Hubungan SULU -CHINA 1417 & persoalan Raja Baguinda

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, August 14, 2011 0 ulasan

Sultan Sulu Paduka Batara adalah anak kepada Sayyid Abu Bakar @ Sultan Syariful Hasyim bin Sayyid Ali Zainal Abidin dengan jambang dan mata yang bulat persis wajah Ayahandanya dari Ahli Bait Rasulullah SAW. Dikatakan dalam laporan China bahawa Sultan Batara naik kuda bersama-sama dengan maharaja China memanah (hari ni macam main golf la) bersoronok sebagai tetamu kehormat Maharaja China.


Laporan Neldy Jolo dalam Facebook, maklumat dari saudara Rameer Tawasil ketika melawat makam Sultan Sulu di Shandong, China:


Portrait of Sulu Sultan Paduka Batara and his two children. In this painting, the Sultan is wearing a red dress with a Dragon design that only an emperor or king is permitted to use or wear. Common people wearing this will be executed by cutting of the head by the emperor.


After his death due to illness in Shandong, China in 1417 upon his return to Sulu, his two sons WENhali and ANtulu stayed in China for 6 years to take care for the grave of their father and returned to Sulu in 1423 A.D.


After returning from Sulu, they stayed in China and intermarried with Chinese Muslims and were converted to Islam. The first and only son of Sultan Paduka Batara to his first wife is PADUKAH TUMAHAN.


The descendents of Sultan Batara Now in China is almost two thousand. Some are living in Beijing and the others in different parts of China.


(photo by RAMEER TAWASIL, Dezhou City, Shandong, China, june 2011)

--------------------------------------

PENJELASAN:

Menariknya laporan di atas telah membongkar sedikit jawapan tentang beberapa persoalan yang selama ini belum mendapat jawapan tuntas. Seperti asal usul Raja Baguinda yang masih dipersoalkan samada dari Sumatera (Minangkabau) atau dari mana-mana wilayah di Tanah Melayu. Demikian dengan asal usul Sayyid Abu Bakar yang bukan sahaja asal usulnya yang menjadi tanda tanya malah tahun kedatannya juga turut bercanggah dari beberapa catatan.

Sultan Syariful Hasyim (Sayyid Abu Bakar) setelah sampai ke Sulu yakni setelah selesai mengislamkan kaum Buranun di pegunungan Jolo maka beliau pun berkahwin dengan anak Raja Baguinda yang ketika itu menjadi Raja Jolo @ Buwansa.


Raja Baguinda ini dikatakan berasal dari Sumatera yang disebut oleh sebahagian ahli sejarah sebagai MINANGKABAU. Almarhum Prof. Cesar Adib Majul contohnya telah meletakkan kekaburan samada Raja Baguinda datang dari Minangkabau. Menurut beliau mungkin sahaja Raja Baguinda datang dari mana-mana daerah di Sumatera malah mungkin juga datang dari Malaka atau tanah Jawa.


Inilah sahaja sahaja had atau penyudah kepada pengkajian mereka tentang Raja Baguinda hari ini. Amat malang bagi anak Tausug untuk tidak meluaskan kajian mereka hinggakan terpaksa menerima apa sahaja yang ditulis atau dicatat oleh pencatat sejarah tanpa menelusuri, menganalisis dan seterusnya dapat meletakkan interpretasi baru terhadap sejarah lampau mereka.


Sebagai contoh, dalam kita meyakini maklumat (interpretasi pengkaji sebelumnya) bahawa Raja Baguinda itu adalah orang luar (bukan Tausug) yang datang ke Sulu (Buwansa) kemudian menjadi raja pula tanpa persoalan dan tentangan, hal ini perlulah diperhalusi mengapa Raja Baguinda diterima bulat-bulat oleh Tausug menjadi Raja Buwansa. Sedangkan Tausug adalah bangsa yang paling terkenal menenggelamkan kapal-kapal yang lalu di perairan mereka sekiranya mereka curigai menakluk atau merampas hak pribumi sebagaimana yang berlaku antara mereka dengan Majapahit.


Kehancuran kerajaan Majapahit bukan sahaja disebabkan oleh gerakan Islamisasi malah sebelum itu Majapahit terjebak dengan peperangan panjang dengan Raja-raja Sulu selama 70 tahun. Walau pun kejatuhan Majapahit tidak tertulis sebagai "disebabkan berperang dengan Sulu" tetapi tanda-tanda bahawa Majapahit pada akhirnya tunduk (yang mungkin dengan jalan perdamaian) ialah catatan yang menyatakan pasangan Gajah Putih telah dihadiahkan oleh kerajaan Jawa pada Raja Sulu. Sebahagian kenyataan bahawa sepasang gajah itu datang dari kerajaan Siam atau Kemboja ke tanah Jawa yang kemudian dihantar ke Sulu.


Ia kelihatan bahawa kunci kepada kekuatan maritim Nusantara itu berada di Sulu. Sulu bukanlah seperti yang kita lihat hari ini iaitu hanya tertumpu di gugusan kepulauan Sulu. Sulu ketika itu adalah yang merangkumi sekitar LAUT SULU (Utara, Selatan, Timur dan Barat) yakni yang dikatakan hari ini sebagai Borneo, Sulawesi, Filipina sehingga Champa (Vietnam).


Kekuatan maritim Sulu ini kalau pun tidak dinyatakan secara jelas oleh para pengkaji (atau mungkin disembunyikan dengan sengaja) ialah jejak-jejak kekuasaan maritim Sulu masih wujud hingga hari ini di Sumatera Barat dan Malaka. Malah tidak keterlaluan kalau turut memasukkan tanah Jawa kerana hingga hari ini nama "Solo" itu masih tertera di kawasan Jawa Tengah sebagai yang disebut "Kawasan Perdagangan Lama".


Berbalik kepada Raja Baguinda, beliau nyata sekali berasal dari Sumatera tanpa BANGKANGAN setelah kita mengetahui beberapa perkara. Hal ini perlu digabungkan dengan tgradisi lisan Tausug kerana sebahagian dari kita gagal "suaikan" tradisi lisan untuk dapatkan jawapan asal usul Raja Baguinda. Mungkin, dengan mengetahui beberapa perkara ini kita dapat suaikan perhubungan Batak-Sulu, hubungan Aceh-Sulu, hubungan Minang-Sulu.


  • Tradisi Lisan Tausug menyatakan: "Sebelum muncul kerajaan Minangkabau, seorang pahlawan Suluk @ Solok telah datang dari Sulu bersama Rajanya dalam satu bahtera. Pahlawan ini dinamakan Panglima Elidji yang dikatakan berasal dari suku Samal-Talun. beliau bukan sahaja pahlawan malah handal bermain segala permainan yang tidak terkalahkan. Setelah sampai ke satu daerah (sumatera) Raja menitahkan Elidji melihat "permainan yang diminati oleh bangsa di daerah tersebut dan mencabar mereka dengan permainan yang mereka minati itu. Sekiranya mereka kalah makah kita dudukkan sebahagian orang kita disini". Permainan tempatan disini ketika itu adalah tanduk kerbau, dipendekkan cerita.... Elidji menang tanduk kerbau dengan hanya menggunakan anak kerbau yang baru lahir tidak diberi minum susu beberapa hari. Akhirnya tempat mereka mengadakan pertandingan itu dinamakan daerah Minang-Kabau bermaksud "Menang dalam pertandingan tanduk kerbau"" Kemenangan Solok ini menjadikan Solok mendapat wilayah sekitar Padang sehingga ke Kota Solok hari ini di Sumatera Barat. Kemudian menurut Prof. Dr. Buya HAMKA bahawa dari sinilah munculnya kerajaan Srivijaya iaitu dari wilayah Solok (rujuk: Sejarah Umat Islam).
  • Hari ini bangsa Minangkabau dan Batak sebahagian budaya dan bahasanya bercampur dengan bahasa Solok dari kepulauan Sulu sebagai contoh budaya Sambulayang dan Gabbang serta "maglugu'" masih diamalkan oleh orang Minang. Bukan itu sahaja, malah budaya memuliakan wanita sehingga muncul adat PERPATIH, hanyasanya orang Solok di kepulauan Sulu memuliakan wanita dengan membina "Angkap" (seperti loteng, untuk meletak anak gadis agar terjaga kehormatan mereka) dalam rumah.
  • Dalam beberapa catatan Portugis menyatakan bahawa bangsa LOZON @ Lucoes (maksudnya Solok) berkerjasama dengan tentera Raja Batak memerangi Aceh. Dalam masa yang sama Solok juga turut membantu Raja Aceh memerangi Raja Batak. (lihat posting kami yang lepas).
  • Ketika anak Raja Srivijaya (Parameswara) hijrah ke Tumasek kerana mengelak dari bertembung dengan Raja Majapahit maka Parameswara menuju ke Muar kemudian ke Malaka. Parameswara tidak syak lagi ditemani oleh pahlawan-pahlawan Solok dari Sumatera-Palembang yang kemudian menduduki Malaka sehingga kedatangan Portugis serang Malaka pada 1511.
  • Telah menjadi bukti, sebelum kedatangan Portugis, Majapahit pernah menyerang Malaka beberapa kali, maka disinilah bermulanya Majapahit (dalam masa yang sama) menghantar bala tentera ke Sulu untuk hancurkan punca kekuatan SOLOK kerana kebanyakan tentera Parameswara (yang kemudian diIslamkan) itu adalah terdiri dari pahlawan-pahlawan Solok yang mana telah bertanggungjawab mengangkut orang-orang laut dari kepulauan Sulu ke perairan Malaka (Selat Melaka).
  • Disinilah era kepahlawanan Malaka bermula yang terdiri dari 5 HANG yang diketuai oleh Hang Tuah dan adik seperguruannya Hang Jebat. Mereka nyata sekali adalah pahlawan-pahlawan Solok kerana kebiasaan dalam bahasa Solok menggunakan HANG sebagai kata nisbah atau gelaran (contoh, Hang-gatus, Hang-Dupa, Hang-kata'u, Hang-Dulan...dll). Hang-Tuah dalam bahasa Solok bermaksud "Pahlawan tinggalan perang" (dalam peperangan yang mana kawan dan lawan telah gugur kesemuanya yang tinggal hanya dia seorang, maka ia dipanggil TUAH. Tinggalan makanan atau rezeki juga dinamakan TUAH dalam bahasa Solok). Hang-Jebat bermaksud "Yang menentang" kerana kata asal JEBAT ialah GUBAT dalam bahasa Solok. Dakwaan bahawa 5 HANG ini adalah orang yang sama dengan 5 DAENG dari Sulawesi sebenarnya tidaklah tepat berdasarkan tarikh. 5 HANG pada abad ke-14 sedangkan para DAENG yang 5 datang pada 1660-an setelah peperangan Bone-Makassar di Sulawesi.
  • Kedatangan Portugis dan menyerang Malaka pada 1511 dan seterusnya Malaka jatuh ke tangan Portugis adalah kerana sesama Solok telah berpecah belah. Pahlawan Solok yang kalah atau yang tidak mahu terlibat dengan perang saudara (sesama Solok) telah hijrah ke Utara. Di Perak mereka tinggal di KAMPAR (Kembar dalam bahasa Solok disebut KAMBAR @ KAMBAL berdasarkan nama sungai yang mengalir berkembar) dan mereka menjadi pahlawan yang membela negeri Perak. Solok yang menduduki KAMPAR adalah pahlawan yang bertanggungjawab membawa KERIS SUNDANG yakni keris Naga yang mereka warisi dari leluhur mereka bernama "MAHAWANGSA" dari tanah Solok dikepulauan Sulu. (Jolo masih temasuk dalam kawasan Buwansa @ Buwangsa @ Mahawangsa) yang bermaksud "Ular Besar" atau Naga yang dipercayai sebagai inspirasi orang Solok mencipta Sundang.
  • Di Semenanjung Malaysia hari ini, kampung-kampung Solok yang masih tinggal adalah di Malaka kebanyakannya, terutama di Masjid Tanah dan sekitar Bandar Malaka. Walau pun orang tempatan Malaka hari ini mentafsirkan maksud Solok sebagai "Sungai yang mengalir menyusur ulu ke muara" atau "kawasan ulu hingga ka bukit" sebenarnya masih bersamaan dengan kata Solok itu dalam bahasa aslinya yang membawa maksud "Arus Air".
  • Orang Solok yang datang ke Kelantan kemungkinan besar bermula di Bukit Panau (Panau dalam bahasa Solok bermaksud "jalan", Panaun: lakukan perjalanan, Panauwan: perjalanan). Menurut seorang sahabat dari Jalur anak cucu Tok Janggut bernama Ustaz Suhaimi (Guru Silat Gayong) menyatakan moyang-moyangnya berasal dari "Orang Laut" yang duduk di Bukit Panau Kelantan. Moyangnya tidak pandai menutur bahasa Kelantan tapi dihormati oleh masyarakat sebagai pahlawan. Dari keturunan "Orang Laut" inilah yang menurunkan pahlawan-pahlawan unggul yang menentang penjajah Inggeris antara mereka ialah Tuk Bahaman, Tuk Janggut (mereka ini dari jalur Syarif yakni Ahul Bait Rasulullah SAW), Mat Kilau, Tuk Arau (di Perlis) dan lain-lain yang sangat setia dan mengasihi Sultan-Sultan Melayu. Identiti mereka ialah menggunakan Sundang sebagai tradisi kepahlawanan Solok hinggakan ketika majlis-majlis Silat Gayong terdapat acara "mengarak Sundang" malah bunga silat Gayong sendiri seperti seolah-olah mendayung kapal.
  • Terakhir sekali ialah isu perkataan Suvarnadvipa (dari bahasa Sanskrit) yang merujuk kepada "Pulau-Pulau Emas" yang dirujuk oleh orang-orang Arab sebagai SIRINDIP. Menurut pengkaji Melayu Serindip @ Suvarnadvipa adalah Sumatera disebabkan ianya kepulauan dan punya perlombongan emas yang besar sejak zaman purba. Namun seorang penulis sejarah Arab tersohor yang pernah hidup bersama orang India selama 13 tahun bernama Al-Biruni telah menukil dari kenyataan bangsa India sendiri yang menyatakan Sirindip @ Suvarnadvipa yang betul ialah kepulauan di sebelah Timur yang lebih hampir ke China berbanding India. Ini bermakna ianya "Sekitar Laut Sulu" atau yang mereka sebut Filipina hari ini. Al-Biruni menyatakan kekuasaan Sirindip adalah luas, yang mana, kalau kita lihat di atas orang Solok turut berada di Sumatera dan Tanah Melayu. Maka setiap tempat yang mereka lawati/duduki disebut dalam "kekuasaan empayar sirindip". Kalau ada pengkaji yang katakan Sumatera adalah Suvarnadvipa tidaklah salah, demikian kalau dituding ke Tanah Melayu juga sama dinamakan sebagai "dibawah kuasa maritim Suvarnadvipa". Al-Mas'udi turut menukil dari kenyataan pedagang Arab ke Cordova bahawa kekuasaan SIRINDIP itu semua kepulauan yang tidak akan habis dilawati selama 2 tahun dan pusat kekuasaan mereka berada di sebelah Timur Laut Champa (Laut China Selatan) yang lebih hampir dengan China berbanding India.
Maka, untuk menyuluh asal keturunan Raja Baguinda berdasarkan keterangan di atas adalah mudah. Raja Baguinda adalah Solok dari Sumatera Barat dari jalur anak-anak Raja Srivijaya. Jelasnya Srivijaya itu datang dari pusat Suvarnadvipa (Sulu) yang datang ke Palembang untuk menjaga aliran dagang laut menuju ke China. Sebab itu telah menjadi kehairanan kepada pengkaji sejarah, Srivijaya yang menduduki Palembang langsung tidak meninggalkan bangunan atau menumen hebat yang boleh dikaji. Menurut mereka Madjapahit jauh lebih hebat dan agung kerana berjaya membena menumen Borobudur.

Para pengkaji tidak memahami budaya Suvarnadvipa yang tidak berminat dengan pembangunan Menumen, kerana kebiasaan mereka yang senantiasa di laut dan berperang sesama sendiri menjadikan bukan sahaja Srivijaya tidak ditemukan bangunan-bangunan hebat malah sehingga hari ini gugusan kepulauan Sulu sehingga ke Borneo, Davao, Butuan, Cebu dan Manila tidak ditemui bangunan-bangunan atau kota-kota gah walau pun dinyatakan oleh penulis sejarah Arab sebagai Empayar hebat
.

Post a Comment