Fakta Tambahan 1: China Minta Bantuan Sulug Perangi Monggol
Sehingga hari ini belum ada mana-mana pihak yang membuat kajian terhadap tradisi lisan Sulug. Perancangan perlu dilakukan untuk membukukan semua tradisi lisan yang masih ada dalam pedalaman Jolo kerana golongan tua masih ramai. Beberapa orang telah dikenal pasti berusia antara 80 hingga 100 tahun yang masih hafal tradisi lisan samada dalam bentuk,
- Kata-Kata, bercerita samada sejarah atau kehidupan dengan gaya bahasa berbunga yang mempunyai rima yang sama.
- Kamilla-kamilla, jampi serapah ilmu-ilmu kebatinan.
- Tarasul, kisah-kisah para pahlawan dan para Nabi dan Rasul, diolah dengan gaya bahasa berbunga dengan rima yang sama.
- Daman, seperti pantun dan seloka.
- Langan @ Lugo', nyanyian mengiringi pengantin, sultan, atau jenazah. Turut juga digunakan untuk mendodoi anak.
- Cerita rakyat, cerita biasa yang diceritakan oleh datuk kepada cucunya tentang sejarah silam dan kepahlawanan, mitos dan lagenda.
Kemenangan tentera China bersama Sulug telah berjaya mengembalikan kekuasaan Bangsa China semula seperti sebelumnya. Maharaja China yang baru sangat gembira lalu menghantar utusan mengadap Maharaja Sulu. Dalam perutusan tersebut Maharaja China bertanya kepada Maharaja Sulu apakah yang orang-orang Sulu mahu beliau berikan sebagai ganjaran.
- "Kami tidak mahukan apa-apa ganjaran dari bantuan ini" Ujar Maharaja Sulu kepada utusan.
- "Kami memohon kepada tuanku agar tentera-tentera tuanku kami kahwinkan dengan wanita-wanita kami serta tinggal bersama kami di China"
Fakta Sejarah Dinasti Yuan
Wilayah China Utara telah mula diserang secara besar-besaran oleh Monggol pada tahun 1211 M. Cucu Genghis Khan, Kublai Khan, menyempurnakan penaklukkan China pada tahun 1279, sekitar setengah abad setelah datuknya (Genghis Khan) meninggal. Dinasti Monggol di China dikenal sebagai Dinasti Yuan. Di bawah Dinasti Yuan, banyak posisi penting pemerintahan dan ilmu pengetahuan diisi oleh orang-orang Islam. Ketika dinasti ini runtuh pada pertengahan abad ke-14, posisinya digantikan oleh Dinasti Ming yang dalam beberapa sumber dikatakan sebagai sebuah dinasti Muslim. Sejak masa Dinasti Yuan, kaum Muslimin di China sudah dikenal sebagai orang-orang yang terpelajar.
Pada masa Dinasti Ming, peranan mereka jadi lebih menonjol lagi. Cheng Ho, yang dikenal sebagai salah satu admiral terbesar sepanjang sejarah dan disebut-sebut telah tiba di benua Amerika tiga perempat abad lebih dulu dari Colombus, merupakan pelaut Muslim yang mengabdi pada masa awal keberadaan Dinasti Ming. Kaum Muslimin memang telah ditaklukkan oleh bangsa Monggol yang bersatu padu dan kuat secara militer. Namun pada akhirnya mereka yang menaklukkan bangsa Monggol melalui sistem keyakinan dan pengetahuan mereka yang lebih menonjol. (http://www.hidayatullah.com/kajian-a-ibrah/sejarah/10521-mongol-penakluk-yang-tertaklukkan)
Rahsia Perhubungan China & Sulug
Dalam sejarah Nusantara kita lihat Melaka ketika era Parameswara dan kesultanan selepasnya mempunyai hubungan yang istimewa dengan kerajaan China. Mengapa hal ini berlaku adalah kerana terdapatnya Orang Sulug yang ramai di negeri Melaka yang rata-rata merekalah yang menguasai perdagangan ketika itu. Malah mereka jugalah yang menjadi pahlawan dalam bala tentera Melaka. Kalau kita perhatikan tradisi lisan Sulug berdasarkan cerita Maas Ulla di atas adalah sangat bertepatan dengan masa Maharaja China mengahwinkan puteri Hang Li Po kepada Sultan Melaka dengan kemenangan tentera China keatas tentera Monggol yang dibantu oleh tentera Sulug.
"Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring." http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka
Maharaja China bukannya semudah itu menghantar puteri dan mengahwinkannya dengan orang luar yang bukan sebangsa lebih-lebih lagi seperti Sultan Melaka yang begitu jauh dari tanah besar China. Berdasarkan tanda-tanda ini maka tradisi lisan Sulug di atas adalah benar iaitu tentera Sulug membantu Maharaja China memerangi Monggol. Perhubungan China dengan Sulug memang terlalu rapat ketika era Dinasti Ming sebagaimana yang tercatat dalam catatan Eropah dan Arab. Pengaruh Sulug terhadap China terlalu besar sehingga membawa perubahan drastik kepada dasar luar dan budaya China itu sendiri. Dinasti China sangat terhutang budi kepada Sulug sehingga apa sahaja yang boleh mengeratkan hubungan dengan Sulug akan mereka laksanakan,
"So close was the relation between Lusung and Quanzhou that, according to Tome Pires, Malay and Javanese ships were not allowed to enter Quanzhou, but the Luções could travel freely to the port city." (*sambali.blogspot.com/2005/12/glossary-lusung.html)
Kawasan penempatan Sulug ketika itu banyak antaranya ialah Selurung (Manila), Champa, Cebu, Butuan, Johor, Melaka, Sumatra. Yang pasti pusat dan tumpuan bangsa Sulug ialah di Pulau Jolo, Sulu. Berikut beberapa catatan berdasarkan penilaian kami tentang perkaitan hubungan China & Sulu,
- Orang yang bertanggungjawab memohon bantuan dari Maharaja Sulu ialah seorang pahlawan dan ketua pemberontak China. Beliau adalah anak yatim piatu yang miskin bernama Zhu Yuanzhang. Memohon bantuan melawan tentera Monggol Dinasti Yuan yang menguasai China dengan zalim ketika itu.
- Menurut beberapa catatan Zhu Yuanzhang berdarah semitik yang beragama Islam (kemungkinan berketurunan Arab era dinasti Tang), kemungkinan juga Zhu berketurunan dari Sulu kerana sifatnya yang ganjil dengan keberanian dan ketabahan, mewarisi genitik kepahlawanan Sulug. Sulug secara genitik sebenarnya adalah semitik dan juga sebahagian besar pedagang Sulug ketika itu sudah menganut Islam.
- Terbukti Zhu memohon bantuan ke Sulu bukannya kepada bangsa lain menunjukkan Zhu telah mengenali budaya perang serta biasa dengan bangsa Sulug yang sudah lama berdagang di pelabuhan penting China.
- Setelah menang kalahkan Monggol, Zhu Yuanzhang diangkat menjadi Maharaja China pertama kalinya yang bukan berdarah Maharaja. Beliau meminta pahlawan Sulug menetap di China dengan mengahwinkan mereka. Menurut tradisi lisan, sejak dulu Sulug selalu diminta oleh bangsa lain untuk dikahwinkan dengan anak perempuan mereka hanya semata-mata dapatkan zuriat atau baka Sulug. Sehingga hari ini masih berlaku di Mindanao, Sabah dan Semenanjung Malaysia.
- Dinasti Ming banyak mendapat manfaat selama berhubung dengan Sulug antara manfaatnya ialah dapat belajar membuat kapal-kapal besar dari pakar-pakar perkapalan Sulug, malah sejak dinasti purba lagi hubungan ini sudah lama terjalin. Terbukti hanya di zaman Dinasti Ming sahaja bermulanya pelayaran secara besar-besaran. "...The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean-going vessels engaged in long-distance overseas trade. The Chinese, in fact, appear to have learnt much from these sailors..."Johnstone, 1980: 191-92. Hal ini diakui sendiri oleh Portugis tentang kehebatan Sulug meneroka lautan Asia "Earlier it was mentioned that the Luções were viewed by the Portuguese as great "discoverers" who helped them with their explorations of Asia."
- Bermulanya pelayaran Laksamana Cheng Ho pada 1405 M iaitu serentak kenaikan takhta Sultan Syariful Hasyim di Sulu. "It was also in this year 1405 that China sent mission to Sulu. This was perhaps to witness the enthronement of Sayyid Abubakar as Paduka Batara Maulana Al-Sultan Shariful Hashim in Buansa City, Sulu as the first ever Sultan of Sulu. Before this, Sulu was ruled by Raja Baginda under the Rajaship system of Banua or villages fragmented governance. By the Admiral Zheng Ho’s ventures brought Chinese merchants to actively participate in trading and many migrated to places like Singapore, Manila, Mindanao, Sulu and Borneo to take advantage of the new commercial opportunities. In 1408, one of the Zheng Ho’s companions Pei Pei Hsien aboard fleet Sam Po Kong died and buried at Jati Tunggal in Jolo, Sulu after having their emergency stop because of monsoon rain at Tanjung, Indanan and proceeded and settled to Maubuh in Patikul on their way to visit Melaka. On his stay in Maubuh of about 8 years he built a deep-well artesian as a symbol of gratitude for the hospitality of Sulu native people. His memorial tomb stands today known as Poon Tao Kong." (*theislandsofpearls.blogspot.com)
- Pada 1417 M Sulu menghantar deligasi diplomatik menemui Maharaja China malangnya salah seorang dari utusan tersebut telah meninggal dunia dalam perjalanan pulang. Sebagai tanda persahabatan dan terima kasih Maharaja China kepada Sulug yang menjaga Cheng Ho serta anak-anak kapalnya ketika berlabuh di Tanjung, Indanan maka Maharaja telah menyediakan tapak makam diraja dan turut bersedih malah menyertai upacara pengkebumian tersebut di Shandong.
- Pada tahun 1459 M Sultan Mansur Syah di Melaka telah dikahwinkan dengan puteri Maharaja Ming bernama Hang Li Po kerana Sultan Melaka telah diketahui sebagai anak Raja Sulug (susur galur Sri Vijaya) tidak hairan majoriti pedagang di Melaka ketika itu ialah orang-orang Sulug. Tome Pires berkata pada 1515 "[The Luzones] are almost one people, and in Malacca, there is no division between them...They were already building many houses and shops. They are a useful people; they are hardworking... In Minjam, near Malacca, there must be five hundred Luzoes, some of them important men." Gelaran Luzoes, Lusung atau Locoes merujuk kepada Sulug.
Dakwaan Maharaja Zhu Yuanzang beragama Islam
Penjelasan yang kami paparkan di atas terdapat unsur-unsur bahawa Dinasty Ming beragama Islam sebagaimana pelayaran Cheng Ho, perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Melaka serta kewujudan tradisi lisan Sulug yang mengatakan China memohon bantuan melawan Dinasti Monggol (Yuan) yang menguasai China ketika itu. Untuk menguatkan dakwaan ini terdapat fakta yang didedahkan dalam www.hceis.com,
"Many people question the identity of the first Ming emperor, Zhu Yuanzhang or Hongwu Emperor. Some claim that he was a Muslim of Semitic (Semu) Non-Han origin. Yusuf Chang, a Chinese Muslim from Taiwan, was one of those who made this claim. He claimed that his ancestor had married a Ming princess and thus he was a descendant of Zhu Yuanzhang and knew the secrets of the Islamic religion of the Ming royal family."
Antara dakwaan Yusuf Chang ialah,
- 1. When Zhu Yuanzhang was young, his family perished in a famine and he buried them by wrapping them in white clothes. Wrapping the dead in white clothes is a Muslim custom.
- 2. Zhu Yuanzhang's closest associates were Muslims. Thus, the Ming dynasty was founded by Muslims.
- 3. Zhu Yuanzhang passed a strict law forbidding 'wine'. Once he had the son of his close associate executed for breaking the law. 'Wine' is strictly forbidden in Islam.
- 4. Empress Ma (Zhu's consort) was a Muslim. She had personally cook all the meals for Zhu, even after he had become the Emperor.
- 5. The royal colour of the Ming dynasty was green, the colour which symbolizes Islam.
- 6. Zhu Yuanzhang ordered the building of a mosque in Nanjing soon after he ascended the throne and he personally wrote a poem praising Islam and Prophet Muhammad. This poem is seen by Muslims as the 'syahada' the testimony of Zhu's faith in Islam.
- 7. Many Muslims rose to high ranks during the Ming dynasty. One good example was Admiral Zheng He. Admiral Zheng He's fleet sailed to Mecca, Arabia and performed the 'haj'. Yusuf Chang claims that Zheng He was sent by the Ming emperor to perform the 'haj' on his behalf because the emperor was not able to do so as he wanted to keep his religion a secret among the non-Muslim masses. This practice is allowed in Islam.
- 8. The Ming dynasty established good ties with many Muslim countries. This is because the Ming dynasty is Muslim and the religion of the Ming royal family is Islam.
- 9. The Islamic Calendar was made the official calendar during the Ming dynasty.
Bersambung dalam fakta tambahan 2.
|
Tidak lebih dr cerita dongeng+pembohongan besar dalam penulisan sejarah...