Estrada ikrar perangi gerila Islam

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, October 22, 2009 2 ulasan


MANILA - Bekas pemimpin Filipina, Joseph Estrada semalam berikrar untuk melancarkan perang habis-habisan terhadap gerila-gerila Islam dan pengganas komunis jika beliau menang pilihan raya presiden pada tahun depan.

Bekas bintang filem yang pernah dipenjarakan atas tuduhan rasuah itu menyatakan demikian sebelum dia secara rasmi melancarkan kempen untuk bertanding jawatan presiden hari ini.

Menurutnya, masalah ekonomi negara-negara Asia Tenggara boleh diatasi jika wujudnya keamanan.

"Kita terpaksa mengisytiharkan perang habis-habsian terhadap pemberontakan," kata Estrada yang berumur 72 tahun pada satu forum antikemiskinan anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Estrada menjadi presiden pada 1998 tetapi dipecat oleh Parlimen tiga tahun kemudian kerana dakwaan rasuah dan digantikan dengan Gloria Macapagal Arroyo.

Beliau terkenal dengan dasar keras terhadap pemberontak. Pada zaman pemerintahannya, pangkalan utama Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Pulau Mindanao pernah ditawan tentera.

Estrada kini berada di tempat ketiga dalam tinjauan pendapat terhadap calon pilihan raya presiden pada Mei 2010.

Anak lelaki Corazon Aquino, Benigno "Noynoy" Aquino kini mendahului Arroyo dan Estrada. - AFP


Ulasan:
"Kahahahaha... Joseph Estrada mau lawan pemberontak Islam? Mereka kata telah berjaya kalahkan MILF di Mindanao, betulkah? Kalau hanya setakat kem sahaja yang mereka boleh ambil alih itu bukannya kemenangan, sampai hari ini MILF masih kuat dan berpengaruh berbanding Estrada. Kalau pun benar, dia bolehlah kalahkan Mujahidin MILF di Mindanao tetapi bukan Mujahidin di Sulu."

Bagi penulis itu hanya retorik J. Estrada untuk memancing undi demi semata-mata menjadikannya presiden Filipina kali kedua. Rasanya dengan usia yang begini tua dengan perut buncit yang dipenuhi "cacing pita" dibimbangi setelah naik kerusi presiden usianya makin pendek. Beliau adalah manusia yang kuat makan babi dan kuat memusuhi umat Islam Mindanao dan Sulu.

Sebenarnya Filipina berani memerangi pemberontak Sulu dan Mindanao disebabkan para pemberontak adalah warga Filipina juga. Sebab itu OIC dan PBB hanya setakat tanya khabar dan mengajak ke meja rundingan tahap "hangat-hangat taik ayam" sahaja. Adalah kerana pemberontakan tersebut adalah masalah dalaman Filipina.

Tetapi pasti akan berlaku sebaliknya kalau yang mereka perangi ialah UTC. Mereka akan kaku dan tidak dapat bergerak ditempat mereka sekiranya yang bangkit memerangi mereka secara bersenjata ialah UTC sendiri. UTC bukan warganegara Filipina, Sulu adalah wilayah mereka sendiri. UTC memerangi Filipina dari tempat mereka sendiri sekiranya Filipina melawan PBB dan masyarakat antarabangsa akan timbulkan kes tersebut sebagai masalah antara negara, Sulu diganyang oleh Filipina.

Tinggal lagi UTC hari ini berkempen menentang peperangan dan menentang keganasan. UTC tidak akan mengangkat senjata kerana bukan keperluan ketika ini. UTC telah mengkaji dari segala segi termasuk mengkaji dasar-dasar ASEAN, OIC, NATO, UN, ICJ dan mendapati "perang" di Sulu tidak akan mendapat layanan sampai bila-bila. Melihat kepada kes tuntutan Sipadan/Ligitan dan Pulau Batu Putih, UTC berpendapat membangkitkan sejarah dan mengumpul bukti yang boleh dijadikan kes perundangan lebih utama berbanding berperah tenaga berperang dengan sia-sia. Menurut UTC, jihad tidak boleh ditinggalkan oleh ummat Muhammad SAW. Jihad senjata adalah jalan atau pilihan terakhir, jihad mesti dengan strategi dan bijak melihat keadaan semasa.

Ketika ini tangan ummat Islam terikat menyebabkan untuk membantu pemberontakan dan peperangan umat Islam negara lain adalah sangat mustahil, kecuali bencana alam seperti gempa bumi di Padang dan Taufan di Utara Filipina. Lihat saja hari ini, ketika mujahidin dilanyak di Jolo, negara ummat Islam lain termasuk Malaysia dan Indonesia tidak akan melayan "berita perang dari Jolo" sekali pun hanya laporan berita di surat khabar harian.

ASREESULU
  1. Bila lagi orang sulu bertanding preseden filipina...

  1. Wahai orang-orang dulu..pergilah dan bangkitlah turut serta bertanding preseden filipina mudah-mudahan menang dan seterusnya memerintah negara filipina itu..

Post a Comment