LAWATAN KEDUA PEMIMPIN UTAMA WORLD ISLAMIC MINT (WIM) KE JOLO, SULU
Alhamdulillah, pertemuan kali kedua pemimpin utama WIM iaitu Shaikh Umar Ibrahim Vadillo bersama rombongan dari Negara Jepun, Spanyol, dan Perancis mengadap PBMM Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II pada awal tahun 2012 yang lalu.
Kehadiran Pengerusi WIM ke Jolo adalah susulan dari MOU yang ditandatangani antara PBMM Sultan Bantilan II dengan WIM pada pertemuan yang lepas. Setelah WIM mendapat persetujuan SULTAN SULU ini untuk menempa Matawang Syariah DINAR dan DIRHAM maka pada pertengahan tahun 2013 WIM berjaya menyelesaikan tempaan Dinar dan Dirham Sulu ini dalam kuantiti yang terhad.
Sekarang WIM berterusan menempa disebabkan permintaan kepada penggunaan DINAR dan DIRHAM Sulu dan Kesultanan Nusantara lainnya semakin menggalakkan. Kini Dinar Dirham SSDI telah pun sampai ke Jolo, Sulu Darul Islam.
|
MENTERI PENERANGAN SULU SILA POS SURAT INI KEPAD SULTAN KIRAM. BETAPA BODOH DAN TAMAKNYA SULTAN-SULTAN SULU YANG MENJUAL MARUAH DAN TANAH MEREKA KEPADA PUAK KUFFAR.
23 SEPTEMBER 1836
PERJANJIAN 1836 SULTAN SULU MENYERAHKAN KEDAULATAN WILAYAH MEREKA KEPADA SPAIN. SEBAGAI HABUAN SULTAN MENDAPAT WANG CUKAI DARI PEDAGANG YANG BERNIAGA DENGAN MANILA. WANG EROPAH MENJADIKAN SULTAN SULU TAMAK DAN LUPA PADA TUHAN.
22 JANUARY 1878 PERJANJIAN SULU
SULTAN SULU JUAL TANAH DAN KEDAULATAN SULU KEPADA BRITAIN. SEDIKIT HARTA DUNIA YANG DINIKMATI OLEH SULTAN SULU BERKETURUNAN ANAK CUCU SULU MEREMPAT HIDUP SUSAH.
7 MARCH 1885 PERJANJIAN MADRID
KEDAULATAN SPAIN KE ATAS WILAYAH KESULTANAN SULU DIPERAKUI ANTARABANGSA. SULTAN SULU KAYA RAYA TAPI ANAK BANGSA TERTINDAS ANGKRA KEBODOHAN SULTAN SENDIRI.
10 DISEMBER 1898 PERJANJIAN PARIS
SULTAN SULU JUAL PULAK TANAH KEPADA UNITED STATES. SEDETIK KEKAYAAN YANG DINIKMATI OLEH SULTAN SULU HASIL DARI JUALAN TANAH KEPADA UNITED STATES, BERTAHUN-TAHUN KETURUNAN ANAK CUCU SULU HIDUP SUSAH.
4 JULAI 1946 PERJANJIAN MANILA
UNITED STATES MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA PEMERINTAH KATOLIK UNTUK MEMERINTAH PHILIPPINES. SULTAN SULU BODOH IKUT JADI RAKYAT HINA PHILIPPINES DAN LANGSUNG HILANG KEDAULATAN KERANA PHILIPPINES TIDAK IKTIRAF KESULTANAN SULU. ANAK CUCU SULU MASIH MEREMPAT.
31 AUGUST 1963 SABAH MERDEKA
SABAH MERDEKA DARI BRITAIN. SABAH DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU MEMBENTUK NEGARA BARU BERNAMA MALAYSIA. SULTAN SULU HANYA TELAN AIR LIUR SEBAB DAH TAK ADA LAGI DUIT NAK BELI WHISKY. ANAK CUCU SULU HIDUP LEBIH MEREMPAT.
18 MARCH 1968 SABAH MEMBANGUN.
PEMBANGUNAN BERMULA DISABAH. PRESIDEN MARCOS FILIPINA DENGKI DAN BERPAKAT DENGAN SULTAN SULU UNTUK MENGIRIM ASKAR SULU MENYERANG SABAH. BAGAIMANAPUN ASKAR SULU KECUT PERUT DAN TAKUT UNTUK BERPERANG SENDIRIAN. AKHIRNYA DIBUNUH OLEH PEMERINTAH PHILIPPINES DENGAN RESTU SULTAN SULU.
23 DECEMBER 1976 PERJANJIAN TRIPOLI
SULTAN SULU HILANG KUASA. PEMIMPIN PENDUDUK SULU DIPEGANG OLEH NUR MISUARI. KALI PERTAMA SEORANG BUKAN SULTAN MENJADI PEMIMPIN SULU DAN BERUSAHA MENDAPATKAN WILAYAH AUTONOMI BANGSAMORO.
1 AUGUST 1989 PEMBENTUKAN ARMM
NUR MISUARI MENJADI PEMERINTAH ARMM DAN PEMERINTAH SULU. SULTAN SULU DENGAN KEBODOHANNYA TERUS DIAM TIADA USAHA UNTUK MENGEMBALIKAN KUASA SULTAN. ANAK SULU TIDAK JUGA HIDUP AMAN MAKMUR. SEBALIKNYA BERJUTA-JUTA DOLLAR WANG DIHABISKAN PEMERINTAH ARMM UNTUK MEMUASKAN NAFSU SHAWAT DIRI SENDIRI.
11 FEBRUARY 2013 SULTAN SULU SERANG LAHAD DATU
SABAH TERUS MAJU. SULTAN SULU PULA SEMAKIN DENGKI DAN SAKIT HATI MELIHAT KEMAKMURAN HIDUP RAKYAT SABAH LALU MENGHANTAR ASKAR MENYERANG LAHAD DATU DAN MEMBUNUH 8 ORANG ANGGOTA POLIS YANG MAJORITI ORANG ISLAM. SETELAH MATI, MAYAT POLIS MALAYSIA DISEKSA DENGAN DIROBEK MATA DAN ISI PERUT. RAMAI POLIS MALAYSIA BERAGAMA ISLAM SYAHID KERANA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN TANAH TUMPAH DARAH MEREKA. MALAYSIA MEMBALAS SERANGAN ASKAR SULTAN SULU MEMBUATKAN ASKAR-ASKAR SULTAN SULU LARI TERKENCING TERJUN LAUT AKIBAT TAKUT KEPADA TENTERA MALAYSIA. SEMENTARA ITU SULTAN SULU DAN KAKI AMPU SULTAN HANYA CUCI TANGAN DAN BERLINDUNG DI MANILA DIBAWAH IHSAN DEPARTMENT OF SOCIAL WELFARE (DSWD) PHILIPPINES.
AKIBAT KECEWA DENGAN KEBODOHAN SULTAN MEREKA SENDIRI, KINI MENTERI PROPAGANDA SULU PULA JADI BATU API MENIUP KEBENCIAN ORANG SULU KEPADA KAUM MELAYU. CONTOH SPT VIDEO INI http://www.youtube.com/watch?v=cDvWSWJuj-k