ANALISIS: Impak Perang MORO era Globalisasi
Mujahidin MNLF ketika perjumpaan dalam kem mereka di Sulu. Kelihatan Ustaz Habir Malik dan Prof Nur Misuari (berbaju putih) sedang melambai tangan dengan senjata di tangan.
Keterlibatan AS di Asia Tenggara
Seorang Professor dari Havard Keneddy School of Government yang juga penulis buku “The Power To Lead”, Joseph S NYE (beliau juga bekas Penolong Setiausaha Pertahanan AS) mengatakan “Persoalan lebih besar berkisar kepada kuasa AS pada masa depan. Ramalan pada 2025 yang disediakan Majlis Risikan Kebangsaan Amerika menyatakan dominasi AS akan hilang dan satu-satunya kunci yang akan terus menjadikan AS hebat ialah kekuatan ketenteraannya.”
Beliau menambah “Dalam politik antara negara, faktor berterusan yang penting ialah ‘kembali kepada Asia'.”
Di dalam laman web http://www.nautilus.org/fora/security/08053Valencia.html menyatakan:
“..the United States may eventually want to re-establish major conventional bases in this geographic heart of maritime Southeast Asia. Since 2002, the United States has, through a 'back door' approach, incrementally integrated the Philippines into its forward military posture in Asia. It refers to its bases in Mindanao as "forward operating bases" similar to its special forces presence in the Horn of Africa”.
Tentera AS berada dimana-mana, bermula dari Amerika Latin ke Laut Meditrenian. Dari Iraq hingga ke Korea Selatan dan Jepun. Dari Taiwan hingga ke Singapura. Dari Solomon Island ke Filipina Selatan.
Artikel di atas bersambung lagi:
“The forces are called the Joint Special Operation Task Force Philippines and are an integral part of Operation Enduring Freedom, the Middle East anti-terror operation. They are considered a model for future US military operations”.
Mengapakah AS menggila memperbesarkan operasi ketenteraannya?
“Masalah hutang luar negera Amerika dengan bank-bank milik Yahudi Zionist sudah menjangkau USD 9.4 Trillion dalam bentuk tunai dan hutang didalam negara berbentuk ( Soc. Sec., Medicare, Medicaid, federal employee pensions, entitlement programs dll). Hutangnya sekitar USD 50 dan 70 Trillion. Sekarang angka ini sudah bertambah ke USD 99 Trillion. Kerajaan Amerika tidak mampu membayarnya.”
Kekuatan AS bukan lagi kekuatannya sendiri melainkan kekuatan yang ada dibelakangnya.
Jalan terbaik mengatasi hutang piutang, ialah memperluaskan kuasa ketenteraan atau memungkinkan terbukanya peperangan baru di kawasan baru (di Asia Tenggara?). Dengan demikian penjualan senjata dan kos peperangan (yang ditanggung oleh negara lain) akan meringankan beban hutang AS.
Posisi Sulu dan Mindanao
Setelah hampir 40 tahun (semenjak bermulanya konflik berdarah 1972) muslimin Sulu dan Mindanao berjuang bermati-matian mempertahankan maruah mereka dari kedajjalan Filipina. Sulu terutamanya yang dihuni oleh suku kaum Tausug telah hancur dan menjadi pelarian ke Kalimantan dan Sabah.
Persoalan, bolehkah berlaku semula peperangan Mujahidin Vs Filipina secara besar-besaran seperti era 70-an yang lalu? Jawapannya ada dalam tangan para generasi muda Muslimin Sulu dan Mindanao hari ini. Perkara ini dilihat, sekiranya berlaku peprangan secara besar-besaran kelak, bukan sahaja akan menggegarkan Filipina malah pasti akan menggegarkan Asia Tenggara dan Dunia amnya. Keterlibatan AS sudah pasti samada menjadi pendamai atau pemusnah mahu pun sebagai "penyumbang" kepada peperangan tersebut bergantung kepada keperluan yang telah mereka fikirkan.
Yang pasti, generasi terpelajar Sulu dan Mindanao kebanyakannya tidak bersetuju dengan letusan perang MORO samada yang terdahulu atau di masa akan datang. Kerana perang hanya dilihat sebagai menunjuk "Ego" masing-masing yang akhirnya bukan kebaikan yang datang melainkan kehancuran ummat yang tiada penghujung. Kemelaratan dan kehinaan akan berterusan sampai bila-bila.
Generasi muda MNLF dengan bangganya membentangkan bendera kebanggan MNLF. Bagi mereka perjuangan yang mereka lagang selama ini adalah untuk membebaskan umat Islam Sulu dan Mindanao dari kekuasaan Filipina untuk sebuah "Republik Merdeka".
Dari satu segi, perang sangat diperlukan ketika ini terutamanya di Sulu demi untuk "mendapatkan perhatian" antarabangsa kepada mereka yang selama ini struktur masyarakatnya tidak pernah berubah dengan kehidupannya sama seperti 50 tahun yang lalu. Perang saudara, ketiadaan pendidikan agama yang sepatutnya banyak madrasah dibina, kemiskinan dan kemelaratan. Natijahnya mereka lari berduyun-duyun ke Sabah demi meneruskan hidup walau pun senantiasa masuk keluar "kurungan" dari Rumah Merah atau pun dirotan berkali-kali tetapi masih juga datang untuk mendapatkan "sesuap nasi" dan masih dikira "Lebih selamat" berbanding negeri Sulu sendiri yang penuh dengan perang saudara.
Persoalan, apakah Tausug masih sanggup menghadapi peperangan sekali lagi? Atau apakah peperangan adalah satu-satunya jawapan kepada kesejahteraan Sulu dan Mindanao? Bukankah dengan peperangan itu akan berlaku lagi penghijrahan "beribu-ribu" umat Sulu ke Sabah dan Kalimantan? Peperangan bukanlah jawapan yang tepat untuk kesejahteraan!!
Asree
Seorang veteran MNLF di Kuala Lumpur pernah berkata kepada penulis "Ahhh, mari kita perang sekali lagi untuk bawa Sulu masuk MALAYSIA habis cerita!!"
|