HALATUJU JALAN KEMERDEKAAN SULU 2010

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Wednesday, July 1, 2009 0 ulasan

Foto: Nur Misuari mengatakan sesuatu kepada Ustaz Habir Malik (memakai serban) di satu pertemuan para pejuang Moro di Mindanao tidak lama dulu.

Ketika Moro Libaretion Front (MNLF) terbentuk setelah peristiwa Pembunuhan Jabidah pada 1968 Nur Misuari (Darah campuran Tausug-Balangingi) telah menjadi pemimpinnya. MNLF terformasi asbab protes Muslimin dari peristiwa Jabidah yang dilakukan (tentera Kafirin) Ferdinand Marcos ketika itu.

Bermulalah perjuangan berdarah Muslimin Filipina Selatan dengan menggunakan senjata ringan sederhana mereka melawan senjata berat dari tentera Filipina. Peperangan besar-besaran teristihar secara rasmi pada september 1972 setelah Martial-Law dilancarkan oleh Marcos yang kononnya ingin menghalang kebangkitan MNLF. Dengan slogan "Kemerdekaan Moroland" untuk mewujudkan "Republik Moro" di pihak MNLF menyebabkan Marcos mempunyai alasan kukuh memerangi Muslimin yang diketuai oleh MNLF.

Bantuan AS dan Vatican bagi pihak Filipina (Marcos) dan bantuan Libya dan negara-negara umat Islam bagi pihak MNLF menyebabkan peperangan tersebut dilihat sebagai peperangan "Umat Kristian mlwn Umat Islam". Peperangan berterusan sehingga berakhirnya pemerintahan Ferdinand Marcos pada 1986. Menyebabkan berlakunya "Tsunami" kemusnahan kepada umat Islam Sulu yang tidak akan dapat dipulihkan lagi. Peperangan yang begitu terancang dan teratur seolah-olah "ada dalang" disebalik peperangan ini untuk menghancurkan "induk" kekuatan umat Islam di Nusantara.

Penghancuran ini bertujuan "memadam" sejarah Kesultanan dan Bangsa Tausug (Sug, Bajau-Samal, Yakan, Kagayan dan Kalibugan) kerana dilihat, sekiranya generasi bangsa ini menyertai arus perdana pendidikan dan pengetahuan teknologi "mereka pasti akan bangkit" menjadi duri dalam dunia "Zionist". Juga perlu dilihat, perjuangan para komander MNLF begitu terorganisasi yang rapat perhubungannya dengan para pejuang PATTANI dan Acheh. Samada mereka sedar atau tidak jaringan para "Mujahid" ini memang telah "dibentuk" bukan "Terbentuk" dengan sendirinya?

Dari satu segi perlulah hal "pembentukan" ini dilihat sebagai satu rahmat dan kekuatan kepada Umat Islam dalam perjuangan mereka walau apa pun yang berada di sebaliknya. Kerana, penindasan kepada umat Islam dimana-mana tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Sebagai contoh, ketika Hamas di Palestin dilanyak oleh Yahudi, umat Islam bangkit menyuarakan kemarahan. Maka kita akan lihat, ramai mujahidin Indonesia, Filipina Selatan, Malaysia, Pattani mendaftarkan diri mereka untuk dihantar ke Palestin membantu saudara mereka di sana (samada sebagai bantuan perubatan, dana atau berperang). Malah pemboikotan barangan Yahudi dari negera-negara penyumbang kepada Yahudi berlaku begitu hebat.

Persoalannya, berapa ramai yang tahu bahawa peperangan Yahudi dengan Hamas itu telah dirancang begitu rapi (oleh Yahudi) untuk menyedut DANA antarabangsa masuk ke dalam negara Yahudi itu? "Perancangan" ini berlaku lebih awal dengan "mempermusuhkan" Hamas dengan Fattah dengan berperang sesama mereka. Setelah itu barulah Yahudi melanyak Hamas dengan menghancurkan pejuang dan prasarana sedang Fattah hanya "duduk". Inilah dia pecah dan perintah!! Selepas perang, Israel semakin kuat ditambah lagi dengan kemenangan "ayam tambatan" mereka iaitu "Obama".

HALATUJU SULU
Bagaimana dengan Sulu dan Mindanao? Pertengahan bulan lalu (Jun) Nur Misuari telah berjaya mendapat suaka politik di Syiria. Iaitu setelah beliau "mengisytiharkan" bahawa sekiranya tiada peluang jalan kemerdekaan republik Moro dengan jalan damai maka peperangan adalah pilihan yang terpaksa dilakukan. Maka jalan terbaik sebelum peperangan ialah cari pejabat "arahan" di luar negara. Permainan catur akan bermula di sana sedang anak-anak caturnya sudah pun melakukan "kerja" di seluruh Sulu hingga Mindanao.

Hal ini juga perlulah dilihat dalam dua hal iaitu Positif kepada Bangsa Moro atau pun sebaliknya. Malangnya hal ini tidak lagi dilihat sebagai positif atau negatif mahupun sentimen keIslaman. Bagi umat Islam Sulu dan Mindanao perjuangan yang belum selesai perlulah diselsaikan dengan apa cara sekali pun. Kerana berperang atau tidak Umat ini tetap tertindas samada di Filipina mahu pun di Sabah. Saban hari diseksa dan dirobohkan rumah mereka serta dinafikan hak kemanusiaan mereka untuk mendapat pendidikan kepada anak-anak kecil mereka. Sebab itu tidaklah menghairankan sokongan akan kembali kepada MNLF. Peroalannya mampukah MNLF memikul tanggungjawab buat kali kedua setelah kegagalannya yang lalu? Perlu ditanyakan dimana atau apakah kekuatan MNLF untuk kebangkitan semula?

Nur Misuari tidak menyedari bahawasanya dengan bersatu kekuatan bersama "Kesultanan" (Sulu dan Mindanao) adalah satu kekuatan "Neuklear" kepadanya. Beliau perlu anjakan paradigma dalam perjuangan era baru di ruang lingkup "generasi baru" Sulu dan Mindanao. Kalaulah beliau menjadi orang tengah kepada kesatuan "keluarga Kesultanan Sulu" dan Mindanao sudah tentu beliau berjaya "melestarikan" kembali kekuatan perjuangan kemerdekaannya serta mendapat tanggapan baik dari generasi MNLF hari ini dan dimasa-masa akan datang.

Amat malang, generasi muda MNLF tiada yang menyedari hal ini. Mereka kehilangan halatuju sebagaimana generasi MNLF mereka yang terdahulu. Buktinya mereka masih mengatakan mereka adalah Moro atau pejuang Moro dengan menafikan yang mereka adalah dari kaum Tausug mahu pun Maguindanao. Penafian yang tidak disokong oleh fakta sejarah bangsa asal-usulnya. Tausug ialah umat Islam yang telah digelar Moro oleh kufar. Memperjuangkannya adalah memperjuangkan "kehendak kufar", meninggalkannya dengan kembali kepada istilah kesatuan Umat Islam adalah kehendak asal Tausug sejak dahulu kala.

Hari ini, samada Nur Misuari mahu atau tidak atau pun mahu meneruskan penentangan bersenjatanya bersendirian, kesatuan Tausug dan Kesultanan Sulu akan terus memacukan agendanya tanpa mengira suku kaum untuk mengisytiharkan Sulu Merdeka pada 2010!! Mengembalikan kekuatan Tausug dengan kesultanannya dan menjadikan undang-undang Syari'ah sebagai undang-undang NEGARA SULU!!

MNLF dan MILF perlu bersatu, kemudian mereka perlu mempersatukan pula keluarga Kesultanan Sulu dan Mindanao!! Ketika itu anda bukan lagi "kecik konet" tetapi satu raksasa yang perlu diberi layanan sewajarnya!!

Asree

Post a Comment