CERITA BENAR: Mujahid Tausug Melawan Kafir Filipina
Hari Raya Pertama 20 September 2009:
Pada pagi Ahad di kawasan kampung Marang yang lokasinya antara Batu-Batu dan Talibang di Pulau Jolo Sulu, kira-kira jam 4 pagi, seorang mujahid telah turun dari rumahnya menuju ke sebuah masjid di kampung Marang untuk menunaikan solat Subuh. Ketika beliau sampai tidak jauh dari masjid Marang beliau terkejut melihat begitu ramai tentera Filipina sedang berhimpun seolah-olah mengepung masjid tersebut dan sedang mengatur posisi untuk serangan. Melihat keadaan ini mujahid tersebut langsung berpatah balik menuju ke atas bukit Talibang tempat para mujahidin Tausug berkubu.
Menurut laporan, tentera Filipina tersebut berhimpun tidak jauh dari Masjid Marang sekitar jam 3 pagi adalah bertujuan menangkap anggota Abu Sayyaf yang dilaporkan tinggal di area kampung Marang. Tentera Filipina telah mangagak, anggota Abu Sayyaf ini akan datang ke masjid untuk menunaikan solat sunat Hari Raya Aidil Fitri dan sangat berharap dapat menangkap atau membunuhnya pada pagi tersebut. Malang bagi tentera Filipina, mujahid dari kumpulan MNLF berjaya melihat dan melaporkannya kepada Komander Khaid yang sedang berkubu di atas sebuah bukit Talibang beberapa kilometer dari lokasi masjid Marang. Komander Khaid langsung mengarahkan pasukannya mengepung persekitaran kampung Marang.
Nampaknya tentera Filipina tidak belajar dari sejarah, Pulau Jolo adalah pulau puaka kepada mana-mana tentera Kafir sekiranya datang untuk berperang. Dari zaman Majapahit menyerang Jolo (Menurut Vick Hurley, "Laut Jolo sehingga menjadi lautan darah, Majapahit masih gagal mengalahkan Tausug") sehinggalah zaman Spanyol dan Amerika Syarikat, malah sehingga zaman Filipina pun umat Islam Tausug di Jolo tidak pernahnya kalah secara total kepada mana-mana peperangan. Mereka masih berkubu dan bertahan sekali pun dengan sewenang-wenangnya wilayah mereka dijual tanpa pengetahuan dan persetujuan mereka sendiri.
PEPERANGAN BERMULA
Tentera Filipina tidak menyedari yang kawasan mereka telah dikepung oleh Komander Khaid. Menurut Komander Khaid, tentera Filipina bukannya setakat menangkap atau membunuh Abu Sayyaf tetapi termasuk mana-mana Tausug yang memegang senjata, ini termasuklah mujahidin MNLF. Sebab itu Komander Khaid membuat tindakan awal mengepung kampung Marang. Beliau mengarahkan para pengikutnya tidak melepaskan tembakan sehinggalah hari semakin terang. Selepas waktu solat Subuh, tentera Filipina tidak menemui apa yang mereka cari atau pun sebenarnya telah menyedari kepungan Komander Khaid, tentera Filipina mula bertindak.
Malangnya mereka telah diserang lebih awal oleh mujahidin tanpa belas kasihan. Senapang M-60 dan M-16 para mujahidin telah mula memuntahkan peluru tanpa henti-henti ke arah tentera Filipina. Jeritan dan hiruk pikuk tembakan memecahkan kesunyian pagi Hari Raya Aidil Fitri. Pagi semakin cerah selepas waktu subuh telah memudahkan serangan di pihak mujahidin. Tentera Filipina tidak sempat bertindak balas, mayat-mayat mereka bergelimpangan seperti bangkai anjing di merata-rata. Lebih 40 orang tentera Filipina mati katak termasuk 4 orang tentera Amerika Syarikat (tetapi menurut laporan media hanya 2 orang tentera Amerika mati). Saki baki mereka berundur tetapi mujahidin masih menembak dan mengejar mereka. Tentera Filipina lari tercirit sehingga memasuki Tiyanggi (Bandar Jolo).
Mujahidin berhenti mengejar setelah tentera kafir memasuki Bandar Jolo kerana tidak mahu ada orang awam yang akan jadi mangsa peluru sesat. Tentera kafir mula mengatur serangan susulan iaitu dengan meminta unit pengebom mereka menyerang balas. Pada pagi tersebut kira-kira sekitar jam 7 hingga jam 8 pagi kapal terbang tentera kafir mula menggugurkan bom di sekitar kem Komander Khaid di Talibang. Mujahidin telah mengira, 18 buah bom seberat 500 pound telah digugurkan tanpa henti sehingga memusnahkan apa sahaja di sekitar kem mujahidin tersebut.
Menurut para jamaah yang sedang menunaikan solat sunat Aidil Fitri di Masjid Tulay di Bandar Jolo, mereka mendengar bunyi bom lebih kuat dari suara khatib yang sedang berkhutbah di atas mimbar di pagi itu menunjukkan begitu dekatnya kejadian tersebut dengan Bandar Jolo. Para jamaah menyumpah seranah kerajaan Filipina termasuk Ustaz Abu Harith Othman yang sedang berkhutbah di atas mimbar dengan do'anya, "Semoga Allah swt membalas tentera kafir dengan bala bencana....".
Foto "bangkai" tentera Kafir Amerika di Iraq atau Afghanistan sedang diangkat keluar dari Humvee. Hari ini di Sulu telah berlaku perkara yang sama ke atas tentera Amerika.
TENTERA KAFIR MENYERANG BALAS
Pagi hari raya kedua (21 Sept), dengan penuh kegembiraan kerana yakin mujahidin Tausug telah "mampus" semuanya terkena 18 bom semalam, tentera Filipina menyusun tentera yang dibantu oleh "mentor" mereka iaitu Tentera USA telah mula bergerak menuju ke Talibang. Mereka dengan penuh bangga, bongkak, ujub dengan pelbagai senjata canggih serta dengan harapan kem Komander Khaid yang telah musnah itu telah ditinggalkan, mereka akan dapat ambil alih seterusnya menguasai Talibang dan Batu-Batu serta perkampungan di sekelilingnya.
Kelihatan jenis kenderaan perisai 6-by-6 seperti yang berjaya di letupkan oleh mujahidin Tausug.
Di pertengahan jalan menuju ke Talibang tiba-tiba Jeep Humvee USA meletup terpijak bom jerangkap samar yang telah ditanam oleh mujahidin. Tentera Kufar terkejut beruk dan mula kucar-kacir, dengan tiba-tiba muncul mujahidin yang dipimpin Komander Khaid dari semua penjuru lereng bukit melepaskan tembakan M-60, M-16 serta senjata anti kereta perisai mereka. Tiga buah kereta perisai 6-by-6 berjaya dimusnahkan dan membunuh isinya sekali. Tembakan tentera kafirin tidak berjaya membunuh walau seorang pun anggota mujahidin kerana panik dan kucar-kacir. Kumpulan entera kafir musnah sama-sekali, yang sempat lari terus melarikan diri tercirit sambil meninggalkan senjata mereka. Nampaknya tentera Amerika lebih dahulu lari meninggalkan yang lain. Inilah sikap tentera Amerika, hanya gah di filem Holywood tetapi tidak di dalam peperangan sebenar.
Lebih 40 senjata dengan pelbagai jenis telah berjaya dirampas oleh Komander Khaid, 1 set walky talky, 3 buah kenderaan perisai 6-by-6 musnah total, 4 mayat tentera Amerika, seorang tentera Filipina berpangkat Leutnt telah hilang kemungkinan tertawan (beliau berbangsa Tausug dari keluarga Ajibun), 5 ke 6 orang tentera Filipina juga berjaya ditawan. Kematian tentera Filipina tidak diketahui jumlahnya tetapi menurut sumber mujahidin dari Manila, yang mati terlalu ramai mencecah lebih 250 orang tentera. Nampaknya 18 buah bom seberat 500 pound tidak berjaya membunuh semangat juang mujahidin Tausug.
Ustaz Habier Malik (berserban) berkata sesuatu kepada Nur Misuari.
KUMPULAN USTAZ HABIER MALIK BERTINDAK
Lima hari kemudian Komander Habier Malik telah menyusun kekuatannya di daerah Panamao setelah mengetahui tentera Filipina dibantu USA sedang mengatur tentera untuk memusnahkan mana-mana kumpulan bersenjata di Pulau Jolo. Peringkat awal Habier telah mendapat berita risikan bahawa tentera Filipina akan melalui satu kawasan menuju ke Bitanag. Kebetulan di Bitanag terdapat bekas kem MNLF di bawah pentadbiran Habier sebelum dirampas oleh tentera Filipina tidak lama dulu. Bagi Koamander Habier inilah masanya merampas kemnya semula dari tangan kufar.
Kemungkinan laporan tersebut telah diberikan oleh tentera Filipina yang berbangsa Tausug dari kumpulan pengawal keselamatan Mayor dan Gobernor yang dikenali sebagai Pengawal ECF. Anggota ECF semuanya berbangsa Tausug yang tentunya beragama Islam. Mayor dan Gobernor (Abdusakur Tan) tidak mahu yang mengawal mereka bukan dari kalangan Tausug. Rancangan Habier untuk menyerang hendap pasukan tentera Filipina yang sedang menuju ke Bitanag telah pun diketahui oleh anggota ECF kerana mereka sendiri yang memberi maklumat kepada mujahidin. Kumpulan Habier mula menyerang dari lokasi serangan hendap mereka. Beberapa orang tentera Kafir tumbang satu persatu. Mereka lari mengelak dari terus berlawan dengan Kumpulan Habier lalu naik terus ke atas bukit.
Kemungkinan Komander Habier tidak menyedari anggota ECF turut serta bersama tentera Filipina dan tidak menyedari mereka sebenarnya telah diumpan. Dengan bantuan ECF, tentera Filipina berjaya memacak bendera Filipina di bukit Bitanag tanda kemenangan mereka mengalahkan Koamander Habier walau pun sebenarnya mereka masih dikejar. Ketika sibuk menembak tentera Filipina kumpulan Habier tiba-tiba diserang dari belakang sehingga berjaya membunuh 5 orang mujahidnya. Komander Habier terpaksa berundur sehingga tidak sempat membawa 5 orang syuhada'nya. Senjata yang berjaya dirampas oleh tentera Filipina dari 5 orang syuhada' ialah 90mm, M-60, dan tiga M-16. Dua orang Syuhada' mereka bawa ke Brigade sebagai bukti mereka berjaya menewaskan Ustaz Habier.
Seorang Ibu Palestin menginjak-injak anaknya sendiri yang didapati bersalah menjadi talibarut Israel membunuh umat Islam. Bagaimana dengan anggota ECF pula yang mengkhianati bangsa sendiri di Sulu?
Kemudian telah diketahui bahawa yang menyerang kumpulan Komander Habier dari belakang itu adalah anggota ECF sendiri. Hal ini telah mengecewakan semua penduduk Tausug Jolo bagaimana saudara mereka dalam ECF telah mengkhianati perjuangan bangsa sendiri. Yang menjadi kebimbangan Tausug ialah, anggota ECF dan keluarga mereka sendiri akan menjadi mangsa sasaran permusuhan peribadi. Bahayanya permusuhan peribadi Tausug lebih menakutkan dari peperangan dengan kufar. Jangan hairan sekiranya ada yang tiba-tiba mati ditembak dengan pistol di tengah-tengah bandar Jolo, inilah kemuncak permusuhan peribadi. Ia akan berlangsung sehingga ke-7 keturunan.
Saudara mara para syuhada' dari kumpulan Komander Habier tentunya tidak akan berdiam diri. Mereka pasti bertindak dengan apa cara sekali pun untuk membalas pengkhianatan Tausug dari anggota ECF tersebut. Tausug dalam ECF terpaksa memilih berterusan menjadi hamba atau tali barut kufar dengan mengikut sahaja segala arahan Filipina agar mereka sentiasa mendapat perlindungan. Para mujahidin pula akan berterusan mencari-cari peluang untuk membunuh mereka serta keluarga mereka yang bersekongkol. Apa yang akan berlaku ialah perang saudara atau perang peribadi yang berterusan.
Kelihatan poster Komander Radulan yang dituduh sebagai Abu Sayyaf hanya kerana beliau tidak menganggotai mana-mana kumpulan bersenjata samada MNLF atau MILF.
KOMANDER RADULAN BERTINDAK
Menurut Tausug Jolo, Abu Sayyaf sebenarnya tidak pernah ada di Jolo. Abu Sayyaf tidak wujud, ia hanya dicipta oleh Media dan pentadbiran Filipina serta Amerika untuk menghalalkan terhadap sebarang tindakan mereka kepada mujahidin pada bila-bila masa, inilah yang berlaku sekarang. Empat hari lalu Komander Radulan yang kemnya terletak di daerah Patikul mula bertindak melancarkan serang hendap. Radulan telah dituduh sebagai anggota Abu Sayyaf hanya sanya beliau tidak menjadi ahli MNLF. Di Sulu, sesiapa sahaja kumpulan yang tidak menjadi ahli MILF dan MNLF mereka semuanya dituduh anggota kumpulan Abu Sayyaf. Inilah antara kejahatan Filipina terhadap umat Islam Sulu yang tidak suka terhadap pentadbiran mereka. Menuduh sesiapa sahaja penentang mereka dengan panggilan Abu Sayyaf.
Sekarang sedang berlangsung peperangan antara kumpulan Komander Radulan melawan tentera Filipina yang dibantu Amerika di Patikul. Kita tunggu dan lihat apa perkembangan seterusnya di sana, sedikit masa lagi kita akan dapat maklumat. Filipina terpaksa menyatakan bahawa kumpulan yang mereka perangi ialah Abu Sayyaf bukan MNLF untuk menyelamatkan diri mereka dari dipersalahkan oleh OIC dan United Nation. Kerana perjanjian genjatan senjata dalam Final Peace Agreement antara MNLF dengan Filipina masih berlangsung dan berkuatkuasa. Kalau pun mereka menuduh MNLF yang mencetuskan peperangan kesalahan tetap dituding ke muka Filipina kerana mereka yang memulakan provokasi. Malah sengaja untuk mencetuskan peperangan.
ASREESULU
(Cerita Hj Kerry telah penulis tambahkan komentar dan penjelasan)
|