Buku Tausug di Kuala Lumpur!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, July 31, 2009 0 ulasan


Beberapa orang pelawat blog (mungkin) telah menghubungi saya bagaimana mendapatkan buku Tausug & Kesultanan Sulu di KL. Saya telah tunjukkan tempatnya untuk membeli buku tersebut iaitu di Hentian Puduraya.

Malangnya mereka tidak berjumpa buku tersebut di sana. Mungkin disebabkan tinggal hanya satu kedai yang menjual (kerana kehabisan stok). Maka untuk lebih jelas, baru-baru ini saya pergi sendiri melihatnya sekadar memastikan kalau buku tersebut masih dijual di sana dan memang benar masih ada.

Sebenarnya buku Tausug & Kesultanan Sulu masih ada dijual walau pun hanya tinggal satu kedai. Kepada sesiapa yang hendak beli buku Tausug sila ke Puduraya. Berikut adalah foto kedai yang saya sempat rakam untuk panduian yang lebih jelas.

Ada juga beberapa lokasi kedai buku yang menjual seperti PJ, Gombak dan Shah Alam tetapi saya sendiri tidak tahu alamat tepatnya. Buku tersebut diedar oleh orang lain yang telah dilantik oleh penerbit.

Pengedar utama buku Tausug di Sabah ialah Ustazah Rosnani Untol (H/P: 019-812 6615). Pengedar utama di Lembah Klang ialah Ustaz Yusuf Din (H/P: 019-392 3395).


Asree

Persatuan Suluk Bersatu Sabah (PSBS) di KL!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, July 24, 2009 0 ulasan

Buat pertama kalinya PSBS atau Persatuan Suluk Bersatu Sabah akan mengadakan pertunjukan tarian kebudayaan di Kuala Lumpur,

"Dance Festival 2009 on July 28 – 31 at City Hall Auditorium or DBKL."

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kebudayaan Tausug atau Suluk ini sila ke blog rasmi PSBS http://psbs2004.blogspot.com/

Neldy Jolo berkata dalam blognya (http://theislandsofpearls.blogspot.com/) "...the Pangalay is the traditional dance of the Bangsa Sug or Suluk and other ethnic tribes within. Pangalay is a romantic Tausug cultural identity."

Penulis akan berada di sana membuat jualan buku Tausug & Kesultanan Sulu (Versi Melayu & Inggeris) di samping membuat penggambaran. Sahabat-sahabat bloger atau pengunjung blog Tausug-Global bolehlah datang menyaksikan pakaian tradisi Tausug secara "Live" di sana. Atau mungkin boleh dapat bersembang, debat dan sebagainya di kedai kopi setelah itu bersama delegasi PSBS yang didatangkan khas dari Sandakan Sabah. Jumpa di sana!!!

Asree

Keluarkan SABAH Dari Malaysia??

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 0 ulasan

TALENTED: Tun Mustapha playing his violin to entertain an Indonesian cultural troupe at his residence on May 14, 1968.

"Pictures of the former office boy, who went on to lead Sabah into independence and become the state's first Yang Di Pertua Negeri (Head of State) and later Chief Minister, adorns the walls of the gallery in the atrium of the 30-storey suspended tower, Menara Tun Mustapha, one of only four such buildings in the world." Ruj: http://allmalaysia.info

Seorang pahlawan yang telah pergi meninggalkan kita Tun Datu Mustapha bin Datu Harun. Ketika tercetusnya Perang Dunia ke-II beliau mengetuai pasukan gerilanya sendiri yang terdiri dari orang-orang Tausug dan kaum-kaum lain di Borneo Utara ketika itu.

Dengan semangat juang beliau masuk hutan keluar hutan memimpin pasukannya menentang penguasaan tentera Jepun hingga akhirnya Jepun menyerah kalah ditangan Amerika Syarikat. Tamatnya perang Dunia ke-II menjadikan beliau mendapat tumpuan oleh Pemerintah British Borneo Utara ketika itu atas kecekalannya menentang tentera Jepun.

Menara Tun Mustapha di Likas, Kota Kinabalu.

Dari semua pertimbangan, mengapa Tun Datu Mustapha diangkat menjadi pemimpin ketika itu adalah kerana,

  • Pertama: Beliau pemimpin tentera gerila yang kuat berbanding yang lain.
  • Kedua: beliau berbangsa Tausug, kerana telah menjadi TRADISI di Borneo Utara sejak dulu bangsa Tausug diangkat sebagai pemimpin.
  • Ketiga: Tun Datu Mustapha berdarah Datu yang punya pertalian keluarga dengan Kesultanan Sulu. Hal nasab beliau telah diakui oleh Pusat Sejarah Brunei sebagai dari kalangan keluarga Aranan Puyo (walau pun keluarga Aranan mempersoalkannya hari ini, kerana menurut keluarga Aranan Tun Mustapha adalah anak kepada Datu Paduka Mat Salleh bukannya anak Datu Harun). Ruj: Tarsilah Brunei I & II, susunan & kajian Pehin Hj Awang Jamil As-Sufri - Ketua Pengarah Pusat Sejarah Kerajaan Brunei Darussalam.
Tiga perkara di atas menjadi hujjah kepada semua "PEMBANGKANG" yang mengatakan bahawa Tausug tiada hak di Sabah kerana mereka (TAUSUG) bukan peribumi Sabah. Kononnya mereka adalah "Orang Filipin" yang perlu dihalau semuanya ke Filipina. Tiga perkara di atas juga menjadi dalil kukuh yang tidak dapat disangkal berdasarkan fakta sejarah Tausug & Kesultanan Sulu sampai bila-bila.

Seorang anak Kadazan berkata "Kami adalah peribumi Sabah yang asli bukan anda (merujuk kepada penulis). Kalian Suluk bukan asal Sabah tapi orang Filipina!!."

Penulis menjawap "Kalau anda peribumi Sabah Asli mengapa ketika kemasukan Sabah ke Malaysia 1963 bukan kaum anda yang menjadi ketua? Mengapa kalian tidak mampu menghalang Tun Datu Mustapha menjadi ketua ketika itu kalau kalian benar? Ternyata kalian buta sejarah!! Anda tidak ubah seperti pemandu kereta yang hanya tahu memandang ke hadapan tanpa gunakan "side mirror" untuk pandang belakang. Cuba lihat belakang (sejarah) anda dari mana bangsa anda BERMULA!!

Tun Fuad Donald Stephen (Duduk di tengah) menjadi Ketua Menteri Pertama Sabah manakala Tun Mustapha menjadi Yang Dipertua Negeri sebelum menjadi Ketua Menteri. Ruj: http://flaneganb.net

Kita sedih kiranya generasi muda Sabahan memandang sebelah mata tentang sejarah awal Borneo Utara. Yang mereka tahu hanya sejarah tingkatan dua yang hanya fokus kemasukan Sabah ke Persekutuan Malaysia. Ramai yang mengaku sebagai Peribumi Sabah hari ini terasa terhimpit dan terdesak dengan persaingan dengan anak-anak Suluk. Tuduhan bahawa anak Suluk inilah yang merampas kerjaya dan peluang mereka di bumi Sabah. Benarkah?

Anak-anak Suluk yang merampas ataukah para PEMIMPIN Politik Sabah hari ini yang merampas hak kalian? Seorang sahabat penulis berbangsa Bajau Kota Belud beri tahu, kemungkinan besar UMNO dan barisan akan kalah dalam pilihanraya akan datang. Bernard Dompok, Jefrey Kitingan dan lain-lain pemimpin Momugun Nasrani akan mendominasi "cuaca" politik di Sabah.

Keluarkan Sabah Dari Malaysia?
Seorang sahabat penulis berbangsa Tausug telah berkahwin dengan wanita cina mualaf di Kota Kinabalu. Isteri beliau yang mempunyai restoran di KK pernah didatangi oleh satu pertubuhan yang meminta beliau menandatangani persetujuan "Sabah Keluar Dari Malaysia". Ternyata gerakan sekarang semakin rancak diharap pihak keselamatan kita dapat memantau perkara ini. Sekiranya benar, Sabah bakal jatuh ketangan Musuh Islam. Tambah merisaukan kita hari ini, kepimpinan Melayu semakin dipersoal oleh bangsa lain hinggakan slogan "Ketuanan Melayu" semakin sukar disebut oleh pemimpin Melayu sendiri. Lihat sahaja apa yang berlaku, pemimpin yang cium keris pun terpaksa minta maaf. Mengapa hal ini terjadi? Tanda-tanda KEHANCURAN bumi MALAYSIA?

Penulis katakan pada sahabat tersebut bahawa kita kena pertahankan Sabah di Bumi Malaysia hingga ke titisan darah yang terakhir. Ini adalah tugas setiap individu Muslim bukan sahaja Tausug di Sabah malah kesemua umat Islam Malaysia. Perlu diingat, kiranya Sabah berjaya keluar dari Malaysia, Sarawak akan terkeluar secara Automatik. Ketika itu katakanlah sahaja "Sungguh, Zionist Telah Berjaya!!".

Inilah generasi yang akan bakal lahir seterusnya menjadi pemimpin dimasa akan datang. Ruj: http://remajakini2008.wordpress.com

Dua Jumaat minggu lepas seorang khatib di Seri Kembangan berkhutbah atas mimbar, "Budaya Kufar semakin hancurkan umat Islam Malaysia. Tangan-tangan Nasrani-Yahudi telah semakin berjaya, statistik tahun lalu dari pihak Jabatan Agama menyatakan 207,000 anak telah dilahirkan tanpa Sah Taraf (Anak Luar Nikah)." Apa sudah jadi dengan negara kita sekiranya generasi pemimpin di masa akan datang adalah dari kalangan anak Luar Nikah? Malaysia akan terjual!!

Asree
Tun Datu Mustapha tidak menamakan Borneo Utara sebegaimana British tetapi menamakannya Sabah sempena nama pisang Tausug, Pisang Sabba.

Perjuangan Melalui Penerbitan BERMULA!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, July 22, 2009 0 ulasan

Bermula pada tahun 1999 penulis pada pertama kalinya berjaya membeli satu set komputer Intel Pentium II. Setelah sekian lamanya penulis berulang alik ke Cyber Cafe (CC) bertahun-tahun lamanya barulah dapat beli komputer sendiri.

Pada tahun tersebut, langkah terawal yang penulis teroka dengan komputer baru ini ialah meneroka "Bagaimana Menyunting Gambar Sendiri". Dengan hanya menggunakan Adobe Photoshop 5 ketika itu bermacam hasil kerja dapat penulis lakukan termasuk menyunting kartun sendiri sebelum dihantar ke Karang Kraf (Majalah Geli Hati) ketika itu.

Tahun 2000 bermula era baru penulis meneroka Suntingan Video sebab penulis dapat banyak tawaran membuat suntingan Animasi Kartun untuk RTM ketika itu. Dengan meneroka dan mencuba pelbagai Software Editing Video akhirnya penulis mendapat rentak dan keserasian mengguanakan produk Soniq Foundry iaitu Vegas Video 4 (Hari ini produk Soniq Foundry telah dibeli oleh syarikat SONY).

Pada tahun 2001, penulis meneroka pula Audio Recording kerana mendapat tawaran Soundtrack dan bunyi runut dari syarikat Animasi untuk satu rancangan RTM. Berhari-hari, berminggu-minggu malah berbulan-bulan penulis ambil masa untuk menguasai Audio Recording sehingga menjejaskan produktiviti penulis di pejabat (kebetulan masih makan gaji ketika ini). Keadaan ini sangat sukar kerana penulis tidak pandai bermain alat muzik sehinggalah penulis bertemu dengan seorang sahabat bernama Zahuri (lihat foto). Beliau mahir bermain semua instrumen dalam masa yang sama dia ni seorang ahli jamaah Tabligh. Beliau selalu ajak penulis keluar 3 hari (oleh kerana beliau seorang perokok tegar penulis kerap kali mengelak... hehehe).

Pada tahun 2002 hingga 2004, penulis berjaya menyiapkan satu album lagu Tausug (12 lagu kesemuanya) dengan bantuan saudara Zahuri. Album tersebut dibuat bukannya mahu terkenal atau mahu jadi penyanyi tetapi adalah TESIS semata-mata. Dengan berjayanya menyiapkan satu album (rakaman dibuat di belakang toilet rumah penulis di Seremban) maka "sah" lah kemahiran sebagai "komposer Tausug" (tak bertauliah). Lagu dah ada, maka perlu difikirkan bagaimana pula untuk merakam Video Klipnya (macam MTV lah katakan). Maka penulis mengumpul wang (dengan bantuan isteri) dan terbeli lah satu kamera video canggih SONY VX 2000 E, yang ketika itu berharga RM 12,000 (ikat perut la apa lagi).

Nawaitu penulis ketika itu ialah "Tausug Mesti Bangun" dengan kemahiran teknologi media Penerbitan (dengan jaringan internet mempermudahkannya lagi). Ketika ini untuk menyiapkan dokomentari dan apa sahaja yang ada kaitan dengan Audio Visual akan dapat disiapkan dengan serta merta sebab kelengkapan sudah ada. Pada tahun 2006, penulis mendapat peluang menulis buku, maka terhasillah buku Tausug & Kesultanan Sulu yang siap pada 2007.

"TAUSUG!! Bersedialah dengan perjuangan baru anda!!! Dunia PENERBITAN TAUSUG BARU SAJA BERMULA!!

Jangan harapkan sumbangan orang lain untuk semua ini!! Kalau Nur Misuari dan MNLFnya gagal menyediakan, kita kena carinya sendiri. Selama hampir 40 tahun jangankan sediakan Audio Visual penerbitan sendiri malah Bandar Jolo di bawah ARMM pun masih buruk dan lusuh.

Berikut ialah lagu Sagina-sagina(Sapa-menyapa) yang penulis hasilkan pada tahun 2004. Tiga tahun cari penyanyi untuk nayikan lagu ni masih tak jumpa, akhirnya penulis sendiri yang nyanyi. Sedap ke tak bukan persoalan janji penulis dah lakukan, Tausug sebenarnya boleh walau pun buat rakaman di belakan toilet.




Seorang kawan bertanya, "Asree, bila lagi kamu mahu terbitkan karikatur semasa tentang bangsa kamu. Gunakanlah kemahiran kamu melukis karikatur seperti Zunar." Penulis katakan pada mereka hal seperti ini (lukis karikatur) mengambil masa untuk melukis, tidak jauh beza dengan menyiapkan satu buku perlu berbulan-bulan menyiapkannya tanpa dapat melakukan kerja-kerja lain. InsyaAllah karya kartun Karikatur akan menyusul!!

Asree
Tak dapat bayangkan penulis akan lukis karikatur Nur Misuari :)

BONGKAR: Wajah Sebenar MNLF!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, July 18, 2009 1 ulasan

Benarkah zaman MNLF sudah berakhir? Seorang sahabat dari Sandakan berkata,

"Ia sudah berakhir. Apa lagi yang boleh diharapkan dari mereka? Lihat Nur Misuari yang telah berjaya keluar dari penjara Manila, siapa yang keluarkannya? Apa motif beliau dibebaskan?"

Hingga hari ini pembebasan Nur Misuari masih menjadi tanda tanya. Menurut seorang kawan dari Sulu, setelah bebas beliau dikawal rapi oleh tentera Manila hinggakan sembahyang Jumaat pun masih dikawal dengan ketat. Benarkah beliau telah bebas? Ini membuktikan beliau "BELUM BEBAS" kerana masih dikawal rapi.

Berita yang mengatakan bahawa beliau telah berjaya mendapat suaka politik di luar negara (syiria) baru-baru ini telah dipersoalkan kebenarannya.

Kalau juga benar beliau berjaya keluar negara dengan kawalan ketat seperti itu maka tiada tanggapan yang kita boleh letak ke atas dirinya melainkan telah menjadi alat percaturan yang beliau sendiri maklumi. Sejak dulu MNLF telah dipersoalkan asal-usul kewujudannya sebagai hanya konspirasi kerajaan Filipina.

Tuan Hj Zakaria "Kerry" Abdullah dalam blog terkininya (http://camlun.multiply.com) turut bersetuju dengan mengatakan,

"There were indications that the capitulation of a great number of Moro freedom fighters was subtly maneuvered via an international conspiracy."

Kemudian beliau menambah bagaimana tuntutan kemerdekaan Kesultanan Sulu dan Mindanao lebih kuat berdasarkan Historical Claim berbanding MNLF telah merisaukan negara-negara lain sekiranya mereka dapat kemerdekaan,

"A strong and independent Moro nation was feared to have a spill over effect upon the status quo in the region since the defunct Sultanates of Sulu and Maguindanao have a strong historical claim of dominion over a vast tract of territory now occupied and administered by adjacent sovereign states."

Satu kebimbangan yang terasas dari harta milik Kesultanan yang sekarang bertaburan di luar negara, kemerdekaan akan menyebabkan harta perbendaharaan akan kembali dituntut,

"The huge amount of wealth being stashed in State Banks worldwide is also sending mixed signals to host nations which would create some financial instability once those assets are withdrawn. Such historical fact was exacerbated by the indiscreet mulling of the MNLF leadership over territorial ambition that threatens the status quo."

Satu teguran dari Hj Kerry kepada kepimpinan MNLF agar tidak melibatkan tuntutan ke atas negara luar (seperti Sabah) kerana di luar perjuangannya yang asal (Republik Moro -Sulu Mindanao). Untuk membaca artikel penuh Hj Zakaria sila ke blog beliau.

Pembebasan Nur Misuari
Akhir tahun lalu 2008, penulis telah dipertemukan dengan seorang wanita tidak dikenali di LCCT Subang. Dengan menggelarkan dirinya sebagai Aunty Jocy (Cyberdayang) mendakwa dirinya sebagai antara yang paling rapat dengan Nur Misuari. Beliau yang begitu fasih berbahasa Tausug berkata,

"Asubuha hi Nur Misuari bang aku kakilahan niya pa, baytai hi Jocy laung. Way sayan kiyaingatan niya, aku in nangayu' kan Gloria hipaguwa' siya daing ha jil."

(Tanyakan kepada Nur Misuari kalau dia masih ingat saya, dia tidak tahu langsung sayalah yang minta kepada Gloria bebaskannya dari penjara).

Beliau menyambung lagi,

"Iyan kuna siya, tagna' pa, ayaw naman tugasan niya in lupa' biya' da laggu' laggu' unu (ha Zamboanga). Laung niya umatu siya mamunu' mag balik. Na laung ku masaggaw nakaw yan bang kaw di' magad sin bissara ku. Hinang niya ra in plano niya, ampa siya miyaguy pa Jampiras, siyaggaw siya sin Malaysia ampa liyaruk pa Manila mag balik."

(Saya dah katakan padanya, lupakanlah kawasan tanah bangunan yang hanya sekangkang kera tu, Dia kata dia mahu berperang semula. Saya katakan kamu akan tertangkap kiranya tidak ikut nasihat. Dia pun buat apa yang dia mahu, beliau larikan diri ke Jampiras (Sandakan) tetapi ditangkap oleh Malaysia lalu dihumban semula ke Manila).

Sebelum Aunty Jocy terbang ke Manila beliau sempat menunjukkan tiketnya dari Manila ke Hong Kong kerana ada urusan Jongkong Emas Kesultanan Sulu di sana katanya. Nampaknya aunty Jocy mahir dengan "urusan harta Sulu" serta punya kelebihan sebagai propagandis kerana punya syarikat penerbitannya sendiri di Manila.

MNLF Sudah Berakhir Sejak Dari Mula
Ketika awal perjuangan MNLF, awal-awal lagi sifatnya yang "Diperalat" itu mula kelihatan dengan terkeluarnya pemimpin MNLF sendiri di Sulu seperti "Magic-8" dengan menyerah diri kepada Marcos. Yang keluar terlebih dahulu ialah Alonto, ternyata mereka ini adalah umpan yang Nur Misuari sendiri mungkin telah maklum sejak mula.

Foto: Kelihatan tentera dayus MNLF menyerah diri dihadapan Ferdinand Marcos sendiri yang kemudiannya mereka diberi habuan pangkat dan kekayaan.

Magic-8 ini bukanlah dari kalangan tentera MNLF, mereka cuma golongan terpelajar atau cerdik pandai dalam unit pentadbiran MNLF. Mungkin sudah "terlalu cerdik" mereka lebih memilih habuan berbanding Bangsa, Negara dan Agama.

Menurut Neldy Jolo, majoriti yang menjadi gabernor di Sulu hari ini atau yang punya jawatan tinggi dalam kerajaan Filipina di wilayah Sulu adalah mereka yang terlibat dengan Magic-8. Para mujahidin MNLF (yang tidak tahu menahu) yang berjuang bermatian di hadapan sangat kecewa dengan tindakan Magic-8.

Hj Kerry berkata "If the capitulation of the “Magic 8” can be considered as the first shock to the MNLF, the second one was the break up of the top leadership. That there were international conspiracies fomented by the enemy to effect a ‘divide and rule’ involved, is a premise anyone can rightly conjecture.

It was very apparent in the way the diplomatic clout of the GRP was tactically mobilized; bankrolling, coaching and paving the way for the MNLF breakaway faction to announce its unceremonial takeover of the Front’s leadership on a world tour, to the chagrin of the MNLF Central Committee members then meeting in Tripoli, Libya. More or less 80 per cent of the MNLF-CC members were still fully behind Nur Misuari’s chairmanship at that time."


Sebahagian besar Mujahidin yang mukhlis (ikhlas) ini keluar meninggalkan MNLF (termasuk keluarga penulis) setelah mengetahui ada udang di sebalik batu. Sebahagian lagi mujahid meneruskan perjuangan mereka sehingga ketitisan darah yang terakhir dengan alasan "menuntut bela atas kematian saudara" atau "hidup pun sudah tiada makna" lebih baik syahid.

Analisis Teoretikal: Sikap Menggambarkan Tujuan
Seorang veteran MNLF telah membocorkan rahsia bagaimana perang Moro itu sebenarnya telah diatur terlebih awal lagi oleh Marcos. Beliau juga mendakwa untuk tujuan memulakan peperangan di Sulu mesti ada huru-hara, bagaimana mencetuskannya? Marcos maklum bahawa antara kumpulan aktivis yang menentangnya ketika itu ialah Kabataan Makabayan yang dipimpin oleh Jose Maria Sison. Marcos pasti, dengan memberikan habuan besar kepada orang penting Kabataan Makabayan sudah tentu mereka akan ikut perancangannya.

Tindakan awal Marcos pada awal 1968 ialah membentuk Jabidah Force di Pulau Simunul berdekatan Tawi-Tawi. Dengan mengambil beberapa orang Tausug dan Bajau sebagai pelatih yang kemudian membawa mereka ke Coregidor Island, kemudian membunuh mereka beramai-ramai. Dengan teknik membebaskan seorang dari Jabidah Force (Jibin Arula, dengan membenarkan melepaskan diri ke laut) dan kemudian melaporkannya kepada media massa maka tersebarlah cerita "MUSLIMIN SULU" dalam Jabidah Force telah dibunuh beramai-ramai oleh Marcos.

(Kalau benar bukan perancangan Marcos mengapa berita pembunuhan Jabidah Force dalam akhbar-akhbar tempatan tidak dihalang? Wal hal Marcos terkenal dengan kediktatorannya)

Sentimen umat Islam telah mendidih dengan pembunuhan saudara mereka itu. Kumpulan aktivis yang berfahaman Komunis seperti Kabataan Makabayan tiba-tiba muncul menjadi jaguh. Nur Misuari yang ketika itu pensyarah sains politik di UP (University of Philipines) dengan memegang healer berteriak di hadapan Istana Marcos bercakap kepada hadirin bahawa "tindakan Marcos sangat tidak berperi kemanusiaan" membunuh umat Islam sewenang-wenang, mentang-mentanglah mereka tidak mahu ikut arahan menyerang Sabah. Kebetulan Nur Misuari adalah aktivis Kabataan Makabayan.

Isu "Menyerang Sabah" ini akhirnya sampai ke pengatahuan Kerajaan Malaysia. Tun Datu Mustapha di Sabah mula mengatur strategi sebagai tindak balas kepada Marcos yang kononnya telah melatih pejuang Islam untuk semata-mata mahu menyerang Sabah. Entah bagaimana, tiba-tiba KDN Malaysia tanpa usul periksa terus membuat tangkapan terhadap pemimpin-pemimpin Sulu di Sandakan. Ramai yang tertangkap yang kemudian disumbat ke ISA oleh KDN.

Menurut veteran MNLF ini, orang yang paling penting menunjuk perasaan di hadapan Istana Marcos ketika itu ialah kumpulan aktivis dari Kabataan Makabayan iaitu Jose Maria Sison dan Nur Misuari sendiri. Katanya lagi,

"Mereka (Nur Misuari & Jose) ini pandai, peringkat awal mereka pegang healer berteriak mencaci-maki Marcos, kemudian menyerahkan healer kepada pembantu mereka untuk meneruskan "jeritan" tersebut lalu menyusup ke dalam Istana Marcos."

Menyusup ke dalam Istana Marcos? Untuk apa?

"Jose dan Nur Misuari membuat perbincangan dengan Marcos. Salah satu kehebatan Nur Misuari ialah mengarahkan Marcos agar Imelda dikeluarkan dari perbincangan mereka. Marcos menyuruh Imelda keluar, Imelda keluar dengan bermasam muka, semenjak itu Imelda benci kepada Nur Misuari."

Sejak itu bermulalah episod lakonan yang seterusnya. Tidak lama kemudian Malaysia atas dasar kerisauannya terhadap Sabah mula membantu Nur Misuari (Malaysia mungkin tidak menyedari perjumpaan awal Kumpulan Komunis Kabataan Makabayan dengan Marcos sebelum ini). Samada Malaysia sedar atau tidak permainan ini Nur Misuari telah mendapat bantuan Malaysia termasuk kewujudan Jampiras di Sandakan. Pada akhirnya perang Moro pun meletus setelah Martial Law 1972 oleh Marcos. Hal ini bukan lagi rahsia, sudah tersebar dimana-mana.

Pendedahan veteran MNLF ini menyebabkan penulis tidak tidur lena. Penulis mula mengkaji dengan berjumpa para bekas pemimpin MNLF. Merasakan Nur Misuari samada beliau sedar atau tidak telah menjadi mangsa percaturan Marcos. Kasihan Nur Misuari, hingga hari ini mungkin disebabkan sentimen keluarga, penulis masih sukar mengakui kebenaran pendedahan oleh veteran MNLF ini.

Umum mengetahui, Marcos mewujudkan perang atas alasan yang kuat untuk menghalang kebangkitan Tausug & Kesultanan Sulu. Desakan Keluarga Kiram kepada Marcos untuk menuntuit Sabah atau mengembalikan harta perbendaharaan Sulu (kebetulan Marcos adalah peguam kepada 2 orang Trusty Harta Kesultanan Sulu sebelum menjadi presiden) menyebabkan kepala Marcos terhimpit dan tertekan.

Ketika Pope John Paul II datang berjumpa Marcos pada 1970 sebenarnya untuk memberi lampu hijau "Devide & Conquer" Marcos ke atas Sulu. Adalah merbahaya membiarkan tuntutan Tausug dan Kesultanan Sulu ke atas hak mereka dimasa-masa akan datang. Do something atau Filipina akan menjadi wilayah jajahan Tausug & Kesultanan Sulu di kemudian hari? Dengan terwujudnya peperangan ini menyebabkan Sulu akan kukuh berakar dalam "Wilayah Jenama Filipina hingga kiamat" dan akhirnya Tausug & Kesultanan Sulu akan lenyap perlahan-lahan.

Marcos tahu, Malaysia sendiri tidak akan bersetuju dengan kemerdekaan Sulu atas kepentingannya terhadap Sabah. Malaysia lebih rela menyerap Tausug & Kesultanan Sulu menjadi rakyatnya berbanding menyokong kemerdekaan Sulu.

Hj Kerry menulis “there are no permanent friends or permanent enemies, only permanent interests”.

Foto:Kelihatan Marcos dan isterinya Imelda mencium tangan tuan guru mereka Pope John Paul II. Pada 17 Januari 1981, Marcos menamatkan Martial Law atas nasihat Pope John Paul II. Hairan, selama hampir 10 tahun Martial Law membunuh umat Islam barulah Pope John Paul II menjadi jaguh memberhentikannya? In the Philippines, many remember the pope for criticizing former dictator Ferdinand Marcos. Before John Paul visited in 1981, Marcos lifted martial law, which he had put in place the previous decade. In 1986, when Marcos was forced from power, many credited the pope for helping to bring about the change. Ruj: http://wikicompany.org/wiki/911:Vatican

Dengan peperangan ini juga akan meyebabkan ada pihak lain yang akan menuntut Merdeka menjadi Republik (terlupa sejarah pemilikannya). Malah generasi yang terlibat dengan peperangan ini akan menyambung perjuangan (MNLF) dengan tidak menghiraukan lagi Tausug & Kesultanan Sulu malah menentangnya. Ternyata benar, generasi mereka hari ini menjauhkan diri dengan istilah Tausug & Kesultanan Sulu.

Asree

Charles Darwin berketurunan Yahudi menjadi bapa Aties dan Fahaman Komunis dengan teori Evolusi "Manusia berasal dari Monyet".

Ayah Bercerita Berperang Dengan Marcos

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, July 17, 2009 0 ulasan

Ketika penulis sampai ke Zamboanga pada bulan Mac 2009 yang lalu, Makcik Penulis bernama Hjh. Dallama Sabarul yang tinggal di sana berkata,

"Asree, kamu tahu tak Nur Misuari itu adalah datuk kamu? Beliau adalah keluarga kita dari sebelah ibu. Emak kamu tidak cerita hal ini?"

Penulis hanya mengangguk dan tersenyum lalu penulis balas,

"Ya saya tahu, emak dah beri tahu beliau (Nur Misuari) adalah keluarga kita sebelah ibu. Sebab itu dalam tulisan saya tidak pernah menentang perjuangannya. Hingga hari ini saya sendiri mengakui jiwa saya adalah sebahagian dari perjuangannya." Jawab penulis sekadar menyenangkan hatinya.

Seorang sahabat penulis yang turut serta dalam perbualan menyampuk "Sebab tu nama pena Asree pun ASREEMORO." Penulis hanya senyum mendengar celahan sahabat seperti memahami penjelasan penulis sekadar menyenangkan hati makcik. Kebetulan penulis bawa senaskah buku Tausug & Kesultanan Sulu dalam bahasa Inggeris dengan tujuan untuk diserahkan kepada Nur Misuari.

Saudara Nur Daniel yang turut berada di situ bersetuju untuk menyerahkan buku tersebut kepada Nur Misuari. Kebetulan beliau antara pemimpin belia anak-anak MNLF di Zamboanga yang rapat perhubungannya dengan Nur Misuari.

Ketika penulis balik dari Zamboanga pulang ke Sandakan, langsung bertemu ayah penulis untuk bertanyakan keterlibatan beliau dalam MNLF. Ayah menceritakan sebelum terisytiharnya Martial Law September 1972 Ayahnya (Datuk penulis bernama Imam Muhammad Salleh Elaji) telah mengetuai serangan menghalang tentera Marcos di Basilan. Ayah penulis bercerita,

"Datuk kamu (Imam Mohd Salleh) telah diberi mandat oleh MNLF mengetuai serangan ke atas kemaraan tentera Marcos di Danginan, Basilan. Bergerak dari Bukalaw ke Danginan, Datuk kamu membawa lebih 50 pejuang yang terdiri dari orang-orang kampung yang terlatih. Serangan bermula di kawasan Danginan hingga ke Kampu."

Ayah menyambung,

"Kami setelah melihat Illaga semakin ganas membunuh umat Islam ketika itu, sebagai umat Islam perlulah berbuat sesuatu untuk membantu menghalang penganiayaan terhadap saudaranya. Anda ingin berpeluk tubuh sahaja atau menunggu dibunuh oleh Illaga? Wajib berjihad ketika itu, para imam Masjid, Ustaz menyertai MNLF untuk mempertahankan diri tanpa mengira siapa pun MNLF yang penting mereka membantu mempertahankan diri umat Islam Basilan."

Penulis bertanyakan bagaimana ayah terlibat dengan peperangan yang dibentuk oleh MNLF itu dan siapa yang melatih mereka berperang?

"Ketika itu saya masih ingat antara tahun 1971-72 serangan Militia Illaga yang dibentuk Marcos telah melakukan serangan membabi buta terhadap umat Islam. Di Basilan, Komander Faisal dalam pasukan D-90 telah melatih datuk kamu dan beberapa orang adik-beradik ayah di Bukalaw. Ayah telah mendapat latihan agak lewat di Bana', Basilan. Ketika perang berkecamuk ayah ditugaskan membawa makanan ke Libug tempat peperangan berlangsung."

Peta Pulau Basilan (sempena nama Sultan Bantilan) termasuk dalam kepulauan Sulu.

Penulis bertanya mengapa beliau tidak terlibat secara langsung mengangkat senjata? Beliau menjawab,

"Ayah bersama seangkatan dalam latihan tentera MNLF di Bana' ditugaskan membantu membawa makanan ke Libug sementara menunggu senjata. Ketika itu MNLF kekurangan senjata walau pun ramai mujahidin yang cukup terlatih menyertai pertempuran di bahagian hadapan termasuk ayah, tetapi dengan ketiadaan senjata kami terpaksa membantu di bahagian belakang sahaja. Para Komander MNLF memberi tahu sekiranya ada senjata musuh yang dapat dirampas maka bolehlah kami gunakan untuk berperang di bahagian hadapan."

Penulis bertanya apakah punca utama mereka berundur ke Sabah (Jampiras) setelah itu?

"Abang kamu, Abdullah (berumur hampir 2 tahun) ketika itu masih terlalu kecil. Suatu hari, ketika kami dan para komander tengah berbincang dalam sebuah rumah di Bana', tiba-tiba kelihatan 6 buah Jet pejuang Marcos sedang berlegar di udara lalu menjatuhkan bom roket. Rumah tempat kami berbincang musnah dalam sekelip mata. Beberapa orang kehilangan tangan dan kaki, ada putus kepala, badan tidak kelihatan......." Ayah berhenti bercerita seperti terkenang sesuatu dengan air mukanya yang semakin serius.

Ayah menyambung,

"Jet Marcos terlalu canggih, boleh terbang di celah-celah pokok kelapa sambil melepaskan tembakan. Ayah tak pernah lihat sebuah jet boleh melipat sayapnya terbang melalui celah-celah pokok kelapa kecuali hari itu. Tiba-tiba dari kejauhan ayah lihat jiran yang sedang mengatur persembunyian di bawah rumahnya telah terkena roket dari jet tersebut lalu berkecai. Jasad mereka suami isteri yang sudah tua terburai menjadi kepingan kecil. Ayah cepat-cepat memeluk ibu dan abang kamu (Abdullah) yang masih kecil, tiba-tiba roket menjunam dan meletup hanya 2 meter dari tempat kami. Alhamdulillah satu tembok batu menyelamatkan kami."

Ayah mengakhiri cerita,

"Tentera MNLF lain datang dan melepaskan tembakan kearah Jet sehingga jet tersebut tidak kembali lagi. Beberapa bulan kemudian abang kamu Abdullah mengalami masalah paru-paru dan jantungnya gagal berfungsi. Abdullah menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan ayah...., Ayah mula terfikir, perjuangan ini perlu diteruskan. Perlu berhijrah ketempat lain untuk mengatur kekuatan. Membesarkan anak-anak untuk perjuangan yang akan datang. Kebetulan datuk kamu memang mempunyai saudara mara di Sandakan dan Sugut, ayah ikut berhijrah ke Sandakan".

Rakyat tidak berdosa menjadi mangsa dalam peperangan MNLF melawan Marcos, kanak-kanak turut tidak terkecuali. Suasana seperti ini (lihat foto- sekadar contoh) berada dimana-mana terutama peperangan terhadap umat Islam.

Sekian dari secebis pengalaman dari orang tua penulis, MNLF telah menjadikan mereka Mujahidin demi bangsa dan agama tercinta? Kita tanya dimanakah MNLF yang sebenar hari ini? Benarkah mereka berjuang membela umat atau sebaliknya? Militia Illaga adalah penyebab perang Moro? Atau pun perancangan perang-perang telah pun dibentuk lebih awal? Siapakah yang mendapat faedah dari peperangan ini? Umat Islam? Filipina? Malaysia? Amerika-Yahudi?

Asree

BONGKAR: Benarkah MNLF dicipta ZIONIST??

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on 4 ulasan

Kemana-mana penulis pergi samada ke Sabah hingga ke Kuala Lumpur beberapa orang yang saya sendiri tidak kenali membisikkan sesuatu di telinga penulis

"Kamu tidak tahu kah Asree MNLF itu dicipta oleh Marcos?".

Tidak lama dulu (tahun 80-an) salah seorang dari bapa saudara penulis yang pernah menganggotai MNLF menegur dengan nada yang kurang senang ketika penulis bertanyakan tentang perjuangan MNLF dengan katanya

"Kamu tidak perlu tahu ini (MNLF), mereka telah diperalat untuk memusnahkan bangsa dan negara. Kamu tahu mengapa saya keluar lebih awal? Kerana tidak sanggup melihat ramai mujahidin yang syahid tanpa mengetahui yang mereka telah diperalat."

Ketika penulis sampai ke Jolo, Sulu baru-baru ini salah seorang sahabat UTC yang datang dari Pulau Basilan yang juga bekas Komander MNLF turut menyebut perkara yang sama. Begitu juga ketika penulis berada dalam satu majlis dengan bekas-bekas pemimpin MNLF di Kuala Lumpur, salah seorang dari mereka telah mengatakan

"Asree, kamu tahu maksud MNLF? Kalau nak tahu maksudnya ialah
Marcos Nurmisuari Loving Friend."

Walau pun demikian pandangan mereka terhadap MNLF, namun ketika menulis tentang perjuangan MNLF dalam buku Tausug & Kesultanan Sulu, penulis tidak menulis hal-hal yang memburukkan MNLF atau Nur Misuari. Kerana menganggap hal tersebut tidaklah penting, kerana yang lebih utama bagi penulis ialah perjuangan bangsa Tausug melawan kufar.

Malangnya sejak kebelakangan ini, cerita keburukan MNLF tersebar di mana-mana termasuklah yang dikhabarkan bahawa tentera Nur Misuari mahu menyerang Sabah. Hinggakan beberapa tahun yang lalu, perkampungan BDC di Sandakan dirobohkan kerajaan Malaysia atas alasan, rumah yang dirobohkan adalah rumah kaum Sulu (sekitar jambatan C) yang bersekongkol dengan MNLF yang kononnya mahu menyerang Sabah. Sedih!!

Nur Misuari ketika dalam tahanan.

Baru-baru ini terdengar lagi desas-desus MNLF sedang berlatih ketenteraan untuk menyerang Sabah. Ini termasuk kenyataan Nur Misuari sendiri bersama Sultan Muhammad Abdullah Fuad Kiram yang mahu menuntut Sabah dengan membawa isu Sabah ke ICJ. Walau pun Nur Misuari tidak terlibat secara langsung namun Sultan Fuad yang buat kenyataan demikian turut memalit MNLF sekali.

Yang menambah-parahkan lagi keadaan MNLF ialah reaksi Nur Misuari terhadap UTC dan Kesultanan yang dipimpin keluarga Aranan yang beliau anggap sebagai perjuangan "Ketua Kampung". Kerana Keluarga Kiram dan MNLF tahu, UTC tiada agenda menuntut Sabah. Kerana bagi UTC, menuntut Sulu dari Filipina lebih besar dari segala-galanya. Sekiranya ini berlaku (MNLF masih menganggap dirinya jaguh tanpa mahu bersatu dengan pihak lain) maka perang saraf sesama "pejuang kemerdekaan" Sulu (UTC) dan MORO (MNLF) akan semakin besar dan parah seterusnya akan menghancurkan umat Islam Sulu sendiri.

Dalam hal ini, penulis kenalah membuat pilihan samada menjadi pendamai yang duduk di tengah atau menjadi BATU API. Penulis memilih menjadi pendamai, tetapi pendamai yang akan mendedahkan segala kepincangan agar generasi hari ini dan akan datang dapat mengambil iktibar seterusnya memperbetulkan arah tuju perjuangan mereka.

Di sini penulis akan berkongsi dengan para pembaca berkenaan tuduhan bahawa Nur Misuari bersekongkol dengan Marcos untuk mencetuskan perang di Sulu sebelum kejadian pembunuhan Jabidah 1968. Penulis berasakan sekiranya ia benar, maka buruklah perjuangan MNLF Nur Misuari (tidak termasuk MNLF yang Syahid) hingga ke generasi di masa akan datang.

Ini adalah pendedahan bekas pemimpin MNLF sendiri terhadap sejarah Nur Misuari dan keterlibatan MNLF antaranya ialah:

  1. Sebelum kejadian pembunuhan Jabidah 1968, Nur Misuari telah menyertai kesatuan belia "Kabataan Makabayan" yang berasaskan fahaman Komunisme di Filipina tidak termasuk Sulu.
  2. Nur Misuari adalah bersahabat karib dengan pengasas kepada kesatuan belia KABATAAN MAKABAYAN (diasaskan pada 1964 yang mungkin ada kaitan dengan perjanjian MAPHILINDO 1964) iaitu Jose Maria Sison atau yang dikenali sebagai Joma.
  3. JOMA pernah belajar di Indonesia dan setelah kembali ke Filipina beliau menjadi pensyarah di University of Philipines (UP) bersama Nur Misuari, kemudian JOMA mengasaskan Kabataan Makabayan yang berorientasikan fahaman Lenin-Mao Tze Tung-Marxisme yang Nur Misuari turut menyertainya.
  4. Roben Torres seorang graduan Undang-undang di UP telah menyertai mereka dalam Kabataan Makabayan. Beliau menjadi aktivis pelajar sejak tahun 1961 di UP menentang Marcos sehingga disumbat kedalam penjara (berlaku sebelum pembunuhan Jabidah 1968).
  5. Kemudian JOMA mengasaskan satu lagi persatuan berasaskan Komunis iaitu National Democratic Front dan para ahlinya dikenali sebagai CPP.
  6. JOMA setelah itu menubuhkan pula angkatan bersenjata berasaskan komunis iaitu National Peoples Army sebagai pemberontak kepada kerajaan Filipina.
  7. Nur Misuari menyedari perlunya menubuhkan kumpulan penentang yang lebih agresif di wilayahnya sendiri. Oleh kerana wilayah beliau majoritinya beragama Islam maka beliau menyertai satu persatuan yang didokong oleh para Ustaz yang dinamakan persatuan Ansarul Islam.
  8. Tidak lama kemudian seorang pemimpin dari Maguindanao bernama Udtug Matalam telah menubuhkan satu persatuan yang dinamakan MIM (Muslim Independent Movement). Nur Misuari dan para ahli Ansarul Islam telah turut menyertai MIM sebagai memperluaskan lagi jaringan mereka.
  9. Mungkin dari protes masyarakat bukan Islam yang mahu menyertai perjuangan mereka (yang tidak setuju dengan penggunaan Islam) MIM ditukar kepada Mindanao Independent Movement.
  10. Tidak lama kemudian berlakulah peristiwa Pembunuhan Jabidah tahun 1968 yang dilakukan oleh Marcos. Berita pembunuhan menjadi isu berbulan-bulan lamanya di Manila dan seluruh Filipina hingga menjadi sentimen peribadi kepada umat Islam Sulu dan Mindanao.
  11. Tiba-tiba MIM pun lesap entah kemana, rupa-rupanya mereka telah berlatih ketenteraan (samada di dalam Mindanao atau di luar Mindanao telahpun diketahui). Seperti yang dicatatkan oleh sumber AS seperti yang telah pun tersebar dalam internet bahawa antara yang terlibat melatih ialah Kerajaan Libya (Presiden Mu'ammar Ghadafi) dan Gabenor Negeri Sabah sendiri (Tun Datu Mustapha).
  12. Menurut veteran MNLF, latihan yang pertama ialah pada tahun 1969 di Sabah.
  13. Tiba-tiba muncul lah MNLF (Moro National Lebaretion Front) yang dipengerusikan Nur Misuari sendiri.
  14. Kemunculan MNLF pada peringkat awal ditentang oleh kaum Sulu hinggakan tersebar berita bahawa golongan Mawis (Maoist) atau MNLF yang ingin menghancurkan bangsa dan agama telah pun muncul. Sebab itu mengapa majoriti kaum Sulu tidak menyertai MNLF yang dianggap membawa faham Komunis itu.
  15. Malangnya disebalik bantahan masyarakat Tausug terhadap MAWIS (MNLF) ini tiba-tiba muncul lah kumpulan bersenjata Kristian di Mindanao yang dinamakan Illaga. kumpulan Illaga menyerang dan membunuh Muslimin Mindanao tanpa belas kasihan. Membakar rumah dan perkampungan Muslimin.
  16. Reaksi Muslimin dari kemunculan Illaga yang tidak diketahui asal usulnya, membunuh tak tentu pasal ini, maka Udtug Matalam di Mindanao menubuhkan satu kumpulan pembalas dendam terhadap kejahatan Illaga yang dinamakan Kumpulan Bersenjata Baracuda. Berlakulah serang menyerang antara Kristian dan Islam.
  17. Kekacauan inilah yang ditunggu-tunggu oleh Marcos dan langsung beliau isytiharkan Undang-undang Tentera (Martial Law) pada September 1972 ke atas semua wilayah Sulu dan Mindanao. Martial Law bermakna DARURAT.
  18. MNLF yang ketika itu sudah lama bersedia mula melancarkan perang gerila ke atas Tentera Marcos serentak dengan Mindanao (Marawi dan Kota Batu). Perang semakin sengit pada tahun 1974 sehingga menyebabkan pembakaran Bandaraya Jolo yang paling teruk dan menyedihkan dalam sejarah mana-mana peperangan kaum Muslimin di Sulu sejak zaman kesultanannya.
  19. Kesan dari kebakaran ini masih kita dapat lihat di Jolo hari ini, sebab itu pemandangan Bandar Jolo begitu ngeri dipenuhi oleh bangunan-bangunan buruk dan lusuh, hitam seperti arang. Hanya satu bangunan yang cantik iaitu Masjid Tulay.
  20. MNLF berjaya menguasai Jolo dalam masa 24 jam sebelum ditewaskan oleh tentera Marcos. Dengan peperangan yang semakin sengit, persepsi masyarakat Sulu mula berubah terhadap MNLF kerana hanya MNLF sahajalah yang mewakili mereka memerangi Tentera Jahat Marcos.
  21. Pada 1975 telah berlaku genjatan senjata dan Libya serta kesatuan Umat Islam mewujudkan Perjanjian Tripoli. Yang menghairankan Nur Misuari enggan menandatangani Tripoli Agreement maka peperangan bersambung lagi.
  22. Pada 1986 Marcos kalah dalam pilihan raya rakyat oleh Corazon Aquino.
  23. Setelah kekalahan Ferdinand Marcos pada 1986, JOMA pemimpin NPA melarikan diri ke Belanda dan mendapat suaka politik di sana. Hairan, mengapa beliau larikan diri?
  24. Pada tahun 1996 Nur Misuari menandatangani perjanjian Autonomi (ARMM) dengan menjadi gabenor ARMM yang pertama. Perjanjian ini dapat terlaksana disebabkan peranan Roben Torres yang telah berjaya memujuk Nur Misuari. Roben Torres kawan karin Nur Misuari semenjak dalam Kabataan Makabayan sebenarnya bertugas sebagai setiausaha Presiden Filipina ketika itu.
  25. Siapakah sebenarnya JOMA dan Roben Torres yang punya pengaruh besar ke atas Nur Misuari?
Penulis hanya paparkan kronologi serba sedikit agar dapat memberi kefahaman kepada pembaca bagaimana aliran keterlibatan MNLF yang dianggap MAWIS (Maoist) oleh masyarakat Sulu ketika dulu sebelum menjadi HERO Mujahidin Filipina Selatan.

Gambar Marcos yang dah mampus yang tidak diterima tanah masih terbaring dalam muzium. Manusia hina seperti Kamal Attartuk, Firaun dan Marcos memang tidak diterima tanah sebab kejahatan terhadap Muslimin.

Berdasarkan kronologi di atas, kita akan bedah siasat nanti apakah yang berlaku antara Marcos, Nur Misuari, Roben Torres dan Jose Maria Sison sebelum berlakunya Martial Law berdasarkan cerita beberapa orang pemimpin X-MNLF. Bersambung......

Asree

Untuk artikel yang lebih tepat dan menarik sila ke blog Neldy Jolo http://theislandsofpearls.blogspot.com/

Jenayah Impak Dari Kejatuhan Ekonomi AS Era 30-an

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, July 16, 2009 1 ulasan

Pada tahun 2001 ketika penulis masih bekerja dengan syarikat penerbitan Filem & Drama tempatan sebagai Penulis Skrip dan Pelukis Storyboard Animasi di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, penulis telah mendapat sponsor dari syarikat tersebut untuk menghadiri bengkel Penulisan Skrip Drama dan Filem selama 7 hari di FINAS, Ulu Kelang.

Dalam bengkel yang ringkas dan singkat tapi padat itu penulis telah mendapat pendedahan bagaimana membaca sesuatu filem berdasarkan tayangan 10 minit yang pertama. Memahami "Bahasa Filem" serta mengenal pasti genre sesuatu filem turut didedahkan. Bengkel dikendalikan oleh dua tenaga pengajar yang berpengalaman dalam pembikinan filem tempatan.

Oleh kerana penulis adalah seorang kartunis merangkap penulis skrip yang "dahagakan maklumat", banyak persoalan yang penulis ajukan terutama berkaitan dengan "Bahasa Filem" sehingga menimbulkan rasa kurang senang dari kalangan peserta bengkel. Di akhir bengkel akhirnya penulis mendapat anugerah sebagai "Peserta Terbaik dan Aktif". Penganugerahan yang menyebabkan penulis senantiasa tersenyum bila teringatkan suasana bengkel hingga hari ini.

Hidup dalam dunia ini penulis hanya ada dua perkara yang terpenting perlu dipenuhi iaitu pertama DUNIA, kedua AKHIRAT. DUNIA yang dimaksudkan ialah SENI sedang AKHIRAT pula ialah FAHAM & AMAL, kiranya dicantumkan akan menjadi Seni, Faham dan Amal. Saling berkaitan antara satu sama lain.

Berbalik kepada tajuk besar kita di atas, baru-baru ini penulis dengan ditemani beberapa orang sahabat berkunjung ke JB dan singgah di sebuah panggung wayang yang kebetulan "PUBLIC ENEMIES" sedang ditayangkan. Ia sebuah Art filem Holywood lakonan Johnny Depp. Mengisahkan kelicikan seorang penjenayah hebat merompak bank-bank (Yahudi) era kejatuhan ekonomi Amerika tahun 1933. Penulis dengan sahabat lain mengambil keputusan masuk panggung. Filem ini sebenarnya menggunakan Video Kamera Digital HD yang kemudian di pindahkan ke filem. Hinggakan gerakan kamera dengan warna filem tersangatlah kelihatan Digital. Yang mahir dengan kamera dan cinematography pasti perasan.

Penulis bergambar dengan hasil lukisan kartun sendiri di Hotel Berjaya Hill, Pahang pada 2008. Pelukis karikatur memerluka kesabaran dan kemahiran "kecepatan melakar" wajah pelanggan dengan masa antara 5 hingga 10 minit siap.

Kaitan dengan Sulu
Adalah menarik dalam intro filem ini menyatakan lebih kurang "Ia berlaku pada tahun 1933 ketika kejatuhan ekonomi Amerika, menyebabkan huru-hara dan rompakan bank begitu berleluasa". Rompakan bank dan peningkatan jenayah-jenayah lain menjadi malapetaka di seluruh Amerika terutama di bandar-bandar besar yang penuh dengan budaya materialistik.

Sebenarnya pada tahun 1933 para pemodal Yahudi telah sengaja menjatuhkan ekonomi Amerika (Sebagaimana hari ini) dengan tujuan melonggarkan polisi luar negaranya. Kerana beberapa polisi telah terhalang oleh ahli kongres AS sendiri. Kerana Yahudi ingin mendapatkan timbunan emas Sultanate of Sulu secara senyap dengan memberi kemerdekaan kepada Filipina tanpa mendedahkan tujuan mereka kepada kongres.

Pada tahun 1935 Sultan Sulu telah berjaya diperdayakan oleh mereka dengan menyerahkan jongkong emas 617,000 metrik tan kepada 2 orang trusty Kristian (agen Yahudi) untuk dilaburkan ke Amerika dan Eropah. Kemudian dengan harta yang begitu banyak telah berjaya menjadi kekuatan dana yang luar biasa kepada Amerika hingga tercetusnya perang Dunia ke-2.

Artikel penuh penulis tentang hal ini ada di http://tausugglobal.blogspot.com/2009/02/perang-dunia-ketiga-bermula-di-sulu.html

Ramalan Yahudi Direalisasikan Oleh Yahudi

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, July 15, 2009 0 ulasan

Ahli Nujum (Astrologi) Francis abad ke-16 yang berketurunan Yahudi bernama Nostradamus telah meramalkan bahawa pada tahun 2000-an akan banyak berlaku gempa bumi, taufan dan lain-lain bencana alam. Beliau percaya bahawa dunia pasti akan berakhir. Dengan memilih tarikh (dengan angka ganjil) sebagai tamatnya riwayat alam ini iaitu pada tahun 3797 M, maka abad ke-38 kononnya itulah qiamat.

Para penganut Nostradamus seluruh dunia yakin bahawa 9/11 telah pun diramal oleh Nostradamus, seperti tulisannya,

"Earthshaking fire from the center of the Earth Will cause tremors around the New City. Two great rocks will war for a long time, Then Arethusa will redden a new river."

Two great rocks di sini bermaksud "dua bangunan pencakar langit" malah jelas dinyatakan tempatnya di New City atau New York. Bangunan ini juga disebut sebagai World Trade Centre (Pusat Dagangan Dunia) sebagai "..from the center of the Earth".

Di mana-mana perbincangan mahu pun perdebatan tentang kebenaran Ramalan Nostradamus ke atas 9/11, rata-rata mereka bersetuju bahawa ramalan Nostradamus terhadap 9/11 adalah tepat. Sebenarnya kata mudah terhadap hal ini ialah "PENIPUAN TERANCANG". Lihat saja kebenaran 9/11. Ia "DILETUPKAN" oleh kerajaan AS sendiri. Seorang peramal Yahudi memberi kod "memerangi Umat Muhammad" seperti yang dikatakan oleh Nostradamus sebagai "Camel" atau unta di padang pasir. Peperangan antara dua pihak Kristian-Yahudi sebagai satu pihak, Islam sebagai pihak yang satu lagi. Sebab itu kata Nostradamus "Two great rocks will war for a long time" sebagai gambaran bukan sahaja kepada dua bangunan tetapi adalah peperangan antara dua KESATUAN, Kristian+Yahudi Vs Islam.

Sebab itu mengapa pengeboman 9/11 sebenarnya bukan dilakukan oleh orang Islam tetapi oleh pakar-pakar PERANG SARAF AS sendiri.

Seorang Professor Fizik, Stephen E. Jones dari Brigham Young University, mengeluarkan satu kertas kerja yang mebuktikan bangunan World Trade Center hanya dapat diruntuhkan dengan bahan letupan. Dakwaan saintifiknya yang boleh dibuktikan, tidak mendapat liputan dalam media arus perdana USA.



Kini mereka sudah berada di "Saouth-East Asia" kerana mereka telah memulakan kekayaan mereka di sini ketika dulu. AS mengalami kejatuhan ekonomi pada era tahun 1930-an, setelah mereka (Yahudi AS) berjaya mengaut GOLD BAR Sultanate Of Sulu pada 1935, maka mereka menjadi kaya raya hingga dapat menguasai Teknologi dan Ekonomi serta Ketenteraan yang kuat tiada tolok bandingan, hingga hari ini mereka telah mendominasi PASARAN dunia. Dunia terpaksa mengakui, tanpa pengiktirafan atau berdaftar dengan Bank Dunia (Milik Yahudi) semua bank-bank di dunia termasuk di Malaysia seperti MAYBANK, BSN, RHB, BANK ISLAM dll tidak akan menjadi bank.

Persoalan mengapa mereka sengaja jatuhkan ekonomi global sekarang? Untuk memulakan peperangan agama? atau untuk menghalang Islamisasi, sekurang-kurangnya dapat melambatkan perkembangannya. Sebab sebenarnya ialah TSUNAMI Islamisasi telah melanda AS, Eropah malah seluruh dunia.

Di Francis sahaja 33,000 orang masuk Islam setiap tahun. Di AS, 307,000 orang masuk Islam setiap tahun, di tempat lain? Sedang statistik kelahiran umat Kristian dan Yahudi semakin menurun malah bunuh diri semakin berleluasa., umat Islam pula giat meramaikan anak dan isteri (poligami). Ditambah lagi dengan beratus ribu umat Kristian-Yahudi yang menjadi GAY yang sudah tentu mencacatkan lagi kadar kelahiran.

Mengapa mereka ada di ASIA TENGGARA "La Ni"? Kerana "Jantung" Umat Islam ada di sini bukan di Tanah Arab!! MEMECAHKANNYA adalah satu kepuasan dan KEJAYAAN!!

Sabda Rasulullah saw Vs. Ramalan Nostradamus

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Monday, July 13, 2009 2 ulasan


Seorang Ahli Astrologi (Ahli Nujum) Francis abad ke-16 bernama Nostradamus seorang pelajar perubatan yang ditendang dari Universiti, menjadi ahli Nujum setelah beberapa waktu menjadi peniaga.

Walau pun beliau dikenali sebagai penganut Kristian Katolik tetapi ibu bapanya adalah penganut Yahudi yang taat. Maklumat lanjut tentang riwayat hidupnya sila ke http://ms.wikipedia.org/wiki/Nostradamus.

Beliau dikenali sebagai seorang peramal yang hebat setelah menjadi panel Bomoh kepada keluarga Diraja Francis malah menjadi perawat Istana. Dari sinilah beliau mula mengembangkan tulisannya dengan pelbagai ramalan. Hingga hari ini ramalannya telah menjadi rujukan utama masyarakat Dunia yang berjiwa kosong. Sebagaimana yang dilaporkan oleh Google bahawa berjuta hit melanda ke atas laman-laman web yang ada kaitan dengan ramalan-ramalan Nostradamus. Persoalannya benarkah ramalannya terhadap kejadian-kejadian akhir zaman seperti yang didakwa oleh penganut NOSTRADAMUS ini?

Ternyata walau pun ada ramalannya yang telah terjadi tapi beratus-ratus ramalannya telah didapati tidak pun berlaku. Zaman semakin meninggalkan segala ramalannya namun hanya sedikit yang dianggap benar itu pun "sipi-sipi" sahaja. Ada yang persoalkan samada ia benar-benar ramalan Nostradamus atau pun penipuannya semata-mata atau pun bisikan-bisikan jin dan Syaitan sahaja?

Ada yang beranggapan Nostradamus telah meniru Sabda Rasulullah saw tentang kedatangan akhir zaman seperti yang telah sabit dari hadith-hadith Mutawatir Baginda saw. Perlulah difahami bahawa ketika zaman Nostradamus umat Kristian telah menghadapi kekalahan Perang Salib yang memalukan ditangan para tentera Muslimin Salahuddin Al-Ayyubi. Abad ke-16 adalah misi membalas dendam umat Nasrani Eropah untuk mengkristiankan seluruh dunia sebelum sempat diIslamkan oleh Muslimin. Sebagaimana kedatangan Spanyol ke kepulauan Sulu dan Nusantara sendiri bermula seawal kurun ke-14 lagi.

Persoalannya benarkah Nostradamus meniru ramalan akhir zaman Rasulullah saw atau pun tidak, bergantung kepada penilaian pembaca setelah selesai membaca artikel ini. Kalau punlah ramalan Nostradamu itu benar maka siapa yang lebih benar ramalannya? Ramalan Rasulullah saw atau ramalan Nostradamus yang benar? Nabi Muhammad saw adalah Nabi atau Rasul yang diutus Tuhan sedangkan Nostradamus seorang peramal dan ahli nujum Istana.

Menurut Nostradamus, pada tahun 2000 ke atas akan berlaku bala bencana ke atas dunia seperti ribut dan gempa bumi dan ramai kematian, ini persis dengan ramalan Nabi Muhammad saw tentang akhir zaman. Tinggal lagi Nostradamus meletak tahun yang lebih spesifik. Di Peru satu negara Amerika Latin pula telah dijumpai satu kalendar Kuno kaum Maya, meletakkan tahun 2012 sebagai penamat kepada kalendar mereka. Para ahli Astrologi menyatakan ia (Kalendar Maya berakhir 2012) bukanlah kepada penamat Dunia tetapi hanya kiraan hari dan tahun kaum Maya yang mereka sendiri tidak pernah nyatakan bahawa penamat 2012 adalah hari kiamat.

Sila baca 10 ramalan Nostradamus yang dikatakan tepat itu. Klik ke laman forum di http://www.forumkami.com/ untuk mengetahui 10 ramalan Nostradamus yang dikatakan tepat itu. Kemudian bandingkannya dengan Sabda Nabi Muhammad saw seperti yang penulis paparkan dibawah:

Antara ramalan Rasulullah saw tentang akhir zaman (kita umat Islam tidaklah menyebut sabda Rasulullah saw sebagai ramalan melainkan ialah wahyu. Istilah "ramalan" diguna pakai sekadar perbandingan dengan Nostradamus):

TANDA-TANDA QIAMAT

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
1.1) Negara Arab (kembali) menjadi padang rumput dan sungai

2) Zina bermaharajalela,
2.1) banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
2.2) manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
2.3) Akan terdapat ramai anak luar nikah.

3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang keji, jahil dan fasik,
3.1) orang (yang bodoh dan) hina mendapat kedudukan terhormat
3.2) Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
3.4) Penguasa undang-undang semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
3.5) Penjualan jawatan atau kepemimpinan
3.6) Munculnya gayahidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
3.7) Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

4) Bermaharajalela alat muzik

5) Menghias masjid (dengan indah) dan membanggakannya

6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

8) Ramai orang soleh meninggal dunia

9) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
9.1) Orang akan membina hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi

10) Bulan sabit kelihatan besar

11) Banyak dusta, tidak tepat dalam menyampaikan berita,
11.1) sifat bohong menjadi satu kebiasaan
11.2) saksi palsu
11.3) Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat
11.4) Berkurangnya sifat amanah

12) Orang akan melakukan hubungan sejenis.

13) Terasa berat untuk menjalankan syariah

14) Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
14.1) Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
14.2) Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
14.3) Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
14.4) Isteri membantu suamiya berdagang (atau berpangkat lebih besar)

15) Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

16) Memandang rendah kepada darah (pertumpahan darah)

17) Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan

18) Banyaknya berlaku gempa bumi

19) Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan

20) Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan

21) Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

22) Masjid dijadikan jalan (laluan) - iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat (atau dijadikan Muzium untuk lawatan pelancong)
---------------------------------------------------------
Keluar sejenis binatang dari bumi bernama Daabatul Ardii.
Lahirnya Dajjal.
Keluar asap tebal.
Turunnya Nabi Isa A.S.
Kemunculan Imam Mahdi.
Matahari terbit dari arah barat.
Keluarnya suku Ya'juj dan Ma'juj.
Diangkat Al-Quran dan perkara-perkara yang baik
Runtuhnya Ka'abah
Terdengar tiupan sangkakala pertama.
Ada adzan tak di jawab
--------------------------------------------------------

Tulisan berwarna biru adalah tanda Qiyamat dan itu belum berlaku. Sedangkan yang berwarna merah telah pun berlaku malah sedang berlaku sekarang ini. Ternyata "ramalan" Rasulullah saw lebih tepat dan benar bukti dari Kerasulan Baginda saw.

Siapa lebih benar antara dua di atas? Sebenarnya ramalan Nostradamus telah diguna oleh Yahudi dan merekalah (Nasrani-Yahudi Zionist) yang merialisasikannya. Meletupnya dua bangunan di New York adalah kerja mereka, benarkah? Mahu bukti?

Asree

Dapat Pengiktirafan

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, July 12, 2009 0 ulasan

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan para pengunjung blog , samada sahabat saya mahu pun para "intel-intel" yang mahu mencari maklumat panas, iaitu kali ini tentang rawatan alternatif Bekam.

Kelmarin iaitu pada Ahad 12hb Julai 2009 saya telah menghadiri kursus Bekam buat kali kedua sebagai lanjutan dari kursus saya tahun lalu. Kalau dulu hanya didedahkan dengan titik-titik Bekam Korea kali ini (kelmarin) saya dapat pendedahan berkenaan titik-titik bekam Rasulullah saw pula.

Walau pun saya aktif kendalikan blog dan sibuk dengan kerja-kerja sosial berpersatuan, dalam masa yang sama saya juga adalah perawat yang aktif. Dengan pemantauan guru saya Ustaz Nazri Hussein, saya dengan bantuan sahabat-sahabat perawat telah berjaya merawat pelbagai kes penyakit lumpuh. Dari Johor Baharu hingga ke Kuala Lumpur, dari Kuala Lumpur hingga ke Sabah.

Rawatan bekam adalah yang paling ampuh merawat penyakit kronik dan ini diakui sendiri oleh Rasulullah saw. Sebab itu Baginda saw menggalakkan umatnya berbekam terutama ketika sebelum datangnya bulan Ramadhan Al-Mubarak. Pengalaman yang menggembirakan ketika kami merawat beberapa orang lumpuh (berkerusi roda sejak beberapa tahun) telah dapat berjalan. Keampuhan bekam yang diajar oleh Ustaz Nazri mempunyai perbezaan dengan kaedah di luar sana, dari segi teknik keluarkan darah dan susulan kerana menggunakan kaedah AURA atau energi tenaga dalam.

Ia sama dengan kaedah merawat orang yang sedang histeria atau kerasukan jin. Selain penggunaan Al-Ruqyah (Jampi guna ayat Quran) merawat dengan kaedah AURA atau energi tenaga dalam menghasilkan pemulihan yang cepat dan efektif. Alhamdulillah, terima kasih kepada Ustaz Nazri dan sahabat-sahabat perawat di Klinik Penawar Sejati atas bantuan dan sokongan.

InsyaAllah kalau tidak ada aral yang melintang selepas ini kursus BARAH akan diadakan tidak lama lagi untuk merawat barah baru atau lama (kronik). Walau pun saya telah lama dapat kaedah rawatan barah dari Ustaz Nazri tetapi belum dapat pengiktirafan, mungkin dimasa kursus yang akan datang.

Semoga Perguruan Gerak Sejati dan Penawar Sejati akan berterusan menghasilkan perawat yang berkualiti dimasa-masa akan datang, Ameeen!!

Siapa Pemimpin MORO Selepas NUR Misuari?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, July 11, 2009 8 ulasan


Kunjungan penulis ke Indonesia pada awal bulan Mac yang lalu telah tercatat sebagai pengalaman yang menjadi sejarah yang punya nilai tersendiri. Selesai berkunjung ke dalam bilik kurungan Presiden Front Pembela Islam (FPI) Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab di POLDA, penulis terus sahaja berjumpa dengan beberapa tokoh "Hardcore" yang rata-rata begitu komited memperjuangkan Islam.

Telah dijadualkan lebih awal bahawa setelah bertemu dengan ketua Intel Indonesia (tanpa menyebut namanya) penulis akan dibawa berjumpa dengan seorang pemimpin radikal Islam bernama Ustaz Abu Bakar Ba'ashir yang terkenal sebagai pemimpin utama Jamaah Islamiyah. Malangnya Ustaz Abu berada jauh di Jawa Tengah sedangkan penulis berada di Jakarta ketika itu, maka tergenda lah perjumpaan dengan Ustaz Abu.

Menurut Ustaz Hasri Al-Medani yang membawa penulis, pertemuan dengan Ustaz Abu nanti tentu akan menggembirakannya kerana penulis adalah orang "MORO". Menurut Ustaz Hasri lagi, Ustaz Abu suka dengan perjuangan orang MORO kerana gigih berperang dengan kufar Filipina. Penulis hanya mampu tersenyum mendengar cadangan Ustaz Hasri yang begitu beria-ia mempertemukan penulis dengan Ustaz Abu. Siapalah penulis untuk berjumpa Ustaz Abu.

Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Ba'ashir. Ketika beliau menetap di Negeri Sembilan dulu penulis hampir-hampir datang ke pusat pengajiannya kerana diajak seorang sahabat. Hingga hari ini penulis sentiasa terfikir betapa rugi tak dapat bersua dengan beliau ketika itu.

Secara peribadi, penulis sendiri bukanlah berminat dengan kaedah pejuangan Ustaz Abu Bakar Ba'ashir dan Jamaah Islamiyahnya, bukan juga disebabkan fahaman beliau yang Salafi tetapi disebabkan "Keradikalan" perjuangannya, itu sahaja. Penulis sendiri ramai kenalan Salafi atau Wahhabi tetapi tidaklah seperti mereka. Walau bagaimana pun penulis berasakan adalah satu pengalaman yang menarik dapat bertemu dengan Ustaz Abu kerana ketokohan beliau yang telah pun dikenali serata dunia. Namun bukan rezeki penulis dapat bertemu beliau ketika itu.

Tentera MNLF yang masih mendokong kepimpinan Nur Misuari berhimpun dalam kem mereka.

Ketika bertemu dengan bekas ketua Intel Indonesia beliau menceritakan bagaimana pada tahun antara 1995-96 Nur Misuari selalu datang ke Jakarta bertemu beliau. Kemudian beliau bawa berjumpa dengan pemimpin para Habaib dan beliau (Nur Misuari) biasanya akan mendapat pelbagai bantuan (kewangan?) dari para Habaib hanya kerana membantu Umat Islam Moro katanya. Selepas tahun 1996 Nur Misuari tak datang lagi ke Jakarta hingga hari ini. Penulis hanya mendengar tanpa memberi reaksi terhadap ceritanya tentang Nur Misuari.

Sekarang sudah bulan Julai, dan terkini Nur Misuari telah terbang ke Syiria setelah mendapat suaka politik di sana. Persoalan sekarang, siapakah yang memimpin MNLF di Filipina Selatan setelah pemergiannya ke Syiria? "Perjuangan belum selesai, barisan hadapan perlu dibentuk untuk menghadapi sebarang kemungkinan." Ujar seorang sahabat penulis yang juga masih anak MNLF yang tinggal di Sandakan. Beliau menyambung lagi "Kalau tiada pemimpin pelapis yang berkarisma mengambil alih, kepimpinan MNLF akan disusupi anasir luar, inilah yang merisaukan".

Mujahidin MILF keluar dari ikatan MNLF kerana tidak bersetuju dengan dasar kepimpinan Nur Misuari. Hingga hari ini mereka terus gigih berjuang di Mindanao.

Seorang sahabat lagi menyampuk "Tidak perlu risau, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana MNLF sendiri pun sudah hancur malah sejak dari awal telah pun disusupi anasir luar, lihat sahaja apa yang berlaku pada Abu Sayyaf dan MILF. Itulah hasil penyusupan yang menghancurkan MNLF." Penulis tidak memberi reaksi terhadap perbualan mereka kerana kurang pengetahuan tentang dalaman MNLF. Apa yang penulis sarankan ialah perlunya bersatu kembali dengan melupakan segala peristiwa lama. Buka buku baru, tutup buku lama.

Tinggal lagi buku yang baru ini perlulah diisi dengan "Tulisan Perjuangan" yang benar yang mana kali ini perjuangan perlulah secara menyeluruh dengan mempersatukan kekuatan umat Islam seluruh Nusantara, bukan setakat MORO sahaja. Kalau masih lagi dengan MORO, yang tinggal ialah kehancuran!! Sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang layak gantikan Nur Misuari? Kita akan tunggu dan lihat siapa yang akan menonjol diri dalam masa terdekat.

Tentera MILF dengan seragam mujahidinnya meneruskan kerja harian. Bercucuk tanam untuk makanan harian agar perjuangan dapat diteruskan sampai bila-bila hingga akhirnya samada menang atau syahid.

Sekarang semakin hari semakin dekat dengan tahun 2012 yang kononnya pada tahun tersebut akan berlaku satu peperangan besar yang akan merebak ke seluruh dunia. Sebahagian peramal meramalkan kononnya akan terjadi banjir besar yang akan melanda benua Eropah seterusnya akan melanda dunia keseluruhannya, benarkah? Apakah akan berlaku perang dunia ke-3? Kalau benar maka benarlah ramalan Ahli Nujum Francis yang berketurunan Yahudi bernama Nostradamus.

Percaya atau tidak bukan persoalan. Keutamaan ialah dimana perjuangan umat Islam dan perpaduan mereka? Perlukah lagi sibuk berebut sempada wilayah seperti Pulau Sipadan atau Ambalat? Sudah tiada masa, penuhkan masa yang ada dengan dakwah dan tarbiyyah untuk membina iman dan taqwa. Disana akan terbina Jiwa Perjuangan!!!