PEMBUNUHAN MENCEMAR BULAN MAULID DI JOLO
ADDS DATE PHOTO TAKEN - Philippine National Police Special Action Forces examine the site where three most wanted leaders of the al-Qaida-linked terrorist groups Abu Sayyaf and Jemaah Islamiyah were among those allegedly killed in a U.S.-backed dawn airstrike in one of the most significant successes against terrorism in Southeast Asia in recent years, in Jolo, Philippines, Thursday, Feb. 12, 2012. The military said, the three killed terrorist leaders are Filipino Abu Sayyaf leader Umbra Jumdail, Malaysian Zulkifli bin Hir and a Singaporean leader in Jemaah Islamiyah Leader Abdullah Ali. (AP Photo).
See more: http://www.570news.com
See more: http://www.570news.com
"Biarkan mereka... alhamdulillah kita (SSDI) masih dalam keadaan aman tanpa gangguan, walau pun di sebelah sana sedang giat membunuh rakyat mereka sendiri (merujuk kepada pengeboman yang meragut nyawa 15 anggota yang dituduh pengganas Abu Sayyaf), kita teruskan usaha kearah menyemarakkan kempen keamanan satu Sulu dibawah pemerintahan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI)" Begitulah kenyataan PBMM Sultan Bantilan Muhammad Muizzudiin II yang TGM hubungi di Jolo kelmarin. Baginda disokong oleh PM (Puntukan Mantiri) Datu Habib Jamil Amilhassan dan para Jemaah Menterinya yang sekarang sedang giat mengatur program persediaan sambutan Maulidurrasul pada 11 Feb 2012 tidak lama lagi.
Laporan dari TGM Jolo, iaitu saudara Al-Amree G.C. dalam Facebook SULU MANTIRI menyatakan:
"Salam manga tymanghud ku tausug.. Kami TGM dain ha Astanah 1 KM2 Indanan, Lupah Sug Under hi ........ News bagu, sin lisag 02:00am kulang labi sin pitsa FEB 2 2012, himulug 4 misile bomb in plain sin Army harap pa tao nag Maulud halaum Masjid sin Lanau Batu lupad dain ha Zamboanga. Agi sin tao naka saksi, asal aun byutang guide misile sin early pa ha location kitah sin tao sah way sajja kyafahaman bang unu in byutang. Angkan bihattu in tujju nila abut nakawah nila in miyaksud. 12 in patay lamud na hi Doctor Abu iban sin anak kyabaakan simangat ha taas lahing sah way palih, dual tuk-tuk in na kagat. Pagsukulan wayruun tao ta nakalamud dittu location iban sila ra manga tausug Filipino in Victim. Way ra sab pa unu-unu in SSDI di ha lupah sug, Byah da sin kaina tagnah Alhamdulillah. Hat da yattu Bunuh-bunuh Programe da yattu sin Filipinas. Wassalam" Al Amree Gorgeus Craken TGM Lupa' Sug (Jolo), Sulu Darul Islam.
Maksudnya lebih kurang,
"Wakil TGM Jolo melaporkan dari Istana 1 KM2 Indanan, bahawa, kira-kira jam 2:00am tanggal 2 Feb 2012 telah dijatuhkan 4 buah bom roket menuju ke sebuah masjid yang sedang diadakan majlis Maulidurrasul di Lanau Batu, Jolo. Roket dilepaskan dari arah Zamboanga. Menurut saksi, memang ada alat penanda yang telah dipasang lebih awal namun mereka tidak memahami tanda tersebut. Kerana begitu jitu sasaran hingga meragut sebagaimana yang mereka maksudkan. 12 yang mati termasuk Doktor Abu dengan anak-anaknya terbang melayang dan tersangkut atas pokok kelapa. Namun mayat mereka tidak ditemui kecederaan teruk kecuali luka-luka kecil pada dahi sahaja. Syukur alhamdulillah tiada orang kita (SSDI) yang terlibat hanya mereka Tausug Filipino yang menjadi mangsa. SSDI sekarang seperti biasa tanpa gangguan alhamdulillah. Itu hanyalah sekadar program perang-perang oleh Filipina. Wassalam"
Menurut laporan terkini, yang mati dalam pengeboman tersebut mencecah 15 orang. Mereka telah lama dicari oleh tentera Filipina dengan kerjasama Amerika untuk dibunuh atau pun ditangkap kerana dikatakan terlibat dengan aktiviti keganasan yang punya kaitan dengan Al-Qaeda antarabangsa. Secara umum SSDI sangat tidak setuju dengan program pembunuhan kepada mana-mana Tausug yang dituduh PENGGANAS. Kerana, menurut SSDI, MEMUSNAHKAN pengganas bukan caranya selesaikan masalah, yang lebih utama ialah mencari penyelesaian punca-punca berlakunya KEGANASAN dikalangan Muslimin terutama Tausug di Kepulauan Sulu.
Filipina yang dibantu "Ayahnya" iaitu Amerika Syarikat hingga kini gagal menyelesaikan PUNCA-PUNCA KEGANASAN Tausug. Mereka tidak mahu mengenali TAUSUG secara dekat, samada memahami adat budaya dan sejarah mereka secara jujur. Yang berlaku ialah TAUSUG cuba difahami atau dipelajari agar mudah diadu domba sahaja, dengan demikian menyebabkan Tausug bangkit menjadi pengganas. Kemudian mereka pura-pura pula mahu membunuh Tausug untuk TAMATKAN keganasan kononnya. Tipu muslihat ini sudah lama diketahui oleh TAUSUG, namun mereka masih tak mampu keluar dari adu domba ini. Persoalannya, di mana silapnya?
KERANA TAUSUG MASIH MENGGUNAKAN WANG PESO FILIPINA, MASIH MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA FILIPINA, DAN MASIH BELUM SEDAR BAHAWA MEREKA ADA ALTERNATIF, iaitu kembali kepangkuan KESULTANAN SULU DARUL ISLAM.
Hari ini TAUSUG semakin sedar dari tidur, dari hari ke sehari, rakyat SSDI giat berkempen ke rumah-rumah Tausug tanpa mengira kaum keturunan untuk mengajak mereka kembali ke pangkuan Kesultanan Sulu. Kembali kepada kerajaan PURBA mereka yang bersatu dibawah panji DARUL ISLAM yang mana menyebabkan mereka selama hampir 400 tahun tidak berjaya ditumpaskan oleh penjajah yang mahu mengkafirkan KEYAKINAN TAUHID, bahasa dan budaya mereka.
Logo matawang Sulu Darul Islam dengan bahasa SUG yang baru sahaja disiapkan oleh World Islamic Mint (WIM). InsyaAllah DIRHAM atau PILAK SSDI (Perak) akan sampai ke Sulu pada bulan Mac. Sekarang sedang giat di tempa di luar negara. Untuk persediaan menyambut DIRHAM SULU ini, para menteri SSDI sedang menyediakan prasarana disamping menyiapkan jalur perdagangan agar dengan kedatangan Wang Peraknya akan terus digunakan dalam transaksi dikalangan rakyat SSDI. Pasar bebas cukai (Souq) telah pun dikenal pasti untuk memudah dan menggalakkan aktiviti dagang. SULU SELAMAT MAJU JAYA!!
|
Syukur Alhamdulillah , bang wayra isab nakalamud in tao sin (SSDI)
Salam Maulidur Rasul pa katan !