Fakta Tambahan 4: Kesatuan Ummah Akhir Zaman Bermula Di Nusantara (edited)

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, July 29, 2010 0 ulasan


Masuklah mereka ke Agama SELAMAT (Islam) ini berbondong-bondong secara kaffah. Kuffar merancang memecahbelahkan penganut Islam, memutarbelit ilmu-ilmu Islam dengan memanipulasi sebilangan ulama' namun perancangan Allah swt lebih baik kerana Dia akan tetap beri kemenangan kepada umat Muhammd saw. Islam sebenarnya bukannya agama peperangan malah adalah agama keamanan dan kasih sayang.


Kuffar berusaha menghalang Islam dengan pandangan buruk sebagai agama peperangan, keganasan, pengongkong wanita dan sebagainya namun semakin kuat mereka menekan semakin kuat pula impak Islamisasi di seluruh dunia. Ia sama dengan perjuangan mengembalikan sistem Islam, sistem Islam bermula dari memulihkan sistem ekonomi ummah (menggunakan Dinar & Dirham bukannya wang kertas) inilah yang dikatakan sebagai sistem Muamalat. Sistem ini semakin kuat dihalang oleh mana-mana kerajaan maka ia semakin kuat pula menghancurkan sistem Perbankan Riba (wang kertas) di muka bumi ini. Nama "perbankan Islam" di dunia hari ini hanyalah ilusi semata, hanya Islam pada nama tetapi masih gunakan wang kertas.

Dakwah umat Islam hari ini semakin bijak dan dalam keadaan tertentu perlulah penyamaran dilakukan sebagai strategi. Kalau Yahudi bijak merancang dengan Freemason-Iluminati mereka umat Islam juga kena melakukan perkara yang sama.

Artikel
yang lepas kami telah jelaskan fakta-fakta tentang kelebihan negara kepulauan "di sebelah Timur tempat bermulanya matahari terbit" ini. Di sinilah bermulanya kelahiran manusia terawal, di sinilah juga kekayaan dunia serta sumber peradaban bermula. Di sinilah juga permulaan kepada kebangkitan Ummah akhir zaman di bawah panji-panji Islam nanti. Di sini bermula dan di sini juga ia akan berakhir. Ketika itu tiada lagi Engkau adalah engkau, aku adalah aku, yang ada ialah bersatu atas kalimah tayyibah (La ilaha illallah, Muhammadurrasulullah) kita tiada beza kerana "kita sama-sama Bani Adam, yang membezakan kita ialah iman dan taqwa" slogan perjuangan ialah "tiada kekuatan dan daya upaya melaingkan kekuatan Allah swt". Perjuangan Kebangsaan tidak akan diperbesarkan dan menjadi keutamaan lagi yang ada ialah "memperjuangkan Tuhan" di muka bumi ini.

New World Order (NWO), Freemason-Illuminati bersama banker-banker mereka telah lama merancang namun "perancangan Allah lebih baik". Bangsa Yahudi hari ini mengaku sebagai Bangsa Israel (bangsa para Nabi dan Rasul) walhal sekiranya diselidi mereka bukannya lagi Bani Israel yang sebenar melaingkan bangsa durjana yang menganut agama Yahudi kemudian mengaku sebagai Bangsa Israel. Bangsa Yahudi yang merampas Palestin kemudian menamakannya Negara Israel sebenarnya hanyalah mitos dan khayalan semata-mata. Bani Israel sudah menjadi Islam kesemuanya setelah diislamkan oleh Rasulullah saw, keluarga Baginda dan para sahabat-sahabatnya. Perkara ini kami telah jelaskan dalam perbahasan yang lepas dan ternyata kekuatan Bani Israel yang sebenar tidak lagi berada di sana, Yahudi tahu akan hal ini lebih dari umat Islam sendiri.



Bintang Daud a.s. Sebenarnya Milik Asia Tenggara
Dalam catatan Flavius Joshepus telah menceritakan kekecewaan Nabi Allah Musa a.s. terhadap perlakuan sebilangan pemimpin Bani Israel ketika itu kerana bukan sekadar menentang perintah Musa a.s. malah menentang hukum-hukum Tuhan sehingga para penderhaka tersebut telah menjadi golongan yang terlaknat. Sebab itulah Bani Israel diharamkan memasuki Palestin buat selama-lamanya tetapi hari ini mengapa pula wujud golongan yang mengaku sebagai Bani Israel kemudian merampas Palestin? Sebenarnya mereka itulah cucu-cicit keluarga para penderhaka di zaman Musa a.s. yang mempersoalkan arahan Musa a.s. memasuki Kanaan. Kemudian ketika Musa a.s. melarang mereka memerangi Kanaan mereka pula yang sibuk menyerang tanpa restu dan perintah dari Musa a.s. Setelah itu umat Musa a.s. kemudian mula mencari negeri lain di sebelah Timur sebagai "new Jerusalem".

Umat Musa a.s. mengetahui bahawa bahasa yang mereka tutur bukanlah berasal dari bumi Israel atau Jerusalem itu tetapi ia berasal dari negeri kepulauan di sebelah Timur. Mereka mengetahui bahasa tersebut adalah bahasa Nabi Adam a.s. sebab itu tidak hairan bahasa Hebrew mempunyai banyak perbendaharaan kata Sulug seperti yang telah kami jelaskan dalam perbahasan yang lepas. Bangsa dari Timur menggunakan identiti bintang-bintang dan bulan serta matahari kerana ia sangat penting dalam menentukan arah kapal ketika dalam pelayaran. Bangsa dari Timur juga mahir dengan perlombongan dan penempaan logam. Ciri-ciri ini ada pada Nabi Allah Daud a.s. iaitu menggunakan logo atau simbol bintang dan mahir melebur logam. Inilah kekuatan Nusantara ketika dulu besi (pedang) dan bintang (simbol pelayaran) sesuai dengan negeri kerpulauan. Bintang Daud adalah dua segi tiga yang digabungkan menjadi bintang. Segi tiga menunjukkan peradaban Lemuria Kuno yang menggunakan simbol gunung (Piramid) sebagai lambang tempat turunnya Nabi Allah Adam a.s. ke dunia. Oleh yang demikian bendera atau logo yang terdapat pada bendera negara Yahudi hari ini bukanlah milik mereka ianya milik Asia Tenggara. Asia Tenggara bukannya menganut Yahudi atau Kristian, mereka adalah penganut agama Salam (Islam) semenjak Adam a.s. lagi.

Sebagai bukti Sulu itu sendiri bermaksud Salam atau Islam. Kami telah jelaskan dalam perbahasan yang lepas bahawa Sulu itu diambil dari kata Shilo yang bermaksud Teduh, Aman dan Selamat. Ia juga sama dengan kata Salum (Saum pada sebutan Sulug, konsonan L dihilangkan sebagai kebiasaan). Salum @ Saum secara istilah bermaksud bawah kolong rumah atau di bawah pokok yang membawa pengertian Teduh, Aman dan Selamat, bayangkan ini dalam bahasa Sulug tetapi dalam bahasa Hebrew juga sama iaitu Shilo dan Shalom bermaksud Teduh, Aman dan Selamat. Kemudian bangsa Arab juga turut menggunakannya yang mereka sebut Salam (Islam). Nama Nabi Sulaiman a.s. juga berasal dari kata Salum yang disebut Salumun, dalam bahasa Sulug Salumun @ Solumun terdapat kata penegasan "Un" membawa makna "yang betul-betul selamat" atau "yang betul-betul dapat membawa kepada keselamatan". Bangsa Arab tidak menggunakan nama Solomo @ Solomon kerana ia berasal dari bahasa Hebrew, nama Sulaiman hanya banyak digunakan oleh Arab setelah kedatangan Islam. Maka tidak hairanlah nenek moyang Sulug ketika dulu mendakwa bahawa bahasa Arab berasal dari Sulu. Dalam penjelasan kami yang lepas bukan setakat Arab dan Bani Israel yang berasal dari Sulu malah bangsa Mesir dan Eropah, India dan China juga sama. Sebab itu kami katakan Bintang Daud a.s. bukan milik Yahudi tetapi adalah milik Islam di kepulauan Sulu.



Membaca Bintang Daud a.s.
Piramid adalah simbol Sulu yang juga menjadi simbol Mesir Purba, Maya Purba, Sumer-Assyria Purba diambil dari tamadun Lemuria. Berikut disenaraikan pengertian dua segitiga Bintang Daud a.s. sebagai tanda kebangkitan akhir zaman,
  • Tiga bucu pada segitiga yang pertama: Bersatunya tiga kekuatan kumpulan umat Nusantara, 1- Sulug/Samal-Nuu Waar/Momugun, 2-Jawa/Bugis/Sunda, 3-Aceh/Melayu/Batak.
  • Tiga bucu pada segitiga kedua: Bersatunya ekonomi Nusantara dimulakan oleh tiga tempat utama dengan Dinar & Dirham, 1-Aceh, 2-Kelantan, 3-Sulu.
  • Dua segitiga dicantumkan menjadi "Star of David" (Bintang Daud a.s.) kemudian dikelilingi oleh bulatan: Bulatan bermaksud Salam atau Islam yakni "Di dalam naungan undang-undang Tuhan iaitu Al-Qur'an & As-Sunnah".
Dari satu segi, umat Islam Sulu lebih layak dipanggil Bani Israel berbanding bangsa Yahudi yang merampas bumi Palestin adalah kerana umat Israel yang sebenar telah pun lari ke Carebian, Sumatra, kepulauan Pasifik malah lebih-lebih lagi ke Sulu kerana Sulu dikenali sebagai "tanah tumpah darah nenek moyang manusia". Penghijrahan 10 kaum Bani Israel yang sebenar adalah pada tahun 600 SM selepas kejatuhan kerajaan anak-anak Sulaiman a.s. ke tangan bangsa Assyria. Ketika ini bani Israel masih tulin pegangan agama salamnya (Islam). Kerosakan Bani Israel yang tertinggal di bumi Assyria (tidak sempat lari mengikut 10 kaum menuju ke Nusantara) bermula 600 SM sehingga abad pertama setelah Masihi (zaman Flavius) apabila para Rabbai mula menulis kitab Thalmud. Sehingga hari ini kitab Thalmud inilah yang digunakan sebagai panduan hidup mereka dan menyebabkan mereka dipanggil Bangsa Yahudi.

Walau bagaimana pun dengan kedatangan Bani Hashim memperbaharui fahaman agama Sulug kemudian berasimilasi menjadikan darah Sulug bertambah "teguh dan kuat" kearah merealisasikan hadis-hadis Muhammad saw tentang akhir zaman. Kekuatan Sulug hari ini lebih kepada syafaat dan aura dari anak-cucu Rasulullah saw.


Di Filipin, bangsa Kristian Tagalog-Visaya setelah menyedari asal-usul mereka dari Jolo, Sulu mereka akan mula kembali kepada Islam. Mereka akan berusaha tinggal bersama Tausug @ Sulug di Jolo Sulu atau berusaha merapatkan hubungan dengan Tausug. Kerana hanya Sulug yang berani mempertahankan mereka. Seorang pendakyah Kristian dan kini sudah Islam bernama Ahmad Barselon berkata "Alhamdulillah saya telah kembali Islam, namun tersemat dalam dada ini rasa rendah diri terhadap Tausug kerana mereka tidak pernah ditakluk dan dikristiankan berbanding nenek moyang kami. Saya masih mencari apakah rahsia Tausug bertahan"

Sulug adalah Ikhwan Rasulullah saw
Ada hadis yang manyatakan bahawa ada golongan dari umat Muhammad saw yang hidup di akhir zaman, walau pun tidak pernah melihat Rasulullah saw akan tetapi mereka sangat kasih dan sayang terhadap baginda. Golongan inilah yang dipanggil sebagai IKHWAN oleh Rasul saw sehingga menjadi kecemburuan pada sahaba-sahabat radhiallahu 'anhum. Berdasarkan penelitian kami hanya bangsa Sulug sahaja lagi yang mengekalkan meletak kepercayaan kepada cucu Rasulullah saw. Terdapat beberapa kenyataan antaranya,
  • Para Syarif @ Habaib diletak sebagai ketua agama Islam semenjak bermula sistem Kesultanan Sulu 1405 M. Setiap pertabalan Sultan, Syarif akan biasanya menjadi mufti.
  • Dalam sistem Kesultanan Sulu, Syarif diletak sebagai "Maggigiba ha Sultan" bermaksud "yang berautoriti melantik Sultan". Tanpa persetujuan Syarif Sultan Sulu tidak boleh ditabalkan.
  • Sulug sehingga hari ini mengamalkan bacaan kitab Barzanji pada malam Maulidurrasul setiap tahun selama sebulan. Mereka membaca Barzanji dan hiburan bergembira dari lepas solat Isyak hingga menjelang solat Subuh dengan hidangan jamuan pelbagai aneka makanan. Biasanya mahligai akan dibuat berhias kuih-muih, telur dan gula-gula untuk menggembirakan kanak-kanak. Bagi Sulug Maulidurrasul adalah lebih meriah berbanding Hari Raya Puasa dan Aidiladha. Para Syarif menanam budaya seperti ini sebagai pengikat kesatuan ummah dan cintakan Rasulullah saw. Inilah satu-satunya senjata para Syarif mengekalkan Sulug tidak tertakluk oleh Spanyol.
Walau pun makna Ikhwan itu sebenarnya lebih luas maksudnya tanpa mengkhususkan kepada mana-mana kaum atau bangsa kerana siapa-siapa sahaja boleh menjadi Ikhwan Rasul saw, namun sebagai bukti sudah tentu terdapat tanda-tanda siapa sebenarnya yang dikatakan ikhwan itu. Sebenarnya menurut para ulama', Ikhwan itu sebenarnya amat asing di zamannya. Perkara ini telah berlaku kepada Sulug di kepulauan Sulu, mereka terlalu asing dan tidak dikenali. Bangsa lain berkomplot menghilangkan bangsa ini dengan bermacam gelaran dan program "penghapusan etnik" dengan memberikan bantuan peperangan. Mereka dipanggil "Moro" dan sebagainya untuk menghilangkan identiti. Malah di negeri Sabah (Malaysia) Tausug @ Sulug sangat dikenali sebagai "PATI" (Pendatang Asing Tanpa Izin). Berikut adalah hadis-hadis tentang Ikhwan Rasul saw,
  • "Aku tersangat rindu kepada para Ikhwanku." Maka bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah saw, bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah saw menjawab, "Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku."
  • Kata Sayidina Ali kmw, "Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."
  • Dari Ibnu Umar r.a. katanya, Rasulullah saw ditanya oleh para sahabat r.a., "Apakah ada orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?" Baginda saw menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3 kali). Riwayat Muslim.
  • Rasulullah saw, ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini yang maknanya kira-kira begini: "Apabila azan sang muazin, berserulah dia, 'Asyhaduan Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah saw. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah saw. Kemudian Rasulullah saw itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."
  • Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. juga ada menceritakan mengenai sifat istimewa Ikhwan ini, dalam hadis berikut yang maknanya kira-kira begini: "Di antara umatku yang bersangatan cintanya kepadaku, ialah manusia yang hidup sesudahku. Salah seorang di antara mereka itu (kerana) sangat ingin melihatku, (sehingga sanggup menjual) dengan anak isteri dan seluruh harta bendanya."
  • Sabda Nabi saw dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., "Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti akan kembali menjadi asing, seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu." Riwayat Muslim.
  • Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah RA menyebutkan kira-kira begini: "Sentiasa ada satu golongan daripada umatku, (mereka) memperjuangkan kebenaran, selalu memperoleh kemenangan sampailah ke hari kiamat. Maka turunlah Nabi Isa bin Maryam AS (kepada mereka). Maka berkatalah pembesar mereka (Imam Mahdi) kepadanya, "Marilah ke hadapan, imamkan sembahyang kami." Jawabnya, "Tidak. Sesungguhnya sebahagian kamu menjadi umarak bagi yang lain." Inilah suatu penghormatan daripada Allah untuk umat ini." Riwayat Muslim.
  • Dari Abdullah r.a., katanya: "Datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw menanyakan, "Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu mengenai seorang yang mencintai suatu kaum, sedangkan dia belum pernah bertemu dengan kaum itu?" Rasulullah saw menjawab, "Orang itu nanti akan bersama-sama dengan orang yang dicintainya itu." Riwayat Muslim.
Ikhwan adalah gelaran yang diberikan oleh Rasulullah saw kepada umatnya di akhir zaman sehinggakan para sahabat menangis kerana tidak mendapat gelaran tersebut dari Rasulullah saw kerana ia hanya diberikan khas untuk umat akhir zaman sahaja oleh itu semoga sebahagian hadis dan kata-kata sahabat di atas dapat memberi satu semangat kepada kita agar sama-sama kita merebut gelaran itu seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah saw kepada kita. (*haqqani-ikhwan.blogspot.com)

Sayyidina Ali r.a. berkata "...Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah". Pakaian sejenis yang dimaksudkan kemungkinan adalah "keyakinan mereka" manakala yang dimaksudkan sebagai satu ibu satu ayah ialah hakikat pengetahuan mereka sebagai bangsa terawal manusia dari satu ayah (Adam a.s.) bermula di Sulu.

Saranan Rasulullah saw kepada umatnya
Saranan Rasulullah saw kepada umatnya ketika menghadapi Dajjal dan tentera-tenteranya di akhir zaman nanti ialah bersatu berbai'ah mengikuti ikhwannya seperti yang disebut di atas.
  • Dalam satu hadith yang juga diriwayatkan dari Tsauban r.a. dia berkata, "Telah bersabda Rasulullah saw, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji". Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim.
Ketika Sulu hari ini membuka tangan menyambut bantuan dan kerjasama dari mana-mana saudara seagama di seluruh Nusantara dan Dunia, namun masih ramai yang enggan dan cuba menentang kebangkitan Sulu. Mereka menganggap Sulug bukanlahkumpulan sebenar yang dijanjikan oleh Allah swt dan Rasul-Nya walau pun segala bukti dan keterangan telah mendedahkan segala-galanya. Amat malang, sekiranya mereka telah menyedari kesahihan wujudnya Ikhwan Rasul saw namun masih berusaha "bersatu dan bersama-sama" dengan Dajjal melahap Riba dan Rasuah dalam sistem Kuffar Yahudi, lantaran begitu berat buat mereka menyokong kebangkitan Islam di Sulu maka tidak syak lagi mereka akan termasuk dalam "golongan manusia yang akan dimusnahkan".

  • “Akan berperang tiga orang di sisi perbendaharaanmu. Mereka semua adalah putera khalifah. Tetapi tak seorang pun di antara mereka yang berhasil menguasainya. Kemudian muncullah bendera-bendera hitam dari arah timur, lantas mereka membunuh kamu dengan suatu pembunuhan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelummu.” Kemudian beliau saw menyebutkan sesuatu yang aku tidak hafal, lalu bersabda: “Maka jika kamu melihatnya, berbai’atlah walaupun dengan merangkak di alas salju, karena dia adalah khalifah Allah Al-Mahdi". Sunan Ibnu Majah, Kitabul Fitan Bab Khurujil Mahdi 2: 1467: Mustadrak Al-Hakim 4: 463-464. Dan dia berkata, “Ini adalah hadits shahih menurut syarat Syaikhain.” (An-Nihayah fit Firan 1:29 dengan tahqiq DR. Thana Zaini).
Perkara inilah yang sangat mengerikan buat banker-banker Yahudi seluruh Dunia iaitu terialisasinya hadis Rasul saw. Walau bagaimana pun Yahudi-Freemason-Iluminati masih bergembira kerana mereka masih ada tentera dari umat Islam sendiri yang menganut Dimokrasi-Freethinker-Nasionalis-Liberalis sebagai pemusnah kepada kebangkitan Ikhwan akhir zaman. Mereka terdiri dari ahli politik dusta (bercakap memperjuangkan nilai-nilai Islam dalam kerajaan ternyata hanya dibibir) yang berkuasa atas tiang-tiang Rasuah dan kemaksiatan, juga terdiri dari kalangan ulama' Suk (ulama' jahat) yang sudah hilang jiwa Islamnya diganti dengan "hamba kepada fulus dan kekuasaan", berfatwa menurut hawa nafsu sehingga masyarakat haru biru dan hilang keyakinan terhadap institusi ulama'.

Umat Islam yang tertipu ini tidak menyedari bahawa kekayaan yang mereka dapat hari ini dengan menggunakan sistem Dajjal adalah ilusi semata-mata. Mengapa ianya dikatakan ilusi? Wang kertas yang dijadikan wang utama yang digunakan oleh mana-mana kerajaan sebenarnya tiada nilai dan harga langsung. Kononnya wang kertas bersandarkan emas sedangkan ternyata bukanlah demikian. Inilah penipuan yang maha dahsyat menyebabkan rakyat jelata kalau miskin terus miskin sampai merempat manakala yang kaya terus kaya sampai lupa diri. Kasihannya ketika Dajjal mengatakan "Mahu ikut kami memerangi pengganas atau anda menyertai pengganas?" kata dua ini sama dengan yang diungkapkan oleh hadis tentang sifat dan sikap Dajjal yang boleh mengarahkan pokok pisang berbuah. Sekiranya umat Islam memohon makanan dari Dajjal ini maka merekalah sebahagian dari penyokong Dajjal. Inilah yang berlaku pada Bank Negara (mana-mana negara) yang mana Bank Dunia Dajjal berkuasa keatas sebarang polisi kewangan sesebuah negara melalui Bank Negara mereka masing-masing. Kukuhnya Negara Haram Yahudi di Palestin bukan kerana umat Islam kalah perang tetapi "Kalah percaturan Ekonomi".

Sekiranya Umat Islam kembali kepada bentuk wang sebenar (Dinar & Dirham) automatik akan memusnahkan kerajaan Israel Yahudi di Palestin tanpa diperangi secara bersenjata kerana wang kertas dari bank Dunia lah yang menguatkan mereka. Ini kerana Tuhan telah berjanji kekayaan ada pada umat Islam dari Timur dan Barat. Inilah kekayaan Sulu yang masih tersimpan secara baik diserata dunia. Kembalinya umat Islam menggunakan Dinar dan Dirham secara actual kekayaan yang sejak zaman purba diamanahkan kepada bangsa Sulug pasti akan kembali,
  • "Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah ditindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri berkah padanya. Dan telah sempurnalah perkataan Tuhanmu yang baik (sebagai janji) untuk Bani Israil disebabkan kesabaran mereka. Dan Kami hancurkan apa yang telah dibuat Firaun dan kaumnya dan apa yang telah dibangun mereka". Al-Qur'an, Surah al-A'raf, ayat 137.
Sulu telah pun Allah swt berikan "petanda" (clue) bahawa inilah tempatnya "Tanah yang diberkati" yang bukan sahaja kaya harta malah keaya dengan ketamadunan dan asal-usul manusia.
  • "Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu" Al-Qur'an, Al-Anbiya' ayat 81.
Menyokong Sulu dan menyertai deklarasi "kembalikan pemerintahan Darul Islam" seperti sediakala kemenangan bukan sahaja pada bangsa SUlug tetapi umat Islam keseluruhannya.


Post a Comment