Penjelasan: KEMERDEKAAN SULU & DASAR MINYAK AS
Kejatuhan Dolar AS semakin berterusan.
Keterdesakan AS memulihkan ekonominya saat ini menyebabkan kerahan "tenaga" semaksimum mungkin kepada syarikat-syarikat antarabangsanya untuk menyedut apa sahaja jenis dana di seluruh dunia, terutama minyak demi mempertahankan dominasi Dolarnya. Dolar AS semakin jatuh dari hari ke sehari menyebabkan AS "stress", migraine semakin mencucuk "kepalanya", kewarasan semakin hilang, pertimbangan semakin lesap. 3/4 Dolarnya sudah berada di luar negara menyebabkannya tergalak mencetak wang kertas Dolar tanpa henti. Matawangnya idak lagi berdasarkan nilai emas sebelum ini, hal ini menyebabkan hutangnya semakin berlambak kepada banker Yahudi, defisit semakin menghimpit. AS semakin menuju kepada jurang kemusnahan. Apakah tindakan untuk selamatkan dirinya?
Tidak lama lagi US Dollar akan hanya dijadikan kertas tandas.
PERANCANGAN DI TIMUR TENGAH
Dengan kemusnahan sengaja dua bangunan WTC nya, AS memulakan kempen "serangan" terhadap umat Islam. Permainan media massa miliknya berjaya mempengaruhi penduduk dunia bahawa pengganas Islam lah yang melakukannya. Kempen "Anda bersama kami memerangi keganasan atau anda menyertai pengganas" adalah kata dua kepada antarabangsa termasuk negara-negara majoriti umat Islam. Tiada pilihan negara lain kecuali memilih "Menyertai AS memerangi keganasan umat Islam".
Terbukti, negara yang awal-awal diperangi AS ialah negara Islam sendiri iaitu Afghanistan dan Iraq kerana dikatakan disitulah pusatnya "pengganas Islam", iaitu Osama ben Laden dan Saddam Hussein. Mereka maklum kekuatan senjata canggih tidak akan dapat mengalahkan "kekuatan TAUHID" umat Islam di Afghanistan dan Iraq. Dan mereka tahu, umat Islam akan menjadi kuat bersatu dan bertahan sekiranya di serang. Apa yang AS inginkan ialah penyedutan dan penguasaan "Pasaran" minyak berada dalam tangannya. AS tidak risau dengan kos berapa banyak pun belanja dan korban tenteranya. Ini terbukti, sejak perang Iraq yang pertama (Gulf War I) sehingga perang Afghanistan dan Iraq hari ini kosnya telah ditanggung oleh Arab Saudi dan Kuwait. Dalam hal ini, Israel turut mendapat manfaatnya sehingga mampu membina tembok maut di Palestin.
Tentera AS menduduki Afghanistan dan Iraq.
AS tidak risau dengan korban tenteranya kerana mereka tidak mungkin kekeringan tentera, sebab itu ada Filem Holywood yang hampir setiap bulan memaparkan kehebatan hero AS mengalahkan "kejahatan" yang akhirnya menjadi kekuatan secara mental kepada rakyatnya untuk menjadi hero peperangan. AS tidak mungkin kekeringan tentera kerana dasar "kewarganegaraannya" yang pelik iaitu "menjadikan para pendatang warganegara AS sekiranya mereka menyertai tentera terlebih dahulu". Tawaran istimewa ini tidak disia-siakan oleh para pendatang seluruh dunia di AS samada yang datang secara haram atau secara sah. Tidak hairan tentera AS hari ini dipenuhi oleh bangsa Hispanik dari Maxico, Carebian, Arab dan Eropah.
Kubur kepada korban "minyak" AS semakin bertambah dari hari ke sehari.
Sebab itulah AS masih tetap bertahan sampai bila-bila di Iraq dan Afghanistan kerana mereka punya "sumber kewangan" di sana selagi enjin penyedut minyak tidak berhenti menyedut. Untuk mendominasi Timur Tengah, gerak kerja telah pun dijalankan seawal sebelum perang dunia pertama dan kedua. Kejatuhan Khilafah Othmaniyah oleh Kamal Attarturk dan kekuasaan Syarif-syarif Makkah ditangan Lawrence Of Arabia menyebabkan semua tempat umat Islam telah jatuh ke tangan mereka termasuk tanah suci Baitul Maqdis. Umat Islam seluruh dunia hari ini telah terjajah secara realitinya, televisyen yang berada dalam setiap rumah umat Islam dengan rancangan yang diasas dan dihasilkan kufar telah berjaya memusing 360' darjah otak dan pemikiran seterusnya syaksiah generasi muda.
Penduduk di sebuah perkampungan Afghan-Pakistan mengambil jalan mudah membakar kotak TV mereka kerana mendapati TV menjadi penghubung kepada propaganda kufar memusing pemikiran ummah.
Malah lebih canggih dari itu, telefon mudah alih yang boleh memaparkan imej dan melayari internet telah berjaya memusnahkan orang-orang Islam dengan penyalahgunaan yang tidak terkawal lagi. Sebagai contoh, sebahagian muda-mudi Saudi yang walau pun bertudung litup yakni berjilbab telah terlibat dalam penyalahgunaan ini. Pornografi begitu mudah tersebar telah menjadi sumber kerosakan akhlak dan budi. Telah menjadi kehairanan kerajaan Arab Saudi laporan perceraian semakin meningkat dari tahun ke setahun serta perlakuan liar sesetengah anak muda yang semakin sukar dibendung. Sumbang mahram, rogol dan homosexual semakin meningkat dan berleluasa.
MEMUSNAH ISLAM DARI DALAM
Bermunculannya segala mazhab dalam Islam seawal setelah selesainya Majlis Tahkim antara Sayyidina Ali r.a. dan Muawiyyah r.a. lantaran munculnya aliran-aliran ganjil ini adalah hasil kerja Yahudi-Zionis juga. Muncullah Syi'ah, Baha'i dan Qadiyani di India kemudian mereka mengubah isi kandungan kitab-kitab sufi dengan memperlagakan semua disiplin ilmu dalam Islam. Tulisan-tulisan ulama' besar seperti Al-Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Arabi, Ibnu Taimiyah, Al-Fansuri (sekadar menyebut beberapa nama) telah diputar belit dan dilaga-lagakan sehingga menjadi fitnah yang tidak dapat dipulihkan lagi. Kefanatikan semakin menguasai pengikut aliran masing-masing sehinggakan mereka disibukkan dengan hujjat menhujjat sesama tanpa memperdulikan lagi maslahat ummah yang lebih utama. Sesetengahnya bunuh-membunuh antara sesama mereka. Akhirnya orang awam menjadi keliru dan menyampah lantas mencari jalan "liberal", Pluralis atau Free-Thinker, Womens Lib, komunis dan sebagainya.
Syi'ah yang menjadi kelompok Islam kedua selepas Ahli Sunnah terbentuk setelah berlakunya Majlis Tahkim antara wakil Sayyidina Ali r.a. dengan Muawiyah r.a. selepas kewafatan Rasulullah SAW. Ahli Sunnah membentuk 83% umat Islam di dunia.
Ketika AS menyerang Afghanistan dan Iraq umat Islam telah berdemonstrasi di seluruh dunia mengecam tindakan AS. Saddam Hussein dan Osama ben Laden yang sebelum ini dikecam telah mula mendapat sokongan ummat setelah diperangi oleh AS. Wal hal sekiranya diperhalusi, Saddam Hussein dan Osama Ben Laden itu adalah hasil ciptaan AS sendiri. Ketika peperangan Iran-Iraq, AS telah menyokong Iraq dengan membekalkan Saddam Hussein persenjataan canggih termasuk senjata kimia. Ketika perang Afghan-Russia, AS juga menyokong mujahidin Afghanistan ketika itu. Osama ben Laden yang menjadi mujahid sukarelawan Afghanistan ketika itu telah mendapat latihan canggih oleh CIA.
Siapa Osama ben Laden? Beliau telah mula menjadi terkenal setelah tamatnya peperangan Afghan-Russia. Kemunculan beliau secara tiba-tiba dengan tentera proksinya yang dinamakan TALIBAN (bermaksud pelajar) serta dilengkapi persenjataan canggih berupa jet-jet pejuang dan kereta-kereta kebal telah mengambil alih kuasa Afghanistan dari tangan para mujahidin golongan tua. Yang menjadi kehairanan penduduk Afghanistan bagaimana Taliban dapat memiliki persenjataan hebat sebegitu canggih yang tidak pernah mereka gunakan mengalahkan Russia sebelum ini? Tidak lama kemudian telah diketahui bahawa yang memerintah Taliban secara proksi ialah Osama sendiri selaku sumber kewangan. Hari ini Osama dicari oleh AS untuk dibunuh kerana dikaitkan dengan kejadian 9/11, 2001.
Wal hal telah pun diketahui 9/11 adalah perbuatan AS sendiri, mengaitkan Osama hanya sebagai batu loncatan untuk dapat melakukan peperangan sesuka hati seterusnya dapat menyedut minyak. Saddam dan Osama samada diri mereka sedar atau tidak, hakikatnya mereka adalah hasil ciptaan AS sebagaimana diciptanya Abu Sayyaf di Sulu (Filipina Selatan) untuk menghalalkan apa sahaja tindakan terhadap umat Islam. AS mengetahui, umat Islam tidak tergamak menggunakan muslihat "dajjal" seperti ini kepada umat bukan Islam. AS mengetahui, umat Islam adalah umat "Rahmatan lil alamin" sebagai ummat Muhammad SAW yang mengasihi sesama umat manusia.
Sketsa kartun, sindiran terhadap dasar pentadbiran Georg Bush di Iraq.
JALAN MUDAH MENGUASAI MINYAK NUSANTARA
AS tidak akan berminat dengan wilayah atau pun penaklukan. Apa yang dia mahu hanyalah "minyak mentah" sahaja untuk dapat menampung keperluannya sendiri di AS. Tanpa minyak lumpuhlah industri AS, berpuluh juta kenderaannya tidak akan bergerak. Jalan mudah untuk menguasai minyak dunia ialah dengan memulakan peperangan. AS telah pun memulakannya pada 9/11 yang lalu, hasilnya mereka telah ada di Timur Tengah menguasai Arab Saudi, Kuwait, Iraq, Afghanistan, Mesir dan Jordan dll. Yang belum tunduk hanya Iran dan Syiria sahaja lagi.
Kebijaksanaan terletak kepada Malaysia bagaimana mengelak adu domba dan fitnah. Sebarang "permainan" pihak luar haruslah diteliti jangan sampai membuat tindakan yang boleh menjatuhkannya kedalam "perigi buta".
Untuk menguasai Nusantara adalah mudah bagi AS, dengan hanya menguatkan kedudukan Singapura, menguatkan tuntutan Filipina terhadap Sabah (walau pun AS tahu Filipina tidak layak menuntut, sekurang-kurangnya emosi Malaysia senantiasa dipermain), memanaskan hubungan Malaysia-Indonesia (kes tarian PENDET, tuntutan sempadan wilayah), Malaysia-Thailand (kes penentangan Melayu Pattani) dan Malaysia-Singapura (bermacam kes, termasuklah kes penggunaan ruang udara, kes bekalan air mentah, kes pembinaan jambatan, kes tuntutan pulau Batu Putih), Malaysia-Brunei (tuntutan Brunei terhadap Limbang). Dalam pertelagahan ini AS datang sebagai pendamai, membuat perjanjian Latihan Bersama dan USAID. Dalam hal ini yang paling terperangkap ialah Filipina sendiri.
Dengan mengekalkan "suhu" seperti itu, AS akan dapat memecahkan negara-negara di Nusantara pada bila-bila masa yang dia mahu. Hanya bergantung kepada keadaan dan keinginan mereka.
AS MENGHARAP SULU, KEMERDEKAAN ATAU PEPERANGAN
Semakin pasti AS akan membiarkan Sulu mendapat kemerdekaan. Sebenarnya, sekiranya diteliti, bukanlah keutamaan AS untuk memerdekakan Sulu, apa yang penting baginya ialah hasil maksul Sulu itu dapat disedutnya. Selama ini AS membiarkan Sulu terumbang-ambing diurus oleh Filipina. Dia tahu Filipina akan gagal mengurus Sulu disebabkan budaya dan masyarakatnya yang berbeza fahaman agama lebih-lebih lagi sejarah kekuasaan Kesultanan Sulu yang sebenarnya masih berkuatkuasa, tinggal lagi telah kehilangan perjuangan sebenar mereka.
Tentera AS mula mendekati penduduk Tausug Sulu dengan pelbagai bantuan kemanusiaan. Jalan bertar dan sekolah, perhentian pengangkutan awam dan kemudahan air bersih telah giat dibena oleh tentera Amerika di Sulu semenjak tahun 2002 dibawah USAID.
Hasil maksul atau kelebihan yang AS lihat dari Sulu ialah beberapa perkara penting antaranya,
- Petroleum di Laut Sulu (yang dianggarkan mempunyai simpanan yang lebih banyak dari minyak Tanah Arab).
- Emas (disekitar laut berdekatan pantai sekeliling pulau Jolo, disahkan oleh pelan setelit PETRONAS)
- Kepulauannya yang menarik (lebih cantik dari kepulauan Hawaii dan Polenesia, sesuai untuk pelancongan dan penyelidikan Maritim).
- Wilayahnya yang terlalu besar (sekiranya dituntut, meliputi area dalam Sulu Zone iaitu bermula dari Pulau Luzon melintasi Sulawesi-Borneo dan Sumatera-Riau, Johor-Singapura sehingga ke Vietnam dan Taiwan).
Kalau pun AS tidak mahu menyinggung wilayah Sulu dalam Sulu Zone kerana mungkin sukar menuntutnya tetapi sekiranya terpaksa bukanlah mustahil baginya. Ia sangat bergantung sejauh mana AS dapat menghapuskan "senjata" dari tangan orang-orang Sulu. Selagi ada kumpulan bersenjata selagi itulah AS (ExxonMobil) sukar menjalankan cari gali petroleum di mana-mana di kawasan Laut Sulu. Apa yang mungkin menjadi kesukaran buat AS ialah sekiranya peperangan dengan mujahidin Sulu berpanjangan kerana dibimbangi akan menjadi perhatian antarabangsa.
Ahli politik dan aktivis Kristian Filipina menentang kehadiran tentera AS di Sulu kerana dirisaukan Sulu akan dimerdekakan oleh AS. Secara nyata Tausug tidak menentang kehadiran Amerika di Sulu kecuali mereka datang untuk memerangi umat Islam.
Sekiranya ini berlaku, AS terpaksa memerdekakan Sulu, dengan demikian akan memudahkannya membuat perjanjian dengan kerajaan Sulu seterusnya dapat konsesi hak menyedut minyak dan melombong emas secara sah. AS tahu masyarakat Sulu mempunyai nostalgia dengan sejarah kesultanannya kerana Sultanlah yang menjadi simbol perpaduan mereka. Dengan memerdekakan Sulu maka Kesultanannya akan kembali, maka semua rakyat yang bersenjata akan patuh dengan arahan Sultan seterusnya Sulu akan menjadi aman dan tenteram.
Sekiranya dikaji, AS mustahil dapat menamatkan persenjataan orang-orang Sulu. Peperangan pasti akan berlanjutan dan sentimen serta simpati umat Islam akan tertumpu ke Sulu. Mujahidin dari Acheh-Indonesia, Malaysia dan Pattani pastinya akan datang menghujani Sulu membantu saudara-saudara mereka memerangi Filipina dan Amerika. Pintu masuk yang terbentang luas bermula dari Irian Jaya sehingga ke Sabah akan menjadi laluan mereka memasuki Sulu. Peperangan secara besar-besaran di Nusantara tidak dapat dielakkan lagi ketika itu.
KEHILANGAN IDENTITI MENYUKARKAN KEMERDEKAAN
Untuk memerdekakan Sulu era MNLF bermula 1972 hingga 2005 tidak ada jalan penyelesaian. MNLF hanya dijadikan "alat permainan" kepada perjuangan kemerdekaan Sulu dan Mindanao sejak sekian lama. MNLF (Moro National Liberation Front) memperjuangkan BANGSA MORO sebagai satu identiti kebangsaan yang baru. Setelah kemunculan MILF (Moro Islamic Liberation Front) yang berpusat di Mindanao juga memperjuangkan "Nationality" baru iaitu BANGSA MORO. Kecelaruan identiti seperti ini menyukarkan kemerdekaan Sulu dan Mindanao.
Pengerusi MNLF, Nur Misuari melaungkan slogan kemerdekaan "Republik Moroland" ketika perhimpunan ulang tahun MNLF di Sulu diadakan.
Sangat jelas arah perjuangan MNLF dan MILF mengambil metod Mao Tze Tung di Negara China. Mao adalah seorang berfahaman komunis yang anti Kapitalis dan Monarki (kerajaan Beraja atau Bersultan). Revolusi Budaya yang diasaskan Mao di China walau pun telah menampakkan kejayaan pada akhirnya dikecam kerana tidak berpijak di bumi nyata. Mengubah budaya China dengan bentuk kebudayaan baru seolah-olah mereka menjadi bangsa berbeza dari nenek moyang mereka pada akhirnya Revolusi Budaya telah "dibakulsampahkan" oleh kaum China selepas kematian Mao. Komunis China telah memusnahkan institusi beraja, yang tinggal hanyalah muzium kenangan Maharaja China. Inilah yang berlaku di Sulu dan Mindanao, bangsa induknya yang dipanggil Tausug dan Iranun (Ira, Mara, Magui) telah dijadikan bangsa baru yang dinamakan Bangsa Moro. Manakala sistem kesultanan telah dijadikan kenangan juga dengan menjadikan MOROLAND sebagai REPUBLIK.
Umum mengetahui Bangsa Moro itu sebenarnya sudah merdeka di Maghribi iaitu yang kita kenali sebagai negara Morocco di Afrika Utara. Bangsa Moro di Morocco mempunyai bahasa asalnya iaitu Berber-Arab sedangkan Bangsa Moro di Sulu dan Mindanao tidak mempunyai bahasanya sendiri, membuktikan Bangsa Moro tidak wujud di Sulu dan Mindanao. Yang ada ialah bahasa Tausug yang ditutur oleh bangsa Taguimaha, Buranun, Baklaya, Yakan dan Sama-Bajau kerana kedudukannya sebagai Lingua-Franca. Demikian di Mindanao, bahasa Iranun adalah induk kepada bahasa Maranao dan Maguindanao secara linguistik.
UNITED TAUSUG CITIZENS (UTC) TUNJANG KEMERDEKAAN SULU
Kalau pun umat Islam Sulu dan Mindanao dipanggil Moro oleh Spanyol dan Amerika Syarikat bukanlah bermakna ianya perlu diterima bulat-bulat lalu dijadikan identiti. Ini kerana walau pun umat Kristian Luzon dan Visaya itu dipanggil Indio oleh Spanyol dan AS, mereka masih menamakan diri mereka sebagai bangsa Tagalog atau Visaya dan sebagainya. Tidak pernah kedengaran orang Visaya dan Tagalog memanggil diri mereka sebagai BANGSA INDIO. Setidak-tidaknya mereka lebih berterus-terang memanggil diri mereka Filipino atau Pinoy yang membawa maksud "hamba abdi King Philipp II".
Foto kenangan rakyat Sultan Jamalul Kiram II memegang bendera asal Kesultanan Sulu pada tahun 1933 di tepi pantai Jolo. Identiti sebenar Tausug (Buranun, Taguimah, Baklaya, Yakan, Sama-Bajau, Kagayan, Kalibugan) telah dilupakan dan tidak diperdulikan lagi.
Sebab itulah PBB tidak melayan desakan kemerdekaan MNLF terhadap Sulu dan Mindanao menjadi REPUBLIC MOROLAND kerana menganggap mereka (Moro) adalah rakyat Filipina yang memberontak yang lebih kepada masalah dalaman bukannya masalah antarabangsa atau antara negara. Terbukti, para pelarian MNLF di Sabah ditulis sebagai "Filipino" dalam catatan Kad Pelarian mereka (IMM13). Sekiranya mereka mengaku sebagai Tausug dan rakyat Sultan Sulu pastinya mereka tidak boleh dikategorikan sebagai "Pelarian" apatah lagi sebagai Filipino.
Kembali kepada asal identiti Sulu adalah rahsia kepada kemerdekaan Sulu dan Mindanao. Lahirnya United Tausug Citizens (UTC) telah melengkapkan formula "menuju kemerdekaan sebenar". Kerja keras kerabat kesultanan sulu dan kesungguhan rakyat Sulu menongkat UTC yang lengkap dengan buku penjelasannya telah mencerahkan jalan kemerdekaan yang selama hampir 80 tahun dalam kegelapan. Walau pun UTC miskin dan serba kekurangan serta hanya digerak oleh golongan marhain yang daif sebenarnya telah mengulangi semula sejarah kemenangan Rasulullah SAW yang bermula di Makkah. Baginda mendapat "kemerdekaan" memegang tampuk negara ketika hijrah ke Madinah. Persis sama apa yang berlaku kepada UTC, bermula dari Sabah, setelah terancam mereka langsung hijrah ke Sulu hinggalah ke hari ini.
Kemerdekaan pasti dapat samada cepat atau lambat!!!
ASREESULU
|