Satu Hikayat Dari Tradisi Lisan: Queen Victoria & Sultan Sulu

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Sunday, August 14, 2011 2 ulasan

Mungkinkah Sejarah hidup Ratu Victoria "Virgin Mary" masih banyak yang tersimpan dalam kotak besi di istana England yang masih dirahsiakan?

Lakaran pelukis British ketika Sultan Pulalun masih memerintah.

Sultan Muhammad Fadl Pulalun menaiki takhta 1842-1862. Perhatikan wajahnya yang lebih mirip wajah seorang lelaki Eropah. Bermuka lonjong, hidung mancung dengan mata agak tersembul persis mata Queen Victoria.


Pada tahun lepas (2009) penulis tergelak tahap tergolek bila seorang sahabat dari Johor mengatakan bahawa Queen Elizabeth II adalah berketurunan Tausug. Tetapi setelah beliau menunjukkan bukti secara bertulis (walau pun tidak lengkap) menyebabkan penulis terfikir untuk membuat kajian lanjut. Baru-baru ini seorang lagi sahabat karib penulis yang datang dari Bongao, Sulu bercerita tentang keturunannya serta mendedahkan beberapa individu yang pernah menyandang kerusi Kesultanan Sulu, yang beliau dakwa sebagai anak Queen Victoria, United Kingdom of Great Britain.

Untuk meyakinkan dakwaan beliau, catatan berbentuk manuskrip salasilah yang menyebut demikian telah disebut. Penulis telah meminta kepada beliau membawa manuskrip tersebut agar penulis dapat mengkajinya. (Walaubagaimana pun sehingga kini penulis masih belum mendapat manuskrip tersebut untuk dijadikan bahan kajian)

Salasilah Kesultanan Sulu bermula dari Sultan Mawallil Wasit @ Raja Bongsu bin Sultan Hassan dari Brunei. Anda perlu meneliti carta ini untuk memahami kenyataan di bawah.


SIAPA SULTAN PULALUN?
(Diceritakan semula oleh Saudara Sam, dari jalur keluarga Isteri Pertama Sultan Jamalul Kiram I di Sandakan, Sabah pada tahun 2009).

Pulalun (Pula Ulum @ Pula Alum) bermaksud "kemerah-merahan" @ Merah Jambu. Dalam bahasa Sulug @ Sug "Pula" bermaksud merah, tambahan "un" hanya sekadar penegasan bahawa beliau memang benar-benar kemerahan. Dalam sejarah kesultanan Sulu salah seorang sultannya bernama Sultan Muhammad Fadl Pulalun bin Sultan Muhammad Jamalul Kiram I. Untuk mengesan punca mengapa Sultan Pulalun digelar Pulalun perlulah diselidik latar belakang ibunya. Mari kita suaikan dengan cerita sahabat penulis yang hanya perkenalkan dirinya sebagai Bro Sam ini:

  • Seorang Raja Wanita bernama Queen Victoria, United Kingdom of Great Britain telah datang ke Sulu.
  • Victoria ketika itu sangat berkuasa kerana kedudukannya yang bukan sekadar Raja malah sebagai lambang kesucian "Virgin Mary".
  • Baginda datang ke Sulu kemungkinan ketertarikannya terhadap keindahan kepulauan Sulu serta kekayaan dan keberanian penduduknya hasil laporan Dyrample.
  • Victoria setelah tiba di Sulu baginda menjadi tetamu yang menggembirakan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I.
  • Mereka saling tertarik lalu Victoria mengahwini Sultan Muhammad Jamalul Kiram I. Dalam hal ini, samada Victoria Islam atau tidak tidak menjadi masalah bagi Sultan, kerana dalam syariat Islam, lelaki Islam boleh berkahwin dengan wanita ahli kitab.
  • Tidak berapa lama kemudian Victoria telah mengandung. Ketika beliau mengandungkan anak pertama beliau kembali ke England sehingga melahirkan seorang anak yang comel.
  • Almaklum sajalah, anak yang dilahirkan yang ayahandanya berdarah Arab-Tausug dan ibunya berdarah Inggeris tulin hasilnya ialah anak yang kemerah-merahan.
  • Beliau kembali ke Sulu membawa anaknya kemudian ketika mencecah usia 16 tahun anak tersebut telah ditabal menjadi Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Muhammad Fadl Pulalun. Persoalan timbul, mengapa digelar FADL?
  • Fadl adalah dari bahasa Arab bermaksud "Sesuai" atau Afdhal "yang lebih patut atau sesuai", nama ini menggambarkan seperti ada perebutan siapa yang lebih patut menaiki takhta Sulu.
  • Sebenarnya isteri pertama Sultan Jamalul Kiram I berketurunan Tausug yang mempunyai beberapa orang anak lelaki yang lebih patut diangkat menjadi Sultan Sulu. Sedangkan isteri terakhir ini (Victoria) bukan sahaja dari orang luar yang tidak tahu Agama Islam malah tidak langsung berjiwa Tausug.
  • Walau pun banyak tentangan Sultan Jamalul Kiram I tetap melantik anaknya dari isteri terakhir (Victoria) dengan menamakannya sebagai lebih "Afdhal" menaiki takhta kerana ibundanya adalah seorang Raja Perempuan Britain yang sangat berkuasa.
  • Sebahagian para Datu kecewa dengan perlantikan Fadl Pulalun terutama dari keluarga sebelah Isteri Pertama sehingga munculnya beberapa sumpahan kepada keluarga Fadl Pulalun.
  • Sumpahan ini sebahagiannya bernada ramalan antaranya; Orang berkulit putih akan datang menguasai bangsa Sulu, (keburukan dan kejatuhan) institusi Kesultanan Sulu akan berlaku ditangan keturunan Fadl Pulalun, di satu masa, keturunan Jamalul Kiram I tidak akan berkuasa lagi dan akan diganti oleh keturunan yang lebih mulia hingga Sulu memerintah Dunia.
Perhatikan perkataan "Hingga Sulu memerintah dunia" yang sehingga hari ini masih menjadi tradisi lisan golongan tua para Datu dan Syarif di kepulauan Sulu. Berkenaan Sultan Pulalun, kalau baginda benar adalah anak Queen Victoria dari Ayahanda Arab Ahli Bait Rasulullah SAW, maka sekiranya sumpahan itu hanya berfungsi di Sulu, yakni sudah tidak layak diangkat menjadi Sultan di Sulu, maka Keluarga Kiram (dari Jalur Pulalun) harus kembali ke Britain dan patut ditabal jadi King of Britain. Kalau kita perhatikan seolah-olah peristiwa ini benar disebabkan sumpahan itu memang kelihatan realitinya pada keluarga Kiram hari ini.

Sebagai contoh, bermulanya pemajakan Sabah (1878) kepada British yang dianggap "menjual negara" oleh para Datu dan Syarif itu berlaku pada pemerintaha Sultan Muhammad Jamalul A'zam @ Alam bin Sultan Muhammad Pulalun ini. Kemudian takhta dipegang oleh Sultan Muhammad Badaruddin II bin Sultan Muhd Jamalul A'zam juga cucu Pulalun. Sultan Badaruddin II terkenal dengan menghisap candu yang mungkin menjadi racun sehingga membawa kepada kemangkatannya. Kemudian takhta disambung pula oleh Sultan Muhammad Jamalul Kiram II bin Sultan Muhd Jamalul A'zam juga cucu kepada Pulalun yang menjadi sultan terakhir yang berdaulat tetapi ditipu oleh Freemason-USA-Vatican dengan membawa jongkong emas seberat 617,000 tan metrik keluar dari Sulu pada 1935. Baginda mangkat pada 1936 juga disebabkan oleh racun.

Kemudian takhta disambung oleh Rajamuda Datu Mawallil Wasit bin Sultan Muhd Jamalul A'zam juga cucu Pulalun tetapi malangnya beliau mangkat beberapa waktu kemudian sebelum sempat menaiki takhta Sulu yang juga dipercayai diracun. Sangat malang bagi Rajamuda Mawallil Wasit kerana telah terlibat dalam skandal "Nafsah Lagayan" (isteri orang yang beliau rampas dan dijadikan isteri). Kemudian takhta Sulu diteruskan oleh anak Rajamuda Mawallil Wasit bernama Sultan Esmail Kiram I, malangnya Sultan Esmail I terlibat dengan peristiwa buruk menyerahkan Sulu dan North Borneo pada Filipina pada tahun 1962 walau pun tanpa persetujuan para Datu dan Syarif (penyerahan ini sebenarnya tidak sah dan terbatal dengan sendirinya).

Hari ini seorang lagi Datu dari anak Sultan Esmail Kiram I iaitu Datu Fuad Abdulla Kiram telah menabalkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan bekerjasama dengan Manila tanpa persetujuan para Datu dan Syarif. Kita lihat secara kasar Kesultanan Sulu selepas Sultan Pulalun seolah-olah telah benar ditimpa sumpahan itu berdasarkan kronologi di atas. Kalau ianya benar, maka selagi keluarga Kiram dari jalur Pulalun mengangkat diri menjadi sultana Sulu maka selagi itulah Sulu tetap tidak akan bangun "untuk memerintah dunia".

Walau apa pun, manurut akal yang sihat, samada Kiram Pulalun dan siapa sahaja jurai keturunan mereka selagi tidak mahu bersatu dengan rakyat menegakkan semula kedaulatan Kesultanan Sulu (tanpa menjadi pokok tumpang atau menyusu dari mana-mana negara) maka selagi itulah Sulu dan penghuninya tetap dikenali sebagai "Wilayah Filipina yang menjadi hamba King Philip II dari Spanyol, yang mati disebabkan penyakit kelamin Sifilis".

Selesai...

  1. Hahaha...
    Weeeeeehhh!!!!?????????
    Sultan Muhammad Pulalun is Not from the KIRAM family...
    hahaha.. sino niloko nyo???
    Impostors...
    Claiming that Sultan Pulalun is your descendant???
    hahaha
    The World Of Caliph will make some reasons for you to be FALL.,
    Because you are FOOLING the people..
    BUSUNG.... will come out... in you...
    the Sharief is still in the line of Succession in claiming as the True Heir..
    Some of the True Sons and Daughters of Sultan Muhammad Pulalun., were the following
    Sharief Irong Pulalun
    Sharief Pulag Pulalun
    Sharief Ali Pulalun
    Sharief Handiwa Pulalun
    Sharief Titingsan Pulalun
    etc....

    HAhahaa....

    If we are going to follow the Line of Succession of the KIRAM FAMILY..
    Then they Belong to the CALIPH/Sharief???

    Sultan Muhammad Pulalun is a Direct Descendant of NABI MUHAMMAD (S.A.W.)
    Which has a Title Caliph/Sharief which is a Successor of the Prophet...


    THINK!!!!!!

Post a Comment