Fakta Tambahan 3: Menjejak Kewujudan Orang Laut

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, July 27, 2010 0 ulasan


Bangsa Sama-Bajau sehingga hari ini masih setia menduduki sekitar kepulauan Sulu.


Orang Laut Moken dari Miyanmar (Burma). Ketika Sulug menduduki India sehingga ke Burma Orang Laut (Nuu Waar) sangat membantu dalam kehidupan harian. Sulug telah mencapai kebudayaan hebat di sekitar Laut India sehingga berjaya mewujudkan bahasa Sanskrit yang dijadikan bahasa ilmuan dan raja-raja.

Dari manakah asal usul Orang Laut dan mengapa mereka dikatakan "Tidak Punya Negara" oleh sebahagian masyarakat Indonesia yang mengetahui? Sebilangan pengkaji mengatakan Orang Laut memang tidak punya negara secara spesifik kerana merekalah yang empunya lautan bermula dari laut Nusantara, Laut Pasifik sehinggalah ke Laut Atlantik. Orang Laut lah yang dinamakan Bangsa Phoenisia (Burung Phoenix) yang terbang mengikut arah angin kemana sahaja mereka mahu pergi sehingga dapat menduduki Sungai Gangga India, kepulauan Maldives, Madagaskar, Afrika Selatan, Afrika Utara, Kepulauan Carebian sehingga ke Laut Meditranian. Malah bangsa inilah yang menduduki kepulauan Pasifik yang bermula dari Papua New Guenie sehingga ke Kepulauan Hawaii. Bermula abad ke-7 (angka 7 nampaknya menjadi angka keramat) era Sri Vijaya di Sumatra, Bangsa Laut akhirnya mendapat nama baru mereka iaitu Bangsa Malayu.

Keagungan Sesuatu Bangsa Bermula Dari Muamalat
apakah maksud AL-MUAMALAT DARI SEGI BAHASA dan DARI SEGI TEKNIKALNYA? Muamalat ialah perhubungan. Manakala dari segi istilah ialah urusan seharian manusia yang berkaitan dengan aspek ekonomi dan sosial. Untuk menjadi bangsa yang hebat, maju dan berperadaban sesuatu kaum memerlukan hubungan secara langsung dengan kaum-kaum lain. Kaum yang jumud yang hanya senantiasa berkurung dalam kampung dengan melarang asimilasi dengan kaum lain akan menjadi bangsa yang tertinggal. Ketika kaum-kaum lain sibuk berdagang bertukar-tukar hasil usaha dan kemahiran, berasimilasi dan sebagainya kaum jumud pula sibuk mengurus kaum dan keluarga sendiri mendaki gunung-ganang dan menjadilah mereka bangsa yang tertutup dari pengetahuan dunia luar. Bangsa yang jumud hanya akan berkembang secara terbatas sekali pun mereka berani dan hebat berperang tetapi kita akan dapati suatu hari nanti mereka akan ditewaskan malah menjadi hamba kepada bangsa yang lebih maju malah lebih hebat dari mereka dari segi teknik dan semangat berperang.

Dalam permulaan peradaban manusia purba di Asia Tenggara dua bentuk persekitaran telah wujud iaitu Persekitaran Agraria dan Persekitaran Maritim.
  • Manusia yang menduduki persekitaran Agraria mereka hanya tertumpu kepada pertanian dan perhutanan. Mereka kaya dengan sumber hutan seperti damar, rotan, kayu-kayan untuk membina rumah dan perahu, madu lebah dan sebagainya. Manakala pertanian pula ialah bahan-bahan makanan seperti beras dan bijirin lainnya, sayur-sayuran dan buah-buahan. Mereka memerlukan penduduk maritim untuk mendapatkan hasil laut.
  • Manusia yang menduduki persekitaran Maritim mereka lebih tertumpu kepada perusahan laut seperti menangkap ikan dan rumpai laut, menyelam mutiara, peralatan besi, kraftangan yang melibatkan ukiran dan anyaman. Mereka perlukan penduduk agraria untuk mendapatkan hasil hutan dan pertanian.
Dalam konteks Asia Tenggara masyarakat maritim telah mendapat tekanan secara semulajadi dari persekitaran mereka yang mendesak untuk mendapatkan makanan dan kelebihan keluarga, kelompok dan seterusnya kaum mereka. Hal ini terjadi hasil dari muamalat yang memerlukan mereka menguasai perdagangan dan keselesaan hidup maka berlakulah perebutan kawasan dan wilayah. Peperangan kaum berlaku menentang kelompok ke kelompok yang lain sehingga wujudlah satu-satu kelompok bangsa yang menjadi penguasa. Untuk menjadi penguasa memerlukan kebijaksanaan mentadbir (Siasah) mengatur hasil maksul dan mengurus manusia. Ketika ini kemajuan akan berada di tahap yang optimum kerana sebagai penguasa mereka boleh menyerang dan menguasai bangsa lain yang mahir dengan ilmu-ilmu tertentu kemudian menggunakan kemahiran tersebut untuk kepentingan kaumnya pula. Kelompok penguasa tidak semestinya ramai inilah yang berlaku kepada Tamadun Lemuria dan Tamadun Sunda-Land yang pernah wujud di Asia Tenggara beribu-ribu tahun yang lalu. Ini hanyalah sekadar introdaksi kepada penjelasan kami terhadap permulaan Bangsa Malayu.

Foto pahlawan Dayak Borneo tahun 1890 sambil memegang Pedang Kampilan.

Kekuasaan Sulug Bermula Dari Dayak Laut
Bangsa Sulug terhasil dari persekitaran maritim yang dipelopori oleh bangsa Dayak Laut. Bangsa Dayak adalah bangsa Phoenix terawal hasil dari ketamadunan Lemuria dan Sunda-Land. Bangsa Dayak Phoenix ini hanya menduduki kepulauan Borneo sehingga ke kepulauan Sulu sampai ke kepulauan Jepun hari ini. Sekiranya dirujuk kepada ajaran Samawi (Islam, Kristian, Yahudi) bangsa Dayak Phoenix ini tidak akan lari dari keturunan Nabi Noh a.s. dari keluarga Japheth @ Yafits. Anak-anak Yafits terkenal dengan bermata sepet, bertubuh sederhana dan pendek, berkulit putih kuning. Antara anak Yafits ialah bangsa Dayak Borneo dari keluarga Madai dan keluarga Magog @ Makjuj yang menduduki Sulu Utara sehingga ke Taiwan dan Jepun. Bangsa ini berkembang dan menjadi masyarakat maritim yang selalu berperang sesama mereka sehinggalah berlakunya zaman ais mereka berserakan sehingga sebahagiannya menjauhkan diri menduduki China dan Monggolia.

Selepas zaman ais bangsa Dayak Laut di Gugusan Kepulauan Sulu terus berkembang dengan perdagangan dan pelayaran. Manakala dayak lain yang mengasingkan diri di gunung-ganang terus tertinggal tanpa kemajuan. Dayak yang duduk di kepulauan Sulu mula mewujudkan identiti sendiri iaitu bangsa Pelayar yang kemudiannya dikenali sebagai Sulug. Mereka mendapat banyak sumber dari pelbagai tempat dan sesekali berlaku peperangan dengan pesaing mereka. Berfikir kearah perdagangan global tidak akan terjadi tanpa peperangan dan perebutan seperti ini, maka untuk menjadi pedagang global memerlukan kekuatan manusia sebagai pendayung dan pekerja. Di sinilah bermulanya "idea" berdagang ke seluruh dunia tercetus. Bangsa Sulug telah mengetahui di Asia Tenggara ini hanya ada satu bangsa yang paling kuat mendayung dan perkasa yang juga hebat dalam peperangan kaum. Bangsa pendayung ini tinggal di Pulau Irian @ Papua New Guenie seperti hari ini, berkulit hitam dan tinggi lampai. Menurut Ustaz Garamatan, bangsa ini dinamakan sebagai bangsa "Nuu Waar" bermaksud "Sinar dari timur yang tersembunyi". Sebenarnya mereka inilah anak-anak Noh a.s. yang terdampar di pergunungan Papua dari keluarga Ham bin Noh a.s..

Foto bangsa Nuu Waar sedang mendayung perahu mereka dalam keadaan tanpa pakaian penutup alat sulit. Foto hitam putih ini diambil selepas perang dunia ke-II.

Bermulanya Bangsa Nuu Waar di Laut
Selepas Zaman Ais selewat-lewatnya antara 7000 SM dianggarkan Bangsa Sulug dari Kepulauan Sulu telah mula menyerang Bangsa Nuu Waar. Serangan ini nampaknya bertujuan sebagai mendapatkan "tenaga kerja" untuk kepentingan perdagangan. Dari kajian kami terhadap bangsa Nuu Waar, mereka dalah bangsa yang tidak berpakaian samada ketika di darat atau di laut ketika itu. Malah ketika zaman penjajahan Belanda dan selepas Perang Dunia ke-II sebilangan bangsa Nuu Waar masih tidak mengenakan sebarang pakaian lagi. Hanya pada zaman Belanda, para ahli gereja yang membawa ajaran Kristian ke Papua setelah mengkristiankan bangsa Nuu Waar, kaum lelaki mereka akan disuruh memakai KOTEKA sejenis labu yang dikeringkan kemudian digunakan untuk menutup alat kelamin bagi kaum lelaki. Bangsa Nuu Waar mempunyai beberapa keistimewaan yang menyebabkan bangsa Sulug mendapatkan mereka antaranya,
  • Mempunyai tubuh yang kuat dan besar,
  • Mempunyai kelasakan atau daya tahan yang luar biasa terhadap cuaca,
  • Bangsa yang biasa dengan peperangan kaum,
  • Bangsa yang lemah lembut dan setia bersahabat sekiranya dapat berkawan dengan mereka.
Kebijaksanaan Sulug sebagai penguasa mereka menjadikan kawasan Manado-Sangihe (Sulawesi) dan kepulauan Maluku-Tarnate sehingga ke Pulau Flores sebagai pangkalan. Nuu Waar juga digunakan sebagai pekerja lombong besi, emas, timah dan tembaga. Dalam dunia, bangsa yang pertama kali menemui dan menamakan logam tembaga ialah bangsa Sulug. Hal ini diakui oleh bangsa Eropah kerana nama tembaga itu sendiri berasal dari lidah Sulug iaitu "Tumbaga". Kemahiran Sulug melebur logam dan mencipta senjata sebenarnya telah diwarisi dari zaman Sunda-Land dan Lemuria lagi. Sehingga hari ini masih wujud hasil tangan Lemuria ini sebagaimana Keris Sundang dan Barung yang digunakan oleh Sulug manakala Pedang Katana digunakan oleh Samurai Jepun dan Pedang Kampilan seperti yang digunakan oleh Bangsa Dayak. Bangsa Monggol dan Han di China turut menggunakan pedang dari variasi Kampilan sehingga hari ini. Inilah antara jasa bangsa Nuu Waar pada awalnya, bukan sahaja sebagai pendayung malah sebagai pekerja lombong yang bangsa lain sukar melakukannya.



Bangsa Nuu Waar dibawa meneroka dunia
Sulug mempunyai strategi khusus untuk mengendalikan bangsa Nuu Waar agar senantiasa setia dan taat melibatkan diri dalam setiap ekspedisi perdagangan mereka.
  • Fasa pertama ialah dengan kekerasan iaitu mengancam bunuh sekiranya enggan mengikut perintah,
  • Fasa kedua ialah setelah mereka menjadi taat dalam masa tertentu Nuu Waar akan dibiarkan bergerak bebas dan dijadikan orang kepercayaan,
  • Fasa ketiga ialah menjadikan mereka sahabat karib seterusnya saudara, mengahwinkan mereka dengan wanita yang mereka suka dan mengamanahkan mereka mengepalai kapal dagang secara bersendirian, malah turut menjadi pahlawan membantu Sulug dalam kempen peperangan.
Oleh kerana bangsa Nuu Waar begitu asing (mungkin disebabkan warna kulit yang hitam serta tidak berpakaian) sebahagian besar dari mereka hanya duduk dan tinggal di perahu. Bagi mereka pantai atau daratan adalah kawasan larangan kerana kerja mereka banyak tertumpu di laut. Hal ini berlaku adalah juga disebabkan oleh pandangan sebahagian Sulug yang tinggal di darat yang memandang warna kulit dan taraf hidup. Pendek kata Nuu Waar adalah hamba manakala Sulug adalah Tuan (penguasa). Sebenarnya bukanlah semua berpandangan demikian kerana kita akan lihat kemudiannya bangsa Nuu Waar ini berubah jadi bangsa atau Orang Laut yang menjadi kepercayaan dan taraf hidup mereka berubah setanding dengan Sulug. Teori Likusantara seperti yang kami jelaskan sebelumnya di mana kapal Nabi Noh a.s. telah terdampar di atas gunung Ararat Turkey telah membawa sebahagian dari anak-anak Ham bin Noh a.s. yang menghasilkan penempatan bangsa Mesir Purba dan anak-anak Shem bin Noh a.s. yang menghasilkan penempatan awal bangsa Eropah di sekitar Laut Meditranian dan penempatan awal Bangsa Sumeria di Sungai Tigris/Euphrates.

Sulug dengan menggunakan khidmat Nuu Waar telah mula membawa barang dagangan menuju ke Sungai Gangga India kemudian ke Sungai Tigris/Euphrates dan menyambung perjalanan menuju ke Laut Merah masuk ke teluk Aqabah dan Mesir. Dari Mesir Sulug mula menyedari perlunya ke Laut Meditranian melalui Laut Atlantik. Di Laut Atlantik Sulug membuat persinggahan di beberapa tempat antaranya Afrika Timur, Afrika Selatan dan Afrika Barat kemudian ke kepulauan Carebian sebelum memasuki Laut Meditranian. Akhirnya bangsa Nuu Waar berjaya menduduki kesemua tempat yang disebut di atas.
  • Di Sungai Gangga Nuu Waar mula membentuk komuniti India Purba berkulit hitam,
  • Di Yaman sehingga ke muara Sungai Tigris/Euphrates Sulug dan Nuu Waar mula membina penempatan menghasilkan Bangsa Sumer Purba yang berkulit hitam,
  • Di Mesir Sulug dan Nuu Waar membina penempatan awal menghasilkan bangsa Mesir Purba berkulit hitam,
  • Afrika Barat, Selatan dan Barat Sulug dan Nuu Waar membina tempat persinggahan seterusnya membina penempatan purba berkulit hitam, Nuu Waar seronok tinggal di Afrika Timur dan Barat kerana cuacanya sama dengan Asia Tenggara berada di garisan Khatulistiwa,
  • Singgah di Kepulauan Carebian sebelum ke Peru Amerika Selatan. Sehingga hari ini bangsa Carebian dan sebahagian Amerika Selatan terdapat ramai berkulit hitam.
Berbanding Nuu Waar, bangsa Sulug purba terlalu bersikap pemilih untuk menduduki sesuatu tempat. Bangsa Sulug adalah bangsa Lemuria atau pun Sunda-Land yang mempunyai peradaban tinggi. Sebagai penguasa Sulug mula menempati muara Sungai Nile dan mula membina Piramid dan patung-patung besar. Ketika Sulug sampai ke Peru mereka juga membina Piramid demikian di sekitar penempatan Sumeria di Sugai Tigris/Euphrates sehingga ke Syria turut dibina bangunan tinggi-tinggi samada sebagai kuil atau tempat pengkebumian. Sulug senantiasa membawa bangsa Nuu Waar sebagai pembantu samada dijadikan hamba atau pun pekerja mahir membina bangunan-bangunan besar dan mengukir dan sebagainya.

Bangsa Nuu Waar dari etnik Asmat, Papua New Guenie.

Bahasa Sulug + Bahasa Nuu Waar = Menjadi bahasa Arab Purba
Samada Sulug atau Nuu Waar mereka sebenarnya masih menutur bahasa purba Nabi Adam a.s. iaitu bahasa Kepulauan di Asia Tenggara. Sekiranya diperhatikan bahasa Nuu Waar dan Bahasa Sulug tidak jauh berbeza antara satu sama lain sebagaimana yang kita dapat lihat antara kaum Bajau dan Sulug di Kepulauan Sulu. Sulug memahami bahasa Bajau dan Bajau pula memahami bahasa Sulug sekali pun tidak tahu bercakap. Menunjukkan kedua-dua bahasa mempunyai sejarah kebersamaan beribu tahun lamanya. Ketika dulu orang dari luar Sulu bergelak ketawa bila mendengar tradisi lisan kaum tua Sulug yang mengatakan bahawa bahasa Arab adalah berasal dari Bahasa Sulug. Sehinggalah bermula kajian terhadap bangsa Sulu barulah kebenaran dakwaan tersebut dapat disahkan. Antara bukti benarnya Bahasa Sulug adalah bahasa pertuturan Arab ialah,
  • Perkataan tertentu dalam bahasa Arab terdapat perkataan-perkataan yang berasal dari bahasa Sulug, sebagai contoh Suluk (bertapa, merujuk kepada orang Sulug yang mengamalkan tafakkur Buddha), Suq (Pasar, kerana yang memulakan perdagangan membuka-pasar-pasar di tanah Arab ialah orang Sulug atau Sug), Salam (kata asalnya Salum @ Saum, dari segi istilah bermaksud bawah kolong rumah atau bawah pokok, dari segi bahasa bermaksud tempat teduh dan selamat), 'Alim (berilmu- memiliki ilmu tertinggi menghilangkan diri - ghaib), Abi @ Abah (Ama', Ayah), Umi (Ina', Ibu).
  • Dalam buku The Tausug Polity and the Sultanate of Sulu: A segmentary state in the Southern Philippines, Page 33, yang ditulis oleh Thomas M. Kiefer "...and it is not surprising that the people of Jolo regarded themselves as the first and foremost Muslim society in the world - only next to Mecca in importance - and could casually insist that the Prophet Muhammad spoke Tausug. In fact, the ritual language of Arabic (bahasa Arab) was widely regarded as merely an archaic form of Tausug, spoken only by the people in Mecca. (God spoke archaic Tausug when he gave the Qur'an to the Prophet; in those days the people of Jolo could understand God's language, but that was in the time of the "ancestors of ancestors" and the world then was purer)."
  • Bangsa Sumeria Purba juga adalah berbahasa Sulug kerana mereka dikatakan adalah bangsa yang mengikut arus , The original Sumerian name was Idigna or Idigina, probably from *id (i) gina "running water", which can be interpreted as "the swift river", contrasted to its neighbor, the Euphrates, whose leisurely pace caused it to deposit more silt and build up a higher bed than the Tigris.
  • Bangsa Assyria juga adalah berbahasa Sulug kerana didakwa sebagai Bangsa Surya (Sulug menyebut Sugha bermaksud matahari) dan juga lidah Assyria sama dengan lidah Sulug yang sukar menyebut "TH" atau "C", sebagai contoh Bahasa Melayu Moden menyebut Cabul sedangkan Sulug menyebutnya Sabul. Perkataan Cabul disebut oleh Raja Hiram kepada Nabi Sulaiman a.s. sebagaimana yang telah disebut oleh Flavius Josephus.
Rupa paras Sulug hari ini adalah hasil asimilasi Arab, Israel, Dayak-Lemuria, Nuu Waar. Sekali pun mereka berasimilasi namun sifat dan sikap (genitik) Sulug masih dalam darah mereka.

Pada awalnya kami menyangka perkataan Suluk (Salik, plural) itu datang dari bahasa Arab rupa-rupanya setelah diselidik bangsa Sulug sudah memang berada di Iraq dan Teluk Aqabah lama sebelum kelahiran Rasulullah saw. Mereka menguasai pasar-pasar terawal sebab itu pasar dalam bahasa Arab disebut Suq. Kata Suluk tidak terdapat dalam bahasa Arab sama dengan kata Tasawwuf. Ia muncul setelah Islam awal-awal muncul di mana para Muhajirin menetap di serambi masjid Madinah. Muhajirin hidup dalam keadaan serba kekurangan menyebabkan mereka hanya duduk berzikir dan beramal. Dari sinilah bermulanya kata Suluk iaitu amalan duduk berzikir menahan lapar dinisbahkan kepada orang-orang Sulug yang menjadi pedagang di tanah Arab ketika itu terdiri dari pengamal tafakkur (bertapa) Buddha. Berzikir dan bertafakkur persis dengan perlakuan bangsa Sulug yang sangat dikenali oleh orang Arab ketika itu.

Amalan Suluk dan Islam
Kaedah bertapa orang Sulug ini telah menjadi amalan penganut Kristian yang membudaya pada ketika itu di seluruh tanah Arab. Mengasingkan diri beramal, berzikir dan berfikir tentang keagungan Ilahi sehingga para rahib enggan berkahwin kerana mengikuti kaedah para sami Buddha. Inilah amalan para pedagang Sulug menganut tafakkur Buddha yang datang berniaga ke Laut Meditranian. Buddha bukanlah satu agama menyembah Tuhan patung tetapi adalah berdasarkan fahaman tafakkur mengoreksi diri dan nafsu sebab itu dikatakan ajaran Buddha itu "menahan diri dari melakukan perkara keji dan mungkar". Ajaran Buddha sebenarnya bukanlah ajaran Pagan pada awalnya, sebenarnya telah diseleweng oleh para sami yang terpengaruh dengan ajaran Hindu Dewa Siva (menyembah para malaikat yang mereka panggil Dewa dan Dewi) sebab itu munculnya ajaran Buddha Mahayana yang terkeluar dari ajaran Buddha yang sebenar. Inilah rahsia yang tidak diketahui oleh umat Islam hari ini. Eropah telah mengetahui lebih awal sebab itu ketika penaklukan Makkah oleh Bani Sa'ud yang dibantu oleh ejen-ejen British mereka telah membongkar rahsia ini dengan menggelar "ajaran Tasawwuf dan Suluk" berasal dari budaya Hindu dan Buddha tanpa memberikan perincian perbezaan Aqidah antara Suluk Islami dengan Suluk Hindu-Buddha.

Hasutan para orientalis British kepada pengikut Bani Sa'ud dan Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab telah mengakibatkan munculnya fatwa-fatwa ganjil yang melarang berzikir berjamaah, bertariqat, menziarah makam dan berdoa secara tawassul. Untuk keluar dari "pertembungan sesama fatwa" umat Islam hari ini wajib mengkaji dan menjelaskan asal-usul amalan Tasawwuf dan Suluk ini yang diputarbelit oleh Orientalis dengan menelusuri sejarah semula. Islam tidak melarang mengambil kaedah dari ilmu-ilmu lain selama mana ianya tidak bertentangan dengan Syara'. Sebagai contoh sesuatu amalan budaya kaum atau bangsa (adat bersanding contohnya) tidak akan menjadi haram sekiranya didasarkan atas budaya kebiasaan leluhur tanpa mengaitkannya dengan "penyembahan" yang merosak Aqidah. Inilah yang dinamakan "urf".

Rasulullah saw sebelum turunnya wahyu, Baginda saw selalu datang ke atas bukit dan bertafakkur dalam Gua Hira' beberapa ketika. Ini adalah budaya ketika itu bagi mereka yang ingin mendapatkan ketenangan. Adalah keterlaluan dan berniat jahat sekiranya ada pihak yang menuduh Rasulullah saw mengamalkan amalan bertapa Buddha dan Hindu hanya kerana pengaruh luar yang membudaya ketika itu. Dalam Islam terdapat hukum Qisas sama konsepnya dengan hukum Karma Hindu-Buddha, apakah kita katakan hukum Qisas Islam berasal dari Hindu-Buddha? Berbalik kepada budaya Sulug yang banyak mempengaruhi tanah Arab dan Eropah, hari ini Sulug masih mengekalkan tradisi berniaga dan beramal. Sehingga hari ini pun diseluruh bandar-bandar di Sabah samada kecil atau besar yang mengendalikan pasar ialah bangsa Sulug. Di Kota Kinabalu terdapat nama pasar Filipina, ketika malam menjelma pasar malam 90% dikuasai oleh Sulug. Demikian juga di Masai Johor hari ini pasar hampir dikuasai oleh Sulug. Kalau kita kembali ke zaman Melaka juga sama, pada abad ke-14 Sulug lah yang memeriahkan pasar-pasar.

Sulug dan Nuu Waar dalam sejarah Funan
Dalam arikel yang lepas kami telah mendedahkan secara ringkas tentang siapa sebenarnya yang menduduki kerajaan Funan. Dalam catatan cina ketika para pedagang dan duta Kerajaan China datang ke Funan mereka melihat begitu ramai manusia berkulit hitam dengan rambut menggerbang (seperti gabus) malah tanpa pakaian menutup alat sulit mereka.

"Normally the Chinese are not impressed by the accomplishments of other people, but Funan's visitors brought back a favorable report of the country's Malay upper class, which had palaces, abundant treasures, and a system of writing related to Sanskrit. Most of the people, however, were apparently Negrito, for one Chinese described them as "ugly and black", with frizzy hair. This same ambassador was offended by the sight of the Negritos walking around naked, and when he told this to the king of Funan, a law was passed requiring all to wear clothing in public, and the traditional Cambodian "sampot" or loincloth was invented."

"Biasanya orang Cina tidak terkesan dengan prestasi orang lain, tapi pengunjung Funan membawa kembali laporan yang menguntungkan kelas Melayu atasan negara itu, yang istana, harta berlimpah, dan sistem tulisan yang berkaitan dengan bahasa Sanskrit. Terdapat sebilangan besar manusia, Namun, tampaknya mereka ialah Negrito, seorang China menggambarkan mereka sebagai "jelek dan hitam, dengan rambut keriting" Duta besar yang sama ini tersinggung oleh pemandangan dari Negritos yang berjalan telanjang di sekitar Funan, dan ketika ia mengatakan hal ini kepada raja Funan, undang-undang disahkan menuntut semua untuk memakai pakaian di depan umum, maka berdasarkan tradisi Kemboja "sampot" atau cawat diciptakan."

Dalam artikel lepas kami telah menjelaskan bahawa Raja Funan adalah Sulug berdasarkan beberapa kenyataan dan bukti manakala mereka yang dikatakan bangsa Negrito berkulit hitam dan berbogel sebenarnya adalah bangsa Nuu Waar yang dibawa oleh Sulug dijadikan pekerja di pasar dan pendayung kapal. Inilah ikatan Sulug dan Nuu Waar, gabungan antara keduanya menghasilkan satu bahasa yang kita namakan hari ini sebagai Bahasa Malayu. Nuu Waar dibawa keluar dari pulau Irian /Papua secara berperingkat-peringkat semenjak zaman purba hingga era Sri Vijaya, malah masih berlanjutan ketika era Kesultanan. Generasi asimilasi Nuu Waar dan Sulug akhirnya menjadi bangsa Penguasa Laut yang dinamakan Samal Balangingi. Mereka menyambung kerja-kerja Sulug menangkap bangsa Nuu Waar untuk dijadikan pekerja paksa dan membawanya ke Kepulauan Riau, Padang, Sumatra, Melaka dan Kedah. Dari sini muncullah satu bangsa laut lagi yang dinamakan sebagai bangsa Seletar. Bahasa Malayu semakin berkembang dan mula terasing dari lidah orang-orang Sulug di Kepulauan Sulu. Penguasaan bangsa Suko-Thai yang membawa bahasa "kechinaan" dari Indo-China menyebabkan pengukuhan sebutan yang membawa kepada bahasa Malayu Moden hari ini.

Sebagai contoh sebutan Malak (cantik, jelita dalam bahasa Sulug) disebut Merak dalam bahasa Malayu hari ini (merujuk kepada burung merak). Bissara dalam sebutan Sulug, Bicara dalam sebutan Malayu.

Post a Comment