PERKAITAN ILMU SILAT MELAYU & ILMU KABBALAH SULUG

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Tuesday, November 15, 2011 6 ulasan

Ketua Pemuda UMNO mencium Keris Melayu tidak lama dulu. Hari ini umat Melayu Malaysia masih bersemangat meneruskan semangat kepahlawanan silam "sekalipun perlu meminta maaf setelah mencium keris sendiri". Umat Melayu memerlukan anjakan paradigma dalam meneruskan perjuangan BANGSA di NEGARA SENDIRI dalam keadaan terhimpit oleh bermacam kepentingan Politik dari suku bangsa lain hari ini.


PEMBUKA BICARA:

Institusi persilatan Melayu begitu besar peranannya dalam menentang penjajahan Inggeris dan Belanda ketika era Kolonialis dahulu. Penentangan para pahlawan-pahlawan Melayu yang sebahagian besarnya dipimpin oleh para kiyai dan syeikh tariqat telah menguasai lembaran sejarah Bangsa Melayu hari ini yang dirakam sepanjang beberapa abad lamanya. Persilatan yang wujud dengan pelbagai nama dan mazhab itu bukan sahaja baru muncul pada zaman kolonialis malah sudah lama mengakar dalam budaya Bangsa Melayu sebelum era Srivijaya lagi.


Hari ini kita boleh menyaksikan nama-nama kumpulan persilatan seperti Silat Sendeng, Silat Gayong, Silat Gerak Sejati, Silat Tapak Suci, Silat Budi Suci, Silat Awal, Silat Akhir, Silat Sunda, Silat Ajaib (Borneo-Bugis), Silat Gadis Cabang (Borneo-Bugis), Silat Selendang Merah, dan bermacam lagi jenis silat. Di Tanah Jawa dan Sumatera pelbagai kumpulan persilatan juga dikenali dengan begitu banyak. Boleh dikatakan setiap tahun akan ada sahaja kumpulan persilatan baru muncul.
Maka, penulis suka menyatakan bahawa, nama Melayu sekali lagi telah diangkat dan diletak sebagai yang empunya nama SILAT.

Hal ini telah diterima tanpa bangkangan oleh sebahagian pakar SILATOLOGY (pengkaji silat) dan KERISOLOGY (pengkaji keris) Nusantara. Sudah tentu ia bertitik tolak dari dominasi bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu persuratan ketika era Hindu-Buddha lagi pada abad selepas Masihi, sehingga masuknya Islam ke Nusantara abad ke-10 kedudukan bahasa Melayu semakin mengukuh sebagai bahasa rasmi penyampaian ilmu Islam. Bahasa Melayu itu berjaya menduduki tempat sebagai satu-satunya bahasa perantara yang layak ketika itu mengatasi bahasa-bahasa lain yang juga turut mendapat tempat seperti bahasa Aceh, Batak, Sunda dan lebih-lebih lagi bahasa Jawa yang pernah menjadi bahasa rasmi Istana Majapahit.

Maka tidak hairan nama Melayu sinonim dengan Islam sehingga dikatakan
"Orang Melayu itu adalah Islam dan Islam itu Melayu" sebagaimana yang diterima sehingga hari ini di Malaysia. Maka sudah seharusnya ia menjadi kebanggan Bangsa Melayu itu sendiri sebagai lambang budaya dan jati diri "ketuanannya" sampai bila-bila. Walau bagaimanapun, hari ini kedudukan bahasa dan bangsa Melayu telah mula dipersoalkan keabsahan "ketuanannya" terutama dalam konteks "politik" di Malaysia. Pertembungan kepentingan politik kaum di Malaysia, yang pada awalnya didominasi oleh Melayu, yang kemudian setelah kemerdekaan Malaysia dari kekuasaan British, kaum-kaum dari China dan India (selain Nusantara) telah berjaya mengatasi "kekuatan" Melayu itu sendiri terutama dalam menguasai ekonomi semasa NEGARA.

  • Hari ini, orang Melayu sudah dihalang MENCIUM KERIS di dalam perhimpunan mereka dan dengan itu terpaksa melancarkan program 1 Malaysia sebagai langkah kompromi demi mempertahankan kedudukan Melayu sebagai pemerintah utama. Maka secara automatik, tanpa bangkangan, konsep BANGSA MALAYSIA telah diperkenalkan sebagai langkah "pengukuhan" kepada program 1 Malaysia itu. Dengan demikian suku-suku kaum Sabah dan Sarawak akan turut merasa kebersamaan sebagai SATU BANGSA dengan orang Melayu Semenanjung Tanah Melayu tanpa rasa tersisih dan curiga. Satu langkah terbaik kerajaan untuk mengekalkan kedudukan dan keamanan di Malaysia.

Aksi Silat Srikandi Melayu
"Dalam harfiah kata Pencak Silat adalah kata majemuk. Arti kata Pencak dan Silat mempunyai pengertian yang sama yaitu suatu kesenian yang bertujuan untuk keamanan dan membela diri, selain menjadi kesenian tradisional Indonesia Pencak Silat juga bagian dari kebudayaan masyarakat pribumi Asia Tenggara, (Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kamboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam)."
http://lendi-imam.blogspot.com/2011/10/pencak-silat.html


RAHSIA "ORANG SELAT" DENGAN BUDAYA SILAT
DI ALAM MELAYU

Berdasarkan catatan
Tome Peres dalam "Suma Oriental" nya yang mencatat kehadiran Orang Selat di Selat Melaka yang juga disifatkan sebagai Orang Laut itu begitu sedikit disentuh dalam Sejarah Melayu. Sebab itu dalam beberapa artikel dan kenyataan yang lepas, penulis bersama sahabat-sahabat pengkaji Budaya Sulug yang lain telah membuka jawapan kepada asal-usul Orang Selat itu iaitu di Kepulauan Nusantara Timur. Sebagaimana hari ini orang Melayu sendiri masih bingung dengan jawaban kepada persoalan "apa sebenarnya maksud Melayu?" itu maka begitu jugalah dengan "apa sebenarnya maksud SILAT?".

Dalam kajian penulis bersama rakan-rakan pengkaji Sulu, mendapati etimologi bahasa Melayu hari ini lebih banyak diketahui oleh orang-orang Sulu dari mana ia terbit atau dari mana ia mula diambil sehingga menjadi kebiasaan sebutan pada lidah orang-orang Melayu. Berdasarkan kenyataan ini, kami mengandaikan bahawa nama SILAT itu terbit dari nama "Orang Selat" itu sendiri, kerana secara semulajadinya mereka itu menjaga laut yang juga terkenal sebagai pahlawan.

Kepahlawanan mereka kadang-kadang disalah guna untuk merompak atau merampas kapal-kapal dagang yang masuk dari India ke China. Maka secara harfiah, kehebatan ilmu bela diri Orang Selat itu telah menjadi jenama kepada ilmu bela diri kemudiannya iaitu ilmu bela diri Selat yang kemudian berubah sebutan menjadi Silat.
Hari ini Silat itu difahami sebagai ilmu bela diri atau mempertahankan diri sahaja oleh orang Melayu yang didalam persilatan itu terdapatnya dua unsur utama iaitu.

  • Pertama: Unsur Fizikal, yang disebut sebagai kemahiran menumbuk, menyepak, menangkis, memukul atau seni keris dan pedang.
  • Kedua: Unsur Kebatinan, yang disebut sebagai ilmu dalaman yang berbentuk mistik atau ghaib sifatnya seperti kebal dari besi tajam, pukulan berbisa dan tahan lasak yang luar biasa.
Kedua-dua unsur di atas dirangkum oleh orang Melayu yang dinamakan SILAT atau ilmu persilatan sebagaimana yang kita biasa dengar hari ini. Tetapi bagi orang Kepulauan Sulu mereka memisahkan secara jelas istilah pada unsur pertama (Fizikal) dengan istilah pada unsur Kebatinan (Mistik) itu. Sebagai contoh Tausug menyebut unsur Fizikal itu sebagai KUNTAO dan unsur Mistik itu sebagai SILAT.

Untuk menelusuri etimologi sebenar SILAT ini penulis telah bermusafir dari Sandakan ke Lahad Datu baru-baru ini semata-mata mencari golongan tua Orang-orang Selat. Di kepulauan Sulu, Orang Selat yang sebenar ialah yang mereka sebut sebagai Kaum Samal (Bajau) Balangingi'. Balangingi' masih dalam keluarga Sulug yang menjadi Raja Laut ketika dulu sehingga menjadi mimpi ngeri kepada Nusantara kerana kekejaman mereka. Di Indonesia ketika dulu, Balangingi' adalah yang paling ditakuti sedangkan Iranun pula ditakuti di Tanah Melayu hinggakan perompak laut dipanggil LANUN yang bermaksud Perompak laut Iranun. Pada hal, Balangingi dan Iranun adalah tentera laut Sulu yang bergerak secara kontinjen.


Di Sandakan, penulis berjaya menemuramah Tuan Imam Kamlaho, 75, yang duduk di Kg. Bahagia, Batu Sapi, Sandakan. Beliau adalah seorang tua Balangingi' yang berpengalaman semasa mudanya dan banyak menyimpan tradisi lisan leluhurnya. Beliau penulis panggil Apo' (Datuk) kerana masih mempunyai pertalian dengan penulis dari sebelah ibu. Ketika mudanya beliau pernah bergelar Guru Kuntao yang handal. Berkenaan Silat beliau berkata,

  • "Silat dan Kuntao berbeza.... Silat ialah ilmu ghaibnya sedangkan sepak terajangnya, tumbuk dan tangkis dipanggil Kuntao"
Beliau menjelaskan maksud Silat secara lanjut,

  • "Silat adalah ilmu ghaib yang biasanya disertakan dalam Kuntao... Dengan Silat ini, kita sebagai ahli Kuntao tidak akan berasa sakit bila dipukul oleh kayu, besi dan benda tajam malah dengan izin Allah ia tak lut... Dengan ilmu Silat tumbukan atau pukulan kita akan berbisa bila mengenai musuh."
Di akhir perbualan penulis dengan Imam Kamlaho ini beliau dengan memperlahankan percakapannya menyatakan bahawa Ilmu Silat kebanyakannya adalah ilmu MAKSIAT yang dengan kata lain bermaksud Sihir. Beliau setelah belajar agama dan menjadi Imam, beliau telah membuang semua ilmu Silat dan hanya mengekalkan ilmu Kuntaonya sahaja.

"Kaum Samal Balangingi' adalah hasil persemendaan antara Tausug dan Orang Laut yang pada awalnya dipanggil Samal Lipid di Pulau Kabingaan... dari Samal Lipid muncullah Samal Balangingi' yang sangat terkenal itu" Imam KAMLAHO.

Kemudian penulis bergerak ke Lahad Datu lebih kurang 200 KM dari Sandakan untuk menemubual seorang lagi datuk penulis yang berdarah Balangingi' bernama Tuan Hj Abdul Rahman, 73. Beliau ketika zaman mudanya bekerja sebagai penyeludup barang keperluan dari Jolo ke Manila, dari Sandakan ke Zamboanga dan berkelana sehingga ke Filipina Tengah (Visaya). Beliau adalah antara penyeludup yang paling handal kerana beberapa puluh tahun sebagai penyeludup dengan kapal laut beliau tidak pernah tertangkap dan beliau juga terkenal berkawan dengan perompak laut yang handal-handal.

Beliau berkawan bukan untuk belajar ilmu Silat (Ghaib) tetapi mahu mencuba ilmunya sendiri.
Ketika penulis ajukan pertanyaan berkenaan apa pandangan beliau tentang silat dan kuntao, beliau menjawab,
  • "Silat ialah ilmu dalaman, sedangkan Kuntao adalah ilmu bela diri menggunakan anggota empat kerat kita. Ilmu silat walau pun dalam tidur dia masih boleh melawan... jangan dilontar bantal kepadanya ketika tidur, nescaya bantal akan sentiasa di udara kerana disepak dan diterajang sehingga hancur, walau pun matanya tertutup... inilah dia ilmu Silat."

"Lapu-Lapu telah bersumpah bersaudara dengan Tidung menyerang Ferdinand Magellan... kita Balangingi' adalah anak cucu Lapu-Lapu dan anak cucu Tidung pula ialah yang dipanggil YAKAN oleh Spanyol... sebab itu Yakan dan Balangingi' tidak boleh berperang sesama mereka kerana sumpah itu..." Hj Abdul Rahman.


ILMU KABELLA, KAMELLA ATAU KABBALAH?


Kemudian beliau menjelaskan lagi secara lanjut apa yang dimaksudkan Silat,

  • "Silat dengan kata lain ialah KABELLA......"
Penulis tersentak dengan perkataan KABELLA yang beliau sebut kerana Bani Israel atau Yahudi turut menyebut Kabella tapi dengan sebutan KABBALAH. Kabbalah dalam bahasa Yahudi atau Hebrew bermaksud ilmu bacaan/amalan sihir yang diluar ajaran kitab "Taurat". Penulis menyoal sekali lagi kepada beliau berkenaan sebutan "Kamella" dalam bahasa Sug yang bermaksud "Bacaan-bacaan untuk memikat wanita, atau, bacaan untuk pelaris" itu sama dengan yang beliau sebut sebagai Kabella?

  • "Bukan KAMELLA tapi Kabella... ia adalah ilmu kebal yang diamalkan untuk membela diri... samada kebal kerana tidak lut atau kebal kerana senjata musuh tidak berfungsi... jangan hairan kalau musuh anda ketika mencabut keris... yang tercabut ulunya... sedangkan kerisnya tertinggal di dalam sarung... itulah Kabella... ilmu."
Kemudian beliau bercerita pula pengalamannya bertembung dengan nahas tetapi dengan izin Allah beliau selamat,

  • "Saya pernah dirompak ditengah laut oleh seorang perompak Tausug yang paling terkenal ketika itu dia melanggar perahu saya untuk tujuan merompak sehingga bertindih cadik (Katig) perahu kami... saya ambil muncung senapangnya dan letak di kepala saya dan suruh dia tarik picu senapang... puas dia menarik picu tapi senapangnya tidak berfungsi... kemudian ketika serangan askar Filipina ke kampung kami pun begitu (perang MNLF)... ketika saya sedang panjat pokok kelapa mereka datang berlima dan langsung menembak saya (menyangka dia adalah anggota MNLF)... mereka puas menekan picu senapang tapi tidak berfungsi... sehingga mereka bebaskan saya dengan rasa hairan..."
Tuan Hj Abdul Rahman sudah tua dan tinggal di Lahad Datu hari ini. Anak-anak beliau ada yang dah berjaya bekerja sendiri dan bertugas di sektor swasta. Oleh kerana masa begitu suntuk penulis berpisah dengannya dengan rasa tidak puas hati. Sebenarnya masih banyak persoalan yang terngiang-ngiang dalam kepala penulis yang ingin ditanyakan. Penulis terpaksa pergi dan insyaAllah kalau masih dipanjangkan umur akan bertemu lagi dengan beliau tahun hadapan.



PERBAHASAN KABBALAH YAHUDI DAN KABELLA SULUG


Adakah Kabellah yang ada pada lidah Tausug hari ini berasal dari lidah Bani Israel @ Yahudi? Sekiranya kita menelusuri secara mendalam, Bani Israel atau Yahudi sendiri tidak memahami maksud sebenar KABBALLAH kecuali mereka mengaitkannya dengan Mesir Purba. Sedangkan Mesir Purba pula sangat bergantung dengan bangsa Laut Phoenesia, sebab itu untuk dapatkan jawapan asal-usul Kabbalah seharusnya pengkaji merujuk kepada bangsa Phoenesia purba itu.

Adalah satu kemungkinan yang sukar disangkal, bahawa bangsa inilah yang bawa istilah Nusantara Timur ini ke laut Mediterranean dan diadaptasi oleh Fir'aun Mesir dalam upacara Sihir mereka. Dalam Al-Quran telah disebut pertembungan mukjizat nabi Musa a.s. dengan sihir (Kabbalah) para ahli Sihir Fir'aun. Hari ini pengamal Kabbalah Mesir ini telah diteruskan oleh kumpulan Iluminati-Freemason dan orang-orang Yahudi dalam upacara-upacara rahsia mereka.


Sebenarnya sebutan Kabbalah adalah sebutan kepulauan Sulu atau Nusantara Timur. Bahasa Sulug @ Sug menyebut kulit tapak kaki atau kulit tapak tangan yang tebal dengan sebutan "Kubal". Oleh kerana sifatnya yang keras sehingga pijak bara api pun tidak terasa, maka kemungkinan sebutan ini disebut KEBAL pula oleh orang Melayu. Salah satu sebutan Sulug ialah "Kubulan" yang bermaksud "Kekebalan" kepada pahlawan yang ditetak tidak lut. KUBAL sekiranya disebut KUBALA (Kubal-la) dalam bahasa Sug adalah satu kata suruhan mengeraskan sesuatu.
Ia sama bunyi dengan Kabbala. Kalau disebut KUBALAN (Kubal-an) bermaksud "yang berkulit tebal".

Sekiranya diperhatikan yang benar-benar dimaksudkan sebagai Kabellah oleh Tausug ialah amalan bacaan yang boleh menghasilkan perkara mistik. Secara kasar, Kabellah tidaklah dilihat sebagai 100% sihir kerana sebahagian dari amalan mistik Tausug yang disebutkan sebagai Silat itu juga terkandung zikir-zikir Asma'ul Husna dan bacaan Ruqyah (jampi berdasarkan ayat-ayat Qur'an).

Kembali kepada Silat... satu kemungkinan juga ia berasal dari kata, SIRAT,

  • Sirat sekiranya disebut oleh orang Sulug ia akan berbunyi SILAT. Kebiasaan bunyi "R" menjadi "L" yang membawa maksud "Ilmu tersirat atau tersembunyi" kerana sifatnya yang rahsia atau dalaman.
Dalam bahasa Melayu, SIRAT (tersirat) dengan SELAT (laluan kecil di laut yang terhimpit antara dua pulau atau daratan) mempunya sifat yang sama. Selat disebut "Silut" dalam bahasa Sug yang bermaksud laluan laut yang sempit dengan kata lain dalam bahasa Melayu ialah "celah" atau "selit" juga mempunyai sifat yang sama. Maka SELAT atau Silut juga boleh membawa maksud "tersembunyi" disebabkan sifatnya yang sempit, bercelah yang boleh menyelit kapal-kapal kecil. Samada SIRAT, SILAT, SILUT, SELAT yang seiras bunyi dan seiras maksud juga membawa pengertian "terlindung".

"Ilmu Silat bagi Tausug ialah ilmu kebatinan yang disertakan dalam seni bela diri... Tausug membezakan maksud istilah Silat, Pansak (Pencak) dan kemahiran menumbuk dan menangkis secara fizikal (Kuntao, Kungfu dll)... kebanyakan ilmu Silat menggunakan ilmu Sihir kemudian ayat-ayat Islam dimasukkan sebagai tambahan atau menggantikan ayat-ayat sihir. Tausug biasanya menggunakan ilmu Silat berdasarkan ilmju KETUHANAN, seperti ilmu Alif 3, Junub Istinja' dan lain-lain" Abdul Hakim @ Jan, beliau seorang ahli bela diri dalam beberapa aliran dan pengkaji sejarah Sulu.


Nama SILAT diambil dari kata Sirat ini turut disokong oleh seorang pengkaji sejarah Basilan iaitu saudara Abdul Hakim @ Jan, 40, yang berketurunan Tausug Basilan, sekarang menetap di Seri Kembangan Selangor. Berkenaan nama KUNTAO juga menurut Abdul Hakim, ia terdiri dari dua kata KUN-TAO yang bermaksud Ilmu ketika dalam rahim ibu yang disebut alam KUN (penciptaan) dan Tao merujuk kepada Tuhan. Maka Kuntao boleh bermaksud "Ilmu Penciptaan oleh Tuhan".

Sudah menjadi kebiasaan bangsa di Nusantara Timur merujuk kepada bengsa mereka dengan nama TAO (i.e. orang) yang merujuk kepada TUHAN dalam pengertian yang jelas (Yunani Purba menyebut Tuhan dengan THEO, sama bunyi dengan TAO). Maka tidak hairan orang Sulu menyebut seorang lelaki yang berdarjat tinggi dipanggil sebagai TUHAN ketika dulu. Setelah kedatangan Islam ia ditukar kepada sebutan Tuan sahaja.




HUBUNGAN SILAT MELAYU DENGAN KEPULAUAN SULU

Salah seorang ahli Kuntao Tausug bernama Maas Hajan Muhammad Salleh Elaji, 56, turut menjelaskan bahawa Silat itu ialah ilmu dalaman sedangkan ilmu "bunga lima" (tumbuk, sepak dan tangkis) adalah yang disebut Kuntao, Kungfu, Dayung dan lain-lain. Penulis bertanyakan samada ada persamaan antara Silat Dayung Tausug dan Silat Gayong Melayu, beliau menjawab,

  • "Saya tidak pernah dengar nama Silat Gayong tapi kalau Silat Dayung pernah... kaedah Dayung ialah berbunga-bunga seperti mendayung kapal. Cara pukulannya melilit bertanggam... tapi kita Tausug lebih kepada pukulan Kuntao yang terus menyerang secara dekat dan membunuh...".
Beliau menambah, setiap perguruan bela diri mempunyai kelebihan dan kekurangan, namun bagi beliau KUNTAO yang pernah beliau pelajari dinamakan Silat Ajaib di Pulau Basilan itu adalah yang paling sempurna. Walau bagaimanapun masih terdapat kelemahan yang terpaksa beliau tampung dengan mempelajari satu lagi seni bela diri yang dinamakan GADIS SABANG (Gadis Cabang?). Menurut beliau yang pernah beberapa kali bertarung dengan silat lain ketika mudanya, seni bela diri berbunga dan bertanggam tidak sesuai berdepan dengan Kuntao Tausug. Ini kerana seni bela diri Tausug pelayar sejak berabad-abad lamanya yang dinamakan Kuntao itu mudah masuk dan membuat pukulan maut secepat kilat.

"Silat Dayung mempunyai pencak yang berbunga-bunga dan membuat serangan dengan melilit tanggam seperti ini... ia memang merbahaya sekiranya anda terperangkap dengannya. Tetapi bagi Kuntao Tausug, ia sangat mudah ditangkap dan dipatahkan..." Maas Hajan Muhammad Salleh Elaji.


Kuntao tidak mengutamakan PANSAK (pansak sebutan Tausug bagi PENCAK, yang bermaksud tarian atau bunga-bunga silat. "Magpansak" bermaksud "Menari" dengan tarian Silat) yang hanya menggunakan persediaan kuda-kuda "Gaya Ong Bak", sebab itu latihannya keras dan memerlukan kedua belah tangan dibiasakan hidup menggunakan barung atau keris. Maka sekiranya tangan sebelah putus, tangan sebelah lagi boleh ambil alih menetak dan membunuh. Kuntau juga sangat mengutamakan latihan cengkaman tangan untuk kekuatan memegang senjata dan sekiranya dapat menyentuh perut musuh ia boleh membawa maut. Ilmu Kuntao sangat penting bagi Tausug terutama dalam melakukan serangan-serangan di laut dan darat ketika dulu.

Berkenaan Silat Melayu mempunyai hubungan dengan kepulauan Sulu, sebenarnya tidaklah dapat disangkal kenyataan ini sebagaimana kenyataan Melayu dan Sulug adalah satu JASAD ketika dulu.
Sebagai contoh ialah kenyataan bahawa pengasas Silat Gayong Malaysia, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman dari keturunan pahlawan Daeng Kuning Bugis telah pernah melantik Tun Datu Mustapha sebagai Imam Silat Gayong Malaysia. Menurut saudara Abd Samad yang juga seorang pengkaji sejarah Suluk di Facebook menyatakan,

  • "Berdasarkan kronologi itu juga disebutkan bahwa Dato' Mahaguru telah melawat Sabah pada tahun 1974. Semasa lawatan tersebut beliau telah berjumpa dengan Tun Datu Mustapha bin Datu Harun yang ketika itu adalah Ketua Menteri Sabah. Tun Mustapha telah dilantik oleh Dato' Mahaguru sebagai Imam Khalifah Seni Silat Gayong Bagi Negara-Negara Islam.
  • Sementara itu pada Mac 1975, beliau telah melawat Tun Abdul Razak berbangsa Bugis yang ketika itu adalah Perdana Menteri Malaysia dan melantiknya sebagai Timbalan Imam Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantaunya.
  • Berdasarkan kronologi ini secara sekilas dapat disimpulkan bahawa penghormatan Mahaguru Dato' Meor tertinggi diberikan kepada Tun Datu Mustapha (Ketua Menteri Sabah) berbanding Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia).

Potret kenangan Allahyarham Tun Datu Mustapha (Kiri) dengan Tun Sakaran Dandai (Kanan) meminta dido'akan oleh Waliullah Tuan Guru Hj Muda (tengah) di Lahad Datu. Gambar ini di pamerkan di Restoran Nur Hidayah Fajar, Lahad Datu, dimuatnaik oleh saudara Abd Samad dengan izin pemilik restoran tersebut. - Foto ihsan Bendahara Suluk melalui FB.

  • Argumentasinya adalah: Mengapa Tun Datu Mustapha dilantik sebagai Imam Khalifah Seni Silat Gayong Negara-Negara Islam sedang Tun Abdul Razak hanya sebagai Timbalan Khalifah Seni Silat Gayong Malaysia dan Serantaunya. Dari segi jawatan Tun Abdul Razak pada masa itu adalah Perdana Menteri Malaysia (1974-1976) sedang Tun Mustapha hanya Ketua Menteri Sabah (1967-1975). Seperti yang diketahui dari segi pertalian asal-usul keturunan Tun Abdul Razak adalah berbangsa BUGIS dan Tun Datu Mustapha berbangsa SULUK (i.e. Sulug). Mungkin ada link yang tidak tersambung dalam sejarah yang masih diangggap terlalu muda ini. Mungkin saja terdapat keterkaitan ilmu antara mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman dengan Tun Datu Mustapha sehingga penghormatan yang begitu tinggi diberikan terhadap Tun Mustapha.
  • Seandainya demikian dimanakah dan dari siapakah Tun Mustapha mempelajari Seni Silat Gayong? Seandainya Tun Mustapha berketurunan SULUK (i.e. Sulug) mengapa dikalangan penduduk SULUK di Sabah tidak ada yang mewarisi ilmu seni silat gayong atau serupanya pada masa kini? Mungkinkah penulis terlepas pandang... Atau kita semua terlepas pandang? (Beliau PETIK DARI BLOG BUGIS, PESAN SERIBUGIS BLOGSPOT).
Jelasnya, Tausug sangat jarang mengetahui seni silat gayong atau silat Dayung itu kerana lebih mengutamakan Kuntao atau pukulan jarak dekat. Sebagai contoh, seni KALI @ ESKRIMA yang sangat terkenal di Filipina di kalangan Visaya Kristian hari ini mendakwa seni KALI tersebut berasal dari Selatan (Kepulauan Sulu). Seni KALI mempunyai gaya pukulan Kuntao TAUSUG yang mempunyai kecepatan pukulan yang luar biasa. Seni Kali sehingga hari ini menjadi pujaan suku kaum Visaya Filipina kerana dikaitkan dengan Seni Bela Diri Tausug. Hinggakan seni KALI mereka tidak lekang dengan parang BARUNG Tausug di mana-mana sebagai kebanggaan.

Seni KALI sangat terkenal di Filipina di kalangan masyarakat Visaya-Kristian sehingga menjadi kebanggaan.

Dengan bangganya mahaguru KALI memegang Barung Tausug sambil memperagakan busana ala Buranun.

Video temubual di Sandakan dan Lahad Datu nanti akan diedit dan dimasukkan ke blog sebagai tatapan tambahan para pelawat blog.

"...why Moro is never the true name of your people"?

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Thursday, November 10, 2011 1 ulasan

"...why Moro is never the true name of ur people ...and why should people said Tausug Muslim?"

by Neldy Jolo on Thursday, November 10, 2011 at 8:52pm

A friend named 'aN asked me about Tausug and Moro and Sabah. Here are the questions:


'aN:
Assalamualaikum, how r u...?? lama menyepi...is everything ok..??
Hope not too late to wish u, Eid Adha.. May Allah Bless u and ur people in a good Dignity always.. amin! can i ask u something...?? based on ur status 30mnt ago..

Rayyan Makno: "Islam teaches the truth and nothing but the truth. Moro is never the true name of our people."
i agreed with the first statement.. but for the "Moro is never the true name of our people." its confusing me... can u help me to expain that...??

Dalam buku Tausug & Kesultanan Sulu, "Bangsa Moro membawa maksud kesatuan semua etnik yang menganut islam...."(Bab 2, pg16).
and one of ur comment stated that Tausug-Muslim..

Tausug dalam buku pula "Bangsa ini telah gemilang dan terbilang setelah mereka KESEMUANYA menganut islam" maknanya..Tausug senonimnya beragama islam...then why Moro is never the true name of ur people..?? and why should people said TAusug Muslim..??
another thing that i can't imagine until now...

how Sabah can be part of Malaysia if yearsss back, Sabah is part of ur land...
i asked bapak, n he ask me to read about sejarah Malaysia...i know about sejarah Sabah masuk Malaysia but i want to know from ur perspectives, from ur point of view as one of perjuang kemerdekaan Tausug… sorie... im still reading this book and its hard to understand n imagine it.. its a HISTORY dude...!! huh...!! pening.. .but i promise, ill finish this book as soon as i can..

now im trying coz as i reach the middle of the book, the story become more interesting... hope i can finish by this week.. pray the best for me…


Neldy Jolo
:
hehe…thanks for the question...
let me clear it to you from the basis of history...

'aN
:
owh... pls give me the simplest way for me to understand...
why should U said thanks... im the one who asked u.. :

Neldy Jolo
:
MORO is nowadays a term given to the Muslims way back the coming of Spanish to the Sulu Archipelago (Sultanate of Sulu) and Mindanao (Sultanate of Maguindanao) in the year 1578...So Moro is not the original name for the people of Sulu and Mindanao. Moro is just to identify the Muslim from Christian called Indio and eventually became Filipino.


TAUSUG is a collective term for the people of Sulu Archipelago (Tausug means Sulu People - Tau is people, Sug is Sulu.)
North Borneo was part of the Sulu Sultanate and was leased by British North Borneo Company in 1878. North Borneo got independence on August 31, 1963 and eventually join Malaysian Federation in September 16, 1963 as State of Sabah...

Neldy Jolo
:
In the spirit of historical account, North Borneo still part of Sulu Sultanate but as Sabah it is already part of Malaysia no doubts to that. Malaysian Government pays yearly in the name of North Borneo lease to the Sultan heirs of the Sulu Sultanate based from the judgement of British Judge or North Borneo Macaskie...


Neldy Jolo
:
Yes Tausug is synonymous to Muslim but in the context of name or citizenship Tausug is name of the citizens of Sulu Archipelago (Sultanate of Sulu). Tausug is called Suluk in Malaysia...


Neldy Jolo
:
In summary:
Moro is a religious identity for the Muslim people of Mindanao and Sulu Archipelago. When you say "Moro" u would mean Muslim - refering to religious identity. Tausug is national identity of the people of Sulu Archipelago (Sultanate of Sulu). When you say "Tausug" u would mean people of Sulu Archipelago - referring to national identity...but Tausug is Muslim based from their religious identity (Moro as Spanish called them such).

'aN:
ok. thats mean, Tausug people is not 100% muslim..ist?? coz its referring to national identity... while Moro = muslim (given name by "them")..than, its mean muslim there prefer to call them Tausug Muslim, where they will get clearer identity..?and its real that Msia gov paid RM5,000 yearly to Kiram's Family..?? and where r those people (Kiram Family) stay now??


Neldy Jolo
:
Yes "Tausug" as national identity is referring not to religious identity…but if you say Tausug it is synonymous to Muslim - because before the coming of Islam to Sulu Archipelago they have been as Tausug or Sulug (Sulu People or People of the current)... Like when say Malaysian, it doesnt mean Muslim. but If you say Malay it would be Muslim in Malaysia...In Indonesia when say Malay or Melayu, it doesnt mean Muslim. Right?

Kiram Family are scattered all over the world, but the one that recieved the payment are staying either in the Philippines and Sulu Archipelago...Yes Malaysian Government paid them.


Neldy Jolo
:
When Tausug embrace Islam in 11th century their name as Tausug/ Suluk/Sulug never changed...That is why West called them Moro of Sulu or Muslim of Sulu or simply Sulus who embraced Islamic Faith...We have to identify the National Identity and the Religious Identity. Like the Word "Melayu" in the broader context doesn't mean Muslim or religious, but Racial Identity. Right? It is only in Malaysia that" Melayu" is synonymous to Muslim or Islam.


To make it more clear: Tausug is both National Identity for All of the inhabitants of Sulu Archipelago at the same time synonymous to Islam. We have to look at the different ethnics of the Sulu Archipelago as part of the collective national identity, Tausug...
Ethnics that are within Sulu Archipelago (Sulu Sultanate) collectively called Tausug are:

  • 1. Buranun (Muslim)
  • 2. Baklaya (Muslim)
  • 3 Tagimaha (Muslim)
  • 4. Banjar (Muslim)
  • 5. Sama (Muslim)
  • 6.Dampuan (Muslim)
  • 7. Yakan (Muslim)
  • 8. Subanen (Mostly Christian and No religion)
  • 9.Kalibugan (Muslim - former Subanen)
  • 10. Mulbug (Muslim)
  • 11. Jama Mapun (Muslim)
  • 12. Bisayan (Christian and some embrace Islam)
  • 13. Palawani (Muslim)
  • 14. Bangingi (Muslim)
  • 15. and many other...

'aN:
ok! cleared than.. thank u so much Mr Neldy!

Neldy Jolo
:
You are welcome…if u have clarification let me know...

-------------
Dipetik dari Facebook Prof Neldy Jolo