SALAM PERPADUAN UTC KEPADA MALAYSIA & INDONESIA

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, October 8, 2009 2 ulasan


"Salam Perpaduan!!" itulah misi saat ini United Tausug Citizen (UTC) kepada Nusantara dan Dunia, khususnya kepada Malaysia dan Indonesia. Misi salam perpaduan UTC ini bagi sesetengah pihak adalah sia-sia kerana menganggap UTC hanya sebagai kumpulan kecil yang tidak dapat menghasilkan apa-apa. Bagi mereka, berhubung dengan Malaysia adalah satu kesilapan pada saat ini kerana saban hari umat Islam Sulu ditangkap dan dikurung dalam "rumah merah" lalu dihalau ke Filipina oleh Malaysia. Begitulah suara dan protes sumbang para penentang UTC yang ternyata begitu anti perpaduan dan keamanan. Sebenarnya mereka tidak mahu melihat UTC diterima.

Dalam hal tangkapan kepada rakyat Sulu di Sabah oleh Malaysia bukanlah masalah utama yang perlu diperbesar-besarkan. Ia perlulah dikaji dari semua aspek dan penilaian secara jujur mengapa Malaysia bertindak demikian. Menuduh Malaysia "menangkap, mengurung dan menghalau" rakyat Sulu di Sabah tanpa soal-siasat seolah-olah hanya mahu melihat persengketaan, kerana mereka tahu dengan memanjangkan perkara ini akan menaikkan kemarahan rakyat Sulu seterusnya berharap akan berlaku peperangan antara Sulu dan Malaysia di masa-masa akan datang.

Inilah masanya UTC hadir untuk menenangkan keadaan. UTC di masa akan datang akan memberikerjasama kepada Malaysia bagaimana menangani jenayah dan masalah pendatang Sulu di Sabah seterusnya menjalin persefahaman.


SATU MALAYSIA SATU DUNIA

Kemunculan United Tausug Citizens (UTC) di Sulu hari ini seolah-olah telah disambut oleh Malaysia dengan slogan perpaduan dan keamanan iaitu "1 Malaysia, 1 Dunia". Ketika Umat Islam Melayu di Malaysia semakin kehilangan kuasa Majoriti yang seterusnya dibimbangi akan kehilangan "ketuanan" buat selama-lamanya, umat lain pula sibuk mengatur "strategi" bagaimana mereka menguasai "1 Malaysia" agar dapat mengubah apa sahaja yang tertulis dalam perlembagaan Negara untuk kepentingan mereka di masa-masa akan datang.

Perkara yang dibimbangi Hang Tuah kini hampir menjadi kenyataan "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" akan menjadi "Melayu sudah tinggal dibawah 40% tidak lama lagi akan hilang kuasa seterusnya akan hilang di muka bumi". Menteri Melayu cium keris pun kena sergah dan terpaksa minta maaf, perkara ini tidak pernah berlaku di Tanah Melayu sebelum ini, pahlawan Melayu dilarang mencium kerisnya ditempatnya sendiri lalu meminta maaf adalah dayus kerana dianggap tidak berhak keatas haknya. Pastinya akan tercatat dalam sejarah Melayu sebagai titik hitam yang memalukan generasi akan datang. Sebab itulah mungkin Perdana Menteri Malaysia berasakan sudah tiba masanya melaungkan slogan 1 Malaysia sebagai pengesahan "Melayu sudah tidak berdaya lagi".

Sekiranya umat Islam Melayu di Malaysia tidak menggabungkan diri dengan Umat Islam lainnya di Nusantara ini mereka pasti akan hilang sebagaimana Umat Islam Melayu Singapura. Umat Islam Sulu perlulah menyambut "1 Malaysia 1 Dunia" ini kerana bukan sahaja mempunyai persamaan dengan UTC "MagTausug Kita Niyu" (Mari berbahasa Tausug dan bersatu sebagai Tausug) sebagai lambang kesatuan Buranun, Taguimah, Sama-Bajau, Yakan, Kagayan, Kalibugan dll di gugusan Kepulauan Sulu, malah adalah lambang kesatuan seperti yang dilagang oleg Rasul Sallallahu 'alaihi wasallam sebagai menyatupadukan umat Madinah menjadi "Satu Ummah".

Peranan UTC menyatupadukan ummat adalah sangat besar terutama dengan memperkenalkan kaedah asal gelaran TAUSUG. Menurut UTC, Tausug adalah satu rumpun bangsa yang tinggal di gugusan Kepulauan Sulu, menggunakan bahasa Sug sebagai bahasa perantara tanpa mengira mereka samada kaum Buranun, Taguimah, Sama-Bajau, Yakan, Kagayan, Kalibugan dll, mereka tetap TAUSUG. Pendaftaran Surat Beranak UTC menulis semua bangsa sebagai TAUSUG berkonsepkan "1 Sulu, 1 Tausug". Nampaknya UTC di Sulu telah mendahului Malaysia dalam hal kesatuan untuk menguatkan NEGARA.

Foto latihan Ganyang Malaysia dari kumpulan Benteng Dimokrasi Indonesia (BENDERA). Mereka telah dimainkan sentimen sehingga mengancam menyerang Malaysia hanya kerana kes tarian PENDET dan kes Pulau Sipadan & Ligitan. Bayangkan kalau Sulu yang dimainkan sentimen lalu menuntut wilayahnya dalam MAPHILINDO?

MENGHINDAR KONFLIK YANG SIA-SIA

UTC ketika menabalkan pemimpim utama mereka iaitu Datu Ladjamura bin Datu Wasik sebagai Sultan Sulu (Sultan Bantilan Muizuddin II bin Datu Wasik Aranan) di Buansa, Jolo Sulu pada bulan April 2009 yang lalu telah memulakan langkah perdamaian dengan Malaysia dengan hanya meletak gelaran "Sultan Sulu" sahaja kerana sebelum ini ramai individu yang menabalkan diri mereka sebagai "Sultan Sulu & North Borneo". UTC membuang tambahan "North Borneo" dalam gelaran seperti yang dilakukan para penyamar Sultan Sulu sebelum ini kerana dianggap tidak relevan serta bertentangan dengan protokol dan sejarah Sulu sendiri.

Sempena perlantikan Sultan Bantilan II ini baginda telah mengutus beberapa orang wakilnya untuk menyampaikan "Suara Persahabatan" kepada Malaysia dan Indonesia. Baginda Sultan telah memohon kepada salah seorang rakyat Indonesia iaitu Al-Habib Muhammad Rizeiq Syihab untuk menjadi mufti Negara Sulu Darul Islam, dan Alhamdulillah diterima oleh Habib Rizeiq sebagai satu amanah dan tanggungjawab. Perlantikan mufti dari kalangan ulama' cicit Rasulullah saw adalah satu keperluan buat UTC, bukan sahaja untuk menyatukan Tausug malah untuk menyatukan umat Islam serumpun Nusantara Raya ini.

Ia adalah satu tindakan untuk mengembalikan sejarah kegemilangan lalu, kerana Tausug tidak pernahnya bersatu sehinggalah kedatangan cucu Rasulullah saw ke Sulu bernama Sayyid Abu Bakar sekitar tahun 1400-an, beliau berdakwah dan berjaya mengislamkan sebahagian besar penduduk Sulu yang belum lagi Islam kemudian menyatukan mereka dengan satu sistem pemerintahan Syari'ah. Beliau membina masjid dan sekolah agama serta melatih para imam lalu dikirim ke pelusuk gugusan kepulauan Sulu. Akhirnya beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang pertama, sekali pun beliau enggan pada awalnya.

UTC memahami perlunya kembali kepada sejarah, iaitu ketika umat Nusantara saling bantu membantu sesama mereka sejak berabad lamanya tanpa dihalang oleh sempadan dan politik. UTC mengharapkan, Malaysia menyambut baik "Salam Persaudaraan dan Perpaduan" ini sebagaimana Indonesia menyambutnya. Dalam hal hubungan Sulu-Malaysia, Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah telah berjaya menjadi penghubung dan seterusnya menjadi penasihat kerohanian UTC sehingga hari ini.

ASREE
  1. ada juga betulnya tu . . .
    saya ialah anak seorg tausug yg berasal dari sabah . . .

    ayah saya juga sedang berusaha gigih untuk perjuangan tausug . . .

    nama saya murkisal bin sarif tala . . .

    semoga perjuangan ini d berkati A.S.W

  1. kebanyakan blog anda sangat menarik perhatian saya . . .

Post a Comment