KEGILAAN FILIPINO BERSAMA PENYAMAR SULTAN SULU DI FACEBOOK!!

Posted by DZULASREE @ Asree Sug on Friday, July 29, 2011 1 ulasan

Welcome to SABAH CLAIM SOCIETY

The SABAH CLAIM SOCIETY is all about friends and sympathisers of the Philippine Sabah claim.

Our basic aim is to support HM Sultan Fuad Kiram I and the Sultanate of Sulu and Sabah, the people of the Sulu Archipelago and the natives of Sabah in their quest to regain the land that is historically, legally and morally theirs from the clutches of Peninsular Malaysia.


The Sabah Claim Society also aims to support and re-enfore the works being undertaken today by HrH Prince Omar Kiram, Foreign Minister to HM Sultan Fuad Kiram I and to reach out to as wide an audience as the Society can.


OWNERSHIP OF SABAH: WE ARE ALL SABAH CLAIMANTS, united by one aim and gathered together to stand firm behind and around HM Sultan Fuad A. Kiram I to recover Sabah.


Please be guided: "Sabah is not only the land and property of the 9 Royal Kiram Family heirs but also of the Tausug people and the Filipinos as well as per Royal Edict of our father HM Sultan Esmail E. Kiram I (Sultan of Sulu and Sabah 1947 to 1973) contained in the 12 September 1962 Sabah Sovereignty Transfer from the Royal Sultanate of Sulu to the Republic of the Philippines."-- HM Sultan Fuad A. Kiram I, The Sultan of Sulu & The Sultan of Sabah. The 35th Reigning Sultan of Sulu and Sabah.


Please note The SABAH CLAIM SOCIETY is a social group and does not, will not be a vehicle for monetary donations of any kind whatsoever and does not and will not ask, collect or impose monetary contributions, fees or anything pecuniary of any nature in the name of the Sultanate or of any endeavour of any kind.

We ask our members to be guided by traditional rules of courtesy and social behaviour when posting or debating issues. Thank you very much. -- SABAH CLAIM SOCIETY

Source: Facebook - sabahclaimsociety@groups.facebook.com

--------------------------------------------

Datu Fuad Kiram yang mengaku Sultan Sulu yang bekerja dibawah Kementerian Pertahanan Filipina sekarang berkerja keras mahu menuntut Sabah untuk diserahkan kepada Filipina. Benarkah beliau Sultan Sulu?


Ulasan:

Anda sekiranya seorang TAUSUG
(Buranun, Sama-Bajau, Yakan, Kagayan, Kalibugan, Subaanun, Tidung, Iranun, Sungai-Idaan, dll) terbaca artikel 'tuntutan' seperti di atas, langkah pertama yang anda lakukan ialah menyiasat kesahihan artikel tersebut samada dilakukan oleh Kerajaan Filipina sendiri atau dilakukan oleh individu murahan yang kononnya "Pinoy bersemangat patriotik". Tetapi kebanyakan kes (artikel tuntutan) seperti di atas adalah didorong oleh individu "yang mengaku Sultan Sulu" kepada kerajaan Filipina yang biasanya dilakukan secara bermusim.

Sebagai contoh, ketika Republik Rakyat China mengukuhkan penguatkuasaan ketenteraan di Laut China Selatan terutama yang bersangkutan dengan kawasan tuntutannya di Kepulauan Spratly, Kerajaan Filipina pula mengambil reaksi menentang tindakan China itu kerana Filipina juga mendakwa Spratly adalah miliknya terutama kepulauan yang masih termasuk dalam lingkungan laut kedaulatannya.

Oleh kerana tuntutan kedua-dua negara (China dan Filipina) terhadap Spratly bersangkut paut dengan SEJARAH KESULTANAN SULU maka Sultan-sultan Sulu palsu yang selama ini "dipelihara dengan baik" oleh Filipina akan bermunculan membuat kenyataan membantu Filipina.
Maka dengan peluang yang diberikan ini kita akan lihat "Sultan Sulu palsu" tersebut akan turut bercakap (menyelam sambil minum air) tentang NORTH BORNEO (Sabah) adalah miliknya tanpa melihat dirinya sendiri adakah patut, sesuai atau sah sebagai SULTAN SULU yang berdaulat?

Adakah pengaku SULTAN SULU ini diakui oleh Tausug, para Datu dan Syarif? Adakah dia Sultan yang mengaku TAUSUG atau FILIPINO? Kalau Filipino maka SAH dia adalah Sultan Filipina bukan Sultan Sulu.
Untuk pengetahuan para pembaca, SULTAN SULU palsu ini ada dua ciri terpenting yang dapat mengesahkan mereka adalah Sultan Sulu PALSU, iaitu seperti yang dipersetujui oleh UTC (United Tausug Citizens):

  1. Mereka ialah Sultan Filipina. Tanpa rakyat TAUSUG sebagai penyokong (kalau ada pun hanya beberapa kerat dari kenalan dan keluarga sendiri) serta bertindak "Serahkan kedaulatan Sulu dan Sabah (North Borneo) kepada Filipina" sebagaimana yang dilakukan oleh Datu Fuad Kiram di atas.
  2. Mereka ialah pengaku Sultan Sulu yang duduk di Malaysia. Juga tanpa Rakyat TAUSUG sebagai penyokong (hanya disokong oleh keluarga dan kenalan) serta bertindak "Serahkan wilayah SABAH (North Borneo) kepada MALAYSIA" dan kalau boleh Sulu akan diheret masuk ke dalam Malaysia sebagaimana yang dilakukan oleh Paijal @ Mudarasullail Kiram, Roodinhood Kiram dan Sharif Akjan @ Shariful Hashim II.
Sultan Sulu yang benar ialah yang tidak ikut campur samada "menyerahkan atau menuntut" wilayah Kesultanan Sulu purba yang sekarang berada dalam tangan negara-negara Asean. Kerana kalau terjebak dalam Tuntutan dan Penyerahan sekalipun ianya tidak akan menghasilkan apa-apa kesan kepada kedudukan geografi wilayah. Ia hanya "berjaya" memburukkan nama institusi KESULTAN SULU itu sendiri lebih-lebih lagi akan dilihat oleh TAUSUG sendiri sebagai "tindakan bodoh" yang akan dikenang sampai bila-bila.

Perlulah diingat, TAUSUG sehingga hari ini menjadikan peristiwa buruk para Datu dan Kesultanan Sulu sebagai tradisi lisan turun temurun seperti
"Peristiwa Nafsah Lagayan yang dicolek oleh Rajamuda Datu Mawallilwasit (Datuk kepada Datu Fuad Kiram bin Esmail Kiram I)", "Peristiwa Sultan Jamalul Kiram II bersekongkol dengan Amerika Syarikat memerangi rakyat sendiri sehingga terjadinya pembunuhan Bud Bagsak dan Bud Dahu" (dalam hal ini datuk kepada Datu Albi A. Julkarnain iaitu Datu Kalbi dan Datu Julkarnain turut menerima upah dari Amerika Syarikat untuk menentang Tausug), dan banyak lagi cerita yang menyakitkan hati Tausug yang dilakukan oleh para pengaku Datu dan Sultan Sulu.

Sultan Sulu yang benar ialah "menyibukkan dirinya" mengumpul manusia TAUSUG untuk dipersatukan agar kegemilangan Tausug dan Kesultanan Sulu akan dapat dikembalikan seperti dahulu tanpa menyusu kepada mana-mana negara. Ia perlulah dilakukan tanpa berkompromi wilayah samada diserah atau dituntut, kerana Wilayah Kesultanan Sulu itu "kedaulatannya" tetap kekal sampai Kiamat. Maka tiada sesiapa pun yang layak menyerah atau menuntut wilayah yang sudah pun difahami itu.

Kalau diperhalusi, Filipina banyak meraih keuntungan dalam tindakannya menyokong Datu Fuad Kiram sebagai Sultan Sulu yang duduk di Malacanang, dan pembelaan Filipina kepada Sultan Sulu palsu lainnya seperti Jamalul Kiram III bin Datu Punjungan, Esmail Kiram II bin Datu Punjungan dan beberapa Sultan palsu lagi. Keuntungan yang Filipina dapat ialah menjadikan
"nama Sultan Sulu" sebagai liabiliti murahan untuk mendapatkan wilayah Kesultanan Sulu (seperti Sabah dan Spratly) masuk ke dalam wilayahnya, yang mana kita sendiri maklum ianya mustahil dilakukan oleh Filipina dengan Sultan-sultan palsunya.

Bagi Malaysia pula, para individu yang mengaku Sultan Sulu di Sabah atau dimana-mana tempat di Malaysia sekalipun, mereka tidak akan diiktiraf
"sampai kiamat". Kerana sebarang pengiktirafan kepada KESULTANAN SULU menyebabkan "SABAH secara automatik akan kembali kepada pemiliknya". Dengan kembalinya Sabah kepada "pemiliknya" iaitu Sultanate of Sulu Darul Islam (SSDI) maka secara automatik juga Sarawak akan turut sama terpisah. Bila SABAH & Sarawak sudah terpisah maka Malaysia akan kembali menjadi MALAYA semula kerana nama MALAYSIA hanya muncul setelah Sabah-Sarawak sertai Persekutuan pada 16 September 1963.

Apakah pendirian kita sebagai umat Islam yang percaya dengan KEKUASAAN ALLAH AZZA WAJALLA dan hukum hakam-NYA di penghujung akhir zaman ini? Sudah tentu kita hanya mengakui Negara DARUL ISLAM yang tiada sempadan dan tiada NASIONALISM sempit. Darul Islam hanya menggunakan passport
"La Ilaha Illallah, Muhammad Rasulullah", menggunakan matawang syari'ah Dinar dan Dirham serta undang-undang Allah SWT dijadikan peraturan NEGARA. Kita umat Islam adalah SATU DARAH yakni seagama dan perjuangan kita hanyalah satu iaitu menegakkan KALIMAH ALLAH dimuka bumi ini sebab itu sesiapa yang memusuhi Islam maka ia adalah musuh kita bersama.

Source from Joey A. Ablaza on Facebook:
Datu Hadji Maas Nur with son Khaled on left and HM Sultan Muhammad Fuad Abdulla Kiram I on the right asks the crowd,
“What if Malaysia does not return Sabah, what are we to do?”
The crowd responds, “we will fight and we will go to war!”
But Datu Nur says, “we will make peace, but if we are provoked we have the right to self-defense".
  1. Belajar sejarah dan geografi BODOH, yang Sultan Brunei bagi kepada Sultan Sulu bukan satu Sabah tetapi setengah seja, iaitu dari sedikit utara Kota marudu sampai tawau, so potong setengah.

    Jangan main suka hati seja lukis peta..bagitau sultan palsu ko tu juga

Post a Comment