BARISAN NASIONAL BAKAL TUMBANG DI SABAH
"Barisan Nasional bakal tumbang di Sandakan." keluh seorang sahabat penulis di Sandakan baru-baru ini ketika berlangsungnya perayaan hari raya Aidil fitri. Keluhan beliau bukan sahaja keluhannya sendiri malah adalah keluhan semua penduduk Sandakan kerana terlalu kerap "kematian karan".
Bayangkan dalam masa sehari, elektrik tiba-tiba mati 2 ke 3 kali sehingga terbantut segala urusan jual beli. Sandakan yang dikatakan semakin maju dengan rancaknya pembangunan malah sudah dinaik taraf sebagai "Bandaraya Alam Semulajadi" telah berubah kepada "Bandaraya Selalu Kematian Elektrik".
"BN dan UMNO mesti diajar kali ini, kemenangan pembangkang amat diperlukan di sini untuk perubahan yang lebih menguntungkan penduduk Sandakan." Keluh seorang peniaga Cyber Cafe di tingkat 2 bangunan sederet dengan Pasaraya Milimewa.
Penulis mengambil keputusan pergi sendiri melihat enjin penjana kuasa Sabah Elektrik di Batu Sapi untuk mengesahkan misteri "Kematian Karan" yang berterusan semenjak beberapa tahun lalu. Ketika melalui kawasan penjanaan kuasa Sabah Elektrik, nampak seperti tiada masalah, enjin penjana elektrik berbunyi atau berfungsi seperti biasa.
Penulis mula merasakan sesuatu yang tidak kena keatas Negeri Sabah secara keseluruhan, seperti telah berlaku sabotaj yang begitu terancang. Kekalahan BN dan UMNO dalam pilihanraya akan datang mungkin akan menjadi kenyataan seterusnya Sabah akan jatuh ke tangan pembangkang.
Mungkin juga kemenangan BN/UMNO masih tidak tergugat dan tetap bertahan kerana BN punya rahsia kemenangan yang sukar ditandingi ketika tibanya pilihan raya. Seorang sahabat penulis di Kota Kinabalu yang juga seorang penganalisis politik berkata,
"BN dan UMNO ada 2 perkara menyebabkan kemenangannya dalam setiap pilihanraya. Pertama: WANG, kedua: UNDI POS. Dua perkara ini tidak dimiliki pembangkang..."
ASREE
|