Dr UMAR VADILLO AKAN HADIR KE SIDANG KEMENTERIAN SSDI DI ZAMBOANGA CITY?
National Ministerial Meeting of the Sulu Sultanate Darul Islam
8/3/2011
Meinhaj Hussain (m.hussain@grandestrategy.com)
http://www.grandestrategy.com
SULU - The Sulu Sultanate is holding its First National Ministerial Meeting on the 17 September 2011. The landmark event will be held in Astana Sultan, Zamboanga City, Sulu Sultanate Darul Islam.The Sulu Sultanate Darul Islam is a Muslim Sultanate that is illegally claimed by the Philippines.
By international law, the Sulu Sultanate remains an independent sovereignty and the Sultanate is now re-asserting its independence.The Sulu Sultanate has been a historical friend and ally of China and one of her sultans is buried in Dezhou Shandong Province in China.
Meinhaj Hussain, MA (sekarang sedang selesaikan pengajian Ph.D di UIAM dalam bidang ekonomi) adalah cendekiawan Bangladesh yang pernah hasilkan sebuah tesis bertajuk 21st Century Islamic State. Beliau berkecimpung dalam gerakan Islamisasikan Sistem Dunia antarabangsa dan kini aktif bersama SSDI.
------------------------------------------------------------
ULASAN:
Melihat laporan saudara Meinhaj Hussain dalam http://www.grandestrategy.com berkenaan persidangan Kementerian SSDI di Zamboanga City nanti yang kemudian disebarkan dalam laman sosial Facebook, menjadikan keadaan SSDI hari ini semakin diterima diperingkat global. Penerimaan ini adalah kerana gerakan yang berterusan dari pejuang SSDI tanpa mengira penat lelah, masa, wang malah nyawa sekalipun, pada akhirnya membuahkan hasil.
Gerakan SSDI yang dilagang oleh YM Sultan Muhammad Muizuddin Bantilan II (Sultan Bantilan II @ Datu Uda bin Datu Wasik Aranan) bersama dokongan rakyat jelata yang bermula pada 1998 sehingga perarakan yang pertama di Jolo pada Disember 2007, menyebabkan Wilayah Kepulauan Sulu menjadi perhatian secara "senyap" oleh negara-negara ASEAN. Sekurang-kurangnya Filipina, Malaysia, Indonesia (MAPHILINDO), Brunei dan Singapura telah pun maklum akan kemunculan gerakan SSDI yang dikenali sebagai UNITED TAUSUG CITIZEN (UTC) ini sejak dari awal.
Gerakan UTC hari ini telah pun mendapat sokongan padu dari pihak World Islamic Mint (WIM) yang diketuai oleh Dr Umar Ibrahim Vadillo yang insyaAllah akan turut hadir pada persidangan Kementerian SSDI di Zamboanga City nanti kerana beliau sendiri telah mengesahkan kehadirannya kepada Tuan Habib Zakariya Abdullah pada perjumpaan akhir Julai 2011 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Poster kegiatan dan perjuangan Dr Umar Ibrahim Vadillo tanpa henti-henti. Beliau dari masa ke semasa tidak jemu-jemu mengingatkan Kementerian SSDI agar tidak menoleh ke belakang demi kemerdekaan SSDI. Bagi beliau kedaulatan Sulu bukan pada PBB (UN) tetapi dari Allah Azza Wajalla sejak azali.
PERKEMBANGAN SEMASA SSDI
Baru-baru ini, SSDI dikejutkan lagi dengan berita kemunculan Kerajaan China menyebut Kepulauan Spratly adalah milik Sultanate of Sulu yang diserah kepadanya ketika dulu yang sekarang ini sedang hangat diperkatakan di dada-dada akhbar semasa. Kerajaan China bukan sekadar menyebut malah bertindak menyediakan dana besar untuk membangunkan Muzium Kesultanan Sulu di wilayah Shandong yang akan dibena di kawasan pemamakaman Sultan Sulu yang wafat pada 1417 di wilayah tersebut.
Malah yang menjadi kejutan, saudara Rameer Tawasil (seorang artis Tausug) yang selama ini mempunyai hubungan dengan SSDI melalui wartawan-wartawan Tausug Global Media, telah dilantik sebagai arkitek utama dalam projek pembinaan Muzium Kesultanan Sulu tersebut. Ramai pihak bertambah bingung dan tidak percaya dengan perkembangan SSDI yang sebelumnya dilihat sebagai "hanya gigit-gigit semut".
Filipina terutamanya, sebagai pihak yang mendapat "amanah" menjaga Sulu selama ini mungkin merasa terhimpit ditambah lagi dengan himpitan dari negara-negara Asean lain agar Filipina berbuat "DO SOMETHING". Tekanan yang melanda Filipina bukan sahaja mungkin dari kalangan negara anggota ASEAN malah rakyatnya sendiri.
Kemunculan China menuntut Spratly menjadikan "pekung" yang cuba disorok oleh Filipina selama ini semakin terdedah. Tidak dapat tidak, KESULTANAN SULU akan menjadi perbahasan dunia tidak lama lagi. Jalan terbaik ialah "AKTIFKAN SEMULA TUNTUTAN TERHADAP SABAH" dengan menggunakan jalur Sultan-sultan Sulu palsu yang selama ini dibelai manja di bawah kelangkang Filipina.
Dengan mengaktifkan tuntutan terhadap Sabah menggunakan Sultan Sulu belaannya, Filipina akan dapat perhatian antarabangsa bahawa Kesultanan Sulu adalah "di bawah kekuasaan Filipina". Walau bagaimanapun Filipina maklum secara diam bahawa Kesultanan Sulu tidak pernah dapat dimilikinya (hanya sekadar penjaga sementara) kerana dia menyedari bahawa "tiada satu pun kerajaan kesultanan dalam dunia ini yang berada dibawah tapak kaki kufar".
Kemahuan dan tindakan Datu Fuad Abdulla Kiram dan ayahandanya Datu Esmail Kiram I menyerahkan Sabah dan Sulu kepada kerajaan Filipina ketika dulu sebenarnya tanpa mandat dari para Datu dan Syarif, Panglima dan lain-lain pemimpin rakyat dalam RUMAH BICHARA.
TINDAKAN BURUK MENJADI SEJARAH
Maka penyerahan itu langsung tidak menghasilkan apa-apa kerana sebagai bukti hingga hari ini Tausug masih mengangkat senjata tidak mengakui "ketuanan" Filipina. Malah sejarah buruk penyerahan yang dibuat oleh Datu Esmail Kiram I hingga hari ini pastinya dilihat sebagai "pengkhianatan terhadap Negara, Bangsa dan Agama" oleh orang-orang Sulu.
Sebab itu jangan hairan munculnya MNLF yang tidak mengakui "ketuanan kesultanan Sulu" ketika itu sebenarnya adalah kerana kecewa dengan tindakan para Datu dan pengaku Sultan Sulu yang secarak unilateral menjual negara (yang bertentangan dengan agama dan adat tradisi) tanpa mandat rakyat itu.
Hal inilah yang turut berlaku kepada GERAKAN ACEH MERDEKA (GAM) dan PULO (Gerakan Bersenjata Pattani) yang kedua-duanya menganggap KESULTANANLAH YANG MENJUAL NEGARA, rakyat tidak berserta dengan Sultan ketika sultan tandatangan "menjual negara" kepada seteru sebab itu mereka bangun memberontak yang bukan sahaja melawan titah Sultan malah membuang terus dari sistem pemerintahan.
Tragisnya, sesiapa yang bersekongkol dengan kumpulan Datu Fuad Abdulla Kiram dan kumpulan-kumpulan pengaku Sultan Sulu yang hanya makan hidangan sedap-sedap dengan rumah dan kenderaan mewah tanpa pedulikan rakyat Sulu pastinya mereka akan turut "dibakul sampahkan" sebagai "pengaku Sultan yang tiada guna".
Sultan Sulu (yang diangkat oleh rakyat pada 19 Mac 2009 di Buansa, Jolo) iaitu Sultan Bantilan II sedang ditemuramah oleh Wartawan Tausug Global Media ketika kempen jelajah Kepulauan Sulu baru-baru ini. Kepetahan Baginda menjawab persoalan yang menyentuh PBB dan Kemerdekaan Sulu menunjukkan kelebihannya yang tersendiri. Kelebihan yang Allah SWT beri pada Sultan Bantilan II adalah kerana semangat juang yang ISTIQAMAH (berterusan) Baginda untuk mendaulatkan SSDI semula. Video sambungan boleh diakses dalam Youtube.
|
Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.
Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.
Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.
Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.
Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut