Dapat Pengiktirafan

Kelmarin iaitu pada Ahad 12hb Julai 2009 saya telah menghadiri kursus Bekam buat kali kedua sebagai lanjutan dari kursus saya tahun lalu. Kalau dulu hanya didedahkan dengan titik-titik Bekam Korea kali ini (kelmarin) saya dapat pendedahan berkenaan titik-titik bekam Rasulullah saw pula.
Walau pun saya aktif kendalikan blog dan sibuk dengan kerja-kerja sosial berpersatuan, dalam masa yang sama saya juga adalah perawat yang aktif. Dengan pemantauan guru saya Ustaz Nazri Hussein, saya dengan bantuan sahabat-sahabat perawat telah berjaya merawat pelbagai kes penyakit lumpuh. Dari Johor Baharu hingga ke Kuala Lumpur, dari Kuala Lumpur hingga ke Sabah.

Ia sama dengan kaedah merawat orang yang sedang histeria atau kerasukan jin. Selain penggunaan Al-Ruqyah (Jampi guna ayat Quran) merawat dengan kaedah AURA atau energi tenaga dalam menghasilkan pemulihan yang cepat dan efektif. Alhamdulillah, terima kasih kepada Ustaz Nazri dan sahabat-sahabat perawat di Klinik Penawar Sejati atas bantuan dan sokongan.
InsyaAllah kalau tidak ada aral yang melintang selepas ini kursus BARAH akan diadakan tidak lama lagi untuk merawat barah baru atau lama (kronik). Walau pun saya telah lama dapat kaedah rawatan barah dari Ustaz Nazri tetapi belum dapat pengiktirafan, mungkin dimasa kursus yang akan datang.
Semoga Perguruan Gerak Sejati dan Penawar Sejati akan berterusan menghasilkan perawat yang berkualiti dimasa-masa akan datang, Ameeen!!
|
Salam...boleh saya dapat no ustaz nazri?