SENI PEPERANGAN MARITIM TAUSUG MENGERAHKAN KAUM IRANUN & BALANGINGI ABAD 18 HINGGA 19

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, March 23, 2012 7 ulasan

  1. Saya rasa tajuk di atas salah. Bukan Tausug yang mengerahkan kaum Irranun dan Balangingi tetapi sebaliknya. Dalam penaklukan kubu di zamboanga, tentera besekutu tiga bangsa tersebut diketuai oleh Sultan Irranun. Dalam ilmu pelayaran dikatakan Tausug kurang mahir berbanding Irranun begitu juga pembinaan kapal. Harap Maklum.

  1. Zhalie007, anda sudah baca buku The Sulu Zone susunan Prof Dr James F Warren? Video di atas adalah hasil kerja para pelajar yg hanya mengkaji Iranun dan Balangingi tanpa memahami budaya dan bahasa Iranun dan Balangingi serta Tausug itu sendiri.

    Memang dalam video ini dinyatakan bahawa Tausug tidak PANDAI atau MAHIR dalam pelayaran sebenarnya adalah kenyataan yg salah. Warren sendiri memahami budaya TAUSUG yang menguasai perdagangan lintas MARITIM LAUTAN Asia Tenggara lama sebelum datangnya KAPITALIS EROPAH dan sebelum IRANUN sendiri diambil oleh Tausug menjadi tentera upahan bersama Balangingi, itulah pendapat Warren demikian para pengkaji lain... nama sahaja sudah dipanggil TAUSUG yg bermaksud ORANG ARUS...

    Untuk buktikan hal ini, anda kena datang sendiri ke Mindanao bertanya kepada Iranun-Maguindanao-Maranao siapa sebenarnya TAUSUG,...

    Tausug sebenarnya terbahagi dua, penguasa darat disebut TAUSUG, manakala penguasa hasil lautan dan Raja Laut ialah yg disebut BALANGINGI'... memang dikalangan Balangingi' mereka selalu mengutuk TAUSUG darat sebagai hanya berani (menjadi penguasa seperti DATU, SULTAN dll) tapi tidak pandai MEMANCING, bukan bermakna tidak pandai memancing tidak biasa dengan laut...

    Saya sebagai lahir dari keluarga BALANGINGI' dari sebelah ibu sangat memahami hal ini, malah TAUSUG LAUT yang paling ditakuti oleh orang Iranun, Maguindanao-Maranao dan Orang Subanun (oprang Sungai, sub-etnik Iranun) sangat takut kepada Balangingi'... Dalam video di atas ada tajuk yg membicarakan tentang kehancuran BALANGINGI... kerana kekuatan SULU ada pada mereka, setelah Balangingi tumpas maka Iranun pun kehilangan kekuatan...

    Saya rasa saudara asree hanya masukkan video di atas walau pun tahu ada silapnya... kerana mungkin beliau melihat video ini lebih banyak betulnya berbanding kesilapan... wallahu alam

  1. Satu lagi cerita menarik dari seorang Padre Kristian Spanyol bernama Francisco Combes mencatat dalam Historia de las Islas de Mindanao, Jolo y sus Adjacentes (1667), iaitu pada abad ke-16 beliau berkata,

    Lutao yang telah digunakan oleh seluruh negara-negara luar sebagai pahlawan dalam perang mereka di laut. Pejuang-pejuang negara luar tidak akan pergi menentang berperang di laut, dan hanya pergi ke laut kalau terpaksa (maksudnya Laud-Tao diterbalikkan Tao-Laud Spanyol menyebutnya Lutao bermaksud Orang Laut sebenarnya adalah Tausug-Balangingi).

    Mungkin disebabkan oleh ini, mereka (negara-negara luar) tidak setanding dengan Lutao yang berkuasa menembusi lawan apabila mereka (negara-negara luar) tidak berani berperang dengan lawan yang hebat dan mereka (negara-negara luar) hanya mahu menang tanpa bahaya atau kecederaan. Sesiapa yang mempunyai perhubungan dengan Lutao dari mana-mana negara maka dianggap berkuasa sebab Lutao ditakuti di laut dan pantai yang selalu merampas dan memperhambaan orang. Mereka (Lutao) juga menyekat laluan ke pulau-pulau yang lain dengan rompakan dan menawan sesiapa sahaja yang lalu.

    Buhayen (Raja Maranao di Buayan) adalah Raja yang sebenar dan layak, tetapi rakyat tidak hiraukan beliau walaupun banyak pengikut disebabkan beliau tidak mempunyai Lutao. Sementara itu, Raja Mindanao (Maguindanao) walau pun pahlawanya sedikit sahaja - (nisbahnya) hanya satu dalam setiap 20 Buhayen - tetapi lebih digeruni kerana banyak pejuang-pejuangnya terdiri dari Lutao dan dia boleh berperang bila-bila masa, dan di mana sahaja.

    Ia juga telah menjadi sebab pulau kecil Jolo menjadi popular walaupun mereka hanya sedikit sahaja kerana mereka (senantiasa) di laut dan mereka menyamai kekuatan Mindanao kerana mereka banyak Lutao sebagai penyokong.

    Satu sebab rakyat mengurang di Mindanao dan Visayas kerana penangkapan lanun Lutao. Dirangsangkan penangkapan oleh Moro di Borneo, Sulawesi, Macazar, Gilolo, Ternate dan bahagian lain di Maluku. Mereka membeli dan memperhambakan tawanan-tawanan yang dibawa dan dijual oleh Lutao.

    Saya mengalami sebegini semasa menjadi tetamu di satu kampung yang berbahaya. Untuk menenangkan Subanon (Kaum Sungai di Zamboanga), saya membawa satu Lutao berjumpa pemimpin mereka semasa ketibaan baru Sepanyol (di Zamboanga), dan (pemimpin Subanon) masih menghormati saya hingga sekarang (1667) di semua kawasan pantai Siocon.

  1. bersambaung.......

    Ketua Lutao tiba-tiba menyampuk: "Jangan peduli dengan mereka, Padre, mereka hanya hamba-hamba saya semua." Dia berkata kepada saya semasa kami duduk berhampiran dengan ketua kampung. Saya jangka ketua-ketua itu akan bangun (marah) kerana kesombongan dan penghinaan yang mereka dengar (dari Lutao), tetapi yang berlaku sebaliknya. Malah mereka lebih menjadi lembut pada ketua Lutao, dan menganggap perkataan itu sebagai satu tanda penjagaan - seperti penawaran dari satu putra pada kakitangannya. Mereka bukan hamba-hamba tetapi mereka telah dilahirkan dan dibesarkan dalam pematuhan kepada Lutao sebab itu sudah terlatih memberi hormat. Walaupun mereka (Orang Sungai-Subanon) dibawah kerajaan kita Sepanyol, walaupun kita mempertahankan mereka daripada penindasan, mereka masih mematuhi perintah-perintah Lutao kerana inilah yang membuka mata mereka.

    Lalu perbuatan ini ditegur setelah kerajaan Sepanyol berkuasa yang dibimbing oleh rahib-rahib kita, dan sekarang mereka sudah ada tempat rujukan kalau ada penindasan (maksudnya kehadiran Spanyol menjadikan Subanon tidak takut lagi ditindas oleh kaum Lutao disebabkan Spanyol telah hadir berkawan dengan Lutao).

    Diceritakan pada saya oleh ketua kampung Baluasan, berhampiran Samboangan (Zamboanga City kini), kekecewaan yang mereka alami pada tangan Lutao. Mereka bernasib baik kerana Sepanyol datang dan menghentikan penindasan itu kepada mereka, dan mempertahankan kebebasan mereka. “Melapangkan dada saya apa yang dia (Subanon) katakan. Mereka menjadi jujur dan rajin kepada kita Spanyol kerana mereka tidak mempunyai sesiapa yang boleh didekati supaya terselamat dari penindasan Lutao.”

    saya petik dari blog saudara asree http://tausug-global.blogspot.com/2010/07/bhg-7-kepulauan-sulu-sebelum-muncul.html

  1. We are not pilipino not moro.. We are tausug... Tapi kalau moro dipuji letak pulak dalam kurungan tausug.. Siap mengarahkan bangingi sama iranun lagi.. Negara mana tausug pernah jajah.. Adakah?

  1. Bukan soal menjajahnya bro...sejarah tak pernah menafikan wilayah Kesultanan Sulu dan Tausug itu sendiri.Perjuangan mempertahankan keIslaman lebih utama dari menjajah.Baca dulu bro 'Perang Sabil'Tausug yang berpanjangan.

  1. cuba tgk history channel " raiders of sulu sea" di situ kita akan ketahui sejarah asal tiga bangsa irranun, tausug n bangingi..kenapa perlu btengkar yang penting ISLAM..kita kena bangga dgn asal usul kita di mana mindanao n kepulauan holo adalah antara negara di asia tenggara yg pertama menerima ISLAM..tdak perlu terlalu bangga dgn bangsa sendiri..yg penting kita bersatu sesama ISLAM..kita semua kan bersaudara..

Post a Comment