sebagai semangat kekeluargaan , kesedaran berkelompok atau setiakawan dan perpaduan (solidarity).

Menurut Ibn Khaldun, dari segi politik asabiyyah tidak semestinya wujud melalui hubungan darah tetapi melalui ikatan erat dan lama sebagai anggota dalam satu kelompok (masyarakat).

Menurutnya keutuhan sesebuah negeri/ kerajaan amat bergantung kepada kekuatan asabiyyah. Baginya doktrin keagamaan semata-mata tidak mampu mempertahankan kekuasaan tanpa perasaan asabiyyah.

Beliau turut menegaskan perlunya peraturan dan undang-undang ditegakkan di bawah pemerintah yang kuat asabiyyah (Muhd Yusuf Ibrahim, Mahayudin Haji Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan dan karya, DBP, 1988).

DR MUHAMAMD IMARAH menyatakan nasionalisme adalah sentimen dan ikatan fitrah melalui kehendak untuk memperkukuh kesetiaan manusia pada wathan. Beliau menyebut Al-Quran mengungkap istilah wathan dengan diyar, iaitu bentuk jamak dari kata dar. Ia membawa maksud negeri atau tempat tinggal.

Beliau merujuk ayat 6, surah al-Mumtahanah yang bermaksud:
"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tiada memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengusir kaum dari negerimu".

Berdasarkan ayat Al-Quran dan hadis-hadis tersebut dapatlah difahami bahawa wathan adalah fitrah rasa cinta pada negeri tempat kelahiran dan tempat tinggal.

Hujah beliau lagi, penegakkan Islam sebagai agama hanya dapat menjadi realiti dengan adanya negeri, tempat tinggal dan geografi. Dengan adanya elemen terbabit maka dapat dibuktikan adanya peradaban Islam.

Dalam konteks ini, keharusan intima` (afiliasi) kepada tanah air diperluaskan kepada dimensi wilayah intima`.

Sumber: http://www.jasa.gov.my


Dalam Al-Quran Allah swt berfirman dalam Surah Al-Hujrat (49) ayat 13, bermaksud,

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Walau bagaimana pun Islam menggalakkan mempelajari nasab keturunan untuk menjalin persaudaraan yang lebih baik dan harmoni. Hal nasab ini diperjelaskan lagi oleh Rasulullah s.a.w. Dari Abu Hurairah r.a. katanya, bersabda Rasulullah s.a.w.,

"Pelajarilah olehmu tentang nasab-nasab kamu agar dapat terjalin dengannya tali persaudaraan kamu. Sesungguhnya menjalin tali persaudaraan itu akan membawa kecintaan terhadap keluarga, menambah harta, memanjangkan umur dan merelakan Allah". Diriwayatkan oleh Ahmad dalam musnadnya, Tirmizi dan Al-Hakim.

Yang dilarang oleh Islam ialah fanatisma kebangsaan atau Assabiyyah, iaitu hanya mengangkat bangsanya sendiri dengan menidakkan atau merendahkan bangsa lain. Tiada orang Islam yang berfikir demikian kecuali mereka yang "putus wayar" yang berfikiran dia sahaja yang hidup dalam dunia ini tanpa memerlukan orang lain.

Hadis Nabi SAW seterusnya menjelaskan yang bermaksud: Telah bertanya seorang lelaki: "Wahai Rasulullah, adakah dianggap fanatik puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda, tidak, tetapi fanatik puak ialah seorang yang menolong kaum bangsanya kepada kezaliman."

Seterusnya dari anak Wasilah bin Asqa bahawa beliau telah mendengar bapanya (Wasilah) berkata: "Aku bertanya Rasullulah, apakah dia assabiyah itu? Jawab Baginda: Bahawa engkau menolong kaummu di atas dasar kezaliman."


PERJUANGAN BANGSA SULU (TAUSUG)
Perjuangan Bangsa Sulu hari ini untuk membebaskan diri mereka dari cengkaman kuffar yang bukan sahaja dari kerajaan Filipina malah membebaskan diri dari sistem Yahudi secara keseluruhannya. Negara-negara yang dihuni oleh umat Islam di seluruh dunia hari ini walau pun telah diiktiraf sebagai "negara merdeka" tetapi secara realitinya sistem ekonomi dan siyasahnya masih dalam cengkaman "penjajahan". Sedar atau tidak hal ini tidak dapat dilakukan apa-apa kecuali bersatu secara "one ummah" dan "One Kalimah" keluar dari sistem kuffar sebelum terlambat. Kita sangat berharap slogan "One Malaysia" dijadikan permulaan untuk kemerdekaan yang sebenar di dalam dunia yang fana ini.


"Sesungguhnya orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was daripada syaitan, mereka segera mengingat Allah, dengan demikian mereka dapat segera melihat kesalahan diri mereka" (Al A'raf 7 : 201)


ASREESULU

Post a Comment