Siapa Pemimpin MORO Selepas NUR Misuari?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, July 11, 2009 8 ulasan


Kunjungan penulis ke Indonesia pada awal bulan Mac yang lalu telah tercatat sebagai pengalaman yang menjadi sejarah yang punya nilai tersendiri. Selesai berkunjung ke dalam bilik kurungan Presiden Front Pembela Islam (FPI) Al-Habib Muhammad Rizieq Syihab di POLDA, penulis terus sahaja berjumpa dengan beberapa tokoh "Hardcore" yang rata-rata begitu komited memperjuangkan Islam.

Telah dijadualkan lebih awal bahawa setelah bertemu dengan ketua Intel Indonesia (tanpa menyebut namanya) penulis akan dibawa berjumpa dengan seorang pemimpin radikal Islam bernama Ustaz Abu Bakar Ba'ashir yang terkenal sebagai pemimpin utama Jamaah Islamiyah. Malangnya Ustaz Abu berada jauh di Jawa Tengah sedangkan penulis berada di Jakarta ketika itu, maka tergenda lah perjumpaan dengan Ustaz Abu.

Menurut Ustaz Hasri Al-Medani yang membawa penulis, pertemuan dengan Ustaz Abu nanti tentu akan menggembirakannya kerana penulis adalah orang "MORO". Menurut Ustaz Hasri lagi, Ustaz Abu suka dengan perjuangan orang MORO kerana gigih berperang dengan kufar Filipina. Penulis hanya mampu tersenyum mendengar cadangan Ustaz Hasri yang begitu beria-ia mempertemukan penulis dengan Ustaz Abu. Siapalah penulis untuk berjumpa Ustaz Abu.

Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Ba'ashir. Ketika beliau menetap di Negeri Sembilan dulu penulis hampir-hampir datang ke pusat pengajiannya kerana diajak seorang sahabat. Hingga hari ini penulis sentiasa terfikir betapa rugi tak dapat bersua dengan beliau ketika itu.

Secara peribadi, penulis sendiri bukanlah berminat dengan kaedah pejuangan Ustaz Abu Bakar Ba'ashir dan Jamaah Islamiyahnya, bukan juga disebabkan fahaman beliau yang Salafi tetapi disebabkan "Keradikalan" perjuangannya, itu sahaja. Penulis sendiri ramai kenalan Salafi atau Wahhabi tetapi tidaklah seperti mereka. Walau bagaimana pun penulis berasakan adalah satu pengalaman yang menarik dapat bertemu dengan Ustaz Abu kerana ketokohan beliau yang telah pun dikenali serata dunia. Namun bukan rezeki penulis dapat bertemu beliau ketika itu.

Tentera MNLF yang masih mendokong kepimpinan Nur Misuari berhimpun dalam kem mereka.

Ketika bertemu dengan bekas ketua Intel Indonesia beliau menceritakan bagaimana pada tahun antara 1995-96 Nur Misuari selalu datang ke Jakarta bertemu beliau. Kemudian beliau bawa berjumpa dengan pemimpin para Habaib dan beliau (Nur Misuari) biasanya akan mendapat pelbagai bantuan (kewangan?) dari para Habaib hanya kerana membantu Umat Islam Moro katanya. Selepas tahun 1996 Nur Misuari tak datang lagi ke Jakarta hingga hari ini. Penulis hanya mendengar tanpa memberi reaksi terhadap ceritanya tentang Nur Misuari.

Sekarang sudah bulan Julai, dan terkini Nur Misuari telah terbang ke Syiria setelah mendapat suaka politik di sana. Persoalan sekarang, siapakah yang memimpin MNLF di Filipina Selatan setelah pemergiannya ke Syiria? "Perjuangan belum selesai, barisan hadapan perlu dibentuk untuk menghadapi sebarang kemungkinan." Ujar seorang sahabat penulis yang juga masih anak MNLF yang tinggal di Sandakan. Beliau menyambung lagi "Kalau tiada pemimpin pelapis yang berkarisma mengambil alih, kepimpinan MNLF akan disusupi anasir luar, inilah yang merisaukan".

Mujahidin MILF keluar dari ikatan MNLF kerana tidak bersetuju dengan dasar kepimpinan Nur Misuari. Hingga hari ini mereka terus gigih berjuang di Mindanao.

Seorang sahabat lagi menyampuk "Tidak perlu risau, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana MNLF sendiri pun sudah hancur malah sejak dari awal telah pun disusupi anasir luar, lihat sahaja apa yang berlaku pada Abu Sayyaf dan MILF. Itulah hasil penyusupan yang menghancurkan MNLF." Penulis tidak memberi reaksi terhadap perbualan mereka kerana kurang pengetahuan tentang dalaman MNLF. Apa yang penulis sarankan ialah perlunya bersatu kembali dengan melupakan segala peristiwa lama. Buka buku baru, tutup buku lama.

Tinggal lagi buku yang baru ini perlulah diisi dengan "Tulisan Perjuangan" yang benar yang mana kali ini perjuangan perlulah secara menyeluruh dengan mempersatukan kekuatan umat Islam seluruh Nusantara, bukan setakat MORO sahaja. Kalau masih lagi dengan MORO, yang tinggal ialah kehancuran!! Sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang layak gantikan Nur Misuari? Kita akan tunggu dan lihat siapa yang akan menonjol diri dalam masa terdekat.

Tentera MILF dengan seragam mujahidinnya meneruskan kerja harian. Bercucuk tanam untuk makanan harian agar perjuangan dapat diteruskan sampai bila-bila hingga akhirnya samada menang atau syahid.

Sekarang semakin hari semakin dekat dengan tahun 2012 yang kononnya pada tahun tersebut akan berlaku satu peperangan besar yang akan merebak ke seluruh dunia. Sebahagian peramal meramalkan kononnya akan terjadi banjir besar yang akan melanda benua Eropah seterusnya akan melanda dunia keseluruhannya, benarkah? Apakah akan berlaku perang dunia ke-3? Kalau benar maka benarlah ramalan Ahli Nujum Francis yang berketurunan Yahudi bernama Nostradamus.

Percaya atau tidak bukan persoalan. Keutamaan ialah dimana perjuangan umat Islam dan perpaduan mereka? Perlukah lagi sibuk berebut sempada wilayah seperti Pulau Sipadan atau Ambalat? Sudah tiada masa, penuhkan masa yang ada dengan dakwah dan tarbiyyah untuk membina iman dan taqwa. Disana akan terbina Jiwa Perjuangan!!!
  1. Salam Bro AsreeSulu,

    Dalam masa yang tersingkat ini bagi saya tiada lagi yang layak mengganti Prof. Nur Misuari memimpin MNLF sebab tiada lagi yang mungkin akan menghidupkan MNLF. Mungkin bukan pemimpin yang akan di ganti tetapi perjuangan atau kumpulan yang akan di gantikan yang baru.

    Apa yang saya nampak di sini kebanyakan, tidak semua, orang2 yang bergelar MORO ini adalah hidup dalam keKONONan. Kononnya ada lagi yang boleh menggantikan Misuari. Itu memang benar, tetapi perjuangan MNLF telah dihancurkan oleh anasir-anasir yang jahat bukan saja dari anasir luar tetapi di dalam MNLF sendiri.

    Sebenarnya ramai yang layak menggantikan Misuari tetapi tidak semudah itu. Tetapi dalam pandangan semua orang siapakah Nur Misuari sekarang dan apa beza dengan dulu?

  1. wsalam bro neldy,

    Yang saya lihat, para pemimpin MNLF ramai yang mahu mencalonkan diri menggantikan Nur Misuari malangnya mereka risau tidak mendapat sokongan dan dokongan.

    Hal ini mudah bagi saya untuk mendapatkan sokongan kaum Sulu iaitu memperbanyakkan program kemasyarakatan. Inilah cara untuk meraih dokongan.

    Kalau tiba-tiba sahaja diangkat menjadi pemimpin sedang tidak pernah membela bangsa dan kaum sendiri, maka bukan sahaja tidak mendapat dokongan malah akan dikeji dan di musuhi. Inilah sikap kaum Sulu sejak dulu. Kalau ada orang alim datang beri tarbiyah nescaya dia lagi alim bicara tentang agama walau pun hakikatnya beliau sendiri tidak mendirikan solat.

    Tetapi kalau orang alim tunjukkan karamah dengan tidak lut peluru mereka akan berduyun-duyun ikut berguru. Kahahaha!!

    itulah mengapa Karimul Makhdum dan Sayyid Abu Bakar di terima oleg kaum SUlu menjadi pemimpin. Kerana ada karamat.

    Pemimpin MNLF sekarang tidak perlu tunjuk keramat, cuma perlu turun padang membela umat Sulu tunjukkan muka sikit beri bantuan seadanya.

  1. Dan pemimpin MNLF perlu sedar, MNLF telah pun diketahui oleh kaum Maguindanao Maranao bahawa mereka (MNLF) adalah majoritinya adalah dari kaum Sulu (Tausug, Sama-Bajau, Yakan dll). Kita sendiri tahu, Maguindanao dan Maranao secara peribadi tidak suka berada dibawah kepimpinan Moro yang berbangsa Tausug. Sebab tu mereka buat MILF.

    Terimalah hakikat, perahu MILF lain dengan perahu MNLF cuma sama tujuan. Yang terbaik, MNLF mengiktiraf MILF, dan MILF juga perlu mengiktiraf MNLF kemudian sama-sama bergabung.

    Kemudian ajak kesultanan masing-masing bersama untuk menambah dokongan. Ketika itu tidak perlu bantuan antarabangsa, sikiranya perang meletus, kemenangan pasti ditangan mereka.

  1. Tetapi, pemimpinnya kenalah benar, kalau tidak, setelah menang nanti Sultan Sulu pula dengan sewenang-wenang akan tuntut Sabah, Sarawak, Kepulauan Riau-Sumatera, Kalimantan, Suluwesi(Sulawesi), Pulau Spratley, Taiwan, atau sekurang-kurangnya Sultan Sulu menuntut semua seperti yang terkandung dalam MAPHILINDO 1964, Habislahhhh!!

    Kalau Malaysia melawan tuntutan dengan peperangan senjata pasti akan kalah, sekali pun bergabung dengan Indonesia. Kerana Sulu pasti akan dibantu oleh NEGARA POLIS DUNIA yang mahukan minyak Sulu dan memecahkan negara-negara Islam menjadi serpihan berkeping-keping.

    Ini yang kita tidak mahu. Kalau ini berlaku maka perancangan sudah pun bermula. Tahun 2012 sebagai death-line??

    Semoga Allah swt selamatkan keadaan kita semua!! Ameeennnnn!!

  1. Salam Bro Asree,

    Itu semua benar bro. Ada cadangan daripada orang2 Sulu. mungkin sehaluan dengan pendapat bro asree. Mereka berkata, kalaulah MNLF ini memperjuangkan Sulu sahaja dan MILF memperjuangkan Mindanao sahaja dan kemudian buat satu persatuan seperti ASEAN. jadi dalam persatuan ini ada dua negara, iatu negara sulu dan negara mindanao. dua negara ini akan membuat perjanjian untuk pertahanan, ekonomi, trade, kebudayaan dan warisan dan sukan.

    ini satu jalan yang mudah. kembalikan dulu kedaulatan sulu sendiri. dan daulat mindanao dengan sendiri nya. selepas itu barulah mereka membuat satu union unu mereka. terpulang pada dua negara ini nama apa yang mereka mahu berikan pada union ini. adakah ini benar bro asree, dalam pendapat bro asree boleh jadi ka??

    Salam

  1. salam..saudara asreesulu....saya terpanggil memberikan butiran mengenai articel ini...secara peribadinya..pada masa yang singkat ini..belum ada yang berkarisma mengantikan tempat maas ini..kalau ada pun..masih di bayangi oleh maas ini..dari segi karisma,hubungan dengan pemimpin luarnegeri dll.Apa yang penting disini..dimasa kita menunggu hari KEBEBASAN SULU...SUDAH ADA TANDA TANDA...TANGAN JAHAT MENGAGALKAN KAN NYA....SEOLAH OLAH ADA KONSPIRASI...MUNGKIN

  1. Askum adik Asree,

    Akak rasa ada kbnran tulisan asree sbbnya klau kita lihat politik Asean skrang mnghdapi msalah seolah-olah bakal menjadi hancur semuanya.

    Cuba lihat negara kita Malaysia, kaum Melayu semakin hilang power dan tak lama lagi jadi seperti Singapura. Buktinya pemilikan ekuiti hartanah oleh rakyat Singapura sudah semakin banyak di Semenanjung Malaysia, contohnya Hartanah Area Bukit Bintang. Temasik Holding bermain di belakang semua ini, kemungkinan Temasek Hartanah Selangor SDN BHD tu dorang yang punya.

    Najib skranag ni turut meluluskan kehendak mereka dengan menhapuskan Hak-hak Bumiputera Melayu seperti:

    1. Penghapusan Kementerian yang menjaga hak istemewa dan orang melayu.
    2. Dihapuskan hak istemewa orang melayu/bumiputra dalam biasiswa kerajaan.
    3. Dihapuskan pemilikan ekuiti 30% oleh bumiputra.

    Tak lama lagi benda lain plak menyusul. Singapura semakin menguasai negara ini malah Indonesia mereka turut menguasai perniagaan Hartanah di sana menggunakan nama-nama kaum Tiung huwa Indonesia.

    Yang prihatin,

    Nurun-Najwa

  1. Wsalam kak Najwa,

    Juga kepada sahabat saya Neldy Jolo, hal kepimpinan ni patutnya tidaklah menjadi masalah besar buat MNLF, oleh kerana kepimpinan Misuari yang "One Man Show" menyebabkan tiada pelapis yang dapat belajar dari kemimpinannya.

    Syukran buat kak Najwa, maklumat anda memang benar dan itulah yang berlaku kepada "Anak-anak Melayu" Malaysia dimasa-masa akan datang. Sebab tu saya tak hairan PAS dan UMNO sedang buat perbincang demi kesatuan Umat Melayu baru-baru ini. Itu cuma setakat cadangan....

Post a Comment