BERLELUASA: VIDEO ANTI-SULU DARI SABAHAN

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, October 7, 2009 0 ulasan



Video di atas penulis ambil dari Youtube.com yang dinukil oleh saudara Neldy Jolo dalam blognya theislandsofpearls.blogspot.com. Penulis ucapkan tahniah pada generasi muda Sabahan yang sangat anti-Tausug atau Sulu sehingga berhasil menyiapkan video PENGHINAAN ini. Penghinaan seperti ini semakin berhasil dengan bantuan dan dokongan surat khabar tempatan Sabah yang saban hari sibuk dengan laporan keburukan dan kebencian terhadap masyarakat Sulu di Sabah yang g mereka label sebagai PTI (Pendatang Tanpa Izin).

Negara Malaysia sedang menjalankan program 1 Malaysia sambil "menjual" konsep ini ke luar negara. Kejayaan konsep 1 Malaysia 1 Dunia bergantung kepada "pendidikan" kepada generasi muda negara. Harapan menggunung kerajaan untuk melihat kejayaan 1 Malaysia 1 dunia hanya akan menjadi "omong kosong" dan sia-sia sekiranya gerak kerja secara menyeluruh tidak dilakukan.

Sebagai contoh, ketika SABAH dan Sarawak sekarang berada dihujung tanduk, pemimpin dan generasi muda Sabahan masih sibuk dengan isu-isu PTI, PELARIAN dan PILAK terhadap masyarakat Sulu. Tidak hairan 1 Malaysia 1 Dunia akan hanya tinggal slogan, gagal. Kegagalan ini adalah berpunca dari pendidikan sejak di sekolah menengah lagi, buku sejarahnya tidak menjelaskan kebenaran tentang pajakan Sabah, Pembayaran Pajak yang masih berterusan kepada Kesultanan Sulu (perlulah dijelaskan sekali pun hanya sekadar pampasan) serta hak-hak rakyat Sulu samada mereka sebagai Pelarian (sebenarnya kalau mereka tidak mengaku BANGSAMORO mereka tidak layak dinamakan PELARIAN, sebab itu mengapa pemegang IMM13 ditulis sebagai PHILIPINO) mahu pun sebagai rakyat Sulu sendiri.

Dengan menjelaskan hal sebenar, Malaysia dan generasi muda tidak akan rugi malah akan berterusan dapat memahami ikatan kekeluargaan antara Sulu dan Sabah bukan sebaliknya. Inilah yang dikatakan 1 Malaysia 1 Dunia, kesatuan masyarakat serumpun kesatuan Nusantara. Malangnya ia tidak akan berlaku seperti yang diharapkan.


PENGANIAYAAN YANG MEMUSNAHKAN
Kita terlalu sibuk dengan kepentingan duniawi, politik dan sebagainya tanpa menilai kemanusiaan. Sebagai contoh, seorang sahabat penulis yang juga seorang jutawan Malaysia, mengaku dari kerabat kesultanan Selangor dan Pahang berkata,

"Gold Bar yang terbanyak di seluruh dunia adalah dari Gold Bar Sulu. Saya akan tuntut dan kembalikannya kepada umat Islam. Ini harta perbendaharaan Sulu bukannya milik Sulu tetapi adalah milik Allah swt secara keseluruhan maka perlu dikembalikan kepada umat Islam".

Penulis hairan dengan kata-katanya, harta Sulu mestilah dikembalikan kepada rakyat Sulu kerana itu adalah hak mereka. Kalau pun mahu dibahagi-bahagikan kepada umat Islam lain perlulah dikembalikan dulu, biar Sulu yang membahagi-bahagikannya mengikut kesesuaian.

Dengan mengatakan Harta Sulu tersebut adalah milik Allah swt bukannya milik mutlak Sulu sebenarnya adalah benar, tetapi kenyataannya, beliau sendiri tidak berlaku adil terhadap rakyat Sulu yang teraniaya selama ini. Dari satu segi, kenyataannya terlalu bodoh dan memperbodohkan orang lain.

Nasib baik penulis tidak berkata kepadanya,

"Kalau Harta Sulu itu bukan milik mereka secara mutlak kerana ia milik Allah swt, bagaimana pula dengan tanah dan lautan di muka bumi ini? Kalau anda katakan ia juga milik Allah bukan milik mutlak manusia mengapa rakyat Sulu ditangkap lalu disumbat kedalam kurungan sebelum dihalau semula ke laut dengan alasan mereka tiada Pass perjalanan Sah memasuki Malaysia? Mengapa dirobohkan perumahan setinggan mereka tanpa pembelaan di seluruh Sabah? Rawatan kesihatan mereka terlalu mahal hingga tidak mampu membayar kos rawatan, lantaran ramai antara mereka mati membawa penyakit begitu sahaja? Analogi Harta Milik Allah itu anda tidak gunakan secara adil dan amanah."

Kita sangat mengharapkan umat Islam Sulu di Sabah dan dimana-mana sahaja bersabar dan menambahkan kesabaran mereka. Yang paling penting, masyarakat Sulu mesti membuat anjakan paradigma keatas status ekonomi dan pendidikan mereka agar terus bersaing secara sihat dengan masyarakat lain. Abaikan segala tohmahan dan cacian, jadikannya sebagai "baja" penguat semangat menuju kejayaan.

Ustaz Hj Abd Halim Abbas Kedah pernah berkata dalam satu ceramahnya di Kg. Puyut, Lahad Datu pada tahun 2005 dihadapan puluhan masyarakat Sulu, katanya,

"Orang Sulu mesti kembali memartabatkan Al-Quran. Hantar anak-anak kalian ke sekolah tahfiz Quran. Kalau tidak mampu, buka madrasah sendiri di rumah-rumah kalian. InsyaAllah kalian akan kembali gemilang seperti dahulu kala ketika zaman kemuncak kegemilangan kalian."

Al-fadhil ustaz juga mengatakan bahawa, biasanya orang yang sibuk menghalau bangsa lain dari wilayahnya akan kalah dan terhalau juga kemudiannya.

ASREE
Untuk mengikuti perkembangan terkini peperangan antara Mujahidin Sulu menentang BALIKATAN (perikatan Filipina & Amerika) sila ke blog sahabat kami http://altaufik.blogspot.com

Post a Comment