Kiyaingatan Niyu Baha'? TAHUKAH ANDA?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, October 24, 2009 1 ulasan

Rakyat Sultan Sulu sedang mengangkat bendera kebangsaan mereka di tepi pantai Jolo pada 1933. Ketika ini negara Malaysia, Filipina, Indonesia, Thailand belum muncul dan diiktiraf sebagai negara lagi oleh Dunia. Raayat sin Sultan Sulu imaangkat sin panji hula' nila ha higad dagat sin Jolo ha tahun 1933. Ha masa ini in hula Malaysia, Indonesia, Philippines, Thailand way pa na imuplut nahinang hula' atawa iktiraf sin Dunia.


Tahukah Anda?
United Tausug Citizens (UTC) bukannya rakyat Filipina? Mereka adalah perkumpulan rakyat Sulu yang mahukan kemerdekaan secara keamanan dan menggunakan perundangan antarabangsa.

Kiyaingatan Niyu Baha'?
In United Tausug Citizens (UTC) bukun sila Filipino? In Sila nabilang daing ha manga raayat sin Sulu amin mabaya' magpalimaya sin hula' atawakan kamahardikaan ha labay kasulutan (bukun bunu') ha sara' sin International Law.

--------------------

Tahukah Anda?
Kerajaan Filipina akan menangkap dan mendakwa memenjarakan kepada sesiapa sahaja rakyatnya di Sulu yang tidak membayar cukai kepala dinamakan SAIDULA? Tetapi UTC tidak ditangkap malah tidak boleh diganggu sekali pun tiada SAIDULA. Ini membuktikan kedaulatan Sulu masih wujud dan menjelaskan bahawa Tausug (Buranun, Taguimah, Baklaya, Sama-Bajau, Kagayan, Yakan, Kalibugan etc) mereka bukan Filipino (rakyat Filipina), mereka punya kewarganegaraan sendiri.

Kiyaingatan Niyu Baha'?
In pamarintah sin Philippines saggawun iban jilun nila in manga raayat nila bang way SAIDULA? Sagawa' in manga UTC di' nila saggawun atawakan unu-unuhun misan way SAIDULA. Ini nahinang hambuuk bukti' in daulat sin Sulu asal wujud pa masi iban matilagna in Tausug (Buranun, Taguimah, Baklaya, Sama-Bajau, Kagayan, Yakan, Kalibugan etc) bukun sila Filipino, in sila awun asal Citizenship nila.

-------------------

Tahukah Anda?
Gerakan Kemerdekaan Sulu oleh UTC tidak pernah menyebut "Menuntut SABAH atau North Borneo" dalam manifesto mahu pun Consultation mereka? Kerana kedudukan Sabah telah pun dimaklumi. Bagi UTC tuntutan terhadap Sabah bukannya kehendak dan persetujuan rakyat Sulu secara keseluruhan, yang menuntut selama ini ialah Filipina menggunakan hak "Kesultanan Sulu".

Kiyaingatan Niyu Baha'?
Kuhibal kamahardikaan Sulu sin UTC way sila nagsabbut "Magtuntut sin Sabah atawakan North Borneo" halaum manifesto atawa Consultation nila? Sabab in taghak ha Sabah asal da ma'lum (kiyaingatan da asal). Bang ha UTC in magtuntut sin Sabah bihaun bukun plano atawakan kahandak sin raayat Sulu ha katiluagan, in nag tuntut yan amura Philippines iyusal niya in ngan sin "Sultanate of Sulu".

----------------

Tahukah Anda?
Sebelum kewujudan negara Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand setelah Perang Dunia ke-II yang diiktiraf oleh Dunia, Sulu sudah pun lama menjadi negara, bukan setakat diiktiraf sebagai "negara" malah sebagai satu "Empayar" sebagaimana Empayar China. Buktinya terdapat "Laut China" dan "Laut Sulu".

Kiyaingatan Niyu Baha'?
Sawaypa na-awun in hula' Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand ha natapus sadja in Bunu' Dunia hika-II amu in iktiraf sin Dunia bihaun, in Sulu asal malugay na nahinang hula', lagi' bukun sadja hat iktiraf in siya asal hula' sagawa' asal siyasabbut iban kiyasulat na in siya hambuuk "Empayar" simali' ha "Empayar China". In bukti' niya awun "Laud China" iban "Laud Sulu".


ASREESULU

YAHUDI-ZIONIS PEMUSNAH DUNIA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, October 23, 2009 0 ulasan



Khatib Palestin berkhutbah di atas mimbar menjelaskan kejahatan Yahudi-Zionis sehingga berjaya menghancurkan negera-negara besar dunia. Sebagaimana mereka berjaya memusnahkan kerajaan Great Britain, Francis, Tzar Russia, Portugal, German dan Turky Othmaniyyah, mereka juga sedang memusnahkan Amerika Syarikat.

Khatib juga percaya bahawa penyakit-penyakit berjangkit yang sedang menular (termasuk AIDS) adalah angkara Zionis-Yahudi. Penulis paparkan untuk renungan dan pengetahuan am kita bersama.

MENCATUR SULU, MENCATUR NUSANTARA
Sekarang mereka berada di Sulu melancarkan peperangan dengan angkatan bersenjata pemisah Tausug. Menurut perkiraan penulis sekiranya mereka memang benar-benar mahu menghancurkan Nusantara, memulakannya di Sulu adalah satu-satunya jalan untuk melakukannya. Mereka berjaya menjadikan Kerajaan AS berhutang 99Trillion USD kepada bank-bank mereka, menyebabkan AS "Dicucuk Hidung" mengarah kemana sahaja mengikut kemahuan mereka. Tentera AS adalah tentera Zionis-Yahudi juga, setiap perancangan dan gerakan AS adalah terhasil dari mereka sendiri.

ASREE

Estrada ikrar perangi gerila Islam

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, October 22, 2009 0 ulasan


MANILA - Bekas pemimpin Filipina, Joseph Estrada semalam berikrar untuk melancarkan perang habis-habisan terhadap gerila-gerila Islam dan pengganas komunis jika beliau menang pilihan raya presiden pada tahun depan.

Bekas bintang filem yang pernah dipenjarakan atas tuduhan rasuah itu menyatakan demikian sebelum dia secara rasmi melancarkan kempen untuk bertanding jawatan presiden hari ini.

Menurutnya, masalah ekonomi negara-negara Asia Tenggara boleh diatasi jika wujudnya keamanan.

"Kita terpaksa mengisytiharkan perang habis-habsian terhadap pemberontakan," kata Estrada yang berumur 72 tahun pada satu forum antikemiskinan anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Estrada menjadi presiden pada 1998 tetapi dipecat oleh Parlimen tiga tahun kemudian kerana dakwaan rasuah dan digantikan dengan Gloria Macapagal Arroyo.

Beliau terkenal dengan dasar keras terhadap pemberontak. Pada zaman pemerintahannya, pangkalan utama Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Pulau Mindanao pernah ditawan tentera.

Estrada kini berada di tempat ketiga dalam tinjauan pendapat terhadap calon pilihan raya presiden pada Mei 2010.

Anak lelaki Corazon Aquino, Benigno "Noynoy" Aquino kini mendahului Arroyo dan Estrada. - AFP


Ulasan:
"Kahahahaha... Joseph Estrada mau lawan pemberontak Islam? Mereka kata telah berjaya kalahkan MILF di Mindanao, betulkah? Kalau hanya setakat kem sahaja yang mereka boleh ambil alih itu bukannya kemenangan, sampai hari ini MILF masih kuat dan berpengaruh berbanding Estrada. Kalau pun benar, dia bolehlah kalahkan Mujahidin MILF di Mindanao tetapi bukan Mujahidin di Sulu."

Bagi penulis itu hanya retorik J. Estrada untuk memancing undi demi semata-mata menjadikannya presiden Filipina kali kedua. Rasanya dengan usia yang begini tua dengan perut buncit yang dipenuhi "cacing pita" dibimbangi setelah naik kerusi presiden usianya makin pendek. Beliau adalah manusia yang kuat makan babi dan kuat memusuhi umat Islam Mindanao dan Sulu.

Sebenarnya Filipina berani memerangi pemberontak Sulu dan Mindanao disebabkan para pemberontak adalah warga Filipina juga. Sebab itu OIC dan PBB hanya setakat tanya khabar dan mengajak ke meja rundingan tahap "hangat-hangat taik ayam" sahaja. Adalah kerana pemberontakan tersebut adalah masalah dalaman Filipina.

Tetapi pasti akan berlaku sebaliknya kalau yang mereka perangi ialah UTC. Mereka akan kaku dan tidak dapat bergerak ditempat mereka sekiranya yang bangkit memerangi mereka secara bersenjata ialah UTC sendiri. UTC bukan warganegara Filipina, Sulu adalah wilayah mereka sendiri. UTC memerangi Filipina dari tempat mereka sendiri sekiranya Filipina melawan PBB dan masyarakat antarabangsa akan timbulkan kes tersebut sebagai masalah antara negara, Sulu diganyang oleh Filipina.

Tinggal lagi UTC hari ini berkempen menentang peperangan dan menentang keganasan. UTC tidak akan mengangkat senjata kerana bukan keperluan ketika ini. UTC telah mengkaji dari segala segi termasuk mengkaji dasar-dasar ASEAN, OIC, NATO, UN, ICJ dan mendapati "perang" di Sulu tidak akan mendapat layanan sampai bila-bila. Melihat kepada kes tuntutan Sipadan/Ligitan dan Pulau Batu Putih, UTC berpendapat membangkitkan sejarah dan mengumpul bukti yang boleh dijadikan kes perundangan lebih utama berbanding berperah tenaga berperang dengan sia-sia. Menurut UTC, jihad tidak boleh ditinggalkan oleh ummat Muhammad SAW. Jihad senjata adalah jalan atau pilihan terakhir, jihad mesti dengan strategi dan bijak melihat keadaan semasa.

Ketika ini tangan ummat Islam terikat menyebabkan untuk membantu pemberontakan dan peperangan umat Islam negara lain adalah sangat mustahil, kecuali bencana alam seperti gempa bumi di Padang dan Taufan di Utara Filipina. Lihat saja hari ini, ketika mujahidin dilanyak di Jolo, negara ummat Islam lain termasuk Malaysia dan Indonesia tidak akan melayan "berita perang dari Jolo" sekali pun hanya laporan berita di surat khabar harian.

ASREESULU

NELDY JOLO: Summit 17 November adalah PENENTU

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, October 21, 2009 0 ulasan

Semalam 21 Oktober 2009 penulis menghubungi Neldy Jolo yang sekarang berada di Jolo (sbt Holo) dalam misinya menjelajah Kepulauan Sulu. Beliau akan bercerita tentang situasi perang di Jolo, reaksi penduduk Sulu sendiri terhadap peperangan sekarang, reaksi United Tausug Citizens (UTC) dan barisan kepimpinannya, serta penjelasan beliau terhadap Summit Meeting 17 November nanti. Berikut ialah penjelasan beliau secara ringkas sekadar yang penulis ingat:

KETIKA DI TAWI-TAWI 18 Oktober
Ketika sampai di Pulau Bongao, Tawi-Tawi, beliau langsung bertemu dengan Prof. Rajan dari MSU (Mindanao State University) Bongao. Prof. Rajan menjelaskan beberapa konsep dan ideanya berkenaan jalan-jalan kemerdekaan dalam konteks Kebangsaan SULU. Setelah itu beliau membuat kajiselidik tentang kekuatan dan kelangsungan UTC di sini, beberapa kelemahan telah dikenalpasti untuk tindakan lanjut.

Suasana di Tawi-Tawi sekarang sangat "panas" rentetan peperangan di Jolo baru-baru ini yang masih berlanjutan hingga sekarang. Hampir setiap minggu ada saja yang mati dibunuh oleh pihak keselamatan Filipina kerana dituduh bersubahat atau menjadi anggota Abu Sayyaf. Kebanyakan yang dibunuh ialah individu ahli jamaah masjid dan surau yang menurut penduduk setempat bukanlah anggota Abu Sayyaf. Samada hanya laporan fitnah berunsur permusuhan peribadi atau benar-benar Abu Sayyaf masih belum jelas. Kalau pun mungkin, hanya sekadar kambing hitam sahaja memenuhi tugasan mereka.

19 Oktober DI PULAU SIASI
Neldy bertolak dari Pulau Bongao menaiki kapal laut ke Pulau Siasi yang lokasinya pertengahan antara Pulau Jolo dan Pulau Tawi-Tawi. Ketika sampai di Pulau Siasi beliau memberitahu keadaannya lebih "panas" berbanding di Tawi-Tawi. Beliau mengambil gambar suasana di Pekan Siaisi menggunakan kamera digital menyebabkan kehairanan orang disekelilingnya. Penduduk Tausug Siasi memandangnya dengan pandangan negatif, Neldy risau dia disalah anggap sebagai "Tali Barut" kerajaan Filipina, lalu beliau mengemas barangnya terus menaiki kapal laut sambung perjalanan menuju ke Pulau Jolo.

Dalam keadaan suasana perang di Jolo seperti ini walau pun tidak diistihar darurat tetapi pergerakan amat terbatas terutama di kalangan komuniti Tausug. Neldy telah membuat kajiselidik terhadap beberapa orang Tausug di Pulau Siasi yang sempat beliau tanya, bahawa mereka (Tausug Siasi) sekiranya perang berlanjutan mereka tidak akan berdiam diri. Sekiranya ancaman semakin meluas sampai ke Siasi, mereka akan berkumpul melawan Kerajaan Filipina dengan senjata kerana majoriti Tausug Siasi memiliki senjata sendiri yang tersimpan di rumah-rumah mereka.

Neldy turut menjelaskan apa sebenarnya yang penduduk Tawi-Tawi dan Siasi faham tentang peperangan di Jolo sekarang. Mereka menyatakan bahawa apa yang mereka faham terhadap peperangan tersebut telah dimulai oleh tentera Filipina sendiri. Menurut mereka lagi, tentera Filipina sebenarnya mahu membunuh Nur Misuari pada pagi hari raya Adil Fitri tempohari. Tentera Filipina menganggarkan Nur Misuari akan bersembahyang sunat Aidil Fitri di Masjid Marang pada pagi 20 September lalu yang pastinya akan ditemani oleh rakan-rakannya seperti Komander Khaid dan beberapa orang lagi maka mudahlah menghapuskan semuanya dalam satu masjid.

(ketika penulis menghubungi Hj Kerry berkenaan hal ini, beliau tidak bersetuju dengan dakwaan Nur Misuari yang mereka hendak bunuh kerana perjanjian Final Peace Agreement antara MNLF dan Kerajaan Filipina masih berkuatkuasa. Sebarang pembunuhan terhadap Nur Misuari akan menyebabkan PBB dan OIC akan menghukum Filipina. Bagi Hj Kerry ada sesuatu atau hal lain yang menjadi punca peperangan di Jolo itu)

DI JOLO PADA 20 Oktober
Beliau sampai ke Bandar Jolo dan terus ke Istana Billukan Drive, Buansa. Beliau disambut oleh Perdana Menteri UTC, Saudara Asarani. Beberapa puluh orang telah menunggu untuk mendengar ceramah dari Neldy Jolo yang baru sampai. Majlis ceramah dan penjelasan bermula siang sampailah ke malam seterusnya selesai sebelum subuh. Saudara Atty. Meltino Jaujan Sibulan (Peguam UTC) turut hadir dan memberi penjelasan. Antara penjelasan Neldy ialah berkisar tentang fitnah dan adu domba dalam UTC dan memberi jalan penyelesaiannya.

Menurut Neldy fitnah dan adu domba adalah lumrah (dinamika) dalam mana-mana pertubuhan atau perkumpulan. Hal ini adalah masalah dalaman (internal) yang boleh diselesaikan, pastinya tidak akan mengganggu atau menghancurkan kesatuan UTC. Sebagai contoh, betapa teruk pun fitnah dan adu domba dalam arena politik Indonesia dan Malaysia, mereka tetap bertahan dan bersatu dalam pemerintahan.


PENDIRIAN UTC TERHADAP PERANG DI JOLO
Neldy bersembang panjang dengan Perdana Menteri UTC iaitu saudara Asarani berkenaan pendirian UTC terhadap peperangan di Jolo sekarang. Kebetulan Asarani sendiri adalah bekas anggota MNLF dan keluarga beliau termasuk beberapa orang Komander MNLF adalah juga keluarga beliau sendiri. Asarani juga punya ramai keluarga rapat yang bekerja dengan kerajaan Filipina termasuk beberapa orang professor dan anggota polis berjawatan tinggi. Sebenarnya beginilah situasi sebenar Tausug di Jolo, sesama mereka mempunyai kaitan keluarga dan saling bantu-membantu sesama mereka.

Neldy mengatakan bahawa Asarani telah memberitahunya apa pendirian UTC terhadap perang di Jolo. Pendirian UTC,

"Perang di Jolo sekarang ialah jelas peparangan tentera Filipina melawan rakyat Filipina yang memberontak. Kami UTC bukan rakyat Filipina, ahli UTC yang berada dalam zon perang dipergunungan Jolo walau pun mereka membawa senjata, tentera Filipina tiada hak merampas senjata mahu pun menangkap dan menyoal siasat mereka".

Menurut peguam UTC, Atty. Meltino Jaujan Sibulan tentera Filipina akan mereka tuntut di mahkamah antarabangsa sekiranya rakyat Kesultanan Sulu (UTC) mereka aniaya dan perlakukan mereka seperti penjenayah di negara mereka sendiri. Tetapi sekiranya tidak melibatkan UTC iaitu mereka yang punya Saidula (resit cukai kepala Filipina) dan punya kad pengundi Filipina (Voter Card) itu adalah hak Filipina dan terpulanglah kepada mereka mahu buat apa. Kerana UTC pun tidak ada hak mencampuri urusan dalaman Filipina sebagaimana Filipina sendiri tidak mencampuri urusan UTC selama ini. Tinggal lagi, sekiranya tentera Filipina mengebom membabi-buta sehingga memusnah dan membunuh rakyat yang tidak berdosa maka UTC akan mengecam Filipina serta menuntutnya atas kesalahan jenayah kemanusiaan.

Neldy mengatakan menurut laporan Asarani, beberapa orang telah tertangkap di pedalaman Jolo dalam kawasan zon perang baru-baru ini. Antara yang tertangkap ialah seorang ahli UTC, setelah menunjukkan surat kelahiran UTC sebagai pengesahan yang beliau bukan rakyat Filipina beliau dibebaskan tanpa syarat manakala saudaranya yang lain dibelasah teruk dalam soal-siasat kerana mereka membawa Voter Card Filipina dalam dompet. Oleh kerana mereka tertangkap dalam zon perang mereka dianggap warga Filipina yang menyertai Abu Sayyaf dan MNLF yang memberontak.


AJAKAN UTC MENYERTAI SUMMIT 17 November
Menurut UTC satu-satunya jalan keamanan dan kemerdekaan Sulu ialah Tausug kena mewujudkan kewarganegaraan mereka sendiri sebagaimana sejarahnya yang lalu. Selagi mereka tidak mencari jalan kearah kewarganegaraan sendiri selagi itulah darah mereka "halal" dibunuh oleh kufar Filipina. Menurut UTC, dunia apatah lagi ASEAN tidak akan dapat membantu umat Islam Sulu untuk melanjutkan peperangan seperti yang berlaku sebelum ini. Sekarang adalah masa perdamaian dan permainan bukti menggunakan mahkamah antarabangsa.

Sekarang masa kebijaksanaan bukti sejarah dan perundangan menggunakan undang-undang antarabangsa (International Law) bukan lagi peperangan. Manusia hari ini sudah lali dengan peperangan dan pembunuhan apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang semakin merudum. Pastinya manusia lebih memilih hidup nafsi-nafsi atau "kubur masing-masing" untuk menyelamat tali perut sendiri berbanding membantu umat lain yang sedang dalam kesengsaraan. Tiada siapa yang mahu menyerahkan simpanan "nasi" terakhirnya kepada orang lain. Sebab itu mengapa Summit 17 November 2009 ini begitu penting kepada Umat Islam Sulu.

UTC telah memberi cadangan melancarkan Summit 17 Nov ini tetapi tidak pula menganggap bahawa dirinyalah yang sepatutnya diangkat sebagai "Pemerintah Sulu". Summit ini diadakan bertujuan membincangkan isu kemerdekaan Sulu di meja bulat yang mana perlunya dihadiri oleh semua lapisan pemimpim masyarakat samada mereka UTC, MNLF, MILF, ABU SAYYAF, UMOA, MILF, pegawai yang bekerja dalam kerajaan Filipina termasuk Mayor dan Gobernor, Ketua kampung, para Datu, para Syarif, para ustaz atau Ulama', Tausug Malaysian, Tausug Indonesian juga turut dijemput hadir. Suara cadangan dan idea membina dari semua hadirin akan diambil kira dalam Summit tersebut. Tujuan utamanya ialah mencari kata putus apa sebenarnya yang dimahukan oleh Bangsa Sulu. Mereka mahu kemerdekaan secara keamanan atau peperangan?


TINDAKBALAS TERHADAP SUMMIT
UTC bermula dari Jolo sehingga ke Zamboanga dan Basilan, dari Tawi-Tawi sehingga ke Sabah surat jemputan telah mereka edarkan. Samada dijemput secara mulut atau surat rasmi bukanlah persoalannya, yang penting setelah mengetahui tujuan dan bila Summit diadakan adalah menjadi satu kewajiban kepada semua pihak untuk menghadirinya. Ianya pasti tercatat dalam sejarah Sulu sampai bila-bila.

Antara mereka yang menyatakan kehadiran ialah Mayor dan Gobernor Sulu sendiri iaitu Gobernor Abdulsakur Tan. UTC menemuinya menyerahkan surat jemputan ke Summit, beliau bersetuju hadir demi Bangsa, Negara dan Agama. Demikian juga dikalangan para Komander MNLF mereka turut menyatakan persetujuan untuk hadir. Menurut Asarani, pemimpin atau para Komander MNLF walau pun telah setuju hadir tetapi tidak dapat menghadirinya kerana mereka pasti akan digempur oleh tentera Filipina kerana mereka sudah tersenarai sebagai "BERSALAH", apa yang mereka perlu buat ialah mengarahkan anak isteri mereka menghadiri Summit untuk mereka yang sedang berperang.

Menurut Neldy, para Komander MNLF yang sedang berperang di pedalaman Jolo ketika ini telah bertanya, "Sekiranya Summit 17 November ini gagal maka apakah tindakan seterusnya? Bukankah ini bermakna PEPERANGAN juga yang menjadi jawabannya? Kami tidak akan berhenti berperang selagi tiada jalan penyelesaian."

Menurut Asarani dan Atty. Meltino, kalau pun Summit tidak dapat membuahkan hasil yang diharapkan, UTC tetap akan meneruskan cara keamanan iaitu secara pemahaman sejarah kepada semua umat Islam Sulu. UTC setiap minggu masuk kampung keluar kampung di pedalaman Jolo menjelaskan konsep UTC (Kewarganageraan Sulu yang hilang mesti dikembalikan dengan cara memahami konsep Tausug dan Kesultanan Sulu). Setiap hari umat Islam Sulu yang datang dari semua pelusuk kampung mendaftar "Surat Kelahiran" UTC di pejabat mereka di Billukan Drive, Buansa Sulu.

Laporan berdasarkan kenyataan Neldy Jolo dalam telefon.

ASREESULU

Ketakutan Filipina: ISLAMISASI SEMAKIN MENULAR

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, October 18, 2009 0 ulasan

Ketakutan kerajaan Filipina semakin menjadi-jadi terutama ketakutan terhadap Islamisasi yang melanda umat Kristian Visaya dan Tagalog di Manila hari ini. Ribuan penganut Kristian yang terdiri dari kalangan bawahan sehinggalah kepada golongan kaya termasuk golongan artis atau selebriti telah mula menganut Islam.

Di Filipina, sesiapa yang menganut Kristian sebelum ini kemudian menganut Islam, mereka dipanggil sebagai "Balik Islam". Bermaksud "Telah kembali kepada agama asal iaitu Islam". Hal ini adalah hakikat dari kewujudan kekuasaan Sulu-Brunei ketika dulu ke atas semua wilayah kepulauan yang bermula dari Suluwesi (Sulawesi) sehingga ke Luzon sebelum kedatangan Spanyol.

Seorang artis terkenal Filipina bernama Robin Padilla sangat gembira dan bertuah setelah kembali kepada Islam. Menurut beliau, nenek moyang mereka sebelum kedatangan Spanyol adalah beragama Islam. Sekiranya kita menulusuri sejarah kita akan dapat mengesahkan hakikat ini, Tausug Taguimah dari Basilan sehingga ke Jolo telah pun menerima Islam seawal kurun ke-7 (lebih awal dari Brunei) yang dibawa dari China era pemerintahan Dinasti Tang (650-700 Masihi).

Tausug Taguimah adalah bangsa pedagang & pelayar yang dibantu oleh saudara mereka Tausug Sama-Bajau yang menjelajah memasarkan emas dan mutiara dari Jolo ke Cebu sehingga ke Manila seterusnya ke Champa (Vietnam hari ini). Setelah kedatangan para pedagang arab dan Habaib Hadramaut, Islamisasi semakin mengukuh dan tersusun. Maka muncullah Kesultanan Sulu pada awal abad 15, hampir seratus tahun sebelum penaklukan Spanyol keatas Cebu dan Manila.

Hari ini, para Jesuit masih meneruskan program "mengkristiankan" umat Islam Sulu dan Mindanao. Sebahagian kecil dari Tausug telah berjaya mereka kristiankan tetapi muslimin tidak berdiam diri. Malah hari ini berlaku sebaliknya, umat Kristian Filipina berduyun-duyun menganut Islam. Mereka bangga menjadi Islam kerana sudah jadi "saudara" Tausug di Jolo. Sebab itu Robin Padilla datang ke Jolo dan beliau disambut dengan meriah oleh Tausug disana sebagai Saudara Seaqidah dengan Tausug.

Beberapa orang pemimpin Kristian termasuk Madre (Nun) dan Padre (Priest) Katolik Filipina memeluk Islam.


Kebanyakan Madre dan Padre kembali kepada Islam adalah kerana peranan Tausug di Jolo. Video di atas salah satu buktinya.

Antara kaedah muslimin melawan kristianisasi dan berjaya menarik umat Kristian Filipina masuk Islam ialah dengan mengekalkan budaya nenek moyang iaitu "Bangga menjadi Tausug" dan "Bangga menjadi Ummat Muhammad SAW". Kebangsaan dan Agama tidak boleh dipisahkan oleh Tausug.

Bangga Menjadi Tausug, adalah satu slogan bukannya di mulut tetapi perlakuan. Di Manila sehingga ke Cebu dan Visaya, Tausug dipanggil Joloano bermaksud "Orang Jolo". Kebanggan sebagai Tausug adalah kerana keberanian "mempertahankan Aqidah dan hak" sehingga ketitisan darah yang terakhir. Bangga Menjadi Tausug bermakna bangga terhadap sifat dan sikap yang menjadi budaya.

Sebagao contoh, apabila ada orang Islam dianiaya oleh umat Kristian di Filipina, adalah dayus sekiranya Tausug tidak membelanya. Sebab itu peperangan di Jolo hari ini, Tausug bangkit bersama-sama bela-membela sesama mereka. Meminta sedekah, Mencuri, Memeras ugut dan menipu dalam perjanjian bukanlah sikap Tausug. Kerana kalau berlaku maka jelas telah mencalar maruah, ia perlu dibayar dengan darah dan perang saudara atau selama-lamanya menjadi buah mulut yang memalukan.

Bangga Menjadi Ummat Muhammad SAW, iaitu Tausug meneggakkan maksud dua kalimah syahadat dalam dirinya. Mengasihi Muhammad SAW dan para keluarganya serta mengasihi sekelian sahabatnya. Anak-anak wajib mengaji sekurang-kurangnya boleh membaca Al-Quran. Mencintai Muhammad SAW dizahirkan dengan mengadakan Maulidurrasul di sepanjang bulan Maulid setiap tahun. Mereka mengadakan pembacaan Kitab Al-Barzanji dan menjamu fakir miskin bermula dari selepas Isyak sehingga menjelang solat Subuh. Kemeriahan malam-malam Maulid begitu menggembirakan. Kemeriahan yang lebih meriah berbanding Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Budaya ini masih berlangsung sejak abad ke-15 lagi sehingga hari ini. Ini adalah SIMBOL Tausug yang menjadi kekuatan mereka bertahan berabad-abad diasak oleh Spanyol tetapi masih melawan sehingga tidak terkalah.

Kalau pun mereka secara majoriti begitu jahil Syariat, tetapi dengan mengamalkan budaya seperti di atas bagi mereka sudah mencukupi menjadi seorang Islam. Hal ini terjadi adalah peperangan yang panjang lantaran pengajian Fiqh begitu jarang dipelajari secara menyeluruh. Apa yang diperlukan oleh generasi muslim Tausug hari ini ialah menggiatkan pengajian Islam dengan menghantar anak-anak mereka ke Mesir, Yaman, Aceh-Indonesia, bila kembali ilmu Islam akan mereka kembangkan di sana.

PEMIMPIN & SELEBRITI TAUSUG DI MALAYSIA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 11 ulasan

Sementara penulis masih menunggu laporan perang dari Jolo ada baiknya kita melihat selebriti Tausug yang ada di Malaysia. Mungkin individu yang penulis paparkan sebagai Tausug ini menyebabkan kejutan atau histeria "tahap sawan" kepada pembaca. Penulis hanya menulis, kebenarannya kenalah para pembaca sendiri yang menyiasat. Sebenarnya penulis pun hairan, semenjak selesai menerbitkan buku Tausug & Kesultanan Sulu, bermacam individu menelefon dan berjumpa penulis memaklumkan selebriti itu dan selebriti ini adalah Tausug.

Kadang-kadang tengah malam buta pun penulis dihantarkan SMS kebenaran seorang selebriti yang menjadi komposer terkenal di Kuala Lumpur itu adalah Tausug. Dua hari lalu hati penulis mula terdetik untuk menulis tentang hal ini. Berikut ialah pendedahan yang mampu diberikan, sekiranya pembaca ada tambahan atau bangkangan sila kemukakan dalam chatbox:


TERKENAL SEBAGAI SELEBRITI ATAU PEMIMPIN

Pertama:

Almarhum Tun Datu Mustapha bin Datu Harun. Pemimpin Sabah yang tidak akan dilupa sampai bila-bila. Lahir dalam keluarga bangsawan para Datu Diraja Sulu. Seorang pemuzik yang mahir menggesek biola. Beliau adalah Tausug yang fasih berbahasa Inggeris.

Menurut beberapa pihak, Tun Mustapha sebenarnya adalah anak kepada Datu Paduka Muhammad Salleh (Mat Salleh) bukannya anak kandung Datu Harun. Kononnya sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau memberi tahu keluarganya bahawa beliau adalah anak kepada Datu Paduka Mat Salleh.

Pada tahun 2008, seorang sahabat penulis yang sudah agak tua yang tinggal di Sandakan telah menunjukkan gambar seorang pahlawan zaman British menentang Jepun di Sabah ketika dulu. Satu surat penghargaan dari kerajaan British-Australia yang dilekat sekeping gambar hitam putih mirip rupa Tun Datu Mustapha. Bila penulis tanya mengapa rupanya seperti rupa Tun Mustapha beliau mengatakan bahawa gambar tersebut adalah sepupu sekali kepada Tun Mustapha. Ayah mereka adik beradik, ayah Tun Mustapha ialah Datu Mat Salleh. Hal ini bukanlah mengejutkan kerana penulis telah pun dengar bahawa Tun Mustapha ialah anak Mat Salleh semenjak di sekolah rendah lagi. Siapa yang berminat melihatnya sila hubungi penulis.





Kedua:

Kenal wanita jelita ini? Beliau ialah heroin filem Laksamana Do Re Mi, salah satu filem P. Ramlee yang ditayangkan pada 1972. Penulis tidak ingat nama asalnya tetapi P. Ramlee memanggilnya Dayang Sulu.

Tidak lama dulu penulis terbaca biografi beliau dalam satu majalah wanita. Beliau menceritakan secara panjang lebar penglibatannya dalam industri perfileman era P. Ramlee. Beliau berasal dari Pulau Sulu yang menetap di Sabah. Entah bagaimana P. Ramlee datang ke Sabah lalu terlihat Dayang Sulu, langsung ditawarnya berlakon dalam filem Laksamana Do Re Mi.

Dayang Sulu berketurunan Sama-Bajau yang sekarang menetap di Kuala Lumpur bersama suami dan anak-anaknya yang sudah besar panjang. Dayang mempunyai makna yang indah dan menawan dalam bahasa Sulug. Dayang membawa maksud "seorang wanita jelita yang tinggal di Istana Sultan" dan seringkali juga dimaksudkan sebagai "Puteri Raja". Dalam bahasa Sulug "Dayang" biasanya akan disebut "Dang" sahaja bergantung kepada situasi. Sebagai contoh, nama isteri Datu Mat Salleh bernama Dayang Bandang tetapi hanya disebut sebagai Dang Bandang sahaja.





Ketiga:

Pija, gaya seorang jelitawan Tausug yang tengah naik namanya ketika ini. Kebetulan penulis berkawan dengan ayahnya dalam Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) cawangan Lembah Kelang. Ayahnya seorang ahli politik yang penulis panggil sebagai Ustaz Yasin, fasih berbahasa Arab, Inggeris, Melayu, Sulug dan loghat Sama-Bajau serta fasih berbahasa Tagalog dan Visaya. Power bapak dia ni.

Ibu Pija adalah seorang wanita mithali kerana mampu membesarkan 15 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Ustaz Yasin. Baru-baru ini penulis terserempak dengan ibu Pija di majlis kahwin seorang lelaki Tausug di Setapak, penulis tanya apa rahsia beliau berjaya melahirkan 15 orang anak (termasuk Pija) dan masih kelihatan begitu muda. Beliau menjawab "Akak kahwin muda ketika usia 16 tahun dengan Utaz Yasin dan zikrullah". Power betul lah dorang nih...hehehe.





Keempat:

Julfekar, adalah nama yang tidak asing lagi di Malaysia. Sejak kebelakangan ini beliau telah menjadi "hangat" oleh kontroversinya dengan Farawahida. Ugut sana ugut sini sampai peringkat mahu dedah foto bogel Farawahida. Bagi penulis ini adalah permainan media, dalam masa yang sama mahu naikkan nama Farawahida dan Julfekar.

Julfekar adalah Tausug, keluarganya berasal dari Parang, Jolo. Ketika penulis bekerja di Syarikat perfileman tahun 2000 dulu, beliau telah menjadi penyanyi dan komposer kepada soundtrack filem Anaknya Sazali terbitan Eurofine Sdn Bhd. Sejak itulah penulis mengenalinya, loghat bahasa Sulugnya adalah loghat Jolo. Sekarang beliau semakin naik sebagai komposer, kita doakan semoga beliau berjaya.





Kelima:

Den Bisa adalah Tausug Sabah dari etnik Sama-Bajau asal Semporna. Sebelum menjadi artis solo Skyline beliau pernah menjadi vokalis satu kumpulan rock yang pernah terbit di Kuala Lumpur. Hari ini beliau sangat dikenali di kalangan masyarakat Sulu di Sabah. Suaranya yang merdu dan mendayu-dayu menjadi siulan.

Sejak dulu suara vokal Den Bisa adalah salah satu suara kegemaran penulis. Den Bisa walau pun bahasa hariannya adalah bahasa Melayu dan Sama-Bajau tetapi masih fasih berbahasa Sulug. Satu lagunya yang sangat terkenal dalam bahasa Sulug bertajuk "Biraddali" (Bidadari) telah menjadi siulan remaja Sulu bermula dari Sabah sehingga ke Jolo dan Zamboanga, lagunya sentiasa berkumandang.

Klik untuk melihat/mendengar lagu Biraddali.






Keenam:

Ahli politik Tausug dari Semporna, Sabah. Datuk Seri Shafie Apdal, datuknya dari etnik Sulug, Jolo dan ibunya dari etnik Sama-Bajau adalah orang yang bertanggungjawab menghidupkan Pesta Lepa-Lepa atau Pesta Sambulayang yang diadakan setiap tahun di Semporna.

Pesta Lepa-Lepanya menjadi kejutan budaya kepada Sabahan yang selama ini tidak pernah didedahkan dengan Pesta Kesultanan. Sebenarnya Pesta lepa-Lepa ialah Pesta Sambulayang iaitu suasana perarakan di laut menyambut Sultan Sulu dan para Datu Diraja. Sultan Sulu semenjak dulu telah memberi keistimewaan kepada etnik Sama-Bajau di laut untuk mengarak atau menyambut ketibaan Sultan.

Satu protokol yang telah membudaya dalam institusi Kesultanan Sulu. Etnik atau kaum Taguimah mempunyai perhubungan yang panjang dengan etnik Sama-Bajau yang mahir dilaut dan penyelam yang handal. Para sarjana barat menggelar etnik Sama-Bajau di Sulu adalah penyelam yang terbaik di dunia. Malah ketika era Sulu Zone, Sama-Bajau lah yang menjaga laut bersama etnik Iranun. Maka, sebagai mengingati sejarah, Datuk Seri Shafie Apdal telah berjaya melestarikan kebudayaan Tausug & Kesultanan Sulu di Semporna.






Ketujuh:

Datuk Seri Pandikar Amin Mulia, siapa yang tidak kenal dengan lelaki tegas dan berani ini di Parlimen? Pertama kali dalam sejarah, Karpal Singh telah dihalau secara paksa oleh beliau dari persidangan Parlimen tidak lama dulu. Ketegasan dan keberanian beliau sebenarnya adalah watak asal nenek moyangnya.

Beliau berketurunan Iranun dari Pantai Barat Sabah. Moyangnya berasal dari teluk Ilana, Mindanao. Setelah kedatangan Spanyol, Iranun bergabung dengan etnik Taguimah, Buranun dan Sama-Bajau Balangingi dari Sulu. Oleh kerana etnik Iranun biasa di laut, maka Sultan Sulu dan Sultan Qudarat dari Mindanao menugaskan Iranun bersama Bajau Balangingi menjaga Laut Sulu, Laut sekitar Mindanao, Sulawesi dan Borneo.

Antara tugas mereka ialah menjaga para pedagang Sulu di perairan Selat Melaka dan Laut China Selatan dari serangan Belanda, Inggeris dan Spanyol. Hinggakan sehingga hari ini nama "Iranun" telah dimasukkan ke dalam Kamus Dewan DBP sebagai "LANUN" atau perompak laut. Rasanya DBP kena mengkaji semula istilah Lanun ini, lebih baik menggunakan "perompak laut" sahaja bukannya Lanun yang merujuk kepada etnik Iranun. Bagi penulis secara peribadi, istilah Lanun ini dengan memaknakan sebagai Perompak laut sangat menghiris perasaan.





Kelapan:

Tun Sakaran Dandai berasal dari Semporna, Sabah. Pernah menjawat sebagai TYT Negeri Sabah dan sekarang giat dalam USIA sebagai Yang Dipertua USIA. Beliau berketurunan Sama-Bajau dan fasih berbahasa Sulug. Di Sabah terutamanya di Semporna, beliau sangat dihormati oleh masyarakat Sulu.

Hari ini beliau sangat aktif berdakwah bersama USIA dan salah seorang dari pengamal Tareqat Naqsyabandi yang setia. Beliau tidak seperti dulu aktif berpolitik, hari ini hanya anak-anak beliau sahaja yang berpolitik menyambung perjuangan lama Tun Sakaran.

Menurut beberapa orang, Tun Sakaran adalah anak angkat kepada Dandai. Tun Sakaran kononnya adalah anak dari etnik Tidung yang dipelihara oleh Dandai, persis sama apa yang berlaku kepada Tun Datu Mustapha yang dipelihara oleh Datu Harun. Untuk mengesahkan hal ini penulis mengesyorkan kepada sesiapa yang inginkan jawapan silalah berjumpa Tun Sakaran sendiri mendapatkan kebenaran dakwaan ini, lagi pun beliau masih hidup sihat walafiat.




Kesembilan:

Amy @ Suhaimi, seorang rockers terkenal tanahair Dalam http://www.muzikrock.com dinyatakan beliau berasal dari Johor, berketurunan Bugis.

Seorang sahabat yang datang dari Jolo memberitahu penulis bahawa seorang wanita mengaku adik Amy bahawa beliau adalah berketurunan Sulug dari Jolo atau kepulauan Sulu. Menurut cerita kononnya beliau telah dibawa ke Sabah oleh keluarga angkat kemudian dapat peluang berhijrah ke Semenanjung Malaysia sehinggalah beliau menjadi penyanyi terkenal.

Dakwaan Amy sebagai Tausug bersumberkan dari saudara Neldy Jolo. Menurut saudara Neldy, beliau tahu hal ini setelah adik perempuan Amy telah menjadi Class-mate beliau di salah satu University di Filipina. Dengan siap menunjukkan gambar ketika kecil Amy dan adik perempuannya menyebabkan Neldy terpaku. Menurut Neldy lagi, secara diam-diam Amy menjemput makciknya dari Zamboanga tinggal bersamanya di Kuala Lumpur.

Malah ketika konsert Amy di Sandakan beberapa tahun lalu, Amy berkenan dengan jemputan kawan-kawan Tausug makan Siyanglag dan Piyutu di pasar Sandakan.

Bro Neldy, sekiranya anda terbaca artikel ini, sila betulkan kalau ada yang salah tulis terutama cerita tentang Amy Search ini. Hehehe....!!

Manik Kayangan ada beri komen membina menyarankan penulis mendapatkan pengesahan dari Amy sendiri. InsyaAllah, kiranya ada peluang pasti penulis bertanya kepadanya. Penulis katakan ini adalah dakwaan saudara Neldy kerana bersumberkan dari yang beliau katakan sebagai "Adik Amy" di Universiti tempat beliau belajar. Sekiranya salah, abaikan sahaja.




Kesepuluh:

Sultan Iskandar Johor, berdarah Makassar dan Tausug (sebelah Ibu). Baginda kemungkinan besar mempunyai pertalian dengan Puteri Siti Lahamma yang berada di Johor dan Singapura sebelum persetujuan MAPHILINDO pada 04.04.1954 (sehingga termeterai pada 1964). Anak kepada Puteri Siti Lahamma ialah Almarhum Raja Hussein yang anak-anaknya sekarang menetap di Singapura, Raja Hussein ini adalah Tausug dari Sulu dan satu-satunya yang menandatangani MAPHILINDO dari pihak Kesultanan Sulu, tanpa beliau Malaya tidak akan dapat kemerdekaan pada 1957. Gambar Puteri Siti Lahamma dan Puteri Siti Lalay masih berada dalam Muzium Johor hari ini.

Menurut Saudara Jalsani, abangnya pernah tersesat di Johor hampir sepuluh tahun lalu terjumpa dengan kerabat Diraja Johor secara kebetulan. Beliau memeprkenalkan dirinya sebagai Tausug berasal dari Jolo dan menetap di Sabah setelah beliau ditanya. Kerabat Diraja Johor itu langsung membawanya ke Istana lalu memperkenalkannya kepada Sultan Iskandar.

Beliau dilayan sebagai saudara dan bersembang panjang dengan Sultan Johor sambil mengatakan bahawa Baginda adalah Tausug. Sebenarnya penulis tidaklah hairan adalah kerana pertalian Tausug dengan bangsa Tanah Siam-Melaka dan Sumatera-Riau ketika era Sulu Zone lagi.





Kesebelas:

YB Datuk Hj Hajiji Hj Noor adalah berketurunan Sama-Bajau Kota Belud. Menurut sejarah, Sama-Bajau dari Kota Belud adalah dari Sama-Bajau Balangingi. Asal mereka ialah di Kepulauan Sulu yang bertugas menjaga Laut Sulu (merangkumi Sulu Zone) bersama kaum atau etnik Iranun. Sebagaimana Iranun, Bajau Balangingi adalah terdiri dari pahlawan yang tiada tolok bandingnya di lautan luas.

Mereka mula menduduki Pantai Barat Sabah bersama Iranun sejak kurun ke-17 lagi. Ketika itu ikatan kekeluargaan antara Sultan Sulu, Sultan Mawallil Wasit @ Raja Bungsu dengan Sultan Qudarat dari Mindanao begitu rapat sebagaimana rapatnya hubungan Sultan Sulu dan Sultan Brunei. Ini menyebabkan Iranun bergabung dengan Balangingi menjaga laut bersama demi kepentingan umat Islam.

Hari ini, Balangingi dan Iranun telah berasimilasi sesama mereka di Pantai Barat Sabah dan terpisah agak lama dengan induk mereka di Sulu dan Mindanao. Iranun dan Bajau Balangingi Kota Belud tidak lagi pandai bertutur bahasa Sulug seperti moyang mereka dahulu. Walau bagaimana pun mereka tetap dibangsakan sebagai Tausug kerana faktor sejarah.

(Tokoh dan selebriti akan ditambah dari masa ke semasa)

ASREESULU

JEJAK TAUSUG: DI SULU & DI MALAYSIA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, October 16, 2009 0 ulasan


Mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Harris Salleh pernah berucap di UMS sempena BIMP-Niaga pada 2008, beliau mengatakan bahawa sejarah Sabah tetap sejarah tidak perlu diungkitkan lagi (maksudnya Sabah era Kesultanan Sulu), apa yang penting buat generasi Sabah hari ini ialah membuat tindakan betul untuk kemajuan dan mengekalkan keharmonian kaum. Dengan kata lain seolah-olah beliau memperjelaskan bahawa Sulu dan rakyatnya sudah hilang bersama sejarahnya sebab itu jangan diungkitkan lagi. Kalau ada pun hanya setakat dalam kertas yang ditulis hanya sekadar sejarah masa silam sahaja.

Apa yang Datuk Seri Harris Salleh tidak tahu ialah Malaysia sendiri masih ingat dan menghormati SEJARAH SULU keatas Sabah. Buktinya Malaysia melalui kedutaannya di Manila masih membayar RM5,300 setiap tahun kepada waris Kesultanan Sulu. Beliau juga tidak mengetahui bahawa majoriti yang menghuni Sabah hari ini adalah kaum-kaum dari Sulu. Hal ini boleh dibuktikan dengan membuat bancian kaum dan kependudukan di seluruh Sabah.

Datuk Seri Harris sepatutnya mengambil tahu bagaimana ketika era kekuasaan partinya (parti Berjaya) kaum Suluk berada di tangga teratas kerana itulah yang dilakukan oleh Tun Datu Mustapha sebelum ini. Setelah parti Pairin Kitingan iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS) menumpaskan Parti Berjaya, iaitu setelah PBS menguasai politik perdana di Sabah, kaum Suluk telah diletak di tangga bawah sekali. Malah hari ini sekiranya kita melawat Hospital Dutches of Kent Sandakan, nama kaum Suluk tidak tertulis langsung.

Penulis sekadar mengingatkan hal ini kerana kaum terpencil sebelum ini setelah mereka memerintah nama kaum asal (Suluk) bukan sahaja dihumban ke bawah malah dihilangkan langsung. Ini kerana kaum Suluk dianggap sebagai "Pendatang Haram Filipina" bukannya rakyat Sabah. Sekiranya perkara ini tidak diperbetulkan tidaklah menghairankan sekiranya kaum Suluk menyokong tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah kerana penganiayaan yang berpanjangan terhadap mereka.

Penempatan setinggan masyarakat Sulu di Sabah biasanya secara berkelompok dan berasak-asak. Dengan gaji RM250 ke RM400 sebulan, mereka hanya mampu tinggal di rumah setinggan seperti ini.

PENGERTIAN & DEFINISI SULUG @ SUG
Di Sandakan sahaja sekiranya dibuat bancian kepada mereka yang faham dan menuturkan bahasa Suluk (kata asalnya SULUG) akan mengesahkan dakwaan ini. Perlulah diperjelaskan, kata asal SULUG itu adalah dari bahasa Melayu-Proto kepulauan Sulu Utara yang dikenali sebagai Ayta, SULUG yang bermaksud ARUS AIR. Kaum-kaum yang tinggal di sekitar pulau Jolo dikenali sebagai "Orang Sulug" (orang Melayu Brunei pula menyebutnya Orang Suluk), orang Bugis di Sulawesi menyebutnya "Orang Solok" juga bermaksud Orang Arus (yang deras). Disebabkan Jolo itu sendiri yang kedudukannya di antara Laut Sulu dan Laut Sulawesi secara semulajadinya berada ditengah arus air laut yang sangat deras sebab itu dipanggil Sulu atau Sulug. Maksud Sulu dan Sulug adalah sama.

Kepulauan Sulu atau Kepulauan Sulug dihuni oleh beberapa suku kaum iaitu Buranun, Taguimah, Sama-Bajau, Yakan (di Basilan), Baklaya (dari Sulawesi), Dampuan (dari Champa), Banjar (dari Banjar Masin), Arab (para Habaib dan pedagang), Kagayan (di Pulau Kagayan de Sulu) dan Kalibugan (di Zamboanga), dan yang terkini ialah Iranun (kaum ini berasal dari Teluk Ilana di Mindanao, bergabung dengan Tausug ketika era Sulu Zone abad 17 dan 18 sebagai penjaga Maritim, Iranun Sulu tinggal di pantai Barat Sabah bersama Bajau Balangingi). Kaum Sulug menggunakan satu bahasa perantara iaitu bahasa Taguimaha yang akhirnya dikenali sebagai BAHASA SULUG atau Bahasa Sug.

Bahasa Taguimaha ini turut ditutur oleh kaum Cebuano, Waray-Waray, Butuano, Surigaonun dan yang terkenal ialah Joloano di gugusan Kepulauan Sulu hari ini. Menurut para ahli antropologi dan linguistik, punca bahasa Taguimah menjadi bahasa perantara adalah disebabkan bangsa Taguimah ini adalah bangsa pedagang dan bangsawan. Mereka menguasai pasar-pasar di Jolo, Zamboanga, Sandakan, Basilan, Cebu, Butuan, mereka adalah kaya raya menyebabkan sesiapa yang menuturkan bahasa mereka adalah satu kebanggaan. Status bangsa Taguimah dan bahasanya begitu berdarjat tinggi yang kemungkinan besar pengaruh dari percampuran darah Bani Israel dan Bangsa Aryan yang sampai ke Sulu pada tahun 300-250 sebelum masihi.

Penulis bersama dengan Bapak Kadir yang fasih berbahasa Sulug. Beliau sempat menceritakan sejarah lisan bangsa Makassar berkenaan beberapa pelayar Bugis yang hanyut ke Pulau Sulu ketika belayar ke China.


KESATUAN KAUM-KAUM SULUG MENJADI BANGSA TAUSUG
Mereka biasa berdagang merentas lautan dan sangat mahir dengan peperangan di darat dan di laut. Bangsa Taguimah dari Basilan ini telah pun menganut agama Islam semenjak abad ke-7 lagi hinggakan gelaran seperti Tuan dan Syeikh sangat sinonim dengan bangsa Taguimah. Semenjak kurun ke-7, bangsa Taguimah sudah dilaporkan berkolaborasi dengan kaum Sama-Bajau di Basilan dan Zamboanga menjual emas dan mutiara. Semangat dan kekuatan bangsa dan bahasa Taguimah telah bertambah setelah kedatangan bangsa Arab yang kemudiannya berjaya mengislamkan kaum Buranun di pergunungan Jolo. Setelah itu institusi kesultanan pun bermula setelah kedatangan Raja Baguinda dari Sumatera, bangsa Champa mula datang berniaga ke Jolo. Kaum Baklaya, Banjar mula membina penempatan di sekitar bandar Jolo kerana faktor perdagangan.

Oleh kerana bahasa pertuturan di bandar besar Jolo adalah bahasa Taguimah maka semua pedagang termasuk yang datang dari tanah besar China turut juga bertutur dengan bahasa ini. Ditambah oleh budaya kebangsawanan dan kepahlawanan yang mula menjadi ikutan, akhirnya semua bangsa atau kaum yang datang ke Jolo mula kehilangan bahasa ibunda dan jati diri asal mereka sendiri diganti bahasa dan budaya Taguimah. Setelah kedatangan Spanyol yang membawa mesej Kristian dan penjajahan, Taguimah dan Buranun mula bersatu dalam satu perjuangan "jihad" dengan kerjasama Sama-Bajau dan kaum-kaum lain menentang Spanyol.

Ketika ini mereka mula dikenali sebagai satu bangsa kesatuan yang dipanggil "Tau Daing Ha Sug" (Orang yang tinggal di Sulug atau Sug), akhirnya mereka disebut TAUSUG. Yang mengasaskan kesatuan Tausug ini ialah para Sultan-sultan yang menjadi pemimipin mereka dengan konsep "La Tafarraku" (jangan berpecah belah). Mereka mula menjadi bangsa hebat dan terbilang dalam satu nama TAUSUG. Aura mereka semakin memancar sehingga mereka dapat menguasai laut dan darat.

Menurut Vick Hurley, Tausug adalah bangsa pejuang Amfibia, yang menguasai lautan dan daratan yang sampai ke akhirnya Spanyol tidak berjaya menakluk mereka. Tausug turut dilaporkan sebagai bangsa pembela, membela Brunei, membela Parameswara dari serangan Majapahit (sebenarnya Parameswara telah pun Islam sebelum beliau sampai ke Tanah Semenanjung Siam-Melaka), membela Raja Batak (di Sumatera) dan turut dilaporkan membela kerajaan Acheh, Pattani, Sambas, Banjar, sehinggakan zaman pembelaan Tausug ini dipanggil oleh James Francis Warren sebagai Sulu Zone. Hasil dari Sulu Zone, hari ini kekalnya nama "Lanun" di Malaysia dan "Bajak Laut" di Indonesia membuktikan "Penguasaan Laut" Nusantara oleh TAUSUG.

Saudara Samad salah seorang berketurunan Tausug dari Terusan Sugut fasih berbahasa Sungai, Tambanuwo dan bahasa Sulug. Beliau salah seorang dari rujukan penulis tentang sejarah Brunei dan Sabah.

BAHASA TAUSUG MENJADI BAHASA KEDUA DI SABAH
Sabahan sebenarnya tidak menyedari bahawa bahasa Tausug adalah bahasa kedua dituturkan selepas bahasa Melayu. Dari Kalimantan ke Tawau, dari Lahad Datu ke Semporna, dari Sandakan ke Kudat, dari Kota Belud ke Kota Kinabalu sehingga Keningau ke Pulau Labuan penutur bahasa Tausug berada dimana-mana. Di kalangan Sabahan, Tausug dikenali sebagai Sulug atau dilidah mereka disebut Suluk.

Abdul Samad seorang sahabat penulis yang juga seorang pengkaji sejarah, berasal dari Terusan Sugut (Sungai Sugut) mengatakan,

"Bermula dari muara sungai Sugut sehingga ke ulu Sugut di Merungin (lokasinya berada di bawah kaki Gunung Kinabalu) penduduknya masih bertutur bahasa Sulug sebagai bahasa ke-3. Kaum Tambonuwo, Lotud Paitan, Lalom Suba' (Orang Sungai) memang bertutur dengan bahasa asal mereka tetapi sekiranya ditanya dalam bahasa Sulug mereka boleh menjawab dengan fasih."

Menurut beliau lagi, sekiranya diperhatikan, situasi seperti ini juga turut berlaku di sepanjang Sungai Kinabatangan. Menurutnya lagi perkataan "Orang Sungai" kepada kaum asli di sepanjang sungai Kinabatangan berasal dari bahasa Sulug iaitu Tau Laum Suba', sekiranya diMelayukan akan menjadi "Orang Sungai". Sesetengah Kaum Idaan (kaum Idaan adalah campuran kaum Dayak Kalimantan dengan kaum Ayta Filipina) juga turut mengaku sebagai "Orang Sungai".

Lihat lokasi Merungin dan Suuk @ Sook dalam peta di atas. Dua tempat ini hanya sebagai contoh, banyak lagi tempat lain yang perlu dilawat.

Bermula dari Muara Sungai Kinabatangan sehingga ke Ulu, hinggakan sampai ke Suuk @ SOOK di pedalaman (lihat peta Sabah, lokasi Sook), kaum aslinya masih bertutur dengan bahasa Sulug. Seorang sahabat Tausug penulis yang pernah mengikuti rombongan dakwah Jamaah Tabligh ke Suuk berkata,

"Saya tidak pernah keluar 40 hari masuk ke pedalaman Sabah kecuali ke Suuk. Perjalanannya sangat sukar merentas bukit bukau dan jalan teruk sehari suntuk. Sampai di Suuk saya terkejut masyarakat aslinya sekali-sekala bertutur bahasa Sulug. Saya sangat hairan bagaimana Tausug berada di sini. Tanpa memberi tahu yang saya sendiri adalah Tausug, saya bertanya kepada seorang pakcik bagaimana mereka boleh bertutur bahasa Tausug itu, beliau mengatakan bahawa mereka ialah Tausug yang sudah memang ada di tempat tersebut sebelum peperangan Mat Salleh menentang Inggeris lagi."

Sahabat penulis tersebut begitu kagum dan mula berfikir kebenaran kekuasaan Tausug dan Kesultanan Sulu seperti yang penulis nyatakan dalam buku Tausug & Kesultanan Sulu. Sekiranya kita perhalusi nama SUUK itu bermaksud DEKAT dalam bahasa Sulug. Kemungkinan para pahlawan Tausuglah yang mengasaskan kampung tersebut bukanlah satu kemustahilan berdasarkan namanya. Nama seperti Sandakan, Sugut, Lahad Datu (ini adalah bahasa Bajau yang bermaksud Negeri para Datu) dan banyak lagi adalah diambil dari bahasa Tausug sendiri.

Remaja Tausug di Sandakan.

TAUSUG DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Hari ini, penempatan Tausug yang paling besar dan meriah di semenanjung Malaysia ialah di MASAI, Johor. Taman perumahannya sehingga ke Flet dipenuhi oleh Tausug yang majoritinya bekerja sebagai welder atau tukang kimpal. Di sekitar pelabuhan Kelang, sehingga ke Kajang sampailah ke Terengganu (carigali PETRONAS) Tausug semakin menjadi Majoriti di sesetengah tempat secara berkelompok. Sesiapa yang mahu melihat Tausug secara dekat bolehlah datang ke kaki lima bangunan Kota Raya berhampiran Petaling Street. Penulis kalau mahu makan makanan Tausug (Piyutu, Siyagul, Siyanglag, ikan tuna bakar, agar-agar laut dicampur mangga masam cincang) hanya perlu datang ke kaki lima bangunan Kota Raya di Kuala Lumpur.

Ketika waktu perayaan Tahun Baru atau Hari Kemerdekaan 31 Ogos, remaja Tausug memenuhi perkarangan Pasar Seni sehingga ke Dataran Merdeka bercampur dengan Sabahan lain. Suasana yang sama turut berlaku di perkarangan bangunan KLCC dan Bukit Bintang Plaza, remaja Tausug menjual bermacam jualan berupa minuman tin, penyembur berwarna dan sebagainya. Budaya berniaga masih mereka kekalkan dan pertahankan.

Di Jalan Masjid India, cuba perhatikan remaja yang menjaja DVD dan VCD pada waktu selepas jam 5 pm, serta yang menjual barang-barang hiasan kristal di gerai-gerai DBKL, mereka ialah Tausug. DBKL sangat suka menggunakan remaja-remaja Tausug dijadikan pengintip terhadap perlakuan peras ugut kaum India dan Cina nakal. Ini kerana Tausug mempunyai budaya Tulus Ikhlas dan berpegang kepada janji selagi mereka "tidak dimasukkan ke dalam lubang" mereka akan tetap menjadi sahabat dan pembela.


UMAT ISLAM TAUSUG PERLUKAN PENDAKWAH
Bagi penulis, yang lebih utama kepada kaum ini ialah dakwah Islamiyah. Selama ini hanya Jamaah Tabligh sahaja yang berani masuk kampung keluar kampung mereka membawa nur Dakwah Islamiyah. Kadang-kadang penulis bertanya dimana sahabat-sahabat dari kalangan Jamaah PAS? ABIM? JIM? JAKIM? yang ada cuma JAHEINS yang menggajikan imam dan bilal masjid sahaja.

Membaca surah Yasin dan Maulid Nabi setiap beberapa masa nampaknya tidak mencukupi. Sekolah Agama juga tidak mencukupi dan gagal menampung populasi masyarakat ini terutama di Sabah. Generasi "buta agama" semakin bertambah dan menular maka dadah Syabu sangat mudah masuk menyusup seterusnya jenayah meningkat. Akhirnya masyarakat ini akan memenuhi setiap penjara di seluruh Sabah. Kerajaan mula pening kepala!!

ASREESULU

Penjelasan: KEMERDEKAAN SULU & DASAR MINYAK AS

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, October 14, 2009 0 ulasan


Kejatuhan Dolar AS semakin berterusan.

Keterdesakan AS memulihkan ekonominya saat ini menyebabkan kerahan "tenaga" semaksimum mungkin kepada syarikat-syarikat antarabangsanya untuk menyedut apa sahaja jenis dana di seluruh dunia, terutama minyak demi mempertahankan dominasi Dolarnya. Dolar AS semakin jatuh dari hari ke sehari menyebabkan AS "stress", migraine semakin mencucuk "kepalanya", kewarasan semakin hilang, pertimbangan semakin lesap. 3/4 Dolarnya sudah berada di luar negara menyebabkannya tergalak mencetak wang kertas Dolar tanpa henti. Matawangnya idak lagi berdasarkan nilai emas sebelum ini, hal ini menyebabkan hutangnya semakin berlambak kepada banker Yahudi, defisit semakin menghimpit. AS semakin menuju kepada jurang kemusnahan. Apakah tindakan untuk selamatkan dirinya?

Tidak lama lagi US Dollar akan hanya dijadikan kertas tandas.


PERANCANGAN DI TIMUR TENGAH
Dengan kemusnahan sengaja dua bangunan WTC nya, AS memulakan kempen "serangan" terhadap umat Islam. Permainan media massa miliknya berjaya mempengaruhi penduduk dunia bahawa pengganas Islam lah yang melakukannya. Kempen "Anda bersama kami memerangi keganasan atau anda menyertai pengganas" adalah kata dua kepada antarabangsa termasuk negara-negara majoriti umat Islam. Tiada pilihan negara lain kecuali memilih "Menyertai AS memerangi keganasan umat Islam".

Terbukti, negara yang awal-awal diperangi AS ialah negara Islam sendiri iaitu Afghanistan dan Iraq kerana dikatakan disitulah pusatnya "pengganas Islam", iaitu Osama ben Laden dan Saddam Hussein. Mereka maklum kekuatan senjata canggih tidak akan dapat mengalahkan "kekuatan TAUHID" umat Islam di Afghanistan dan Iraq. Dan mereka tahu, umat Islam akan menjadi kuat bersatu dan bertahan sekiranya di serang. Apa yang AS inginkan ialah penyedutan dan penguasaan "Pasaran" minyak berada dalam tangannya. AS tidak risau dengan kos berapa banyak pun belanja dan korban tenteranya. Ini terbukti, sejak perang Iraq yang pertama (Gulf War I) sehingga perang Afghanistan dan Iraq hari ini kosnya telah ditanggung oleh Arab Saudi dan Kuwait. Dalam hal ini, Israel turut mendapat manfaatnya sehingga mampu membina tembok maut di Palestin.

Tentera AS menduduki Afghanistan dan Iraq.

AS tidak risau dengan korban tenteranya kerana mereka tidak mungkin kekeringan tentera, sebab itu ada Filem Holywood yang hampir setiap bulan memaparkan kehebatan hero AS mengalahkan "kejahatan" yang akhirnya menjadi kekuatan secara mental kepada rakyatnya untuk menjadi hero peperangan. AS tidak mungkin kekeringan tentera kerana dasar "kewarganegaraannya" yang pelik iaitu "menjadikan para pendatang warganegara AS sekiranya mereka menyertai tentera terlebih dahulu". Tawaran istimewa ini tidak disia-siakan oleh para pendatang seluruh dunia di AS samada yang datang secara haram atau secara sah. Tidak hairan tentera AS hari ini dipenuhi oleh bangsa Hispanik dari Maxico, Carebian, Arab dan Eropah.

Kubur kepada korban "minyak" AS semakin bertambah dari hari ke sehari.

Sebab itulah AS masih tetap bertahan sampai bila-bila di Iraq dan Afghanistan kerana mereka punya "sumber kewangan" di sana selagi enjin penyedut minyak tidak berhenti menyedut. Untuk mendominasi Timur Tengah, gerak kerja telah pun dijalankan seawal sebelum perang dunia pertama dan kedua. Kejatuhan Khilafah Othmaniyah oleh Kamal Attarturk dan kekuasaan Syarif-syarif Makkah ditangan Lawrence Of Arabia menyebabkan semua tempat umat Islam telah jatuh ke tangan mereka termasuk tanah suci Baitul Maqdis. Umat Islam seluruh dunia hari ini telah terjajah secara realitinya, televisyen yang berada dalam setiap rumah umat Islam dengan rancangan yang diasas dan dihasilkan kufar telah berjaya memusing 360' darjah otak dan pemikiran seterusnya syaksiah generasi muda.

Penduduk di sebuah perkampungan Afghan-Pakistan mengambil jalan mudah membakar kotak TV mereka kerana mendapati TV menjadi penghubung kepada propaganda kufar memusing pemikiran ummah.

Malah lebih canggih dari itu, telefon mudah alih yang boleh memaparkan imej dan melayari internet telah berjaya memusnahkan orang-orang Islam dengan penyalahgunaan yang tidak terkawal lagi. Sebagai contoh, sebahagian muda-mudi Saudi yang walau pun bertudung litup yakni berjilbab telah terlibat dalam penyalahgunaan ini. Pornografi begitu mudah tersebar telah menjadi sumber kerosakan akhlak dan budi. Telah menjadi kehairanan kerajaan Arab Saudi laporan perceraian semakin meningkat dari tahun ke setahun serta perlakuan liar sesetengah anak muda yang semakin sukar dibendung. Sumbang mahram, rogol dan homosexual semakin meningkat dan berleluasa.


MEMUSNAH ISLAM DARI DALAM
Bermunculannya segala mazhab dalam Islam seawal setelah selesainya Majlis Tahkim antara Sayyidina Ali r.a. dan Muawiyyah r.a. lantaran munculnya aliran-aliran ganjil ini adalah hasil kerja Yahudi-Zionis juga. Muncullah Syi'ah, Baha'i dan Qadiyani di India kemudian mereka mengubah isi kandungan kitab-kitab sufi dengan memperlagakan semua disiplin ilmu dalam Islam. Tulisan-tulisan ulama' besar seperti Al-Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Arabi, Ibnu Taimiyah, Al-Fansuri (sekadar menyebut beberapa nama) telah diputar belit dan dilaga-lagakan sehingga menjadi fitnah yang tidak dapat dipulihkan lagi. Kefanatikan semakin menguasai pengikut aliran masing-masing sehinggakan mereka disibukkan dengan hujjat menhujjat sesama tanpa memperdulikan lagi maslahat ummah yang lebih utama. Sesetengahnya bunuh-membunuh antara sesama mereka. Akhirnya orang awam menjadi keliru dan menyampah lantas mencari jalan "liberal", Pluralis atau Free-Thinker, Womens Lib, komunis dan sebagainya.

Syi'ah yang menjadi kelompok Islam kedua selepas Ahli Sunnah terbentuk setelah berlakunya Majlis Tahkim antara wakil Sayyidina Ali r.a. dengan Muawiyah r.a. selepas kewafatan Rasulullah SAW. Ahli Sunnah membentuk 83% umat Islam di dunia.

Ketika AS menyerang Afghanistan dan Iraq umat Islam telah berdemonstrasi di seluruh dunia mengecam tindakan AS. Saddam Hussein dan Osama ben Laden yang sebelum ini dikecam telah mula mendapat sokongan ummat setelah diperangi oleh AS. Wal hal sekiranya diperhalusi, Saddam Hussein dan Osama Ben Laden itu adalah hasil ciptaan AS sendiri. Ketika peperangan Iran-Iraq, AS telah menyokong Iraq dengan membekalkan Saddam Hussein persenjataan canggih termasuk senjata kimia. Ketika perang Afghan-Russia, AS juga menyokong mujahidin Afghanistan ketika itu. Osama ben Laden yang menjadi mujahid sukarelawan Afghanistan ketika itu telah mendapat latihan canggih oleh CIA.

Siapa Osama ben Laden? Beliau telah mula menjadi terkenal setelah tamatnya peperangan Afghan-Russia. Kemunculan beliau secara tiba-tiba dengan tentera proksinya yang dinamakan TALIBAN (bermaksud pelajar) serta dilengkapi persenjataan canggih berupa jet-jet pejuang dan kereta-kereta kebal telah mengambil alih kuasa Afghanistan dari tangan para mujahidin golongan tua. Yang menjadi kehairanan penduduk Afghanistan bagaimana Taliban dapat memiliki persenjataan hebat sebegitu canggih yang tidak pernah mereka gunakan mengalahkan Russia sebelum ini? Tidak lama kemudian telah diketahui bahawa yang memerintah Taliban secara proksi ialah Osama sendiri selaku sumber kewangan. Hari ini Osama dicari oleh AS untuk dibunuh kerana dikaitkan dengan kejadian 9/11, 2001.

Wal hal telah pun diketahui 9/11 adalah perbuatan AS sendiri, mengaitkan Osama hanya sebagai batu loncatan untuk dapat melakukan peperangan sesuka hati seterusnya dapat menyedut minyak. Saddam dan Osama samada diri mereka sedar atau tidak, hakikatnya mereka adalah hasil ciptaan AS sebagaimana diciptanya Abu Sayyaf di Sulu (Filipina Selatan) untuk menghalalkan apa sahaja tindakan terhadap umat Islam. AS mengetahui, umat Islam tidak tergamak menggunakan muslihat "dajjal" seperti ini kepada umat bukan Islam. AS mengetahui, umat Islam adalah umat "Rahmatan lil alamin" sebagai ummat Muhammad SAW yang mengasihi sesama umat manusia.

Sketsa kartun, sindiran terhadap dasar pentadbiran Georg Bush di Iraq.


JALAN MUDAH MENGUASAI MINYAK NUSANTARA
AS tidak akan berminat dengan wilayah atau pun penaklukan. Apa yang dia mahu hanyalah "minyak mentah" sahaja untuk dapat menampung keperluannya sendiri di AS. Tanpa minyak lumpuhlah industri AS, berpuluh juta kenderaannya tidak akan bergerak. Jalan mudah untuk menguasai minyak dunia ialah dengan memulakan peperangan. AS telah pun memulakannya pada 9/11 yang lalu, hasilnya mereka telah ada di Timur Tengah menguasai Arab Saudi, Kuwait, Iraq, Afghanistan, Mesir dan Jordan dll. Yang belum tunduk hanya Iran dan Syiria sahaja lagi.

Kebijaksanaan terletak kepada Malaysia bagaimana mengelak adu domba dan fitnah. Sebarang "permainan" pihak luar haruslah diteliti jangan sampai membuat tindakan yang boleh menjatuhkannya kedalam "perigi buta".


Untuk menguasai Nusantara adalah mudah bagi AS, dengan hanya menguatkan kedudukan Singapura, menguatkan tuntutan Filipina terhadap Sabah (walau pun AS tahu Filipina tidak layak menuntut, sekurang-kurangnya emosi Malaysia senantiasa dipermain), memanaskan hubungan Malaysia-Indonesia (kes tarian PENDET, tuntutan sempadan wilayah), Malaysia-Thailand (kes penentangan Melayu Pattani) dan Malaysia-Singapura (bermacam kes, termasuklah kes penggunaan ruang udara, kes bekalan air mentah, kes pembinaan jambatan, kes tuntutan pulau Batu Putih), Malaysia-Brunei (tuntutan Brunei terhadap Limbang). Dalam pertelagahan ini AS datang sebagai pendamai, membuat perjanjian Latihan Bersama dan USAID. Dalam hal ini yang paling terperangkap ialah Filipina sendiri.

Dengan mengekalkan "suhu" seperti itu, AS akan dapat memecahkan negara-negara di Nusantara pada bila-bila masa yang dia mahu. Hanya bergantung kepada keadaan dan keinginan mereka.


AS MENGHARAP SULU, KEMERDEKAAN ATAU PEPERANGAN
Semakin pasti AS akan membiarkan Sulu mendapat kemerdekaan. Sebenarnya, sekiranya diteliti, bukanlah keutamaan AS untuk memerdekakan Sulu, apa yang penting baginya ialah hasil maksul Sulu itu dapat disedutnya. Selama ini AS membiarkan Sulu terumbang-ambing diurus oleh Filipina. Dia tahu Filipina akan gagal mengurus Sulu disebabkan budaya dan masyarakatnya yang berbeza fahaman agama lebih-lebih lagi sejarah kekuasaan Kesultanan Sulu yang sebenarnya masih berkuatkuasa, tinggal lagi telah kehilangan perjuangan sebenar mereka.

Tentera AS mula mendekati penduduk Tausug Sulu dengan pelbagai bantuan kemanusiaan. Jalan bertar dan sekolah, perhentian pengangkutan awam dan kemudahan air bersih telah giat dibena oleh tentera Amerika di Sulu semenjak tahun 2002 dibawah USAID.


Hasil maksul atau kelebihan yang AS lihat dari Sulu ialah beberapa perkara penting antaranya,
  • Petroleum di Laut Sulu (yang dianggarkan mempunyai simpanan yang lebih banyak dari minyak Tanah Arab).
  • Emas (disekitar laut berdekatan pantai sekeliling pulau Jolo, disahkan oleh pelan setelit PETRONAS)
  • Kepulauannya yang menarik (lebih cantik dari kepulauan Hawaii dan Polenesia, sesuai untuk pelancongan dan penyelidikan Maritim).
  • Wilayahnya yang terlalu besar (sekiranya dituntut, meliputi area dalam Sulu Zone iaitu bermula dari Pulau Luzon melintasi Sulawesi-Borneo dan Sumatera-Riau, Johor-Singapura sehingga ke Vietnam dan Taiwan).
Kalau pun AS tidak mahu menyinggung wilayah Sulu dalam Sulu Zone kerana mungkin sukar menuntutnya tetapi sekiranya terpaksa bukanlah mustahil baginya. Ia sangat bergantung sejauh mana AS dapat menghapuskan "senjata" dari tangan orang-orang Sulu. Selagi ada kumpulan bersenjata selagi itulah AS (ExxonMobil) sukar menjalankan cari gali petroleum di mana-mana di kawasan Laut Sulu. Apa yang mungkin menjadi kesukaran buat AS ialah sekiranya peperangan dengan mujahidin Sulu berpanjangan kerana dibimbangi akan menjadi perhatian antarabangsa.

Ahli politik dan aktivis Kristian Filipina menentang kehadiran tentera AS di Sulu kerana dirisaukan Sulu akan dimerdekakan oleh AS. Secara nyata Tausug tidak menentang kehadiran Amerika di Sulu kecuali mereka datang untuk memerangi umat Islam.


Sekiranya ini berlaku, AS terpaksa memerdekakan Sulu, dengan demikian akan memudahkannya membuat perjanjian dengan kerajaan Sulu seterusnya dapat konsesi hak menyedut minyak dan melombong emas secara sah. AS tahu masyarakat Sulu mempunyai nostalgia dengan sejarah kesultanannya kerana Sultanlah yang menjadi simbol perpaduan mereka. Dengan memerdekakan Sulu maka Kesultanannya akan kembali, maka semua rakyat yang bersenjata akan patuh dengan arahan Sultan seterusnya Sulu akan menjadi aman dan tenteram.


Sekiranya dikaji, AS mustahil dapat menamatkan persenjataan orang-orang Sulu. Peperangan pasti akan berlanjutan dan sentimen serta simpati umat Islam akan tertumpu ke Sulu. Mujahidin dari Acheh-Indonesia, Malaysia dan Pattani pastinya akan datang menghujani Sulu membantu saudara-saudara mereka memerangi Filipina dan Amerika. Pintu masuk yang terbentang luas bermula dari Irian Jaya sehingga ke Sabah akan menjadi laluan mereka memasuki Sulu. Peperangan secara besar-besaran di Nusantara tidak dapat dielakkan lagi ketika itu.


KEHILANGAN IDENTITI MENYUKARKAN KEMERDEKAAN
Untuk memerdekakan Sulu era MNLF bermula 1972 hingga 2005 tidak ada jalan penyelesaian. MNLF hanya dijadikan "alat permainan" kepada perjuangan kemerdekaan Sulu dan Mindanao sejak sekian lama. MNLF (Moro National Liberation Front) memperjuangkan BANGSA MORO sebagai satu identiti kebangsaan yang baru. Setelah kemunculan MILF (Moro Islamic Liberation Front) yang berpusat di Mindanao juga memperjuangkan "Nationality" baru iaitu BANGSA MORO. Kecelaruan identiti seperti ini menyukarkan kemerdekaan Sulu dan Mindanao.

Pengerusi MNLF, Nur Misuari melaungkan slogan kemerdekaan "Republik Moroland" ketika perhimpunan ulang tahun MNLF di Sulu diadakan.

Sangat jelas arah perjuangan MNLF dan MILF mengambil metod Mao Tze Tung di Negara China. Mao adalah seorang berfahaman komunis yang anti Kapitalis dan Monarki (kerajaan Beraja atau Bersultan). Revolusi Budaya yang diasaskan Mao di China walau pun telah menampakkan kejayaan pada akhirnya dikecam kerana tidak berpijak di bumi nyata. Mengubah budaya China dengan bentuk kebudayaan baru seolah-olah mereka menjadi bangsa berbeza dari nenek moyang mereka pada akhirnya Revolusi Budaya telah "dibakulsampahkan" oleh kaum China selepas kematian Mao. Komunis China telah memusnahkan institusi beraja, yang tinggal hanyalah muzium kenangan Maharaja China. Inilah yang berlaku di Sulu dan Mindanao, bangsa induknya yang dipanggil Tausug dan Iranun (Ira, Mara, Magui) telah dijadikan bangsa baru yang dinamakan Bangsa Moro. Manakala sistem kesultanan telah dijadikan kenangan juga dengan menjadikan MOROLAND sebagai REPUBLIK.

Umum mengetahui Bangsa Moro itu sebenarnya sudah merdeka di Maghribi iaitu yang kita kenali sebagai negara Morocco di Afrika Utara. Bangsa Moro di Morocco mempunyai bahasa asalnya iaitu Berber-Arab sedangkan Bangsa Moro di Sulu dan Mindanao tidak mempunyai bahasanya sendiri, membuktikan Bangsa Moro tidak wujud di Sulu dan Mindanao. Yang ada ialah bahasa Tausug yang ditutur oleh bangsa Taguimaha, Buranun, Baklaya, Yakan dan Sama-Bajau kerana kedudukannya sebagai Lingua-Franca. Demikian di Mindanao, bahasa Iranun adalah induk kepada bahasa Maranao dan Maguindanao secara linguistik.


UNITED TAUSUG CITIZENS (UTC) TUNJANG KEMERDEKAAN SULU
Kalau pun umat Islam Sulu dan Mindanao dipanggil Moro oleh Spanyol dan Amerika Syarikat bukanlah bermakna ianya perlu diterima bulat-bulat lalu dijadikan identiti. Ini kerana walau pun umat Kristian Luzon dan Visaya itu dipanggil Indio oleh Spanyol dan AS, mereka masih menamakan diri mereka sebagai bangsa Tagalog atau Visaya dan sebagainya. Tidak pernah kedengaran orang Visaya dan Tagalog memanggil diri mereka sebagai BANGSA INDIO. Setidak-tidaknya mereka lebih berterus-terang memanggil diri mereka Filipino atau Pinoy yang membawa maksud "hamba abdi King Philipp II".

Foto kenangan rakyat Sultan Jamalul Kiram II memegang bendera asal Kesultanan Sulu pada tahun 1933 di tepi pantai Jolo. Identiti sebenar Tausug (Buranun, Taguimah, Baklaya, Yakan, Sama-Bajau, Kagayan, Kalibugan) telah dilupakan dan tidak diperdulikan lagi.

Sebab itulah PBB tidak melayan desakan kemerdekaan MNLF terhadap Sulu dan Mindanao menjadi REPUBLIC MOROLAND kerana menganggap mereka (Moro) adalah rakyat Filipina yang memberontak yang lebih kepada masalah dalaman bukannya masalah antarabangsa atau antara negara. Terbukti, para pelarian MNLF di Sabah ditulis sebagai "Filipino" dalam catatan Kad Pelarian mereka (IMM13). Sekiranya mereka mengaku sebagai Tausug dan rakyat Sultan Sulu pastinya mereka tidak boleh dikategorikan sebagai "Pelarian" apatah lagi sebagai Filipino.

Kembali kepada asal identiti Sulu adalah rahsia kepada kemerdekaan Sulu dan Mindanao. Lahirnya United Tausug Citizens (UTC) telah melengkapkan formula "menuju kemerdekaan sebenar". Kerja keras kerabat kesultanan sulu dan kesungguhan rakyat Sulu menongkat UTC yang lengkap dengan buku penjelasannya telah mencerahkan jalan kemerdekaan yang selama hampir 80 tahun dalam kegelapan. Walau pun UTC miskin dan serba kekurangan serta hanya digerak oleh golongan marhain yang daif sebenarnya telah mengulangi semula sejarah kemenangan Rasulullah SAW yang bermula di Makkah. Baginda mendapat "kemerdekaan" memegang tampuk negara ketika hijrah ke Madinah. Persis sama apa yang berlaku kepada UTC, bermula dari Sabah, setelah terancam mereka langsung hijrah ke Sulu hinggalah ke hari ini.

Kemerdekaan pasti dapat samada cepat atau lambat!!!


ASREESULU