Fakta Tambahan 2: Kekuatan dan Kelebihan Sulug

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Saturday, July 24, 2010 0 ulasan

Ilustrasi Lapu-lapu hendak menetak leher Magellan dengan pedang pada 21 April 1521 M. Ferdinand Magellan dengan angkuh mengaku sebagai penguasa Sugbu (Cebu) hanya kerana Raja Humabon dan permaisurinya menganut Kristian dan menjadi Hamba Spanyol. Tanpa menyedari orang Sulug yang berada di Pulau Sugbu bukan hanya Raja Humabon tetapi para pedagang Sulug yang tidak suka dengan penakluk telah bertindak langsung membunuh Magellan dan pengikutnya dengan mudah. Spanyol masih bernasib baik dengan bantuan Henry the Black (Orang Laut yang mereka bawa dari Melaka) mereka masih sempat pulang ke Spanyol dengan satu kapal dan 18 orang yang masih hidup. Lapu-lapu adalah gelaran kepada Gagandilan Sulug yang badannya dipenuhi kurap itu sebablah beliau dipanggil Lapu-lapu. Kebiasaan Sulug Butuan, Panay dan Sugbu ketika itu kaum lelakinya mengecap tatu di seluruh badan sebagai tanda kepahlawanan mereka. Ia sebenarnya lebih kepada pengaruh dayak purba yang wujud sejak zaman Lemuria dan Atlantis.


Perang Sulug melawan Amerika Syarikat 1900-an di Bud Bagsak dan Bud Dahu'. Pembunuhan AS terhadap Sulug telah menjadi titik hitam dalam sejarah AS selepas mereka membunuh kaum Red Indian. Sulug atau Tausug masih melawan dan terus melawan sesiapa sahaja yang datang menakluk mereka. Sulug tidak pernah datang ke negara AS dan membunuh penduduknya, sebaliknya AS yang datang bunuh orang-orang Sulu dan lagi teruk menuduh Sulug pula sebagai pengganas. Filipina turut lakukan perkaran yang sama, dalam hal ini siapa sebenarnya yang pengganas?


Foto diambil dari Facebook Paolo Paddeu. Dalam sejarah pendudukan Jepun di Nusantara Sulug masih mengekalkan penentangan mereka terhadap penakluk ketika Perang Dunia ke-II. Di North Borneo penentang Jepun yang paling hebat ialah Datu Mustapha bin Datu Harun manakala di Kepulauan Sulu para Datu, Panglima, Syarif dan pahlawan Sulug turut menjadi gerila menentang Jepun. Amerika Syarikat terpaksa meminta bantuan Sulug dengan memberikan senjata dan latihan tentera untuk mengalahkan Jepun.


Konsep Raja & Usbah-waris dalam Masyarakat Sulug
Sulug sebenarnya tidak ada kelebihan lain kecuali Budaya dan Bahasa serta anutan Agama yang mereka pegang erat. Ia sama dahaja dengan bangsa Jawa, Melayu, China dan lain-lainnya. Apa yang dikatakan budaya, bahasa dan kepercayaan (Agama) itu sudah kami jelaskan dalam posting yang lalu. Selain itu salah satu faktor kekuatan Sulug ialah sistem Raja sebagai penguasa tanah. Selepas era Sri Vijaya para Datu telah mula hidup mengasingkan diri dengan menduduki tanah-tanah yang belum diteroka. Setelah membangunkan perkampungan di tempat yang mereka teroka maka pengasasnya akan menjadi tuan tanah. Tuan tanah yang mempunyai Tindug (pengikut) yang mencukupi serta kapal-kapal dagang yang boleh dijadikan sumber pendapatan kepada diri dan Tindugnya maka beliau boleh isytiharkan dirinya sebagai Raja. Seorang Raja akan naik menjadi Maharaja sekiranya Raja-Raja di sekitarnya tunduk dan patuh kepadanya. Kepatuhan dikira dengan pembayaran ufti atau cukai atau kerana ikatan keluarga.

Dalam sistem kekeluargaan Sulug kaum lelaki sangat dihargai manakala kaum wanita pula dikasihi. Saudara lelaki atau sepupu lelaki dipanggil sebagai Usbah atau dipanggil Tindug Usug (bermaksud pengikut lelaki). Sesama usbah akan bela membela jikalau ada di antara mereka diancam oleh musuh. Bagi wanita pula samada mereka sepupu atau bersaudara ia dipanggil Waris. Apabila Sulug menyebut waris maka mereka adalah saudara mara wanita atau sebelah saudara wanita. Seorang waris yang menjadi pembelanya ialah suami dan Usbah suaminya ini adalah keutamaan, sekiranya terdesak usbah si isteri boleh campurtangan. Sekiranya berlaku perang saudara sesama Sulug maka kemenangan biasanya akan memihak kepada yang ramai Usbah. Anda perlu berfikir dua tiga kali memerangi datu atau panglima yang mempunyai ramai Usbah malah anak-anak lelaki Waris mereka pun akan turut serta membantu. Seorang Datu atau Panglima yang punya ramai Usbah-Waris ditambah dengan sokongan Balangingi (Sulug Laut) sesetengah kes Sultan pun tidak dapat melakukan sebarang tindakan sekali pun Datu atau Panglima tersebut berada di pihak yang bersalah. Inilah uniknya masyarakat Sulug.

Berbalik kepada Raja-raja (Tuan Tanah) setelah kedatangan Islam sistem Raja telah dihapuskan diganti dengan gelaran Datu manakala Maharaja ditukar dengan nama Sultan. Di sini kita akan dapat lihat bagaimana istilah Datu itu berubah fungsinya dari ketua adat atau ketua agama menjadi pemerintah yang bidang kuasanya sama dengan gelaran Raja ketika era pra-Islam. Istilah Paduka, Batara dan Mahasari (Maha Sri), Dayang dan Paramasuli (Permaisuri) serta Panglima masih dikekalkan kerana ia hanya melibatkan istilah-istilah dalam istana dan kekerabatan diraja.

Penguasaan Sultan bergantung kepada para Datu
Seseorang yang menjadi Sultan Sulu tidak akan menjadi Sultan tanpa sokongan dan dokongan para Datu kerana para Datu biasanya mempunyai Panglima mereka yang mengendalikan perdagangan dan peperangan di seluruh kepulauan. Adalah menjadi kelebihan buat Sultan sekiranya Sultan sendiri mempunyai ramai Usbah dari kalangan Datu yang kaya dan menjadi penyokong dan pendokongnya. Sebagai contoh ketika pentadbiran Amerika Syarikat berada di Sulu dan telah melanggar perjanjian dengan mula melancarkan kutipan cukai, akhirnya telah menaikkan kemarahan para Datu dan Panglima Sulug di seluruh kepulauan Sulu. Para Datu dan Panglima mendesak Sultan Muhammad Jamalul Kiram II ketika itu tidak bersekongkol dengan AS manakala AS pula mendesak Sultan memberikan kerjasama menitahkan semua Datu dan Panglima mematuhi perintah agar membayar cukai kepada AS.

Tetapi segala titah dan arahan Sultan Jamalul Kiram II langsung tidak dihiraukan oleh dua Panglima iaitu Panglima Hassan yang mengapalai pasukan seramai 1000 gagandilan di Bud Bagsak (Parang) manakala Panglima Suhaili mengapalai pasukan seramai 600 gagandilan di Bud Dahu' (Patikul). Keengganan para Panglima Sulug yang disertai oleh puluhan Datu menyebabkan AS meminta restu kepada Sultan Jamalul Kiram II untuk menghapuskan Panglima Hassan dan Panglima Suhaili.

"Kami sanggup mati dari membayar cukai kepada kafir Melikan (American)" itulah kata-kata mereka setelah didatangi wakil Sultan untuk menyerah diri.

Setelah Sultan Jamalul Kiram II manurunkan tandatangan sebagai tanda setuju maka AS pun menghantar bala tenteranya menuju ke puncak Bud Dahu' pada 7 Mac 1906 dan Bud Bagsak antara 11 Jun hingga 15 Jun 1913. Berlakulah peperangan sengit selama berhari-hari melawan tentera AS yang penuh persenjataan canggih sedangkan mereka hanya menggunakan senapang lama, keris, barung, lembing dan beberapa pajati' (meriam lela) yang sudah ketinggalan zaman. Syahidlah mereka satu persatu membela hak dan keyakinan mereka. Panglima Hassan menyerang dengan kerisnya merempuh tentera AS yang berjaya melepasi halangan mereka, menetak kiri dan kanan sambil melaungkan takbir tanpa henti untuk menguatkan semangat para mujahid. Sembilan das tembakan hinggap menembusi dada dan perut Panglima Hassan namun masih mampu berlari menetak dan menebas kepala musuh sehinggalah tembakan yang kesepuluh tepat mengenai dahinya. Gugurlah Panglima Hassan tenggelam dalam kalimat takbir, longlai jasadnya bermadi darah membasahi tubuhnya yang kurus telah menjadi saksi di hadapan Allah subhanahuwwa taala kelak.



Foto kenangan Panglima Hassan (di tengah tanpa baju memegang keris Sundang) bersama para mujahidnya bertarikh bulan Mac tahun 1904, Jolo Sulu.

Tentera AS tidak cukup dengan membunuh malah dengan biadap memenggal kepala mayat-mayat Syuhada' yang sudah pun mati. Anak isteri para Syuhada' juga turut dibunuh dan dipenggal kepala mereka tanpa belas kasihan. Menurut beberapa saksi, seorang tentera AS turut dibunuh oleh AS sendiri kerana bertindak menghalang tentera AS dari membunuh anak-anak dan kaum wanita. Begitulah kuatnya keputusan para Panglima dan Datu berbanding keputusan Sultan. Kuasa Kerajaan Sulu sejak zaman Sri Vijaya sangat bergantung kepada Raja-Raja dan Panglima Sulug.


Mengembali Maruah ke arah Nusantara Raya
Ketika Kesultanan Sulu hilang dan kemudian mahu dikembalikan oleh orang-orang Sulu ada pihak yang ketakutan dan sebilangannya merancang untuk menghalang dengan sabotaj dan sebagainya. Sepatutnya Sulug dibantu dan diberi peluang mendapatkan hak mereka untuk merdeka. Kemiskinan dan kesusahan hidup serta kemelaratan orang-orang Sulu tidak pernah diberi perhatian dan dibela oleh umat Islam lain hal ini berlaku kerana tidak terdapatnya laporan bahawa orang Sulu di kepulauan Sulu adalah miskin dan melarat. Inilah sebenarnya budaya Sulug beribu tahun lamanya iaitu enggan dilihat sebagai "peminta sedekah" sekali pun hidup dalam kepayahan dan kemelaratan. Mereka lebih rela berniaga secara kecil-kecilan dengan pendapatan kecil kais pagi makan pagi kais petang makan petang dari meminta-minta di tepi jalan.

Allah swt Maha Kaya, Sulug betapa miskin sekali pun tidak pernah terlibat atau mewujudkan "Program Bersama mu" seperti yang dilakukan oleh negara Malaysia yang dikatakan sebagai "negara Maju pada 2020". Betapa senangnya hidup rakyat Malaysia dengan bangunan KLCC, KLIA, Putrajaya, monorel dan sebagainya tetapi masih menonjol kemiskinan dan kemelaratan sehingga "sanggup" menunjukkannya di kaca TV. Di Masai, Johor hari ini ramai orang Sulug yang menetap di sana sebagai pekerja buruh yang datang dari Sabah berasa malu bila melihat "Program Bersama Mu" yang menceritakan kemiskinan rakyat Malaysia khususnya Bangsa Melayu sehingga bertangis-tangisan mengenang Kemiskinan dan Kemelaratan yang menimpa diri mereka. Walau bagaimana pun kita ucap ribuan terima kasih atas keprihatinan stesyen TV tersebut yang berani menonjolkan "Maruah dan Sikap Orang Melayu" Malaysia sendiri. Sekarang Orang Melayu hampir-hampir hilang keyakinan dengan kenyataan Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" kerana Melayu hari ini semakin hilang Majoriti. Sebenarnya Hang Tuah memaksudkan sekiranya Orang Melayu masih mengingat sejarah nenek moyang mereka maka selagi itulah bangsa Melayu tetap bertahan dan kekal sebagai bangsa teragung di dunia. Malangnya Orang Melayu telah lupa sejarah dari mana bangsa mereka bermula.

Tahukah orang Melayu hari ini bila masa dan ketikanya Hang Tuah mengucapkan "Takkan Melayu Hilang Di Dunia"? Tidak lain dan tak bukan ialah di Negeri Melaka. Adakah yang berkuasa di Melaka ketika itu adalah orang Melayu? Ternyata setelah meniliti sejarah yang berkuasa ketika itu ialah Orang Sulug dari Sulu bermula dari laut sehingga ke darat bukan sekadar perniagaan malah jawatan penting dalam kerajaan sama ada sebelum Portugis atau selepasnya termasuklah pahlawan dan pendekar adalah datang dari kepulauan Sulug @ Solok. Bangsa inilah yang membela Orang Melayu yang sudah dilupai oleh orang Melayu hari ini. Maka Hang Tuah bersumpah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" selama mana orang-orang Sulug membantu memberikan mereka pembelaan. Ternyata bangsa Sulug masih kukuh jati diri dan "ingatan sejarah" mereka berbanding Bangsa Melayu sendiri.

Telah menjadi mimpi ngeri kepada musuh-musuh Islam hari ini setelah mengetahui "Kembalinya Bangsa Sulug" bersatu dengan Bangsa Laut (Orang Melayu) kerana mereka tahu kekuatan Sri Vijaya ialah BERSATUNYA PENGUASA DAN BANGSA PENDAYUNG ini untuk menguasai semula Nusantara dan Dunia. Tidak akan muncul nama Raja Perahu seperti yang disebut oleh Ratu Hatshepsut yang datang dari Mesir Purba sekiranya Orang Laut yang berperahu tidak menyatu dengan bangsa Raja Perahu. Orang-orang Jawa setelah menyedari kekuatan mereka juga adalah berasal dari kekuatan Sulug maka mereka akan berbondong-bondong menyatu. Jawa tahu Sulug bukanlah bangsa penakluk sekali pun Sulug terkenal dengan KETUANAN. Orang-orang Thai dan Burma setelah mengetahui bangsa Mereka ketika dulu adalah berasal dari Sulug dan setelah melihat bersatunya Bangsa Nusantara akan tiada pilihan lain kecuali menyertai kesatuan ini. Orang Eropah dan Arab setelah mengetahui bahawa mereka berasal dari anak-anak Noh a.s. yang datang dari Asia Tenggara kerana telah menjadi bukti munculnya bangsa Phoenisia ditempat mereka sebenarnya adalah lambang asal-usul mereka sendiri. Maka kembalilah Maruah semua bangsa untuk mewujudkan KESATUAN NUSANTARA RAYA yang disatukan oleh matawang yang sama (tanpa pertukaran wang asing) iaitu Dinar dan Dirham serta dibawah naungan Salam (Shalom) yang penuh keadilan, kemakmuran dan keampunan Tuhan Yang Maha Kuasa.

"Tanpa perang senjata, tanpa bank riba"

Sila ke Fakta tambahan 3.

Post a Comment