"Menulis" Atau " Melukis" Semula Sejarah Tausug?
Penulis sedang melukis di majlis (Party) Alliance Group di KLCC Convention Center pada 28 Mei, 2011 lalu. Video diambil oleh saudara Albiner Mamil (Bining). Lukisan karikatur dalam majlis ini perlu disiapkan hanya 4 ke 5 minit setiap satu kepala.
Sahabat-sahabat penulis dari Sabah sehingga ke Semenanjung Malaysia selalu bertanya apakah kerjaya sebenar penulis? PENULIS atau PELUKIS? Selalunya jawapan penulis ialah bergantung kepada situasi ketika itu. Walau bagaimanapun penulis selalunya katakan sebagai "pelukis" kartun atau karikatur berbanding "penulis buku @ blog". Bagi penulis, sebenarnya dunia seni lukis lebih susah yang terpaksa menempuh kehidupan atau pengalaman sukar untuk sampai ke puncak. Puncak seni lukis yang penulis maksudkan ialah "seorang pelukis dapat menghasilkan karya dalam majalah" atau "lukisannya dapat dipamerkan di pusat-pusat pameran" samada dalam negara mahupun di luar negara.
Berbanding penulisan buku, dunia seni lukis mempunyai "hamparan" yang lebih luas dan penerimaan khalayak begitu menggalakkan dan mendapat tempat kerana sifatnya yang VISUAL. Sebagai contoh, anak-anak tadika terlebih dahulu dididik dengan gambar yang kemudian membaca lukisan dan seterusnya melukis. Akal fikiran dan syaksiah kanak-kanak mudah dibentuk dengan menggunakan lukisan-lukisan kartun. Lukisan sangat rapat dengan muzik yang sukar dipisahkan. Seseorang yang mahir melukis biasanya mahir dengan pengolahan muzik atau lagu. Sekiranya Pelukis dan Pemuzik banyak berguru (semua jenis ilmu pengetahuan yang bermanfaat) dan menjadikan budaya "membaca" buku sebagai hobi tambahan biasanya akan menjadi penulis yang "handal".
Justeru, seorang penulis buku cerita mahupun artikel akan mempunyai daya kreativiti menulis yang luar biasa sekiranya mempunyai asas lukisan dan muzik. Seorang penulis perlu banyak membaca untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat agar memudahkannya menulis apa sahaja tajuk yang diminatinya. Lebih-lebih lagi sekiranya seorang penulis memilih sebagai "pejuang" untuk menulis semula "sejarah bangsanya".
Generasi muda Tausug hari ini perlu "dikejutkan" untuk menulis semula sejarah mereka yang "ditutupi" sejak sekian lama. Hakikatnya, yang menutup sejarah Tausug itu adalah Tausug itu sendiri dalam banyak keadaan. Maka untuk membuka "tirai penutup" itu bangsa lain tidak akan mampu melakukannya untuk Tausug kerana hanya Tausug yang mampu. Bangsa-bangsa lain hanya mampu memberi "inspirasi" dan mengajar ilmu-ilmu alat kepada Tausug.
Bukti kemampuan Tausug ialah kehebatan sejarahnya yang lalu yang ternyata tiada tandingan di mana-mana penjuru dunia. Maka tidaklah menghairankan sekiranya Rasulullah SAW "melihat" masa depan Tausug dalam Hadith Baginda SAW sebagai "Bangsa yang bakal mengangkat OBOR kebangkitan ISLAM di akhir zaman di sebelah Timur".
Maka menulis semula sejarah Tausug dan melukiskan semula peta "Kedaulatannya" adalah satu perjuangan mulia umat Tausug. Kerana "kedaulatan" Tausug itu jugalah yang akan menjadi KEDAULATAN ISLAM untuk diserahkan kepada AL-MAHDI.
|